Alquds in malay issue 86 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

31 MAR 2016, Issue no 86

SYEIKH SOLAH: KAMERA CCTV MILIK KEMENTERIAN WAKAF JORDAN AKAN BERTUKAR MENJADI MATA-MATA ISRAEL

Isu minggu ini :

Pengerusi Gerakan Islam di Bumi Terjajah sejak tahun 48, Syeikh Raed Solah memberi peringatan berkenaan isu kamera CCTV yang akan dipasang di Masjid Al-Aqsa. Beliau meluahkan kebimbangan bahawa kamera itu akan menjadi mata-mata Israel, dan menggesa Kementerian Wakaf Jordan supaya memikirkan semula rasional pemasangan itu. Syeikh Solah berkata: “Pada pendapatku, pemasangan kamera CCTV di Al-Aqsa akan menjadi satu usaha baik jika penguasaan ke atasnya adalah milik Kementerian Wakaf sepenuhnya, tetapi apa yang membimbangkan adalah campur tangan Israel ke atasnya sekaligus akan mengubah kamera- kamera itu menjadi mata-mata Israel dalam usahanya menguasai Al-Aqsa. Mereka akan menggunakannya dalam mengintip dan memerhatikan setiap tindak- tanduk setiap penduduk Palestin sepanjang mereka berada di dalam masjid. Bahkan yang paling merisaukan adalah ianya akan dijadikan bahan bukti bagi mendakwa penduduk Palestin, menangkap, memenjarakan dan mengusir mereka. Israel juga mungkin akan menggunakannya untuk mendakwa dan memerangi penjaga- penjaga Masjid Al-Aqsa dengan mempergunakan rakaman- rakaman yang diambil dari kamera itu.”

kamera CCTV berikut hanya akan menguntungkan Israel.

Peguam Khalid Zabarqah berkata: “pemasangan kamera CCTV di AlAqsa akan memberi keistimewaan kepada Israel untuk mengawal segala aktiviti dalam masjid, bahkan memberi mesej kepada pendatangpendatang Israel bahawa mereka boleh datang menceroboh Al-Aqsa pada bila- bila masa tanpa rasa takut kerana pengawalan masjid adalah sepenuhnya pada mereka dan mereka mempunyai kuasa untuk mengakses bilik kawalan. Justeru, Manakala Syeikh Ikramah Sobri, Pengerusi Hal pemasangannya hanya akan memEhwal Tertinggi Islam di Jurusalem turut ber- bantu Israel dalam proses penguasetuju dengan kenyataan bahawa pemasangan saan mereka ke atas Al-Aqsa.” Issue No 86 // 31 MAR , 2016

MAJLIS HAL EHWAL ISLAM TERTINGGI MENOLAK PERCUBAAN LARANGAN AZAN DI JURUSALEM DAN MASJID- MASJID SEKITARNYA KECAMAN ANTARABANGSA TERHADAP PENDATANG- PENDATANG YAHUDI DI ISRAEL DONALD TRUMP: “JIKA SAYA MENANG PILIHANRAYA, SAYA AKAN MENGIKTIRAF JURUSALEM SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL”

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.