GP Perkuburan

Page 13

3

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

TANAH PERKUBURAN DAN KREMATORIUM Kemudahsampaian Perancangannya hendaklah dilengkapkan dengan rangkaian jalan yang membolehkan kemudahsampaian. Sistematik Merancang keperluan tanah perkuburan, krematorium dan kolombarium yang mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang supaya lebih teratur dan mampan. Keselamatan Merancang perletakan tapak perkuburan, krematorium dan kolombarium yang bersesuaian dan selamat. Ia tidak membawa sebarang pencemaran kepada kawasan berjiran. Bersih dan Indah Memastikan tanah perkuburan, krematorium dan kolombarium sentiasa berada di dalam keadaan bersih, indah, teratur serta lengkap dengan kemudahan sokongan seperti tempat letak kereta, tempat istirehat atau tempat menunggu.

6.

GARIS PANDUAN UMUM

Garis panduan umum merangkumi aspekaspek perancangan dan pengawalan pembangunan tapak perkuburan, krematorium dan kolombarium. Ia meliputi enam (6) aspek utama iaitu perancangan tapak, zon penampan, keperluan ruang, konsep perkuburan bersepadu, perancangan mengikut hierarki petempatan dan alternatif perkuburan, khususnya bagi kawasan-kawasan yang mengalami kekurangan tanah. 6.1

Perancangan Tapak

Perletakan Pematuhan Dasar dan Perundangan Mematuhi perundangan yang ditetapkan supaya tidak menimbulkan sebarang konflik pada masa hadapan (Rujuk Lampiran I).

i. Tanah perkuburan baru, tapak krematorium dan kolombarium terbuka tidak digalakkan diletak di dalam : a) kawasan kejiranan (perumahan) di kawasan bandar;

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.