Kajian Kesesuaian Pelaksanaan 'Gated and Community' Di Malaysia

Page 153

KAJIAN PENYELIDIKAN Kesesuaian Pelaksanaan ‘Gated and Guarded Community’ di Malaysia

Pengurangan caj yang dikenakan perlu dikaji semula kerana GC menawarkan perkhidmatan yang baik. Oleh itu ‘double charge’ yang dikenakan adalah memadai di atas perkhidmatan yang ditawarkan.

3.8

Analisis Aspek Sosial – Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment)

Bahagian laporan ini memperincikan maklumat data sosial yang telah di perolehi dari kawasan GC terpilih (Rujuk Jadual 3.8 m/s 3-8 berkaitan latar belakang kawasan kajian) dan penilaian kesan sosial yang dijalankan terhadap kawasan tersebut dan kawasan yang bersempadan dengannya. Struktur laporan untuk bahagian ini adalah berdasarkan kepada proses penilaian kesan sosial yang melibatkan langkah-langkah seperti berikut:i.

ii.

Membentuk profil sosial GC dan komuniti bersempadan dengannya untuk memahami kawasan-kawasan kajian tersebut dan juga isu-isu berkaitan dengan pembangunan yang di jalankan. Maklumat tersebut akan dijadikan asas (baseline) untuk analisis seterusnya dan di gunakan untuk memahami impak keatas komuniti atas tindakan yang di ambil. Mengenalpasti impak dan penyelesaian terhadap impak tersebut.

3.8.1

Proses Penilaian Kesan Sosial

Penilaian Kesan Sosial adalah satu proses untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan menyampaikan maklumat berkenaan impak sosial akibat pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek terhadap masyarakat dan mengesyorkan tindakan untuk mengurangkan impak negatif sebelum pelaksanaan. Dalam konteks kajian ini impak sosial yang berlaku adalah akibat dari pembangunan GC terhadap komuniti tersebut dan komuniti yang bersempadan dengannya. SIA adalah satu proses interaktif yang di susun mengikut fasa tertentu dan mempunyai beberapa langkah-langkah. Bahagian ini akan memperincikan langkah-langkah berikut yang di anggap penting dalam proses Penilaian Kesan Sosial.

3.8.1.1 Menentukan Skop Isu Sosial Menentukan skop isu sosial kesan dari pembangunan GC yang berlaku merupakan satu fasa utama dalam proses penilaian kesan sosial. Impak sosial positif dan juga negatif yang melibatkan isu budaya, identiti, nilai, persepsi, norma dan kepercayaan amat sukar untuk dikenalpasti kerana ia merupakan satu proses yang melibatkan ramai pemegang kepentingan yang mempunyai kepentingan yang berbeza dalam pembangunan tersebut. Isu dan Impak sosial adalah berbeza untuk setiap pemegang kepentingan yang berbeza.

ms 3-56


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Kajian Kesesuaian Pelaksanaan 'Gated and Community' Di Malaysia by R&D, JPBD - Issuu