14 minute read

Jabatan Muzium Malaysia

PENGENALAN

Selari dengan visi untuk menjadi sebuah institusi permuziuman unggul di Asia, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah melaksanakan pelbagai program dalam usaha memelihara, mengekal dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara kepada semua lapisan masyarakat. Program-program yang telah dilaksanakan termasuklah mengadakan pameran-pameran tetap, khas dan bergerak, memantapkan pengurusan koleksi dan konservasi, program penyelidikan dan penerbitan, pembangunan sumber manusia, memantapkan sistem pengurusan dan pembangunan muzium serta program pengembangan pendidikan.

Advertisement

PENCAPAIAN / PRESTASI

PAMERAN

Pameran yang dilaksanakan di Jabatan Muzium Malaysia melibatkan pameran tetap, pameran khas dan pameran bergerak. Pameran tetap merupakan pameran yang diadakan di 21 buah muzium di bawah JMM sepanjang masa. Ringkasan pameran sepanjang tahun 2014 adalah seperti berikut:

PROGRAM/PAMERAN

21 Pameran Tetap di Muzium JMM

9 Pameran Khas

22 Pameran Bergerak

PENGURUSAN KOLEKSI

Jabatan Muzium Malaysia sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pengekalan dan pemeliharaan khazanah sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi negara telah melaksanakan program Perolehan Harta Kebudayaan secara pembelian pada tahun 2014. Perolehan ini melibatkan artifak kebudayaan seperti berikut:

BIL KLASIFIKASI ARTIFAK

1. Pakaian, Tekstil Dan Perhiasan Diri

2. Alat bunyi-bunyian

3. Setem dan Sampul surat hari pertama

4. Perangkap

5. Senjata dan alat peperangan

6. Pertanian

7. Alat dan perusahaan

Jumlah Keseluruhan JUMLAH

103

10

25

2

42

1

36

219 artifak

Perolehan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM 999.960.00 bagi tahun 2014. Selain dari itu, bagi tujuan melengkapkan data asas artifak, sebanyak 1,943 artifak telah berjaya diinventori sepanjang tahun 2014.

PENYELIDIKAN

Penyelidikan yang dijalankan di JMM merangkumi penyelidikan pameran, sejarah, budaya, alam semula jadi dan koleksi. Bagi tahun 2014, sebanyak lapan aktiviti penyelidikan telah dilaksanakan oleh JMM iaitu;

• 1. Evolusi Senjata Dan Kemanusiaan Sedunia • 2. Koleksi Terpilih Raja-Raja Melayu • 3. Batik Sarung : Warisan Kini & Selamanya • 4. 40 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China • 5. Penyelidikan Koleksi JMM Dalam Aspek Sejarah Simbolik : Burung • 6. Sejarah 130 Tahun Muzium Perak (1883-2013) • 7. Kebudayaan Dongson: Khazanah Purba • 8. Manik Untuk Kecantikan

Selain itu, JMM bertanggungjawab dalam menyelaras dan memantau penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik luar yang terdiri daripada pelajar IPTA/IPTS/agensi. Seramai 202 pelajar pelbagai bidang pengkhususan telah menjalankan penyelidikan di muziummuzium di bawah pentadbiran JMM.

PENERBITAN

Penerbitan JMM terdiri daripada penerbitan am dan penerbitan khas JMM, meliputi hasil kajian, penyelidikan, artikel dan karya staf JMM mahupun pihak luar agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Pada tahun 2014, JMM telah menerbitkan 14 judul iaitu;

BIL TAJUK PENERANGAN

1. Ancient Glassware in Malaysia Penerbitan kerjasama dengan EFEO mengenai jumpaan dan penyelidikan kaca di Pangkalan Bujang, Kedah

2 Seni Bina Malaysia: Warisan dalam Kepelbagaian

3 Muzium Negara – Penerokaan Sejarah dan Budaya

4 Laporan Tahunan 2013 Buku umum yang memaparkan kepelbagaian seni bina di Malaysia secara am dan turut memperkenalkan Muzium Seni Bina Malaysia.

Buku yang menghimpunkan 10 kategori koleksikoleksi istimewa Jabatan Muzium Malaysia khasnya dipamerkan di Muzium Negara.

Laporan pencapaian Jabatan Muzium Malaysia sepanjang tahun 2013

5 Berita JMM Jilid 16 Bil 2/2014 Wadah penyebaran maklumat/berita jabatan, aktiviti kakitangan JMM

6 Senjata-senjata Melayu Buku kecil yang mempunyai penerangan ringkas mengenai senjata-senjata pendek di Alam Melayu (cetak ulang ketiga)

7 Keris Melayu Buku kecil mengenai keris Melayu (cetak ulang ketiga)

BIL TAJUK PENERANGAN

8 Paper Currency of Malaysia, Singapore and Brunei (1849 -1970)

9 Coins of North Malaya

10 Mah Meri Sculpture

11 Majlis Perasmian pameran senjata dan risalah pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia Buku tentang mata wang kertas di Malaysia, Singapura dan Brunei sekitar tahun 1849-1970 (cetak ulang kedua)

Buku kecil yang mengandungi penerangan tentang duit syiling di negeri-negeri Melayu di utara termasuklah di Kedah, Kelantan dan Terengganu (ulang cetak kedua)

Buku kecil yang mengandungi penerangan ringkas serta deskripsi ukiran Mah Meri seperti koleksi patung dan topeng yang terdapat di Muzium Negara (cetak ulang kedua)

Buku program aturcara sempena perasmian pameran pada 18 Nov 2014

12 Majlis Menandatangani MoU antara JMM dengan Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris

13 MajlisPerasmian Pameran Khazanah dari Istana Musim Panas Buku program aturcara sempena Majlis Menandatangani MoU antara JMM dengan Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 5 Dis 2014

Buku program aturcara sempena perasmian Pameran Khazanah dari Istana Musim Panas pada 17 Dis 2014

14 Batik Sarung Warisan Kini dan Selamanya Buku penerangan ringkas mengenai batik sarung dan pameran yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara

Antara penerbitan Jabatan Muzium Malaysia

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

(I) LATIHAN

JMM telah melaksanakan 78 latihan untuk warga kerja JMM, warga muzium lain seluruh Malaysia dan orang perseorangan. Setiap staf secara keseluruhan telah mencapai sasaran kursus yang ditetapkan iaitu sebanyak 7 hari setahun. Melalui latihan yang dijalankan, seramai 3,047 orang telah mendapat manfaat daripada latihan yang telah dilaksanakan.

(II) PERJAWATAN

Jumlah keseluruhan perjawatan di JMM sehingga 31 Disember 2014 adalah 418 dengan pengisian seramai 381 staf.

PENGLIBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Penglibatan JMM di peringkat antarabangsa melibatkan persidangan, simposium, seminar, lawatan rasmi, bengkel dan kursus seperti berikut:-

BIL PROGRAM

1. International Conference and Intensive Seminar on Strategic Transformation: Museums in 21st Century

1 orang (S41)

2. Seminar 2nd International Maori-Melayu-Polynesian & Trade Show

2 orang (S41, S32)

TARIKH/LOKASI IMPAK

09/02/201415/02/2014 New Delhi & Kolkata, India Mengukuhkan jaringan kerjasama di dalam pelbagai bidang permuziuman dengan negara-negara luar dan perkongsian ilmu.

26/03/2014- 02/04/2014 Waitangi Bay Of Islands & Auckland, New Zealand Memberi pendedahan mengenai budaya masyarakat Melayu Mouri Polynesian serta membina rangkaian kerjasama antarabangsa untuk berkongsi maklumat dan kepakaran dalam bidang permuziuman dan budaya

3. “Museum Collections Make Connections” workshop

1 orang (S41)

4. Kursus Senior Executive Development Programme (SEDP) anjuran bersama INTAN, Malaysia dan Civil Service College, Singapura

1 orang (S52)

5. Mesyuarat tahunan International Council ofMuseums (ICOM)

1 orang (Jusa B) 21/04/2014– 30/04/2014 Palace Museum, Beijing, China

25/05/2014- 30/05/2014 Singapura Mewujudkan peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti secara kerjasama di peringkat antarabangsa

Dapat mendalami strategi kepimpinan dalam pengurusan

31/05/2014- 09/06/2014 Pejabat ICOM, Paris Dapat berkongsi ilmu pengetahuan mengenai isu-isu dalam bidang permuziuman bersama dengan pakar dalam bidang permuziuman seluruh dunia.

BIL PROGRAM

6. CollAsia 2014 International Course on “Conservation of Metals in Southeast Asian Collections” anjuran ICCROM

1 orang (S52)

7. Persidangan “Chinese Export Ware Found in Thailand during the Past Three Decades”

1 orang (S41) TARIKH/LOKASI IMPAK

01/06/2014- 15/06/2014 National Museum of Cambodia di Phonom Penh, Cambodia

31/07/2014– 03/08/2014 Woburi Ayothaya Convention Resort, Ayutthaya, Thailand Mendapat pendedahan mengenai konservasi bahan logam dan dapat memperkembangkan kerjasama hubungan diperingkat antarabangsa

Menambah ilmu pengetahuan tentang seramik China yang dieksport ke Asia Tenggara

8. International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) World Library and Information Congress 80th IFLA General Conference and Assembly

1 orang (S41)

9. 29th SEAMEO SPAFA Governing Board Meeting

2 orang (Jusa B, S41)

10. Regional Meeting on Cultural Understanding- Everyday Objects From Southeast Asia and Korea

1 orang (S41) 16/08/2014- 24/08/2014 Lyon Convention Centre, Lyon, France

31/08/2014- 03/09/2014 Siem Reap, Cambodia

22/09/2014- 26/09/2014 Seoul, Korea

11. SEAMEO Congress “Southeast Asia In Transition: Re-Thinking Education Science and Culture for Regional Integration”

2 orang (Jusa C, S41)

12. Workshop for Buddhist Art in Southeast Asia

2 orang (S41) 20/10/2014- 23/10/2014 Bangkok, Thailand

11/11/2014- 16/11/2014 Bangkok, Thailand Memperluaskan dan memperkukuhkan jaringan hubungan kerjasama antara pustakawan-pustakawan dari serata dunia

Mengukuhkan jaringan kerjasama di dalam bidang yang berteraskan seni, budaya dan warisan

Pembentangan kertas kerja untuk Projek ‘2014 SEAMEO-APCEIU’’ yangdapat mengetengahkan 15 objek harian dari Malaysia yang dihasilkan dari bahan-bahan semula jadi.

Perkongsian ilmu dan perbincangan dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia dan inovasi

Mendalami dan memahami pengertian koleksi yang mempunyai pengaruh dan konsep Budhhism memandangkan sebahagian koleksi JMM mempunyai pengaruh Buddhism

13. International Museum Conference : Museum Of Our Own dan 2nd SEAMEO SPAFA Museums Forum on Southeast Asian Museums and the Challenges of the ASEAN Social-Cultural Community (ASCC)

2 orang (Jusa C, S27) 17/11/2014- 22/11/2014 Yogyakarta, Indonesia Perkongsian hasil penyelidikan dalam bidang penulisan, pendidikan dan permuziuman serta memantapkan jalinan kerjasama JMM dengan negara-negara Asia

KERJASAMA DI PERINGKAT DOMESTIK DAN ANTARABANGSA

Kerjasama JMM di peringkat domestik dan antarabangsa adalah seperti berikut:-

BIL PROGRAM

1. Menandatangani Memorandum persefahaman antara Jabatan Muzium Malaysia dengan Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Kerjasama antara pihak JMM dengan Art Exhibition China dan Summer Palace, Beijing sempena pameran “Treasures From Summer Palace” di Muzium Negara

TARIKH/LOKASI IMPAK

05/12/2014 Auditorium, JMM (Majlis perasmian) Memberikan manfaat dalam bersama-sama membangunkan bidang sejarah, budaya dan alam semula jadi negara

15/12/2014- 03/03/2015 Muzium Negara Memperkukuhkan hubungan antara Malaysia-China sempena meraikan sambutan 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Susulan daripada kerjasama ini, JMM akan mengadakan pameran di Beijing pada tahun 2015/2016

3. Kerjasama dengan Vietnam National Museum of History sempena pameran “Kebudayaan Dongson: Khazanah Purba” di Muzium Negara

4. Kerjasama pameran dengan Metropolitan Museum Of Art, New York Sempena Pameran Lost Kingdoms: Hindu-Buddist Sculpture of Early Southeast Asia, 5th – 8th Century

5. Kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan Muzium La Galigo, Makassar tentangkoleksi senjata Melayu Nusantara

6. Kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan Iron Museum, Korea tentangkoleksi senjata Korea

7. Kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan Musee Gravin dan Musee D’Orsay di Paris dan Musical Instruments Museum di Brussel 12/01/2014– 15/01/2014 Muzium Negara

28/03/2014- 03/04/2014 Metropolitan Museum Of Art, New York

18/04/2014- 20/04/2014 Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia

12/04/2014- 14/04/2014 Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia

29/05/2014- 09/06/2014 Paris, Perancis dan Brussles, Belgium Hubungan dua hala antara negara melalui Memorandum Persefahaman antara keduadua muzium di samping dapat membawa masuk koleksi terpilih Dongson dari Vietnam

Memperkenalkan tiga koleksi berstatus Objek Warisan Kebangsaan Negara di Metropolitan Museum of Art. Memberi peluang kepada JMM bekerjasa dengan muzium terkemuka dunia

Memantapkan penyelidikan berkaitan 12 koleksi senjata dari Muzium La Galigo sempena Pameran Evolusi Senjata & Kemanusiaan Sedunia di Muzium Negara

Memperkenalkan dan mempamerkan senjata ‘Seven Branch Sword” dari Iron Museum, Korea sempena Pameran Evolusi Senjata & Kemanusiaan Sedunia di Muzium Negara

Dapat mendalami ilmu dalam bidang muzik terutamanya tentang konsep muzium muzik, kaedah pengendalian dan pengurusan koleksi sempena penubuhan Muzium Muzik

BIL PROGRAM

8. Program Penempatan Pembangunan Profesional

9. Kerjasama dalam bidang pameran dengan Topkapi Palace Museum, Istanbul, Turki

10. Program Penempatan Pembangunan Modal Insan di Bawah Kerjasama Pintar JMM dengan National Museum of Korea

TARIKH/LOKASI IMPAK

08/06/2014- 21/06/2014 National Palace Museum, Taipei, Taiwan

01/09/2014- 10/09/2014 Istanbul, Turki Memberi pendedahan dan mempelajari mengenai amalan permuziuman seperti kaedah pengumpulan artifak, teknik atau sistem yang digunakan bagi merekod data dan sistem penstoran serta kaedah peragaan pameran.

Mewujudkan kerjasama dalam konteks pameran antara kedua-dua muzium sempena Malaysia Culture Week di Istanbul, Turki

11/11/2014- 15/12/2014 Seoul, Korea Susulan daripada program ini, satu perkongsian pintar antara JMM dengan National Museum of Koreatelah diwujudkan dan satu pameran sementara kerjasama antara JMM dan NMK akan dilaksanakan pada tahun 2015/2016

Perasmian Pameran “Kebudayaan Dongson: Khazanah Purba oleh YBhg Datuk Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Perasmian pameran “Khazanah dari Istana Musim Panas” oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia

Perbincangan program kerjasama antara Ketua Pengarah JMM dan Timbalan Pengarah Topkapi Palace Museum, Istanbul, Turki

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara JMM dengan Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Bengkel pengembangan Pendidikan sempena program Penempatan di National Museum of Korea

KHIDMAT NASIHAT KEPADA MUZIUM-MUZIUM DAN PERSATUAN

JMM telah memberi khidmat nasihat dari segi pengisian pameran dan penubuhan muzium baru kepada beberapa agensi, termasuklah Muzium Kepolisan, Kuala Lumpur dan khidmat konsultansi serta bengkel berkaitan pengurusan Galeri Kusta, Hospital Sungai Buloh, Selangor. JMM juga memberi Khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan kerajaan dan juga pihak swasta serta Lembaga muziummuzium negeri dari semasa ke semasa dalam pelbagai bidang pengkhususan, iaitu pengurusan koleksi, konservasi, peragaan pameran dan program pengembangan muzium. JMM juga merupakan penggerak utama Persatuan Muzium Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia dan International Council of Museums (ICOM) Malaysia.

PENGURUSAN KONSERVASI

Pengurusan Konservasi telah menerima pelbagai artifak koleksi jabatan untuk dikonservasi. Mengikut rekod sepanjang tahun 2014 sebanyak 901 artifak telah siap dan selesai dikonservasi mengikut kategori organik, bukan organik dan preventif.

Kerja-kerja penilaian kondisi artifak untuk tujuan pameran

SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA (14 HINGGA 18 MEI 2014)

Hari Muzium Antarabangsa disambut di seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun. Bertemakan Museum Collections Make Connections, pelbagai program dan aktiviti diadakan bagi meraikan tarikh tersebut dengan aktiviti pemuziuman dan masyarakat. Negeri Selangor merupakan tuan rumah bagi sambutan pada tahun 2014. Antara program yang diatur sepanjang lima hari sambutan ini termasuklah persembahan kebudayaan, pameran dari pelbagai muzium seluruh Malaysia, karnival muzium, sukan rakyat, seminar permuziuman, bengkel cempuling, program bual bicara agama, kenduri nasi ambeng, kembara muzium, program muzium bersama komuniti, lawatan ke Bukit Melawati dan larian muzium sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg Datuk Hj. Ab. Ghaffar A. Tamby, TKSU, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Larian Hari Muzium Antarabangsa yang memberi peluang kepada warga muzium bersama komuniti

PERHIMPUNAN JABATAN

Perhimpunan Jabatan diadakan sebanyak enam (6) kali bagi tahun 2014. Dalam perhimpunan ini, Ketua Pengarah JMM menyampaikan perutusan berkenaan dasar baru, hal-hal pengurusan dan pentadbiran JMM, peristiwa penting dan program jabatan yang lepas dan juga yang akan diadakan serta menyampaikan kata-kata peransang, amanat dan nasihat kepada warga JMM dalam memberi perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti.

BADAN-BADAN YANG DIGERAKKAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Badan-badan yang digerakkan oleh JMM termasuklah Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial (WARIS) dan Puspanita.Pelbagai aktiviti dan program dirangka bagi menggerakkan badan ini, termasuklah program keagamaan, program kesihatan,Bazar Raya 2014, program motivasi, program senaman, program pengurusan kewangan, program bantuan kepada anak yatim dan sebagainya.

MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

MBJ merupakan salah satu tempat memberi peluang kepada warga JMM untuk melontarkan pandangan, pendapat dan idea-idea bernas untuk kebaikan pekerja dan organisasi. Bagi tahun 2014, JMM telah berjaya menyelesaikan 20 usul yang dikemukakan oleh warga JMM. Mesyuarat berkala diadakan sebanyak empat (4) kali setahun. MBJ yang aktif dapat menyemai semangat bekerja dalam kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan komited.

PROMOSI DAN PEMASARAN

Jabatan Muzium Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah merancang dan melaksanakan pelbagai promosi di media cetak, elektronik dan laman sosial bagi mempromosikan pameran dan aktiviti yang berlangsung sepanjang tahun 2014. Pada tahun 2014, sebanyak 911 tajuk berita merangkumi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina (surat khabar, majalah, televisyen dan radio) yang membuat liputan tentang program/aktiviti JMM seperti berikut:-

Saluran Komunikasi

Surat Khabar

Siaran TV

Siaran Radio

Majalah

Jumlah

611

80

197

23

PENGEMBANGAN MUZIUM

JMM sentiasa mempergiatkan lagi program pengembangan muzium bagi mendekatkan muzium dengan masyarakat, di samping memperkukuhkan sikap cintakan negara. JMM telah berjaya melaksanakan 139 program pengembangan muzium yang meliputi sekolah, komuniti, media dan persatuan bagi muziummuzium di bawah kendalian Jabatan Muzium Malaysia.

Program berbentuk ilmiah bersama pelajar-pelajar sekolah memberi pendedahan tentang dunia permuziuman

KARNIVAL BERSAMA MUZIUM 2014

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, JMM telah merangka program Karnival Bersama Muzium dengan matlamat untuk menyemarakkan muzium-muzium di bawah JMM yang mensasarkan penglibatan setiap lapisan masyarakat.

JADUAL KARNIVAL BERSAMA MUZIUM 2014

BIL BULAN TEMPAT TARIKH

1. Januari Muzium Negara 31 Januari – 2 Februari 2014

2. Februari Muzium Perak 28 Februari – 2 Mac 2014

3. Mac Muzium Sungai Lembing

4. Mei Muzium Arkeologi Lembah Bujang

5. Ogos Muzium Kota Kuala Kedah 28 – 30 Mac 2014

23 – 25 Mei 2014

29 – 31 Ogos 2014

6. September Muzium Perak

7. Oktober Muzium Diraja

8. November Muzium Lukut 12 – 14 September 2014

17 – 19 Oktober 2014

28 – 30 November 2014

9. Disember Muzium Kota Kayang 26 – 28 Disember 2014

PROJEK PEMBANGUNAN

NAIK TARAF MUZIUM

Projek naik taraf di Muzium Sungai Lembing, (Pahang), dan Dataran Istana Satu, Muzium Negara (Kuala Lumpur) telah berjaya dilaksanakan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Memandangkan peruntukan adalah terhad, maka JMM terpaksa memberi keutamaan naik taraf terhadap perkara tertentu walaupun pada dasarnya semua muziummuzium bawah pentadbiran JMM memerlukan penyelenggaraan dan naiktaraf untuk memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) BILANGAN PENGUNJUNG

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JMM adalah bilangan pengunjung. JMM telah mencapai jumlah bilangan pengunjung seramai 3,071,579 juta pelawat seperti yang ditunjukkan pada graf di bawah:

KESIMPULAN

Sebagai peneraju bidang pemuziuman, Jabatan Muzium Malaysia dilihat sebagai pemacu dalam usaha untuk memastikan masyarakat celik sejarah dan budaya melalui penganjuran program-program dan aktiviti tahunan yang telah dirancang. Menyedari kepentingan peranan muzium dalam pembangunan pelancongan negara dan juga sebagai lambang tamadun negara sebagaimana negara-negara lain, Jabatan Muzium Malaysia sentiasa menambah baik program-program yang dianjurkan dan juga mengambil kira kerjasama yang dijalinkan antara JMM dengan muziummuzium terkemuka di dunia dan juga institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang secara tidak langsung memberi manfaat dan impak tinggi dalam usaha JMM memaju dan memartabatkan institusi permuziuman negara.

lAPORAn JABATAn DI BAWAH KPK

Jabatan Warisan Negara

This article is from: