Al-Quds Weekly News
29 JUNE 2015, Issue no 70
AHLI POLITIK BARU ISRAEL BERIKRAR UNTUK MEMBOLEHKAN YAHUDI BERIBADAT DI AL-AQSA
Selepas membentuk kerajaan baru pada bulan lepas, kabinet Israel “The Knesset” berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan hak warga yahudi untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa. Anggota The Knesset “Mickey Makhlouf Zohar” dari Parti Likud dan “Lennon Magal” dari Parti Yahudi Home, telah meminta supaya diadakan mesyuarat tergempar pada hari Selasa depan bagi membincangkan apa yang dinamakan “diskriminasi terhadap hak yahudi di Haikal dan penganiayaan terhadap mereka”. Permintaan ini datang selepas “Magal” meminta supaya mengusir pejuang-pejuang Palestin dari Masjid Al-Aqsa selama-lamanya sebagai pertukaran untuk mengizinkan orang-orang Yahudi beribadat di Al-Aqsa. Nyata, permintaan itu tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat respon, kerana Menteri Dalam Negeri di kabinet Israel “Gilad Erdan” telah pun berikrar untuk berusaha semampu mungkin bagi mendapatkan kebebasan masyarakat Yahudi untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa. Dr Jamil Hamami, ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Tertinggi di Jurusalem berkata bahawa pengumuman ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan Israel sekarang tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kebebasan beragama dan akan terus memusuhi tempat- tempat ibadat Islam dan Kristian. Beliau juga berpandangan bahawa mereka akan terus menyerang Masjid Al-Aqsa sepertimana kerajaan- kerajaan sebelumnya. Oleh itu, warga Palestin hendaklah terus berusaha mempertahankan hak mereka dari dirampas oleh Israel. Begitu juga dengan masyarakat antarabangsa yang sepatutnya turut sama mengambil tindakan dalam menghalang pencerobohan- pencerobohan di rumah- rumah ibadat tersebut. Issue No 70 // 29 JUNE , 2015
Isu minggu ini :
LAPORAN ISRAEL: MENINGKATNYA BILANGAN WARGA PALESTIN YANG DILARANG MEMASUKI AlAQSA PENYERTAAN BESAR-BESARAN DALAM KEMPEN “AL-QUDS FIRST!” DI JURUSALEM PIHAK BERKUASA ISRAEL MENYERANG MASJID AL-AQSA SEMINAR ANJURAN ISRAEL UNTUK MENGUATKAN LAGI PENGUASAAN MEREKA KE ATAS AL-AQSA SUKARELAWAN MENGANJURKAN KEMPEN HIDUPKAN BUDAYA ILMU DI JURUSALEM WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 1