Al-Quds Weekly News
6 APR 2016, Issue no 87
WARIS KEPADA PARA SYUHADA’ AL-QUDS ENGGAN MENERIMA MAYAT ANAK- ANAK MEREKA DALAM KEADAAN BEKU
Ahli waris kepada para syuhada’ Al-Quds pada hari Rabu (23/3), menegaskan bahawa mereka menolak penuh cadangan Israel untuk memulangkan mayat- mayat para syuhada’ dalam keadaan beku. Mereka menjelaskan bahawa Israel tidak mematuhi syarat- syarat persetujuan yang disepakati bersama antara Kerajaan Israel dan peguam- peguam si mati dalam isu pengembalian mayat, malah cuba untuk mengubah perjanjian dan meletakkan syarat- syarat baru yang tidak dapat diterima. Para waris memohon kepada Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa supaya menghantar pasukan perubatan dengan sesegera mungkin bagi memeriksa mayat- mayat syuhada’, sekaligus mengelakkan dari ditahan dalam tempoh yang Issue No 87 // 6 APR , 2016
lama. Ini kerana, pendedahan mayat kepada suhu sejuk yang melampau, dalam tempoh yang lama akan membawa kepada kerosakan organ- organ dalaman si mati. Ahli keluarga para syuhada’ yang terlibat turut menghargai keterangan sokongan Pertubuhan Hak Asasi Manusia berkenaan isu penolakan salah seorang waris kepada as-syahid Hasan Al- Munasirah yang menolak mayatnya ditahan, dan meminta dari pertubuhan itu agar mengadakan tindakan susulan yang dapat membantu semua waris- waris syuhada’ Al-Quds berkenaan isu itu.
Isu minggu ini :
MAJLIS HAK ASASI MANUSIA MENYENARAI HITAMKAN SYARIKATSYARIKAT YANG BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL Perancangan israel untuk mendirikan 900 unit penempatan baru untuk pendatang- pendatang yahudi di Timur Jurusalem NETANYAHU MENGARAHKAN SUPAYA JASAD PARA SYUHADA’ TIDAK DIKEMBALIKAN KEPADA WARIS- WARIS MEREKA
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 1