Pelajar-pelajar diingatkan untuk mengetahui tetang syarat dan kaedah pengiraan merit. Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA/Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dan mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Sila faham dan cuba mengira merit mengikut keputusan semasa anda.