KAJIAN PENYELIDIKAN Kesesuaian Pelaksanaan ‘Gated and Guarded Community’ di Malaysia
2.4.1.2
Aspek Perundangan
Berdasarkan kajian literatur terdapat beberapa isu yang timbul dari aspek perundangan antaranya meliputi:i.
Ketiadaan Polisi ‘Gated Community’ Yang Jelas
Ketiadaan proses yang jelas mengenai pembangunan GC menyebabkan sesetengah proses menghadapi konflik dengan polisi-polisi kerajaan terutama dari segi peningkatan akses di kawasan yang kurang baik (SEU, 2003). Di U.K masalah ini menjadi bertambah rumit apabila kekurangan panduan dalam membentuk perancangan yang lebih komprehensif berkaitan pembangunan GC.
ii. Halangan Terhadap Penggunaan Jalan Awam
Pembinaan pagar/ tembok dengan kawalan keselamatan yang tinggi telah menghalang laluan yang sepatutnya boleh diakses oleh orang awam tanpa halangan. Di sesetengah negara, pembinaan pagar tidak menghalang pergerakan laluan pejalan kaki. Ini kerana pagar yang dibina hanya bertujuan menghalang kenderaan bermotor seperti lori-lori besar, kereta daripada memasuki kawasan GC (Jill Grant & Lindsey Mittelsteadt, 2004).
iii. Hak Laluan Kenderaan Kecemasan
Oleh kerana konsep pembangunan GC tidak membenarkan orang luar memasuki kawasan tersebut dan menutup jalan awam timbul isu yang membabitkan hak laluan kepada kenderaan kecemasan seperti kenderaan bomba, polis dan ambulans (Jill Grant, 2003). Laluan khas bagi kenderaan kecemasan perlu disediakan bagi membolehkan kenderaan tersebut boleh lalu dengan cepat tanpa halangan (Chris E McGoey). Jururancang juga perlu memastikan mana-mana projek pembangunan yang kecil (kurang 20 ekar) menyediakan laluan pengangkutan dan laluan pejalan kaki yang perlu diselenggara sebaiknya.
ms 2- 63