Emel Rasmi 2 (RSS)
Soalan:
Singapura kini mempunyai semakin banyak tarikan pelancong yang hebat dan gah. Sebagai seorang pemandu pelancong yang berpengalaman, berikan pendapat kamu tentang hal ini. Mengapakah usaha seperti itu diambil oleh pihak pemerintah dan apakah kesannya kepada Singapura secara keseluruhan? Berikan respons kamu kepada tourism.sg@eco.co.sg
Daripada: nabilah_01@hotmail.com
Kepada: tourism.sg@eco.co.sg
Subjek: Pendapat mengenai jumlah tarikan pelancong yang semakin hebat dan gah
Tuan,
Merujuk kepada perkara di atas, saya Nurul Nabilah Bte Adnan, seorang pemandu pelancong, amat berbesar hati untuk mengutarakan pandangan saya mengenai kenaikan jumlah tarikan pelancong yang semakin gah. Sebagai seorang yang telah berkhidmat lama dalam sektor pelancongan, saya telah perasan kenaikan dalam jumlah pelancong ke Singapura sejak beberapa tahun yang lalu. Berdasarkan statistik kedatangan pelancong pada tahun lalu sahaja, jumlah pelancong yang datang dari Amerika Syarikat lebih tinggi jika dibandingkan dengan para pelancong dari Asia Tenggara. Dek zaman yang semakin moden dan juga pengaruh globalisasi, pemerintah semakin giat untuk membangunkan lebih banyak tarikan-tarikan pelancong di Singapura.
Isu tekanan merupakan salah satu faktor mengapa aktiviti pelancongan merupakan aktiviti termashyur dalam kalangan masyarakat kita. Tidak kiralah dari pelusuk dunia mana sekalipun, jumlah para pelancong yang melancong ke luar negara dengan tujuan santai kian meningkat. Sebagai salah sebuah negara yang terpencil di peta dunia dan juga sebuah pulau yang tidak mempunyai sumber alam, pemerintah terkpaksa mencari wadah lain untuk memastikan kestabilan ekonomi. Justeru, salah satu wadah adalah dengan bergantung pada sumber dari aspek pelancongan. Isu menaiktarafkan sesebuah daya tarikan pelancong bukanlah sesuatu berita yang asing bagi warga negara Singapura. Setiap hari, ada sahaja idea-idea baharu yang ditimbulkan oleh pihak pemerintah untuk memperbaiki lagi cara-cara menarik para pelancong ke Singapura. Melalui daya tarikan yang ada, perspektif yang orang ramai ada terhadap Singapura sebagai sebuah negara yang tidak membangun dapat diubah sama sekali. Dengan adanya daya tarikan pelancong seperti Chinatown dan Little India, para pelancong dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang budaya dan kehidupan yang sebenar di Singapura. Pada masa yang sama, pembinaan Marina Bay Sands boleh dijadikan sebagai daya tarikan bagi para pelabur. Justeru, Singapura akan menjadi sebuah tempat pelaburan yang terkenal di mata dunia.
Dengan adanya pembinaan daya tarikan yang semakin gah, tentu sekali masyarakat Singapura sedikit-sebanyak akan terjejas. Tidak dapat saya sangkalkan bahawa disebabkan usaha pihak pemerintah untuk menarik perhatian para pelancong, taraf kehidupan di Singapura juga menjadi semakin tinggi. Ekonomi yang telah maju dengan pesat akan mengakibatkan kenaikan dalam mata wang di negara ini. Sejak kebelakangan ini, isu ‘pencurian’ pekerjaan oleh warga asing telah pun menggegar kaca televisyen kita. Ramai antara masyarakat kita sudah semestinya bermasam muka dengan pengambilan peluang pekerjaan sedemikian. Saya tidak dapat menafikan bahawa usaha pihak pemerintah untuk menarik perhatian para pelancong amat berkesan. Walau bagaimanapun, angkara faktor tersebut, lebih banyak warga asing yang tertarik untuk bermastautin di Singapura. Ini juga bermakna bahawa mereka memerlukan sebuah pekerjaan dan telah mengakibatkan perampasan peluang pekerjaan bagi warga negara Singapura. Namun, warga Singapura juga harus melihat ini dari sudut yang positif. Tamsilnya, dengan wujudnya daya tarikan yang kian meningkat di Singapura, masyarakat kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka. Dengan demikian, hubungan kekeluargaan di Singapura akan menjadi erat.
Sebagai seorang pemandu pelancong, tentu sekali saya berasa sukacita tatkala melihat penambahan dalam daya tarikan pelancong yang semakin gah. Dengan adanya usaha sedemikian daripada pihak pemerintah, jumlah para pelancong akan bertambah dan ini akan mengukuhkan lagi kestabilan pekerjaan saya. Saya amat berbesar hati untuk berkhidmat sebagai seorang pemandu pelancong dan mengenalkan para pelancong kepada budaya dan cara kehidupan kita. Tarikan-tarikan pelancong di Singapura ternyata telah memanfaatkan para pelancong dari segi penambahan dalam ilmu pengetahuan dan juga masyarakat kita sendiri.
Natijahnya, saya amat menyokong usaha pihak pemerintah dalam menaiktarafkan daya tarikan pelancong. Dengan adanya kepelbagaian dalam tempat tarikan pelancong, kedua-dua pelancong dan warga negara Singapura sendiri akan meraih manfaat yang cukup lumayan dan bermakna. Ekonomi Singapura juga akan bertambah lebih stabil dan kebahagiaan juga dapat dikecapi. Pelbagai usaha pihak pemerintah boleh diperkenalkan pada masa hadapan.
Yang benar
Nurul Nabilah Bte Adnan
Hasil Karya
Nurul Nabilah bte Adnan
Menengah 4/8
4HML
Posted by Karya Kita a
Emel Rasmi 1 (MSS)
Soalan:
Kamu telah bergegas ke sebuah kedai elektronik yang terletak di gedung membelibelah Causeway Point kerana mesin pengisar kamu rosak semasa menyediakan bahan masakan pada suatu petang. Walau bagaimanapun, produk baharu kamu tidak berfungsi ketika kamu hendak menggunakannya di rumah. Kamu terpaksa memulangkan produk tersebut pada hari yang sama. Di kedai tersebut, kamu telah dilayan dengan baik oleh seorang jurujual lain walaupun kamu hendak menukar barangan. Jurujual itu juga telah menerangkan dengan jelas cara menggunakan produk elektronik tersebut. Kamu berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh jurujual tersebut.
Tulis e-mel kepada pengurus syarikat tersebut. Dalam e-mel kamu, nyatakan sikap baik jurujual itu yang patut dipuji.
Kamu dikehendaki menggunakan alamat e-mel yang berikut :
Alamat pengirim : mariani_minhad@gmail.com
Alamat penerima : homereliance@pacnet.com/customer-service
Jawapan:
Daripada mariani_minhad@gmail.com
Kepada homereliance@pacnet.com/customer-service
Subjek Penghargaan kepada Cik Wani
Tuan
Merujuk perkara yang tertera di atas, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas layanan baik yang telah dipamerkan oleh pekerja di tempat kerja tuan yang bernama Wani Liyana.
Pada 16 April 2015, saya telah ke kedai elektronik di gedung membeli-belah Causeway Point. Mesin pengisar saya rosak. Saya terpaksa beli yang baharu. Tetapi, produk yang telah saya beli dari kedai tuan tidak berfungsi dan saya terpaksa pulangkan produk itu pada hari yang sama. Walaupun saya hendak menukar barangan, saya telah dilayan dengan baik oleh Cik Wani. Bukan itu sahaja, Cik Wani juga menerangkan dengan jelas cara menggunakan produk elektronik tersebut.
Di samping itu, Cik Wani ialah seorang yang penyabar. Walaupun saya tergesa-gesa inginkan penjelasan dan mendapatkan mesin pengisar yang baharu, dia tetap sabar
semasa menjelaskan cara menggunanya. Air mukanya tenang semasa menjalankan tugas. Orangnya lembut dan sopan santun. Cik Wani pula berbicara dengan sopan. Saya berasa sungguh selesa berbicara dengan Cik Wani. Pertanyaan saya semua dijawab dengan jelas.
Walaupun ada ramai pelanggan, Cik Wani tidak tergopoh-gopoh. Dia bijak mengagihagihkan masa untuk melayan para pelanggan. Saya amat suka dengan sikapnya. Cik Wani juga telah menunjukkan produk-produk yang lain supaya saya lebih tahu sekiranya saya mahu membeli barangan elektronik. Pada pendapat saya, Cik Wani seorang yang profesional semasa bekerja.
Saya ingin mengucapkan tahniah atas keprihatinan tuan dalam memilih pekerja yang sopan santun, penyabar, peramah dan berpengetahuan. Saya amat berharap perkhidmatan yang baik seperti ini dapat dikekalkan. Sekian, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar
Mariani Minhad
Karya:
Nurul Nasshuhada bte Nazari
Kelas: 5S1
Emel Rasmi 2 (WDL)
Soalan:
Hantarkan lakaran rancangan serta aktiviti-aktiviti bagi program kemasyarakatan di luar negara yang bakal dijalankan kepada pengetua sekolah.
Jawapan:
Daripada: Herman Nur@e-warkah.com
Kepada: Pengetua@TK.edu.gov.sg
Subjek: Lakaran Rancangan Tentang Program Kemasyarakatan
Tarikh: 25 Februari 2015
Tuan
Merujuk perkara di atas, saya Herman Nur, selaku ketua pelajar dari Sekolah Menengah Rivervale ingin menerangkan lakaran rancangan serta aktiviti-aktiviti bagi program kemasyarakatan di luar negara yang bakal dijalankan. Program kemasyarakatan ini akan diadakan untuk para pelajar menengah 3 sahaja dan mereka akan melawati negera-negera seperti Thailand, Vietnam dan Bintan. Program ini akan diadakan pada 3 hingga 6 Jun, hari Khamis hingga Ahad iaitu selama empat hari dan tiga malam. Para pelajar akan melawati sebuah sekolah kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
Saya telah latarkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa di sana nanti. Aktiviti pertama ialah pelajar-pelajar akan menolong untuk membersihkan bilik-bilik darjah mereka dan membaiki meja dan kerusi yang buruk sebaik mungkin dengan kemahiran mereka. Dengan ini, bilik-bilik darjah mereka akan menjadi lebih bersih dan kondusif.
Manfaat yang boleh diraih daripada aktiviti pertama ialah kanak-kanak yang ke sekolah di situ boleh belajar dengan udara dan suasana yang lebih selesa.
Aktiviti yang kedua ialah pelajar-pelajar boleh mengajar kanak-kanak itu mata pelajaran seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya. Contohnya, para pelajar boleh mengajar kanak-kanak itu menjawab soalan-soalan yang mudah, bertutur dalam bahasa Inggeris dan sebagainya.
Manfaatnya ialah kanak-kanak itu akan meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa Inggeris dan mereka boleh mempertingkatkan pengetahuan asas dalam Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya.
Saya harap Tuan akan mempertimbangkan lakaran rancangan saya ini. Sekian, terima kasih.
Yang Benar
Herman Nur
Ketua Pelajar
Karya: Nur Nabilah Putri Bte Haris (3C)
Emel Rasmi 1 (WDL)
Soalan:
Sekolah kamu sering menghadapi masalah pelajar-pelajar datang lewat. Kamu dan rakan-rakan kamu berasa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab ini patut dihentikan segera. Kamu telah berbincang untuk mendapatkan idea-idea baharu bagi menangani masalah ini.
Tulis e-mel kepada pengetua sekolah kamu untuk memberitahunya sebab-sebab mengapa kamu beranggapan bahawa perbuatan datang lewat merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Dalam e-mel kamu, nyatakan juga beberapa cadangan yang telah kamu dan rakan-rakan kamu fikirkan bagi mengatasi masalah ini.
Kamu dikehendaki menggunakan e-mel yang berikut:
Alamat pengirim: zulkarnain@mymail.com
Alamat penerima: pengetuajagoh@menengahjagoh.com
Jawapan:
Daripada: zulkarnain@mymail.com
Kepada : pengetuajagoh@menengahjagoh.com
Subjek: Masalah Lewat Ke Sekolah
Tuan
Saya ialah seorang pelajar dari kelas 4A yang bernama Zulkarnain. Saya amat prihatin tentang murid yang sering datang lewat ke sekolah. Saya dan rakan-rakan saya rasakan bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab ini patut segera dihentikan. Saya dan rakan-rakan akan senarai sebab-sebab mengapa perbuatan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, kami juga mempunyai beberapa cadangan yang telah kami fikirkan bagi mengatasi masalah ini.
Sebab yang pertama ialah, murid-murid yang sering lewat ke sekolah akan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakan-rkan mereka yang di tingkatan rendah. Mereka akan mengikut langkah yang salah itu dan masalah ini akan berterusan. Untuk mengatasi masalah ini, guru-guru boleh memainkan peranan dengan meluangkan masa untuk berbual dan memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Guru boleh menasihati ataupun menyarankan langkah alternatif untuk muridmurid mengatasi masalah itu. Pihak kaunselling di sekolah juga perlu melangkah ke hadapan untuk membantu murid-murid ini. Pakar kaunselling boleh membincangkan perkara yang menjejas kelakuan mereka. Mudah-mudahan ini akan menimbulkan kesedaran dalam diri mereka.
Sebab yang kedua ialah, murid-murid yang datang lewat akan mengganggu kelas yang sedang dijalankan. Rakan-rakan dan guru harus menghentikan kelas dan menunggu murid itu masuk dn siap sedia. Rakan-rakan akan hilang konsentrasi pada kelas yang dijalankan. Ia juga membuang masa semua orang di dalam kelas. Saranan kedua ialah untuk menghubungi ibu bapa mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting. Mereka boleh memastikan bahawa anak mereka tidak lewat ke sekolah kerana mereka ada dengan anak mereka sejak awal pagi. Mereka lebih berhak dan mempunyai lebih kuasa mengawal anak-anak mereka.
Sebab yang terakhir ialah, apabila murid itu datang lewat, mereka akan ketinggalan pelajaran, membuang masa dan wang yang dibiayai oleh ibu bapa mereka. Bagi pesalah yang telah ditangkap berkali-kali, mereka bolehlah dirujuk kepada guru disiplin. Sebagai hukuman, mereka haruslah menjalani kelas tahanan atau telefon bimbit mereka ditarik. Dengan cara ini, mudah-mudahan pelajar akan menjadi serik dan tidak akan datang lewat lagi.
Saya harap tuan aka mempertimbangkan segala saranan yang telah saya dan rakanrakan berikan. Saya juga berharap semoga masalah ini akan segera diselesaikan. Sekian, terima kasih.
Yang benar Zulkarnain
Emel Rasmi 1 (RSS)
Soalan:
Benarkah anak remaja sekarang tidak tahu melakukan kerja rumah? Tugas seperti menggosok, mencuci pakaian apatah lagi memasak tidak pernah disentuh. Jika keadaan sebegini terbukti nyata, siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah punca berlakunya fenomena ini? Jika kamu berusia di antara 13 – 20 tahun, saya ingin mendengar pandangan kamu mengenai isu ini. Berikan juga pendapat kamu mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah ini.
Jawapan:
Daripada: asmah@hotmail.com
Kepada: hamidah@kgoomail.com
Subjek: Anak remaja sekarang tidak tahu melakukan kerja rumah
Hamidah Hamid,
Merujuk kepada perkara di atas, saya Asmah Bte Salim ingin mengetengahkan tentang isu anak remaja kini yang tidak tahu melakukan kerja rumah. Sebagai seorang pelajar menengah empat, saya tidak dapat menafikan bahawa pernyataan itu benar. Anak remaja kini tidak tahu berdikari dan melakukan kerja rumah. Jika ditanya kepada rakan-rakan sekeliling saya, lebih daripada sembilan puluh peratus tidak tahu melakukan kerja rumah seperti menggosok, mencuci pakaian dan lain-lain.
Pada hemat saya, fenomena ini berlaku akibat kemudahan-kemudahan yang terdapat pada zaman ini. Akibat teknologi yang semakin canggih pada hari ini, banyak tugas telah dipermudahkan. Sebagai contoh, tugas seperti mencuci pinggan mangkuk kini boleh diselesaikan dengan memicit butang-butang yang terdapat pada sebuah mesin ‘dishwasher’. Lagipun, anak remaja generasi ini tidak punya masa untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Arus kehidupan seseorang insan di negara kecil seperti Singapura amat pantas. Ramai tidak ada masa untuk melakukan kerja rumah akibat sibuk mengejar kejayaan. Seseorang anak remaja di Singapura akan selalunya tamat sesi persekolahan mereka lambat setiap hari. Apabila mereka pulang ke rumah untuk melakukan kerja sekolah serta mengulang kaji, jam pun sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Oleh sebab kesuntukan masa, kerja rumah pun dibiarkan.
Namun, masalah ini tidak boleh dibiarkan sahaja. Anak remaja harus pandai berdikari dan bertanggungjawab atas kebersihan rumah masing-masing. Kita tidak boleh bergantung kepada pembantu rumah ataupun ibu bapa untuk mengemas dan melakukan kerja rumah. Lagipun, mereka juga manusia dan tidak akan hidup sepanjang hayat. Jika mereka tidak melakukannya, siapakah yang akan menggantikan tempat mereka? Justeru, saya akan menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini.
Pertama, ibu bapa harus mendidik anak masing-masing untuk bertanggungjawab dan melakukan kerja rumah dari kecil lagi. Jika tidak, mereka akan membantah dan memberi pelbagai alasan. Lagipun, jika seseorang itu telah melakukan kerja rumah sejak kecil lagi, ia akan menjadi sebuah tabiat. Bak pepatah; meluntur buluh biar dari rebungnya, ia lebih baik jika ibu bapa mendidik anak mereka sejak mereka kecil lagi. Namun, ia belum lagi terlambat. Didikan ibu bapa kepada anak remaja itu boleh membuat mereka lebih berdisiplin.
Kedua, pihak sekolah boleh mengadakan beberapa sesi di mana para pelajar ditugaskan untuk melakukan kerja rumah seperti menyapu bilik darjah mereka, melipat kain baju yang terdapat di bilik ‘Home Econs’ ataupun di bilik ‘Props’. Dengan cara ini, para pelajar juga dapat belajar dan melalui bagaimana untuk melakukan kerja rumah. Saya rasa cara ini amat berfaedah kerana pelajar akan menambah ilmu tentang kerja rumah walaupun mereka tidak melakukannya setiap hari.
Saya juga sarankan agar pihak sekolah sering mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di mana para pelajar akan membantu secara sukarela di sebuah rumah tumpangan. Di situ, saya pasti
pihak rumah tumpangan itu akan meminta pelajar tersebut untuk menolong melakukan pelbagai tugas rumah seperti mencuci cadar, menyapu, mengemop lantai. Melalui pengalaman ini, para pelajar akan memulakan tabiat mereka untuk melakukan kerja rumah. Lagipun, mereka juga sedang melakukan suatu kebaikan sambil melakukan kerja rumah di rumah tumpangan tersebut.
Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa fenomena ini perlu dihentikan secepat mungkin kerana ia boleh menjejas masa hadapan mereka apabila mereka sudah berumahtangga. Saya harap langkah-langkah yang telah disebutkan awal tadi dapat memberi pihak-pihak tersebut beberapa idea bagi menangani masalah ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
Asmah
Hasil karya
NURSHARINA ZURAIDAH
Menengah 4/8
4HML
Daripada: mustaqim@gmail.com

Kepada: jeremy_lee@starlight.sg
Subjek: Masalah Vandalisme di Sekolah
Tuan
Merujuk kepada perkara yang tertera di atas, saya, Mustaqim Bin Mansur, ingin membuat aduan tentang masalah vandalisme yang semakin meningkat di sekolah. Satu kejadian vandalisme telah berlaku di kelas 4 Cheetah pada hari Rabu, 18hb Julai 2015 pada jam tiga petang. Tiga orang pelajar telah bermain bola sepak di dalam kelas semasa guru tidak ada bersama-sama mereka. Akibatnya, banyak kerosakan telah berlaku.
Aduan 1
Pertama, perbuatan para pelajar bermain bola sepak di dalam kelas telah menyebabkan dinding kelas menjadi kotor. Perkara ini amat memprihatinkan kerana ia telah menjejas kebersihan kelas. Pada pandangan saya, para pelajar tersebut sepatutnya mempunyai sifat bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kelas.
Aduan 2
Kedua, tendangan bola sepak oleh salah seorang daripada mereka telah menyebabkan tingkap kaca di kelas itu pecah. Akibatnya, seorang pelajar telah tercedera kerana terkena serpihan kaca tingkap itu. Saya berpendapat bahawa para pelajar itu tidak bertimbang rasa kerana perbuatan mereka telah mengakibatkan kesusahan terhadap orang lain.
Saranan 1
Oleh itu, saya ingin sarankan supaya guru mengambil tindakan disiplin ke atas para pelajar yang terlibat dalam masalah vandalisme ini. Contohnya, guru boleh merampas bola sepak milik pelajar yang terlibat dan memanggil ibu bapa atau waris pelajar untuk datang mengambil bola sepak itu. Dengan cara ini, para pelajar akan lebih berwaspada akan tingkah laku mereka.
Saranan 2
Saranan kedua saya ialah guru boleh menjelaskan kepada para pelajar tentang masalah vandalisme dan akibat melakukan vandalisme. Misalnya, guru boleh menunjukkan contoh-contoh vandalisme dan caracara untuk mengelakkannya. Dengan cara ini, para pelajar dapat meningkatkan kesedaran mengenai vandalisme dan akan berusaha untuk berkelakuan lebih baik.
Penutup
Akhir kata, saya berharap semoga Tuan mempertimbangkan isu-isu dan saranan-saranan yang telah saya kemukakan. Terima kasih atas kesudian Tuan membaca e-mel ini.
Contoh e-mel rasmi Yang benar Mustaqim