Issuu on Google+

DRAF 29/4/2011

Kawasan Pesisiran Pantai

Kawasan Pesisiran Pantai

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2010

Cetakan Pertama 2010

ďƒ’ Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

978-983-2773-98-6

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170

Pemberitahuan GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu         

Kawasan Pesisiran Pantai; Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai; Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid; Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti; Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpanan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.

GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan. GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain. GP ini akan menggantikan GP Piawaian Perancangan Kawasan Pantai JPBD Bil 6/2000 29 April 2011

ISI KANDUNGAN 1. SKOP 1.1 1.2 1.3

1 Definasi Kawasan Pesisiran Pantai Kawasan Pesisiran Pantai Sebagai KSAS 1.2.1 Ancaman Kepada KSAS Di Zon Pantai Kategori Kawasan Pesisiran Pantai dan Taman Laut

2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2.1

Prinsip Umum

3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1 3.2

Dasar Sedia Ada Akta/Perundangan Berkaitan

4. GARIS PANDUAN UMUM 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

Pembangunan Gunatanah Pengurusan Kebersihan Pembangunan Fizikal Kawalan Hakisan Pantai Perlindungan Kecemasan Pengorekan Pasir

5. GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1

MUKA SURAT

Garis Panduan Khusus Pembangunan

1 2 3 4

4 5

6 6 6

8 9 9 10 11 12 12

18 18

SENARAI JADUAL Jadual 1 : Anjakan Belakang Pembangunan Jadual 2 : Kegunaan Tanah di Kawasan Pantai

14 18

SENARAI FOTO Foto 1 : Suasana Pesisiran Pantai Foto 2 : Keadaan Fizikal Pantai Yang Terhakis Foto 3 : Keadaan Fizikal Gumuk Pasir Di Pesisir Pantai

1 2 2

SENARAI RAJAH Rajah 1: Rajah 2 : Rajah 3 : Rajah 4 : Rajah 5 : Rajah 6 : Rajah 7 :

Langkah Asas Reka Bentuk Kawasan Pemeliharaan Pesisiran Pantai dan Taman Laut Keperluan Anjakan Bangunan Di Kawasan Pesisiran Pantai (Pantai Berlumpur), Hutan Paya Bakau Keperluan Anjakan Bangunan Di Kawasan Pesisiran Pantai (Pantai Berlumpur), Tiada Hutan Bakau Contoh Bentuk Pembangunan Zon Penampan Di Kawasan Kediaman Contoh Laman Rumah Sebagai Kawasan Penampan Contoh Pembangunan Zon Penampan Contoh Bentuk Lanskap Penampan

8 16 17 21 22 23 24

1 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

1.

SKOP

c)

kawasan dalam lingkungan 5km daripada kedua belah tebing rizab sungai yang bersempadan dengan sungai yang dipengaruhi oleh perubahan kemasinan air (kawasan estuari) adalah dianggap kawasan pinggir laut;

d)

ada bahagian sungai yang dipengaruhi oleh pasang-surut laut tetapi di mana kemasinan air tidak berubah dianggap sebagai kawasan khas. Disebabkan berlakunya air pasang-surut dalam bahagian sungai ini, pengaliran keluar bahan pencemar dalam bahagian sungai seperti ini adalah kurang. Kerana itu, kawasan sungai yang dipengaruhi air pasang surut, tanah dalam jarak 5km daripada rizab sungai dan 5km daripada kesan maksimum air pasang surut (daripada minimum air pasang surut perbani), dianggap sebagai kawasan Pinggir Laut; dan

e)

semua kawasan yang ditambak daripada kawasan laut, termasuk kawasan pesisir pantai atau ekosistem lautan yang berterusan daripada masa 46 tahun yang terdahulu (1957) adalah kawasan Pinggir Laut.

1.1 DEFINISI KAWASAN PESISIRAN PANTAI Kawasan pesisiran pantai merangkumi kawasan 5km ke sebelah darat (back shore) dan 16.1 km nautika ke sebelah laut dari paras purata air pasang perbani (shore front). Kawasan di sebelah darat termasuk sungai dan rizab air hingga ke kawasan yang dipengaruhi oleh air masin. Sempadan kawasan pinggir laut, iaitu termasuk pesisir pantai, kawasan perikanan, dan Taman Laut adalah dihadkan mengikut syarat-syarat di bawah1a)

Kawasan Laut Wilayah adalah kawasan pinggir laut (12 batu nautika ke laut);

b)

Semua kawasan dalam lingkungan 6 km daripada sempadan ekosistem pinggir laut yang berterusan dianggap sebagai kawasan pinggir laut;

Foto 1: Suasana pesisiran pantai

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

Hakisan Tanah Hakisan pantai berlaku secara semula jadi akibat balasan garis pantai kepada proses garis pantai semulajadi yang dijana oleh keadaan kaji cuaca dan oseanografi yang terdiri daripada tiupan angin, ombak dan air pasang-surut. Hakisan pantai lebih ketara di kawasan aktif morfologi serta di kawasan berhampiran dengan muara sungai (river mouth) yang mempunyai perubahan morfologi jangka masa pendek.

1.2.



KAWASAN PESISIRAN PANTAI SEBAGAI KSAS

Gumuk Pasir

Gumuk pasir pantai (sand dunes) dan gumuk pasir hutan bukan sahaja bertindak sebagai penampan (buffer) penting kepada hakisan pantai malahan juga bertindak sebagai habitat semulajadi dan takungan pasir bagi memenuhi hakisan semulajadi dan melawan impak negatif kenaikan aras laut.

Foto 3: Keadaan fizikal gumuk pasir di pesisir pantai

 Foto 2 : Keadaan fizikal pantai yang terhakis

Muara Sungai (River mouth)

Muara sungai mengalami masalah pemendapan akibat kelodakan yang banyak yang berasal dari kawasan tadahan bergandingan dengan pergerakan sedimen susur pantai. Kesan-kesan ini akan menyebabkan pengurangan aliran di kawasan tersebut terutamanya semasa aliran banjir (flood discharge), mengakibatkan gangguan kepada perjalanan navigasi kapal besar serta bot-bot perikanan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI GP untuk pemuliharaan dan pembangunan kawasan pesisiran pantai perlu berdasarkan jenis bentuk kawasan dan proses-proses fizikal, kimia dan biologi yang bertindak ke atasnya selain daripada keadaan sosio ekonomi tempatan. Semenanjung Malaysia disempadani oleh Laut China Selatan di sebelah timur dan Selat Melaka di sebelah barat. Kawasan pantai Malaysia terdiri daripada alluvium yang mudah terhakis dan berisiko bencana. Kawasan pantai timur terdiri daripada taburan pasir sepanjang 860km manakala pantai barat pula terdiri daripada kelodak (silt) dan lumpur (clay) yang meliputi kawasan sepanjang 1110 km.

1.2.1 ANCAMAN KEPADA KSAS DI ZON PANTAI Kawasan KSAS

Kesan Ancaman

Pembangunan Pantai

Garis pantai adalah tertakluk kepada kesan hakisan pantai yang boleh mengakibatkan kehilangan keluasan tanah dan kehilangan habitat. Tambahan pula, proses semulajadi ini boleh diburukkan lagi oleh aktiviti manusia.

Tebus gunatanah

Tebus gunatanah tanpa perancangan yang baik akan mengakibatkan impak negatif ke atas proses pembentukan pantai serta pengangkutan sedimen (yang boleh mengakibatkan hakisan atau pertumbuhan accretion. Ini akan menambahkan pencemaran air laut dan mengurangkan kepelbagaian habitat marin.

Perlombongan Pasir Luar Pantai

Bahan-bahan penambakan yang diperlukan untuk projek tebus gunatanah akan diperolehi daripada pengeluaran pasir kawasan luar pantai. Kegiatan ini akan mengubah batimetri dasar laut. Kesan seperti pengurangan pasir, ombak besar dan penambahan tenaga ombak tinggi akan menyebabkan hakisan, pemendapan dan kehilangan ekosistem marin.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

1.3

KATEGORI KAWASAN PESISIRAN PANTAI DAN TAMAN LAUT

KSAS Bernilai Warisan Fungsi Utama

• mempuny

ai kepenting an dan nilai tinggi dari segi eko sistem marin seperti terumbu karang, dan habitat rumput laut.

2.

KSAS Bernlai Sokongan Hidup

KSAS Berisiko Bencana

Fungsi Fungsi Utama Sampingan

• mempuny

ai nilai sokongan hidup dari segi eko sistem pantai seperti sumber hutan bakau, terumbu karang dan habitat rumput laut.

• Pembanguna

n di pantai menyebabka n impak negatif ke atas proses pembentuka n pantai serta pengangkut an sedimen seperti bencana hakisan.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

Perancangan dan pembangunan kawasan pesisiran pantai perlu diteraskan kepada prinsipprinsip perancangan dan pembangunan sejagat yang antara lain menitikberatkan elemen-elemen seperti berikut-

• Prinsip Ihsan a. Semua keputusan dan tindakan perancangan dan pembangunan mempertimbangkan kesan tindakan sama ada kepada individu, mesyarakat dan alam sekitar termasuk kawasan pesisiran pantai serta flora dan faunanya •

Prinsip Keselamatan

a. Perancangan dan pembangunan kawasan pesisiran pantai mestilah menghindarkan unsurunsur yang mendatangkan ancaman kerosakan/bahaya kepada kawasan tersebut. Ini adalah untuk menjadikan kawasan tersebut lebih selamat, liveable, mampan dan lebih produktif. •

Prinsip Kebersihan

a. Memastikan kawasan pesisiran pantai berada dalam keadaan bersih, indah dan teratur dengan penyediaan segala kemudahan asas dan awam yang mencukupi seperti sistem lalulintas dan pengangkutan yang berkesan dan selesa; b. Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan orang awam supaya menghargai kebersihan dan menanam kesedaran dalaman;

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI c. Mengintegrasikan pelbagai ciriciri kebudayaan dan senibina warisan tempatan dalam rekabentuk bangunan kawasan berdekatan dengan pesisiran pantai; dan d. Rekabentuk yang berkualiti serta yang mengutamakan nilai-nilai estatika, pandangan yang sihat dan bersih •

Prinsip Pemeliharaan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Sumberjaya Asli dan Mampan a. Memelihara kawasan semualadi seperti kawasan pesisiran dan pantai yang sensitif dan kawasan yang mempunyai peranan ekologinya seperti hutan paya bakau yang perlu dikekalkan untuk kepentingan umum; dan b. Pengekalan alam semulajadi bagi kawasan yang sensitif di mana perubahan-perubahan yang berlaku terhadap kawasan tersebut diminimumkan sama ada pada manusia atau habitat sedia ada.

2.1

PRINSIP-PRINSIP UMUM

Perancangan dan pembangunan kawasan pesisiran pantai dan taman laut perlu berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:  perancangan

dan pengurusan kawasan pantai perlu dilakukan dengan mengambil kira peranan kawasan sensitif dalam lanskapnya dan pengekalan peranan tersebut dalam manamana perancangan pembangunan sekelilingnya;

 konsep

reka bentuk pusat dan penampan atau core and buffer merupakan asas bagi pelan gunatanah dan aktiviti berhampiran kawasan pantai;

 pembangunan

perlu dilakukan pada jarak yang jauh (anjakan belakang) daripada kawasan pantai bagi mengurangkan kesan pembangunan terhadap kawasan pantai; dan

 kawasan penampan perlu direka

bentuk supaya lanskapnya berfungsi sebagai penampan kesan pembangunan atas kawasan sensitif (zon pengurusan/koridor riparian).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

6 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

3.

DASAR DAN PERUNDANGAN SEDIADA

3.1

Dasar Sediada Dasar

Aspek Ditekankan

Konvensyen Antarabangsa berkaitan Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (International Convention on Wetlands of International Importance) atau Konvensyen Ramsar.

 Mengenal pasti beberapa jenis tanah lembap sebagai kawasan tanah lembap pesisir laut.

International Union for Conservation of Nature (IUCN).

 Menyenaraikan 10 kategori kawasan pemuliharaan termasuk kawasan pesisiran pantai.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

7

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI 3.2

Aspek/Perundangan Berkaitan Akta / Undang-Undang

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan PeraturanPeraturan di bawahnya Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978;  Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) bagi Laporan Penilaian Alam Sekitar 1987; dan  Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penurunan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin) 1993 dan 1994.  Akta Perikanan 1985  Akta Perhutanan Negara 1984 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 Kanun Tanah Negara 1965 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 Akta Akta Akta Akta

Pemuliharaan Tanah 1960 Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Pelantar Benua 1966 Zon Ekonomi Eksklusif 1984

Akta  Pelindungan Hidupan Liar 1972  Akta Pihak Berkuasa Pelabuhan 1963 (semakan semula 1992)

Agensi

Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Perikanan Jabatan Taman Laut Malaysia  Jabatan Perhutanan  PBPT  PBPT  Pejabat Tanah dan Daerah  JPBD  PBPT  Pejabat Tanah dan Galian  PBPT  JKPTG  Jabatan Laut  Jabatan Perikanan  Jabatan Kastam  Jabatan Pertahanan Jabatan PERHILITAN Jabatan Taman Laut Malaysia Kementerian Pengangkutan Pihak Berkuasa Pelabuhan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

8 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

4.

GARIS PANDUAN UMUM

Konsep kawasan pusat dan penampan (core and buffer) digunakan bagi mengurus perancangan dan pemeliharaan kawasan pesisiran pantai dan taman laut (Rajah 1). Rajah 1 Langkah Asas Reka Bentuk Kawasan Pemeliharaan Pesisiran Pantai dan Taman Laut

Pusat

Langkah 1

Pusat

Pusat

Langkah 2

Langkah 3

a) habitat berhampiran dan berhubung dengan habitat yang dikenal pasti dari segi pergerakan spesies atau pengaliran nutrien; b) ibu pejabat, stesen pegawai renjer, zon-zon kawasan asli perikanan, peranginan, penyelidikan, pendidikan; c) kawasan tadahan, pertanian, pembangunan bandar dan industri, sungai dan estuari; dan d) laluan perkapalan, kawasan perikanan komersial, dan zon kegunaan intensif. Kawasan jenis (c) dan (d) mesti dimasukkan dalam zon penampan atau perlu dikawal dari segi enapan, bahan agrokimia, dan banjir daripada air tawar (Salm & Clark, 1984).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

9 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI anjakan minimum mengikut jenis pembangunan, topografi serta kesesuaian kawasan.

GP UMUM BAGI KAWASAN PESISIRAN PANTAI 4.1

Pembangunan Gunatanah

Pelan Pengurusan Zon Pesisiran Pantai Bersepadu (Integrated Coastal Zone Management – ICZM) dan dijadikan sebagai dasar pembangunan dan pemuliharaan kawasan pesisiran pantai dan pulau.

Dalam penilaian gunatanah, kesan terhadap kualiti alam sekitar hendaklah mengambil kira kesan kumulatif jangka panjang terhadap sumber pesisiran pantai dan habitat marin.

Pembangunan fizikal dibenarkan di belakang dan garis pantai.

Pembangunan di kawasan belakang pantai, dekat pantai dan luar pantai adalah selektif seperti aktiviti rekreasi, eko-pelancongan, marina dan perikanan. Struktur hanya boleh dibina dengan kelulusan Unit Kejuruteraan Pantai (JPS) dan/atau Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Taman Laut Malaysia sekiranya melibatkan pulau-pulau yang telah diwartakan sebagai taman laut.

hanya gumuk

Aktiviti perlombongan tidak dibenarkan di kawasan gumuk, belakang pantai hingga ke luar pantai yang berjarak sehingga 10km atau berkedalaman air muka 10m.

Intensiti pembangunan kawasan santuari penyu dibenarkan.

di tidak

Pencahayaan yang terang dan bangunan tinggi tidak dibenarkan di kawasan pembangunan berhampiran zon pendaratan penyu

4.2

Pengurusan Kebersihan dan Keindahan

Kawalan Pelepasan Buangan

Sistem saliran dan pembetungan yang menyeluruh, bersepadu dan menepati standard yang diiktiraf

Kawalan sistem pemungutan sampah dan kemudahan pembuangan sampah yang efisien

Semua pembangunan struktur binaan kekal perlu mematuhi garis Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

10 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

4.3 

Pembangunan Fizikal Pembangunan di kawasan pantai perlu kajian hidraulik

Pembangunan depan pantai (shore-front) contoh pembangunan ialah limbungan kapal, pelabuhan loji penapisan minyak, talian paip, stesen penjana kuasa, limpahan marin marina, jeti, lapangan terbangan;

Pembangunan belakang pantai (backshore) contoh pembangunan ialah perumahan, resort, pusat rekreasi, hotel; dan

Pengorekan pasir di pantai dan muara sungai contoh pembangunan ialah lombong pasir, pendalaman untuk pengemudian kapal, penebatan banjir dan akuakultur.

Projek penambakan yang melibatkan kawasan 50 hektar (123.55 ekar) atau lebih dan aktiviti pengorekan pasir yang melibatkan kawasan 50 hektar atau lebih perlu menjalankan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (detailed Environmental Impact Assessment (EIA) Report).

Kawasan penampan perlu disediakan sebagai kawasan perantaraan antara satu kawasan aktiviti intensiti tinggi dengan satu kawasan aktiviti intensiti rendah.

Berasing daripada kawasan penempatan yang lain serta kawasan taman, rizab tumbuhan dan tanah lembap yang berfungsi sebagai penampan dan pelindung ekosistem pinggir laut.

Perancangan pembangunan perlu memastikan tiada perubahan kepada hidrologi dan pengaliran arus di kawasan sensitif alam sekitar pinggir laut yang boleh menjejaskan fungsi fizikal, kimia, dan/atau biologi asalnya.

Sempadan tapak pembangunan (footprint) kawasan penempatan perlu ditunjukkan dengan jelas, terang dan Garisan Pinggir Semula jadi (natural edges) perlu dikekalkan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

kawasan pinggir laut seharusnya merupakan sistem kawasan pesisiran dan taman rizab yang menjalar sepanjang garis pantai, estuari, pulau, kawasan perikanan, yang

11 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI mudah dikunjungi orang awam; 

oleh

sempadan kawasan penempatan berhampiran perlu dikenal pasti supaya tidak melampaui batasan sempadan; dan laluan ekologi yang bersambung perlu ditentukan untuk menghubungkan kawasan tumbuhan asli dan kawasan pemeliharaan.

Zon pengurusan riparian perlu dibentuk bagi mengurangkan kesan terus pembangunan kepada kawasan sensitif alam sekitar di pinggir badan-badan air, termasuk sungai dan pantai dalam kawasan pinggir laut; dan GP bentuk zon riparian diberikan khusus.

4.4 

Pembinaan, pembesaran atau pembaikan struktur pelindung pantai perlu memenuhi syarat berikut: 

struktur tersebut penting untuk melindungi penggunaan yang bergantung kepada air atau kawasan pantai rekreasi awam mengalami bahaya hakisan dan limpahan banjir;

struktur tersebut tidak akan mendatangkan impak negatif ke atas bekalan pasir pantai tempatan, hakisan, pencetekan pantai dan hidupan marin;

struktur tersebut adalah sejajar dengan pelan induk pelindungan pesisiran pantai negeri berkenaan; dan

dengan topografi sediada memberi tahap perlindungan yang sama dan mempunyai reka bentuk yang tidak melebihi jangka pulangan 50 tahun bagi ribut

Anjakan belakang pembangunan diwajibkan seperti dalam Jadual 7.

Zon Pengurusan Riparian 

perlindungan pantai oleh tumbuhan, pemulihan gumuk, pembentukan dan penyelenggaraan.

pengurusan dalam GP

Kawalan Hakisan Pantai Kaedah berbentuk bukan struktur terhadap masalah hakisan pantai diberi keutamaan seperti penambakan pantai,

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

12 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI 

4.5

Mengurangkan kesan negatif ke atas sistem gumuk dan pantai, kawasan berhampiran dan marin penyu. Pembinaan pantai yang melebihi garis pesisir mengikut arah selintang pantai sehingga menjulur keluar ke arah laut dari tubir gumuk, garis tumbuhan atau ke atas pesisiran pantai aktif, perlu dihadkan supaya tidak menceroboh ke kawasan pantai

keperluan minima diperlukan untuk perlindungan sementara;

perlindungan sementara perlu ditempatkan dan direkabentuk supaya mudah dialihkan;

di kawasan berlaku limpahan pasir lebihan, pengorekan kawasan pantai perlu ditegah;

tiada aktiviti yang mendatangkan impak kurang baik dilakukan; dan

sebarang kesan mesti ditangani.

negatif

Perlindungan Kecemasan 4.6

Apabila berlaku ribut, di kawasan pantai sehingga mengakibatkan hakisan gumuk pasir dan pesisiran pantai, samada struktur yang dibina telah musnah atau berpotensi untuk musnah akibat ribut, maka perlu ada pelan tindakan kecemasan yang diperlukan untuk maksud seperti berikut: 

perlindungan kecemasan perlu diambil dalam masa 30 hari selepas berlaku kejadian hakisan. Ini mungkin perlu dilanjutkan lagi sehingga pengesahan semula keadaan kecemasan tersebut;

Pengorekan Pasir

Aktiviti pengorekan dan penambakan pasir dikategorikan sebagai aktiviti terhad, tersekat dan/bersyarat bergantung kepada paras sensitiviti KSAS. Sebagai contoh, pengorekan pasir dilarang di kawasan pemuliharaan dan pengurusan semulajadi tetapi dibenarkan di kawasan pengurusan pembangunan

Teknik pengorekan dan amalan pengurusan terbaik

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

mengenalpasti kaedah pengorekan yang sesuai

13 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI serta protokol yang perlu dilaksanakan;

kapal korek berbentuk hopper mungkin digunakan apabila ianya tidak diisi melebihi paras limpahan semasa mengorek bahan merbahaya atau sedimen bertoksin atau lumpur dan kelodak; dan

syarat tiada limpahan atas barge dikenakan atas pengorekan pasir.

Pembuangan korekan-

bahan-bahan

kenalpasti kegunaan jendela korekan pasir untuk kegunaan habitat; dan

menghasilkan kaedah ujian ke atas sedimen, teknik analisis dan had konsentrasi kandungan kimia bahan-bahan yang perlu dikorek.

Penempatan bahan korekan di bawah air di kawasan teluk dihadkan dan pilihan tapak pembuangan yang tidak dipengaruhi pasang surut dan di lautan terbuka diberi keutamaan.

Kajian EIA di kawasan sumber pasir dari segi kesesuaian samada akan menjejaskan ekologi dan proses fizikal. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

14 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI Jadual 1 Anjakan Belakang Pembangunan Jenis Pantai

Pantai berpasir dan laut

Pantai berlumpur

Aktiviti

GP

i. Rekreasi

60 meter daripada paras purata air pasang perbani.

ii. Kediaman dan Pelancongan

60 meter daripada paras purata air pasang perbani.

iii. Perindustrian Ringan

500 meter daripada paras purata air pasang perbani.

iv. Perindustrian Berat

1000 meter daripada paras purata air pasang perbani.

v. Pertanian termasuk akuakultur

100 meter daripada paras purata air pasang perbani

vi. KSAS

Tambahan anjakan belakang 50% kepada nilai kawasan biasa. Air pelepasan (industri, komersial, kediaman dan kumbahan) perlu disalurkan ke sistem saliran darat. Contoh, untuk kawasan rekreasi, anjakan belakang = 90 meter

i. Kediaman dan Pelancongan

400 meter daripada paras purata air pasang perbani.

ii. Perindustrian

1000 meter daripada paras purata air pasang perbani (bagi kedua-dua industri ringan dan berat).

iii. Pertanian termasuk akuakultur

100 meter daripada paras purata air pasang perbani.

iv. KSAS

Tambahan anjakan belakang 50% kepada nilai kawasan biasa. Air pelepasan (industri, komersial, kediaman dan kumbahan) perlu disalurkan ke darat. Contoh, untuk kawasan perindustrian, anjakan belakang = 1500 meter

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

115 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI Jenis Pantai

Pantai berbatu/ tebing curam

Aktiviti

i. Kediaman dan Pelancongan

30 meter daripada paras purata air pasang perbani. Pembangunan dibenarkan di atas air, dengan kawalan jarak di antara bangunan ke bangunan dan dibina di atas tiang dengan kawalan ketinggian dan kumbahan.

ii. KSAS

Tambahan anjakan belakang 50% kepada nilai kawasan biasa. Air pelepasan (industri, komersial, kediaman dan kumbahan) perlu disalurkan ke sistem saliran darat.

i. Kediaman/ pelancongan

Mempunyai 60 meter kawasan penampan dari tebing laut baru serta menyediakan jalan perkhidmatan sepanjang pantai tersebut untuk kegunaan orang awam.

ii. KSAS

Tambahan anjakan belakang 50% kepada nilai kawasan biasa. Air pelepasan (industri, komersial, kediaman dan kumbahan) perlu disalurkan ke sistem saliran darat.

Semua aktiviti

Sebarang bangunan atau pembinaan yang melintasi pantai hingga ke pergigian air tidak dibenarkan di kawasan mana-mana pantai kawasan sensitif alam sekitar melainkan boardwalk atau jeti awam sahaja .

Pantai bagi kawasan tebus guna

Pantai KSAS Pinggir Laut

GP

Sumber: Kajian KSAS, 2004

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

16 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI Rajah 2 Keperluan Anjakan Bangunan Di Kawasan Pesisiran Pantai (Pantai Berlumpur), Hutan Paya Bakau

Paras Air Laut

Sumber: Piawaian Perancangan Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Pesisiran Pantai, 1997 Nota: Anjakan 60 meter adalah untuk pantai berpasir bagi pantai berlumpur. Anjakan 400 meter bagi kawasan hutan paya bakau

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

117 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI Rajah 3 Keperluan Anjakan Bangunan Di Kawasan Pesisiran Pantai (Pantai Berlumpur), Tiada Hutan Bakau

Paras Air Laut

Sumber:Piawaian Perancangan Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Pesisiran Pantai,1997 Nota: Anjakan adalah 100 meter bagi pantai berlumpur

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1

118 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI 5.

GARIS PANDUAN KHUSUS

Tahap Kesensitifan

Jadual 8 Kegunaan Tanah di Kawasan Pantai

(Rujuk Kod Gunatanah)

Kawasan pantai yang di anggap sangat sensitif dari segi keunikan biologi, warisan/arkeologi, kadar hakisan tinggi, atau sebab lain yang dikenal pasti.

1

Tiada

Dataran pasang surut terlindung dan dataran terumbu. (ESI=8)

2

KSAS/Kategori

Kawasan sensitif seperti Pulau Kecil, Taman Laut, Gumuk Pasir, Pantai Berlumpur Kunjungan Burung, Pantai Berlumpur Semaian Kerang, Kawasan Hutan Bakau (ESI=9,10), Kawasan Dataran Terumbu Karang, Kawasan Rumput Laut, Kawasan Warisan/ Arkeologi Pinggir Laut.

Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti berimpak rendah Ekopelancongan

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat

Aktiviti

Syarat

Penyelidikan terkawal.

Tidak merosakkan persekitaran.

Kemudahan Pelancongan, rekreasi, perumahan, institusi, pertanian.

Pulau, Taman Laut EIA dan kebenaran agensi berkaitan.

Perikanan, penyelidikan.

Aktiviti berlesen, Taman Laut perlu mengikut syarat.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Aktiviti tidak dibenarkan

Semua

Industri, Pembangunan lain yang merosakkan atau mengancam dataran terumbu, mengubah rejim enapan dataran sehingga menyebabkan hakisan atau mendapan.

Catatan / GP

Menggunakan konsep kawasan pusat dan penampan (core and buffer)-rujuk Rajah 2.

Rujuk kepada Integrated Shoreline Management Plan (ISMP), JPS.

Anjakan (Setback). Zon Hutan Pantai Perancangan konsep core and buffer. Zon Pengurusan riparian. Rujuk Akta Perikanan 1985. Kajian Carrying Capacity/Limit of Acceptable Change (LAC). Rujuk kepada ISMP JPS.

    

119

KSAS/Kategori

Pantai terlindung, pesisiran pantai (termasuk saku) dan sungai yang (ESI=7)

berbatu tembok pantai, berpasir pantai tebing tinggi.

Tahap Kesensitifan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

(Rujuk Kod Gunatanah)

3

Tiada

Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat

Aktiviti

Syarat

saliran, pendalaman, pertanian, perumahan (kepadatan rendah), institusi, rekreasi dan perikanan.

Penyediaan EIA untuk kualiti air kawasan persekitaran. 

Aktiviti tidak dibenarkan

 

Pembangunan kepadatan tinggi. Industri, Aktiviti lain yang boleh menyebabkan hakisan atau mendapan.

Dataran pasang surut terdedah. (ESI=6)

Pantai berbatu kerikil dan tembok batu-bata yang terdedah. (ESI=5) Pantai terdedah, bercampur pasir dan kerikil dan tambakkan pasirkerikil. (ESI=4)

3

Tiada

Perumahan, industri, rekreasi, institusi, pertanian dan perikanan.

Penyediaan EIA untuk kualiti air kawasan persekitaran.

Aktiviti yang boleh menyebabkan hakisan atau mendapan.

Catatan / GP

   

Anjakan (Setback). Konsep core and buffer. Zon Pengurusan riparian. Rujuk jadual 6 bagi syarat pantai berpasir.

Rujuk ISMP JPS.

Anjakan (Setback). Zon Hutan Pantai. Konsep core and buffer. Zon Pengurusan riparian.

  

Rujuk ISMP JPS.

Pantai terdedah, pasir saiz sederhana ke kasar. (ESI=3) Pantai terdedah, pasir halus dan beting-beting pasir. (ESI=2)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

20

KSAS/Kategori

Tanjung berbatu terdedah, platform dihakis ombak, dan tembok laut. (ESI=1)

Tahap Kesensitifan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

(Rujuk Kod Gunatanah)

3

Tiada

Aktiviti Dibenarkan

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat

Aktiviti

Syarat

Perumahan, industri, rekreasi, institusi dan pertanian.

Penyediaan EIA supaya tidak menjejaskan kestabilan kawasan.

Aktiviti tidak dibenarkan

 Kuari  Aktiviti yang boleh mengancam kestabilan tanjung, pembanguna n yang boleh merosakkan pemandangan kawasan pelancongan.

Sumber: Kajian KSAS, 2004 Nota: Tahap 1 = 2 = 3 =

kesensitifan: Tiada pembangunan kecuali aktiviti penyelidikan Aktiviti berimpak rendah dibenarkan tanpa pertukaran gunatanah Pembangunan terkawal (dengan syarat-syarat tertentu)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Catatan / GP

   

Anjakan (Setback). Zon Hutan Pantai. Konsep core and buffer. Zon Pengurusan riparian. Rujuk ISMP JPS

121 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI Rajah 4 Contoh Bentuk Pembangunan Zon Penampan Di Kawasan Kediaman

Sumber: Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

122 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI Rajah 5 Contoh Laman Rumah Sebagai Kawasan Penampan a)

Laman Taman tanpa zon penampan yang berimpak tinggi kepada kawasan perairan.

b)

Laman Taman dengan zon penampan yang berimpak rendah kepada kawasan perairan.

Sumber: Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

123 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI Rajah 6 Contoh Pembangunan Zon Penampan a)

b)

Contoh pembangunan resort atau rumah kediaman di pinggir pantai.

Contoh penampan untuk kawasan pertanian.

Sumber: Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

124 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI Rajah 7 Contoh Bentuk Lanskap Penampan a)

Sekeliling bangunan.

b)

Kilang atau industri di pesisir pantai.

Sumber: Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1180 Email: bpp@townplan.gov.my Laman web: http://www.townplan.gov.my

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Chenderasari, 50646 Kuala Lumpur


Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Kawasan Pesisiran Pantai