Alquds in malay issue 88 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

12 APR 2016, Issue no 88

PERSEDIAAN UNTUK MENGADAKAN UPACARA KORBAN SEMPENA PERAYAAN PASKAH DAN PERANCANGAN GANGGUANGANGGUAN KHAS DI AL-AQSA Organisasi Haikal mengumumkan rancangan mereka untuk mengadakan upacara korban sempena sambutan perayaan “Paskah” di dalam kawasan Masjid AlAqsa pada 22 April akan datang. Upacara korban “Paskah” kebiasaannya dilakukan sehari sebelum sambutan perayaan Paskah itu sendiri. Justeru, pihak Organisasi Haikal yang terdiri dari penyatuan kira- kira 29 pertubuhan keagamaan dan kebangsaan Yahudi telah mengirim surat kepada Perdana Menteri mereka, Benjamin Netanyahu, untuk meminta sokongan dan kerjasama dari pihak menteri- menteri kerajaan bagi melancarkan perjalanan upacara yang dirancang. Organisasi ini berusaha keras untuk memastikan upacara korban berikut dapat dijalankan di dalam kawasan Masjid AlAqsa iaitu di kawasan tenggara Kubah Batu. Malah, menurut mereka, mereka kini berada di peringkat sentuhan terakhir dari sudut persediaan- persediaan perlaksanaan majlis. Tujuan utama niat mereka itu adalah untuk merealisasikan impian mereka dalam mengamalkan ritual keagamaan yahudi dan menegakkan syariat agama mereka di dalam kawasan Al-Aqsa. Or-

Isu minggu ini : Issue No 88 // 12 APR , 2016

ganisasi ini turut mengumumkan bahawa mereka juga melakukan persediaan untuk membuat gangguan- gangguan “istimewa” di Masjid Al-Aqsa pada tahun ini bersempena dengan perayaan Paskah yang akan bermula pada 23 April. oleh itu, mereka memerlukan ramai sukarelawan, kakitangan, dan perunding untuk menjalankan apa yang dirancang termasuklah mengedarkan risalah- risalah, poster- poster, dan hadiah- hadiah bagi menggalakkan ramai masyarakat yahudi turut serta bersama mereka. Setakat ini, tarikh yang dijangkakan berlakunya gangguan- gangguan adalah diantara 24 dan 28 April. Manakala “Pertubuhan Wanita- wanita Haikal” pula menyatakan keterlibatan mereka dalam gangguan itu dengan mengatakan bahawa mereka akan menubuhkan kumpulan khas untuk mengganggu kanak- kanak dan menarik mereka ke Al- Aqsa, konon- kononnya mereka mengadakan hari kanak- kanak di situ pada hari Khamis 14/4. Ini bertujuan mendapatkan penyertaan

KELUARGA PARA SYUHADA’ AL-QUDS YANG DITAHAN MAYAT MEREKA MENGESAHKAN UNSUR- UNSUR KEMANUSIAAN DAN | 1 UNDANG- UNDANG DALAM KES TUNTUTAN MEREKA WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.