Bahasa alquds issue 55 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

17February 2015, Issue no 55

PERTUBUHAN YAHUDI –KRISTIAN : PEROBOHAN MASJID AL-AQSA ADALAH SATU KEPASTIAN, SAMADA DENGAN IZIN DARIPADA ORANGORANG ARAB DAN ISLAM ATAUPUN TIDAK. Saluran TV Yahudi malam kelmarin menyiarkan laporan mengenai sebuah pertubuhan yang dinamakan “Pertubuhan Yahudi-Kristian” yang menunjukkan sokongan mereka terhadap pelaksanaan agenda kependudukan di Al-Quds dan pembinaan haikal di atas tapak Masjid Al-Aqsa. Berita itu menunjukkan tahap ekstremis ahli-ahli pertubuhan itu yang terdiri dari bangsa Yahudi Amerika yang beragama Kristian dan mereka ini mempunyai pengaruh besar dalam kongres Amerika Syarikat. Dikatakan bahawa terdapat gambar kawasan Al-Aqsa tanpa Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsa sendiri dalam bilik pejabat salah seorang pemimpin pertubuhan itu. Saluran itu memetik kata-kata salah seorang ahli pertubuhan ekstremis ini “David Decker” bahawasanya perobohan Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang sangat pasti samada dengan keizinan umat Arab dan Islam ataupun tanpa keizinan mereka. Beliau juga mendakwa bahawa perobohan itu akan membenarkan kenabian nabi akhir zaman dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj.

Isu minggu ini : AMARAN TERHADAP PEMBAHAGIAN SEBENAR AL-AQSA YANG AKAN DILAKUKAN TAHUN DEPAN SYEIKH RAED SOLAH: PIHAK ISRAEL MERANCANG UNTUK MELETUPKAN BOM DI AL-AQSA PULUHAN PENDATANG ISRAEL MENYERANG AL-AQSA ... 70 RIBU MUSLIM DATANG MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI ALAQSA

nai orang-orang Yahudi Kristian yang telah menyumbang berjutajuta dolar Amerika untuk membaik pulih dan menaik taraf kawasan kependudukan di Tebing Barat dan pembinaan pusat-pusat Yahudi Kristian di sana.

POLIS ISRAEL DIDEDAHKAN MENGGUNAKAN PELURU HITAM UNTUK MENYERANG WARGA PALESTIN

Laporan itu turut menunjukkan adanya pelobi-pelobi Israel yang terdiri dari anggota-anggota The Knesset dari pelbagai blok parlimen untuk memperbaiki dan menjalin usaha sama dengan pertubuhan pelampau yang diketuai oleh pemimpin Parti Buruh “Itzhar Herzog”.

JENTOLAK ISRAEL MENCEROBOH RA’S AL-A’MUD DAN MEMUSNAHKAN RUMAH

Anggota-anggota pelobi ini bertindak menyelaras ahli-ahli kongres dari Yahudi Kristian dan The Knesset dalam mengadakan lawatan ke seluruh dunia untuk menghadiri persidangan-persidangan yang menyokong ideologi zionis untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan menghimpunkan yahudi-yahudi dari seluruh pelusuk dunia di Palestin.

Pertubuhan ini juga percaya bahawa langkah itu akan diambil setelah selesai penjajahan palestin dan penguasaan israel ke atasnya, seterusnya memungkinkan mereka merobohkan Masjid AlAqsa dan membina haikal sebagai persediaan kepada kemunculan Di laporan itu juga tertulis menge- Yakjuj dan Makjuj. Issue No 55 // 17 February , 2015

PENDATANG-PENDATANG ISRAEL CUBA MERAMPAS SEBUAH RUMAH DI AL-QUDS DUNIA ANTARABANGSA MENGECAM PEMBINAAN DAN PERLUASAN KAWASAN ISRAEL DI TIMUR AL-QUDS EROPAH BERSEDIA UNTUK MENGANGGAP PENJAJAHAN ISRAEL SEBAGAI PENJAJAHAN HARAM WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.