KAJIAN PENYELIDIKAN Kesesuaian Pelaksanaan ‘Gated and Guarded Community’ di Malaysia
5.2.4
Isu-Isu Pembangunan ‘Gated Community’
Kajian kesesuaian dan kesan komuniti berpagar yang dijalankan oleh JPBD Semenanjung Malaysia (2007) telah mengenalpasti beberapa isu yang wujud di dalam pembangunan ‘gated community’ (GC). Antaranya ialah: i.
Perletakan kemudahan dalam kawasan GC Kebanyakan pemaju perumahan GC membangunkan GC dalam skala yang kecil menyebabkan sesetengah kemudahan seperti sekolah tidak dapat disediakan di dalam GC di samping bilangan penduduk yang tidak mencukupi serta terdapat sekolah yang berdekatan dengan kawasan perumahan tersebut.
ii.
Aksesibiliti Pembinaan tembok di sekeliling GC boleh menghalang akses terus ke kawasan bersebelahan. Ini menyukarkan akses terus penduduk di kawasan berhampiran GC. Selain itu kenderaan kecemasan turut mengalami kesulitan untuk masuk dalam masa yang singkat disebabkan oleh halangan keselamatan di pintu masuk.
iii.
Menghalang / mengganggu `permeability’ Rekabentuk, ketinggian dan saiz pagar yang dibina di sekeliling GC boleh menghalang pandangan ke dalam kawasan GC. Ini menyukarkan pihak polis untuk memantau keselamatan dalam kawasan tersebut.
iv.
Beban bayaran dan pertindihan pengutipan cukai Penghuni GC sering menimbulkan isu pertindihan cukai di mana mereka bukan sahaja terpaksa membayar yuran penyelenggaraan kepada pihak Management Cooperation (MC) tetapi pada masa yang sama membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang membebankan penghuni.
5.3
SKOP GARIS PANDUAN
Garis panduan ini disediakan lanjutan daripada kajian kesesuaian mengenai ‘Gated Community’ (GC), kajian kes bagi kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Shah Alam dan Pulau Pinang serta input daripada `focus group discussion’ (FGD) yang melibatkan sektor swasta, sektor awam serta badan-badan yang terlibat secara langsung dengan pembangunan ‘Gated Community’. Skop utama garis panduan ini adalah tertumpu kepada pembangunan ‘gated community’ yang dimajukan mengikut Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318). Ia meliputi prinsip-prinsip perancangan, garis panduan umum dan khusus dari aspek perancangan fizikal, undang-undang serta sosial untuk memastikan pembangunan GC tidak menimbulkan masalah perancangan pada masa akan datang. Garis panduan ini juga memasukkan langkah-langkah bagi permohonan
ms 5-3