Sistem Rumah

Page 1

PENDAHULUAN Sistem Rumah merupakan satu sistem yang telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) premier. Pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua Sekolah Berasrama Penuh. Ini merupakan langkah proaktif Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai misi dan matlamat SBP dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diharapkan pelaksanaan

Sistem

Rumah

akan

melahirkan

pelajar-pelajar

yang

bersahsiah,

berkepimpinan dan mempunyai daya saing tinggi yang akan memacu masyarakat masa depan ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

2.1 FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembang kebolehan murid-murid yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

2.2 MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang abad ke-21.


2.3 MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH 1.

Mewujudkan peluang untuk murid-murid yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif

2.

Memperbanyakkan murid bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara

3.

Melahirkan murid-murid yang mempunyai kepemimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat

4.

Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia

5.

Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja

6.

Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat alam remaja

7.

Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang

8.

Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan murid SBP

9.

Menghasilkan murid-murid yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana

10.

Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan Wawasan 2020

2.4 NILAI-NILAI TERAS SEKOLAH BERASRAMA PENUH • • • • • • • •

Berpegang teguh pada agama Berilmu Berfikir Rajin Berani Ikram Sentiasa mengejar kecemerlangan Berbakti


3. KONSEP DAN PRINSIP SISTEM RUMAH Sistem Rumah merupakan pelaksanaan penempatan murid di bawah satu bumbung (Rumah) dengan pendekatan vertikal berbanding dengan pendekatan horizontal di bilik darjah. Alternatif ini merupakan pendekatan ke arah memupuk semangat kesepaduan dan keharmonian dalam kalangan murid yang berasal dari latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan budaya yang berbeza. Justeru Sistem Rumah akan meningkatkan jalinan kerjasama dan pembangunan darjah emosi (EQ)

untuk

menghasilkan

murid-murid

yang

mempunyai

jati

diri,

berketerampilan dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi, sebagai sumber tenaga cemerlang dan bijaksana kepada pembangunan masa depan negara. Sistem Rumah ini juga berperanan sebagai perekayasa sosial (social reengineering) bagi melahirkan amalan budaya positif dalam kalangan murid untuk mencapai kecemerlangan modal insan seterusnya memupuk dan mengembangkan semangat kekitaan.

3.1

Matlamat Strategik 3.1.1

melahirkan sekolah yang unik dan istimewa ‘school with character’. (Sekolah Berwatak).

3.1.2

membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,

3.1.3

memperkasa jati diri murid, berketrampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya pimpin,

3.1.4

mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid ,

3.1.5

mewujudkan

semangat

kekeluargaan

belonging’ dengan menanam perasaan

dan kekitaan

’sense

of

“menyayangi yang muda,

menghormati yang tua” di antara ahli Rumah.


3.2

Konsep Asas 3.2.1

Setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya

empat ( 4 ) buah

Rumah tetapi tidak melebihi daripada enam ( 6 ) buah Rumah. 3.2.2

Rumah boleh dinamakan mengikut kesesuaian pihak sekolah, contohnya tokoh sejarah, ilmuan dan individu yang berjasa kepada negara.

3.2.3

Setiap murid dan guru mesti mempunyai Rumah kecuali Pengetua.

3.2.4

Pembahagian Rumah bagi murid dan guru kekal sepanjang persekolahan dan perkhidmatan di sekolah berkenaan.

3.2.5

Setiap Rumah dikehendaki mempunyai identiti sendiri meliputi warna, logo, motto, bendera, lagu Rumah dan lagu sorak.

3.2.6

Setiap Rumah mempunyai struktur

organisasi seperti yang telah

ditetapkan.

3.3

3.2.7

Ketua Rumah yang dilantik mestilah seorang Pengawas.

3.2.8

Penempatan murid di kelas tidak semestinya mengikut Rumah.

Elemen Sistem Rumah mempunyai elemen tersendiri yang sewajarnya dijadikan garis panduan kepada semua Sekolah Berasrama Penuh. Elemen-elemen tersebut berdasarkan : 3.3.1

Penempatan a. Penempatan murid di asrama bermula semasa pendaftaran ke Tingkatan 1, 4 dan/atau Tingkatan 6 Bawah. b. Pengagihan murid adalah berdasarkan analisis statistik strata (stratified statistical analysis): i.

Status murid – biasa dan projek khas

ii.

Anak-anak bekas murid (alumni)

iii.

Adik beradik kembar

iv.

Murid yang mempunyai kakak/abang yang sedang menuntut di sekolah yang sama.


BIL 1.

STATUS MURID Setiap

murid

PENEMPATAN RUMAH

dikategorikan Setiap Rumah hendaklah dianggotai

mengikut : i. 2. 3. 4.

secara seimbang berdasarkan status murid biasa

murid daripada setiap kategori

ii. projek khas Anak-anak bekas murid

Ditempatkan di Rumah yang sama

Adik beradik kembar

seperti ayah atau ibunya Adik beradik kembar ditempatkan

Murid

dalam Rumah yang sama mempunyai Ditempatkan di Rumah yang sama

yang

kakak/abang

yang

sedang dengan kakak atau abangnya

menuntut di sekolah yang sama c.

Penempatan murid boleh dilaksanakan berdasarkan empat

(4 ) model berikut:Model A

:

Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 di bawah satu blok / aras / kamar ( 1+2+3+4+5 )

Model B

:

Tingkatan 1 berasingan Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 di bawah satu blok / aras / kamar (1) + (2+3+4+5)

Model C

:

Tingkatan 1, 2, 3, 4 di dalam satu blok / aras / kamar Tingkatan 5 berasingan (1+2+3+4) + (5)

Model D

:

Tingkatan 1 berasingan Tingkatan 2, 3, 4 di dalam satu blok / aras / kamar Tingkatan 5 berasingan (1) + (2+3+4) + (5)

d. Penempatan Rumah adalah mengikut blok tetapi dalam keadaan prasarana terhad, penempatan Rumah dibenarkan mengikut aras dan kamar, di mana setiap aras atau kamar didiami oleh ahli Rumah yang sama.


e. Penempatan Warden juga adalah mengikut Rumah / blok. Warden

berkenaan

secara

automatik

bertanggungjawab

sepenuhnya kepada ahli Rumah / blok yang didiaminya. f.

Kedudukan di dewan makan adalah berasaskan kepada setiap meja dianggotai oleh murid daripada pelbagai tingkatan dari Rumah yang sama

3.3.2

Penilaian Penilaian Sistem Rumah mengambil kira pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan). Pencapaian cemerlang oleh ahli Rumah akan diberi pengiktirafan manakala pencapaian yang tidak sampai ke tahap yang ditetapkan akan dikenakan penalti. Sistem ini akan mewujudkan satu persaingan yang sihat dalam kalangan murid dengan menanamkan sifat ingin bertanding dan menyumbangkan sesuatu kejayaan bagi meningkatkan kecemerlangan Rumah.

3.3.3

Pengiktirafan Majlis pengiktirafan Sistem Rumah hendaklah diadakan sekali atau dua kali setahun. Kategori yang diberi pengiktirafan adalah seperti berikut ; i. Rumah Terbaik Akademik ii. Rumah Terbaik Kokurikulum iii. Rumah Terbaik Sahsiah iv.Rumah Terbaik 3K v. Murid Terbaik Keseluruhan vi.Rumah Terbaik Keseluruhan Semua anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian tertinggi pada tahun semasa dalam kategori yang berkaitan. Sekiranya berlaku persamaan markah untuk Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan atau Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan, Pengetua mempunyai kata pemutus di mana pertimbangan utama adalah berasaskan markah akademik.


4 PELAKSANAAN SISTEM RUMAH 4.1 Struktur Organisasi Pengurusan Sistem Rumah 4.1.1 Induk

Pengetua

Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras Penolong Penyelaras

Ketua Gur Guru Rumah

Ketua Guru Rumah

Ketua Guru Rumah

Ketua Guru Rumah

Pen. Ketua Guru Rumah

Guru Biro Akademik

Guru Rumah

Guru Biro Kokurikulum

Guru Rumah

Guru Biro Sahsiah

Guru Biro 3K

Guru Rumah

Guru Rumah


4.1.2 Murid Ketua Guru Rumah

Pen. Ketua Guru Rumah

Guru Rumah

Ketua Rumah

Pen. Ketua Rumah

Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

Ketua Biro Akademik

Wakil Tingkatan

Ketua Biro Kokurikulum

Sukan / Permainan

Ketua Biro Sahsiah

Kelab/Persatuan

Badan Berunifom

Disiplin Kerohanian

Ketua Biro 3K

Ketua Kamar Ketua Bilik Khas

Kebajikan

PANDUAN TUGAS AJK RUMAH 4.2.10 i.

Ketua Rumah Membantu Ketua Guru Rumah dan Guru-guru Rumah untuk mencapai kecemerlangan Rumah

ii.

Menjadi contoh kepada semua ahli Rumah

iii.

Memastikan semua rekod

dan dokumen yang berkaitan dengan

Rumah disimpan dan dikemaskini dengan baik


iv.

Meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan ahli Rumah

v.

Memantau keselamatan,kebersihan dan keceriaan kamar/blok di bawah kawalannya

vi.

Memberi

semangat

kepada

ahli

Rumah

untuk

mencapai

kecemerlangan Rumah vii.

Mempengerusikan perjumpaan Rumah

viii.

Meneliti laporan daripada ketua kamar/biro di bawah kawalannya dan mengambil tindakan yang sewajarnya

ix.

Mengadakan perbincangan dengan Ketua Guru Rumah untuk merancang strategi Rumah dalam mencapai kecemerlangan

x.

Memastikan setiap ahli memberi komitmen terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah

4.2.11

Penolong Ketua Rumah

i.

Membantu Ketua Rumah mencapai kecemerlangan Rumah

ii.

Menjalankan tugas Ketua Rumah sewaktu ketiadaannya.

4.2.12

Setiausaha Rumah

i.

Mencatat minit mesyuarat dan perjumpaan Rumah.

ii.

Merekod kehadiran ahli Rumah dalam setiap aktiviti

iii.

Menyediakan laporan aktiviti yang dijalankan.

iv.

Menyediakan draf surat rasmi untuk diluluskan oleh Ketua Guru Rumah

v.

Merekod dan menyimpan surat-surat rasmi.

vi.

Merekodkan biodata setiap ahli Rumah

vii.

Menyimpan semua rekod pemarkahan Rumah

viii.

Mengadakan perbincangan dengan Jawatan Kuasa Rumah untuk meningkatkan kecemerlangan Rumah

4.2.13 i. ii.

Penolong Setiausaha Rumah Membantu Ketua Rumah mencapai kecemerlangan Rumah Menjalankan tugas Ketua Rumah sewaktu ketiadaannya


4.2.14

Bendahari Rumah

i.

Membantu guru mengutip sejumlah wang untuk kegunaan aktiviti Rumah sebagaimana yang diluluskan oleh Pengetua

ii.

Merekodkan semua kutipan wang sebelum diserahkan kepada Ketua Guru Rumah

iii.

Menguruskan dan merekod perbelanjaan Rumah untuk sesuatu aktiviti.

iv.

Menyediakan dan menyerahkan laporan kewangan kepada Ketua Guru Rumah sebelum cuti akhir tahun

4.2.15

Ketua Biro Akademik i.

Memaklumkan pencapaian akademik kepada semua ahli Rumah sewaktu perjumpaan Rumah

ii.

Menyimpan rekod pencapaian akademik ahli Rumah.

iii.

Merancang strategi untuk kecemerlangan akademik ahli Rumah bersama dengan Ketua Rumah

iv. 4.2.16

Memastikan aktiviti akademik yang dirancang berjalan dengan lancar Ketua Biro Kokurikulum

i.

Membantu Ketua Rumah meningkatkan kecemerlangan kokurikulum Rumah

ii.

Menggalakkan penglibatan ahli Rumah secara maksimum dalam semua aktiviti kokurikulum

iii. 4.2.17

Membantu Guru Biro mengemaskini rekod kokurikulum Ketua Biro Sahsiah/Disiplin/Kerohanian

i.

Membantu Ketua Rumah meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah ahli Rumah

ii.

Memastikan ahli Rumah sentiasa menjaga akhlak

iii.

Memaklumkan markah disiplin dan sahsiah sewaktu perjumpaan Rumah


4.2.18

Ketua Biro 3K i.

Memastikan kamar dan bilik-bilik khas sentiasa selamat,

bersih,

kemas dan ceria ii.

Bekerjasama dengan Ketua Kamar untuk memastikan buku laporan 3K dikemaskini setiap hari

iii.

Memaklumkan kepada semua ahli Rumah tentang markah

kamar

dan Rumah pada setiap perjumpaan Rumah iv.

Membuat ulasan/komen kepada ahli Rumah setiap kali perjumpaan Rumah diadakan

v.

Menerima laporan segala jenis kerosakan dan memaklumkan kepada Ketua Guru Rumah dengan kadar segera

vi.

Memastikan semua kamar mempunyai pelan pengosongan bangunan yang akan digunakan sekiranya berlaku kebakaran

4.2.19

Ketua Kamar

i.

Mengenali nama dan latar belakang semua ahli kamar.

ii.

Menyediakan jadual bertugas ahli kamar.

iii.

Memastikan kamar sentiasa bersih dan kemas

iv.

Memastikan segala kemudahan asas dijaga dengan baik

v.

Melaporkan kepada warden/Ketua Rumah sekiranya ahli kamar sakit atau menghadapi masalah.

vi.

Melaporkan dengan kadar segera sekiranya berlaku kerosakan kepada Ketua Biro 3K

vii.

Menjadi orang yang terakhir meninggalkan kamar untuk memastikan semua peralatan elektrik ditutup dan kamar dalam keadaan bersih

viii.

Memberi perangsang kepada ahli kamar untuk meningkatkan tahap kebersihan kamar

ix.

Melaporkan kepada warden bertugas sekiranya terdapat ahli kamar yang belum pulang selepas balik bermalam / outing.

x.

Memastikan ahli kamar berada dalam kamar selepas lampu dipadamkan

xi.

Memastikan pintu kamar dikunci selepas lampu dipadamkan


4.3

Modus Operandi Keberkesanan Sistem Rumah bergantung kepada pengurusan yang cekap dalam semua

peringkat pelaksanaan. Modus Operandinya adalah seperti

berikut : 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.3.7 4.3.8 4.3.9 4.3.10 4.3.11 4.3.12 4.3.13

4.3.14 4.3.15 4.3.16 4.3.17 4.3.18

Pembentukan Jawatankuasa Induk Sistem Rumah Mesyuarat Jawatankuasa Induk Taklimat Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Rumah Penubuhan Rumah Pengagihan Blok / Kamar mengikut Rumah Pengagihan murid mengikut Rumah Penempatan murid mengikut kamar Hebahan maklumat mengenai Sistem Rumah kepada semua warga sekolah Pembentukan Jawatankuasa Murid Menyediakan papan kenyataan Sistem Rumah Mengadakan kursus dalaman tentang perisian ISIS Mengemaskini data asas Sistem Rumah ke dalam ISIS Menjalankan aktiviti yang telah dirancang berdasarkan kepada 4 aspek penilaian Sistem Rumah iaitu akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K Mengemaskini markah yang berkaitan Mempamerkan markah Rumah di Papan Markah yang telah ditetapkan Memberi pengiktirafan berdasarkan anugerah yang telah ditetapkan Memantau dan menyelia pelaksanaan Sistem Rumah secara sistematik sepanjang masa Proses Kerja / Carta Alir / Senarai Semak Pelaksanaan Sistem Rumah


4 Program Sokongan 4.4.1

Buku Piawaian Kualiti Asrama (PKA) Buku Piawaian Kualiti Asrama, Sekolah Berasrama Penuh diterbitkan sebagai

satu

usaha

untuk

mewujudkan

tahap

penandarasan

(benchmarking) yang perlu ada di asrama. Kekemasan, keceriaan dan kebersihan asrama merupakan faktor utama dalam menyediakan persekitaran asrama yang selesa dan kondusif. Oleh itu kemudahan asrama dan prasarana adalah amat penting dan perlu sentiasa diberi perhatian yang teliti. 4.4.2

Mentor-Mentee i.

Sistem ‘mentor-mentee’ merupakan pendekatan ‘parenting’ oleh Guru-guru Rumah yang dianggap sebagai ‘mentor’ dengan

murid-

murid di asrama yang dianggap sebagai ‘mentee’. ii.

Tujuan sistem ‘mentor-mentee’ adalah untuk: •

mewujudkan hubungan yang jeleket dengan mentee untuk mengenali

mentee

dengan

lebih

mendalam

dari

aspek

latarbelakang, kedudukan akademik dan disiplin •

membantu mentee dalam apa bentuk yang difikirkan wajar dan sesuai

mentor menjadi pendengar yang baik kepada masalah mentee dan mencadangkan penyelesaian masalah

membantu urusan kebajikan

mentee untuk mengurangkan

tekanan dalam kehidupan di asrama iii.

Sistem mentor-mentee berasaskan rumah yang sama dan boleh dilaksanakan mengikut model berikut: •

Model A – mentee adalah mengikut tingkatan dalam setiap rumah

Model B – mentee mengikut kamar – campuran dari semua tingkatan dalam satu kamar.


4.4.3

Abang / Kakak Angkat (College Sister (CS) / College Brother (CB) i.

Semasa pendaftaran murid Tingkatan 1, setiap murid baru akan disediakan seorang kakak / abang

angkat

yang

terdiri

daripada murid tingkatan 5. ii. Peranan Abang / Kakak Angkat untuk; •

Membantu murid-murid tingkatan 1 melalui kehidupan di sekolah / asrama dengan teratur.

Memberi dorongan dan nasihat (kaunseling) kepada murid tingkatan 1 yang mempunyai masalah.

Mengajar cara-cara kehidupan sebenar di sekolah /asrama.

Menjadi contoh ikutan kepada murid tingkatan 1 daripada segi perilaku dan pelajaran.

Membimbing

murid

tingkatan

1

dalam

mencapai

kecemerlangan akademik. •

Memperkenalkan kawasan sekitar sekolah / asrama semasa orientasi.

• 4.4.4

Membantu dan membimbing murid hidup berdikari.

Rakan Sebaya (RS) i.

Semasa pendaftaran murid Tingkatan 4, setiap murid baru akan disediakan seorang rakan sebaya yang juga terdiri daripada murid tingkatan 4.

ii.

Peranan Rakan Sebaya (RS) adalah untuk: •

Membimbing rakan-rakan kearah kecemerlangan akademik.

Menjadi teladan untuk dicontohi.

Memupuk semangat juang dalam diri rakan.

Nasihat-menasihati kearah kebaikan.

Menjadi tempat untuk meluahkan masalah yang dihadapi.

Dapat bertukar-tukar pendapat.

Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti berfaedah

Dapat dijadikan sumber inspirasi.


4.4.5

Guru Kamar/Blok/Aras/Bilik Khas Guru Rumah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan memastikan kamar/ahli kamar seperti yang ditentukan oleh Ketua Guru Rumah sebagai usaha menyemarakkan semangat Rumah kepada semua guru.

5 PEMARKAHAN SISTEM RUMAH Panduan Pemarkahan ini merupakan satu garis panduan kepada semua SBP mengenai pemberatan yang perlu digunakan dalam pemberian markah. Prinsip yang digunakan dalam menyediakan panduan ini adalah berdasarkan kelarasan, potensi / bakat murid-murid, pembentukan sahsiah / akhlak, adil dan kemampuan pelaksanaan. Penilaian Sistem Rumah adalah berdasarkan kepada aturan pemarkahan seperti berikut:

5.1

Akademik Pencapaian murid-murid dalam bidang akademik akan menyumbangkan markah kepada Rumah dan juga dirinya. Markah akan diberi berdasarkan kepada Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) tersebut berdasarkan kepada jadual di bawah : 5.1.1 Menengah Atas PNG Keseluruhan 4.0 3.75-3.99 3.50-3.74 3.00-3.49 2.75-2.99 2.50- 2.74 2.00 - 2.49 1.50 – 1.99 0- 1.49

Mata +50 +40 +35 +30 +20 +10 0 -10 -20

yang diperolehi oleh murid


5.1.2 Menengah Rendah PNG Keseluruhan 4.0 3.75-3.99 3.50-3.74 3.00-3.49 2.75-2.99 2.50- 2.74 2.00 - 2.49 1.50 – 1.99 0- 1.49

Mata +50 +40 +30 +20 +5 0 -10 -20 -30

Hanya 4 peperiksaan akan diambil kira untuk dihimpunkan ke dalam markah Sistem Rumah seperti di bawah : •

Peperiksaan Pertengahan Penggal 1

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Pertengahan Penggal 2

Peperiksaan Akhir Tahun / Peperiksaan Percubaan PMR / Peperiksaan Percubaan SPM (Nota : Pencapaian murid dalam setiap subjek tidak akan diambil kira di dalam pengiraan markah untuk Sistem Rumah )

5.2 Kokurikulum Tiga aspek kokurikulum akan menyumbangkan markah kepada Sistem Rumah iaitu •

Penglibatan murid dalam unit-unit kokurikulum iaitu Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan/Permainan

Pencapaian murid dalam unit-unit kokurikulum iaitu Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan/Permainan dan

Penglibatan murid dalam sesuatu acara seperti Merentas Desa, Kejohanan Olahraga dan Sukantara

5.2.1

Markah Penglibatan

Peringkat Sekolah Zon/Daerah/SBP (Zon) Negeri / SBP (Kebangsaan) Kebangsaan

Markah 3 5 10 15


Antarabangsa 5.2.2

20

Markah Pencapaian

Peringkat Sekolah Zon/Daerah/SBP (Zon) Negeri / SBP (Kebangsaan) Kebangsaan Antarabangsa

Johan 3 5 10

Naib Johan 2 4 8

Ketiga 1 3 6

15 20

13 18

11 16

(Nota : Tiada perbezaan markah berdasarkan jenis acara samada individu atau kumpulan) 5.2.3 Markah Acara Acara

Penyertaa n

Merentas desa 1

Sukantara Road Relay

1

1

Perbarisan

1

Kategori Kelayaka Pencapaian n Johan – 20; Naib Johan- 18 Ke-3 – 16; Ke-4 – 14; Ke-5 – 12 2 Ke-6 – 10; Ke-7 – 9; Ke-8 – 8 Ke-9 – 7; Ke-10 – 6 2 Johan – 20; Naib Johan- 18 Ke-3 – 16; Ke-4 – 14; Ke-5 – 12 Ke-6 – 10;Ke-7 – 9; Ke-8 – 8 Ke-9 – 7; Ke-10 – 6 Johan – 20;Naib Johan - 10 Ke-3 - 5

Contoh: Seorang murid telah mendapat Johan dalam acara Merentas Desa. Markah yang dipungut oleh beliau ialah 23 ( 1 untuk penyertaan, 2 untuk kelayakan dan 20 untuk pencapaian ) 5.3 Sahsiah Aspek sahsiah yang akan menyumbangkan markah kepada Sistem Rumah adalah i. ii. iii.

Salah laku ( Demerit ) Kepimpinan (Jawatan yang disandang ) Khidmat bakti dan “Special Talent”


5.3.1 Salah laku Markah negatif ( demerit ) akan dikenakan kepada semua salah laku disiplin mengikut kategori seperti yang dinyatakan dalam

Surat

Pekeliling Iktisas Bil KP(BS)8591/Jld. XV11(7) bertarikh 29 Oktober 2003. Kategori salah laku Berat Sederhana Ringan

Markah -30 -10 -3

(Nota : Markah tidak dipengaruhi oleh jenis tindakan yang dikenakan ke atas murid apabila melakukan sesuatu salah laku disiplin. Sebagai contoh ‘walaupun seseorang murid itu telah digantung persekolahannya kerana telah keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran , markah yang dikenakan ke atas beliau dan rumahnya adalah -10 kerana kesalahan ini adalah di bawah kategori kesalahan sederhana. ) 5.3.2

Kepimpinan Markah untuk kepimpinan murid akan diberi berdasarkan kepada peringkat jawatan yang disandang iaitu • • •

Peringkat Tinggi Peringkat Sederhana dan Peringkat Biasa Jawatan

PERINGKAT TINGGI Ketua Pengawas Penolong Ketua Pengawas Kapten Rumah (Kapten Rumah mesti dilantik dari kalangan pengawas) Setiausaha Pengawas Bendahari Pengawas PERINGKAT SEDERHANA Pengawas biasa Ketua-ketua Badan Kepimpinan murid yang lain Ketua Imam PERINGKAT BIASA AJK Badan Kepimpinan murid Imam/Bilal Naqib/Naqibah

Markah 50 40 35 30 25 20 20 20 10 10 7


Ketua Kelas/Ketua Dorm/Ketua Blok

7

( Nota : Sekiranya seseorang murid memegang lebih dari satu jawatan, hanya markah dari jawatan yang paling tinggi akan diambil kira ) 5.3.3

Khidmat Bakti dan “Special Talent” Penglibatan murid dalam khidmat bakti di dalam dan luar sekolah juga akan diberi pengiktirafan dalam Sistem Rumah. Markah-markah akan diberikan berdasarkan kepada peringkat penglibatan murid-murid dalam khidmat bakti iaitu: •

Khidmat Bakti Peringkat Sekolah Khidmat bakti yang dianjurkan di dalam atau luar kawasan sekolah oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri

atau mana-mana institusi di bawah

Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara contoh aktiviti khidmat bakti di peringkat sekolah adalah terlibat sebagai AJK acara rasmi sekolah seperti Pendaftaran Murid Baru, Kejohanan Olahraga Tahunan, Kejohanan Merentas Desa, Sambutan Hari Guru, Hari Kecemerlangan Sekolah dan sebagainya. •

Khidmat Bakti Peringkat Masyarakat Khidmat bakti yang dianjurkan di dalam atau luar kawasan sekolah oleh institusi atau badan-badan selain dari institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara contoh khidmat bakti di peringkat luar sekolah adalah menghulurkan bantuan perkhidmatan sosial kepada masyarakat luar sekolah yang dibenarkan seperti: •

mengambil bahagian dalam aktiviti gotong royong membersihkan kubur

memberi bantuan di rumah orang-orang tua.

memberi bantuan di rumah /pusat orang-orang cacat

mewakili kumpulan koir untuk sesuatu acara yang dianjurkan Majlis Daerah.

mengambil bahagian dalam malam kebudayaan anjuran Persatuan Murid-murid


Peringkat penglibatan Sekolah Luar Sekolah / Masyarakat

Markah 2 4

5.3.4 “Special Talent� Markah akan diberi kepada murid dan rumah sebagai mengiktiraf kebolehan seseorang murid dalam bidang-bidang tertentu seperti bermain piano, melukis , menulis perisian komputer dan sebagainya yang tiada pertandingan khusus dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, SBP atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Markah tidak diberi kepada penglibatan tetapi hanya ke atas pencapaian murid dalam sesuatu pertandingan seperti jadual di bawah. : Negeri

Johan Naib Johan Ketiga

10 8 6

Kebangsaan

15 13 11

Antarabangsa

20 18 16

5.4 Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan (3K) Markah akan diberi kepada Rumah dan individu yang menganggotai kelas dan kamar yang berjaya melepasi tahap piawai . Kelas atau kamar yang berjaya melepasi tahap piawai minimum akan diberi markah manakala kelas atau kamar yang gagal melepasi piawai ini akan ditolak markah. 5.4.1 Markah untuk 3K (Kelas) Melepasi piawai ( > 70 %) Markah untuk individu

Johan : + 5 Naib Johan : +3 Ketiga : + 2 Lain-lain : +1

Zon selesa 61 %- 70 % 0

Tidak melepasi piawai 50 % - 60% 0 – 49 % -2

-3

5.4.2 Markah untuk 3K (Asrama) Melepasi piawai ( > 70 %)

Markah untuk Rumah

Johan : + 50 Naib Johan : +30 Ketiga : + 20 Lain-lain : +10

Zon selesa 61 % - 70 %

0

Tidak melepasi piawai 50 % - 60% 0 – 49 %

-20

-30


6 KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH & PENOLONG KETUA RUMAH 6.1 Rasional

Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh. Untuk memastikan pelaksanaan sistem ini berkesan, murid-murid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Untuk itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepemimpinan kepada murid-murid yang telah diberi amanah sebagai Ketua Rumah agar mereka akan menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang. 6.1 Objektif Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah 6.1.1 6.1.2 6.1.3 6.1.4 6.1.5

Membina sikap dan gaya kepimpinan murid sebagai Ketua Rumah di SBP. Meningkatkan kemahiran pengurusan kepimpinan kepada Ketua Rumah di SBP. Mewujudkan kejelekitan yang “authentic� dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Rumah. Melaksanakan tugas dan peranan Ketua Rumah yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Melahirkan Ketua Rumah yang berkeyakinan, berwawasan dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji.

6.2 Metodologi 6.2.1 Taklimat 6.2.2 Ice-Breaking 6.2.3 Ceramah 6.2.4 PDK 6.2.5 Latihan Praktikal 6.2.6 Riadah 6.2.7 Kerohanian 6.2.8 Bengkel 6.2.9 Kembara Minda 6.2.10 Pembentangan 6.2.11 Penilaian 6.2.12 Majlis Penutup 6.3 Personel 6.3.1 6.3.2 6.3.3

Pegawai-pegawai SBP Pengetua Penolong Kanan HEM


6.3.4 6.3.5 6.3.6

Penyelaras Sistem Rumah Penceramah Jemputan Pegawai-pegawai Urusetia

6.4 Tentatif Program Seperti Jadual Kursus. 6.5 Tema Kursus “KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG� 6.6 Penutup Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan serta memenuhi objektif yang ditetapkan dengan sokongan, kerjasama serta komitmen daripada semua pihak. Diharapkan program ini melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dalam kalangan murid dan seterusnya merealisasikan misi dan matlamat Sekolah Berasrama Penuh.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.