Al-Quds Weekly News
4 March 2015, Issue no 57 ABU HALBIYYEH: BANTUAN ARAB TERHADAP KOTA AL-QUDS SEPERTI “MALU-MALU”
AL-QUDS DAN PENDUDUK-PENDUDUKNYA MEMERLUKAN 500 JUTA DOLAR SETAHUN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK-PROJEK MEREKA
Isu minggu ini : PIHAK PERBANDARAN ISRAEL MERANCANG PEMBINAAN “RUMAH MANDI TAURAT” DAN KOMPLEKS HOTEL BERTENTANGAN DENGAN MASJID AL-AQSA PENDATANG-PENDATANG ISRAEL MENYERANG MASJID ALAQSA DAN MELAKUKAN RITUAL PELIK DI SANA
Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds dalam Majlis Mesyuarat Negara “Dr Ahmad Abu Halbiyyeh” memberi amaran terhadap peningkatan serangan sengit dari pihak berkuasa Israel ke atas hak-hak Majid Al-Aqsa. Beliau menjelaskan sejak akhir-akhir ini pihak Israel semakin giat dalam memperhebatkan serangan mereka ke atas Masjid Al-Aqsa, dengan kekerapan hampir setiap hari dalam bilangan kes yang banyak. Ini adalah disebabkan percubaan mereka untuk membina persekitaran baru di sana. Hinggakan masyarakat Yahudi mengambil kesempatan di atas perayaan-perayaan mereka untuk menyerang Al-Aqsa. Beliau juga mendedahkan bahawa “The Knesset” telah mengarahkan tentera-tenteranya untuk melaksanakan pembahagian masa dan tempat di masjid itu. Perkara ini menimbulkan kebimbangan terhadap apa yang bakal berlaku kepada masjid itu di masa akan datang, tambahan lagi dengan perancangan lengkap pihak Yahudi untuk mengyahudikan masjid itu. Sepertimana amaran yang telah diberikan oleh Syeikh Raed Solah kepada negara-negara Arab baru-baru ini akan niat Israel untuk melaksanakan projek-projek berbahaya ke atas Masjid Al-Aqsa sejurus selesai pilihanraya mereka. Manakala, berdasarkan penilaian terhadap bantuan telah yang diberikan kepada penduduk Al-Quds, Abu Halbiyyeh menegaskan bahawa sokongan dari negara Arab disifatkan seperti terlalu “ malu-malu” dan sangat tidak mencukupi bagi mereka, bahkan mereka memerlukan kira-kira 500 juta dolar setahun . Abu Halbiyyeh buat masa sekarang menumpukan kepada pemimpin-pemimpin negara Arab untuk melaksanakan keputusan yang telah dibuat ketika Persidangan Arab di Sirte dan Doha, iaitu untuk menggerakkan “Tabung Dana Al-Quds”. Yang mana sehingga kini ia masih lagi belum dilaksanakan dengan baik. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 22/2/2015 Issue No 57 // 5 MARCH , 2015
PERMINTAAN AGAR PENGISRAELAN PENDIDIKAN PELAJARPELAJAR PALESTIN DI AL-QUDS DIHENTIKAN PIHAK BERKUASA ISRAEL MELULUSKAN PERANCANGAN PERAMPASAN RATUSAN EKAR TANAH DI JURUSALEM PELAN ISRAEL UNTUK MEMBINA 48 RIBU UNIT RUMAH DI TEBING BARAT DAN JURUSALEM SERUAN SUPAYA MEMPERCEPATKAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI KESAN-KESAN BURUK YANG BAKAL BERLAKU DISEBABKAN OLEH TEMBOK PEMISAH WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 1