In bahsa alquds 54 hi re

Page 1

Issue No 54 // 10 February , 2015

SYEIKH SOLAH: ISRAEL RANCANG SERANGAN BARU TERHADAP AL-AQSA

Pengerusi Gerakan Islam di Palestin, Syeikh Raed Solah, dalam satu temu bualnya bersama satu saluran tv Al-Quds pada hari Rabu (28/1) mendedahkan bahawa Israel sedang merencanakan sebuah pelan serangan besar terhadap Masjid Al-Aqsa yang disifatkan sebagai letupan yang akan menggegarkan Al-Aqsa. Amaran itu juga dikatakan benar dan bersumberkan dari beberapa negara Arab. Syeikh Solah juga meramalkan bahawa keadaan di situ juga akan menjadi semakin “panas” disebabkan oleh persaingan parti-parti Israel yang sedang dalam musim pilihanraya. Tambahnya lagi, lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke Masjid AlAqsa tidak akan menjadi penghalang kepada perkara itu, malah memberi manfaat kepada Israel. Pihak berkuasa Israel juga dilaporkan telah menutup beberapa buah pertubuhan yang dikatakan memberi bantuan kepada Al-Aqsa, selain menghalau lebih dari 1000 orang rakyat Palestin dari Al-Aqsa.

ISRAEL MENAHAN SEMAKIN RAMAI PENDUDUK JURUSALEM DI AL-QUDS PARA AKTIVIS BERGOTONGROYONG MEMBINA KAMPUNG DI PINTU TIMUR JURUSALEM, DI KAWASAN YANG DIARAHKAN OLEH ISRAEL UNTUK DIROBOHKAN SERANGAN TERHADAP PENDUDUK AL-QUDS DAN PERCUBAAN UNTUK MENCULIK SEORANG REMAJA SERANGAN TERHADAP PENDUDUK AL-QUDS DAN PERCUBAAN UNTUK MENCULIK SEORANG REMAJA

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 28/1/2015

Issue No 54 // 10th February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.