senikini#18

Page 26

| Khairil Anwar Mohd Azhari

Class of

1997 Katalog pameran ‘Class of 1997’

Teks ini adalah penulisan kurator pameran berkumpulan ‘Class of 1997’ yang telah diadakan di Maison of Malaysia Art (MOMA), Sri Hartama, Kuala Lumpur.

pg/26

Class of 1997 (Co1997)

Pendahuluan “Bersatu kita teguh bercerai kita roboh” merupakan sebaris perumpamaan Melayu lama yang menjuruskan kepentingan semangat kerjasama dan sepakat di antara sesama kita dalam menjalankan kehidupan. Melihat kepada sejarah penubuhan Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR) kini Fakulti Seni Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Institut Teknologi MARA, kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bermula sejak tahun 1967. Semangat juang dan kerjasama antara para akademik telah menzahirkan sebuah sekolah yang dahulu dikenali sebagai Pusat Latihan Rida di Jalan Othman, Petaling Jaya. Ianya sempat digunakan oleh KSSR selama 3 tahun sebelum dipindahkan ke Seksyen 17, Petaling Jaya. Bidang kursus yang ditawarkan pada ketika itu ialah Seni Halus, Grafik, Seramik, Fesyen, Tekstil, Logam Halus dan Fotografi.

Generasi awal 90-an mulai bertambah kecenderungan menyambung pengajian seni visual di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) di ITM, kini Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mengenali penggiat seni visual seperti Roslisham Ismail (Ise), Khairul Azmir Shoib (Meme), Rini Fauzan Mohamed Zuhairi (Ojan) dan Mat Ali Mat Som sejak tahun 1994 ketika menuntut di KSSR merungkai sejarah perkembangan mereka bergiat aktif dalam persada seni hingga kini. Rutin harian kami berulang alik dari studio Jabatan Tahun Satu di tingkat tiga bangunan Kompleks PKNS ke FSSR serta menjadi penghuni Kolej Jati di Seksyen tiga sambil menyerapi suasana landskap taman tasik Shah Alam. Taman yang membajai nilai kecintaan kepada alam dan menyuntik pemahaman diri serta menjadi lokasi latihan melukis di persekitaran tasik kepada kami.

Graduan yang lahir dari pengambilan pertama mula membentuk generasi 70-an, 80-an dan 90-an. Generasi graduan ini kian berkembang hinggalah ke saat kini. Nama penggiat seni awal seperti Raja Zahabuddin Raja Zahabuddin, Ponirin Amin, Zakaria Awang, Anuar Rasyid dan Mad Anuar Ismail selain penggiat seni wanita seperti Sharifah Fatimah Zubir, Ruzaika Omar Basaree, Ham Rabeah, Kalsom Muda, Zaliha Shaari, Zaliha Zainuddin dan Zaharah Osman. Seterusnya generasi kedua melahirkan penggiat seni seperti Awang Damit Ahmad, Juhari Muhd. Said, Ramlan Abdullah, Jalani Abu Hassan, Rafie Ghani, Raja Shariman dan Azhar Manan serta Mastura Abdul Rahman. Lahirnya kumpulan penggiat seni ini merupakan satu wadah bagi menyalurkan dan menilai tambah penghasilan karya-karya graduan KSSR. Wujudnya Bakat Muda Sezaman, sebuah pertandingan dan anugerah seni visual yang diperkenalkan oleh Balai Seni Lukis pada ketika itu telah mendorong mereka melahirkan karya-karya dengan kekuatan jati diri yang diterima sepanjang tempoh pengajian.

Gambar 1: Penulis bersama Rini Fauzan dan Rashidi pulang dari studio Jabatan Tahun Satu, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Keempat-empat karyawan ini merupakan major in sculpture semasa menamatkan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus mereka. Pendedahan awal pada awal memasuki Jabatan Seni Halus dengan mendalami seni arca di bawah kendali Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Zakaria Awang, Ariffin Ismail dan Ramlan Abdullah menguatkan lagi teras pemahaman dan pemerhatian dalam menghasikan karya mereka. Aktiviti berpameran ketika masih di dalam pengajian seni sememangnya digalakkan oleh para pensyarah dengan penyertaan dalam pameran berkumpulan dan pertandingan. Galeri Shah Alam (GSA) merupakan sebuah galeri yang paling hampir dengan mereka. GSA adalah wadah di bawah pentadbiran Yayasan Seni Selangor yang aktif pada awal 90-an dengan pelbagai pameran dalaman dan luar negara. Pameran Suara telah berlangsung pada 6 Oktober 1995 di Galeri Shah Alam bersama 20 rakan sekelas telah membuktikan “……berkat ketabahan dan kesungguhan para pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Halus semester akhir ini (CO1997). Mereka ini akan tampil ke hadapan sebagai pelukis-pelukis yang disegani pada masa akan datang. Di bawah mana kumpulan Suara Jiwa mereka inilah contoh generasi muda masa kini untuk merealisasikan wawasan 2020”. Seterusnya mereka meneruskan aktiviti pameran ke Perbadanan Muzium Melaka pada tahun 1996 dan pameran Form & Media di GSA pada 1997 sebelum memberikan fokus yang mendalam kepada karya penilaian Tahun Akhir mereka, IDENTITY. Setahun kemudian mereka berempat kembali bersama dalam pameran ART-4 Men Show di Balai Seni Maybank. Mengendalikan pameran bersama mereka menampakkan kesungguhan yang jitu dan serius dalam penghasilan karya setelah melangkah keluar dari KSSR. Kegawatan ekonomi melanda tidak sedikit pun menjejaskan semangat juang mereka.

Pameran berkumpulan seperti ‘Maya’, Galeri Wan di City Square pada bulan Mac 1990 yang melibatkan Tengku Sabri, Ahmad Shukri Elias, Suhaimi Abdul Wahab, Riaz Ahmad Jamil, Hanafiah Waiman dan Young Jeffery membuktikan kekuatan dan nekad melangsungkan aktiviti berpameran. Ianya diteruskan oleh graduan seperti Fauzin Mustapha, Hasnol Jamal Saidon, Taufik Abdullah dan Mat Noor Mahmud dalam pameran ‘4 Persepsi’ di Centre Stage Performing Arts, Bangsar. Selepas menceburi bidang pekerjaan dan mempunyai haluan sendiri lokasi tersebut diganti oleh Kumpulan Matahati yang terdiri daripada Bayu Utomo Radjikin, Ahmad Shukri Mohamed, Ahmad Fuad Osman, Masnoor Ramli Mahmud dan Hamir Soib. Gambar 2: Pameran ART 4 Men Show, Balai Seni Maybank, Kuala Lumpur, 1998.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
senikini#18 by senikini - Issuu