Al-Quds Weekly News
13 MAR 2016, Issue no 84
LAPORAN: 400 RIBU PENDATANG ISRAEL MENDIAMI TEBING BARAT
Isu minggu ini : PEMIMPIN PARTI “YAHUDI HOME” MENGHASUT AGAR DILUASKAN LAGI HUKUMAN BERAMAI- RAMAI TERHADAP RAKYAT PALESTIN AGENSI KESELAMATAN ISRAEL: 3 PERKARA AKAN MENYEBABKAN PENINGKATAN KES “SERAH DIRI” KEMENTERIAN LUAR PALESTIN: PERANG ISRAEL MELAWAN JURUSALEM DAN AL-AQSA MEMERLUKAN PENDIRIAN ANTARABANGSA DAN NEGARANEGARA ARAB
Menurut laporan laman sesawang Amerika “Middle East Monitor”, bilangan pendatang-pendatang Israel yang mendiami 128 penempatan haram di sekitar Tebing Barat meningkat sehingga 406,302 orang. Jumlah itu tidak termasuk kawasan Jurusalem. Katanya lagi, bahawasanya penempatan- penempatan itu dibahagi- bahagikan kepada 11 kawasan, yang terbesarnya adalah di Ghur Jordan yang mana kebanyakan penduduknya merupakan dari Parti Bunyamin. Parti Bunyamin telah menggabungkan kira- kira 26 penempatan yang didiami lebih dari 83 ribu orang pendatang. Adapun di kawasan Ghur Jordan, terdapat 27 penempatan dan keseluruhan penduduknya berjumlah 8100 orang. Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa bilangan penduduk bertambah sebanyak 4.4% sejak 2 tahun lalu, ditambah pula dengan kewujudan 350 ribu pendatang lain yang mendiami penempatan- penempatan di sekitar Timur Jurusalem. Malah, bilangan itu dikatakan akan terus meningkat sehingga 1.2 juta menjelang tahun 2036. Issue No 84 // 12 MAR , 2016
SIDANG KEMUNCAK JAKARTA MEMBAHASKAN LANGKAHLANGKAH MENAIKKAN SEMULA ISU PALESTIN HASIL KAJIAN PUSAT GEOLOGI ISRAEL CETUS KONTROVERSI: RANTAIAN BATU DI JURUSALEM, 100% MILIK KERAJAAN ISLAM KERAJAAN ISRAEL KINI MEMBAHAGI-BAHAGIKAN TEBING BARAT DAN MEMBINA JURUSALEM UTAMA WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 1