Alquds in malay issue 69 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

18 JUNE 2015, Issue no 69

ISRAEL MEMASANG KAMERA CCTV BARU DAN MENYUSUN SERANGAN BARU TERHADAP AL-AQSA

Isu minggu ini :

Pihak berkuasa Israel pada hari Rabu (3/6) mengambil langkah memasang kamera litar tertutup (CCTV) baru di hadapan pintu masuk “AlMutohharoh” yang dikhususkan sebagai laluan utama ke tempat wudhu’ masjid. Pada pagi hari yang sama (Rabu3/6), sekumpulan bakalbakal jemaah umrah telah berangkat untuk menunaikan umrah dibawah kempen “AlQuds ke Mekah” dan bergerak ke sana dari dataran Masjid Al-Aqsa. Dalam serangan mereka pada pagi Ahad (7/6), seramai 30 orang pendatang Israel telah menyerang Masjid Al-Aqsa dengan penjagaan ketat dari pihak polis Israel, namun dihalang oleh sekumpulan pejuang-pejuang Palestin. Pada hari Isnin (8/6), terdapat serangan lain yang didalangi oleh 35 orang pendatang bersama 20 orang pegawai perisik Israel yang menyerang melalui Pintu AlMugharabah, dan meronda-ronda di beberapa kawasan dalam masjid itu termasuklah tempat solat Al-Marwani, juga dengan perlindungan dari pegawai polis mereka. Di pihak lain pula, sekumpulan pelajar-pelajar Yahudi dari Universiti Ibrani telah mengumumkan bahawa mereka akan menyerang Masjid Al-Aqsa dengan sokongan sebuah pertubuhan Israel pada pagi Selasa (9/6), dan menyebarkan ajakan itu melalui rangkaian- rangkaian laman sosial mereka. Serangan itu disifatkan sebagai salah satu cara menyambut berakhirnya pengajian mereka pada tahun ini. Mereka turut mengajak orang ramai menyertai mereka ke Haikal Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin . “Wafa” + Pusat Berita Palestin bertarikh 9/6/2015 Issue No 69 // 18 JUNE , 2015

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENAHAN BEBERAPA ORANG WARGA PALESTIN AL-HUSSAINI MEMBERI TAKLIMAT KEPADA DELEGASI DARIPADA “PERIKATAN BEBAS EROPAH” MENGENAI PERLANGGARAN ISRAEL KE ATAS JURUSALEM PERINGATAN TENTANG HAL EHWAL KEADAAN JURUSALEM YANG SEMAKIN TERUK LIGA ARAB MENGGESA NEGARANEGARA ISLAM DAN ARAB UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN DEMI MEMBENDUNG DASAR PENGYAHUDIAN DI JURUSALEM WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Alquds in malay issue 69 hi re by Qfmalaysia - Issuu