Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Page 77

Apa Ertinya Saya Menganut Islam__________________________________________________________

Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) Sabda baginda lagi: "Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)". (Abu Daud meriwayatkan hadith seperti ini.) Sabdanya lagi: "Kamu wajib bersama jemaah muslimin dan Iman (pemimpin) mereka". (Hadith sebahagian riwayat Bukhari dan Muslim) Sabda baginda yang lain: "Jemaah itu berkat". "Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab".4

Bab 2 Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan akhlak Islam, melainkan masyarakat yang berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup Islam sebagai syariat perundangan, peraturan dan perlembagaan hidup, serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di alam ini. Seluruh amal ini dan lain-lain keperluan untuk amalanamalan ini serta lain-lain perkara yang berkaitan yang dituntut oleh amal-amal ini adalah satu tuntutan syariat. Kewajipan melaksanakan tidaklah gugur kecuali setelah tertegaknya satu kuasa yang dapat mengendalikan tanggungjawab ini dan memelihara urusan kaum muslimin. Selagi kekuasaan ini tidak wujud, maka seluruh kecuaian atau kecacatan para petugas amal Islam dan kecuaian orang yang tidak turut serta dalam kerja-kerja ini, menurut pandangan Islam adalah satu dosa yang tidak akan hilang melainkan orang-orang Islam bersegera bangun memikul tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja untuk menegakkan Islam.

4

Hadith riwayat Abdullah Ibn Ahmad Ibn Hanbal dalam “Zawaid al-Musnad.� Al-Hafiz as-Sakhawi berkata: Hadith ini diriwayatkan oelh ad-Dailami juga dan kedua-dua sanadnya lemah tetapi ia mempunyai banyak syawahid. 77


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.