Utusan Borneo 2022.03.07 Sabah

Page 1

Isnin

7 Mac 2022 4 Syaaban 1443H PPK 220/12/2012 (031414)

RM20 bilion peruntukan bakal Pembentangan RUU Anti Lompat 2 bangunkan Projek BIMP-EAGA Parti, kemenangan PBS

Real, PSG bakal berentap 3 di pusingan kedua

5

Kerjasama pertanian mantapkan 8 jaminan makanan negara

Email: utusanborneokk@gmail.com

Sabah rekod 1,515 kes baharu COVID-19 Oleh Yap Siong Han KOTA KINABALU: Rakyat terus dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam berkurangan kepada 1,515 kes berbanding hari sebelumnya. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima

Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kekal menjadi penyumbang utama kes-kes baharu di Sabah dengan jumlah sebanyak 479 kes. Katanya, Tuaran merekodkan sebanyak 133 kes diikuti Penampang 103 kes. Daerah-daerah lain mencatatkan kes baharu dua angka kecuali Semporna enam kes, Kunak empat kes dan Kalabakan satu kes.

“Terdapat pertambahan kes baharu di 10 daerah dengan Tambunan merekodkan pertambahan 25 kes. Selain daripada Penampang yang merekodkan penurunan kes yang tertinggi, Beaufort juga mencatat penurunan yang agak besar dengan penurunan sebanyak 54 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Bagaimanapun katanya,

penurunan jumlah kes-kes baharu secara keseluruhan tidak harus melalaikan masyarakat daripada mematuhi semua SOP yang berkuat kuasa. Katanya, trend menurun boleh dengan cepat bertukar sebaliknya, apatah lagi dengan mengambil kira peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu 62.71 peratus daripada semua kes semalam.

“Trend menurun hanya boleh bertahan sekiranya semua kita mematuhi secara konsisten semua SOP dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Sebanyak 1,498 daripada 1,515 kes semalam adalah dalam kategori satu dan dua, lima kes dalam kategori tiga, tujuh kes dalam kategori empat dan lima kes dalam kategori lima,” katanya.

SABAH PERLU INISIATIF VTL Oleh Yap Siong Han KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah perlu membuat penelitian dan seterusnya mempertimbangkan pelaksanaan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) menerusi pengangkutan udara melalui Singapura. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, sudah tiba masanya Sabah mengikut langkah beberapa negeri seperti Pulau Pinang yang bakal memulakan inisiatif VTL bermula 16 Mac ini. “Ia bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara khususnya sektor

Bagi memulihkan semula jaringan ekonomi negeri pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19. “Kementerian kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Beliau yakin kementerian dan semua pengusaha industri pelancongan di Sabah sudah bersedia untuk menerima pelancong luar. Menurutnya, langkah itu juga perlu diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri ini.

Pada 4 Mac lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Wee Kah Siong dipetik berkata, kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama untuk memperluaskan inisiatif VTL bermula 16 Mac ini. Katanya, inisiatif VTL akan membolehkan pengembara yang menerima vaksin lengkap untuk melakukan perjalanan ulang-alik bagi laluan Pulau PinangSingapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian di bawah VTL tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

JAFRY

Oleh Hamzah Sanudin

TANGKAP: Lima warga tempatan yang disyaki cuba menyeludup minyak diesel ditahan untuk siasatan lanjut. Azumi untuk pemeriksaan terperinci. “Pemeriksaan awal mendapati lima lelaki tempatan berumur 31

hingga 54 tahun berada di dalam kapal kargo berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

PERIKSA: Pasukan ATB 2 menjalankan pemeriksaan ke atas kapal kargo terbabit.

Imsak Subuh Zohor Asar Maghrib Isyak

Pantai Barat (Kota Kinabalu) 5.09 5.19 12.30 3.45 6.31 7.40 Bandar Sandakan, Bukit Garam, Semawang, Tomanggong, Bukit Garam dan Kinabatangan (Zon I) 5.01 5.11 12.23 3.37 6.23 7.32 Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah (Zon II) 5.05 5.15 12.27 3.41 6.27 7.36 Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak (Zon III) 4.58 5.08 12.20 3.34 6.20 7.29 Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan (Zon IV) 5.02 5.12 12.23 3.37 6.24 7.33 Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi (Zon V) 5.05 5.15 12.27 3.42 6.27 7.36 Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau (Zon VIII) 5.07 5.17 12.28 3.42 6.29 7.38

MASIDI

Tenom, Long Pasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang (Zon IX) 5.10 5.20 12.31 3.45 6.32 7.41

Terperdaya ‘Macau Scam’, doktor wanita rugi RM63,950 Oleh Siti Aisyah Narudin

Cubaan seludup keluar 70,000 liter minyak diesel gagal, lima lelaki ditahan SEMPORNA: Kira-kira 70,000 liter minyak diesel dipercayai cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas di perairan Pulau Bohayen di sini kelmarin. Komander ATB 2 Briged Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, minyak diesel berkenaan dianggarkan bernilai RM150,500. Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 2.10 petang itu, radar ‘Coastal Surveillance System’ (CSS) Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) mengesan sebuah kapal kargo dalam keadaan mencurigakan menuju ke sempadan perairan negara. Menurutnya, Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) menugaskan VIPER 04 bersama pasukan ‘Quick Reaction Force’ (QRF) untuk membuat pintasan. “Sebaik berjaya dipintas, pasukan ATB 2 mengarahkan kapal kargo berkenaan ke Jeti

Waktu Solat

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut berjaya menemukan minyak diesel berkapasiti 70,000 liter di dalam tangki minyak yang terletak di bahagian bawah kapal kargo berkenaan. “Kita percaya minyak diesel terbabit cuba diseludup ke negara jiran berdasarkan pergerakan kapal berkenaan menuju ke sempadan negara. “Kesemua lelaki berkenaan ditahan dan dibawa ke Hospital Semporna bagi melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna,” katanya. Menurutnya, kesemua barang rampasan diserahkan kepada pasukan Agensi Penguatkuasaan

Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk tindakan lanjut. “Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kapal kargo dianggarkan bernilai RM650,500 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. Dalam pada itu, Abdul Karim turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang bertugas di POWB ATB 2, radar CSS dan pasukan QRF atas kejayaan tangkapan itu. Katanya, kejayaan itu membuktikan sistem radar milik ATB 2 memainkan peranan penting dalam setiap operasi dan memastikan POWB mampu mengesan sebarang ancaman di perairan pantai timur Sabah.

KOTA MARUDU: Akibat terperdaya dengan tipu helah sindiket Macau Scam, seorang doktor wanita mengalami kerugian sebanyak RM63,950. Mangsa yang berumur 31 tahun dan bertugas di hospital daerah ini mendakwa tertipu dengan sindiket terbabit yang menggunakan identiti sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, kejadian terbabit berlaku kirakira jam 1.50 tengah hari Sabtu lepas. Katanya, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN. “Suspek mendakwa nama dan MyKad mangsa digunakan oleh sebuah syarikat yang mempunyai cukai tertunggak selama 15 bulan berjumlah RM228,000. “Individu terbabit terus memperdaya mangsa dengan membuat panggilan kononnya disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka. “Mangsa dikatakan terbabit dengan kes penggubahan wang haram serta penyeludupan dadah sebelum diarahkan memberi maklumat kad bank serta perbankan dalam talian,” katanya mengesahkan kejadian ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, tindakan suspek meminta maklumat bank mangsa kononnya untuk mengenal pasti sama ada mangsa terbabit dengan masalah penggubahan wang haram. Menurutnya, wanita terbabit terus memberikan butiran beberapa akaun bank miliknya kepada suspek dan hanya menyedari dirinya tertipu kira-kira jam 5.30 petang hari yang sama. “Mangsa kemudian membuat semakan semua akaun bank miliknya dan mendapati wang berjumlah RM63,950 dalam akaun banknya hilang. “Menyedari situasi terbabit, mangsa membuat laporan polis dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. Dalam pada itu, pihaknya mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali dan jangan memberi sebarang maklumat peribadi atau bank. Beliau berkata, jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali dan putuskan panggilan berkenaan jika rasa terancam. Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya menghubungi bilik gerakan IPD Kota Marudu sekirannya terdapat panggilan yang menyamar sebagai pegawai polis untuk pengesahan bagi mengelak diperdaya.

ZAIROLNIZAL

Diterbitkan oleh: Harian Borneo Sdn. Bhd. (No Syarikat 235591-D) & Dicetak oleh See Hua Daily News (S) Sdn. Bhd. (No Syarikat 202484-T) Editorial Tel: 088-318991, Fax: 088-315991: Pemasaran Tel: 088-318811, Fax: 088-318399


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.