Al-Quds Weekly News
7 APRIL 2015, Issue no 62
JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KHAS YAHUDI UNTUK MEMUSATKAN GERAKAN MENDAPATKAN ALAQSA
Isu minggu ini : JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KHAS YAHUDI UNTUK MEMUSATKAN GERAKAN MENDAPATKAN AL-AQSA KAD UCAPAN YAHUDI YANG BERLATAR BELAKANGKAN GAMBAR TEMBOK RATAPAN DAN DIBUANG DARINYA GAMBAR KUBAH BATU LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PENYUSUNAN STRATEGI –STRATEGI SERANGAN KE ATASNYA LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN
Pusat Berita “Ciobrs” berkata, sesungguhnya Pihak Berkuasa Antikuiti Israel mengakui dalam laporan awal mereka baru-baru ini bahawa mereka sedang menggali Masjid Al-Aqsa dan menamakan projek itu sebagai “Penggalian Di Kaki Dinding Bahagian Barat Temple Mount”. Projek itu telah berjalan diantara tahun 2013 dan 2014, dalam tempoh lebih daripada 2 tahun di binaan asas Masjid Al-Aqsa di bahagian sudut dinding barat AlAqsa yang membawa kepada pendedahan sebahagian dari binaan masjid. Laporan itu menambah bahawa penggalian tersebut mencapai kedalaman Issue No 62 // 7 APRIL , 2015
6 meter ke bawah binaan asas masjid dan juga binaan batu yang mengukuhkan binaan masjid di kawasan itu. Laporan itu juga menunjukkan bahawa projek penggalian ini telah pun didahului oleh projek penggalian lain sebelum ini bermula pada akhir tahun 2011, yang telah mendedahkan struktur rongga binaan dan asas binaan berbatu sekaligus membuka jalan untuk sampai ke peringkat penggalian sekarang, yang sedang berterusan hingga ke saat ini. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 25/3/2015
PAGAR BESI ISRAEL MENGUBAH BANDAR “ZA’IM” MENJADI PENJARA BESAR ISRAEL MEMAKSA SEORANG PENDUDUK JURUSALEM SUPAYA MEROBOHKAN RUMAHNYA SENDIRI SYARIKAT PERANCIS “SAVAGE” MEMBATALKAN PENGLIBATAN MEREKA DALAM PROJEK PEMBINAAN KERETA KABEL DI JURUSALEM AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA MENANGGUHKAN FATWA TENTANG HUKUM MENZIARAHI AL-AQSA WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 1