Kejohanan Olahraga MSSD Klang tahun 2023
merupakan kejohanan kali ke-59. Kejohanan ini
merupakan acara tahunan yang wajib dijalankan di peringkat daerah dan melibatkan seluruh
warga sekolah dalam Daerah Klang (lebih
kurang 132 buah sekolah bantuan kerajaan -
90 buah sekolah rendah & 42 buah sekolah menengah) dan 12 buah sekolah swasta.
Memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan murid di Daerah Klang.
Membentuk sahsiah dan keperibadian murid
melalui aktiviti sukan.
Memilih dan melatih atlet bagi mewakili MSSD
Klang ke Kejohanan Olahraga MSS Selangor 2023.
PENDAHULUAN
OBJEKTIF
Kecemerlangan Pengurusan Kejohanan Olahraga
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
MISI
Menyempurnakan Program Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Daerah Klang kali ke-59 bagi
tahun 2023 untuk melahirkan atlet yang berpotensi.
IKRAR KEJOHANAN
Kami berikrar bahawasanya kami akan mengambil
bahagian dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Klang tahun 2023 dengan ikhlas, patuh
kepada segala peraturan kejohanan dan akan bertanding
dengan penuh semangat kesukanan dan menghormati
nama baik kejohanan serta meningkatkan mutu sukan Daerah Klang.
VISI
KATA ALU-ALUAN PERASMI
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
Encik Prakash Mathiazhkan
Pengarah
DDR Artha Sdn Bhd
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Daerah Klang kali ke - 59 pada tahun 2023.
Sukan merupakan aktiviti yang penting dalam menjamin kecerdasan minda dan kesihatan badan kerana aktiviti sukan memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekaligus dapat mendekatkan jurang sesama bangsa. Aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja yang mampu memberi peluang malahan boleh tercipta kerjasama tanpa mengira bangsa.
Aspek sukan dalam kalangan murid juga merupakan usaha kerajaan untuk membina Negara Bangsa. Saya berharap kejohanan ini menjadi medan terbaik untuk semua pegawai yang terlibat merasakan betapa pentingnya sikap kerjasama dalam diri untuk berjaya pada masa hadapan.
Tidak lupa juga kepada barisan ahli jawatankuasa yang telah berusaha melaksanakan kejohanan ini serta membantu dalam menjayakannya. Akhir kata daripada saya, teruskan menyokong sukan untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.
PRAKASH MATHIAZHKAN
Pengarah
DDR Artha Sdn Bhd
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
Puan Maimunah bt Mustaffa
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani
Assalamualaikum,SalamSejahteradanSalamMadani
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada warga Pendidikan Daerah Klang dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan OlahragaMSSDkalike–59padatahun2023.
Bidang sukan merupakan antara platform yang terbaik untuk melahirkan murid yang cerdas fizikal dan mentalnya. Seiringan dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang mengandungi 11 anjakan bagi mentransformasikan sistem pendidikan negara, terutamanya dalam memaksimumkan keberhasilan dalam bidang sukan. Dasar dan hasrat kerajaan dalam menjayakan 1 Murid 1 Sukan dapat dikembalikan lagi selepas pelbagai kekangan seperti penyakit danwabakyangmembataskanaktivitibersukankitapadamasaini Dasarinijugadapatmemeriahkansemulasukandisekolah dan sekali gus merapatkan hubungan antara warga sekolah dan masyarakat setempat serta menjadi pemangkin ke arah kejayaanyanglebihcemerlangkepadadirimurid.
Sepanjang kejohanan ini berlangsung, saya percaya semua yang terlibat pasti dapat menimba pelbagai pengalaman, semangat bekerjasama dalam pasukan dan semangat juang yang tinggi. Kejayaan hanya akan dimiliki dengan adanya kesungguhan dan keinginan serta komitmen dan usaha gigih yang berterusan. Segala pengalaman yang diperoleh daripada kejohanan ini boleh diaplikasikan dalam organisasi masing-masing ketika menjalankan tugas harian Akhir sekali, saya menyerusemuagurudanmuridagarterusaktifdalamsukansupayalebihcergasdanberdisiplindalamkehidupan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SMK Bukit Kapar, SJK(T) Simpang Lima, pihak penaja, ahli jawatankuasa pelaksana dan pegawai pelaksana serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakanKejohananOlahragaMajlisSukanSekolah-SekolahDaerahKlangkalike-59tahun2023ini.
"MalaysiaMadaniNegaraBersukan"
Sekian,terimakasih
PejabatPendidikanDaerahKlang
KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
MAIMUNAHBTMUSTAFFA PegawaiPendidikanDaerah
KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI PENGELOLA 1
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
Encik Maswi b Saion
Pengetua
SMK Bukit Kapar
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani
Alhamdulillah syukur ke-hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Klang kali ke-59 dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama SJK(T) Simpang Lima. Saya amat berbesar hati kerana SMK Bukit Kapar telah terpilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan pada kali ini.
Sebagai tuan rumah, saya mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Klang kerana memberi kepercayaan kepada sekolah ini untuk menganjurkan dan mengelolakan kejohanan terbesar dalam kalendar sukan MSSD peringkat daerah Klang pada tahun 2023.
Aktiviti sukan merupakan platform terbaik dalam menyatukan seluruh warga pendidikan serta melahirkan generasi yang cerdas dan cergas. Kejohanan olahraga padang dan balapan merupakan satu usaha untuk mencapai matlamat dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan bangsa Malaysia.
Sebagai tuan rumah juga, saya bersyukur kerana kejohanan olahraga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun pada peringkat awal perancangan, negara telah dilanda oleh gelombang panas yang sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti sukan di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah.
Akhir kata, penganjuran kejohanan olahraga MSSD ini diharap dapat melahirkan atlet yang dapat mendapat membawa nama Daerah Klang ke peringkat yang lebih tinggi. Ucapan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejohanan ini dijalankan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
MASWI B SAION
Pengetua
SMK Bukit Kapar
"Malaysia Madani Negara Bersukan"
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI PENGELOLA 2
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
Puan V. Sivaparathy a/p Visuvanthan
Guru Besar
SJKT Simpang Lima, Klang
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani
Saya menzahirkan rasa kesyukuran kerana dapat bersama-sama SMK Bukit Kapar dalam merealisasikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Klang yang ke-59/2023.
Kejohanan Olahraga MSSD Klang ini sememangnya pelantar yang dapat menerapkan 6 nilai teras Malaysia Madani iaitu kemampuan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Lebih-lebih lagi, kejohanan yang berlangsung pada bulan Ogos ini merupakan alat penyatuan masyarakat yang menyemarakkan semangat kesukanan, semangat perpaduan dan semangat kemerdekaan dalam meraikan bulan kemerdekaan yang ke-66 Malaysia. Elemen disiplin dan berbudi bahasa adalah antara ramuan terbaik kejohanan olahraga yang amat penting dalam hidup bermasyarakat. Apabila diterapkan dalam pergaulan harian, elemen-elemen ini dapat menyatukan kesemua warganegara Malaysia walaupun sosio-budayanya tidak sama.
Selain itu, kejohanan ini merupakan medan persaingan sihat yang terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat murid. Manakala, para peserta pula berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara. Kejohanan olahraga ini bukan semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting adalah dapat memberikan pengajaran secara tidak langsung kepada para peserta bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan.
Saya berharap agar kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang aral di samping menjadi sinar harapan dalam melahirkan atlet-atlet muda yang mengharumkan nama daerah Klang. Akhir kata, acara kejohanan olahraga ini pasti menjadi landasan kepada semua peserta bagi meningkatkan keupayaan diri untuk terus maju dalam hidup sebagai atlet gemilang dan terbilang. Saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan Kejohanan Olahraga MSSD Klang bagi menggerakkan sukan itu kehadapan untuk mencapai kejayaan.
“Malaysia
Sekian, terima kasih.
SIVAPARATHY A/P VISUVANATHAN
Guru Besar
SJKT Simpang Lima
Madani Negara Bersukan”
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
ATUR CARA MAJLIS PENUTUP
MASA ACARA 4:00 PTG JEMPUTAN MENGAMBIL TEMPAT 4:05 PTG KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN (PPD, PENGETUA & GURU BESAR ) 4:10 PTG KETIBAAN TETAMU KEHORMAT (PERASMI) 4:15 PTG TETAMU KEHORMAT KE MAJLIS JAMUAN 'VIP' 4:30 PTG NYANYIAN LAGU NEGARAKU BACAAN DOA 4:35 PTG UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS 4:40 PTG PERSEMBAHAN PENUTUP 4:55 PTG UCAPAN PERASMIAN PENUTUP 5:00 PTG PENYAMPAIAN PINGAT KEJOHANAN 5:10 PTG UPACARA PENYERAHAN BENDERA KEJOHANAN KLANG 5:15 PTG PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PERASMI 5:20 PTG MAJLIS TAMAT DAN BERSURAI SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JAWATANKUASA INDUK
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
Pn Maimunah Binti Mustaffa
Pengerusi
Timbalan Pengerusi 1
Pegawai Pendidikan Daerah Klang
En Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Sektor Pembangunan Bakat Murid
En Muhammad Saadan bin Mat Deris
Timbalan Pengerusi 2
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Sektor Pengurusan Sekolah
Tn Hj Maswi bin Saion
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Pengetua SMK Bukit Kapar
Pn Sivaparathy a/p Visuvanathan
Guru Besar SJKT Simpang Lima
En Khalifi Bin Ahmad
Setiausaha 1
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Klang
Pn Aziah binti Abu Ziden
Setiausaha 2
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Kapar
Pn Vasugi a/p P.Ratnam
Setiausaha 3
Penolong Kanan Kokurikulum SJKT Simpang Lima
En Suhaimi bin Samsudin
Bendahari
Pengerusi Teknik (Menengah)
Pengerusi Teknik (Rendah)
Penolong Pegawai PPD Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Klang
En Zaharudin bin Zainal
SMK Kota Kemuning
En Hasnizam bin Tumin
SK Telok Pulai
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
Pn Maimunah Binti Mustaffa
Penasihat 1
Penasihat 2
Penyelaras
Pengerusi 1
Pengerusi 2
Naib Pengerusi 1
Pegawai Pendidikan Daerah Klang
En Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Sektor Pembangunan Bakat Murid
En Khalifi Bin Ahmad
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Klang
Tn Hj Maswi bin Saion
Pengetua SMK Bukit Kapar
Pn Sivaparathy a/p Visuvanathan
Guru Besar SJKT Simpang Lima
Pn Aziah binti Abu Ziden
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Kapar
Pn Vasugi a/p P.Ratnam
Naib Pengerusi 2
Penolong Kanan Kokurikulum SJKT Simpang Lima
En Hamizalfadli bin Ahmed
Setiausaha
Bendahari
Pengerusi Teknik (Menengah)
Pengerusi Teknik (Rendah)
Setiausaha Sukan SMK Bukit Kapar
Cik Aishah bt Musa
SMK Bukit Kapar
En Zaharudin bin Zainal
SMK Kota Kemuning
En Hasnizam bin Tumin
SK Telok Pulai
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JAWATANKUASA KECIL PELAK
SUKAN NADI ANAK YANG BA
JAWATANKUA PELAKS
BAIK LAGI CERDIK (ABC)
SENARAI PEGAWAI KEJOHANAN
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
SENARAI PEGAWAI KEJOHANAN
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
SENARAI PEGAWAI KEJOHANAN
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JADUAL KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
HARI PERTAMA (09 OGOS 2023 - RABU)
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JADUAL KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
HARI KEDUA (10 OGOS 2023 - KHAMIS)
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JADUAL KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
HARI KETIGA (14 OGOS 2023 - ISNIN)
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JADUAL KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
HARI KEEMPAT (15 OGOS 2023 - SELASA)
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JADUAL KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
HARI KELIMA (16 OGOS 2023 - RABU)
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
JADUAL KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
HARI KEENAM (17 OGOS 2023 - KHAMIS)
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
PERATURAN & MAKLUMAT KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG
KE-59 2023
KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN
MAKLUMAT & PERATURAN KEJOHANAN
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
DIUCAPKAN KEPADA:
DATUK KHUSAIRI B WAHIJAN
PRAKASH A/L MATHIAZHKAN (PENGARAH
DDR ARTHA SDN. BHD)
NAVENKUMAR RAMASANDERAN
(PENGARAH KC GLOBAL LOGISTICS SDN. BHD)
TAMILVAANAN KANDAN (YDP SJKT SIMPANG LIMA)
NAVENKUMAR RAMASANDERAN (PENGARAH KC GLOBAL LOGISTICS SDN.BHD)
SETIA DIDIK
KOPERASI SMK BUKIT KAPAR
KOPERASI SJK(T) SIMPANG LIMA
PIBG SMK BUKIT KAPAR
PIBG SJK(T) SIMPANG LIMA
SEKALUNG PENGHARGAAN
4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
1. 2. 3.
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
SUKAN NADI ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
SEKALUNG PENGHARGAAN