senikini#18

Page 15

Galeri Shah Alam, Selangor

sendiri contohnya, seorang pelukis tanah air iaitu Ibrahim Hussein, beliau hanya mengumpul dan mempamerkan hasil karya beliau sahaja pasa suatu ketika dahulu. Galeri beliau yang ditempatkan di tingkat bawah rumahnya, yang mengandungi 3 tingkat. Selain daripada muzium kerajaan dan persendirian, terdapat juga dewan-dewan bandar raya ataupun tempat-tempat lain yang menyediakan tempat untuk pameran seperti contoh bangunan Kedutaan Australia, hotel, dewan bangunan Dewan Bandar raya dan lain-lain. Muzium seni yang terdapat di Malaysia dikelaskan kepada 4 bahagian : •

Muzium seni kerajaan

Muzium seni korporat

Muzium seni awam

Muzium seni komersial

Muzium seni awam

Menurut Collier’s Encyclopedia Volume 14, pengertian muzium seni ialah sebuah bangunan atau gedung untuk menyimpan barang-barang pameran umum atau unik seperti contoh antikuiti dan hasil seni.

Balai Seni Visual Negara (BSVN), Kuala Lumpur, Malaysia

Manakala balai seni merupakan satu pusat yang mengumpul karya-karya seni dan bahan kebudayaan. Ia mempunyai kepentingan akademik bagi penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran dalam peranan bagi menjayakan perlaksanaan nasional. Balai seni adalah merupakan satu badan yang bertanggungjawab memperkenalkan kesenian negara melalui pameran-pameran yang diadakan.

Galeri Shah Alam merupakan contoh muzium semi kerajaan di bawah kawalan Kerajaan Negeri Selangor dimana kerajaan memberi peruntukan tahunan tetapi tidaklah merupakan peruntukan sepenuh kerajaan, ianya meliputi sebahagian kecil sahaja. Matlamat utama penubuhan adalah untuk menyokong pelbagai kegiatan seni tampak di Malaysia disamping menyediakan tempat untuk para pelukis mempamerkan hasil karya mereka. Selain itu mereka juga bertanggungjawab mendokumentasikan hasil karya untuk dijadikan rujukan awam juga sebagai khazanah negara.

Muzium Seni 53 tahun yang lalu, pelukis-pelukis tanah air belum lagi memahami tentang pengertian sebenar balai seni, tetapi sekarang semuanya telah berubah. Selepas kemerdekaan kerajaan Persekutuan telah meluluskan cadangan untuk mengadakan sebuah balai seni untuk negara. Bertolak dari itulah telah nampak beberapa galeri lain dibuka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ia dibahagikan kepada 4 jenis utama :

Balai Seni Lukis Kerajaan

Sejarah bermulanya muzium seni di tanahair ialah apabila penubuhan Balai Seni Visual Negara pada tahun 1958 iaitu pada 53 tahun yang lalu. Selepas itu barulah ia diikuti oleh penubuhan galeri persendirian yang secara individu oleh pelukis-pelukis tempatan.

Definisi Perkataan muzium bermakna gedung dewata, muzium pertama ditubuhkan oleh Ptolemy di Iskandariah. Perkataan itu juga bersamaan dengan mausoleum bermakna maqam. Muzium, balai ataupun galeri seni adalah merupakan suatu tempat di mana barang-barang kesenian negara disimpan dan dipamerkan kepada orang ramai. Balai seni lukis atau galeri seni lukis adalah dua nama yang mempunyai pengertian dan tujuan yang sama. Balai seni lukis, merupakan sebuah bangunan yang mempunyai ruang-ruang yang luas untuk tujuan mengadakan pameran-pameran tertentu. Disinilah nanti hasil-hasil karya seni lukis tempatan dan luar negeri disimpan dan dipamerkan. Hasilhasil karya seni yang menjadi koleksi balai seni lukis adalah terdiri daripada barang-barang kesenian seni tampak. Ini termasuklah seni catan, seni arca (termasuk patung-patung orang asli) barang tembikar, seni tekstil, ukiran-ukiran Melayu dan juga barang-barang kesenian Melayu. Himpunanhimpunan karya itu bukanlah terdiri daripada barang-barang kesenian di dalam negeri sahaja tetapi meliputi barang-barang kesenian luar negeri.

Galeri Petronas, di Menara KLCC

Malaysia seperti juga dengan negara-negara lain didunia mempunyai balai seni lukis sendiri. Balai seni lukis yang dimaksudkan ini ialah Balai Seni Visual Negara. Balai seni lukis ini merupakan sebuah balai seni lukis kerajaan. Apa yang dimaksudkan dengan balai seni lukis kerajaan ialah dimana balai seni lukis itu menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan telah memperuntukan bantuan tahunan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Matlamat penubuhan Balai Seni Visual Negara ialah untuk memajukan dan mendorong perkembangan seni di Malaysia, menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat penyelidikan dalam hal-hal seni lukis dan seni reka serta menyediakan kemudahan-kemudahan bantuan dan sokongan dalam programprogram seni.

Muzium seni korporat Muzium seni yang dimaksudkan ialah seperti Galeri Petronas dan Galeri Bank Negara kerana ianya dibiayai oleh badan-badan korporat ternama tempatan. Antara falsafah korporat Petronas ialah menaikkan taraf seni tampak di Malaysia melalui pelbagai program pembangunan dan promosi bagi meningkatkan lagi tahap pemahaman dan apresiasi seni di kalangan masyarakat. Galeri Petronas yang dibuka pada tahun 1993 bertujuan untuk menyediakan tempat untuk kemudahan artis berpameran telah pun menjadi hos kepada lebih 100 buah pameran tempatan dan antarabangsa serta telah menerima kedatangan beribu pengunjung. Bertempat di premis baru di tingkat 3, Menara 2, Menara Berkembar Petronas dengan keluasan 21,500 kaki persegi, tiga kali ganda lebih besar dari galeri yang terdahulu jelas menunjukkan betapa seriusnya Petronas dalam usaha memelihara dan membangunkan kegiatan seni tampak di negara kita.

Wisma Kebudayaan SGM, Kuala Lumpur

Muzium seni milik persendirian Galeri persendirian (private gallery) merupakan galeri yang dijalankan secara perseorangan ataupun secara kongsi. Galeri persendirian tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan. Seperti di negara-negara lain di dunia, galeri-galeri persendirian banyak dibuka diseluruh negara. Di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja sehingga kini lebih kurang 20 galeri persendirian dibuka. Galeri-galeri persendirian ini biasanya dijalankan oleh artis-artis tempatan. Artis-artis atau pelukis-pelukis ini membuka galeri mereka dirumah-rumah mereka sendiri atau di bangunan rumah kedai yang di sewa. Tidak ada bangunan khas digunakan untuk galeri. Tempat-tempat yang digunakan sekarang ialah sebuah bilik yang telah diubahsuaikan untuk digunakan sebagai sebuah galeri. Antara fungsi-fungsi galeri persendirian ini ialah : •

Untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pelukis yang baru

Membantu pelukis-pelukis mengatasi masalah tempat untuk mengadakan pameran, pengurusan jualan hasil karya dan lain-lain.

Menolong pelukis-pelukis muda menghadapi pengkritik untuk mencari pasaran dan publisiti.

Membantu perkembangan seni lukis di tanah air.

* Zitil Akhyar Baharin merupakan artis dan penulis bebas.

Galeri dan Muzium Bank Negara Malaysia


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
senikini#18 by senikini - Issuu