KERTAS KERJA

Page 1

SMK TAMAN MELATI SETAPAK KUALA LUMPUR KERTAS KERJA HARI PENYERAHAN SLIP PELAPORAN 2019 1.0

PENGENALAN

Hari Penyerahan Slip Pelaporan adalah program tahunan yang dirancang sejak awal tahun. Program ini merupakan salah satu cara bagi menjalinkan kerjasama antara ibu/bapa/penjaga dengan pihak sekolah dalam menjayakan Program Kecemerlangan Akademik anak-anak yang terlibat. Pada hari tersebut ibu / bapa / penjaga akan diberikan slip pelaporan. Ibu bapa diberi peluang untuk berbincang dengan guru kelas masing-masing berkaitan prestasi, sahsiah serta potensi diri anak-anak di sekolah. 2.0

MATLAMAT 2.1 Untuk mengadakan perbincangan antara guru dengan ibu / bapa / penjaga tentang pencapaian dan perkembangan murid-murid di sekolah. 2.2 Membuka peluang kepada para ibu bapa / penjaga berjumpa dengan guru-guru kelas untuk mengetahui prestasi akademik semasa anak-anak mereka. 2.3 Memupuk semangat ukhwah dan kerjasama antara guru dan ibu bapa / penjaga demi kecemerlangan dan kegemilangan potensi akademik dan sahsiah anak-anak. 2.4 Merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Supaya ibu bapa mengambil tahu perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak mereka. Guru-guru akan berbincang dengan ibu bap acara-cara dan langkah-langkah untuk menangani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. 3.2 Memberi kesempatan kepada guru-guru bertemu dan berbincang dengan ibu bapa / penjaga murid mengenai prestasi pelajaarn murid berdasarkan peperiksaan / ujian yang telah dijalankan.

4.0

BUTIRAN PROGRAM Tarikh :

21 Jun 2019

Hari

Jumaat

:

Masa : 5.0

10.00 Pagi – 12.30 T/hari

SASARAN Semua ibu bapa / penjaga murid SMK Taman Melati

6.0

TEMPAT PERJUMPAAN Tingkatan 3 & 5 : Dewan Melati Mewah Tingkatan 1, 2, 4: Kelas masing-masing


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
KERTAS KERJA by yasinah kutik - Issuu