

Sekolah Kebangsaan
Kg Seberang
Kisah Kejayaan
Sebuah sekolah luar bandar di Malaysia, Sekolah Kebangsaan Kg Seberang mempunyai 326 orang murid dan 32 orang guru.
Kami telah menggunakan aplikasi Google for Education melalui pelantar Delima untuk 3 tahun. Aplikasi utama yang digunakan adalah Padlet, Google Site, Google Sheet, Canva dan Google Drive. Kami juga mempunyai 21 buah komputer riba jenis Lenovo untuk kegunaan murid di sekolah.









Berikan gambaran keseluruhan tentang cara anda menggunakan aplikasi Google for Education di sekolah.


Apakah faedah dan impak yang telah dilihat hasil penggunaan aplikasi Google for Education?



Di sekolah kami, guru memanfaatkan Google Workspace yang terdapat dalam DELIMA untuk pelbagai jenis urusan seperti pentadbiran, penyampaian maklumat dan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, murid-murid turut didedahkan dengan penggunaan delima dalam pembelajaran
Melalui Padlet, pengurusan pentadbiran menjadi lebih terancang dan sistematik Manakala, Google Site digunakan untuk memudahkan akses kepada sesuatu program yang dijalankan di sekolah seperti pengurusan Delima dan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Canva pula digunakan sebagai salah satu medium penyebaran maklumat yang berkesan bukan hanya kepada guru malah komuniti setempat Murid juga mengaplikasikan Google for Education dalam proses pembelajaran
Bagaimanakah anda melibatkan diri dengan sekolah lain untuk berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi Google for Education?
Kami melibatkan diri dengan sekolah lain dengan menjemput mereka membuat perkongsian dan latihan di sekolah kami untuk memantapkan lagi kemahiran kami dalam pengintegrasian Google for Education. Selain itu, kami juga turut bersama-sama berkongsi cara menggunakan Padlet untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang dilaksanakan sendiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran kami
Padlet Pengurusan sekolah-semua unit mempunyai Padlet tersendiri

Google Site PKL-memudahkan sesi ujian PKL di sekolah
Google Site Delima-memudahkan guru mencari id Delima murid
Bengkel Google Workspace bagi pemantapan kemahiran guru menggunakan Google for Education



Google form Autojana One Page Report menggunakan Autocrat

Bengkel Canva bagi pemantapan kemahiran guru dalam pengintegrasian Canva sebagai medium pengurusan, pembelajaran dan sebagainya.

SEKOLAH KEBANGSAAN KG SEBERANG

Bengkel Asas ICT menggunakan aplikasi Google dalam pembelajaran harian.

Contoh brosur Unit ICT sekolah yang dihasilkan menggunakan Canva
Contoh Poster Unit ICT yang dihasilkan menggunakan Canva

Penggunaan Google Classroom di sekolah



Menggunakan Google for Education dalam Delima
penggunaan Quizziz
Latihan
bagi kegunaan guru di dalam kelas
SEKOLAH KEBANGSAAN KG SEBERANG