MATRADE

Page 1

SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN SPP30143 PERNIAGAAN ANTARABANGSA MINI PROJEK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. PENDAFTARAN NURSYAZWANIAQILAH BINTI SALUDIN J02SPP21F007 NUR ARSIKIN BINTI ROSLAN J02SPP21F006 IMAN KHARUNNAS BIN KAMAROZAMAN J02SPP21F027 RASHYDAH BINTI ANSAR J02SPP21023 DISEDIAKAN UNTUK PN FARIDAH SHARIYAH BINTI SHARUDDIN

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

a. Maklumat profil MATRADE :

b. Latar Belakang: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Inggeris: Malaysia External Trade Development Corporation; lebih dikenali sebagai MATRADE) ialah sebuah agensi perdagangan luar kerajaan Malaysia. Peranan utamanya ialah membantu pengeksport Malaysia membangunkan dan mengembangkan pasaran eksport mereka. Ia ditubuhkan di bawah Akta MATRADE 1992 pada Mac 1993 sebagai agensi berkanun dan cabang promosi perdagangan luar di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. MATRADE juga menganjurkan program padanan perniagaan bagi syarikat Malaysia dan pengimport asing. Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan, MATRADE menjadi titik rujukan pertama untuk pertanyaan dan lawatan oleh pengimport asing. Peranan agensi ini juga untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi tempatan yang serasi yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan. MATRADE juga ialah pemilik Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE yang ditubuhkan pada Januari 2007. Tan Sri Dr. Halim Mohammad merupakan Pengerus MATRADE sejak 1 Januari 2019

Dibentuk Mac 1993; 29 tahun yang lalu

Di bawah bidang kuasa Kerajaan Malaysia

Ibu pejabat Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur

Eksekutif agensi

Ir Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros, Ketua Pegawai Eksekutif

Tan Sri Dr. Halim Mohammad, Pengerusi

Agensi induk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Laman sesawang www.matrade.gov.my

 YBhg.

dan Logo perniagaan

Visi

Menjadikan Malaysia Sebagai Negara Perdagangan Kompetitif Di Dunia

Misi

Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi fungsinya adalaH

Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih

Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang

Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;

Untuk mengelolakan program program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa

Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar Negara

Untuk mewakili Malaysia di mana mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;

Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan

Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.

c. Visi, objektif

Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar Negara

Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing

Untuk memperkenalkan syarikat syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia

Untuk menjalankan aktiviti aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara

Logo perniagaan

Objektif-objektif MATRADE: 

Dato' Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim JP (Jawi:

berasal dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Beliau adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia (WTCKL) dan merupakan tokoh korporat.

Pada tahun 2020, beliau telah mencipta sejarah apabila World Trade Centers Association (WTCA) menamakan Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik (Persidang & Pameran). Beliau memainkan peranan mempengerusikan, menetapkan agenda mesyuarat dan menentukan hala tuju untuk semua World Trade Centers seluruh Asia Pasifik. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama yang berjaya menyandang kerusi dalam WTCA ini. Beliau menerima anugerah "Corporate Excellence in the Hospitality & Tourism Sector for Transformative Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions (MICE) Management" di "The International Business Review ASEAN Awards" untuk World Trade Centre Kuala Lumpur

d. Lembaga
Pengarah
مرا مث ي هلا مي هار بإ)

Pendidikan:

Selain itu, antara sijil yang diperolehi oleh beliau adalah:

Harvard University

Study of China & Communism

Study on Entrepreneurship in Emerging Economics

10th ASEAN Senior Management Development Program Harvard Business School

Sijil yang diperolehi:

Corporate Directors Training Programme Fundamental (SSM)

Marketing Strategy in Digital World Build High Impact Plans

High Impact Presentation Attested Dale Carnegie & Associates, Inc (2011)

& Enrolled

& Solicator High Court in Malaya 2001

of Achievement (The Economist)

Kerjaya:

Antara kerjaya beliau yang pernah berkhidmat adalah:

Pegawai Khas Menteri Pendidikan Malaysia (2001 & 2004)

Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (2005)

Pegawai Khas Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia (2006 2008)

Pegawai Khas Perdana Menteri Malaysia (2012)

Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Ahli Lembaga Bukan Eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad

Univeristi Teknologi MARA

Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Jawatankuasa Penasihat Keusahawanan

Ahli Majlis Kursi Institusi Raja Raja Melayu

Penasihat UiTM FC

Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)

Ahli Lembaga Pengarah

Pengerusi Jawatankuasa Kewangan

Hospital Shah Alam Selangor

Pengerusi Lembaga Pelawa

Admitted
 Advocate
 Certificate
International
e. Carta Organisasi:

Perkhidmatan Utama MATRADE

Pembangunan Pengeksport

Pasaran antarabangsa adalah arena yang sangat canggih dan kompetitif. Untuk berkembang maju dalam pasaran ini, pengeksport perlu memenuhi piawaian antarabangsa dari segi teknologi, reka bentuk produk, pembungkusan, piawaian kesihatan dan keselamatan.

MATRADE telah memulakan beberapa program untuk membantu syarikat Malaysia melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi cabaran dalam bidang global. Ini termasuk program latihan dan khidmat nasihat pelanggan.

Promosi Eksport

MATRADE membantu syarikat Malaysia untuk mewujudkan kehadiran mereka di luar negara dan meningkatkan profil mereka di pasaran asing melalui pemacu promosi yang berbeza termasuk penyertaan dalam misi perdagangan, misi pecutan eksport dan pameran perdagangan antarabangsa.

MATRADE juga menganjurkan program padanan perniagaan untuk syarikat Malaysia dan pengimport asing. Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan, MATRADE sering menjadi titik rujukan pertama untuk pertanyaan dan lawatan oleh pengimport asing. Peranan agensi adalah untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi tempatan yang serasi yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan yang mereka cari

Maklumat Perdagangan & Pasaran

MATRADE juga menyebarkan maklumat yang tepat pada masanya dan relevan serta risikan pasaran untuk memberikan syarikat Malaysia kelebihan daya saing dalam perdagangan antarabangsa.

sumber MATRADE menyediakan syarikat Malaysia maklumat terkini untuk menambah baik peluang eksport. Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan berikut:

Pusat Maklumat Perniagaan

Portal MATRADE

Eksport Saya

Penerbitan

Perangkaan Perdagangan

Maklumat Pasaran

Pemimpin Perdagangan

Notis Tender Antarabangsa

Nasihat & Sokongan Perdagangan

o Memandangkan usahawan dan pengeksport sentiasa memerlukan nasihat terkini, Unit Penasihat Pengeksport di MATRADE memenuhi permintaan ini dengan menyediakan khidmat nasihat am, pasaran dan produk yang tersedia di negara masing masing dan unit meja produk

 Pengumpulan
o
o
o
o
o
o
o
o

Matlamat Teras Matrade

MATRADE menetapkan lapan matlamat teras bagi memapankan sektor eksport. Lapan matlamat berkenaan ialah memudahkan akses pasaran, mendigitalisasikan eksport, menyediakan risikan pasaran, memperkasakan pelan eksport negara, membina kesedaran eksport, meluaskan komuniti pengeksport, menyediakan sokongan khusus dan memperkasakan jenama Malaysia.

Matlamat 1 Memudahkan Akses Pasaran

Peranan utama MATRADE adalah untuk menyediakan akses bagi syarikat Malaysia dengan menghubungkan syarikat kepada pembeli luar negara. Dalam usaha ini, MATRADE telah mengatur penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa (ITF) bagi meneroka lebih banyak peluang eksport untuk syarikat tempatan. Selain itu, MATRADE menganjurkan Misi Akselerasi Eksport (EAM) dan mengadakan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP). Semua usaha ini bertujuan membantu syarikat syarikat Malaysia mendapatkan pasaran eksport dan meneroka peluang baharu di luar negara bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan masing masing.

Penularan pandemik COVID 19 yang berlaku dalam tempoh yang singkat membawa kepada sekatan perjalanan antarabangsa sehingga mengakibatkan pembatalan program oleh pihak penganjur khususnya ITF. Dengan mengambil kira pengurangan dalam bilangan program promosi, MATRADE telah memanfaatkan inisiatif digitalisasi di samping menggunakan kaedah alternatif padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dengan pembeli luar negara secara maya yang dikenali sebagai eBizMatch. Selain itu, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) juga penting untuk mendapat keutamaan dalam akses pasaran.

Segala inisiatif untuk memudahkan akses pasaran ini dilaksanakan secara bersama oleh ibu pejabat MATRADE, pejabat wilayah dan pejabat luar negara. Rangkaian pejabat MATRADE di luar Negara memantau perkembangan peluang perniagaan di pasaran

antarabangsa dan memberikan risikan pasaran bagi membolehkan ibu pejabat MATRADE memadankan pengimport dengan syarikat Malaysia setiap kali mendapat permintaan. Pengimport yang berminat akan dijemput menyertai INSP yang diatur bersempena pameran maya yang dianjurkan di Malaysia untuk bertemu dengan syarikat yang disasarkan. Pejabat luar negara juga menguruskan operasi program promosi eksport yang berlangsung di luar negara.

1. Pameran Perdagangan Antarabangsa

MATRADE telah menyelaraskan penyertaan syarikat Malaysia dalam enam pameran perdagangan antarabangsa dan menganjurkan satu pameran antarabangsa pada 2020. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosi keupayaan syarikat Malaysia ke peringkat antarabangsa. Menerusi pameran ini, syarikat Malaysia berpeluang untuk meneroka pasaran eksport baharu dan membina rangkaian bersama pengimport. Di samping itu, MATRADE turut mengatur sesi padanan perniagaan semasa pameran ini diadakan.

 Sektor Elektrik & Elektronik, ICT, Jentera & Peralatan

 Sektor Pengangkutan & Logistik

 Sektor Halal, Makanan dan Minuman & Agro

 Sektor Gaya Hidup & Sains Hayat (Peralatan Perubatan & Farmaseutikal)

 Sektor Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan

 Sektor Pelbagai

2. Misi Akselerasi Eksport

MATRADE telah berjaya menganjurkan hanya satu Misi Akselerasi Eksport (EAM) di luar negara untuk meneroka dan mengenal pasti peluang perdagangan bagi produk dan perkhidmatan terpilih. Misi ini juga memberi peluang untuk mengumpulkan maklumat dan mewujudkan rangkaian perniagaan. Antara pengisian program EAM ini adalah taklimat

pasaran, padanan perniagaan, lawatan dan perjumpaan bersama golongan profesional.

Sektor Gaya Hidup & Sains Hayat (Peralatan Perubatan & Farmaseutikal)

3. Program Penyumberan Antarabangsa

MATRADE menganjurkan empat Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) secara maya bersempena dengan pelbagai acara perdagangan antarabangsa di Malaysia yang juga dilaksanakan secara maya pada 2020. Program INSP memadankan syarikat Malaysia dengan pembeli dari luar negara menerusi sesi padanan perniagaan. INSP yang dianjurkan sepanjang tahun melibatkan pembeli dari seluruh dunia dengan syarikat Malaysia dari pelbagai sektor.

Sektor Minyak & Gas, Kimia & Tenaga

4. eBizMatch

Peranan utama MATRADE adalah untuk menghubungkan syarikat Malaysia dengan pembeli luar negara melalui sesi padanan perniagaan yang lazimnya dijalankan secara fizikal. Ekoran pandemik COVID 19 yang menyekat perjalanan antarabangsa, kaedah alternatif padanan perniagaan telah dilaksanakan secara maya dan dikenali sebagai eBizMatch. Padanan perniagaan ini adalah usaha bersama di antara pejabat luar negara dengan ibu pejabat MATRADE

Sektor Elektrik & Elektronik, ICT, Jentera & Peralatan

Sektor Pengangkutan & Logistik

Sektor Minyak & Gas, Kimia & Tenaga

Sektor Halal, Makanan dan Minuman & Agro

Sektor Gaya Hidup & Sains Hayat (Peralatan Perubatan & Farmaseutikal)

5. Kaunter Informasi

MATRADE melalui pejabat di luar negara juga menyertai pameran perdagangan antarabangsa dalam bentuk kaunter informasi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan syarikat Malaysia. Semasa penyertaan ini, MATRADE menguaruarkan keupayaan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa dan menerima pertanyaan perdagangan yang kemudiannya akan disalurkan kepada syarikat Malaysia yang berkenaan. Di samping itu, MATRADE akan mengatur sesi padanan perniagaan sekiranya terdapat permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan Malaysia.

Sektor Elektrik & Elektronik, ICT, Jentera & Peralatan

6. Perjanjian Perdagangan Bebas

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ditandatangani oleh Malaysia sebagai salah satu kaedah terbaik untuk membuka pasaran luar negara bagi produk dan perkhidmatan Malaysia. FTA adalah perjanjian antara dua atau lebih negara di mana negara yang terlibat diberi akses keutamaan dalam pasaran. Setiap Negara rakan FTA akan menawarkan kelonggaran, insentif atau kemudahan kepada satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan, penyediaan perkhidmatan serta kerjasama ekonomi.

7. Memorandum Persefahaman (MoU)

MATRADE bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan juga tempatan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama promosi perdagangan dan meluaskan akses pasaran.

Mendigitalisasi Eksport

Menyentuh aspek mendigitalisasikan eksport di mana MATRADE memberi tumpuan terhadap usaha memacu perdagangan elektronik (eDagang) rentas sempadan bagi memastikan eksport Malaysia kekal kompetitif. MATRADE telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi mencapai matlamat ini, iaitu menerusi kerjasama serantau, kerjasama antara Kementerian dan agensi kerajaan serta kolaborasi bersama pemain industri.

Pandemik COVID 19 telah memberi lebih kesedaran kepada komuniti perniagaan untuk meneroka strategi baharu bagi berinteraksi dengan pelanggan dan memudahkan proses urus niaga. Komuniti perniagaan telah bertindak balas dengan meningkatkan penggunaan eDagang sebagai strategi yang semakin relevan dan berkesan. Dalam situasi baharu yang tidak disangka ini, MATRADE telah menggandakan usaha menggalakkan penerapan eDagang di kalangan komuniti perniagaan serta memperkukuhkan hubungan rangkaian ekosistem eDagang di peringkat domestik dan antarabangsa bagi mempertingkatkan akses pasaran global.

1. Kerjasama Dan Kolaborasi eDagang

Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT GT) yang merupakan kerjasama tiga negara bertujuan mentransformasi ekonomi yang berpotensi bagi menggalakkan perdagangan rentas sempadan. IMT GT juga mempunyai agenda eDagang. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), sebagai urus setia bertanggungjawab membangunkan sebuah portal khas bagi platform eDagang setiap negara yang dihoskan di laman web IMT GT (http://imtgt.org/imtgt e commerce).

Malamat 2
 ASEAN Online Sales Day

2. Kerjasama Matrade Dengan Kementerian Dan Agensi Kerajaan

Pada tahun 2020, MATRADE telah bekerjasama dengan beberapa Kementerian dan Agensi Kerajaan dalam menjalankan inisiatif menggalakkan perdagangan rentas sempadan menerusi eDagang, khususnya semasa pandemic

19, seperti berikut:

Padanan Perniagaan

3. Kolaborasi Dengan Pemain Industri

Di kalangan pemain industri, MATRADE telah bekerjasama dengan beberapa platform eDagang bagi tujuan eksport dengan menganjurkan webinar dan kempen eDagang seperti berikut:

Global Shoppers Malaysia melalui platform Blibli.com dan Bukalapak

4. Program eTrade

Program eTRADE diwujudkan untuk membantu PKS Malaysia menggalakkan eksport dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran global menerusi penyenaraian di platform e Dagang antarabangsa. Program ini mula dilaksanakan pada Oktober 2014 secara bekerjasama dengan MDEC. Pada tahun 2016, MDEC menyerahkan sepenuhnya program ini kepada MATRADE dan bermula pada tahun 2017, Program eTRADE dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

COVID
 Program
(eSSP@eKUD202 )  Program eSWAT
 Dropee  Alibaba Group

Matlamat 3 Menyediakan Risikan Pasaran

Menyediakan risikan pasaran iaitu menyediakan risikan pasaran di mana MATRADE membantu syarikat Malaysia dengan memantau perkembangan peluang perniagaan di pasaran luar negara. Risikan pasaran penting kepada syarikat yang berhasrat untuk menerokai pasaran eksport kerana ia memberikan maklumat penting seperti perubahan teknologi, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif. Maklumat ini penting kepada syarikat untuk menyusun strategi eksport mereka ke pasaran antarabangsa.

Rangkaian 46 pejabat MATRADE luar negara bertindak sebagai penasihat perdagangan untuk berunding dengan pengimport dan pemain industri serta menyediakan risikan pasaran. Risikan pasaran yang diedarkan kepada pengeksport adalah laporan serta kajian produk dan pasaran dalam bentuk Market Alert (MA), Product Market Study (PMS) dan Trade Lead yang boleh diakses melalui platform digital MyExport. MATRADE juga menyediakan pelbagai penerbitan termasuk MATRADE Insight (MI) yang menyalurkan maklumat risikan pasaran serta majalah Exclusive from Malaysia (EFM) untuk mempromosi syarikat Malaysia di pasaran antarabangsa.

Pusat Informasi Perniagaan (BIC) juga menyediakan bahan risikan komersial lain yang dilanggan dan boleh diakses secara dalam talian

1. Laporan Serta Kajian Produk Dan Pasaran

Penerbitan Market Alert (MA), Product Market Study (PMS) dan Trade Lead menyediakan risikan pasaran dalam bentuk laporan dan kajian berkaitan pasaran, kajian pasaran produk, dasar negara pengimport dan piawaian yang ditetapkan untuk mengeksport produk atau perkhidmatan tertentu serta pertanyaan perdagangan. Maklumat ini disalurkan kepada syarikat Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang pasaran eksport serta peluang di pasaran yang disasarkan.

2. Penerbitan

Penerbitan merupakan medium untuk menyampaikan maklumat perdagangan kepada pihak berkepentingan. Justeru, MATRADE menerbitkan MATRADE Insight (MI) untuk menyalurkan maklumat risikan pasaran kepada komuniti eksport Malaysia. MI merupakan artikel perdagangan yang telah ditambahbaik oleh ibu pejabat MATRADE berdasarkan maklumat yang terdapat pada MA dan PMS. MI menyalurkan maklumat mengenai peluang eksport, pembangunan pasaran berkaitan perubahan peraturan atau perundangan serta regim import contohnya halangan bukan tarif.

3. Pusat Informasi Perniagaan

Dengan slogan One Centre, Multiple Resources, Pusat Informasi Perniagaan (BIC) merupakan antara perpustakaan khusus yang menyediakan pelbagai sumber informasi perdagangan yang paling komprehensif di Malaysia kepada komuniti perniagaan di dalam dan luar negara.

Memperkasa Pelan Eksport Negara

Di bawah Matlamat iaitu memperkasa pelan eksport negara, MATRADE memainkan peranan untuk memperkukuhkan eksport negara melalui penyediaan kajian Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN) yang bertujuan meningkatkan daya saing eksport Malaysia di pasaran global. Ia melibatkan pemantauan dan penyelarasan kesemua aspek dalam ekosistem eksport negara. MATRADE juga bertanggungjawab untuk mengkoordinasi semua program promosi eksport yang dianjurkan oleh Kementerian dan Agensi melalui peranannya sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Koordinasi Program Promosi Eksport (JK X). Semua usaha ini adalah untuk mencapai sinergi yang lebih jitu di antara Kementerian, Agensi dan pihak swasta untuk meningkatkan eksport negara.

1. Rangka Tindakan Perdagangan Nasional

MATRADE telah diluluskan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe 11) untuk membangunkan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional 2021 2025 (RTPN), iaitu pelan tindakan pembangunan eksport untuk tempoh lima tahun akan datang sebagai usaha meningkatkan daya saing eksport Malaysia di pasaran global.

2. Jawatankuasa Koordinasi Program Promosi Eksport

MATRADE bagi pihak MITI selaku Urus Setia kepada

Jawatankuasa Koordinasi Program Promosi Eksport (JK X) membantu menyelaras dan memantau keseluruhan ekosistem eksport negara. Ditubuhkan dua tahun dahulu,Jawatankuasa ini berfungsi sebagai sebuah badan yang mentadbir urus semua program promosi eksport negara, serta bertanggungjawab memperkukuhkan kerjasama di antara Kementerian dan Agensi agar sinergi yang maksimum dapat dicapai. JK X juga memantau pelaksanaan strategi yang berkesan dengan memastikan persekitaran domestik yang menyokong perkembangan eksport negara.

Matlamat 4

Membna Kesediaan Eksport

Membina kesediaan eksport di mana MATRADE melaksanakan beberapa program untuk membantu syarikat syarikat tempatan mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di luar negara. Ia antara lain membabitkan latihan perniagaan, peningkatan kemahiran, jaringan hubungan, pendedahan antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Ini membolehkan entiti perniagaan lebih berdaya tahan dan mampan pada peringkat antarabangsa.

MATRADE juga menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada pengeksport menerusi rangkaian pejabat wilayah di seluruh negara. Dalam usaha ke arah pendigitalisasian eksport, MATRADE memberi geran atau dana kepada syarikat Malaysia untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan ke pasaran global menerusi penyenaraian di platform eDagang antarabangsa.

1. Latihan Pengeksport

Pada tahun 2020, MATRADE telah berjaya melaksanakan program program pembangunan kompetensi eksport bagi entiti perniagaan Malaysia untuk menerokai serta mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa, meskipun negara menghadapi ancaman penularan pandemic COVID 19. Sebelum pandemik bermula, dua program latihan telah dianjurkan secara fizikal, manakala baki 42 program latihan telah diadaptasikan kepada latihan secara dalam talian berdasarkan norma baharu.

2. Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita Dan Belia

Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita dan Belia (BWYEDP) ialah program bimbingan untuk membantu syarikat milik Bumiputera, Wanita dan Belia meneroka pasaran eksport. BWYEDP diwujudkan pada 2004 sebagai Program Jangkauan Perdagangan MATRADE. Program ini yang pada asalnya bertujuan untuk membangunkan pengeksport Bumiputera telah disusun semula pada 2005 untuk melibatkan usahawan wanita. Program ini telah dikemas kini pada 2014 untuk penyertaan usahawan belia.

Matlamat 5

3. Program Kerjasama Dengan Agensi Untuk Pembangunan Eksport PKS Bumiputera

Selain daripada program BWYEDP yang dikendalikan sepenuhnya oleh MATRADE, hubungan strategik juga telah dijalin dengan beberapa agensi Kerajaan bagi mengendalikan secara kerjasama program program berkaitan bumiputera seperti di bawah:

Bumiputera Initiative for Globalisation (B.I.G)

Galakan Eksport Bumiputera (GEB)

Business Exporters Programme (BEP2.0)

4. Program Pembangunan Kapasiti Pengeksport

Program Going Export (Go Ex) yang bermula pada Oktober 2014 telah dilaksanakan oleh MATRADE dengan usaha sama SME Corp, bagi membimbing PKS Negara untuk menembusi pasaran eksport. Pada 1 Julai 2019, selaras dengan keputusan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan, Program Go Ex telah mula dikendalikan sepenuhnya oleh SME Corp. Usaha membantu usahawan PKS ke pasaran antarabangsa diteruskan oleh MATRADE di bawah Program Pembangunan Kapasiti Pengeksport.

5. Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan

Pada tahun 2020, Program Pembangunan Syarikat Peringkat

Pertengahan (MTCDP) telah memanfaatkan sebanyak 47 syarikat dalam menjadikan mereka sebagai kelompok syarikat peringkat pertengahan (SPP) yang berdaya saing serta mampan dan sebagai pengeksport berjaya di peringkat global dan serantau.

6. Program Ramp Up Syarikat Peringkat Pertengahan

SPP telah diberi sokongan melalui Program Ramp Up untuk meneruskan aktiviti meluaskan pasaran berdasarkan pelan eksport strategik yang telah dirancang.Pelaksanaan program ini telah ditumpukan kepada aspek penerokaan pasaran,aktiviti penjenamaan dan peningkatan keupayaan.

Matlamat 6 Meluaskan Komuniti Pengeksport

Meluaskan komuniti pengeksport di mana MATRADE menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. MATRADE juga memberi maklum balas kepada pertanyaan perdagangan yang diterima dari komuniti perniagaan termasuk pengimport.

Khidmat Nasihat

MATRADE menjadi tumpuan utama komuniti pengeksport tempatan termasuk pengilang,pedagang dan pembekal perkhidmatan kerana ia menawarkan khidmat nasihat perdagangan yang berkait rapat dengan eksport. MATRADE turut membantu pengimport pengimport asing daripada seluruh dunia untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan dari Malaysia.

Matlamat 7 Menyediakan Sokongan Khusus

Matlamat 7iaitu menyediakan sokongan khusus menyaksikan MATRADE menyediakan sokongan khusus kepada syarikat Malaysia dalam bentuk pemberian geran dan insentif untuk mempersiapkan syarikat menembusi pasaran eksport. Geran atau dana yang diberikan akan membolehkan syarikat mengukuhkan daya saing dan meningkatkan aktiviti promosi eksport.

1. Dana Eksport Perkhidmatan

Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) merupakan bantuan kewangan dalam bentuk pembayaran semula terhadap perbelanjaan yang telah dilakukan oleh syarikat dan juga pinjaman dengan kadar faedah rendah (soft loan) bagi membantu meringankan beban Syarikat Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPs) untuk mengembangkan eksport dan menjalankan aktiviti aktiviti penerokaan ke pasaran luar negara. Kelayakan siling bagi setiap syarikat yang memohon geran dan pinjaman mudah adalah berjumlah RM5 juta.

2. Geran Pembangunan Pasaran

Geran Pembangunan Pasaran (MDG) memainkan peranan penting dalam membantu PKS yang terdiri daripada syarikat perkilangan, perkhidmatan dan perdagangan, MSPs, persatuan perdagangan dan industri, dewan perniagaan serta badan profesional Malaysia mendapatkan peluang menembusi pasaran eksport.

Matlamat 8 Memperkasa Jenama Malaysia

Di bawah Matlamat iaitu memperkasa jenama Malaysia, MATRADE memainkan peranan mengukuhkan jenama Malaysia supaya pengeksport boleh mendapat manfaat daripada aktiviti promosi produk dan perkhidmatan ke pasaran global. Promosi memperkukuhkan jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa dapat dilaksanakan menerusi kemudahan dan ruang pameran seperti Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), di samping penganjuran #MyAPEC 2020 Exhibition dan penyertaan dalam CAEXPO 2020.

1. Pusat Pameran Eksport Malaysia  Pusat Pameran Eksport Malaysia (Malaysia Export Exhibition Centre) atau lebih dikenali sebagai MEEC yang terletak di Aras 2, Menara MATRADE merupakan sebuah pusat pameran tetap dengan keluasan 4,500 meter persegi yang direka secara eksklusif untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan dari Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

MATRADE memberi peluang kepada pengeksport malaysia menembusi pasaran MALAYSIA:

MATRADE membantu syarikat syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui pelbagai program promosi, termasuk penyertaan di misi perdagangan, misi pemasaran khusus serta di pameran pameran antarabangsa

1. Misi Perdagangan Misi perdagangan memberi syarikat syarikat Malaysia peluang untuk menghubungkan pegawai pegawai kerajaan yang relevan dengan komuniti perniagaan di pasaran luar negara. Misi misi ini yang dianjurkan bersama dengan Kementerian Perdagangan Luar dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pada kebiasaannya, misi ini diketuai oleh Menteri atau Timbalan Menteri Perdagangan Luar dan Industri Malaysia

2. Misi Pemasaran Khusus Misi pemasaran khusus adalah acara promosi yang lebih memfokuskan kepada pasaran dan industri yang khusus. Pada kebiasaannya, misi ini di kendalikan dalam kumpulan yang kecil bagi membolehkan peserta misi bertemu dengan syarikat syarikat asing di pasaran pasaran tertentu dalam usaha memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

3. Perdagangan Antarabangsa Pameran antarabangsa merupakan peluang yang baik untuk ahli perniagaan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran global. Dengan menyertai pameran antarabangsa, syarikat Malaysia boleh mengambil peluang bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka disamping mengetahui trend serta keperluan pasaran terkini. Perkhidmatan yang disediakan oleh MATRADE termasuk sewaan ruang pameran, pembinaan ruang pameran dengan rekabentuk asas, mengatur mesyuarat perniagaan dengan pembeli yang berpotensi serta pra publisiti mengenai penyertaan syarikat Malaysia di pameran ini.

4. Promosi melalui Gerai Pameran Untuk memberi kemudahan kepada pengeksport bagi menerokai pasaran baru, syarikat Malaysia boleh mempamerkan bahan promosi dan katalog produk mereka di pameran perdagangan antarabangsa di pasaran yang terpilih, terutamanya di pasaran baru dan membangun.

5. Pameran Produk Malaysia MATRADE menganjurkan Pameran Produk Malaysia di pasaran baru dan membangun, bagi memperkenalkan syarikat syarikat Malaysia serta produk dan perkhidmatan mereka. Pameran ini adalah amat sesuai bagi syarikat Malaysia yang ingin menerokai pasaran baru yang telah dikenalpasti

6. Eksport Sektor Perkhidmatan Setelah melalui beberapa tahun, pembekal perkhidmatan Malaysia telah meningkatkan kepakaran mereka ke tahap yang setanding dengan keperluan piawaian antarabangsa. MATRADE bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan serta badan dan persatuan professional untuk mempromosikan eksport perkhidmatan dari pelbagai sektor. Di antara sektor sektor ini adalah pembinaan, seni bina, kejuruteraan, pendidikan, penjagaan kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan reka bentuk. Promosi eksport perkhidmatan ini dijayakan melalui pelbagai acara promosi khusus serta program menjalin hubungkait peniagaan

7. Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) MEEC di Kuala Lumpur mempamerkan barangan buatan Malaysia kepada pembeli asing dan delegasi perdagangan yang melawat ke Malaysia. Ruang pameran yang berukuran 4,500 kaki persegi boleh menampung lebih daripada 500 syarikat Malaysia dengan meliputi 30 industri.

8. Program Forum Pengeksport ini merupakan usaha berterusan Matrade dalam memperkasakan pengeksport Malaysia di pasaran global.Program itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.Ia juga bagi menyebarkan maklumat terkini berkaitan aktiviti Matrade, keperluan dan peluang pasaran serta berkongsi pengalaman dengan syarikat tempatan yang telah mencapai kejayaan di pasaran antarabangsa.Forum itu juga sebagai platform untuk mendapatkan maklum balas daripada usahawan dan pengeksport dalam mengenal pasti masalah serta isu isu berkaitan dengan perdagangan antarabangsa.Kira kira 200 usahawan tempatan menghadiri program hari ini, yang melibatkan usahawan dalam sektor pengilangan, perdagangan dan perkhidmatan

9. Di bawah program Go Ex, Matrade menyasarkan sejumlah 1,400 syarikat untuk dibimbing dan dibangunkan untuk menjadi pengeksport yang lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa dalam masa lima tahun.Program Pembangunan Syarikat Mid Tier pula bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat pertengahan sehingga berjaya menjadi juara serantau atau global. Ini adalah satu 'acceleration programme' untuk meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat pertengahan di Malaysia untuk bergiat dalam inovasi dan pembangunan teknologi untuk terus maju di pasaran antarabangsa.Program e-Trade merupakan inisiatif di bawah Digital Malaysia bagi meningkatkan penyertaan syarikat PKS dalam rantai e dagang dan memperluaskan penampilan mereka di pasaran antarabangsa. Inisiatif ini menyasarkan 2,625 PKS bagi tahun ini

Hubungan antarabangsa atau rangkaian yang dijalankan oleh MATRADE:

Pernananya ialah untuk mempromosikan, membantu, serta membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import eksport secara terpilih .Contohnya, mempromosikan produk batik keluar Negara.

 Selain itu, mengelolakan program program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa .Contohnya , menganjurkan seminar dan bengkel

 Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia diluar Negara. Contohnya,kerjasama antara kerajaan dengan Negara luar.

 Dapat ditingkatkan dengan pendigitalan, melalui pengurangan kos, penyelarasan rantaian nilai global, perkongsian idea serta penggunaan teknologi yang menghubungkan lebih banyak perniagaan dengan pengguna.

 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) giat mempromosikan pendigitalan dalam kalangan pengeksport Malaysia, jauh lebih awal sebelum kemunculan Covid 19.

 Matrade menawarkan rangkaian perkhidmatan digital yang luas, merangkumi perkongsian risikan pasaran, padanan perniagaan secara dalam talian, permohonan bagi insentif kerajaan untuk tujuan perdagangan dan promosi maya.

 Mewujudkan rangkaian perhubungan digital.

 Inisiatif pendigitalan yang diperkenalkan ialah program Rangkaian Perniagaan Elektronik (eBizLink).

 Program eBizMatch, pengeksport dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerana mesyuarat dalam talian menjimatkan banyak masa dan wang dan mereka tidak perlu melakukan perjalanan untuk bertemu pembeli.

References

(t.t). (t.t).

Jean Nonis, Y. D. (2021). MATRADE LAPORAN TAHUNAN 2020. Dalam MATRADE LAPORAN TAHUNAN 2020 (hlm. 56 111). Kuala Lumpur, Malaysia.: Jean Nonis, YBhg Datuk Aureen. Didapatkan dari https://www.matrade.gov.my/documents/ebook/annual report 2020 bm/185/ Matrade. (n.d.). Perkhidmatan Teras Kami. (Matrade Portal Rasmi Daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ) Retrieved from Matrade : https://www.matrade.gov.my/en/about matrade/corporate info/our core services

mstar. (2022, ogos 11). Matrade memangkin eksport Malaysia melalui pendigitalan. Retrieved from mstar : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2022/08/11/matrade memangkin eksport malaysia melalui pendigitalan

Nonis, Y. D. (2021). Matrade Laporan Tahunan 2020. Kuala lumpur, Malaysia: Unit Komunikasi Korporat MATRADE Seksyen Komunikasi Seksyen Komunikasi Strategik Bahagian Perancangan Strategik. Didapatkan dari https://www.matrade.gov.my/documents/ebook/annual report 2020 bm/111/

Scribd. (2022). Peranan Matrade. Retrieved from Scribd: https://www.scribd.com/document/323581767/peranan matrade

wikipedia. (2022, april 25). Irmohizam Ibrahim. Retrieved from wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Irmohizam_Ibrahim

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.