BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA TASKA NUR HIDAYU EDISI 2023

Page 1

BUKU IBU BAPA / PENJAGA 019 - 3185708 (Admin) taskanurhidayu@gmail.com TASKA NUR HIDAYU SA 0071746-V EDISI 2023 PERATURAN "Panduan & Peraturan Untuk Rujukan Ibu Bapa / Penjaga, Pengurusan TASKA NUR HIDAYU, Pendidik TASKA NUR HIDAYU & Pihak-Pihak Yang Berkaitan."

BUKU PERATURAN IBUBAPA/PENJAGA

2023

TASKA NUR HIDAYU

(SA00071746-V)

CAWANGAN TAMAN SEROJA 8

NO. 8 JALAN SEROJA 27, TAMAN SEROJA

BANDAR BARU SALAK TINGGI

43900 SEPANG

CAWANGAN TAMAN SEROJA 6

NO. 6 JALAN SEROJA 27, TAMAN SEROJA

BANDAR BARU SALAK TINGGI

43900 SEPANG

CAWANGAN TAMAN MAWAR

NO. 2, JALAN MP3A, TAMAN MAWAR PERDANA

BANDAR BARU SALAK TINGGI

43900 SEPANG

CAWANGAN CITRA RESIDENSI

JALAN BUKIT CITRA 10/2, CITRA RESIDENSI

71700 PAJAM

CAWANGAN CITRA EMBUN

JALAN BUKIT CITRA 10/2, CITRA EMBUN, 71700 PAJAM

CAWANGAN SALAK PERDANA

NO 8G JALAN KENANGA 1/3

SALAK PERDANA BUSINESS PARK

BANDAR BARU SALAK TINGGI

43900 SEPANG

NO TELEFON: 019 318 5708

EMEL: taskanurhidayu@gmail.com

INDEX KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN 3 MISI DAN VISI 3 POLISI & PROSEDUR TASKA NUR HIDAYU 4 1.0 HARI DAN WAKTU PERKHIDMATAN 4 2.0 PERKHIDMATAN LEBIH MASA 4 3.0 CUTI 5 4.0 NOTIS BERHENTI 6 5.0 NOTIS TAMAT PERKHIDMATAN 6 6.0 DOKUMEN PENDAFTARAN 6 7.0 PERTUKARAN ALAMAT DAN NO TELEFON 7 8.0 BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN 7-8 9.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN 8 10.0 KELENGKAPAN KANAK-KANAK 9-10 11.0 APLIKASI LITTLE FAMILY ROOM 10 12.0 BARANGAN PERIBADI KANAK-KANAK 10 13.0 KEHADIRAN KANAK-KANAK 10-12 14.0 MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK 12 15.0 KESELAMATAN 13-16 16.0 KESIHATAN 16-18 17.0 KEBERSIHAN 18 18.0 PEMAKANAN 19 19.0 PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 20 20.0 HUBUNGAN IBUBAPA/PENJAGA/PENDIDIK/PIHAK PENGURUSAN TASKA 20 21.0 PENGLIBATAN IBUBAPA/PENJAGA 21 22.0 CADANGAN PENGLIBATAN IBUBAPA/PENJAGA SEPANJANG TAHUN 22 LAMPIRAN 23-31
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

TASKA NUR HIDAYU telah mula mengorak langkah dalam bidang Taska bermula pada 5 Disember 2007. Kami bertanggungjawab menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak seawal usia 2 bulan hingga 4 tahun. Kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan iaitu anak-anak asuhan dan para ibu bapa.

MISI

Memastikan setiap kanak-kanak mendapat hak jagaan yang sempurna dan asas didikan yang sewajarnya sesuai dengan usia dan perkembangan mereka.

VISI

Menjadikan TASKA sebagai salah satu institusi yang memainkan peranan dalam membentuk keperibadian/sifat kanak-kanak dan memberikan pendidikan awalawal kanak-kanak yang berkualiti.

MOTTO TASKA NUR HIDAYU

“Handle With Care”

POLISI DAN PROSEDUR TASKA NUR HIDAYU

1.0 HARI & WAKTU PERKHIDMATAN

1.1 Hari Perkhidmatan Operasi

Isnin – Jumaat

Sabtu & Ahad – Cuti

1.2 Waktu Perkhidmatan Operasi

7.00 pagi – 7.00 petang

*Sebarang perubahan waktu operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

1.3 Waktu Urusan Pejabat 9.00 pagi – 5.00 petang

1.4 Waktu Lawatan

6.00 petang – 7.00 petang

*Ibubapa/penjaga diminta untuk membuat temujanji sekiranya berhasrat datang ke Taska untuk membuat lawatan.

2.0 PERKHIDMATAN LEBIH MASA

2.1 Ibubapa/penjaga digalakkan mengambil anak-anak seawal mungkin supaya dapat meluangkan masa bersama keluarga.

2.2 Perkhidmatan lebih masa tidak digalakkan pada Bulan Ramadhan.

2.3 Jika memerlukan perkhidmatan lebih masa, ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan lebih awal kepada penyelia/pendidik.

1. Isnin – Jumaat

Selepas jam 7:00 petang Rm10/jam/anak

jam 7:00 pagi

2. Sabtu Ø 7:00 pagi – 7:00 petang Ø Sebelum jam 7:00 pagi

Selepas jam 7:00 petang

3. Cuti Umum / Ahad

7:00 pagi – 7:00 petang

Ø Sebelum jam 7:00 pagi

Ø Selepas jam 7:00 petang

4. Bulan Ramadhan

Ø Selepas 6:00 petang

Rm10/jam/anak

Rm20/jam/anak

Rm20/jam/anak

Rm30/jam/anak

Rm20/jam/anak

2.4 Tidak dibenarkan sama sekali membuat tunggakkan bayaran perkhidmatan lebih masa kerana ia merupakan bayaran yang akan diberikan kepada pendidik yang bertugas menjaga anak-anak ketika perkhidmatan lebih masa.

2.5 Kehadiran kanak-kanak sebelum jam 7:00 pagi perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan/penyelia terlebih dahulu.

Bil. Waktu Operasi Kadar Caj
Ø
Ø
Sebelum
Ø
Ø

3.0 CUTI

Perkhidmatan operasi Taska dibuka sepanjang tahun kecuali:

Bil. Jenis Cuti Cuti / Tarikh

1. Cuti Umum;

Ø Cuti Umum Wajib – operasi

Taska WAJIB ditutup

Ø Cuti Umum Pilihan - mengikut negeri yang selaras dengan kalendar Malaysia 2023

• Hari Keputeraan YDP Negeri Sembilan / 14 Januari

• Hari Pekerja / 1 Mei

• Hari Keputeraan YDP Agong / 5 Jun

• Hari Kebangsaan / 31 Ogos

• Hari Malaysia / 16 September

• Hari Keputeraan YDP Selangor / 11 Disember

• Tahun Baru

• Tahun Baru Cina

• Thaipusam

• Israk & Mikraj (Negeri Sembilan)

• Nuzul Quran (Selangor)

• Hari Raya Aidilfitri

• Hari Wesak

• Hari Raya Haji

• Awal Muharram

• Maulidur Rasul

• Deepavali

• Krismas

2. Cuti Peristiwa yang melibatkan aktiviti Taska

3. Cuti yang diarahkan oleh Kementerian

Kesihatan jika terdapat berlaku

sebarang wabak penyakit berjangkit di premis

4. Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti wabak penyakit, bencana alam, ketiadaan air, elektrik dan lain-lain

4.0 NOTIS BERHENTI

4.1 Ibubapa/penjaga yang ingin menarik diri atau memberhentikan anak daripada perkhidmatan di Taska hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan selewat-lewatnya sebelum 25hb pada bulan terakhir anak hadir ke Taska iaitu sebelum ‘invoice’ dikeluarkan untuk bulan berikutnya.

4.2 Sekiranya tiada notis bertulis diterima, kanak-kanak masih dianggap menerima perkhidmatan di Taska dan perlu menjelaskan yuran seperti biasa.

4.3 Yuran pendaftaran, yuran tahunan dan lain-lain bayaran yang telah dijelaskan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA atas sebarang sebab dan pada bilabila masa sepanjang tahun.

4.4 Sekiranya kanak-kanak telah berhenti kemudian ingin mendapatkan semula perkhidmatan di Taska, ibubapa/penjaga perlu membuat pendaftaran dan membayar semula yuran pendaftaran, yuran tahunan dan lain-lain bayaran yang ditetapkan mengikut yuran semasa Taska.

5.0 NOTIS TAMAT PERKHIDMATAN

5.1 Pihak Taska berhak untuk memberhentikan anak-anak atas sebab tertentu demi menjamin keselamatan, kesihatan dan kepenting Taska.

5.2 Pihak Taska berhak menghentikan perkhidmatan jika berlaku tunggakan yuran selama sebulan.

5.3 Pihak Taska berhak memberhentikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak sekiranya ibubapa/penjaga tidak memberikan kerjasama kepada pihak Taska dan tidak mengikut peraturan dan syarat-syarat Taska.

5.4 Pihak Taska akan memberi sebulan notis awal jika berlaku penutupan perniagaan.

6.0 DOKUMEN PENDAFTARAN

6.1 Satu (1) salinan sijil kelahiran anak.

6.2 Satu (1) salinan rekod imunisasi (suntikan vaksin) anak.

6.3 Satu (1) salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga.

6.4 Satu (1) salinan surat hak penjagaan anak (jika berkenaan).

6.5 Semua dokumen di atas hendaklah diserahkan kepada penyelia/pendidik pada hari pertama penghantaran anak-anak ke Taska.

7.0

PERTUKARAN ALAMAT & NO TELEFON

7.1 Ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada pihak Taska jika berlaku pertukaran alamat rumah, nombor telefon rumah, telefon bimbit dan telefon pejabat bagi memudahkan untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

8.0 BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN

8.1 Bayaran yuran mestilah mengikut struktur yang dipersetujui.

8.2 Bayaran hendaklah dibayar melalui akaun yang telah ditetapkan (rujuk lampiran yuran).

8.3 Yuran Pendaftaran merupakan bayaran tetap dan tidak dikembalikan.

8.4 Yuran aktiviti dikira setahun sekali.

8.5 Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 5hb setiap bulan.

8.6 Peringatan pertama akan dikeluarkan pada 10hb setiap bulan kepada ibubapa/penjaga yang belum melunaskan yuran bulanan pada bulan tersebut.

8.7 Peringatan kedua akan dikeluarkan pada 15hb setiap bulan sekiranya ibubapa/penjaga masih gagal melunaskan yuran bulanan pada bulan tersebut.

8.8 Kegagalan menjelaskan yuran sebelum 15hb akan menyebabkan penggantungan sementara kehadiran kanak-kanak ke Taska sehingga yuran dijelaskan

8.9 Surat penggantungan sementara kehadiran kanak-kanak akan dikeluarkan dan diberikan kepada ibubapa/penjaga.

8.10 Yuran bulanan hendaklah dijelaskan secara atas talian dengan disertakan nama penuh anak beserta bulan bayaran yuran bagi memudahkan pihak pengurusan taska membuat kemaskini rekod pembayaran dan mengeluarkan resit penerimaan bayaran.

8.11 Slip bayaran atas talian hendaklah dihantar serta-merta ke ‘Inbox’ di ‘Litlle Family Room’ apabila selesai membuat bayaran (rujuk contoh pada lampiran yuran).

8.12 Kelewatan menghantar resit bayaran akan mengakibatkan kesulitan mengemaskini rekod pembayaran kanak-kanak.

8.13 Sekiranya pembayaran dilakukan dengan menggunakan aplikasi ‘Little Family Room’, terdapat caj tambahan sebanyak RM 1.80.

8.14 Bayaran yuran anak-anak Taska masih dikira bayaran penuh walaupun anakanak tidak hadir atau bercuti.

9.0

8.15 Namun begitu, ibubapa/penjaga boleh memohon pengurangan bayaran kepada pihak pengurusan Taska dan pihak Taska akan mempertimbangkan permohonan tersebut terlebih dahulu.

8.16 Jika berlaku tunggakan yuran, pihak Taska berhak mengambil tindakan undangundang kepada ibubapa/penjaga yang gagal menjelaskan bayaran tunggakan tersebut.

8.17 Pihak pengurusan Taska berhak memberhentikan perkhidmatan serta merta kepada ibubapa/penjaga jika yuran tertunggak melebihi satu (1) bulan.

8.18 Pihak Taska berhak untuk menaikkan yuran bulanan pada setiap 3 tahun sekali dengan kadar kenaikan RM 30 - 50 tanpa merujuk kepada ibubapa/penjaga. Walau bagaimanapun, notis pemberitahuan kenaikan yuran bulanan akan dimaklumkan menerusi aplikasi ‘Little Family Room’ pada laman ‘Broadcasts’.

8.19 Jika berlaku arahan penutupan Taska oleh pihak kerajaan seperti penularan penyakit berjangkit, bencana alam dan lain-lain ibubapa/penjaga hendaklah membayar yuran seperti biasa.

8.20 Yuran hendaklah dibayar mengikut peraturan yang ditetapkan untuk kelancaran pengoperasian dan pengurusan Taska.

YANG DISEDIAKAN

KEMUDAHAN
Bilik berhawa dingin / kipas. 9.2 Barang permainan yang selamat dan sesuai. 9.3 Ruang tidur / rehat yang selesa. 9.4 Katil bagi kelas ‘Toddler’ dan ‘Pre school’. 9.5 Bahan / alat bantuan mengajar yang menarik. 9.6 Menu makanan yang seimbang. 9.7 Keperluan harian anak-anak seperti katil, bedak, sikat dan sabun mandi. 9.8 Jadual aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh kanakkanak. 9.9 Penjagaan yang cekap dan teratur oleh pendidik kanak-kanak terlatih 9.10 Taman permainan luaran.
9.1

10.0 KELENGKAPAN KANAK-KANAK

Bil. Barang Keperluan Kanak-kanak Kuantiti ‘Infant’ ‘Pre-Toddler’ ‘Toddler’ & ‘Pre-School’ 1. Baju & seluar *2 pasang untuk gantian, 1 pasang sebagai kecemasan *dibawa pulang secara harian 3 3 3 2. Sapu tangan *dibawa pulang secara harian 1 -3. Lampin pakai buang 8 5 5 4. Bekalan susu tepung *siap diisi kedalam ‘compartment’ dan dilabel nama dan sukatan air. *dibawa pulang secara harian Mengikut keperluan anak 3 *untuk sesi minum susu pada waktu pagi, boleh maklumkan kepada pendidik sekiranya anak-anak sudah menyusu 2 5. Susu ibu *dibawa pulang secara harian Mengikut keperluan anak (hendaklah dilabel nama dan tarikh) Mengikut keperluan anak (hendaklah dilabel nama dan tarikh)6. Botol susu *dilabel nama *dibawa pulang secara harian 1 1 1 7. Botol air *diisi air *dibawa pulang secara harian Ø 6 bulan 1 1 8. Tuala mandi anak *dibawa pulang secara harian 1 1 1 9. Plastik pakaian kotor *dibawa pulang secara harian 1 1 1 10. Ubat gigi, berus gigi, shampoo, sabun, sikat (sekiranya ada alahan pada bahan-bahan tertentu) *dibawa pulang secara mingguan 1 set 1 set 1 set 11. Bantal & Alas tidur (untuk bawah 2 tahun sahaja) *dibawa pulang secara mingguan 1 set 1 set12. Selipar/kasut (bagi yang sudah boleh berjalan) *dibawa pulang secara harian 1 pasang 1 pasang 1 pasang

• Kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 4 tahun, hendaklah siap dimandikan dari rumah sebelum hadir ke Taska.

• Pemakaian seragam sekolah wajib dipakai kanak-kanak pada setiap hari isnin dan rabu dari rumah.

• Pihak Taska menggalakkan puting susu ditukar setiap 3 bulan sekali.

• Maklumkan kepada penyelia/pendidik dengan segera sekiranya terdapat barang yang hilang atau tertukar.

• Lain-lain keperluan tambahan akan diberitahu oleh pendidik dari semasa ke semasa.

• Mohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk memeriksa barangan anak-anak setiap kali menjemput anak dan maklumkan jika ada yang tertinggal, hilang atau sebagainya.

• Melabel barangan kanak-kanak. Setiap barang kanak-kanak mestilah dilabel dangan nama kanak- kanak. Pihak Taska tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barangan hak milik anak sekiranya ianya tidak berlabel. Ibubapa/penjaga wajib menyemak semua keperluan anak-anak sendiri sebelum balik.

11.0 APLIKASI ‘LITTLE FAMILY ROOM’

11.1 Aplikasi ini adalah untuk kegunaan ibubapa/penjaga untuk memantau aktivti harian anak-anak di Taska, pembayaran yuran, membuat sebarang pesanan, rekod keluar masuk anak-anak dan aktiviti pembelajaran harian.

11.2 Pastikan ibubapa/penjaga sentiasa mengemaskini aplikasi ini supaya maklumat daripada kedua belah pihak antara ibubapa/penjaga dan pihak Taska sampai dan diambil tindakan oleh kedua-dua pihak.

12.0 BARANGAN PERIBADI ANAK

12.1 Adalah ditegaskan segala barang kemas, alat-alat permainan, telefon bimbit, tab dan peralatan elektronik TIDAK DIBENARKAN dibawa ke Taska. Pihak Taska tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang tersebut.

13.0 KEHADIRAN ANAK-ANAK

13.1 Kanak-kanak (atas 6 bulan) hendaklah mandi dari rumah sebelum hadir ke Taska.

13.2 Sila pastikan kedatangan yang berterusan (konsisten) dan elakkan anak-anak daripada sering tidak hadir ke Taska supaya anak-anak dapat beradaptasi dengan suasana dan jadual Taska dengan baik.

13.3 Kedatangan yang terlalu awal sebelum waktu operasi (7:00 pagi) adalah tidak digalakkan. Jika perlu menghantar anak lebih awal, perlu maklumkan kepada pihak pengurusan dan mendapat persetujuan bersama kerana melibatkan waktu kerja pendidik. Ibubapa akan dikenakan caj tambahan.

13.4 Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak-anak melalui ‘Inbox’ di ‘Little Family Room’ (rujuk di lampiran ketidakhadiran anak-anak) sebelum jam 10:00 pagi kerana pendidik akan mencatatkan kehadiran anakanak setiap pagi.

13.5 Elakkan menghantar anak terlalu lewat (melebihi jam 10:00 pagi) kerana akan menjejaskan jadual aktiviti anak-anak (rujuk di lampiran jadual aktiviti) dan menyebabkan mereka ketinggalan sebahagian daripada program yang telah dijadualkan.

13.6 Namun sekiranya ibubapa/penjaga terpaksa menghantar anak melebihi jam 10:00 pagi atas sebab urusan keperluan (pemeriksaan klinik atau sebagainya), ibubapa/penjaga boleh maklumkan kepada kami di ‘Inbox’ dan tekan loceng apabila sudah berada di pagar masuk Taska supaya pendidik maklum atas kehadiran anak anda.

13.7 Pendidik akan melakukan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan suhu badan menggunakan jangka suhu (thermometre) dan merekodkannya sebagai rutin harian sewaktu ibubapa/penjaga menghantar dan mengambil anak bagi memastikan kesihatan anak-anak.

13.8 Pendidik juga akan melakukan pemeriksaan kuku anak-anak dan berhak untuk TIDAK MENERIMA anak- anak yang mempunyai kuku yang panjang. Pihak Taska menyediakan pengetip kuku untuk ibubapa/penjaga memotong kuku anak-anak sekiranya panjang.

13.9

Ibubapa/penjaga juga boleh memaklumkan kepada pendidik kali terakhir anakanak menyusu. Ibubapa/penjaga juga digalakkan untuk memberi anak sarapan pagi (sekiranya menghantar anak selepas jam 10:00 pagi).

13.10

Kanak-kanak yang mempunyai bacaan suhu badan 37.5 darjah celcius dan keatas TIDAK DIBENARKAN hadir ke Taska dan pendidik berhak untuk TIDAK MENERIMA kehadiran mereka.

13.11

Kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit seperti Cacar Air, Influenza (semua jenis), Demam Campak, Sakit Mata, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), COVID-19, Begok, Penyakit Kulit Yang Berjangkit, Kudis Buta, Batuk Kokol, Difteria, Rotavirus dan semua jenis penyakit berjangkit (rujuk 17.4 Penyakit Berjangkit) tidak dibenarkan hadir sama sekali ke Taska. Kanak-kanak yang sudah sembuh dari penyakit berjangkit perlu memberi surat pengesahan doktor yang mengesahkan kanak-kanak bebas dari penyakit berjangkit jika ingin hadir semula ke Taska.

13.12 Ibubapa/penjaga diminta untuk tidak menghantar anak-anak ke Taska sekiranya anak-anak menunjukkan simptom-simptom penyakit berjangkit.

13.13 Hanya kanak-kanak yang benar-benar sihat sahaja boleh hadir ke Taska.

14.0 MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK

14.1 Pihak Taska sangat menggalakkan ibubapa/penjaga mengambil inisiatif untuk menghantar dan mengambil sendiri anak-anak mereka di Taska.

14.2 Jika ibubapa/penjaga tidak dapat mengambil anak, sila maklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sekiranya orang lain yang akan mengambil anak tersebut. Sila berikan butiran seperti nama, hubungan dan gambar untuk makluman pihak Taska.

14.3 Ibubapa/penjaga digalakkan mengamalkan konsep 5S iaitu Senyum, Sapa, Sambut, Sentuh dan Salam.

14.4 Untuk keselamatan anak, ibubapa/penjaga perlu menghantar anak sehingga ke pintu masuk premis dan diserahkan ke tangan pendidik dan begitu juga sewaktu mengambil anak. Dengan cara ini, ibubapa/penjaga akan dapat memberitahu perihal anak seperti ubat, bekal atau apa sahaja yang perlu diambil perhatian oleh pendidik.

14.5 Sekiranya terdapat isu mahkamah yang melibatkan kes hak penjagaan anak (penceraian,anak angkat) sila maklumkan kepada pihak Taska bagi mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini berlaku.

14.6 Ibubapa/penjaga perlu memastikan pintu utama sentiasa ditutup sebelum dan selepas menghantar anak.

14.7 Jika ibubapa/penjaga berhasrat mengambil anak mereka lebih awal atau lewat daripada biasa, sila maklumkan kepada pihak Taska supaya anak anda dapat disiapkan terlebih dahulu.

14.8 Anak yang masih menyusu perlu disediakan dengan satu botol susu yang siap dibancuh dari rumah setiap pagi bagi mengelakkan anak meragam kerana lapar.

14.9 Pendidik yang bertugas menyambut kedatangan anak hanya akan menunggu sehingga jam 08:30 pagi sahaja.

14.10 Selepas jam 08:30 pagi, ibubapa/penjaga boleh menekan loceng di pagar masuk Taska supaya pendidik maklum atas kehadiran anak anda.

14.11 Pihak Taska menggalakkan ibubapa/penjaga untuk melakukan pemeriksaan fizikal anak anda semasa menjemput anak pulang dihadapan pendidik untuk mengesan sekiranya ada terdapat kecederaan fizikal. Sekiranya ditemui kecederaan, ibubapa/penjaga boleh mendapatkan penjelasan dari pendidik.

14.12 Pastikan keperluan untuk dibawa balik seperti botol susu,bekas susu, bekas makanan, botol air, pakaian kotor, laundry bag dan lain-lain semuanya ada di dalam beg dan tidak bertukar.

15.0 KESELAMATAN

15.1 Kemalangan

15.1.1

Kemalangan merujuk kepada kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang. Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab dan memberikan kesan seperti kecederaan fizikal atau kerosakan harta benda.

15.1.2

Kemalangan boleh dibahagikan kepada kemalangan kecil (jatuh,lebam,digigit,dicakar,bengkak dan pendarahan kecil) dan kemalangan besar (patah, pendarahan yang banyak, luka dalaman, sawan, melecur, tersepit).

15.1.3

Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, tindakan berikut akan dilakukan oleh pihak pengurusan Taska. Rujuk carta alir di bawah (Rujuk Rajah 1 & Rajah 2)

CARTA ALIR PROSEDUR KEMALANGAN KECIL

Mengenal pasti jenis dan bahagian kecederaan.

Berlaku pendarahan

Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain

bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan, meletakkan antiseptik apabila pendarahan sudah berjaya diberhentikan dan seterusnya membalut dengan kain bersih.

Tiada pendarahan

Beri rawatan awal seperti menuam dengan ais batu yang dibalut dengan kain bersih di kawasan yang bengkak, untuk meminimakan kecederaan.

Maklumkan kepada ibubapa/penjaga di ‘Inbox Little Family Room’ berkenaan dengan kecederaan, punca kemalangan berlaku, rawatan awal yang diberikan dan keadaan semasa anak.

Tenangkan anak

Memantau anak yang cedera dan perhatikan perkembangannya.

Sekiranya anak dalam keadaan tidak aktif, kami akan segera hubungi ibubapa/penjaga untuk tindakan seterusnya.

RAJAH 1

Tenangkan anak

Hubungi ibu bapa dan memaklumkan berkenaan kecederaan anak serta punca kemalangan berlaku.

Mengenal pasti jenis dan bahagian kecederaan.

Membawa anak yang cedera ke klinik atau hospital berdekatan.

Mengikuti perkembangan anak yang cedera serta mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan pihak klinik/hospital.

Pihak Pengurusan Taska akan menyemak rekod CCTV bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian dan akan memaklumkan pada ibu bapa selepas itu.

Kos rawatan sepenuhnya perlu ditanggung oleh ibu bapa (sekiranya anak mempunyai panel kesihatan, boleh maklumkan kepada kami).

RAJAH 2

CARTA ALIR PROSEDUR KEMALANGAN BESAR

15.1.4 Sekiranya didapati ada tanda-tanda anak didera, tindakan yang perlu diambil adalah berdasarkan carta alir berikut (Rujuk Rajah 3).

CARTA ALIR PROSEDUR PENGURUSAN PENDERAAN

Aduan diterima

Kanak-kanak Ibubapa/Penjaga Ambil perhatian dan dengar dengan teliti

Jangan tolak dan buat keputusan segera

Pemeriksaan fizikal

Lakukan siasatan lanjutan

Maklumat tambahan dari

kawan dan kenalan

Bawa ke klinik/hospital

untuk pemeriksaan lanjut

Rekod maklumat penting

Maklumkan kepada Pihak

Pengurusan Taska

Maklumkan pada JKM

Sekiranya aduan adalah benar, Pihak Pengurusan

Taska akan laporkan ke pihak Polis dan aduan ke

NCDC bagi menyenaraihitamkan rekod pekerja

yang terlibat

Memecat pekerja terlibat

dengan serta-merta kerana

telah melanggar peraturan kerja

RAJAH 3

Dapatkan maklumat dan saksi

Pihak Pengurusan Taska

akan menyemak rekod

CCTV bagi mendapatkan

gambaran sebenar kejadian

Sekiranya aduan adalah tidak

benar, Pihak Pengurusan Taska

akan mengadakan sesi

perbincangan bersama

ibubapa/penjaga bagi mencapai

kata sepakat kepada kedua-dua

pihak

15.2 Rakaman bergambar

15.2.1 Pihak Taska berhak mengambil gambar anak-anak atau merakam video anak-anak ketika berada dalam jagaan dan ketika menjalankan aktiviti di dalam atau di luar premis.

15.2.2 Pihak Taska dibenarkan menyiarkan gambar dan video anak-anak di media elektronik seperti Facebook, Whatsapp atau Instagram sekiranya mendapat kebenaran ibubapa/penjaga.

15.2.3 Pihak Taska dibenarkan menyiarkan gambar anak-anak di media cetak sekiranya mendapat kebenaran ibubapa/penjaga.

15.2.4 Ibubapa/penjaga/pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar anak-anak ketika berada di Taska.

16.0 KESIHATAN

16.1 Rekod Kesihatan

16.1.1 Ibubapa/penjaga perlu menyerahkan salinan imunisasi/vaksin pihak Taska semasa penghantaran anak pada hari pertama.

16.1.2 Ibubapa/penjaga perlu mengemaskini rekod kesihatan anak dari semasa ke semasa (sekiranya diperlukan).

16.1.3 Pihak Taska tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kepada anak-anak yang disebabkan ibubapa/penjaga tidak memberi rekod kesihatan yang terkini kepada pihak Taska.

16.1.4

Maklumat kesihatan anak-anak tidak boleh dirahsiakan dari pihak Taska.

16.1.5 Hanya kanak-kanak yang mendapatkan suntikan vaksin (ditetapkan oleh Pihak Kementerian Kesihatan) yang diterima masuk ke Taska.

16.1.6 Ibubapa/penjaga perlu memastikan anak dalam keadaan sihat dan bersuhu badan normal semasa menghantar anak mereka ke Taska.

16.1.7 Pihak Taska berhak menghubungi ibubapa/penjaga untuk mengambil anak pulang sekiranya menunjukkan gejala demam, batuk berpanjangan, selsema dan sakit ringan yang tidak berjangkit dan memerlukan rawatan susulan. Segala bil dan perbelanjaan rawatan yang dikenakan sepanjang berada di klinik/hospital adalah dibawah tanggungjawab ibubapa/penjaga sendiri.

16.1.8 Bilik kuarantin disediakan hanya sebagai ruang isolasi anak-anak sementara menunggu ibubapa/penjaga mengambil mereka dan seharusnya anak-anak yang sakit mesti direhatkan di rumah dan dijaga oleh ibubapa/penjaga.

16.1.9 Anak-anak yang diasingkan di ruang isolasi akan diberi tempoh 4 jam maksimum sahaja untuk berada dalam pantauan Taska.

Ibubapa/penjaga diminta segera untuk mengambil anak bagi tindakan lanjut.

16.1.10 Ibubapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak Taska sekiranya anak mereka mempunyai alahan melibatkan makanan yang boleh menyebabkan masalah G6PD, penyakit kulit, sesak nafas, dan lain-lain.

16.2 Rawatan Doktor Waktu Kecemasan

Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak pengurusan Taska akan menghubungi ibubapa/penjaga dahulu. Tetapi jika tidak dapat dihubungi (selepas beberapa kali), pihak Taska akan mengambil langkah keselamatan seperti berikut:-

16.2.1 Menghantar anak ke klinik/hospital berdekatan

16.2.2 Pihak Taska akan terus menghubungi ibubapa/penjaga. Segala kos pembiayaan rawatan adalah dibawah tanggungjawab ibubapa/penjaga (sekiranya anak mempunyai panel kesihatan, boleh maklumkan kepada kami).

Peringatan : Adalah penting bagi setiap ibubapa/penjaga memberitahu nombor telefon terkini jika berlaku kecemasan. Ini adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak bagi memastikan pihak pengurusan dapat memberitahu perkembangan terkini anak.

16.3

Tiada Pemberian Ubat Di Taska

17.3.1 Segala jenis ubat cecair kecuali antibiotik tidak dibenarkan dibawa ke Taska.

17.3.2 Pendidik kami tidak dibenarkan untuk memberi sebarang ubat berbentuk cecair atas faktor keselamatan.

17.3.3 Anak yang belum sembuh sepenuhnya boleh direhatkan dirumah terlebih dahulu.

17.3.4 Hanya ubat antibiotik atau ubat jenis sapuan luar sahaja yang dibenarkan di Taska selepas ibubapa/penjaga memberikan arahan penggunaan yang jelas secara hitam putih melalui “Little Family Room’.

17.3.5 Penggunaan ‘Nebulizer’ juga tidak dibenarkan.

16.4

Penyakit Berjangkit

Berikut merupakan senarai penyakit berjangkit yang terkini yang telah diwartakan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) untuk makluman ibubapa/penjaga.

i. Batuk Kokol

ii. Campak

iii. Chancroid

iv. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah

v. Demam Kuning

vi. Difteria

vii. Disenteria (Semua jenis)

viii. Ebola

ix. Jangkitan Gonococcal

x. Laptospirosis

xi. Keracunan makanan

xii. Rotavirus

xiii. Kolera

xiv. Kusta

xv. Malaria

xvi. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD

xvii. Plague

xviii. Poliomyelitis (Aktif)

xix. Rabies

xx. Relapsing Fever

xxi. Siflis (Semua Jenis)

xxii. Tetanus (Semua Jenis)

xxiii. Tifoid dan Salmonellosis Lain

xxiv. Tifus dan Rickettsioses Lain

xxv. Tuberculosis (Semua Jenis)

xxvi. Viral Encephalitis

xxvii. Covid-19

xxviii. Apa-apa jangkitan microbial lain yang mengancam nyawa

17.0 KEBERSIHAN

17.1 Semua kanak-kanak yang hadir ke Taska wajib mandi dari rumah.

17.2

17.3

17.4

17.5

Pengecualian mandi dari rumah diberikan kepada anak-anak berumur 6 bulan ke bawah sahaja.

Ibubapa/penjaga hendaklah memastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih.

Sekiranya anak-anak dijangkiti kutu kepala, ibubapa/penjaga hendaklah membasminya di rumah terlebih dahulu sebelum menghantar anak ke Taska.

Anak-anak digalakkan berambut pendek dan kemas. Anak lelaki adalah dilarang sama sekali berambut panjang.

18.0 PEMAKANAN

18.1 Penyusuan Susu Ibu

18.1.1 Ibu-ibu kepada bayi berumur 2 tahun kebawah digalakkan memberikan susu badan kepada bayi.

18.1.2 Sila pastikan ibu membekalkan susu badan yang mencukupi sepanjang bayi berada di Taska.

18.1.3 Sila labelkan nama bayi dan tarikh masa perahan pada bekas/plastik susu badan tersebut.

18.1.4 Ibu diminta untuk membekalkan bekalan susu tambahan. Contoh sekiranya bayi menyusu 5 botol dalam masa 10jam, ibu boleh membekalkan 1 botol tambahan.

18.2 Makanan Ringan (Junk Food)

18.2.1 Makanan ringan (junk food) seperti gula-gula, jeli, chewing gum, lolipop dan sebagainya adalah TIDAK DIBENARKAN kerana makanan tersebut akan merosakkan gigi, menjejaskan kesihatan dan perkembangan otak serta memberikan kesan obesiti kepada anakanak.

18.2.2 Pihak Taska juga TIDAK MEMBENARKAN pemberian makanan ringan semasa majlis sambutan hari lahir anak-anak.

18.3 Alahan Makanan

18.3.1 Anak-anak yang mempunyai alahan dengan menu makanan yang disediakan oleh pihak Taska perlulah membawa bekalan makanan dari rumah.

18.3.2 Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pendidik makanan yang tidak boleh dimakan oleh anak.

18.4 Makanan Taska

19.4.1 Untuk anak 6 bulan ke atas tiada makanan Taska yang disediakan. Ibubapa/penjaga boleh membekalkan anak puree dan digalakkan untuk memberi jenis makanan yang sama selama 4 hari (4 Day Rules) untuk mengesan sekiranya anak mempunyai alahan makanan.

19.4.2 Untuk anak 1 tahun ke atas sekiranya anak boleh makan makanan jenis family food anak boleh makan makanan Taska. Family food adalah makanan yang bertekstur sama seperti makanan yang orang dewasa makan, terdapat tambahan makanan garam, gula dan perasa makanan yang minimum.

18.5 Bekal

18.5.1 Bekalan anak hendaklah dari pemakanan yang berkhasiat dan dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai dan dilabelkan dengan nama anak.

18.5.2 Ibubapa/penjaga digalakkan untuk membawa bekal dari rumah.

Anak

19.0 PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

19.1 Pihak Taska akan mengadakan hari penilaian kanak-kanak sebanyak 2 kali dalam setahun. Oleh itu, ibubapa diminta untuk memberi kerjasama untuk melibatkan diri dalam perjumpaan atau perbincangan dengan pihak Taska untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak sama ada dalam bentuk fizikal (sekiranya bersesuaian) ataupun maya.

19.2 Perkembangan kanak-kanak akan dicatatkan di dalam rekod senarai semak perkembangan kanak-kanak mengikut tahap umur.

19.3 Pemerhatian terhadap kanak-kanak akan dibuat setiap hari mengikut tahap umur.

19.4 Rekod perkembangan kanak-kanak akan dikemaskini di ‘Little Family Room’ oleh pihak Taska pada setiap sesi penilaian.

19.5 Segala rekod dan permasalahan anak-anak adalah rahsia.

20.0 HUBUNGAN IBUBAPA/PENJAGA/PENDIDIK/PIHAK PENGURUSAN

TASKA

20.1 Bagi menjamin pengasuhan yang bermutu dapat diberikan kepada anak-anak, antara perkara yang terpenting ialah hubungan ibubapa/penjaga dengan pendidik.

20.2 Hubungan dan interaksi ibubapa/penjaga dengan pendidik perlulah sentiasa baik dan mesra seperti sebuah keluarga. Walaubagaimanapun, hubungan peribadi melalui telefon tidak dibenarkan. Pendidik tidak dibenarkan berhubung dengan ibubapa/penjaga secara peribadi dan juga sebaliknya.

20.3 Namun begitu, interaksi antara ibubapa/penjaga dengan pendidik dibenarkan melalui aplikasi ‘Little Family Room’.

20.4 Ibubapa/penjaga hanya boleh menghubungi pihak pengurusan sekiranya ingin meninggalkan pesanan atau kecemasan (waktu operasi).

Bil. Nama Bidang Tugas No. Telefon 1. General Line 019 318 5708 2. Sabariah binti Abu Pengusaha 017 375 5091 3. Siti Nur Hidayu binti Jamaluddin Ketua Pengurusan 014 999 4772 Jadual 20.4.1: Senarai nama pengurusan TNH

21.0 PENGLIBATAN IBUBAPA/PENJAGA

21.1 Ibubapa/penjaga hendaklah menghadiri sesi perjumpaan yang diaturkan oleh pihak Taska untuk membincangkan berkenaan perkembangan anak-anak.

21.2 Ibubapa/penjaga perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Taska.

21.3 Bersedia memberikan kerjasama kepada pihak Taska apabila diperlukan.

21.4 Berbincang dengan pihak pengurusan Taska jika menghadapi sebarang masalah.

21.5 Menglibatkan diri dengan aktiviti Taska. Antara Aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah:-

21.5.1 Bekerjasama dalam program yang telah disusun sepanjang tahun.

21.5.2 Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari semasa ke semasa.

21.5.3 Bekerjasama membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah untuk aktiviti anak-anak.

21.5.4 Menjadi pakar rujuk, penasihat dalam bidang kemahiran masingmasing.

21.5.5 Membantu membuat alat permainan mudah, murah dan Alat bantu mengajar (ABM) bersama.

21.5.6 Menyertai aktiviti melestarikan alam sekitar.

21.5.7 Aktiviti yang melibatkan penglibatan ibubapa/penjaga akan diberi memo pemberitahuan di dalam mesej ‘Broadcast Little Family Room’ dari semasa ke semasa.

22.0 CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN IBUBAPA/PENJAGA SEPANJANG TAHUN

NO. PROGRAM BULAN 1. Minggu Suai Kenal Januari 2. Fire Rescue 1 Februari 3. Sambutan Hari Jadi Mac / Mei / Ogos / November 4. Deco Raya April 5. Jamuan Raya Mei 6. Parent Meeting – Penggal 1 Jun 7. Minggu Kesihatan Jun 8. Fire Rescue 2 Julai 9. Bulan Kemerdekaan Ogos 10. Hari Sukan Taska September 11. Fun Trip Oktober 12. Majlis Graduasi Disember 13. Parent Meeting – Penggal 2 Disember 14. Majlis Akhir Tahun Disember
LAMPIRAN 1.0 YURAN
CIMB Bank Berhad TASKA NUR HIDAYU 8600625372
1.1 Akaun No. Taska Nur Hidayu 1.2 Contoh pemberitahuan bayaran yuran di Aplikasi LittleLives Litlle Family Room. Rajah 1.2.1: Tekan aplikasi LittleLives Little Family Room dan tekan 'Inbox' Rajah 1.2.2: Pilih 'option' yang diberikan mengikut jenis keperluan ibubapa/penjaga dan tekan ‘NEXT' Rajah 1.2.3: Isikan nama penuh anak beserta bulan bayaran yuran & lampirkan resit bayaran di butang tambah Rajah 1.2.4: Slip bayaran yuran sudah berjaya dihantar
2.0 MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN ANAK-ANAK
Rajah 2.1: Tekan aplikasi LittleLives Little Family Room dan tekan 'Inbox' Rajah 2.2: Pilih 'option' yang diberikan mengikut jenis keperluan ibubapa/penjaga dan tekan ‘NEXT' Rajah 2.3: Isikan nama penuh anak-anak beserta sebab ketidakhadiran dan tekan butang anak panah ke atas.

3.0 JADUAL AKTIVITI HARIAN

i. 2 BULAN HINGGA 12 BULAN

KANAK-KANAK/INVENTORI BARANG ANAK-ANAK/MINUM

BEBAS / BERCERITA

TENGHAHARI (6 BULAN KE ATAS)

BEBAS / MENUNGGU KETIBAAN IBU BAPA

PDPDP: PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

PF: PERKEMBANGAN FIZIKAL

PAMPL: PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

PKE: PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

PSSEK: PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

PBKLA: PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Rancangan aktiviti ini adalah sekadar panduan. Aktiviti diubah dari semasa ke semasa mengikut jadual rancangan perlaksanaan aktiviti (RPA).

MASA
KETIBAAN
SUSU 8:00 a.m SARAPAN PAGI 8:30 a.m TIDUR 9:00 a.m CIRCLE TIME GERAKAN TARIAN SENAMAN PAGI NYANYIAN
9:30
REHAT
10:00 a.m AKTIVITI
PDPDP
11:00
AKTIVITI
11:30 a.m MAKAN
12:00 p.m MANDI 12:30 p.m MINUM SUSU
TIDUR 3:00 p.m MAKAN
3:30 p.m MANDI & MINUM
4:00 p.m TIDUR
PERMAINAN
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT 7:00 a.m
ALUNAN ZIKIR
a.m
/ MINUM SUSU / SNEK (6 BULAN KE ATAS)
PERMATA
PF PAMPL PKE PSSEK
a.m
/ REHAT &
PETANG (6 BULAN KE ATAS)
SUSU
5:00 p.m

PDPDP: PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

PF: PERKEMBANGAN FIZIKAL

PAMPL: PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

PKE: PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

PSSEK: PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

PBKLA: PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Rancangan aktiviti ini adalah sekadar panduan. Aktiviti diubah dari semasa ke semasa mengikut jadual rancangan perlaksanaan aktiviti (RPA).

ii. 1 TAHUN HINGGA 2 TAHUN MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT 7:00 a.m KETIBAAN KANAK-KANAK/INVENTORI BARANG ANAK-ANAK/MINUM SUSU 8:30 a.m SARAPAN PAGI 9:00 a.m PERHIMPUNAN PAGI CIRCLE TIME GERAKAN TARIAN SENAMAN PAGI NYANYIAN ALUNAN ZIKIR 9:30 a.m REHAT / MINUM SUSU / SNEK (6 BULAN KE ATAS) 10:00 a.m AKTIVITI PERMATA PDPDP PF PAMPL PKE PSSEK 11:00 a.m AKTIVITI BEBAS / BERCERITA 11:30 a.m MAKAN TENGHAHARI 12:00 p.m MANDI 12:30 p.m MINUM SUSU / REHAT & TIDUR 3:30 p.m MANDI & MINUM SUSU 4:30 p.m MINUM PETANG 5:00 p.m PERMAINAN BEBAS / MENUNGGU KETIBAAN IBU BAPA

PDPDP: PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

PF: PERKEMBANGAN FIZIKAL

PAMPL: PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

PKE: PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

PSSEK: PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

PBKLA: PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Rancangan aktiviti ini adalah sekadar panduan. Aktiviti diubah dari semasa ke semasa mengikut jadual rancangan perlaksanaan aktiviti (RPA).

TAHUN HINGGA
TAHUN MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT 7:00 a.m KETIBAAN KANAK-KANAK/INVENTORI BARANG ANAK-ANAK/MINUM SUSU 8:30 a.m SARAPAN PAGI 9:00 a.m PERHIMPUNAN PAGI CIRCLE TIME GERAKAN TARIAN SENAMAN PAGI NYANYIAN ALUNAN ZIKIR 9:30 a.m REHAT / MINUM AIR SUAM / SNEK 10:00 a.m AKTIVITI PERMATA PDPDP PF PAMPL PKE PSSEK 11:00 a.m AKTIVITI BEBAS / BERCERITA 11:30 a.m MAKAN TENGHAHARI 12:00 p.m MANDI 12:30 p.m MINUM SUSU / REHAT & TIDUR 3:30 p.m MANDI & MINUM SUSU 4:00 p.m MINUM PETANG 4:30 p.m AKTIVITI PERMATA PF PKE PSSEK PDPDP PAMPL 5:00 p.m PERMAINAN BEBAS / MENUNGGU KETIBAAN IBU BAPA
iii. 2
4

“CONTOH SALINAN IBUBAPA/PENJAGA”

Perkara: PERAKUAN BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA

Nama Ibu/Penjaga:

Nama Bapa/Penjaga:

Nama Anak: No MyKid: / /

□ Menghadiri dan mengikuti taklimat awal bersama Pihak Pengurusan Taska Nur Hidayu.

□ Menghadiri sesi soal jawab dan pengenalan bersama Pihak Pengurusan Taska Nur Hidayu

□ Menerima salinan Buku Peraturan Ibu Bapa / Penjaga 2023 menerusi applikasi ‘LittleFamilyRoom’

□ Telah membaca dan memahami segala perkara yang dinyatakan di dalam Buku Peraturan Ibubapa/Penjaga ini.

Oleh itu, kami (keluarga kepada anak bernama seperti di atas) bersetuju dengan setiap perkara yang telah dinyatakan. Persetujuan ini dimeterai dengan pengesahan melalui tandatangan kedua-dua pihak.

Yang Benar, Wakil Pengurusan Taska,

(Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga)

Tarikh: / / No K/P: / /

(Tandatangan Wakil Pengurusan Taska)

Tarikh: / / No K/P: / /

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.