Buku panduan dan penyelarasan tugas 2014 latest 28 dis

Page 17

10. Buku Rekod Mengajar [SPI Bil. 3 / 1999] 10.1 Buku Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi berkaitan p & p serta kokurikulum seseorang guru dalam tahun yang berkenaan. 10.2 Setiap guru akan dibekalkan dengan sebuah buku rekod mengajar dan keselamatan buku rekod mengajar ini adalah menjadi tanggungjawab guru berkenaan. 10.3 Buku Rekod Mengajar tersebut hendaklah di lengkapkan [teliti, kemaskini, bersih serta lengkap] dengan perkara – perkara berikut ; 10.3.1 10.3.2 10.3.3 10.3.4 10.3.5 10.3.6 10.3.7

Butiran peribadi Sukatan Pelajaran [mata pelajaran yang di ajar] Rancangan Pengajaran Tahunan [setiap mata pelajaran yang diajar] Rancangan Pengajaran Harian Markah ujian / PKSR [setiap kelas dan mata pelajaran yang di ajar] Head count bagi setiap mata pelajaran [mengikut kelas yang diajar] Mencatatkan perancangan aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan pada setiap hari Rabu.

10.4 Semua buku rekod mengajar hendaklah di serahkan ke pejabat sekolah untuk semakan serta di tandatangani oleh guru besar / penolong kanan pada hari Jumaat / hari akhir persekolahan setiap minggu.

11. Kegiatan Kokurikulum – [Akta Pendidikan 550 seksyen 18, SPI Bil. 1 / 1985]. 11.1 Semua guru diwajibkan terlibat dengan kegiatan kokurikulum selama 2 jam seminggu. 11.2 Setiap guru akan diagihkan untuk memimpin pasukan beruniform / persatuan atau kelab / kelab sukan permainan. Semua guru dikehendaki merancang aktiviti yang bersesuaian bagi setiap pasukan uniform / persatuan atau kelab / kelab sukan permainan yang di pimpinnya. 11.3 Kegiatan kokurikulum akan dilaksanakan pada setiap hari Rabu, semua guru dikehendaki memakai pakaian pasukan beruniform. Perhimpunan unit beruniform akan diadakan pada hari Rabu minggu ke 2 setiap bulan.

12. Jadual Waktu Mengajar 12.1 Semua guru diberikan sejumlah waktu mengajar berasaskan jawatan serta tugas yang diberi. 12.2 Semua guru wajib mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan /diberikan. Guru juga tidak dibenarkan sama sekali mengubah / meminda jadual waktu mengajar tanpa kebenaran guru besar. 12.3 Mana – mana guru yang telah tahu akan keluar pada waktu mengajar [atas urusan peribadi] hendaklah / amat digalakkan membuat pertukaran waktu mengajar sesama rakan supaya p & p kelas berkaitan tidak ketinggalan.

13. Bilik Guru 13.1 Bilik guru adalah tempat untuk guru berada apabila waktu non – teaching periods. Oleh itu kebersihan dan keselamatan di bilik guru adalah tanggungjawab bersama [termasuk harta benda yang terdapat di bilik guru]. 13.2 Guru tidak digalakkan membawa / membenarkan murid berada di bilik guru walau apa situasi sekali pun [kecuali waktu kecemasan]. Bilik guru adalah zon larangan bagi murid.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.