S ENI
pg/17
Ukiran Kayu
Dalam masyarakat kita di Malaysia, seni ukiran kayu bermula sejak dari zaman keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Masyarakat Melayu dahulu sangat memberi perhatian kepada seni ukiran kayu terutamanya pada ukiran rumah kediaman dan istana. Pada zaman dahulu, ukiran kayu yang terdapat pada rumah seseorang melambangkan status kedudukannya. Semakin banyak ukiran yang terdapat pada rumah kediaman, semakin tinggi status seseorang dalam masyarakat.
| SITI MAISARAH BAKAR
Seni
telah dirujuk kepada, “Skill in performance, acquired by experience, study or observation or to the results produced by such skill.”1 Franz Boas pula menyatakan bahawa kesemua seni membawa implikasi kemahiran teknik.2 Kemahiran yang dimaksudkan oleh kedua-dua sarjana di atas membawa erti kebolehan yang tidak dapat diperolehi secara automatik dan sama rata oleh kesemua manusia tetapi lebih kepada satu kebolehan yang dimestikan oleh seseorang individu.3 Max Vermorn pula menyatakan bahawa seni ialah, “The faculty to express conscious by means created by the artist himself in such a manner that they may be perceived by our sense ergans. In general sense, language, song, music and dance are art, just as well as painting, sculpture and ornamentation.”4 Seni juga dapat didefinisikan sebagai usaha untuk menciptakan bentuk-bentuk yang melahirkan rasa kesenangan hati. Jadi, dalam menilai satusatu bentuk seni, akan wujud dalam diri individu itu perasaan suka, senang atau sebaliknya dan selalu menegaskan perasaan yang mengalami keindahan.5 Munro pula memberikan penerangan yang lebih kurang sama apabila menerangkan seni itu sebagai; “Art is skill in making or doing that which is used or infended as stimulus, the meaning if suggests or both are felt as beautiful, pleasant, emotionally as objets of direct experience in addition to any instrumental values they may have”.6 Bentuk-bentuk seni adalah banyak dan termasuklah aktiviti-aktiviti utama seperti ‘pictocial’ dan ‘representional’. Di antaranya ialah lukisan dan pengukiran, seni sastera (lagu, cerita dan lain-lain) seni yang berkaitan dengan drama dan perhiasan. Secara ringkasnya, kesenian dapat dikatakan sebagai keseluruhan yang meliputi aspek-aspek seperti seni lukis, seni ukir, seni bina, seni pahat, seni anyaman, seni tenun dan sulam menyulam, seni foto, seni lakon, seni sastera, seni tari, seni nyanyian dan lain-lain lagi.7 Warisan khazanah budaya lahir dalam pelbagai bentuk seni dan rantau ini banyak menghasilkan karya seni seperti tembaga, perak, anyaman buluh, ukiran kayu dan lain-lain lagi. Ukiran kayu tradisi Melayu adalah merupakan reka bentuk tradisi yang menjadi warisan turun temurun.
ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak 500 tahun dahulu melalui catatan sejarah terutama dalam catatan karya-karya lama seperti Sulalatus Salatin dan Misa Melayu.
Berbagai bentuk dan corak ukiran ini terdapat di rumah-rumah, istanaistana, masjid, pusara, peralatan senjata, pintu gerbang, alat-alat muzik tradisi, perabot, kepala perahu dan sebagainya. Sesungguhnya, ukiran kayu tradisi ini mejadi milik masyarakat yang memiliki pemikiran dan falsafah yang mendalam.8 Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain, cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak iaitu terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Menurut kamus Dewan, seni ukiran dapat didefinisikan sebagai; “Lukisan yang dibuat secara memahat, menguris, menoreh dan lain-lain pada bahagian-bahagian tertentu manakala ukiran itu sendiri mewujudkan sesuatu yang telah diukir”. Ukiran itu adalah hasil yang terbentuk dari kesan mengukir dengan menggunakan alat-alat tertentu seperti pisau, pahat atau benda-benda tajam pada sesuatu permintaan lalu menghasilkan suatu lukisan atau gambaran sama ada berbentuk cengkung, cembung, tenggelam atau timbul.9 Kepandaian mengukir dalam masyarakat Melayu bermula sejak zaman manusia menduduki gua lagi. Pelbagai kajian atau penyelidikan yang dibuat mendapati banyak kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan. Dari tinggalantinggalan yang ada, ukiran dari zaman itu bolehlah dikatakan dalam bentuk simbol dewa-dewa dan kuasa dalam kepercayaan masyarakat pada masa itu. Bentuk-bentuk ukiran wajah ‘kala’ dan ‘dewata’ menjadi motif ukiran yang utama. Sejarah awal seni ukir tidak dapat dipastikan secara jelas. Namun, hal ini dipastikan melalui catatan sejarah dari jumpaan ukiran pada zaman Neolitik di Asia Tenggara yang terdapat pada belanga, gelang, kendi, gong dan pinggan mangkuk. Di Tanah Melayu, dikatakan bahawa seni
Kewujudan seni ukiran kayu tradisi dapat dibuktikan melalui karya-karya agung sejarah Melayu. Misalnya dalam Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang, mencatatkan keindahan seni bina istana Sultan Mansur Shah (1459-1477). Istana tersebut digelar sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’ oleh rakyat jelata. Misa Melayu juga turut menggambarkan keindahan seni ukir istana di Pulau Indera Sakti yang terletak di Kuala Sungai Kinta, Perak semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkanain (1755-1780). Hal ini menunjukkan bahawa, Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembangkan seni ukiran kayu di Tanah Melayu ketika itu. Seni ukiran telah melibatkan keahlian para seniman tempatan dalam mengolah bahan yang diselaraskan dengan kecekapan teknik dan kegairahan emosi cipta.10
1. Richard L. Anderson, 1979, hlm. 159. 2. Franz Boas, Primitive Art, Dover Publication, New York, 1940, hlm. 535. 3. Powzi Bin Muda, Kertas Projek, “Bentuk dan Corak Ukiran Kayu T Tradisi Melayu”, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1988/1989, hlm 6. 4. Maz Vermorm, 1920, hlm. 8. 5. Powzi Bin Muda, Kertas Projek , “Bentuk dan Corak Ukiran Kayu Tradisi Melayu”, hlm 7. 6. Munro Thames, The Arts and Their Inter Relations, The Liberal Art Press, New York, 1969, hlm. 107. 7. Ibid. 8. Powzi Bin Muda, Bentuk dan Corak Ukiran Kayu Tradisi Melayu, hlm 1. 9. Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 755. 10. Siti Zainon Bin Ismail, Tulisan Sebagai Seni, Dewan Budaya, September, 1982, hlm. 42.