FAQ GP KEJIRANAN HIJAU

Page 1

FAQ GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJI RANAN HIJAU Soalan

Jawapan

1.

Apa yang dimaksudkan sebagai mengurangkan intensiti pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 40% berdasarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)?

Ia bermaksud pengurangan intensiti karbon hanya perlu dilaksanakan apabila terdapat kenaikan KDNK. Sebaliknya initiatif pengurangkan intensiti karbon tidak diperlukan sekiranya terdapat penurunan KDNK.

2.

Berapakah saiz kejiranan yang ideal untuk sesebuah pembangunan kejiranan hijau?

Keluasan yang ideal untuk sesebuah modul kejiranan adalah 16 hingga 51 hektar (40 hingga 125 ekar). Penentuan saiz kejiranan yang ideal ini juga adalah berdasarkan kepada beberapa penyelidikan ke atas beberapa dokumen seperti LEEDS, BREEAM dan Western Australia Green Neighbourhood.

3.

Apakah yang dimaksubkan kepadatan yang tinggi dan sederhana?

Kepadatan sederhana dalam sesuatu pembangunan adalah dianggarkan 13 – 21 unit per ekar di mana ia merupakan minimum untuk menyokong pengangkutan awam dan menggalakkan aktiviti berjalan kaki. aktiviti harian seperti perniagaan, sekolah, tadika, perhentian bas dapat disediakan. Manakala kepadatan tinggi adalah dianggarkan 37 – 46 unit per ekar di mana tahap mandiri yang tinggi (self-suffiency), menyokong pelbagai kemudahan pengangkutan awam, akses yang tinggi kepada kepelbagaian perkhidmatan dan barangan. Kepadatan yang terlalu/amat tinggi bermakna kepadatan yang melebihi 46 unit per ekar. Ia tidak digalakkan kecuali di pusat bandar yang direkabentuk dengan urban design yang berkualiti tinggi.

26-Jun-12Page 1 of 2


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
FAQ GP KEJIRANAN HIJAU by R&D, JPBD - Issuu