Dilahirkan pada 1948 di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan seni melalui Wednesday Art Group (WAG) di Kuala Lumpur. Beliau banyak menyertai pameran di dalam dan juga luar negara. Pada tahun 1962 – 1965 menyertai pameran ‘Young Artist’ yang dianjurkan oleh Art Council, Kuala Lumpur. Pada tahun 1969, beliau menyertai pameran ‘Malaysian Art’ di Australia dan New Zealand. Pada tahun 1978, beliau menyertai pameran ‘Malaysian Art 1965-1978’ di Commonwealth Institute, London, tahun 1982 menyertai ‘Treatment of Local Landscape in Modern Malaysian Art’ , dan pameran ‘25 Years of Malaysian Art’ di Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Karya beliau pernah menyertai ‘Lelongan Catan Asia Tenggara’ oleh Christies dan Sotheby’s di Singapura. Karya-karyanya banyak mengekspresikan dunia kanak-kanak yang murni dan menawan kepada alam kanak-kanak Malaysia.
DZULKAFLI BUYONG atau DZULKIFLI BUYONG (1948 - 2004)
‘Night In Langkawi’ 1996 Akrilik 139.3 x 99cm
Dr. Zakaria Ali, ‘Alif Ba Ta: Riwayat Hidup Ahmad Khalid Yusof’, Balai Seni Lukis Negara, 2004.
Dr. Zakaria Ali, ‘KeMalaysian Senilukis Malaysia: Soal Identiti’, Balai Seni Lukis Negara, 1991, Balai Seni Lukis Negara, ‘Perolehan Terkini 1995 – 1998’, 1998.
Safrizal Shahir, ‘Karya Instalasi 2006 Integriti: Pameran Solo Seni Pop Jeri Azhari’, Balai Seni Lukis Negara, 2006
Dr. Zakaria Ali, ‘Abdullah Ariff: Bapa Seni Lukis Moden Malaysia’, Balai Seni Lukis Negara , 2004
RUJUKAN
Dilahirkan pada tahun 1922 Kampung Pum Pung , Kedah. Melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (sekarang Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak dan telah menjadi guru pendidikan seni. Pada tahun 1946 A.J. Rahman bersama A.B. Ibrahim dan dan pelukis komik Saidin Yahaya telah mengusahakan ‘Warna Art Studio’ di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1959, beliau telah berpindah ke Kuala Lumpur. Bagi karyawan dan penggemar seni pada pertengahan 70-an hingga awal 80-an, studio di Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman mengembalikan nostalgia. Di sini masyarakat seninya bergerak aktif dan namanya semakin dikenali khalayak. Di Pasar Seni yang pernah wujud di Jalan Belanda (belakang menara jam ) merupakan tempat utama para karyawan berkumpul. Kemasyhuran dan kegemilangan bersama rakan-rakannya seperti Raja Azhar Idris, Tan Rahim Zahichi, Hamzah dan Bakhtiar membuat mereka bukan sahaja disenangi oleh orang tempatan, malah dikenali oleh pelancong asing. Tema pantai, sungai, bendang dan perkampungan melayu menjadi tema kesukaannya .Pada tahun 1996 satu pameran khas A Homage To A J Rahman telah diadakan oleh Art Case Gallery kepunyaan Raja Azhar Idris dan dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu ketika itu Tan Sri Kamarul Ariffin.
ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN atau A.J. RAHMAN (1922 - 1995)
‘Membakar Semut’ 1967 Pastel 81.5 x 120.5cm
dan Ibu’ dalam majalah yang sama. Dilantik menjadi pelukis Persatuan Air-Raid Precautions (A.R.P) yang menjadi pertahanan sukarela yang berjaga-jaga untuk membantu dalam keadaan cemas akibat peperangan sebelum serangan Jepun. Madah Abdullah Ariff bahawa seni itu tiada batasan menyebabkan dia disayangi ramai.
Dilahirkan pada 9 Julai 1950 di Kuala Terengganu, Terengganu. Mula bergiat dalam seni pada awal tahun 1970-an. Beliau banyak menghasilkan karya lukisan untuk papan iklan, potret, abstrak, dan mural . Pernah mengadakan pameran lukisan di hotel-hotel seluruh negeri Terengganu seperti di Primula Park Royal , Kuala Terengganu. Karya beliau menjadi koleksi perseorangan dan syarikat dan pernah menjadi hakim bagi pertandingan melukis di peringkat sekolah di Terengganu. Beliau juga aktif dalam bidang nyanyian lagu-lagu ghazal dan boleh bermain biola dan organ. Lukisan becanya banyak merakamkan aktiviti-aktiviti masyarakat melayu seperti bermain gasing, bermain wau, congkak yang bertujuan menyanjungi etos budayanya.
DAHLAN SULAIMAN atau MOHAMAD DAHAM BIN SULAIMAN (1950 - 2000)
‘Rumah Orang Kaya Terengganu’ 1994 Cat enamel atas kayu 24 x 67cm
Dilahirkan pada 1 September 1936 di Kota Tinggi, Johor. Mendapat pendidikan di Johor Baharu dan Singapura. Di Singapura beliau belajar melukis dari pelukis Chen Wen-Hsi yang ketika itu mengajar di Nanyang Academy of Art iaitu sebuah akademi senilukis yang terkemuka di Singapura. Beliau adalah pelajar Malaysia yang pertama mendapat biasiswa daripada kerajaan Peranchis dan menuntut di Ecole Nationale Superieure des Beaux Arts Academy. (1959 – 1962). Menjadi Penyelia Seni di Penang High School dari tahun 1962 hingga 1963. Beliau telah mengadakan pameran bermula sejak tahun 1951 di dalam dan luar negara seperti di Singapura, Bangkok, India,Australia, Jerman, Paris, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Karya beliau juga menjadi koleksi negara dan diluar seperti di Muzium dan Galeri Singapura, Boston Art Gallery, Sonnenberg International Centre, Hanover, Jerman. Karya-karya terbaik beliau cuba secara sedar menggabungkan pengaruh timur dan barat. Sumbangannya terhadap senilukis Malaysia terletak dalam percubaannya yang tidak sedikit berjuang dengan masalah identiti budaya sementara pada waktu yang sama menggunakan idiom moden. Karyanya ‘Pilihanraya’ ,(1978) memperlihatkan sekumpulan wanita berbilang kaum meneliti poster-poster pilihanraya menonjolkannya usahanya dalam konteks sosial.
CHIA YU CHIAN (1935 - 1990)