
14 minute read
Jabatan Warisan Negara
PENGENALAN
Akta Warisan Kebangsaan 2005 menjadi panduan asas untuk dasar dan prosedur serta bidang tugas Jabatan Warisan Negara dalam pelaksanaan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Skop warisan yang termaktub dalam Akta adalah luas, meliputi warisan semulajadi, warisan ketara dan tidak ketara, warisan bawah air dan warisan orang hidup. Untuk mentadbir dan menguruskannya bermula 2006 – 2014, Jabatan telah dibahagikan kepada 6 Bahagian iaitu Bahagian Konservasi, Bahagian Arkeologi, Bahagian Daftar Warisan, Bahagian Warisan Dunia, Bahagian Warisan Tidak Ketara dan Bahagian Khidmat Pengurusan serta 3 unit dibawah Pejabat Ketua Pengarah iaitu Unit Komunikasi Korporat, Unit Undang-undang dan Unit Integriti. Jabatan Warisan Negara juga mempunyai 4 Pejabat Zon di beberapa negeri iaitu di Pejabat Zon Utara, Pejabat Zon Tengah, Pejabat Zon Timur dan Pejabat Zon Selatan.
Advertisement
BAHAGIAN KONSERVASI
Bahagian Konservasi merupakan satu bahagian yang memastikan prinsip konservasi yang merangkumi kerja-kerja pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan ataupun penyesuaian seperti yang diamalkan berdasarkan kaedah dan piawaian yang diiktiraf diperingkat antarabangsa (UNESCO) dan memastikan ia selaras dengan kehendak Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Bahagian Konservasi bertanggungjawab keatas pemantauan kerja-kerja konservasi bangunan yang melibatkan penyelidikan dan penyediaan laporan berkaitan. Terdapat tiga (3) cawangan utama iaitu Cawangan Kajian Pemuliharaan, Cawangan Pemuliharaan Bangunan dan Cawangan Plan Pengurusan Bangunan.
BIL. PROJEK / BENGKEL
1. Bengkel Asas Pemuliharaan Bangunan Warisan pada 10-12 Jun 2014 di Hotel Seri Costa, Melaka.
2. Bengkel Pemuliharaan Lepaan Kapur Bangunan Warisan pada 10-12 Disember 2014 di Tower Regency Hotel & Apartment Sdn Bhd,Ipoh, Perak.
3. Cadangan Kerja-Kerja Pembaikan Istana Ampang Tinggi Dan Rumah Contoh Tradisional Negeri Sembilan bermula pada 3 Mac 2014 dan siap pada 14 April 2014.
4. Cadangan Kerja-Kerja Baik Pulih Dan Naik Taraf Kubu Margherita,Petrajaya,Kuching, Sarawak bermula pada 5 Oktober 2012 dan siap pada 21 April 2014.
5. Cadangan Kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kecil Pejabat JWN di Bangunan HSBC Lama, Melaka bermula pada 13 November 2014 dan siap pada 10 Disember 2014.
6. Sambungan Kepada Cadangan Tambahan Dan Perubahan Bangunan DBKL 2 Tingkat Sedia Ada Di Atas Lot 7.8,9,10 dan 11, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur bermula pada 1 Oktober 2012.
7. Cadangan Pemuliharaan dan Pengubahsuaian Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Untuk Dijadikan Pejabat Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur bermula pada 19 November 2012.
8. Cadangan Kerja-kerja Pemuliharaan (Conservation) dan Menaik Taraf Untuk Masjid Sultan Ala’eddin, Kampung Bandar, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan bermula pada 19 Ogos 2014.
9. NKEA ‘Greater Kuala Lumpur/Klang Valley” River Of Life (ROL): Cadangan Kerja-Kerja Penambahbaikan Dan Pengindahan Untuk Kerja-Kerja Di Kawasan Presint 7 Yang Merangkumi Nodules-Nodules Berikut: St Mary’s Cathedral, Leboh Pasar Besar, Dayabumi Promenade, LRT Pasar Seni, Panggung Bandar Raya, Masjid Jamek Dan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula pada 6 Disember 2012.
10. Cadangan Kerja-Kerja Pemuliharaan (Conservation) Dan Menaik Taraf Untuk Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang, Selangor bermula pada 12 April 2013.
11. Laporan Kajian Dilapidasi Muzium Kota Ngah Ibrahim, Taiping, Perak pada 20 -21 Ogos 2014.
12. Laporan Kajian Dilapidasi Kota Kuala Kedah pada 22 - 23 Ogos 2014.
13. Laporan Kajian Dilapidasi Masjid Lama Pengkalan Kakap, Merbok, Kedah Darul Aman pada 4 - 5 November 2014.

Mengukurkeluasankawasanlepaankapur yang mengalami masalah kelembapan merupakan salah satu latihan amali yang dijalankan dalam Bengkel Pemuliharaan Lepaan Kapur Bangunan Warisan. Penceramah sedang memberi penerangan mengenai kerosakan lepaan kapur pada dinding.
BAHAGIAN ARKEOLOGI
Bahagian ini memastikan arkeologi negara sama ada dalam bentuk tapak dan objek alih dikekalkan melalui aktiviti memulihara, memelihara berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Bahagian ini berperanan menjalankan penyelidikan dan melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan relic arkeologi, tapak dan objek arkeologi seluruh negara sama ada di daratan atau di lautan.
BIL. PROJEK ARKEOLOGI
1. Pembangunan dan Penyelidikan Arkeologi Kota Melaka • Ekskavasi Lanjutan Jajaran Kota Melaka di Taman Merdeka, Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka. • Pembangunan Tapak Bastion Victoria, Padang Nyiru dan jajaran Kota Melaka. • Pengisian Galeri Kota Melaka.
2. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Tapak Arkeologi Sungai Batu dan Lembah Bujang, Kedah pada Februari hingga Mac 2014. • Ekskavasi Arkeologi Tapak Candi 11/3 Ladang Sungai Batu. • Pembinaan Galeri • Pemeriksaan dan Pemantauan Tapak-tapak Arkeologi di Lembah Bujang.
3. Penyelidikan Warisan Kebudayaan Bawah Air pada Januari hingga Disember 2014. • Survei Tapak Kapal Karam Bersejarah Tanjung Tuan, Melaka. • Analisis Jumpaan Artifak Kapal Karam Pulau Bidong, Terengganu.
4. Pembangunan dan Pemantauan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong, Perak • Survei dan Pemetaan Tapak Warisan Dunia, Lembah Lenggong. • Pemeriksaan dan Pemantauan Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong.
5. Penyelidikan Arkeologi Tapak Lukisan Gua Merapoh, Pahang pada 26 – 30 September 2014. • Identifikasi dan Survei Permukaan.
6. Penyelidikan Arkeologi Tapak Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas Dan Laluan Sungai Kuno Kelantan pada Mac hingga April 2014. • Survei Permukaan dan Ekskavasi Percubaan
7. Projek Penyelidikan Warisan Arkeologi Pulau Langkawi, Kedah pada 8 – 14 Februari 2014. • Survei Awal
8. Projek Inventori Tapak Arkeologi Seluruh Malaysia Januari hingga Disember 2014. • Tinjauan Tapak • Cadangan Pewartaan Tapak

Ekskavasi lanjutan jajaran Kota Melaka di Taman Merdeka, Banda Hilir, Melaka.
Kerja-kerja survey dan pemetaan. Penemuan lukisan primitif di Gua Susu Kambing, Merapoh.




Sebuah petak ekskavasi arkeologi percubaan yang terletak berhampiran Sungai Kelantan, Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan. Penemuan Petroglif Cop Mohor King Chulalongkorn (Siam) bertarikh 1891 di Telaga Tujuh, Langkawi
BAHAGIAN DAFTAR WARISAN
Bahagian ini diwujudkan selaras manifestasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 (akta 645). Bahagian ini berfungsi mengurus, menyelia dan mentadbir Akta Warisan Kebangsaan 2005 (akta 645), membuat penyelidikan terhadap keaslian dan signifikasi setiap butiran warisan ketara (tangible) sebelum dicadang untuk diwarta dan diangkat sebagai “Warisan” oleh Pesuruhjaya Warisan. Butiran warisan mempunyai signifikasi warisan yang sangat penting dan begitu terserlah akan diangkat untuk diistihar sebagai “Warisan Kebangsaan” oleh YB Menteri. Sehingga 2014, sebanyak 226 butiran telah diwartakan sebagai warisan dan sebanyak 384 butiran telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan merangkumi kategori tapak, objek dan orang hidup.
SENARAI BUTIRAN WARISAN 2014
BIL KATEGORI
1 Tapak
2 Objek (Ketara)
3 Objek (Tidak Ketara)
JUMLAH BESAR YANG TELAH DIWARTAKAN DALAM PROSES PEWARTAAN
221
3
224 JUMLAH
221
3
224
SENARAI BUTIRAN WARISAN KEBANGSAAN 2014
BIL KATEGORI
1 Tapak
2 Objek (Ketara)
3 Objek (Tidak Ketara)
4 Orang Hidup
JUMLAH BESAR YANG TELAH DIWARTAKAN
5
5 DALAM PROSES PEWARTAAN
51
2
110
1
164 JUMLAH
51
2
110
6
169
BAHAGIAN WARISAN DUNIA
Bahagian ini diwujudkan untuk mengangkat martabat warisan dan seterusnya melestarikan warisan negara di peringkat antarabangsa. Skop utama bahagian ini adalah menguruskan hal ehwal berkaitan Pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO, penyediaan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri, jawapan Parlimen serta memberikan maklumbalas kepada Dewan Undangan Negeri.
Jabatan ini selaku focal point kepada Konvensyen Warisan Dunia 1972 turut bekerjasama dengan agensi luar seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Luar Negeri, dan lain-lain kementerian berkaitan serta jabatan / agensi Kerajaan. Selain itu, JWN juga turut menjalinkan kerjasama yang erat dengan Kerajaan Negeri terutamanya bagi perkara yang berkaitan dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Antara aktiviti bahagian ini sepanjang 2014 ialah:
BIL. PROGRAM
1. MESYUARAT KE-38 WORLD HERITAGE COMMITTEE UNESCO Mesyuarat Ke-38 World Heritage Committee (WHC) UNESCO telah diadakan di Doha, Qatar pada 15 hingga 25 Jun 2014. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perkaraperkara seperti berikut: • Menilai dossier tapak-tapak dan menentukan tapak yang berkelayakan untuk Pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO • Menentukan tapak-tapak yang bermasalah • Menentukan senarai tapak-tapak untuk dimasukkan ke dalam List in Danger • Menyemak hal-hal kewangan • Menyemak semua hal-hal berkaitan Konvensyen 1972
Malaysia diketuai oleh YBhg Profesor Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid selaku Ahli WHC UNESCO serta dibantu oleh dua pakar dari pelbagai bidang warisan iaitu Alam Sekitar dan Alam Semulajadi, serta Senibina. Antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa Mesyuarat tersebut adalah Penyenaraian Tapak ke dalam World Heritage List. Hasil daripada 32 pencalonan baru, sebanyak 24 tapak telah berjaya disenaraikan ke dalam World Heritage List untuk tahun ini iaitu 21 Cultural, 4 Natural dan 1 Mixed sites.
2. Bengkel Challenges in Tourism Management for Prehistoric Archaeological Sites pada 22 Jun 2014, Ahad di Qatar National Convention Centre. Bengkel ini bertujuan bertukar pandangan dan pengalaman serta kepakaran dengan peserta bengkel dalam usaha memelihara dan melindungi Tapak Warisan Dunia dari aspek pengurusan Tourism Management. Dua ahli panel telah diundang iaitu dari China dan Mexico. Hasil daripada penganjuran bengkel tersebut, Malaysia dapat mempelajari kaedah pengurusan Tourism Management Tapak Arkeologi Pra Sejarah dari negara lain bagi membantu pengurusan di Tapak Warisan Dunia Arkeologi Lembah Lenggong.
3. Perbincangan bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki mengenai perlindungan dan pemeliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Warisan Tidak Ketara pada 4-9 September 2014 di Turki.
4. 5th Meeting of the Islamic World Heritage Committee, Cairo, Arab Republic of Egypt pada 26-31 Oktober 2014 di Cairo.
5. 9th Session of the Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage, UNESCO, Paris pada 22-29 Nov 2014.
6. Lawatan kerja rasmi ke Tapak Warisan Dunia Perancis bagi perkongsian ilmu dan pengalaman dengan Negara Perancis dalam pengurusan Tapak Warisan Dunia.

Bengkel Challenges in Tourism Management for Prehistoric Archaeological Sites. Negara-negara sedang memohon bantuan dari Malaysia.

BAHAGIAN WARISAN TIDAK KETARA
Berbeza daripada bangunan dan artifak yang boleh dikira dan impaknya mudah dilihat, Warisan Tidak Ketara sukar untuk diukur. Bahagian ini menjalankan penyelidikan, penerbitan, pengembangan dan dokumentasi agar warisan adat dan budaya, seni persembahan, bahasa dan persuratan serta seni halus dipelihara dan diturunkan pada generasi seterusnya. Bahagian ini juga berperanan merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti, program, bengkel dan sebagainya yang berkaitan warisan seni budaya sama ada dalam wadah media, manifestasi atau apresiasi. Antara program dan bengkel yang telah dilaksanakan ialah:
BIL. PROGRAM / BENGKEL
1. Sembang Wayang Kulit pada 25 Januari 2014 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
2. Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baru Cina pada 8 Februari 2014 di Taiping, Perak.
3. Bengkel Paluan Kompang pada 29 Mac 2014 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
4. Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tadau Kaamatan pada 14 Jun 2014 di Kompleks Sukan, Keningau, Sabah.
5. Festival Makanan dan Kebudayaan Asean Bersempena Hari Asean 2014 & Rumah Terbuka Aidilfitri MBM pada 8 Ogos 2014 di Taman Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur.
6. Feast Of Malaysia pada 29-31 Ogos 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
7. Program Sambutan Minggu Perpaduan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2014 pada 7 September 2014 di PPR Intan Baiduri, Kepong.
8. Citarasa Malaysia Visit Malaysia Year 2014 pada 12 - 14 September 2014 di Melaka.
9. Program Makanan Warisan Negeri Kelantan pada 18 September 2014 di Pusat Kraftangan Kelantan.
10. Bengkel Cara Menyolek Destar dan Ikatan Samping pada 27 April 2014 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
11. World Tourism Day 2014 pada 26-28 September 2014 di Nusajaya, Johor Bahru.
12. Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2014 pada 1 November 2014 di Memorial Perisytiharan Kemerdekaan, Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka.
13. Bicara Warisan Penghayatan Kesusasteraan Melayu Tradisional : Hikayat Merong Mahawangsa pada 27 November 2014 di Pejabat Jabatan Warisan Negara, Bangunan Arkib Lama, Brickfields, Kuala Lumpur.
14. Bengkel Khat pada 29 November 2014 di Pejabat Jabatan Warisan Negara, Bangunan Arkib Lama, Brickfields, Kuala Lumpur.
15. Bengkel Tengkolok dan Ikatan Samping Siri II pada 23 September 2014 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
16. Bengkel Zapin Warisan pada 13 Disember 2014 di Pejabat Jabatan Warisan Negara, Bangunan Arkib Lama,Briekfields, Kuala Lumpur.
17. Kajian Awalan penggiat Gasing Uri pada 4 hingga 8 September 2014 di Kelantan.


Lawatan Timbalan Perdana Menteri di khemah Jabatan Warisan Negara sempena Festival Makanan dan Kebudayaan Asean Bersempena Hari Asean 2014 & Rumah Terbuka Aidilfitri MBM Menteri Pelancongan dan Kebudayaan membuat nasi tumpang yang merupakan makanan warisan yang popular di negeri Kelantan.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Bahagian ini memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua bahagian di bawah Jabatan Warisan Negara dari segi hal ehwal Pentadbiran, Sumber Manusia, Kewangan, Teknologi Maklumat, Pembangunan dan Pusat Sumber. Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan tunjang kepada pengurusan Jabatan. Antara aktviti yang dijalankan oleh bahagian ini ialah:
BIL. PROGRAM/ AKTIVITI/ BENGKEL/ SEBUTHARGA /TENDER
1. Bengkel Penyediaan Keperluan Pengauditan Indeks Akauntabiliti Jabatan Warisan Negara (Siri 1) pada 10-12 April 2014 di Cherengin Hills Spa & Resort, Janda Baik, Pahang.
2. Bengkel Pengurusan Mesyuarat dan Penyediaan Minit Mesyuarat pada 17 September 2014 di Makmal 3, Intan Bukit Kiara.
3. Kursus Esprit De Corp pada 21-23 September 2014 di Felda Residence Tekam, Pahang.
4. Siri Bijak Perolehan pada 28 September- 1 Oktober 2014 di Resort World Langkawi.
5. Placement Test bagi Gred 41 ke atas Jabatan Warisan Negara pada 15 Disember 2014 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Sultan Abdul Samad.
6. Hari Semakan Buku Rekod Perkhidmatan pada 9-24 Disember 2014 di Bilik Pegawai Sumber Manusia, Bangunan Sultan Abdul Samad.
7. Bengkel Penyediaan Skop Kerja Naiktaraf Bangunan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong pada 10-12 Ogos 2014 di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.
8. Majlis Serah Tapak Cadangan Kerja-Kerja Baikpulih dan Naiktaraf Kubu Margherita, Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 4 September 2014 di Kubu Margherita, Petrajaya, Kuching.
9. Majlis Penyerahan Tapak Cadangan Kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Pejabat JWN di Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 25 September 2014 di Bilik Mezzanine, Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad.
10. Lawatan Kerja ke Perpustakaan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia pada 20 - 21 November 2014 di Perpustakaan Negara Malaysia dan Muzium Negara.
11. Bengkel Penyediaan Skop kerja Cadangan Pengisian Pameran dan Reka Bentuk Dalaman Galeri Warisan Kota Melaka pada 26-28 November 2014 di M-Suites Hotel,Johor Bharu.
MAJLIS KEPULANGAN PERAK MAN KE LEMBAH LENGGONG
Pada 15 Februari 2014 Jabatan Warisan Negara telah mengadakan sebuah Majlis Kepulangan Perak Man ke Lembah Lenggong dan telah dirasmikan oleh YB Menteri KPK. Majlis ini diadakan bagi mewar-warkan lagi kepada masyarakat umum supaya dapat menarik minat dan meningkatkan kedatangan pelawat ke Galeri Arkeologi Lenggong.

Perak Man yang dipamerkan di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.
HIMPUNAN 101 MAKANAN HAMPIR PUPUS
Pada 17 Mei 2014 telah berlangsung program Himpunan 101 Makanan Hampir Pupus bertempat di Istana Negara Lama, Jalan Istana. Program ini telah disempurnakan oleh DYAM Raja Puan Muda Perak, Raja Mahani. Program ini diadakan bertujuan mengetengahkan makanan warisan yang hampir pupus dan tidak dikenali oleh generasi muda masa kini. Disamping itu juga ia dapat menyemarakkan perasaan untuk menghargai dan memelihara warisan Negara agar ia tidak mengalami kepupusan.

Simbolik bagi perasmian Majlis Himpunan 101 Makanan Warisan Hampir Pupus.
HIMPUNAN BUBUR LAMBUK SEMPENA ULANGTAHUN TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO LEMBAH LENGGONG.
Pada 16 Julai 2014, Jabatan Warisan Negara bersama Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan program Himpunan Bubur Lambuk sempena Ulangtahun Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong bertempat di Dataran Lenggong, Perak dan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak. Pelbagai jenis bubur lambuk yang telah diketengahkan melalui program ini. Program Himpunan Bubur Lambuk ini juga berupaya menjadi tarikan sebagai produk pelancongan berasaskan makanan warisan selain berpotensi menambahkan lagi bilangan makanan yang boleh diusahakan dalam industri makanan.

Proses penyediaan bubur lambuk.
ANEKA BUBUR WARISAN SEMPENA PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA (PMS) 'JOM BUKA PUASA' PERDANA FESTIVAL RAMADAN KUALA LUMPUR 2014
Program Aneka Bubur Warisan telah diadakan pada 20 Julai 2014 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YBhg Ketua Setiausaha KPK. Program ini merupakan sebagai satu usaha ke arah mengkomersialkan dan menjenamakan kepelbagaian bubur yang terdapat di Malaysia.

Ketua Pengarah JWN, Dr. Zainah Ibrahim bersama-sama Ketua Setiausaha KPK ketika ketika kerja-kerja mengacau bubur dilakukan secara gotong-royong.
Timbalan Ketua Setiausaha bersama Ketua Pengarah JWN mengedarkan bubur kepada orang ramai.

PAMERAN WARISAN KITA WARISAN DUNIA SEMPENA HARI UNESCO 2014
Pada 18 Oktober 2014 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Jabatan Warisan Negara telah mengadakan majlis Perasmian Pameran Warisan Kita Warisan Dunia sempena Hari UNESCO 2014. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Pameran yang bertemakan Warisan Kita Warisan Dunia diadakan sempena Sambutan Hari UNESCO yang diadakan secara tahunan. Program ini juga dilaksanakan atas komitmen Malaysia selaku Negara Anggota kepada World Heritage Convention 1972 UNESCO dan juga selaku Ahli World Heritage Committee UNESCO bagi tempoh 2012-2015 serta Ahli Jawatankuasa kepada SKUM (Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia). Pameran ini memaparkan pengisian utama Empat Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Negara Mulu, Sarawak, Taman Negara Kinabalu Sabah, Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town dan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong. Turut dipamer adalah Memory of the World International Register dan Representative Lis of the Intangible Cutral Heritage of Humanity.

Pelancaran Buku Warisan Malaysia oleh YAB Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua Pengarah JWN, Dr Zainah Ibrahim.
KARNIVAL NILAI-NILAI MURNI DAN SEMARAK WARISAN
Pada 20 Disember 2014 Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Karnival Nilai-nilai Murni dan Semarak Warisan bertempat di Dataran Sungai Perak, Kuala Kangsar. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Menteri KPK. Program ini bertujuan menyemarak dan meningkatkan amalan nilai-nilai murni sejagat dengan memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pembudayaan khazanah warisan negara kita. Ia juga menjadi platform ke arah meningkatkan amalan nilai-nilai murni dan mempromosikan warisan kepada masyarakat.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Ketua Pengarah JWN beramah mesra dengan penduduk tempatan.
lAPORAn JABATAn DI BAWAH KPK
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara