Clean drinking water is essential for poultry production

Page 1

KEBERSIHAN AIR MINUM MUSTAHAK UNTUK PENGELUARAN AYAM YANG BERUNTUNG

1


Dari semua nutrien ayam, air merupakan bahan yang paling penting. Ia adalah lebih penting daripada protein atau tenega. Jika ayam tidak meminum, atau pengambilan air tidak mencukupi, (misalnya puting air tersumbat atau air minum yang cemar), masalah akan terus tertimbul. Bentuk biasanya seperti pengambilan makanan menurun, dehidrasi, penumbuhannya lambat atau berhenti. Oleh kerana ayam meminum 2 dan selalunya 3 kali banyaknya air daripada pengambilan makanan, bekalan air minum yang kekal dan bersih merupakan sangat mustahak dan jelas. Air ialah keadaan yang unggul untuk pertumbuhan patogen penyakit. Bila terdapat nutrien wujud di dalam air, patogen akan membiak dengan cepat. Misalnya bakteria hanya memerlukan 30 minit untuk pembiakan dengan keadaan itu. Dalam masa semalaman, bila ayam berehat dan tidak meminum, ia memberikan banyak masa bagi mikroorganisma untuk mencemarkan air minum dengan teruk. Satu contoh yang baik ialah enterobakteria/colibakteria organisma. Di dalam satu ujian, sampel air minum diambil pada masa petang, cuma 100 ekor bakteria didapati di dalam satu ml air minum. Tetapi pada pagi yang berikut ia didapati telah dinaikkan kepada 5,000,000 ekor dalam satu ml air minum. Apabila ayam mulai meminum air pada pagi penyakit boleh merebak menerusi rumah-rumah ayam jika paip air di antaranya sambung bersama. Jadual 1 menunjukkan dengan nyata bagaimana mikroorganisma boleh membiak dengan cepat.

2


Jadual 1. Paras bakteria aerobik (CFU/ml) Dalam air minum ayam Ladang Di sumber paip Di akhir paip A 2,700 26,600 B 203,000 2,340,000 C 600 282,000 D 0 4,775,000

Nutrien yang paling biasa di dalam air minum ialah habuk kotoran dan zarah makanan kecil. Yang selalu tercuaikan ialah bahan tambahan yang boleh melarut dalam air minum. Kebanyakan bahan ini mempunyai komponen yang boleh menjadi sesuatu biofilm di dalam paip air. Terdapat bahan dalamnya yang mengandungi gula atau derivitif gula dan boleh menjadikan medium makanan yang paling sesuai untuk mikrob. Biofilm sebagai medium

Keratan lintang paip air – menggambarkan biofilm

Biofilm yang tebal dibentukkan apabila banyaknya bahan Bio-filmair inside(bitamin, galian, tambahan yang boleh melarutdepicting dalam elektrolit, enzim, antibiotik dsb.) digunakan pada pusingan produksi ayam. Biofilm ini (lihat Rajah 1) ialah medium yang unggul untuk mikroorganisma patogen yang menumbuh dan membiak. Organisma patogen ini boleh memasuki paip air dengan senang menerusi reservoir dan putin air yang tercemar. Mikrooganisma bergerak cepat dan boleh memasuki paip air dan mencemarkan seluruh sistem air minum. Selepas di dalam sistem itu, organisma akan melekat diri kepada biofilm dan proses pembiakan bermula.

3


Kecuali dipindahkan, biofilm di dalam paip air menjadikan sumber cemar yang tetap sungguhpun tanki asal telah patut dibersihkan. Untuk mencegahkan pembiakan mikrob yang merbahaya satu rangcangan kebersihan air minum patut dilaksanakan. Rangcangan ini mestilah mengandungi:  Membersihkan paip air di antara pusingan pemeliharaan ayam  Tetap membersihkan air minum menerusi tanki yang asal  Menghapuskan alga dalam air 1) Membersihkan paip air di antara pusingan pemeliharaan ayam Ini adalah biasa menggunakan ubat disinfeksi seperti HOLIMED* untuk tujuan ini. Ia sangant berkesan sekiranya paip air tidak mengandungi bahan organik seperti biofilm. Bila adanya kewujudan biofilm, cara yang berbeza diperlukan oleh kerana ubat disinfeksi ini tidak

4


cukup kuat untuk memasuk ke dalam biofilm ini dan memindahkannya. AQUA BLITZ* telah diperbuatkan khas untuk memindahkan biofilm. Oleh kerana ubat ini terlalu kuat, ia hanya terhad digunakan pada masa yang tidak ada ayam di dalam reban itu. Pembersihan “di antara� pusingan produksi ayam tidak hanya terhad kepada paip utama yang datar untuk sistem air minum. Paip tegak yang membawa air ke alat minum adalah sama penting. Begitu juga untuk putin air atau cawan minum. Jika biofilm yang di dalam paip datar telah di pindahkan, tetapi ia masih wujud di dalam paip tegak dan masalah pencemaran akan berlaku semula lagi. Peringatan untuk pembersihan dan pengurusan: Tanki utama, bufer, atau tempat penyimpan: Semua tanki ini selalu diletakkan di atas ayam dalam reban. Oleh kerana ianya tempat yang terlebih panas dalam reban, air yang di dalam tanki ini mungkin biasanya sampai suhu bilik dan dicemarkan dengan zarah kotoran yang memberi keadaan unggul untul patogen cepat membiak. Paip air utama: Sistem air minum untuk perubatan biasanya mengandungi lebih biofilm daripada sistem utama oleh kerana bahan perubatan meliputi banyak bahan tambahan, yang boleh menyebabkan pertumbuhan biofilm di dalam paip air. Paip datar/paip tegak: Di anatara pusingan produksi ayam, paip datar dipastikan dibersih juga. Alat minuman, palong, alat minum yang berbentuk loceng: Bila sistem air berbentuk terbuka digunakan, bahan kotoran dan organisma patogen boleh memasuk dengan senang dari tempat ini. Ia mungkin lebih mencemarkan air apabila paras pengambilan air rendah. Keadaan ini selalu berlaku bila satu pusingan produksi ayam sedang bermula. 5


Suhu air: Pada masa suhu air tinggi (lebih daripada 20ºC), proses biologi mungkin merangsangkan perkembangan bakteria yang merbahaya – Botulism (Clostridium) dan Cyanobacteria. Bakteria Clostridium yang bersendiri tidak merbahaya, tetapi ia mungkin mengeluarkan toksin. Dalam air panas, bakteria ini mungkin bertumbuh dengan cara hebat dan menjadikan air minum bertoksin. Bagaimana AQUABLITZ digunakan 1. Kirakan jumlah air yang dikehendaki untuk membersihkan paip air minum. 2. Gunakan air yang cukup untuk MEMPASTIKAN PAIP AIR MINUM TELAH DIISIKAN DENGAH AIR BERUBAT. 3. Gunakan 50 grammes Aquablitz ke dalam 100 gelen air berubat. Kirakan jumlah Aquablitz digunakan. 4. Larutkan banyaknya Aquablitz dengan isipadu air yang terkira di langkah No. 1. 5. Tutupkan sistem. 6. Gosongkan tanki air utama untuk setiap reban. 7. Tambahkan air berubat (dengan Aquablitz) ke tanki di atas. 8. Bukakan sistem dan biarkan air dengan Aquablitz mengalir sambil mencuci. Memeriksakan alat minum di hujung reban supaya mempastikan air dengan Aquablitz telah menurusi seluruh tempat. 9. Biar tertinggal di situ selama sekurang-kurangnya 24 jam. 10. Selepas 24 jam mencuci sistem dengan air bersih. 11. Membersihkan sisa-sisa yang dilepaskan oleh Aquablitz. Selepas kerja-kerja ini, jika sisa-sisa masih wujud di dalam paip air minum, ulangkan langkah 1 ke 9. 12.Bila paip dan alat minum telah bersih, mencucikan dengan air bersih.

13. Bukakan sistem air semula. Peringatan: Aquablitz tidak boleh digunakan pada masa ayam/ternakan sedang menggunakan air dari paip air minum.

Pengawalan pada alga Alga, yang mempunyai potensi untuk menyumbatkan putin air dan paip air , boleh dikawalkan oleh menggunakan COPTROL*.. Lumpur atau kekat yang dibentukkan di atas air dalam palong air biasanya diakibatkan oleh alga. Pertumbuhan alga menjadi lebih kuat pada musim panas. Sesuatu spesis alga telah diketahui boleh mengeluarkan toksin untuk ayam. Alga biru-hijau (dikenalkan sebagai cyanobacteria), yang boleh 6


menjadikan air kepada biru, hijau dan juga merah, boleh mengeluarkan toksin yang menyebabkan masalah pada kulit, hati dan usus. Penggunaan COPTROL* akan menghapuskan alga. COPTROL* tidak merbahaya kepada ayam dan manusia tetapi sangat beracun kepada alga. Cuma dos yang kecil diperlukan 2mL(cc)/1000Lt dalam air minum. Keadaan kebersihan air minum HOLIMED* mesti digunakan dalam air minum untuk ayam pedaging supaya boleh menghapuskan jangkitan yang merebek dari titik air yang terjatuh menerusi air minum. 1 sudu teh untuk 200 liter air minum telah mencukupi untuk tujuan ini. Peringatan: HOLIMED* tidak boleh digunakan dalam air minum untuk ayam penelur atau bila masa penggunaan vaksin dalam air minum. Diperbuatkan oleh: Rural Chemical Industries (Aust) Pty. Ltd Unit 5, 7-9 Kent Road, Mascot, NSW 2020, Australia P O Box 6316, Alexandria, 2015 NSW Australia Tel: (612) 9667 0700 Email: info@rci.com.au

Fax: (612) 9669 0430 Website: www.rci.com.au

Freecall in Malaysia: 1800 80 2470  Nota: Aquablitz, Holimed, dan Coptrol ialah Cap dagangan berdaftar untuk RUTH CONSOLIDATED INDUSTRIES PTY LTD.

7


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.