__MAIN_TEXT__
feature-image

Page 1

JANUARI - DISEMBER

BIL : 52 EDISI 2017

PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2013 (033137)

PERCUMA

NASKAH

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

1


Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga rbtt.rahmanbrother.com.my bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. Terlepas baca isu-isu dalm Buletin Rahman Brothers? Layari http://issuu.com/rahmanbrothers bagi mengetahui isu semasa dan pembangunan perniagaan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

KANDUNGAN •

hAri terbuka perpustakaan universiti islam malaysia

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASCA UPSR & PSRA

RAHMAN BROTHERS MOTOR

HARI TERBUKA RAHMAN BROTHERS

SIRI JELAJAH DEWAN MUDA PEKEMA DI WISMA RAHMAN BROTHERS

TERAP INN KUALA NERANG

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TADIKA DAN TAHAP 1

LAWATAN KERJA (PERANCANGAN JUALAN & NETWORK) KE WISMA RAHMAN BROTHERS

HARI AKTIVITI FIZIKAL SEDUNIA 2017

Lawatan ke Pejabat Mofaz

2017 •

MAJLIS IHTIFAL AL IMTAR 2017

PEMBANGUNAN tanah temiang

RAHMAN BROTHERS AUTOMOTIVE SDN BHD Dealership Proton Edar Sdn Bhd

Lawatan agen hartanah ke tanah Alor Gajah

WANITA PENYUMBANG PEMBANGUNAN NEGARA

TEMASYA SUKAN TAHUNAN AL IMTAR 2017

PROMO NOVEMBER & DISEMBER 2017 POTONGAN 50% UNTUK PEMANDU UBER DAN GRAB!

SAMBUTAN HARI PEKERJA DAN GOTONG ROYONG

KEM SANTAI UKHUWAH AL IMTAR

PROGRAM MY RUKUN NEGARA

Siri Lawatan Dhar ke PejABAT Tanah Alor Gajah

Gambar-Gambar Kenangan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim

bilik pameran baru Rahman brothers motor PULAU PINANG

MAJLIS MAKAN MALAM PEKEMA 2017

EDITOR

DARIMEJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa silih berganti, hari berganti minggu dan minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Kita telah berada di penghujung tahun 2017. Bertemu lagi kita di Buletin Rahman Brothers Edisi Kompilasi Tahun 2017. Edisi kali ini diterbitkan untuk sepanjang tahun 2017 (Januari - Disember) dengan harapan dapat memberi info dan maklumat kepada semua warga kerja berkenaan peristiwa dan sejarah yang telah berlaku sepanjang tahun 2017. Pihak pengurusan komited untuk terus memberi info dan memastikan pengeluaran buletin ini diteruskan dan memberi manfaat kepada pembaca dan warga kerja. In Syaa Allah.

MUKAHADAPAN

BULETIN Setiap tahun yang berlalu penuh dengan kenangan pahit dan manis untuk dijadikan pengalaman dan ikhtibar bagi menempuh satu lagi tahun yang baru. Pelbagai kenangan telah tercipta buat Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim dalam dunia perniagaan beliau. Begitu juga dengan warga kerja kesayangan beliau yang bertungkus lumus berkorban untuk membangunkan Kumpulan Rahman Brothers. Semua ditempuh dengan jayanya dengan berkat usaha dan tawakal. Muka depan Buletin Khas Kompilasi Tahun 2017 dihiasi dengan kenangan-kenangan manis yang telah dirakamkan sepanjang tahun 2017 oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim bersama-sama keluarga, warga kerja dan sahabat perniagaan beliau.

KREWBULETIN

Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Muhamad Hazli Manaf • Urusetia Muhammad Hazli Manaf, Intan Dianna Sazali, Mazzita Mohamed, Noraizah Salahan, Azura Ahamad, Norwidayanty Juhari • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Hj. Zainuddin • Foto Muhammad Aisamuddin Hj. Zainuddin • penulis Abd Hamid Saad, Intan Dianna Sazali, Ahmad Firdaus Muhammad, Norhazarita Hamizan, Mohd Shukri Md Yatim, Muhammad Aisamuddin Zainuddin, Zawanah Md. Zubaidin, Mohd Nazrin Mohamad Fozi, Muhamad Hazli Manaf, Nurfazreen Redzauddin, Sumber Berita, Sumber Laman Sesawang • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No. 6, Persiaran jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN. • Telefon +603 5614 2222 • Faksimili +603 5614 2233 • Laman Facebook rahmanbrothers • E-mel buletin@rahmanbrothers.com.my • • E-book Buletin http://issuu.com/rahmanbrothers •


BULETIN RAHMAN BROTHERS

EDISI 2017 KE-52 Bulan Januari - Disember

DARI MEJA

PENGERUSI EKSEKUTIF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera kepada semua warga Rahman Brothers yang saya sayangi. Segala puji-pujian bagi ALLAH SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana bulletin Rahman Brothers dapat diterbitkan lagi. Adalah menjadi harapan yang besar bagi saya agar bulletin ini terus menerus dapat memberi maklumat dan informasi yang berguna kepada warga kerja saya semua. Untuk makluman Warga kerja tahun 2017 merupakan tahun yang agak mencabar dalam perniagaan Rahman Brothers, kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam semua sektor aktiviti perniagaan yang dijalankan. Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kekuatan kepada Rahman Brothers untuk terus berada dalam industri perniagaan yang diceburi. Tidak lupa ucapann TERIMA KASIH kepada pasukan pengurusan saya serta warga kerja yang tetap setia dan memberi sumbangan terbaik kepada syarikat. Namun adalah diingatkan supaya kita jangan alpa dan lalai dengan kejayaan kita setakat ini kerana apa akan jadi pada masa depan tidak dapat kita ramalkan, maka hendaklah kita sentiasa mempersiapkan diri, memperkemaskan pasukan dan merancang dengan rapi langkah-langkah seterusnya seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” untuk menghadapi apa jua dugaan akan datang. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri dan kita perlu jadikannya sebagai medan cetusan refleksi bagi memperbaiki dan menambah baik kelompangan dan kelemahan yang ada. Tahun 2018 yang akan datang ini, diharapkan warga kerja meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif untuk membantu melatih kita berfikiran positif dan terbuka, sentiasa berfikir beberapa langkah ke hadapan dan bersedia melakukan perubahan mengikut keperluan semasa. Ini pastinya akan melahirkan generasi yang sihat dan mempunyai minda kelas pertama dan akhirnya akan lahirlah warga kerja yang profesional dan dikagumi. ORANG BERTANI MENANAM TEBU, SAMPAI MASANYA BOLEH DIMAKAN, SALAH SILAP TAHUN YANG LALU, JANGAN DIBAWA KE TAHUN DEPAN. BUAH KERANJI SI BUAH KURAN, RASANYA TIDAK SEMASAM BELIMBING, TAKKAN BERJAYA SESEORANG INSAN, JIKA HIDUPNYA SENTIASA DIBIMBING

Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


RAHMAN BROTHERS MOTOR | Seksyen 22 SHAH ALAM

RAHMAN BROTHERS MOTOR Oleh : Abd Hamid Saad

D

unia permotoran telah mengalami perubahan mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan tercetusnya fenomena pengeluaran berbagai model dari syarikat pengeluar jenama permotoran sedia ada di negara ini. Banyak pihak pengeluar begitu gigih menjenamakan semula branding model masing-masing untuk melonjakkan kembali jenama mereka dipersada permotoran dunia dan negara khasnya. Terlihat ciri-ciri kecangihan era digital terserlah didalam setiap model yang dikeluarkan terutama dari jenama-jenama yang dahulunya agak tenggelam dalam arus pemotoran negara seperti Mazda, Volvo, Ford serta Hyundai. Dengan semangat baru, mereka telah berjaya mengharungi dengan kepayahan untuk mengangkat semula jenama-jenama mereka kearena permotoran negara. Yang pasti mereka tidak terus mengalah, dan ternyata sekarang mereka berjaya duduk sebaris kembali setelah beberapa lama menyepi. Ternyata ianya menjadi satu perkembangan yang sihat dan memberi suntikkan semangat didalam bagaimana mereka-mereka yang satu masa dahulu telah hampir-hampir tenggelam dalam arus perjuangan permotoran. Dengan kegigihan dan tekad ingin berjaya, mereka dengan penuh semangat membuat R & D dalam setiap sudut untuk menyesuaikan dengan era semasa dan ternyata dengan kegigihan ini. Kini mereka telah berjaya kembali mewarnai persaingan didalam arena permotoran negara sebaris dengan jenama-jenama sedia ada. Ternyata disini sikap “TIDAK MUDAH MENGALAH” membuat merekamereka berjaya kembali. Bagi kami di Rahman Brothers Motor yang sememangnya terkenal dengan perniagaan penjualan kereta-kereta import, juga kereta-kereta jenama tempatan seperti Proton, tidak ketinggalan menghadapi tempias dari evolusi penjenamaan semula model-model terbaru pemasangan tempatan ini sejak kebelakangan ini. Kami terpaksa bersaing dari segi model, ciri-ciri terkini dan pakej penjualan mereka yang lebih menarik minat pembeli-pembeli lama dan baru ditambah pula dengan persaingan harga mereka yang amat kompetitif.

Meningkatkan hasil jualan adalah menjadi satu keutamaan bagi kami. selain tidak ketinggalan dan masih terus memantapkan cara konvensional kami terhadap pelanggan baru dan sedia ada di dalam meneruskan jalinan setia pelangan.

Walau bagaimana pun kami di Rahman Brothers Motor percaya dengan usaha kami didalam mengharungi persaingan era baru ini yang mana kami menganggap ianya sesuatu yang sihat bagi sektor permotoran dalam negara. Untuk itu kami di Rahman Brothers Motor dengan seberapa segera telah mula mengeksploitasi cara era baru dengan menjalankan satu analisa, penelitian, konsep, penjenamaan yang merangkumi berbagai espek termasuk dalam penjualan dan servis selepas jualan, meningkatkan hasil jualan adalah menjadi satu keutamaan bagi kami selain tidak ketinggalan dan masih terus memantapkan cara konvensional kami terhadap pelanggan baru dan sedia ada di dalam meneruskan jalinan setia pelangan.

S

ebagai menyahut cabaran era aplikasi digital, Rahman Brothers Motor telah mula mengorak langkah kearah penjualan secara “Online Marketing” yang mana kami telah mula melatih kakitangan yang mahir didalam bidang berkenaan bagi merealisasikannya aplikasi tersebut di Rahman Brothers Motor. Kita pasti suatu ketika malah sekarang pun sudah bermula konsep penjualan cara baru ini dan ternyata banyak yang telah berjaya.dan kami juga tidak akan ketinggalan didalam menerajui konsep ini di dalam arena permotoran negara sedikit masa lagi. Masa dan komitmen aras tertinggi akan kami berikan dalam mencapai impian ini. Aktiviti-aktiviti yang terbaru seperti Rahman Brothers Carnival yang dijalankan baru-baru ini ternyata memberi impak yang positif. Ini hanyalah sebagai satu percubaan dan umpama lonjakkan pertama dan ianya memberi kami satu idea baru bagaimana kami boleh mengaplikasikan teknologi media terkini dengan luas di dalam bidang penjualan, servis serta meningkatkan lagi penjenamaan syarikat dimasa-masa terdekat dan matlamat kami untuk kekal teratas didalam bidang permotoran negara. Disini kami dibahagian permotoran Rahman Brothers Motor juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Urusan kami Y.Bhg. Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Hj Ibrahim yang sentiasa memberi kami semangat jitu di dalam meneruskan usaha untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi. Begitu juga untuk semua kakitangan yang sentiasa memberi kerjasama didalam semua bidang untuk mencapai matlamat syarikat agar kita semua terus menikmati suasana kehidupan yang lebih baik. Semoga tercapai impian kita. Akhir kata.... Jika kita rasakan ujian itu sebesar KAPAL, Tapi ingatlah bahawa RAHMAT ALLAH itu seluas LAUTAN. dan perasaan takut itu hanya datang dari seorang PENGECUT. Sudah pastinya itu tidak bagi RAHMAN BROTHERS MOTOR. Wassallam.

4

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


WISMA RAHMAN BROTHERS | Seksyen 22 SHAH ALAM

HARI TERBUKA RAHMAN BROTHERS

R

Oleh : Intan Dianna Sazali

ahman Brothers Event telah menganjurkan Rahman Brothers Open Day (RBOD) selama dua (2) hari bertempat di perkarangan Wisma Rahman Brothers, Seksyen 22, Shah Alam. RBOD diadakan bertujuan bagi memperkenalkan kepada umum jenis-jenis perniagaan dan produk-produk yang dijual oleh Rahman Brothers khususnya di Shah Alam. Pengerusi RB Event, Puan Erni Erdawaty Binti Dato’ Abd Rahman melalui temubual bersama beliau telah menyatakan idea dan inspirasi beliau dengan menggunakan semua ruang atau medium yang sedia ada terutama sekali secara online untuk menaikkan dan mempromosikan lagi nama Rahman Brothers di mata masyarakat. Niat dan kesungguhan beliau disambut baik oleh Ahli Lembaga Pengarah dan ahli jawatankuasa yang lain. RBOD yang bermula 10.00 pagi sehingga 10.00 malam ini telah mensasarkan seramai 1500 orang pengunjung. RBOD telah menarik ramai pengunjung di tambah lagi dengan aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanan seperti fun fair, soopa doopa dan coloring. Pengunjung juga dihidangkan dengan persembahan siaran langsung daripada artis Radical Records bermula jam 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Sebanyak 10 foodtrucks telah menyertai RBOD ini dan merupakan salah satu tarikan utama pengunjung.

MOBILE BOOK TRUCK BUKU BARU & BUKU TERPAKAI

SKINNY COOK WESTERN FAST FOOD, BURGER & FRY FOODS

WESTERN ON WHEEL CHICKEN, LAMB CHOP, BEEF STEAK, SPAGETTI AND OTHER WESTERN FOOD

SUNSHINE PULUT MANGGA, PULUT AYAM, CENDOL PULUT, FRESH MANGGO, AIR JAGUNG

MINI MILO TRUCK AIR MILO DALAM CAWAN

SITA N ZUL VENTURES SPAGHETTI, MEATBALLS, KERABU, AIR JAGUNG, AIR PANAS/SEJUK

WESTERN KING CHEESY CHICKEN

KOKOPELLI FRIED KUEY TEOW, FRIED LOH SHEE FUN, WOK FRIED NOODLE

UNCLE BOB AYAM GORENG & SOSEJ CHEESE

KOCAI DELICIOUS CHICKEN, VEGE, EGG WRAP, CHILLI CHEESE FRIES, SPAGHETTI, VIRGIN MGITO DRINKS

Pihak Penganjur juga telah menyediakan sebanyak 32 tapak booths untuk disewa dan penganjur telah mendapat penyertaan penuh yang terdiri daripada Zurich Insurans, Prudential Takaful BSN, Juicee Ent. Sdn Bhd, Cuckoo, Bank Al Rajhi, makanan dan minuman serta beberapa barangan serbaneka. Bagi mengambil kesempatan RBOD ini, Rahman Brothers telah mengadakan promosi dan rebat besar-besaran bagi setiap pembelian kenderaan import, motorsikal berkuasa tinggi import dan kenderaan Proton. Juga promosi bagi pelanggan yang menghantar kenderaan untuk diservis juga menerima rebat dan diskaun hebat sepanjang program ini berlangsung. Pengunjung tidak putus hadir ke RBOD berikutan ia diadakan pada hari minggu dan kebetulan arena kejohanan Sukan SEA juga ada berdekatan, secara tidak langsung bukan sahaja pengunjung yang datang dari shah alam malah dari luar juga.

▲ Booth-booth yang terdapat semasa Rahman Brothers Open Day.

Dalam masa yang sama, Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk menyertai RBOD dengan membuka kaunter sempena Jom JPJ pada 27 Ogos 2017 bermula jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Pelbagai promosi telah disediakan oleh pihak JPJ, para pengunjung berpeluang untuk membuat pemeriksaan motorsikal secara percuma begitu juga dengan roadtax yang telah tamat dalam tempoh lebih 12 bulan, pembaharuan lesen memandu & roadtax, semakan & bayaran saman, daftar Ahli Skuad muda 1JPJ, khidmat nasihat berkenaan teknikal kenderaan dan pendaftaran ID MYSIKAP. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran daripada iM4U yang hadir bersama trak rasmi. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh iM4U dengan memberikan cenderahati kepada pengunjung yang bertuah. Penganjur juga ada menyediakan Indoor Cinema dengan menayangkan beberapa filem untuk tatapan pengunjung. ▲ Kerja-kerja servis kenderaan sedang dilaksanakan. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

5


HARI TERBUKA RAHMAN BROTHERS

6

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


HARI TERBUKA RAHMAN BROTHERS

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

7


RAHMAN BROTHERS MOTOR | Seksyen 22 SHAH ALAM

SIRI JELAJAH DEWAN MUDA PEKEMA DI WISMA RAHMAN BROTHERS Oleh : Ahmad Firdaus Muhammad

P

ada 24 November 2017 yang lalu, Siri Jelajah Dewan Muda PEKEMA diteruskan lagi dan pada kali ini mereka telah memilih Wisma Rahman Brothers, Shah Alam sebagai destinasi pertama untuk dilawati di kawasan Lembah Klang. Siri Jelajah ini diketuai oleh Ketua Pemuda Dewan Muda PEKEMA, Encik Anas Zawawi Bin Dato’ Sri Khalid dan diiringi oleh Penolong Setiausaha Kehormat PEKEMA Pusat, Encik Raja Petra Maruddin Bin Raja Nordin, Exco Penerangan Dewan Muda PEKEMA, Encik Ahmad Sherwani Bin Mohd Yusof dan AJK Dewan Muda PEKEMA iaitu Encik SM Zulfaris Bin Dato’ SM Zulkifli. Kunjungan Dewan Muda PEKEMA telah disambut oleh Naib Presiden (Perkhidmatan) iaitu Puan Erni Erdawaty Binti Dato’ Haji Abd Rahman, Naib Presiden (Automotif) iaitu Tuan Haji Hamdan Bin Mohamed dan Pengurus Pentadbiran, Encik Mohd fadhli Bin Mohamad Fozi. Objektif utama Siri Jelajah ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara Dewan Muda Pekema dengan ahli PEKEMA yang lain serta saling bertukar idea dan pendapat untuk kepentingan ahli PEKEMA.

8

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


TERAP INN | Kuala Nerang PADANG TERAP

T

TERAP INN KUALA NERANG Oleh : Norhazarita Binti Hamizan

erap Inn Kuala Nerang (TIKN) merupakan sebuah resort berkonsepkan keindahan alam semulajadi yang terletak di atas Bukit Gedong dengan keluasan 3 ekar. Ia dimiliki oleh Majlis Daerah Padang Terap iaitu di bawah Pengurusan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Syarikat Rahman Brothers Anak-Anak (Kedah) Sdn. Bhd. (SRBA-K) merupakan syarikat yang dipertanggungjawabkan sebagai pengurusan baharu TIKN iaitu bermula dari Jun 2015. Ia mula beroperasi pada Januari 2016. Motto TIKN adalah “Nature for Future�. Misi TIKN pula ialah menjadi sebuah resort yang menerapkan nilainilai kehijauan alam semulajadi yang menitikberatkan pemeliharaan alam serta pemuliharaan alam. SRBA-K telah melakukan beberapa pembaharuan terhadap TIKN. Antara pembaharuan ialah terhadap bangunan pejabat urusan dimana ia diubahsuai daripada sebuah kafeteria. Justeru, pejabat lama pula diubahsuai menjadi sebuah Dewan Seminar Tertutup. Dormitory turut dilakukan penambahbaikan dimana telah diperluaskan untuk memuatkan lebih ramai pelanggan sehingga mencecah 56 orang dalam satusatu masa berbanding sebelum ini muat 40 orang sahaja. Dormitory ini juga telah dipasang dengan penghawa dingin bagi keselesaan pelanggan. Bangunan kafeteria masih dalam proses penyelenggaraan dimana ia diubahsuai dari sebuah pusat gimnasium. Bangunan ini terletak dihadapan jalan masuk ke TIKN dan merupakan lokasi yang sangat strategik untuk pelanggan TIKN dan orang luar. Kafeteria bakal dibuka pada tahun 2018. TIKN cuba menerapkan semangat cintakan alam semulajadi terhadap kakitangan serta pelanggan. Ia melibatkan 3R (Reuse, Reduce, Recycle) dimana ia menjimatkan kos operasi serta dapat memulihara alam dari tercemar. Kawasan sekeliling TIKN akan ditanam dengan pokok buah-buahan tempatan serta sayur-sayuran jangka masa pendek dan panjang serta tumbuhan herba sebagai salah satu daya tarikan.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

9


AL IMTAR | KUALA LUMPUR, SELANGOR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TADIKA DAN TAHAP 1

P

Oleh : MOHD SHUKRI MD YATIM

▲ Pelajar menunggu giliran untuk diberi penerangan

▲ Petugas Sunflower Rice sedang memberi penerangan kepada para pelajar.

ada 29 Mac 2017, murid-murid Tadika Islam AL IMTAR dan murid SRII Tahap 1 diiringi guru-guru menyertai Program Lawatan Ilmiah yang direncanakan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Lokasi pertama, rombongan murid singgah di Domino’s Pizza, Cheras. Disini pelajar diberi pendedahan penghasilan dan cara kerja sebuah restoran makanan pizza. Dimulai dari kaunter pesenan, penghasilan makanan, stor makanan dan kawasan memasak sehingga proses penghantaran. Para pelajar juga berpeluang untuk menghasilkan sendiri Bread Twist iaitu salah satu dari menu Domino’s Pizza. Pelajar kemudian menikmati sarapan pagi ala barat disini. Selesai sarapan, rombongan 2 buah bas dibawa ke Kilang Beras; Sunflower Rice di Kajang Utama. Murid dibawa diberi taklimat berkenaan jenis beras dan cara memproses dari sawah hingga ke pembukusan, rombongan juga turut dibawa melawat stor dan kawasan kilang proses beras. Bagi pelajar cilik ini, perkataan seperti gabah, panen, sekam, dedak, bekatul (tentu anda juga tertanya-tanya) membuat mereka tertanya-tanya, gelagat mereka yang penuh persoalan menghiburkan para pengiring. Rombongan kemudian menikmati makan tengahari dan solat zohor di kawasan Kajang. Rombongan seterusnya di bawa ke Kilang Memproses Biskut dan coklat di Sri Kembangan. Di Muzium Coklat Beryl pelajar mempelajari sejarah Beryl’s yang sudah lama bertapak di Malaysia dan bagaimana kami membuat coklat premium berkualiti dari biji koko yang berasal dari ladang di seluruh dunia dan seterusnya ke Kilang Coklat. Murid-murid berkesempatan membawa balik ole-ole untuk ibubapa. Selesai solat Asar di Masjid Universiti Putra Malaysia, pelajar pulang dan bersurai membawa kenangan manis yang pasti tidak dilupakan.

▲ Gambar Kenangan dirakam di tempat terakhir lawatan di Masjid Universiti Putra Malaysia

10

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TADIKA DAN TAHAP 1

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

11


WISMA RAHMAN BROTHERS | Seksyen 22 SHAH ALAM

LAWATAN KERJA (PERANCANGAN JUALAN & NETWORK) KE WISMA RAHMAN BROTHERS

P

Oleh : Intan Dianna Sazali

ada 7 Disember 2017 yang lalu, Dr. Ho Tuck Sum, Pengurus Kanan (Perancangan Jualan & Network) dari Proton Edar Sdn Bhd telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Rahman Brothers di Wisma Rahman Brothers, Shah Alam. Beliau ditemani oleh Tuan Haji Zakaria. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Pihak Pengurusan Rahman Brothers yang terdiri daripada Naib Presiden (Automotif), Tuan Haji Hamdan Bin Mohamed, Pengurus Pentadbiran iaitu Encik Mohd Fadhli Bin Mohamad Fozi, Pengurus Pusat Servis iaitu Encik Mohd Anwar Bin Mohd Taib, Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran iaitu Encik Muhamad Hazli Bin Manaf dan Penolong Pengurus, Encik Ahmad Shahamah Bin Hassan. Lawatan rasmi ini berikutan pengumuman rasmi berkaitan dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang mengambil alih 49.9% ekuiti Proton sekaligus menjadi rakan strategik asing untuk Proton. Dalam sesi lawatan tersebut, Dr. Ho memaklumkan bahawa pengurusan yang baru di bawah Geely telah membuat beberapa perubahan yang drastik dalam pengurusan, perancangan, kepimpinan serta strategi mereka dalam menaikkan semula prestasi dan kualiti Proton serta memastikan semua dealership Proton mematuhi dan menepati syarat serta terma yang ditetapkan sekiranya ingin terus berada dalam sayap Proton. Dr. Ho berkata dengan kemudahan-kemudahan di Pusat Servis yang dimiliki oleh Rahman Brothers, beliau yakin bahawa Rahman Brothers boleh lebih maju dan pergi dengan lebih jauh sekiranya dapat memperbaiki kualiti kerja serta menjaga hubungan baik antara pelanggan dan pekerja. Dr. Ho juga kagum dengan perkhidmatan cafĂŠ dan car wash yang disediakan oleh Rahman Brothers untuk pelanggan kerana dengan menyediakan perkhidmatan percuma seperti ini mampu menarik minat serta meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan untuk terus menggunakan atau membeli kenderaan Proton. Selain daripada itu, Dr. Ho juga menyarankan Bahagian Jualan untuk meningkatkan lagi prestasi jualan iaitu sebanyak 75 unit sebulan berkuatkuasa November 2017. Ini berikutan perancangan baru daripada Geely untuk mengeluarkan kenderaan baru Proton bermula tahun hadapan. Sesi lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati oleh wakil Rahman Brothers.

12

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


DHAR foods & Pastry | Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM KUALA LUMPUR

HARI AKTIVITI FIZIKAL SEDUNIA 2017

Oleh : MUHAMMAD AISAMUDDIN ZAINUDDIN

H

ari Aktiviti Fizikal Sedunia atau World Day of Physical Activity diraikan seluruh dunia dipopularkan oleh World Health Assembly (WHO) dimana setiap tahun (Bulan April) diadakan acara yang menggalakkan dan mempromosikan pentingnya aktiviti fizikal untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tidak ketinggalan untuk menganjurkan acara ini, pelbagai aktiviti telah dijadualkan dan pelbagai gerai jualan juga turut dibuka. DHAR Frozen Food & Pastry telah mengambil bahagian dalam menjual produk-produk makanan bersama-sama dengan gerai-gerai pelbagai produk yang lain. Produk-produk DHAR Frozen Food & Pastry mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana produk makanan DHAR Frozen Food & Pastry mudah dan cepat untuk disediakan. Acara berlangsung selama tiga hari dan Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman juga berkesempatan turun padang bermesra bersama pelanggan dan juga penganjur aktivtivi disamping mempromosikan syarikat Rahman Brothers.

umum | Sungai Penchala MUTIARA DAMANSARA

Y

.Bhg. Dato Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim telah mengadakan lawatan singkat ke Wisma MOFAZ di Sungai Penchala, Mutiara Damansara pada 17 Oktober 2017 yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah bagi beramah mesra antara Y.Bhg. Dato Hj. Abd Rahman dengan Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd Fauzi. Tersergam megah di arena perniagaan selama lebih 3 dekad Kumpulan MOFAZ sentiasa dikendalikan oleh falsafah yang berfikiran tunggal iaitu “Dedikasi Menuju Kecemerlangan”. Antara perkara yg dibincangkan ialah pembangunan yang sedang rancak dibangunkan oleh Kumpulan Mofaz yang begitu sinonim dalam bidang automotif dan hartanah. Y.Bhg. Dato Hj. Abd Rahman amat berbesar hati dan mengalu-alukan kerjasama dari pihak MOFAZ untuk bekerjasama melaksanakan beberapa projek pada masa hadapan. Lawatan ini juga turut disertai oleh En Mohd Nazrin yg mula menunjukkan minat beliau dalam bidang hartanah.

Lawatan ke Pejabat Mofaz Oleh : INTAN DIANNA SAZALI

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

13


UMUM | Perpustakaan Universiti Islam Malaysia CYBERJAYA

Hari Terbuka

perpustaakan universiti islam malaysia Oleh : MUHAMMAD AISAMUDDIN ZAINUDDIN

Y.Bhg. Dato; Hj. Abd Rahman telah menghadiri Pelancaran Hari Terbuka Perpustakaan Universiti Islam Malaysia (UIM) “Book & Breakfast” dan Kempen Derma Buku yang telah diadakan di Perpustakaan Universiti Islam Malaysia pada 23 Mei 2017. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor, Presiden Universiti Islam Malaysia. Pelbagai aktiviti juga dijalankan pada hari tersebut seperti Program Bicara Buku oleh Prof. Dato’ Abdul Monir Yaacob, Naib Presiden UIM, pameran, pertandingan dan permainan, kuiz dan jualan usahawan UIM. Perpustakaan CIMB Islamic - Primary Islamic Finance Library telah dirasmikan oleh Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 28 October 2015. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan pertama yang menempatkan buku-buku khas mengenai kewangan Islam di Malaysia. Koleksi buku berkaitan perbankan Islam, terbitan, pelaburan, ekonomi dan lain-lain lagi. Perpustakaan ini berhasrat untuk menyediakan koleksi menyeluruh mengenai kewangan Islam pada abad ke-21 dan juga koleksi-koleksi kewangan Islam pada zaman Empayar Abbasiyah dan Empayar Uthmaniyyah. Koleksi 3,000 bukan sahaja boleh didapati dalam format cetakan tetapi juga dalam format digital yang boleh diakses melalui e-perpustakaan. Perpustakaan ini terletak di tingkat bawah bangunan kampus Universiti Islam Malaysia dan dibuka dari pukul 9:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari kerja dan dari pukul 9:30 pagi hingga 2:00 petang pada hujung minggu. Y.Bhg. Dato; Hj. Abd Rahman kemudiannya ditemani YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor bersama tetamu kehormat yang lain telah dibawa melawat bangunan Universiti Islam Malaysia.

14

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


SRII AL IMTAR | KUALA LUMPUR, SELANGOR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASCA UPSR & PSRA

P

Oleh : Zawanah md. zubaidin

elbagai program Pasca UPSR 2017 telah diatur pihak sekolah AL-IMTAR bagi mengisi masa lapang murid-murid Tahun 6 dengan perkara-perkara berfaedah. Antaranya ialah mengadakan Lawatan Sambil Belajar pada Khamis, 12 Oktober 2017. Sepanjang lawatan tersebut, mereka telah diiring oleh Ust. Syukri, Ust. Ameer dan Cikgu Zawanah. En. Aisamuddin selaku jurukamera juga turut bersama-sama merakamkan keterujaan mereka sepanjang lawatan tersebut. Murid-murid Tahun 6 Al-Ghazali telah dibawa melawat Pusat Sains Negara. Memandangkan hari tersebut adalah Hari Terbuka Pusat Sains Negara, maka ramailah pengunjung pada hari tersebut yang juga melibatkan beberapa buah sekolah. Banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi oleh murid-murid sepanjang aktiviti di Pusat Sains Negara, bermula dari pengalaman meneroka alam Sains, mencuba peralatan muzik gergasi, melihat ikan-ikan di Marine Life, melalui halangan Laser Maze, Surviving the Wind Blast, Kidz World, laluan cermin pantulan hinggalah pertunjukan pertandingan robot tempur. Paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman mengatasi fobia-fobia sepanjang Survive The Bunker. Berbekalkan sebiji lampu, para pelajar perlu melalui suasana yang gelap-gelita di mana sepanjang laluan pelbagai kejutan demi kejutan ditempuhi seolah-olah memasuki rumah using berhantu. Rata-rata murid amat teruja dengan pengalaman baru semasa di PSN. Setelah 3 jam berada di Pusat Sains Negara, murid-murid dibawa melawat ibu Pejabat Kumpulan Rahman Brothers di Shah Alam. Murid-murid dibawa melawat bangunan Wisma Rahman Brothers dan diberi jamuan makan tengahari. Para pelajar sungguh beruntung kerana diberi layanan yang sangat baik ditambah pula dengan pemberian saguhati oleh Puan Mazita kepada mereka. Sejurus selepas itu, muridmurid dibawa melawat Yayasan Restu untuk melihat manuskrip-manuskrip Al-Quran lama. Para pelajar sangat kagum melihat kesemua penulisan manuskrip yang sangat halusdan berseni itu adalah sebenarnya ditulis tangan oleh beberapa orang penulis yang sangat berbakat di yayasan tersebut. Para pelajar turut dimaklumkan bahawa Yayasan Restu bukan sahaja menerbitkan terjemahan Al-Quran versi Bahasa Melayu malah turut menerbitkan terjemahan versi Bahasa Cina, Kemboja, Thailand dan sebagainya. Murid-murid dibawa melawat sudut pameran yang terdapat di Yayasan Restu, Shah Alam. Menjelang Asar kami mula berangkat pulang membawa seribu satu kenangan manis yang pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hidup mereka. Semoga dengan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan dapat mereka manfaatkan dengan sebaik-baiknya. â–ź Rombongan di hadapan perkarangan Pusat Sains Negara

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

15


LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASCA UPSR & PSRA

16

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASCA UPSR & PSRA

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

17


RAHMAN BROTHERS AUTOMOTIVE | Seksyen 22 SHAH ALAM

RAHMAN BROTHERS AUTOMOTIVE SDN BHD Dealership Proton Edar Sdn Bhd

R

Oleh : Intan Dianna Sazali

Foto : SHAHAMAH

ahman Brothers Automotive Sdn Bhd (RBA) merupakan 3S dealership untuk Proton Edar Sdn Bhd sejak Mac 2016. RBA mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian Jualan dan Pusat Servis Kenderaan. RBA terletak di Ibu Pejabat Rahman Brothers iaitu di Wisma Rahman Brothers, Shah Alam. RBA Bahagian Jualan dikendalikan oleh Encik Shamsul Anuar Bin Shoib, Penolong Pengurus dan dipantau oleh Naib Presiden (Automotif), Tuan Haji Hamdan Bin Mohamed. Bahagian Jualan terdiri daripada Eksekutif Jualan yang mempunyai pelbagai latar belakang serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang jualan. Bagi tahun 2017 ini, RBA telah mengadakan beberapa program, aktiviti dan majlis bagi mempromosikan kenderaan Proton khususnya kepada penduduk sekitar Shah Alam dan Lembah Klang. Antara program yang disertai oleh RBA adalah Roadshow yang dianjurkan oleh Pihak Proton sendiri (seperti dalam jadual di bawah). ROADSHOW PROTON TARIKH

TEMPAT

11/4/2017 - 16/4/2017

Main Place Puchong

11/7/2017 - 23/7/2017

Aeon Mall Shah Alam

11/4/2017 - 16/42017

Aeon Mall Shah Alam

25/7/2017 - 30/7/2017

Alamanda Putrajaya

28/4/2017 - 7/5/2017

Putra World Trade Centre

10/8/2017 -13/8/2018

The Mine Seri Kembangan

2/5/2017 - 7/5/2017

Aeon Mall Shah Alam

16/8/2017 - 20/8/2017

Setia City Mall

8/5/2017 - 14/5/2017

Aeon Mall Shah Alam

22/8/2017 - 27/8/2017

Aeon Mall Shah Alam

10/5/2017 - 14/5/2017

Setia City Mall

22/8/2017 - 3/9/2017

Ioi Mall Puchong

24/5/2017 - 28/5/2017

IoI Mall Puchong

20/9/2017 - 24/9/2017

Setia City Mall

2/6/2017 - 4/6/2017

Shah Alam Convention Centre

26/9/2017 - 1/10/2017

Alamanda Putrajaya

5/7/2017 - 9/7/2017

IoI Mall Puchong

18/10/2017 - 23/10/2017

Setia City Mall

▲ Sebahagian pengunjung yang ada di sepanjang Roadshow Proton

▲ Bergambar bersama Pengarah Rahman Brothers Automotive iaitu YBhg Dato’ Hj Abd Rahman Bin Hj Ibrahim

RBA Bahagian Jualan dan Pusat Servis Kenderaan telah mengadakan Proton Raya Open House pada 14 Julai 2017 hingga 16 Julai 2017 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Open House ini telah dihadiri oleh Pengarah RBA iaitu YBhg Dato’ Hj Abd Rahman Bin Hj Ibrahim dan Encik Mohd Nazrin Bin Mohamad Fozi di Ruang Pameran RBA, Wisma Rahman Brothers, Shah Alam. Pelbagai juadah disediakan oleh pihak RBA termasuklah menu utama hari raya iaitu lemang, rending, nasi impit dan ketupat. Majlis ini telah dihadiri oleh 200 orang pelanggan serta ahli keluarga kakitangan Rahman Brothers. YBhg Dato’ Hj Abd Rahman sempat menyampaikan ucapan Hari Raya dan mengalualukan kedatangan para pelanggan serta kenalan yang lain.

18

|

@

▲ Tetamu yang hadir memeriahkan lagi Proton Raya Open House

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


RBA Bahagian Jualan dengan kerjasama Pusat Servis Kenderaan juga telah menganjurkan Proton Open Day pada 17 November 2017 sehingga 19 November 2017 dan satu lagi majlis pada 8 Disember 2017 hingga 10 Disember 2017 yang bertempat di Ruang Pameran RBA, Shah Alam. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah pertandingan Pijak Belon dan Coloring Contest. Program seperti ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara RBA dengan pelanggan serta mewujudkan suasana yang mesra dan akrab antara kakitangan di Wisma Rahman Brothers.

RBA Bahagian Jualan juga telah menggunakan beberapa pendekatan sendiri untuk mempromosikan kenderaan Proton iaitu pengiklanan melalui online dan offline. Eksekutif Jualan telah mempromosikan diskaun terbaru Proton melalui mudah.my dan carlease.my. Mereka juga telah mengedarkan flyers serta membuka booth di Pasar Tani Shah Alam pada setiap Hari Ahad bagi mempromosikan serta meningkatkan lagi jualan kenderaan Proton. Pengarah RBA selalu menekankan aspek kualiti dan kuantiti dalam memastikan rekod jualan RBA sentiasa mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Proton. YBhg Dato’ Hj Abd Rahman juga sering kali menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap urusan jual beli yang dilakukan oleh Ekskutif Jualan yang dilantik dalam menjaga nama baik Syarikat serta mewujudkan hubungan yang baik antara pelanggan.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

19


SUDUT ILMU | Buletin RAHMAN BROTHERS

WANITA PENYUMBANG PEMBANGUNAN NEGARA

S

Oleh : FATIN AMIRA ABD. RAHMAN 
& TAN EI JIN | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

ejak lebih 50 tahun lalu, wanita Malaysia telah mencipta fenomena anjakan paradigma melalui penyertaan mereka dalam bidang tenaga kerja. Tahap pendidikan menjadi faktor penting dalam mempengaruhi seseorang melibatkan diri dalam pasaran kerja masa kini. Tidak kira wanita yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi atau tidak, mereka semakin cenderung melibatkan diri dalam pasaran kerja. Wanita bujang sanggup bermula dalam bidang pekerjaan berstatus rendah untuk mengumpul pengalaman sementara yang berkahwin pula lebih mementingkan kelayakan dan pengalaman.

Wanita digalakkan menggunakan potensi mereka sepenuhnya untuk bertindak sebagai penyumbang kepada bidang kepakaran dan teknikal bersama-sama dengan orang lelaki

Jika ramai wanita berpendidikan tinggi dapat menyumbang kepada pembangunan negara, sudah pasti potensi Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 akan dapat dicapai. Pelbagai langkah telah dicadangkan bagi mengurangkan batasan dan halangan yang ada bagi membolehkan wanita melibatkan diri dengan lebih berkesan dalam proses pembangunan negara. Proses pengindustrian di negara ini telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada wanita dalam mengubah peranan tradisinya sebagai suri rumah kepada individu yang berdikari. Perubahan ini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian wanita kini kerana mereka beranggapan bergantung sepenuhnya kepada suami tidak lagi realistik sedangkan mereka boleh berkongsi beban bersama suami. Wanita juga mampu berdikari dari aspek ekonomi dan pembangunan diri malah bijak mengimbangi antara kerjaya dan keluarga. Bermula dengan Rancangan Malaysia Keenam, keprihatinan khusus diberikan kepada wanita dalam aspek pembangunan dengan menggariskan strategi-strategi penting bagi meningkatkan status mereka.

Antara strategi yang digunakan adalah meningkatkan peluang pendidikan dan latihan, meningkatkan penglibatan wanita dalam tenaga buruh di samping penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi hak wanita di tempat kerja. Selain itu, Dasar Wanita Negara diperkenalkan sebagai titik permulaan pengiktirafan kerajaan secara formal terhadap sumbangan wanita. Sebahagian besar golongan wanita yang terlibat dalam pasaran kerja berasal dari keluarga berpendapatan rendah atau sederhana. Ini mendorong wanita untuk melibatkan diri dalam pasaran kerja. Walau bagaimanapun, terdapat juga golongan wanita yang terlibat dalam pasaran kerja kini berasal dari latar belakang keluarga berpendapatan tinggi. Mereka tetap aktif memberi sumbangan dalam pasaran kerja yang fleksibel untuk mempelajari sesuatu, mengisi masa dan mendapat pengalaman baharu. Kerajaan memberi penekanan terhadap kesaksamaan jantina di samping pembangunan wanita dan keluarga dalam arus pembangunan negara. Wanita digalakkan menggunakan potensi mereka sepenuhnya untuk bertindak sebagai penyumbang kepada bidang kepakaran dan teknikal bersama-sama dengan orang lelaki. Kekangan perundangan dan institusi yang menghalang penyertaan wanita dalam bidang ekonomi turut dikaji semula bagi menggalakkan penglibatan aktif wanita supaya dapat menyumbang kepada kemajuan negara. Kesimpulannya, peranan dan status wanita Malaysia mengalami perubahan yang begitu ketara sejak kemerdekaan pada 1957. Wanita negara ini turut dilihat sebagai penyumbang terpenting ke arah pertumbuhan ekonomi Malaysia ke satu peringkat lebih baik. Kerajaan dengan kerjasama sektor swasta telah berusaha untuk melibatkan wanita secara optimum dalam proses pembangunan negara di samping membantu meningkatkan status pekerja wanita. Sumbangan wanita semakin diiktiraf dan pendidikan formal semakin diungguli pelajar wanita sehingga graduan diberi kepercayaan untuk memegang jawatan-jawatan lebih tinggi dalam sesebuah organisasi. Kini, wanita terus maju dalam bidang kerjaya masingmasing sehingga mampu menyaingi pekerja lelaki dalam apa jua bidang. Tidak kira di rumah atau tempat kerja, terbukti wanita Malaysia boleh lakukan segalanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/pentingnya-pekerja-wanita-1.377427#ixzz53Z5Jk21v Š Utusan Melayu (M) Bhd http://lunatots.com/blog-susu-ibu-lunatots/ , https://www.arnoldgroup.com.au

20

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


SRII AL IMTAR | Kompleks Sukan Kampung Pandan WP KUALA LUMPUR

TEMASYA SUKAN TAHUNAN AL IMTAR 2017

Oleh : MOHD SHUKRI MD YATIM

S

ukan Tahunan AL IMTAR bagi sesi 2017 telah diadakan di Kompleks Sukan Kampung Pandan Kuala Lumpur pada 6 Mei 2017. Ia dirasmikan oleh Y.Berusaha Tuan Haji Mohd Ghazali bin Dato’ Maulud, Penasihat Yayasan Sedhar. Seawal jam 7.00 pagi, ibubapa bersama murid-murid AL IMTAR mula memenuhi ruang astaka Kompleks Sukan Kampung Pandan. Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu AL IMTAR diikuti lintas hormat perbarisan kontinjen rumah-rumah sukan dan bacaan Ikrar Murid. Selesai ucapan aluan Pengurus Yayasan Sedhar, En Mohd Shukri Md Yatim dan ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Mohd Ghazali Dato’ Maulud beserta gimik perasmian, maka bermulalah acara persembahan Murid Tadika dan Pasukan Memanah, Taekwando dan Muay Thai. Acara pertandingan sukan antara rumah-rumah sukan berlangsung dengan meriahnya. Semua murid tidak melepaskan peluang menyertai semua acara balapan dan acara sukaneka. Penglibatan ibubapa dan guru dalam acara sukaneka turut menjadikan Sukan Tahunan AL IMTAR 2017 bertambah meriah. Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua murid yang mengambil bahagian dan dimeriahkan dengan acara cabutan nombor bertuah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua murid dan ibubapa serta warga AL IMTAR yang telah menjayakan Temasya Sukan Tahunan AL IMTAR 2017. Tahniah dan terima kasih kepada semua murid khususnya kepada Guru Penyelaras Program dan warga AL IMTAR atas kejayaan penganjuran program.

▲ Tahniah dan terima kasih untuk semua urusetia yang menjayakan Sukan Tahunan Al Imtar 2017 Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

21


TEMASYA SUKAN TAHUNAN AL IMTAR 2017

22

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


TEMASYA SUKAN TAHUNAN AL IMTAR 2017

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

23


WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

SAMBUTAN HARI PEKERJA DAN GOTONG ROYONG Oleh : INTAN DIANNA SAZALI

M

ei 10, 2017 - Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran telah mengadakan Sambutan Hari Pekerja dan Gotong Royong di Wisma Rahman Brothers, Shah Alam. Program ini bertujuan memberi penghargaan kepada kakitangan selain mengadakan aktiviti-aktiviti bagi merapatkan lagi hubungan ukhuwah antara kakitangan. Program ini telah dianjurkan dan disusan rapi oleh Ahli Jawatankuasa. Seawal jam 9.00 pagi, kakitangan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan serta mencantikkan kawasan pejabat. Sesi gotong berakhir pada jam 12.45 tengahari. Kakitangan dihidangkan dengan jamuan makan tengahari serta solat zohor berjemaah di Ruang Pameran Kenderaan. Bagi menghiburkan hati para pekerja yang sudah letih dan penat, aktiviti-aktiviti berkumpulan turut diadakan seperti pertandingan Cuba Teka, Peribahasa, Tarik Tali dan Bom Berangkai. Kumpulan Nick Nama telah menjadi Juara Keseluruhan bagi pertandingan tersebut. Beberapa anugerah dan penghargaan turut diberikan kepada kakitangan yang bertuah. Setiap anugerah yang diberikan adalah mengikut criteria dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan.

AHLI JAWATANKUASA PENGERUSI ERNI ERDAWATY BINTI DATO’ ABD RAHMAN PENGARAH MUHAMAD HAZLI BIN MANAF TIMBALAN PENGARAH AZURA BINTI AHAMAD SETIAUSAHA INTAN DIANNA BINTI SAZALI TUGAS-TUGAS KHAS MUHAMMAD AISAMUDDIN BIN ZAINUDDIN

PEMENANG AKTIVITI BERKUMPULAN

TEMPAT PERTAMA - NICK NAME TEMPAT KEDUA TEMPAT KETIGA

- HARIMAU BUAS - BABY KAILAN

TOP SALES & TECHNICIAN 2016 Penerima anugerah ini dinilai berdasarkan jumlah bilangan kenderaan yang dijual bagi tahun 2016 dan jumlah kenderaan yang diservis bagi tahun 2016. Tahniah kepada penerima anugerah.

▼ Wakil : MOHD ANWAR BIN MOHD TAIB

TOP SALES 2016 (RBM) SHAMSUL ANUAR BIN SHOIB 25 unit

24

|

TOP SALES 2016 (RBA) NORANITA BINTI ABDUL RAHMAN 28 unit

@

rahmanbrothersevent

TOP TECHNICIAN 2016 (SERVICE CENTRE) MOHD SYAMYUSRIE BIN CHE MUD 890 unit

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


EMPLOYEE AWARDS 2016 Penerima anugerah ini dinilai berdasarkan 5 kriteria iaitu:1. Kemahiran dan pengetahuan mengenai kerja. 2. Mempunyai semangat membantu rakan sekerja yang lain dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan-tugasan lain. 3. Bagi kelayakan Cuti Sakit, kakitangan ini TIDAK PERNAH ambil cuti sakit sepanjang tahun 2016. 4. Kakitangan ini juga dinilai berdasarkan kedatangan sepanjang tahun 2016.

RBM WAN RIZWAN BIN AYUB

5. Kakitangan ini TIDAK PERNAH mengambil UNPAID LEAVE atau CUTI TANPA GAJI. * Calon bagi kategori ini dipilih oleh setiap Pengurus/ Ketua Jabatan masing-masing. * Calon dinilai melalui pemarkahan bagi setiap kategori tadi. ▼ Wakil : MUHAMMAD ZAMIR BIN AHMAD NAWAWI

RBA ADNIN BIN BAHARUDIN

MANAGEMENT SERVICES MOHD KHAIDIR BIN MOHD MUSA

▲ Tahniah kepada semua penerima BEST EMPLOYEE FOR HEALTHY & LIFESTYLE 2016

BEST EMPLOYEE FOR HEALTHY & LIFESTYLE 2016 Penerima anugerah ini dinilai berdasarkan rekod cuti sakit bagi tahun 2016 dan tempoh perkhidmatan. Kakitangan yang TIDAK PERNAH mengambil Cuti Sakit bagi tahun 2016 dan telah disahkan dalam jawatan serta berkhidmat/station di Wisma Rahman Brothers minimum 1 tahun. PENERIMA ANUGERAH 1. MUHAMMAD ZAMIR BIN AHMAD NAWAWI 2. NORZALILA BINTI MOHD DAHLAN 3. MOHD HARI BIN HAMZAH 4. MOHD HEZUAN BIN HAZIRI 5. MOHD KHAIDIR BIN MOHD MUSA 6. MD DAINI BIN NORDIN 7. MAZZITA BINTI MOHAMED 8. NORAIZAH BINTI SALAHAN 9. ADNIN BIN BAHARUDIN

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

MOHD ANWAR BIN MOHD TAIB MUHAMAMD AMIRUL HAFIZZUL BIN HALIM WAN RIZWAN BIN AYUB AZIZ BIN LAMBAK MOHD SHAHRIZAL BIN ABD RAHMAN SITI NORIZA BIN SIDI AHMAD ABD HAMID BIN SAAD ROS AZLIN BIN SABAWI JZULHILMI BIN MD DERUS

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

25


SAMBUTAN HARI PEKERJA DAN GOTONG ROYONG

26

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


SAMBUTAN HARI PEKERJA DAN GOTONG ROYONG

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

27


SYARIKAT RAHMAN BROTHERS PERUMAHAN | Alor Gajah MELAKA

Siri Lawatan Dhar ke PejABAT Tanah Alor Gajah Oleh : Mohd Nazrin Mohamad Fozi

Pada 23 Oktober 2017 yang lalu, Y.Bhg. Dato Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim membuat lawatan rasmi ke Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Melaka. Tujuan lawatan ialah untuk merapatkan huhungan dengan pihak pejabat tanah. Lawatan ini ditemani oleh En Nazrin. Pertemuan ringkas ini disambut oleh Pengawai Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah iaitu Dato’ Daud Bin Hassan.

RAHMAN BROTHERS PULAU PINANG | Perai PULAU PINANG

bilik pameran baru

Rahman brothers motor PULAU PINANG Oleh : INTAN DIANNA SAZALI

Rahman Brothers Motor Sdn Bhd Cawangan Pulau Pinang No. 1813-D, Jalan Peusahaan Auto City, North-South Highway Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang. RBM Cawangan Pulau Pinang telah berpindah ke pejabat yang baru pada Januari 2017 yang lalu. Perpindahan ke pejabat baru ini diyakini dapat memberikan kemudahan yang lebih efisien dengan memuatkan lebih banyak kenderaan import serta memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan. Lokasi yang strategik merupakan salah satu faktor utama dalam membantu meningkatkan lagi jualan kenderaan dan cawangan ini telah menerima kunjungan ramai pelanggan sejak bulan Februari sehingga sekarang. “Pelbagai promosi dan diskaun diberikan kepada pelanggan sempenan pembukaan cawangan baru RBM (Pulau Pinang)”: kata Pengurus Cawangan iaitu En. Lim Swee Bing. Pengurus - Lim Swee Bing Pentadbiran - Puan Norshadah Harun, Cik Chong Yock Sian, Encik Saifol Asari Bin Jam, Encik Abdul Aziz Bin Manap, Encik Mohd Yusuf Jurujual - Encik Tan Eu Chuan, Encik Justin Joshua Abraham, Encik Nazari Bin Zulkifli, Encik Yeah Ewe Leong, Encik Ang Guan Chuan.

28

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


SRII AL IMTAR | Dewan Auditorium MPAJ AMPANG JAYA

S

MAJLIS IHTIFAL AL IMTAR 2017

Oleh : MOHD SHUKRI MD YATIM

ekali lagi Dewan Auditorium MPAJ menjadi saksi majlis penghargaan dan graduasi murid-murid AL IMTAR bagi sesi 2017. Majlis yang diadakan pada 17 November 2017, dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Abd Rahman Hj Ibrahim D.S.D.K, J.P, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Y.Bhg. Datin Hjh Aminah Abdul Rahim, Pengarah Yayasan SEDHAR, Tuan Suhaimi Harun SAHOCA dan beberapa kenalan Y.Bhg. DHAR. Merujuk kepada ucapan Ustaz Shukri ketika ucapan beliau, Al Imtar dari setahun ke setahun membuat penambahbaikan dari aspek fizikal, kemudahan dan keperluan pembelajaran. Berkat usaha gigih para pendidik dan warga Al Imtar, murid-murid Al Imtar mencatat peningkatan pencapaian dalam kokurikulum dan dalam peperiksaan awam seperti UPKK, PSRA dan UPSR. Beliau merakankan tahniah kepada murid-murid ▲ Plak Perasmian Majlis Ihtifal 2017 yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim. yang berjaya melakarkan kejayaan dan mengharumkan nama Al Imtar. Penghargaan juga diberikan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan tidak lupa kepada guru-guru yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Al Imtar. Berucapan ketika Perasmian Majlis Ihtifal 2017, Y.Bhg. Dato Hj. Abd Rahman menegaskan bahawa untuk menguruskan sebuah sekolah swasta, pengurusan perlu mempunyai komitmen yang tinggi dan peruntukan kewangan yang besar untuk menjamin kelancaran pengurusan sesebuah sekolah tersebut agar dapat bergerak dan berdiri kukuh dan terus maju seiring dengan pembangunan sistem pembelajaran yang semakin mencabar. Setiap tahun Al Imtar memerlukan lebih dari RM1 juta untuk menguruskan sekolah, manakala kutipan yuran tidak mencukupi untuk menampung kos operasi sekolah. Maka setiap tahun juga, tambahan peruntukan lebih dari RM150 ribu melalui Yayasan sedhar disalurkan untuk menampung kekurangan dari segi bayaran gaji, sewaan bangunan dan lain-lain. Majlis Ihtifal dan Graduasi pada kali ini memberi nilai tambah aspek pengisian dan persembahan dengan sambutan dan kehadiran ibubapa yang sentiasa memberi sokongan kepada program anjuran AL IMTAR. Murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum, Tahfiz di peringkat Tadika, Sekolah Rendah dan Tahfiz diberi penghargaan. Pihak ALIMTAR merakamkan ucapan Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua khususnya kepada Guru Penyelaras Program dan warga AL IMTAR atas kejayaan penganjuran program.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

29


MAJLIS IHTIFAL AL IMTAR 2017

30

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


MAJLIS IHTIFAL AL IMTAR 2017

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

31


RAHMAN BROTHERS

RAHMAN BROTHERS WISMA RAHMAN BROTHERS, No. 6, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. Tel : +603 5614 2222 Faks : +603 5614 2233

RAHMAN BROTHERS MOTOR SDN. BHD.

32

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


SYARIKAT RAHMAN BROTHERS PERUMAHAN | Temiang SEREMBAN

P

PEMBANGUNAN tanah temiang Oleh : Mohd Nazrin Mohamad Fozi

ada 13 Nov 2017. Y.bhg Dato Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim disertai En Nazrin berkesempatan mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan Y.Bhg Dato Khalid Harun bersama rakan beliau sambil minum petang di Temiang Corner di Negeri Sembilan. Tujuan pertemuan ini adalah untuk melihat kawasan sekitar tanah Temiang yang dimiliki oleh Rahman Brothers untuk membincangkan projek-projek yang bersuaian memandangkan kawasan tersebut berpotensi untuk dimajukan. Siri lawatan ke kawasan tanah Temiang dikendalikan oleh En Shahirul Aiman dan En Asyrarf pada hari tersebut. Antara cadangan yang ingin dikemukakan oleh pihak pemaju adalah projek perumahan, projek pertanian dan perladangan. Juga diusulkan antaranya: • Perumahan; Eco Home Village untuk pesara • Hospital; Global Health Islamic Centre • University; Bercirikan Al Azhar • Kawasan komersil; Dibangunkan dengan infrastruktur seperti hotel, pusat konvensyen, pejabat-pejabat perbankan dan kewangan, pusat membeli belah, hub perdagangan dan lain-lain projek yang bersuaian.

SYARIKAT RAHMAN BROTHERS PERUMAHAN | Simpang Ampat ALOR GAJAH

lawatan agen hartanah ke tanah Alor Gajah

P

Oleh : Mohd Nazrin Mohamad Fozi

ertemuan ini diadakan di tapak tanah Alor Gajah milik Rahman Brothers pada 6 September 2017. Dihadiri oleh En Nazrin, En Awis Qurni bersama dua rakan beliau. Tinjauan ini diadakan bertujuan untuk melihat potensi projek pembangunan yang sesuai denga taraf tanah tersebut. Cadangan utama yang dibincangkan oleh pihak Syarikat Rahman Brothers Perumahan (SRBP) ialah pihak SRBP perlu melakukan kertas kerja bagi mendapatkan pemaju yang berminat untuk mengadakan usahasama pembangunan perniagaan bersama SRBP untuk membangunkan projek perumahan sekaligus merancakkan lagi industri hartanah di negeri Melaka. Cadangan seterusnya ialah membuat tawaran kepada pihak-pihak kerajaan mahupun swasta yang berminat untuk membeli tanah tersebut. Harga yang bersesuaian dan sangat istimewa akan dibincangkan bagi pihak yang berminat. Tanah yang berkeluasan 30 ekar ini begitu strategik kerana ia berada lebih kurang 4km daripada Tol Simpang Empat. Terletak di kawasan yang sedang membangun dan mempunyai pelbagai kemudahan umum disekitarnya menjadikan tanah ini sesuai untuk sebarang projek.

UMUM | Seksyen 22 SHAH ALAM

PROMO NOVEMBER & DISEMBER 2017 POTONGAN 50% UNTUK PEMANDU UBER DAN GRAB!

S

Oleh : Nurfazreen Binti Redzauddin

empena akhir tahun 2017, Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd telah mengadakan promo istimewa khas untuk pemandu UBER dan GRAB dengan menawarkan potongan diskaun 50% untuk kerja-kerja servis kenderaan dan penukaran alat ganti. Pemandu UBER & GRAB juga akan menikmati sarapan pagi dan khidmat cuci kenderaan secara percuma di Pusat Servis kami. Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd mensasarkan peningkatan dalam jumlah intake kenderaan di Pusat Servis bagi bulan November dan Disember 2017 memandangkan pemandu UBER & GRAB diharuskan untuk memeriksa kenderaan mereka dua (2) kali sebulan bagi memastikan kelancaran perjalanan mereka. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

33


SRII AL IMTAR | Kem Rekreasi Sungai Congkak HULU LANGAT

KEM SANTAI UKHUWAH AL IMTAR Oleh : MOHD SHUKRI MD YATIM

J

ulung-julung kalinya AL IMTAR di bawah Pengurusan Yayasan Sedhar menganjurkan Kem Rehlah untuk murid-murid AL IMTAR. Program 3 hari 2 malam bermula 27 hingga 29 Oktober 2017 berjaya mengumpulkan 40 orang murid bersama 18 orang guru dan warga AL IMTAR berkampung di Kem Rekreasi Sungai Congkak. Program dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid dengan aktiviti luar dan bagi menguji ketahanan mental dan fizikal melalui aktiviti-aktiviti outdoor yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman. Aktiviti-aktiviti lasak seperti night walk, jungle tracking yang mengambil masa lebih 3 jam perjalanan mendaki bukit, water fall abseiling adalah cabaran utama yang telah berjaya diharungi oleh muridmurid dan guru-guru. Aspek kerjasama dan semangat berpasukan menjadi faktor utama program ini berjaya mencapai objektif dan matlamat penganjuran. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta khususnya kepada Guru Penyelaras Program dan warga AL IMTAR atas kejayaan pengajuran program.

â–˛ Gambar kenangan diabadikan pada hari penutup Kem Santai Ukhuwah Al Imtar bersama semua pada tenaga pengajar, guru-guru pengiring dan semua peserta yang mengabil bahagian.

34

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


KEM SANTAI UKHUWAH AL IMTAR

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

35


KEM SANTAI UKHUWAH AL IMTAR

36

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


KEM SANTAI UKHUWAH AL IMTAR

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

37


UMUM | Presint 8 PUTRAJAYA

PROGRAM MY RUKUN NEGARA Oleh : Muhamad Hazli Manaf

P

utrajaya - Pada tarikh 25 Oktober 2017 telah berlangsung program MY RUKUN NEGARA anjuran Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional (JPNIN), Wilayah Persekutuan Putrajaya bersama Kumpulan Rahman Brothers. Program ini telah berlangsung di Sekolah Rendah Persint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya. Antara objektif program adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dalam diri pelajar-pelajar. Pada program kali ini peserta terdiri daripada pelajar-pelajar tingakatan 3 yang telah selesai menjalani peperiksaan PT3 dari seluruh sekolah di sekitar Putrajaya. Ini juga merupakan antara aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan syarikat-syarikat swasta dalam penganjuran program-program Corporate social responsibility (CSR) masing-masing. Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman telah berkongsi pengalaman selama lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Beliau turut berkongsi kata-kata peransang kepada pelajar-pelajar. Perkongsian pengalaman beliau dalam konsep forum ini mudah diterima dan telah mendapat maklumbalas daripada peajar yang mana telah mengajukan pelbagai soalan kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman. Pihak Rahman Brothers juga turut menganjurkan bengkel keusahawanan kepada pelajar-pelajar terbabit pada sebelah petangnya. Keupayaan pelajar dapat dilihat dalam bengkel yang dibuat, dimana pelajar-pelajar telah mengemukakan idea-idea masing-masing dalam mengurus dan menjalankan perniagaan dalam semua aspek pengurusan, pemasaran, pembangunan produk dan lain-lain. Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman juga menjelaskan bahawa akan meneruskan usaha-usaha murni ini untuk memberi galakan kepada pelajar-pelajar untuk menceburi bidang perniagaan demi meningkatkan keupayaan bumiputra dalam bidang perniagaan. Beliau juga turut melahirkan terima kasih atas usaha pihak JPNIN menganjurkan program-program seumpama ini yang mana dapat memberi peluang pihak swasta berkongsi pengalaman dan melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya suatu hari kelak. Adalah diharapkan usaha-usaha begini dapat diteruskan dan diambil perhatian oleh pelbagai pihak.

38

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


PROGRAM MY RUKUN NEGARA

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

39


40

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Sumber Tambahan : Rakaman Persendirian Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman ditemani En. Muhammad Hashim Abdul Rahim menerima kunjungan Presiden Kumpulan MOFAZ Sdn. Bhd. Y.Bhg. Tn. Hj. Mohamed Fauzy B. Abdul Hamid

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman di temani Pn. Erni Erdawaty menyambut kunjungan tetamu di Wisma Rahman Brothers iaitu dari kiri: En Johari Abdul Rashid, En. Asrul Sani Abu Seman, En Fairul Azuan dan Pn. Eshah Jusoh.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman menerima kunjungan Y.Bhg. Dato’ Hj. Sharifuddin Dato’ Hj Musa (Federal Malay Holdings) dan Y.Bhg Dato’ Wan Mohammad Sani Dato’ Salleh (Sani United Berhad)

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman menerima kunjungan sahabat beliau di Wisma Rahman Brothers iaitu En. Ahmad Nizamuddin B. Badarudin

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman menerima kunjungan Y.Bhg Ustaz Dato’ Dr. Hj. Mohd Izhar Ariff B. Mohd Kashim (Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam UKM)

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman menerima kunjungan Tn. Hj. Abu Bakar, dan Tn Hj Muhyiddin Abdul Rashid dan Tn Hj Ismail Noh, mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu (Kanan)

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman menerima kunjungan Chef Adzhar (kiri) bersama Y.Bhg Datuk Muhamad Haitamin Ishak, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya (Kanan)

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman memberi cederahati khas kepada En. Mohamed Farid Hosen (Pengerusi Islamic Council for Development of Cambodia) pada akhir sesi lawatan beliau bersama Y.Bhg Dato’ Hj Abd Rahman.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

41


WARGA KERJA | IOI Resort City PUTRAJAYA

MAJLIS MAKAN MALAM PEKEMA 2017

P

Oleh : Muhamad Hazli Manaf

UTRAJAYA - 13/1/2017 telah berlangsung Majlis Makan Malam PEKEMA yang merupakan acara tahunan persatuan tersebut. Majlis tersebut telah diadakan di Grand Ballroom Putrajaya Marriot Hotel & Spa, IOI resort City, Putrajaya. Objektifnya adalah untuk meraikan serta mewujudkan hubungan yang baik di kalangan ahli-ahli PEKEMA termasuklah syarikat Rahman Brothers Motor Sdn Bhd yang telah lama bekerjasama bersama PEKEMA. Syarikat Rahman Brothers Motor pada malam itu diwakili oleh Encik Mohd Fadhli Mohamad Fozi, Mohd Nazrin bin Mohamad Fozi, Puan Erni Erdawaty Dato’ Hj Abd Rahman serta suami, Encik Muhamad Hazli Manaf dan warga kerja Rahman Brothers. Majlis tersebut juga turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan kehadiran Presiden PEKEMA Dato’ Hj. Zainuddin bin Abdul Rahman. Majlis juga turut dihiburkan oleh penghibur tanahair dan beberapa acara pertandingan yang menyediakan hadiah yang agak lumayan seperti Lucky Draw, Pakaian Mengikut Tema, Miss Congenitally dan lain-lain lagi. Semua yang hadir dilihat amat gembira pada malam tersebut dan rata-rata puas hati dengan persembahan, perjalanan aturcara dan makanan yang sedap dan enak. Majlis seumpama ini seharusnya terus dapat dianjurkan bagi memastikan hubungan baik dapat dijalinkan antara ahli-ahli PEKEMA walaupun masing-masing merupakan pesaing dalam industri pengimportan kenderaan terpakai ini. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini berakhir tepat jam 11.00 malam.

▲ En. Muhamad Hazli Manaf bertuah memenangi “Male Best Dressed” pada malam tersebut.

42

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


MAJLIS MAKAN MALAM PEKEMA 2017

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

43


44

|

@

rahmanbrothersevent

Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

Profile for Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd

Buletin Rahman Brothers 2017  

Edisi ini diterbitkan untuk sepanjang tahun 2017 (Januari - Disember). Info dan maklumat warga kerja berkenaan peristiwa dan sejarah yang te...

Buletin Rahman Brothers 2017  

Edisi ini diterbitkan untuk sepanjang tahun 2017 (Januari - Disember). Info dan maklumat warga kerja berkenaan peristiwa dan sejarah yang te...

Advertisement

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded