Issuu on Google+

GP025

Lampiran 1

Lorong Belakang

DRAF (Mei 2012)

Lorong Belakang

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Cetakan Pertama 2012 Š Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta Terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit.

ISBN 978-983-41729-6-1

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel.: 03 – 2698 9211 Fax: 03 – 2693 3964

Pemberitahuan Garis Panduan ini merupakan garis panduan baru yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang sedia ada khususnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS), 1984. Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan umum dan garis panduan khusus yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaras dengan rancangan pemajuan (khususnya rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas) yang sedang berkuatkuasa di sesebuah kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling, arahan dan piawaian-piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh undangundang, serta garis panduan-garis panduan perancangan lain yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Mei 2012

i

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG

ISI KANDUNGAN

muka surat

1.

TUJUAN

1

2.

LATAR BELAKANG 2.1 Definisi 2.2 Fungsi 2.3 Amalan Semasa 2.4 Isu Lorong Belakang 2.5 Tren Semasa dan Masa Depan

1 1 1 3 3 5

3.

SKOP

6

4.

DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA

6

5.

PRINSIP PERANCANGAN

7

6.

GARIS PANDUAN UMUM 6.1 Keperluan Penyediaan 6.2 Lorong Belakang Perumahan Dengan Aktiviti Guna tanah Lain 6.3 Utiliti dan Infrastruktur 6.4 Reka bentuk 6.5 Pemilihan Bahan Turapan 6.6 Struktur Pembinaan 6.7 Pencahayaan 6.8 Pemilihan Tanaman 6.9 Pemasangan Pagar

7 7 7 8 8 9 9 10 10 10

7.

GARIS PANDUAN KHUSUS 7.1 Lorong Belakang Tanpa Anjakan 7.2 Lorong Belakang Dengan Anjakan 7.3 Perumahan Berhampiran Kawasan Berbukit 7.4 Panjang Maksimum 7.5 Lorong Belakang Bagi Rumah Teres Di Belakang Tanah Lapang 7.6 Lorong Belakang Sebagai Courtyard 7.7 Lorong Belakang Sebagai Tempat Letak Kereta

11 11 12 13 13 13 14 14

8.

PENUTUP

15

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ii

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG

1.

TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak berkuasa negeri (PBN), pihak berkuasa tempatan (PBT), agensiagensi berkaitan dan pemaju di dalam merancang penyediaan lorong belakang di dalam skim pembangunan perumahan.

2.

LATAR BELAKANG

Lorong belakang merupakan rizab atau ruang dengan kelebaran tertentu yang disediakan di bahagian belakang sesebuah atau deretan bangunan kediaman. 2.1

Definisi

Jabatan Kerja Raya (JKR) mendefinisikan lorong belakang sebagai lorong yang dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan awam dengan permukaannya (pavement) mengikut mutu yang ditentukan dan terletak di belakang atau tepi bangunan dengan lebar permukaannya adalah lebih dan sama dengan 4.27 meter (14 kaki).

1

semua alur, parit dan apa-apa yang berkaitan dengan suatu lorong belakang�. Berdasarkan Seksyen 68, Akta 133, PBT boleh mengisytiharkan mana-mana lorong belakang menjadi suatu jalan awam. Secara praktisnya apabila suatu lorong belakang itu diserah kepada kerajaan, ia merupakan satu laluan awam dalam apa jua bentuk. 2.2

Fungsi

Lorong belakang berfungsi sebagai laluan kecemasan dan pencegahan kebakaran, laluan perkhidmatan yang merangkumi talian telefon, pembetungan, perparitan, pungutan sampah, penyelenggaraan pembetungan dan sebagainya. Fungsi lorong belakang secara terperinci adalah seperti berikut: (i) Tujuan Keselamatan

Manakala Subseksyen 69(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133), mentakrifkan lorong belakang adalah �termasuklah tiap-tiap lorong belakang sama ada yang sedia ada atau yang akan ada kemudian daripada itu dan manamana bahagiannya dan apa-apa jalan masuk kepadanya dan semua tanah yang telahpun atau yang kemudian daripada itu diambil atau diasingkan untuk atau disusunatur sebagai lorong belakang dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Berfungsi sebagai ruang langkauan api bagi mengelak kemerebakan kebakaran dan untuk operasi bomba;dan Sebagai ruang untuk tujuan keselamatan (escape route) serta ruang mobiliti yang mencukupi semasa kecemasan.

2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG (ii)

Tujuan Laluan Infra dan Utiliti

Sebagai ruang bagi keperluan pemasangan infrastruktur dan utiliti seperti talian telefon, elektrik, pembetungan dan sebagainya.

Contoh perletakan belakang.

longkang

(iv)

Keselesaan

Contoh lorong belakang yang diguna untuk perletakan infrastruktur.

(iii)

Tujuan Perkhidmatan Penyelenggaraan

dan

Sebagai laluan bagi kenderaan mengangkut sampah di kawasan perumahan;dan Sebagai ruang untuk kerja-kerja penyelenggaraan perkhidmatan pembetungan, parit atau utiliti lain di bahagian belakang.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Tujuan Kesihatan

di

lorong

dan

Sebagai ruang bagi memastikan hak kesendirian (privacy) pemilik di antara deretan premis-premis kediaman; Sebagai ruang bagi tujuan pencahayaan dan pengudaraan yang selesa di antara bangunan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sihat.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG (v)

Lain-lain Kegunaan

Sebagai ruang laluan pejalan kaki bagi penghuni; Sebagai sebahagian ruang lapang atau kawasan hijau.

kawasan

3

Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (JPBP) mengekalkan jarak 6.1 meter (20 kaki) yang mana difikirkan adalah wajar bagi langkau api. JPBP juga menetapkan ruang langkau api dalam bentuk lorong tepi disediakan bagi setiap 320 kaki atau 16 unit rumah teres bagi tujuan pengawalan kebakaran. Amalan mengenakan 6.1 meter (20 kaki) lorong belakang adalah bagi melayakkan PBT menerima geran penyelenggaraan jalan daripada Kerajaan Persekutuan.

Contoh lorong belakang yang dijadikan laluan pejalan kaki dan kawasan hijau.

2.3

Amalan Semasa

Kebanyakan lorong belakang dalam kawasan PBT disediakan dalam bentuk laluan penyelenggaraan atau laluan awam berkonkrit dengan kelebaran yang berbeza-beza seperti berikut: a. Lorong belakang selebar 6.1 meter (20 kaki); b. Lorong belakang selebar 4.6 meter (15 kaki); dan c. Lorong belakang selebar 3.04 meter (10 kaki).

Untuk mendapatkan geran kelayakan ini, jalan perlu dibina mengikut piawai JKR iaitu minimum kelebaran jalan berturap adalah 4.5 meter (14 kaki) dan 1.8 meter (6 kaki) untuk perparitan. Butiran terperinci daripada PBT yang membuat permohonan ini akan akan didaftar ke dalam Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Malaysian Road Records Information System - MARRIS) untuk tujuan rekod. 2.4

Isu Lorong Belakang

Lorong belakang di kawasan perumahan kerapkali dikaitkan dengan isu-isu berikut: (i)

Pembaziran Tanah

Penyediaan lorong belakang di kawasan perumahan terutamanya di bandar-bandar besar dilihat seperti pembaziran kerana lorong belakang tidak lagi digunakan oleh kenderaan untuk mengangkut sampah.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG (ii)

Keselamatan

Lorong belakang yang berkeadaan gelap, terbiar dan kotor adalah salah satu faktor yang menyebabkan banyak kejadian jenayah pecah rumah berlaku. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak tenteram kepada penduduk dan menjejaskan kualiti kehidupan. Bagi mengatasi masalah ini, terdapat sesetengah pemilik yang bertindak memasang pagar dan menutup lorong belakang bagi tujuan menjaga keselamatan diri dan harta masing-masing. Keadaan ini adalah amat berbahaya sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan yang lain.

menyebabkan peredaran udara dan kemasukan cahaya yang tidak mencukupi ke dalam rumah dan boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk.

Contoh penyambungan rumah menceroboh lorong belakang.

(iv)

Contoh lorong belakang yang dipagar untuk tujuan keselamatan.

(iii)

Kualiti Persekitaran Rendah

4

Penyalahgunaan Belakang

yang

Lorong

Terdapat sesetengah pemilik kediaman, terutamanya bagi kediaman yang mempunyai lorong belakang yang tidak berturap menjadikannya sebagai tempat untuk bercucuk-tanam. Terdapat juga lorong belakang perumahan yang dijadikan tempat menyimpan barang lama/usang milik penghuni.

Terdapat sesetengah pemilik yang membuat penyambungan dan pengubahsuaian rumah sehingga menceroboh lorong belakang dan seterusnya mengganggu keselesaan jiranjiran sekitar kerana terlalu hampir dengan rumah bersebelahan. Keadaan ini boleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 2.5

Senario Semasa

Senario semasa pembangunan perumahan menunjukkan kecenderungan pemaju untuk tidak lagi menyediakan lorong belakang yang berturap atau berkonkrit sebaliknya digantikan dengan laluan pejalan kaki berlanskap. Ini adalah tidak berlawanan dengan mana-mana peruntukan perundangan selagi ruang langkau api, ruang pencahayaan, ruang udara dan laluan infrastruktur disediakan. Keadaan ini dapat dilihat di dalam skimskim kediaman biasa serta skim kediaman bertanah strata (gated community).

Penyediaan lorong belakang berlandskap turut mendapat perhatian pemaju dalam membangunkan skim perumahan yang tidak berkonsepkan gated community. Antara kebaikan lorong belakang berlanskap ini ialah: Meningkatkan visual persekitaran; Menggalakkan interaksi masyarakat; Sebagai ruang bermain yang selamat bagi kanak-kanak; Sebagai tempat lapisan umur; dan

rekreasi

pelbagai

Meningkatkan nilai hartanah. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengoptimumkan penggunaan lorong belakang dan perlu disokong dengan pemasangan lampu di belakang rumah bagi memudahkan pengawasan dan menghindarkan kegiatan pecah rumah.

Contoh lorong belakang dalam perumahan gated community.

kawasan

Courtyard juga merupakan satu lagi kaedah penyediaan lorong belakang di kawasan perumahan gated community. Ia tidak diserahkan kepada kerajaan dan berperanan sebagai ruang separa awam yang dikongsi bersama atas persetujuan pemilik.

Bagi skim kediaman bertanah strata, lorong belakang ini tidak diserahkan kepada kerajaan dan oleh yang demikian ianya bukan suatu laluan awam. Penyenggaraan lorong belakang ini adalah dilakukan oleh perbadanan pengurusan (management corporation) masing-masing.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG Selain itu, terdapat juga pembangunan perumahan yang tidak lagi menyediakan lorong belakang. Deretan rumah hanya dipisahkan oleh kawasan hijau yang turut menempatkan laluan pejalan kaki. Trend ini dilihat positif kerana ia menyumbang kepada pencapaian konsep kejiranan hijau dalam pembangunan perumahan.

4.

6

DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA

Terdapat beberapa peruntukan di dalam undang-undang sedia ada yang menggariskan aspek-aspek berhubung dengan lorong belakang sebagaimana berikut: (i)

Bahagian IV, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Berdasarkan Seksyen 66, PBN boleh memerintahkan lorong belakang disusunatur dengan kelebaran tidak melebihi 40 kaki dan boleh melaksanakan pengambilan paksa ke atas tanah tersebut. (ii)

Contoh lorong kawasan hijau.

3.

belakang

yang

dijadikan

SKOP

Skop utama garis panduan ini adalah tertumpu pada penyediaan lorong belakang di kawasan perumahan sahaja. Ia meliputi penjelasan tentang prinsip-prinsip perancangan yang perlu dicapai serta garis panduan umum dan khusus dari aspek perancangan fizikal, undang-undang dan sosial yang perlu dipatuhi bagi memastikan penyediaan lorong belakang di kawasan perumahan dapat memenuhi keperluan dan hasrat pemilik rumah di kawasan berkenaan.

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, (UKBS) 1984

Melibatkan peruntukan seksyen-seksyen di bawah Bahagian III - Penyediaan ruang kawasan, cahaya dan pengudaraan dan Bahagian VII Kehendak-kehendak menentang kebakaran.

(iii) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172

Berdasarkan peruntukan Seksyen 21B, pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) boleh memberi arahan-arahan kepada seseorang pemohon untuk kebenaran merancang berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan pelan-pelan susun aturnya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh PBPT itu.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG (iv)

Guide to Fire Protection, JPBP, 2000.

Mengandungi penterjemahan Seksyen 146 dan Jadual Keenam UKBS, sempadan andaian adalah merupakan ruang langkau api sebagai pemisah yang munasabah antara bangunan bagi mencegah kebakaran merebak.

5.

PRINSIP PERANCANGAN

Penyediaan lorong belakang perlu mengambilkira dan memberi perhatian kepada aspek-aspek keselamatan, kebersihan, kesendirian dan kemesraan. (i)

(iv)

6.1

Keperluan Penyediaan

Lorong belakang tidak perlu disediakan bagi perumahan jenis sesebuah, berkembar (semi-d) dan rumah kelompok (cluster). 6.2

Mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada penduduk. (iii)

GARIS PANDUAN UMUM

Lorong belakang hendaklah disediakan bagi semua pembangunan perumahan jenis teres.

Keselamatan

Kebersihan

boleh sosial

Pembangunan lorong belakang perlu mematuhi kawalan am perancangan sebagaimana berikut:

Menyediakan lorong belakang yang mementingkan aspek keselamatan dan tidak memberi ruang kepada sebarang pencerobohan fizikal serta unsur-unsur jenayah. (ii)

Kemesraan Mewujudkan ruang yang menggalakkan interaksi antara masyarakat.

6.

7

Kesendirian (privacy) Memberikan hak bagi individu untuk menikmati kehidupan yang bebas dari sebarang kacau ganggu.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Lorong Belakang Perumahan dan Aktiviti Guna Tanah Lain Penyediaan lorong belakang dengan kelebaran yang bersesuaian hendaklah disediakan di kawasan perumahan yang terletak di bahagian belakang kawasan kedai/kedai pejabat/bengkel agar tidak mendatangkan kacauganggu kepada kedua belah pihak. Bagi perumahan yang bersebelahan bangunan kedai melebihi 2 tingkat, kelebaran lorong belakang yang disediakan perlu lebih lebar dan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG bersesuaian dengan bangunan tersebut.

ketinggian

F

Bagi perumahan yang bersebelahan dengan berbukit/tanah tinggi perlu merujuk Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Berbukit yang disediakan oleh JPBD. 6.3

Utiliti dan Infrastruktur Pemaju dan agensi teknikal berkaitan perlu meminimakan perletakan kemudahan utiliti dan infrastruktur terutamanya jenis berstruktur (tiang elektrik/tiang lampu) di lorong belakang. Penyediaan laluan khusus di ruang bawah tanah adalah lebih sesuai bagi memperuntukkan ruang bagi kabel elektrik, telekomunikasi, air, perparitan dan pembetungan secara sistematik untuk mencapai keselesaan persekitaran dan faktor estetika.

6.4

8

Rekabentuk Lorong belakang boleh disediakan sama ada dalam bentuk jalan berturap/berkonkrit, laluan pejalan kaki atau kawasan hijau mengikut kesesuaian pembangunan dan persetujuan PBT (Foto 10 hingga Foto 12). Pembinaan sebarang struktur binaan kekal yang boleh mengganggu laluan adalah tidak dibenarkan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Contoh reka bentuk lorong belakang.

9

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 6.5

Pemilihan Bahan Turapan

6.6

Bagi lorong belakang yang disediakan sebagai laluan pejalan kaki dan laluan berlandskap, bahan turapan yang digunakan hendaklah bersifat on site detention yang membenarkan air meresap ke dalam tanah. Penggunaan bahan sebegini akan mengurangkan air larian hujan (water run off) dan mengurangkan kejadian banjir kilat.

Struktur Pembinaan Lorong belakang hendaklah dibina di atas tapak yang rata keseluruhannya.

X

Contoh turapan lorong belakang yang bersifat ‘on site detention’.

√ Contoh struktur bertangga bertangga di lorong belakang.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dan

tidak

10

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG Sekiranya terdapat perbezaan aras yang tidak dapat dielakkan, laluan bertangga hendaklah dibina di dalam lot/kawasan rumah pemilik berkenaan. Pembinaan struktur bertangga di laluan lorong belakang adalah tidak dibenarkan kerana dikhuatiri akan menyukarkan kerjakerja memadam api dan menyelamat sekiranya diperlukan oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat. 6.7

(jasminum sambac), heliconia (heliconia spp) dan siantan (ixora cocinea). 6.9

Pemasangan Pagar Penghuni kediaman atau pihakpihak berkaitan (persatuan penduduk) adalah tidak dibenarkan memasang pagar di lorong belakang. Ini adalah bagi memastikan tiada sebarang halangan di lorong belakang sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran.

Pencahayaan Pemaju ataupun PBT hendaklah menyediakan lampu di manamana bahagian dinding rumah yang menghadap lorong belakang bagi tujuan pencahayaan pada waktu malam. Penyediaan pencahayaan yang terang akan dapat meningkatkan penglihatan dan keselamatan (rujuk Panduan Pelaksanaan Reka bentuk Bandar Selamat).

6.8

X

Pemilihan Tanaman √Pemilihan dan susunan tanaman/pokok bersesuaian perlu diberi perhatian bagi mengelak wujudnya suasana terlindung atau gelap yang mana boleh memberi ruang kepada kejadian jenayah. Hanya tumbuhan renek (shrub) yang berketinggian kurang daripada 1 meter dibenarkan. Contoh tanaman yang sesuai adalah seperti melur

√ Contoh pemasangan belakang.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

pagar

di

lorong

11

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG

7. GARIS PANDUAN KHUSUS Garis panduan khusus lorong belakang merangkumi 7 aspek sebagaimana berikut: 7.1

Lorong Belakang Tanpa Anjakan Kelebaran minimum bagi penyediaan lorong belakang tanpa anjakan ialah 6 meter (20 kaki) (Rajah 1). Kelebaran ini adalah mencukupi bagi memastikan ruang yang cukup bagi langkau api, ruang pengudaraan, pencahayaan serta laluan infrastruktur.

Rajah

1:Ilustrasi keperluan lebar lorong belakang 20 kaki di perumahan teres tanpa anjakan bangunan.

Contoh lorong bangunan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

belakang

tanpa

anjakan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG

7.2

Lorong Anjakan

Belakang

12

Dengan

Kelebaran minimum bagi penyediaan lorong belakang dengan anjakan ialah selebar 4.6 meter (15 kaki). Kelebaran anjakan di kedua-dua belah bangunan ialah 0.76 meter (2.5 kaki) (Rajah 2). Pengubahsuaian/penyambungan rumah di bahagian ruang anjakan 2.5 kaki adalah tidak dibenarkan.

Rajah

2:Ilustrasi keperluan lebar lorong belakang 15 kaki di perumahan teres dengan anjakan bangunan.

Contoh lorong belakang dengan anjakan bangunan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 7.3 Perumahan Kawasan Berbukit

Berhampiran

7.5

Bagi lorong belakang perumahan yang dibina berhampiran kaki cerun yang dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70째) di mana tidak ada sebarang langkah kejuruteraan untuk memperbaiki diambil untuk menstabilkan cerun itu atau menebat kesan gelongsoran tanah, ia hendaklah tidak terletak di dalam zon sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda ketinggian cerun. Manakala bagi lorong belakang perumahan yang dibina berhampiran rabung cerun yang dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70째) di mana terdapat langkah kejuruteraan bagi penstabilan cerun dijalankan hendaklah tidak terletak di dalam zon sekurangkurangnya sekali (1) ganda ketinggian cerun itu. 7.4

13

Lorong Belakang bagi Rumah Teres di belakang Tanah Lapang Bagi rumah teres yang mempunyai tanah lapang di bahagian belakang, penyediaan lorong belakang sebagai ruang pejalan kaki dengan sekurang-kurangnya selebar 15 kaki adalah dibenarkan bersempadan dengan garisan bangunan di bahagian belakang. (Rajah 3).

Rajah 3:Ilustrasi penyediaan lorong belakang bagi deretan rumah yang membelakangkan tanah lapang.

Panjang Maksimum Panjang maksimum yang dibenarkan bagi setiap deret blok rumah teres hendaklah tidak melebihi 97.54 meter (320 kaki). Bagi satu deret blok, panjang optimum adalah 12-16 unit selaras dengan keperluan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat. Contoh laluan pejalan kaki yang menghadap tanah lapang.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 7.6

Lorong Belakang ‘Courtyard’

Sebagai

7.7

14

Lorong Belakang Sebagai Tempat Letak Kenderaan Penyediaan lorong belakang digantikan dengan laluan yang berfungsi sebagai laluan kenderaan persendirian dan tempat letak kereta pemilik kediaman.

Penyediaan lorong belakang boleh digantikan dengan ‘courtyard’ selebar 12.19 meter (40 kaki) (Rajah 4). Ruang ini boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian tanah lapang awam.

Kelebaran lorong belakang sebagai tempat letak kereta hendaklah sekurang-kurangnya 12.19 meter (40 kaki) (Rajah 5).

Terhad kepada 16 unit rumah teres dalam satu blok atau maksimum 320 kaki sebagaimana rumah teres biasa.

Laluan hendaklah dijadikan jalan sehala seperti mana kehendak Jabatan Kerja Raya. Bahagian hadapan rumah dijadikan laluan pejalan kaki selebar 3 meter (10 kaki). Terhad kepada 8 unit rumah dalam satu deretan rumah teres.

Rajah 4:Ilustrasi contoh kelebaran lorong belakang sebagai courtyard.

Rajah 5:Ilustrasi contoh kelebaran lorong belakang sebagai tempat letak kenderaan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG

8. PENUTUP Garis panduan ini telah menggariskan perkara-perkara asas berhubung keperluan dan penyediaan lorong belakang bagi skim pembangunan perumahan. Adalah menjadi hasrat di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar aspek-aspek yang dicadangkan di dalam garis panduan ini dapat dipatuhi dan memandu pihak-pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi berkaitan dan pemaju di dalam merancang dan mengawal penyediaan lorong belakang di kawasan perumahan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

15

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tel: 03-2698 9211 Faks: 03-2693 3964 Laman web: www.townplan.gov.my

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

16

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Jalan Cenderasari, 50646 Kuala lumpur

17


Garis Panduan Perancangan Lorong Belakang