BULETIN RAHMAN BROTHERS OCT-NOV-DEC 2015

Page 1

OKTOBER

NOVEMBER DISEMBER

BIL : 47 SUKU KE EMPAT 2015

PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2013 (033137)

DHAR Terima Anugerah Khas Ma’al Hijrah 1437 Daripada JAWI Lawatan oleh Pengerusi PEKEMA Hari Graduasi dan Ihtifal 2015 Dato’ Hj. Abd. Rahman Di Kongres Muda 2015 Galeri Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim Kembara Ilmu Al Imtar ke Negeri Perak NASKAH Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga mengetahui pelbagai Menawarkan pelbagai pakej menarik untukrbtt.rahmanbrother.com.my Umrah dan juga pelancongan dalambagi dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

1

PERCUMA |


Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga rbtt.rahmanbrother.com.my bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

KANDUNGAN

2015

DHAR Terima Anugerah Khas Ma’al Hijrah 1437 Daripada JAWI

Galeri Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim

IKLAN : Rahman Brothers Bike

Lawatan oleh Pengerusi PEKEMA

Majlis Perpisahan Encik Marzuki bin Ismail

Pertandingan Boling Persahabatan Di Antara Rahman Brothers Dengan Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia, Selangor

Kembara Ilmu Al Imtar ke Negeri Perak

Kompilasi Gambar : Kembara Ilmu Al Imtar ke Negeri Perak

Hari Graduasi dan Ihtifal 2015

IKLAN : Rahman Brothers Automotive

Personaliti Pilihan

Kompilasi Gambar : Hari Graduasi dan Ihtifal 2015

Bila Kita Mati

Dato’ Hj. Abd. Rahman Di Kongres Muda 2015

Kejohanan Boling Piala DHAR Kali Ke-4 2015

Kompilasi Gambar : Kongres Muda 2015

Kompilasi Gambar : Kejohanan Boling Piala DHAR Kali Ke-4 2015

Ulang Tahun Kelahiran Oktober, November, Disember

Hari Anugerah SK Bukit Bandaraya

Lawatan Oleh Persatuan GuruGuru Sekolah Agama Rakyat

Sesi Ramah Mesra Bersama Unit Wakaleh, MAIWP

Gambar-Gambar Kenangan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim

Majlis Penghargaan Puan Junaidah

IKLAN : Rahman Brothers Automotive

EDITOR

DARIMEJA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bertemu lagi kita di Buletin Rahman Brothers Edisi ke 47. Sungguh pantas masa berlalu, kini kita sudah berada di penghujung tahun 2015. Januari tahun ini rasanya masih baru kita tempuh.. Menjelma tahun 2016, bermakna bertambah lagi setahun usia bumi ini. Begitu jugalah dengan usia kita. Sudah selesaikah segala agenda yang telah kita rancang untuk tahun ini? Berbagai peristiwa telah kita lalui di sepanjang tahun ini, ada suka dan mungkin juga ada yang duka. Pandanglah ke hadapan untuk kita sama-sama meneruskan penghidupan. Semoga kita semua dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, diluaskan rezeki dan sentiasa berada di dalam rahmatNya. Selamat membaca… Insya Allah.

MUKAHADAPAN

BULETIN Khamis, 29 Oktober 2015, hari yang sungguh bersejarah bagi warga kerja Rahman Brothers dan khasnya untuk Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahmn B. Hj. Ibrahim dimana hajat serta cita-cita beliau direalisasikan pada hari tersebut iaitu dengan jayanya telah berlangsung perasmian Wisma Rahman Brothers. Terletak di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, Shah Alam yang menempatkan pejabat pentadbiran, ruang pameran dan pusat servis kenderaan. Kesudian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Y.B Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed merasmikan Wisma Rahman Brothers merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada pihak Rahman Brothers. Di dalam waktu yang agak terbatas kerana beliau mempunyai jadual yang agak padat, beliau masih dapat meninjau ke lokasi-lokasi penting seperti ruang pameran bagi kereta dan motorsikal, bahagian servis kenderaan, galeri dan kelengkapan infrastruktur yang ada di Wisma Rahman Brothers. Diiringi oleh pihak Pengurusan Tertinggi KRB, Y.B. Dato’ Sri Mustapa sempat mengabadikan peristiwa yang bersejarah ini di dalam sesi fotografi bersama-sama pihak Pengurusan Tertinggi KRB.

KREWBULETIN

Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • penulis Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri, Manisah Majid, Mohd Shukri Md Yatim, Intan Dianna Sazali, Norhabibah Binti Abd Rahim, Muhammad Aisamuddin Zainuddin, Koleksi DHAR, Sumber Berita, Sumber Laman Sesawang • Urusetia Muhammad Hazli Manaf, Mazzita Mohamed, Zulkefli Mohd Korib, Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Intan Dianna Sazali • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • EDARAN Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri +603-5614 2252 (DL) • Pencetak REKA CETAK SDN. BHD. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat, 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No. 6, Persiaran jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN. • Telefon +603 5614 2222 • Faksimili +603 5614 2233 • Laman Web www.rahmanbrothers.com.my • E-mel buletin@rahmanbrothers.com.my •


BULETIN RAHMAN BROTHERS

SUKU KE EMPAT EDISI

KE-47

Bulan Oktober, November, Disember

DARI MEJA

PENGERUSI EKSEKUTIF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Segala puji-pujian bagi ALLAH SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, dapatlah saya memberikan sepatah dua kata-kata nasihat kepada semua warga KRB yang dikasihi sekelian. Hari-hari yang berlalu telah kita tinggalkan, membawa harapan dan cita-cita untuk kita menuju ke tahun 2016 yang rentak dan coraknya belum pasti. Sebagai insan yang beriman, hendaklah kita sentiasa bermuhasabah diri. Merenung kembali akan segala amalan mahupun kesilapan yang kita lakukan di sepanjang detik waktu yang telah kita lalui di tahun 2015. Berusahalah dengan sebaik mungkin agar kita menjadi hamba Allah yang lebih baik untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan ”. (Surah Ali Imran: Ayat 185) Selamat Menyambut Tahun Baharu 2016 Semoga berjumpa lagi. Insya Allah.

Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


UMUM | Kompleks Pusat Islam KUALA LUMPUR

DHAR Terima Anugerah Khas Ma’al Hijrah 1437 Daripada JAWI Oleh : Zamri Dato’ Basri

Alhamdulillah, di hari Jumaat 23 Okt. 2015 bersamaan 10 Muharram 1437, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim telah terpilih untuk menerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah 1437 bagi sektor korporat (Anugerah Abdul Rahman bin Auf) oleh JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Majlis ini yang bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari telah berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Hj. Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim daripada semua warga kerja Kumpulan Rahman Brothers di atas anugerah yang telah diterima ini. Semoga segala usaha beliau akan beroleh barakah dan ganjaran daripada ALLAH SWT.

Abdul Rahman bin Auf sepintas lalu

Sahabat Rasulullah SAW ini berasal daripada keturunan Bani Zuhrah. Beliau lahir pada tahun 580 Masihi di Makkah iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah. Allah SWT telah mengurniakan Abdul Rahman bin Auf dengan kekayaan dan harta yang banyak hasil daripada perniagaannya. Beliau merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan. Abdul Rahman bin Auf wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi ketika berumur 74 tahun.

4

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

Lawatan Oleh Pengerusi PEKEMA Oleh : Zamri Dato’ Basri

Pengerusi PEKEMA, Datuk Zainuddin bin Abd. Rahman telah sudi datang melawat Wisma Rahman Brothers pada 01 Oktober 2015. Beliau juga sempat beramah mesra dengan warga kerja KRB yang telahpun bersedia menunggu kehadiran beliau. Di kesempatan yang ada, memori ini telah diabadikan di dalam rakaman fotografi.

WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

Majlis Perpisahan Encik Marzuki bin ismail

Oleh : Zamri Dato’ Basri

Satu majlis perpisahan telah diadakan di Wisma Rahman Brothers pada pagi hari Jumaat, 04 Disember 2015 untuk Naib Presiden (Kewangan) KRB, Encik Marzuki bin Ismail. Pengerusi Eksekutif KRB, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim di dalam ucapannya telah merakamkan penghargaan kepada En. Marzuki di atas segala jasa yang telah diberikan selama 2 tahun En. Marzuki berkhidmat dengan KRB. Semoga En. Marzuki akan terus menempah kejayaan di bidang kerja yang akan beliau lalui nanti. Insya Allah.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

5


AL IMTAR | Pandan Indah AMPANG

Hari Graduasi dan Ihtifal 2015 Oleh : Manisah Majid

Barangsiapa yang menghendaki dunia maka wajib baginya dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki akhirat maka wajib baginya dengan ilmu. dan barang siapa yang menghendaki keduanya (dunia dan akhirat) maka wajib dengan ilmu. Imam Syafie

A

mpang, 13 November 2015- Al Imtar melangsungkan Hari Graduasi dan Ihtifal 2015 di Auditorium Menara MPAJ, Pandan Indah. Majlis tersebut diadakan kali ke-3 sejak Yayasan SEDHAR mengambilalih Al Imtar. Encik Mohd Shukri bin Md Yatim, Pengurus Yayasan SEDHAR memberikan ucapan mewakili Al Imtar dan dalam ucapan beliau mengharapkan majlis berjalan lancar dan mengucapkan terima kasih atas kesudian Y.Bhg Dato’ Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim merasmikan majlis tersebut. Majlis tersebut dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Hj Abd. Rahman bin Hj Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR. Semasa ketibaan beliau disambut dengan iringan paluan kompang dan bunga manggar oleh Kelab Nasyid Qasidah Al IMTAR. Melalui ucapannya beliau memetik sabda Rasullullah S.A.W. : “MENUNTUT ILMU ADALAH SATU FARDU YANG WAJIB ATAS TIAP-TIAP SEORANG ISLAM.” Dan kata-kata Imam Syafie : “BARANGSIAPA YANG MENGHENDAKI DUNIA MAKA WAJIB BAGINYA DENGAN ILMU, DAN BARANGSIAPA YANG MENGHENDAKI AKHIRAT MAKA WAJIB BAGINYA DENGAN ILMU. DAN BARANG SIAPA YANG MENGHENDAKI KEDUANYA (DUNIA DAN AKHIRAT) MAKA WAJIB DENGAN ILMU”. Hadis Nabi dan kata-kata Imam Syafie tersebut jelas menekankan kepentingan ilmu sama ada untuk kejayaan di dunia mahupun akhirat, maka dengan ilmulah anak-anak kita akan berjaya pada masa akan datang.

6

|

Ujarnya lagi : “SAYA SELAKU PENGERUSI SEKOLAH AL IMTAR DAN PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGARAH YAYASAN SEDHAR INGIN MELIHAT PARA PELAJAR AL IMTAR MENJADI CONTOH ATAU ROLE MODEL KEPADA PELAJAR LAIN. SRI AL IMTAR SEHARUSNYA DAPAT MELAHIRKAN BUKAN SAHAJA PELAJAR YANG BOLEH MENJADI IMAM DAN MUAZIN TETAPI BOLEH MEMIMPIN NEGARA SAMA ADA MENJADI AHLI POLITIK, PEGAWAI KERAJAAN, DOKTOR, JURUTERA DAN BERBAGAI LAGI.” Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah tetamu kehormat Datin Hajah Aminah Abdul Rahim, Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR, Encik Hashimi bin Abdul Rahim, Puan Hajah Nor Hashimah Hashim, Tuan Haji Mohd Ghazali bin Dato’ Maulud, Penasihat Yayasan SEDHAR, Al Fadil Ustaz Haji Husni bin Haron, Penasihat Al IMTAR serta Ustaz Muhammad Hariz bin Abdullah, AJK Pemerkasaan Al IMTAR dan isteri. Majlis Graduasi tersebut diadakan ‘ala’ majlis istiadat konvokesyen di institut pengajian tinggi. Para pelajar dipersiapkan dengan jubah konvokesyen persis graduan ijazah sarjana. Gimik tersebut bagi memberi semangat dan doa agar pelajar kelahiran Al Imtar mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan merasai sendiri pengalaman sebenar menerima penganugerahan ijazah dan sebagainya. Penganugerahan sijil tersebut disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Hj Abd. Rahman bin Hj Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR. Seramai 29 pelajar menerima sijil yang mana 4 daripadanya adalah Pelajar Tahun 6 yang telah mengambil UPSR. Semua pelajar Tahun 6 terbabit terdiri daripada 3 pelajar Sekolah Rendah Integrasi : Akademik dan KAFA dan 1 pelajar Sekolah Rendah Integrasi : Akademik dan TAHFIZ. Manakala 25 pelajar tadika 6 tahun pula terdiri daripada 18 pelajar Tadika Integrasi : Akademik dan KAFA, 2 pelajar Tadika : Akademik dan 5 pelajar Tadika KAFA. Pelbagai telatah lucu mencuit hati terutama dari

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


pelajar tadika dapat disaksikan, walaupun latihan persediaan protokol menerima sijil telah dijalankan dengan kerap sebelum itu. Namun semuanya menjadi kenangan manis buat semua yang hadir. Adik Muhammad Syed Iman Najwan bin Syed Roslan, pelajar Tahun 6 melahirkan rasa gembira kerana berpeluang merasai pengalaman konvokesyen ini dan â–˛ Muhammad Syed Iman Najwan bin akan menjadi kenangan kerana Syed Roslan, pelajar Tahun 6 beliau akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah lain pada masa hadapan. Selain itu, sejumlah pelajar menerima Piala Anugerah Cemerlang mengikut Tahap dan Kategori masing-masing, iaitu Piala Tempat pertama, Kedua & Ketiga dalam Peperiksaan Akhir Tahun, Piala Anugerah Pelajar Harapan dan Piala Anugerah Ko-Kurikulum . Pelajar Tahfiz yang berjaya menghafaz mengikut kategori tertentu, turut dianugerahkan sijil bagi menggalakkan mereka menghafaz dengan lebih baik pada masa akan datang. Adik Zuraidi Md Dali, pelajar Tahfiz diberi penghormatan mewakili seluruh pelajar Al IMTAR membuka majlis dengan alunan bacaan Al Quran. Mungkin masih ada penambahbaikan yang perlu dalam bacaan beliau, namun Al IMTAR dengan bangga menampilkan beliau kerana beliau dilatih membaca Al Quran pada usia 13 tahun bermula alif, ba, ta. Syabas Zuraidi! Semoga kegigihan beliau menjadi pengajaran kepada pelajar Al IMTAR bahawa tiada apa yang mustahil dalam mengejar impian asalkan tekun berusaha dan kena dengan caranya. Hadirin dan ibu bapa dihiburkan dengan pengisian persembahan nyanyian, lakonan, nasyid qasidah dan taekwondo. Walaupun majlis tamat agak lewat namun ada para pelajar dan ibu bapa

â–˛ Adik Zuraidi Md Dali, pelajar Tahfiz

memberi sokongan sehinggalah majlis ditamatkan dengan acara bergambar bersama Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR. Terima kasih daun keladi, tahun hadapan berjumpa lagi. Gambar tersebut di abadikan dalam kelendar tahunan AL IMTAR 2016. Selain itu, booth gambar Al IMTAR turut di bina khas untuk semua hadirin merakamkan kenangan di Majlis Graduasi dan Ihtifal 2016 ini. Tahun 2016 bakal mencipta sejarah baru buat Yayasan SEDHAR dan Al Imtar kerana buat pertama kalinya Sek Menengah Integrasi diperkenalkan dan mula membuat pengambilan pelajar tingkatan satu. Pelajar akan mempelajari subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Arab dan menghafaz pada sesi pagi. Manakala dalam sesi petang pelajar akan diinput dengan subjek Dinniah yang terdiri daripada Tafsir Hadis, Feqah, Tauhid, Nahu dan Saraf Bahasa Arab. Pelajar akan ditemuramah sebelum dipilih memasuki Sek Men Integrasi Al IMTAR. Bagi yang berminat, masih ada ruang untuk memohon. Selamat mencuba!

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

7


Hari Graduasi dan Ihtifal 2015

8

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Hari Graduasi dan Ihtifal 2015

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

9


UMUM | Grand Hyatt KUALA LUMPUR

Dato’ Hj. Abd. Rahman Di Kongres Muda 2015 Oleh : Zamri Dato’ Basri

P

engerusi Eksekutif KRB, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim telah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada Ikon di Kongres Usahawan Muda kali ini yang telah berlangsung pada 22hb. Disember 2015 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Perasmian kongres ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sementara acara penutupnya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Di Kongres inilah berhimpunnya tokoh-tokoh yang telah berjaya di dalam bidang masingmasing, memberikan nasihat serta tunjuk ajar yang amat bermanfaat kepada golongan usahawan muda bumiputera di Malaysia. Di antara mereka yang turut terpilih menjadi ikon termasuklah Datuk Yusof Haslam-pengasas Skop Production, Datuk Tom Abang Saufipengasas Tom Abang Saufi, Dato’ Freida Mohd. PiluS-pengasas Cempaka International School dan beberapa orang lagi tokoh yang tersohor di Malaysia khususnya. Semoga usaha murni mengadakan Kongres seperti ini yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) dan MATRADE akan diteruskan di masa-masa hadapan. Insya Allah.

10

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Kongres Muda 2015

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

11


UMUM | Seksyen 22 SHAH ALAM

Lawatan Oleh Persatuan Guru-Guru

Sekolah Agama Rakyat Oleh : Zamri Dato’ Basri

S

etelah tamat berkursus di Rembau, Negeri Sembilan, seramai 80 orang guru-guru dari Persatuan Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat Negeri Pulau Pinang telah singgah mengadakan lawatan ke Wisma Rahman Brothers pada petang hari Khamis, 03 Disember 2015. Rombongan ini telah diketuai oleh pengerusinya, Ustaz Ja’afar bin Samah yang juga merupakan Pengetua bagi Sekolah Pendidikan lslam SEDHAR di Alma Jaya, Bukit Mertajam. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim telah sudi meluangkan masa menyambut ketibaan mereka. Setelah selesai mendengar ucapan ringkas oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman, guru-guru ini telah dibawa melihat ruang-ruang pameran kenderaan dan juga galeri yang terdapat di Wisma Rahman Brothers. Adalah diharapkan semoga lawatan singkat ini telah memberikan pengetahuan dan pendedahan yang berguna kepada mereka.

12

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

Galeri Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim

Oleh : Zamri Dato’ Basri

M

▲ Lakaran konsep yang dihasilkan oleh syarikat hiasan dalaman.

▲ Pemandangan Galeri Dato’ Hj. Abd. Rahman.

enurut Kamus Dewan, apa yang dimaksudkan dengan galeri adalah bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dan sebagainya. Di Galeri Dato’ Hj. Abd. Rahman ini, sejarah perjalanan hidup dan karier beliau diabadikan di galeri ini. Mula beroperasi secara rasminya pada 29 Oktober 2015, ianya dipenuhi dengan koleksi fotografi, klip video, cenderamata, anugerah-anugerah yang beliau terima dan berbagai lagi bahan pameran yang sangat menarik dapat disaksikan. Bermula dengan kunjungan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Y.B Dato’ Sri Mustapa Mohamed pada 29 Oktober yang lalu, galeri yang berkeluasan sederhana ini telah turut menerima banyak kunjungan oleh berbagai pihak dari masa ke semasa. Menurut Dato’ Hj. Abd. Rahman, tujuan galeri ini diujudkan adalah bagi memberikan satu inspirasi kepada generasi yang akan datang untuk terus berusaha. Ianya juga akan menjadi penanda aras dan panduan kepada penyambung legasi sebuah empayar perniagaan yang telah terbina hasil daripada iltizam Dato’ Hj. Abd. Rahman selama 40 tahun. Semoga segala usaha beliau akan terus beroleh barakah dan ganjaran daripada ALLAH SWT. Insya Allah.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

13


UMUM | Plaza Alam Sentral SHAH ALAM

Pertandingan Boling Persahabatan Di Antara Rahman Brothers Dengan Jabatan Kastam &

Eksais DiRaja Malaysia, Selangor Oleh : Zamri Dato’ Basri

B

erlangsung pada hari Sabtu, 10 Oktober 2015 di Mega Lanes Bowling, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. 10 Oktober juga adalah Hari Sukan Negara yang disambut dengan penuh meriah di seluruh negara. Haadinor Amir daripada Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia, Selangor telah menjadi pemenang kategori lelaki perlawanan boling persahabatan ini dengan pungutan mata sejumlah 565 daripada 3 frame. Sementara Norfatiha juga daripada Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia, Selangor telah menjadi pemenang kategori wanita dengan pungutan mata sejumlah 464 daripada 3 frame. Juara, Naib Juara dan Pemenang Tempat Ketiga acara berkumpulan juga telah dimenangi oleh Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia, Selangor. Kumpulan Shockers (2058 mata), Kumpulan Stormers (1694 mata) dan Kumpulan Storm Legend (1627 mata). Datin Hajah Sepiah binti Hj. Hassan dan Puan Erni Erdawaty binti Dato’ Hj. Abd. Rahman telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di dalam perlawanan boling persahabatan ini.

14

|

▲ Y.Bhg. Datin Hajah Sepiah binti Hj. Hassan menyampaikan plak tanda persahabatan kepada Y.Bhg. Tuan Askan sebagai tanda kenangan.

▲ Pemenang acara berkumpulan iaitu Kumpulan Shockers dengan jatuhan pin terkumpul sebanyak 2058 mata.

▲ Pemenang bagi kategori perseorangan iaitu (Gambar kiri) Haadinor Amir dari Jabatan Kastam dengan jatuhan pin sebanyak 565 dan (Gambar kanan) Norfatiha juga daripada Jabatan Kastam dengan jatuhan pin sebanyak 464.

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Peserta-peserta yang mewakili

Rahman Brothers

Kumpulan The Bikers • Puan Erni Erdawaty binti Dato’ Hj. Abd. Rahman • Mohd. Amiruddin bin Osman • Mohd. Hilmi bin Mohd. Jaafar • Norwidayanty binti Johari

Kumpulan Primadona • Noorhana binti Mohd. Arof • Noraizah binti Salahan • Nor Salawati binti Mohd. Nor • Azura binti Ahamad

Kumpulan Wild Tiger • Razali bin Abd. Razak • Muhamad Hazli bin Manaf • Shamsul Anuar bin Shoib • Jzulhilmi bin Md. Derus

Kumpulan Cekodok Celup • Muhammad Aisamuddin bin Zainuddin • Muhammad Zamir bin Ahmad Nawawi • Mohd. Firdaus bin Selamat • Abdul Sukur bin Ahmad

Kumpulan Spin Kelongkang • Mohd. Fadhli bin Mohd. Fozi • Wan Rizwan bin Ayub • Mohd. Jefry bin Safiee • Noranita binti Abdul Rahman

Peserta-peserta yang mewakili

Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia, Selangor

Kumpulan Shockers • Haadinor Amir • Abd. Karim • Siti Normala • Md. Sahiar

Kumpulan South Stormers • Tuan Ramalingam • Tuan Askan • Amiratul Aimi • Nor Fatiha

Kumpulan Strikers • Zamri Adam • Abd. Aziz • Faizol Rahim • Abd. Muhaimin

Kumpulan Storm Legend • Muhamad Fazli • Aminurrashid • W. M. Faziran • Mohd. Faizul

Kumpulan Power Puff Girl • Fauzana Jazimah • Sarifah Foziah • Nurain • Nurul Izzati

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

15


NOW

RAHMAN BROTHERS AU

Authorised 3S Dealer Fo

SHOWROOM & S

(+603) 56 (+603) 56

PROTON Customer Care 1 800 888 3 A Member of

16

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


OPEN

UTOMOTIVE SDN. BHD.

or Proton Edar Sdn. Bhd.

SERVICE CENTRE

614 2266 614 2300

SPA R

ART EP

www.proton.com

SERV E IC

24 HR Assist

S

398

SAL E

PROTON AUTHORISED DEALER Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

17


WARGA KERJA | Seksyen 18 SHAH ALAM

Kejohanan Boling Piala DHAR Kali Ke 4 - 2015 Oleh : Zamri Dato’ Basri

Buat kali pertamanya kejohanan ini diadakan di Ole-Ole Super Bowl, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. Sabtu, 14 November 2015 telah menyaksikan 8 kumpulan berentap untuk merebut kejuaraan di kali ini. Seawal jam 2.00 petang, semua kumpulan telah bersedia di lorong masing-masing untuk sesi latihan pemanas badan dan seterusnya memulakan permainan. Hadiahhadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Puan Erni Erdawaty binti Dato’ Hj. Abd. Rahman dan Tuan Hj. Hamdan bin Hj. Mohamed. Semoga berjumpa lagi di kejohanan yang akan datang. Insya Allah. Kumpulan Lightning Bowl

Kumpulan Lucky Strike

Mohd. Shukri, Firdaus, Muhammad Aisamuddin, Khairul Aman & Asrul Nizam

Hj. Hamdan, Abd. Hamid, Hisham, Calvin & James

Kumpulan Wild Tiger

Kumpulan Vape On

Razali, Syukur, Syaiful, Jzul Helmi & Azwan

Hj. Khairi, Ismail Yusof, Ismail Othman, Wan Ridzuan & Samsul

Kumpulan Baling Je Strike

Kumpulan Ku Putih

Muhamad Hazli, Puan Erni Erdawaty, Mohd. Amiruddin, Intan Dianna & Nor Chaya

Hilmi, Norwidayanty, Ahmad Zamri, Hasrilnizam & Jeffy Safiee

Kumpulan Disqualified

Kumpulan Primadona

Norley, Sarina, Mohd. Sanusi, Rizal & Muhammad Zamir

Azura, Mazzita, Noraizah, Noorhana & Faridah.

Kumpulan Lightning Bowl akhirnya muncul sebagai juara berkumpulan dengan 1811 jatuhan pin. Naib Juara disandang oleh Kumpulan Lucky Strike dengan 1803 jatuhan pin sementara Kumpulan Wild Tiger mendapat tempat ketiga dengan 1790 jatuhan pin. Tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Vape On dengan 1546 jatuhan pin dan tempat kelima dimenangi oleh Kumpulan Baling Je Strike dengan 1487 jatuhan pin. Bagi kategori Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki, En. Syukur telah mendapat tempat pertama dengan 424 jatuhan pin. Tempat kedua dimenangi oleh En. Muhammad Aisamuddin dengan 401 jatuhan pin. Tempat ketiga dimenangi oleh En. James dengan 394 jatuhan pin. Turkey Strike kategori Lelaki dimenangi oleh En. Rizal. Bagi kategori Jatuhan Pin Terbanyak Wanita, Puan Norwidayanty telah mendapat tempat pertama dengan 353 jatuhan pin. Tempat kedua dimenangi oleh Puan Erni Erdawaty dengan 315 jatuhan pin. Tempat ketiga dimenangi oleh Cik Intan Dianna dengan 314 jatuhan pin. Turkey Strike kategori Wanita dimenangi oleh Puan Faridah. Kumpulan Tagline Paling Kreatif dimenangi oleh Kumpulan Wild Tiger. Kumpulan Paling Sporting dimenangi oleh Kumpulan Primadona. Kumpulan Baju Paling Kreatif dimenangi oleh Kumpulan Wild Tiger dan Kumpulan Paling Gempak dimenangi oleh Kumpulan Lightning Bowl.

18

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

19


Kejohanan Boling Piala DHAR Kali Ke 4 - 2015

20

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Kejohanan Boling Piala DHAR Kali Ke 4 - 2015

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

21


YAYASAN SEDHAR | Seksyen 22 SHAH ALAM

SESI RAMAH MESRA BERSAMA UNIT WAKALAH, MAIWP Oleh : MOHD SHUKRI MD YATIM

P

ada 15 Disember 2015, Yayasan Sedhar dan Rahman Brothers telah menerima lawatan dan kunjungan pegawai daripada Unit Wakalah Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diketuai oleh Ustaz Afifuddin Abdulmuiz bersama Ustaz Mohd Hafiz dan Puan Nur Hidayah. Pihak Yayasan Sedhar dan Rahman Rahman selaku Pemegang Wakalah dalam menguruskan pengagihan semula wang zakat tidak melepaskan peluang beramah mesra dan berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan kutipan dan pengagihan zakat yang dilaksanakan oleh pihak MAIWP dan dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan proses pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan pihak berkuasa.

RAHMAN BROTHERS PERUMAHAN | Seremban NEGERI SEMBILAN

MAJLIS PENGHARGAAN PUAN JUNAIDAH Oleh : Intan Dianna Sazali

P

ada 9 Disember 2015 yang lalu, satu Majlis Penghargaan telah diadakan bertempat di Hotel Royale Bintang, Seremban. Majlis ini sebagai menghargai sumbangan dan jasa Puan Junaidah Binti Mohd Yassin, Kerani Akaun RBP. Puan Junaidah telah mula berkhidmat bersama RBP sejak 21 Mei 2002. Sepanjang 13 tahun berkhidmat bersama Syarikat, beliau telah menunjukkan prestasi kerja yang baik dan cemerlang. Turut hadir ketika majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Hj Abd Rahman Bin Hj Ibrahim, Pengerusi Eksekutif, YBhg. Dato’ Hj Ikram Bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Encik Muhammad Hashim Bin Abdul Rahim, Naib Presiden Kanan KRB, Encik Siow Ah Liu, Penasihat Kewangan, Encik Mohd Nazrin Bin Mohamad Fozi, Pengurus RBP, Encik Muhamad Hazli Bin Manaf, Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran serta semua warga kerja RBP dan ahli keluarga Puan Junaidah. Majlis yang bermula seawal 11.30 pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Eksekutif dan Pengurus RBP diikuti dengan ucapan daripada Puan Junaidah. Majlis berakhir dengan pemberian cenderahati dan jamuan makan tengahari.

22

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Model Overview CRUISERS

HARLEY FLHX STREET GLIDE 2014 RM 125,000.00

SUZUKI BOULEVARD M109R 2011 RM 68,000.00

YAMAHA SUPER TENERE 2012 RM 82,000.00

HONDA CRX1300 2014 RM 88,000.00

TRIUMPH SPEEDMASTER 2010 RM 48,000.00

CRUISERS

HARLEY VRSCF V-ROD MUSCLE 2012 RM 94,000.00

HARLEY FLSTFB FAT BOY LO 2011 RM 82,000.00

HARLEY VRSCD NIGHT ROD SE 2011 RM 84,000.00

HONDA VT 1300SC SABRE 2010 RM 58,000.00

CRUISERS

HARLEY XL1200X FORTY-EIGHT 2013 RM 76,000.00

ROADSTERS

HARLEY XL1200X FORTY-EIGHT 2012 RM 73,000.00

HARLEY XL883N IRON 2012 RM 55,000.00

BMW R NINE T 2014 RM 88,000.00

HARLEY XL1200V SEVENTY-TWO 2012 RM 59,000.00

CLASSIC

TRIUMPH BONNEVILLE 2013 RM 48,000.00

SUPERBIKE

SUZUKI GSX-R1000 2011 RM 64,000.00

SUZUKI HAYABUSA 1300R 2012 RM 72,000.00

SUZUKI GSX-R750 2013 RM 60,000.00

SUPERBIKE

SUPERSPORT

DUCATI PANIGALE S 1199 2013 RM 120,000.00

HONDA CBR600RR 2012 RM 56,000.00

KAWASAKI ZX-14R 2011 68,000.00

DUCATI 848 EVO 2012 RM 66,000.00

RM

TOURING

TRIUMPH SPRINT GT 2011 RM 62,000.00

KAWASAKI ZG1400 CONCOURS ABS 2012 RM 83,000.00

* Actual accessories may differ from photographs. Please consult your sales advisor. * Specifications are subject to change without prior notice.

KAWASAKI ZG1400 CONCOURS ABS 2013 RM 86,000.00 * TERMS AND CONDITIONS APPLY * ALL TRANSACTIONS IN RINGGIT MALAYSIA

WISMA RAHMAN BROTHERS RAHMAN BROTHERS BIKES SHOWROOM No. 6, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. P : +603 5614 2249 (ext. 237) F : +603 5614 2272 W : www.rahmanbrothers.com.my

FB : www.facebook.com/rahmanbrothers

CALL US NOW : (MANAGER)

Amiruddin Osman

+6018.6647.192

amiruddin@rahmanbrothers.com.my

Razali Razak (Boy)

+6013.3685.820 +6012.6750.021 boy_3377@yahoo.com

Jeffy Safiee

Yan Joe

Hilmi

azyan_1208@yahoo.com

mhilmijaafar@gmail.com

+6016.4582.038 Ros Azlin Sabawi

+6012.3253.131 way3131@yahoo.com

+6016.2357.777

+6012.6495.053 +6019.3922.442 jeffysafiee79@gmail.com

Find us on :

FREE

rahman_brothers_bikes

*ACCESSORIES *VOUCHERS

Azli Abd Aziz

+6012.210.4332 mohdazli_gf2@yahoo.com

FREE Membership :


AL IMTAR | PERAK DARUL RIDZUAN

KEMBARA ILMU AL IMTAR KE NEGERI PERAK Oleh : Norhabibah Binti Abd Rahim

A

mpang, Selangor 19 Disember 2015, Alhamdulillah, puji-pujian dan syukur hanya kepada Allah SWT kerana dengan iziNya Kembara Ilmu Al Imtar 2015 ke Negeri Perak Darul Ridzuan akhirnya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang setelah beberapa kali tertunda berikutan keadaaan cuaca jerebu dan beberapa permasalahan lain. Seramai 45 orang pelajar, guru dan staf Al Imtar/Yayasan Sedhar telah mengikuti aktiviti kembara ilmu kali ini menggunakan sebuah bas dan sebuah MPV. Antara tempat yang telah dilawati adalah Markas Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, Zoo Taiping, Muzium Di Raja Perak, Masjid Ubudiah, Labu Sayong, Kediaman Menteri Besar Perak, Pusat Pendidikan Al Barakah (Datuk Kazim Ilyas), Menara Condong Teluk Intan dan Hentian Rehat Ulu Beram.

â–˛ KD Kinabalu

â–˛ Pintu masuk Masjid Jamek Sabak Bernam

Di waktu insan lain sedang diulit mimpi indah, ahli rombongan telah berkumpul di Al Imtar dengan menaiki sebuah bas. Para pelajar dan ahli rombongan telah bersama-sama mengaminkan doa perjalanan yang dibacakan oleh Ustaz Syamsul Nizam, Pemangku Guru Besar Al Imtar. Tepat jam 3.15 pagi bas telah bertolak meninggalkan Kuala Lumpur dan menyusuri Lebuh Raya PLUS seterusnya keluar ke susur Lebuh Raya LATAR sehingga sampai ke susur keluar Ijok. Sebuah MPV pegawai pengiring menunggu di susur Ijok untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Kuala SelangorSabak Bernam. Sepanjang perjalanan, suasana cukup hening dengan suasana desa dan kiri kanan jalan diterangi dengan cahaya lampu jalan yang menerangi kegelapan serta menarik perhatian pelajar untuk memandang ke luar. Ketika waktu subuh hampir tiba, bas yang membawa anggota rombongan tiba di Sabak Bernam. Pemandu bas telah memberhentikan bas di hadapan Masjid Jamek Sabak Bernam bagi membolehkan ahli rombongan menunaikan solat subuh.

24

|

â–˛ Agusta Westland Super Lynx

Selesai solat subuh bas membawa ahli rombongan meneruskan perjalanan ke destinasi kami yang pertama iaitu ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut. Jam menunjukkan tepat 8.30 sewaktu tiba di pintu masuk utama TLDM, Lumut. Tiba di sana bas kami yang membawa ahli rombongan terpaksa menunggu 15 minit untuk mendapat kebenaran masuk dan diiringi seorang pegawai yang bertugas untuk menjadi juru arah. Pegawai tersebut telah membawa ahli rombongan terus ke jeti yang menempatkan dua buah kapal pemusnah periuk api iaitu KD Kinabalu dan KD Jerai. Ahli rombongan telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan bagi melawat kedua-dua kapal tersebut. Kumpulan pertama telah dipilih untuk melawat kapal KD Kinabalu dan satu lagi kumpulan akan melawat kapal KD Jerai. Di atas kedua-dua buah kapal pelajar telah diajar fungsi bahagian-bahagian kapal oleh pegawai bertugas. Lebih kurang setengah jam melawat dan mendapat gambaran fungsi sebuah kapal pemusnah periuk api, ahli rombongan telah dibawa melawat

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


ke Markas Udara TLDM Lumut. Puas mengambil gambar di atas kapal KD Kinabalu, KD Jerai dan Markas udara TLDM, ahli rombongan telah meninggalkan TLDM Lumut pada pada jam 12.30 tengahari dan dibawa membeli belah cenderahati sebentar di Pekan Lumut untuk dibawa balik. Bas yang membawa ahli rombongan telah melalui Jalan Setiawan - Taiping bagi menuju destinasi seterusnya iaitu ke Zoo Taiping. Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke destinasi ahli rombongan dihiburkan dengan pemandangan suasana desa tepi pantai. Setibanya ahli rombongan di Zoo Taiping, ahli rombongan disambut dengan hujan rahmat. Ahli rombongan kemudiannya telah dijamu makan tengahari dan menunaikan solat zohor & asar secara berjemaah di surau Zoo Taiping. Hujan telah mula berhenti ketika ahli rombongan ingin melawat haiwan peliharaan yang terdapat di Zoo Taiping.

Ipoh, Perak. 20 Disember 2015. Hasrat dan impian para pelajar dan ahli rombongan untuk menemui ustaz selebriti Datuk Kazim Elias akhirnya termakbul di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir. Pada tarikh tersebut Datuk Kazim Elias dijadualkan berceramah bulanan di rumah Menteri Besar Perak. Walaupun letih dan penat kerana terpaksa bangun awal pagi dan bertolak dari Kuala Kangsar seawal jam 7.00 pagi, ahli rombongan sempat tiba di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak pada jam 8.30 pagi. Ahli rombongan dijamu dengan sarapan pagi yang memang telah dibekalkan awal oleh pihak pengurusan Al Barakah.

▲ Galeri Madrasah Al Barakah

▲ Photobooth Zoo Taiping

Ahli rombongan telah memilih kaedah berjalan kaki berbanding menaiki trem kerana suasana berjalan kaki mengelilingi Zoo Taiping yang sederhana besar sangat menyeronokkan. Antara haiwan yang sempat kami temuai adalah seperti buaya tembaga, kura-kura, memerang, rusa, kancil dan banyak lagi yang tidak dapat saya nyatakan disini. Salah satu yang menarik bagi ahli rombongan ialah dapat memberi makan kepada zirafah. Melihat ikan-kan yang cantik disalur-salur air di sepanjang Zoo dan kicauan burung-burung bangau yang banyak terdapat di sepanjang perjalanan hingga ke pintu keluar. Memandangkan masa banyak dihabiskan melawat Zoo Taiping, ahli rombongan terpaksa bertolak ke Labu Sayong untuk destinasi terakhir agak lewat. Terima kasih kepada pengusaha Labu Sayong iaitu En. Shahlizam kerana tetap menerima kunjungan kami walaupun pada ketika itu jam menunjukkan 7.30 malam ketika tiba di lokasi. Ilmu dan cara untuk membuat labu sayong yang ditunjukkan kepada kami semua amat bermakna. Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan sendiri labu sayong pelbagai bentuk yang sangat kreatif dan mereka tidak melepaskan peluang untuk membeli kraftangan. Ahli rombongan kemudiannya telah bertolak ke Kuala Kangsar untuk menuju destinasi terakhir pada hari tersebut iaitu ‘homestay’. Ahli rombongan dibahagikan kepada dua buah rumah iaitu lelaki dan perempuan yang dapat memuatkan 25 orang pelajar bagi sebuah rumah. Ahli rombongan menikmati jamuan malam di restoran bersebelahan ‘homestay’.

▲ Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak

▲ Pusat Pendidikan Al Barakah

Sekitar Jam 9.00 pagi Dato’ Mohd Najmuddin Elias, abang kepada Datuk Kazim Elias telah memulakan majlis dengan bacaan doa-doa, ayat suci Al Quran dan juga sedikit tazkirah. Kehadiran tetamu yang datang sangat memberangsangkan dengan menaiki bas dari seluruh negara. Dianggarkan lebih 5,000 orang telah datang dan memenuhi khemah yang disediakan. Jam 9.30 pagi, yang dinanti dan ditunggu-tunggu akhirnya datang iaitu Datuk Kazim Elias memberikan kuliah dhuha perdananya. Selesai kuliah, ahli rombongan dibawa melawat ke Pondok Al Barakah di Kg Manjoi, Ipoh kelolaan Datuk Kazim Elias. Pengunjung dari seluruh Malaysia dijemput bergambar bersama-sama Datuk Kazim Elias secara bergilir-gilir. Pengurusan Al Imtar sempat menyampaikan sumbangan pihak sekolah kepada Datuk Kazim Elias dan mengambil gambar kenang-kenangan. Ahli rombongan kemudiannya dibawa melawat persekitaran Pondok Al Barakah dan dijamu dengan hidangan tengahari. Sesudah menunaikan solat zohor berjemaah di Surau Pondok Al Barakah, ahli rombongan bertolak ke distinasi seterusnya di Menara Condong Teluk Intan. Ahli rombongan mengambil pengetahuan tentang sejarah menara condong tersebut dan mengambil gambar kenangan bersama-sama. Ahli rombongan kemudiannya secara bergilir-gilir menaiki menara condong tersebut. Ketika jam menunjukkkan hampir 5.00 petang, Bas yang membawa ahli rombongan mula meninggalkan Pekan Teluk Intan menyusuri jalan lama Teluk Intan - Bidor dan menuju ke susur Lebuhraya PLUS. Bas berhenti di R&R Tapah. Di sana ahli rombongan beristirehat dan menunaikan solat maghrib dan isyak secara jama’. Bas meneruskan perjalanan menuju Kuala Lumpur dan selamat tiba di Al Imtar pada 9.45 malam. Para pelajar pulang ke kediaman masing-masing membawa seribu pengalaman dan kenangan. Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penguruskan Al Imtar kerana dapat menjayakan “KEMBARA ILMU AL IMTAR KE NEGERI PERAK 2015”.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

25


KEMBARA ILMU AL IMTAR KE NEGERI PERAK

26

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


KEMBARA ILMU AL IMTAR KE NEGERI PERAK

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

27


WARGA KERJA | Buletin RAHMAN BROTHERS

PERSONALITI PILIHAN Oleh : Zamri Dato’ Basri

MOHD. HAIR BIN HAMZAH

Encik Mohd. Hair Bin Hamzah bertugas sebagai Pembantu Audit Dalaman di ibu pejabat KRB. Beliau telah mula berkhidmat semenjak tahun 1997 iaitu kira-kira 18 tahun yang lalu. Berusia 37 tahun dan berasal daripada Gombak, Selangor. Anak keempat dari lima adik-beradik ini sukakan warna biru. Mee Rebus dan Sup Tulang adalah makanan kegemarannya sementara Durian pula menjadi buah yang paling beliau suka. Bila ada masa yang terluang, beliau akan menziarahi kaum keluarga bagi merapatkan silaturrahim.

NORANITA BINTI ABDUL RAHMAN

Cik Noranita binti Abdul Rahman merupakan seorang Eksekutif Jualan bagi kenderaan jenama Suzuki di Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd. Berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan telah mula berkhidmat semenjak 15 Ogos 2013. Cik Noranita telah mencatatkan rekod jualan tertinggi bagi tahun 2015 dengan 47 unit. Anak keenam daripada 13 adik-beradik ini sukakan warna hijau dan Nasi Ayam merupakan makanan yang paling beliau gemari. Mempunyai pengetahuan yang luas tentang kereta dan aksesori.

SUDUT DAKWAH DHAR | Buletin RAHMAN BROTHERS

Bila Kita Mati

Sumber : LAMAN SESAWANG | Tulisan : Sheikh Ali Thantawi Rahimahullah

Bila kita mati, tiada lagi orang ziarahi. Bahkan, selepas beberapa ketika anak dan isteri akan kembali ceria seperti biasa... Inilah di antara tulisan terbaik Syeikh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah: • Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN. • Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari..... • Barang-barangmu akan dikemas, kitab, kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang-barang itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu. • Yakinlah, dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yang akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

28

|

Kesedihan atasmu ada 3 : • Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa- tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan dan mungkin hingga setahun? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan.... • Demikianlah “Kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yang sesungguhnya telah dimulai. Pertanyaannya adalah : Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu? Hakikat ini memerlukan renungan. • Usahakan dengan sungguh-sungguh : Menjalankan kewajibankewajiban, hal-hal yang disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat. • Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini Insya Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. “Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”. AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami! Al fatihah buat beliau

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


21 Oct

ERAHIM B JURI

14 Dec

DRIVER 12 Oct

MUHAMMAD SHAUQI B ABD HALIM SALES EXECUTIVE 20 Oct

LOH CHEE WAH (CALVIN) SALES EXECUTIVE

ULANG TAHUN

KELAHIRAN 10 . 11 . 12

Oktober . November . Disember

14 Oct

KHAIRUL AMIN B HARON

AISHAHROZAN BT AHMAD GENERAL CLERK 23 Dec

NOR HASHIMAH BT MD. HASHIM

EXECUTIVE DIRECTOR ECO 5 Dec

NOORHANA BT MOHD AROF ACCOUNT OFFICER 10 Dec

SUKMAWATY BT ALZAHARI ACCOUNT EXECUTIVE

GENERAL WORKER

27 Oct

29 Nov

NORSHAHARIZAN B SAMSUSAH

HAZLIN BT HANAPI CLERK

DISPATCH

4 Nov

NORSHADAH BT HARUN ADMIN & ACCOUNT ASSISTANT 11 Nov

AZIZUL B ABD RAHMAN

31 Oct

NOORHAFIZAH BT ABDULLAH ZAHBUDIN RECEPTIONIST

GENERAL WORKER

26 Oct

10 Nov

MOHD HEZUAN B HAZIRI PERSONAL DRIVER 6 Nov

SHAMSUL ANUAR B SHOIB SALES EXECUTIVE

MOHD ISMAIL B MARJUNIT SALES EXECUTIVE

DISPATCH

SARINA BT MAT YUNUS 13 Nov

ASSISTANT MANAGER 1 Nov

KHASNOL HADI YAHYA DRIVER 2 Nov

NURAZIMA AZIRA BT ABDUL AZIZ

MOHAMAD HAFIZ B OSMAN SECURITY GUARD 8 Dec

OSMAN B HUSIN SECURITY GUARD 3 Dec

MOHD SYAMYUSRIE B CHE MUD TECHNICIAN 3 Dec

SHUKRI B HUSSIN TECHNICIAN

SALES EXECUTIVE 13-Nov

HALIMATUSSAADIAH BT HASSAN ACCOUNT & ADMIN CLERK 28-Nov

TOUR EXECUTIVE 10-Nov

SALES EXECUTIVE

16-Oct

15 Dec

AL BAKRI B APARI @ ALJAFRI SALES EXECUTIVE 2 Dec

MOHD AZIM B MOHD ZAHIR ASSISTANT MANAGER 14 Dec

MOHD QAIM B ABDULLAH GENERAL WORKER

AHMAD AMIRUL B AHMADE SALES EXECUTIVE 30-Oct

ABDUL RAZAK B ABDULLAH OPERATION CONTROL SUPERVISOR 15-Oct

AHMAD TARMIZI B ABDUL RAZAK M&E SITE TECHNICIAN 13-Oct

MUSTAPA B ABDUL KADER PEMANDU

TOUR COODINATOR

19 Dec

10-Nov

ISMAIL B YUSOFF

AZUHAR ANAS B AFRIZAL

4-Dec

WAN MUHAMMAD ZULHUSNI B WAN YAHYA

GENERAL CLERK

MANAGER

MOHD AMIRUDDIN B OSMAN

ADMIN ASSISTANT

TEA LADY

19-Nov

SITI NORIZA BT SIDI AHMAD

ROSITA ANAK GUOB

MUHAMMAD ZARITH FITRI B ZAKARIA

4 Nov

ASSISTANT MANAGER

14 Oct

3 Nov

MOHAMMAD YAZID B MD NOR

9-Nov

AHMAD SHAHAMAH B HASSAN

8 Nov

NORAIZA BT MOHAMED

22 Dec

12 Nov

M. AFIFUDDIN RABBANI B M. FAUZI

MANAGER

MD SALLEH B IBRAHIM

ACCOUNT & ADMIN ASSISTANT

MOHD NAZRIN B MOHAMAD FOZI 14 Nov

SYAIFUL RIZAL B IBRAHIM SALES EXECUTIVE 19 Nov

MELINDA CHEONG YEE PEK SALES MANAGER 30 Nov

CH'NG ENG HOE (JAMES)

GURU SAINS TAHUN 1 7 Dec

PEMANDU 7 Dec

CHAHAYA BT ABAU

PEMBANTU TUKANG MASAK 23 Dec

HAJI KHAIRUDDIN B MOHD KHIR ASSISTANT MANAGER

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

SALES MANAGER

|

29


UMUM | Bukit Bandaraya BANGSAR

hari anugerah sk bukit bandaraya Oleh : MUHAMMAD AISAMUDDIN ZAIUDDIN

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman telah dijemput merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2015 yang dikelolakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya yang telah berlangsung pada 21 November 2015 di Dewan Dato’ Sri Lim Huah Leng, SMKBB. Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman juga berkesempatan untuk memberi ucapan kepada para ibu bapa dan juga menyampaikan anugerah untuk pelajar-pelajar yang berjaya. Lebih menggembirakan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman, cucu beliau iaitu Fiera Qistina Iman Fariq; anak kepada Y.Bhg Pn. Erni Erdawaty juga merupakan penerima anugerah cemerlang untuk UPSR.


Sumber Tambahan : Rakaman Persendirian Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman ditemani En Mohd Shukri Md Yatim bergambar bersama urusetia Anugerah Khas Ma’al Hijrah 1437 di ruang legar dewan selepas selesai majlis tersebut.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar bersama (3 dari kiri) Datuk Rajandra Kumar; YDP PIBG SKBB bersama (3 dari kanan) En. Azmi B. Salleh; GPK Tadbir dan kurikulum SKBB dan juga pada ahlijawatankuasa dan tetamu kehormat yang menghadiri majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman dan delegasi Rahman Brothers bergambar bersama Dato’ Dr. Hj. Sharifuddin b. Dato’ Hj. Musa, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (kiri sekali) dan ahli-ahli majlis.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman ketika menghadiri majlis Perasmian Multaqa Serantau Alumni Al Azhar yang bertemakan “Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi” yang berlangsung di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2015.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman dan Y.Bhg Datin Sepiah Hasan bergambar bersama (3 dari kiri) Tan Sri Rozali Ismail, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor dan isteri pada majlis perkahwinan di Shah Alam, Selangor.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri semasa Majlis Alumni Al Azhar Malaysia di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2015.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman beramah mesra dengan Menteri Belia & Sukan, Khairi Jamaluddin sambil ditemani warga kerja Rahman Brothers di IKBN Chembong, Negeri Sembilan.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar dengan saudara-saudara lelakinya. Dari kiri : En. Zaharin, Hj. Mohamed, Dato’ Hj. Abd Rahman dan Hj. Mohd. Khir


32

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.