Page 1

JULAI

OGOS SEPTEMBER

BIL : 46 SUKU KE TIGA 2015

PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2013 (033137)

Mesyuarat Koloborasi Suzuki Malaysia Automobile dan Proton Holdings Berhad Malam SAHOCA 2015. Bersempena Sambutan Ulang Tahun ke 90 Yang Amat Berbahagia, Tun Dr. Mahathir Mohamad Kembara Kemboja Bersama DHAR Rahman Brothers Menaja Majlis Iftar dan Siaran Langsung Program ‘Tanyalah Ustaz� TV9 DHAR Bersama Rahman Brothers Automotive dan RAHMAN BROTHERS Auto Garage NASKAH Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga mengetahui pelbagai Menawarkan pelbagai pakej menarik untukrbtt.rahmanbrother.com.my Umrah dan juga pelancongan dalambagi dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

1

PERCUMA |


Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga rbtt.rahmanbrother.com.my bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

KANDUNGAN

Rakaman Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Di TV1

Kembara Kemboja Bersama DHAR

Kompilasi Gambar : Kembara Kemboja Bersama DHAR

DHAR Bersama Rahman Brothers Automotive dan Auto Garage

Warga Kerja Bertauladan

Ulang Tahun Kelahiran Julai, Ogos, September

Program Gerbang Kerjaya

Majlis Perkahwinan Mohamad Radzi dan Saiyidah

Perhimpunan Bersama Pengerusi Eksekutif

POTLUCK Aidilfitri Rahman Brothers

Rahman Brothers Menaja Majlis Iftar dan Siaran Langsung Program ‘Tanyalah Ustaz” TV9

Gambar-Gambar Kenangan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim

IKLAN : Rahman Brothers SAGA Pulau Pinang

Anugerah Raja Kemboja

IKLAN : Rahman Brothers Bikes

Mesyuarat Koloborasi Suzuki Malaysia Automobile dan Proton Holdings Berhad

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran

7 Sunnah Hebat

Malam SAHOCA 2015. Bersempena Sambutan Ulang Tahun ke 90 Yang Amat Berbahagia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kompilasi Gambar : Malam SAHOCA 2015

EDITOR

DARIMEJA

2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bertemu kembali di edisi buletin yang ke 46 ini. Segala maklumat dan perkembangan semasa yang dimuatkan pada setiap edisi adalah diharapkan akan menjadi panduan yang berguna kepada sekelian warga Kumpulan Rahman Brothers. Bekerja itu satu ibadah dan saban hari kita melakukannya, mencari rezeki dan terus mengharap redho Allah. Kita berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada majikan mahupun kepada pelanggan. Keikhlasan di dalam menabur bakti adalah penting untuk kita beroleh keberkatan. Teruslah berdoa agar kita diberikan kedamaian, tenang di dalam cinta dan kasih sayang. Sakinah, Mawaddah dan Warahmah. Semoga berjumpa lagi. Insya Allah.

MUKAHADAPAN

BULETIN 26 September 2016 yang lalu, Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim telah menerima Anugerah Raja Kemboja yang disempurnakan oleh Hun Maneth son of Hun Sen, Prime Minister Kingdom Of Cambodia. Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim telah menerima anugerah ini ketika berlangsungnya Majlis Perasmian Ar Rahman International School yang dibina dengan bantuan rakyat Malaysia dan PKPU Jakim juga terlibat dalam proses pengutipan dana dan wakafnya serta gaji gurunya melalui lebihan kutipan Qurban yg disumbangkan sebagai Dana Pendidikan Umat Islam Kemboja. Tahniah diucapkan buat Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim dan semoga sumbangan yang diberikan oleh pihak Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim untuk menjayakan projek Ar Rahman International School ini dapat memberi manfaat yang cukup besar dalam pembangunan pendidikan di negara Kemboja.

KREWBULETIN

Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • penulis Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri, Mohd. Nazrin bin Mohd. Fozi, Khairul Aman bin Hj. Khairuddin, Muhammad Aisamuddin Zainuddin, Mohd. Shukri bin Md. Yatim , Koleksi DHAR, Sumber Berita, Sumber Laman Sesawang • Urusetia Muhammad Hazli Manaf, Mazzita Mohamed, Zulkefli Mohd Korib, Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Intan Dianna Sazali • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • EDARAN Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri +603-5614 2252 (DL) • Pencetak REKA CETAK SDN. BHD. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat, 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No. 6, Persiaran jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN. • Telefon +603 5614 2222 • Faksimili +603 5614 2233 • Laman Web www.rahmanbrothers.com.my • E-mel buletin@rahmanbrothers.com.my •


BULETIN RAHMAN BROTHERS

SUKU KE tiga EDISI

KE-46

Bulan Julai, Ogos, September

DARI MEJA

PENGERUSI EKSEKUTIF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Segala puji-pujian bagi ALLAH SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, dapatlah saya memberikan sepatah dua kata-kata nasihat kepada semua warga KRB yang dikasihi sekelian. Sepertimana yang kita semua telah sedia maklum, air laut ada pasang surutnya. Begitulah juga dengan keadaan ekonomi negara dan dunia. Di kebelakangan ini, kita sering dipaparkan dengan berita tentang kelembapan ekonomi yang sedang melanda. Krisis matawang dan lain-lain lagi masalah ekonomi yang membebankan kita. Sebagai seorang insan yang beriman, kita hendaklah sentiasa tabah dan sabar menghadapi keadaan ini. Janganlah mudah berputus asa. Kita perlu sedar betapa bukan kita sahaja yang mengalaminya. Sama-samalah kita berdoa agar keadaan ini akan pulih kembali dan dipermudahkan segala urusan. Semoga segala usaha kita akan terus mendapat barakah daripada Allah SWT. Insya Allah.

Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


4

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


RAHMAN BROTHERS AUTOMOTIVE | Seksyen 22 SHAH ALAM

Mesyuarat Koloborasi Suzuki Malaysia Automobile dan Proton Holdings Berhad Oleh : Mohd. Nazrin bin Mohd. Fozi

Mesyuarat ini telah diadakan pada hari lsnin, 27 hb. Julai 2015 di Wisma Rahman Brothers.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

5


WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

SAMBUTAN Ulang Tahun Kelahiran Oleh : Zamri Dato’ Basri

Boss Ruby

Satu kejutan yang istimewa di petang Jumaat, 24 Julai 2015 untuk Puan Aisharuby binti Dato’ Hj. Abd. Rahman apabila beliau melangkah masuk ke bilik pejabatnya pada jam 4.15 petang dan mahkota telah dipakaikan kepadanya oleh Puan Azura binti Ahamad. Bacaan doa selamat oleh Tuan Hj. Khairuddin bin Hj. Mohd. Khir telah mengiringi majlis ulang tahun harijadi ini dan turut diaminkan oleh warga kerja KRB yang hadir. Semoga Puan Aisharuby akan terus dikurniakan umur yang berkat, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah di samping ketaqwaan yang berkekalan. Amin ya robbal a’lamin.

Tuan Hj. HamdaN

Tuan Hj. Hamdan bin Hj. Mohamed, Naib Presiden Automotif telah diraikan di dalam satu majlis sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran beliau pada hari Khamis, 17 September 2015. Semoga beliau akan terus gigih untuk membawa kecemerlangan kepada Kumpulan Rahman Brothers. Insya Allah.

6

|

Boss E

Kek yang dihiasi dengan model superbike untuk meraikan harijadi Boss E. 23 Ogos 2015 yang selalu menjadi ingatan kepada warga kerja KRB sebagai tarikh yang sungguh bermakna bagi Puan Erni Erdawaty binti Dato’ Hj. Abd. Rahman, Naib Presiden Eksekutif (Perkhidmatan) KRB. Seluruh warga kerja KRB mengucapkan ‘Selamat Harijadi’ kepada Puan Erni. Semoga beliau dikurniakan segala yang dihajati, panjang umur, sihat, ditetapkan iman dan seterusnya diberikan kekuatan dan semangat sebagai peneraju masa hadapan KRB. Amin ya robbal a’lamin.

Encik Fadhli

Syukur Alhamdulillah, harijadi En. Mohd. Fadhli bin Mohd. Fozi atau lebih mesra dengan panggilan ‘DekLi’ pada tahun ini telah jatuh pada hari Jumaat, 4 September 2015. Pengurus Pentadbiran di RBM ini begitu tenang dan bersahaja apabila dihadiahkan dengan kek harijadi daripada pihak pengurusan KRB.

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


D

alam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.

SUDUT DAKWAH DHAR | Buletin RAHMAN BROTHERS

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Kedua

Keempat

Pertama

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.

Ketiga

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah

7 Sunnah Hebat Oleh : SUMBER - Ustaz Don Daniyal

setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam

Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Tapi KITA selalu melupakan-NYA... KETIKA Kita ingin hidup KAYA... Kita lupa, bahawa HIDUP itu sendiri adalah sesuatu KEKAYAAN. KETIKA Kita takut MEMBERI... Kita lupa, bahawa SEMUA yang kita miliki juga adalah PEMBERIAN. KETIKA Kita ingin jadi yang TERKUAT... Kita lupa, bahawa dalam KELEMAHAN, Tuhan memberikan kita KEKUATAN. KETIKA Kita takut RUGI... Kita lupa, bahawa HIDUP KITA. Adalah suatu KEBERUNTUNGAN, kerana AnugerahNYA. Ternyata hidup ini sangat indah... ketika kita selalu BERSYUKUR kepadaNYA BUKAN... kerana hari ini INDAH kita BAHAGIA... Tetapi kerana kita BAHAGIA... maka hari ini menjadi INDAH.

BUKAN... kerana tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS... Tetapi kerana kita OPTIMIS... RINTANGAN akan menjadi tak terasa. BUKAN... kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH... Tetapi kerana kita YAKIN BOLEH... semuanya menjadi MUDAH. BUKAN... kerana semua BAIK kita TERSENYUM... Tetapi kerana kita TERSENYUM.. maka semua menjadi BAIK. Tak ada hari yang MENYULITKAN kita, kecuali kita SENDIRI yang menjadikannya SULIT. BILA... kita tidak dapat menjadi jalan besar.. cukuplah menjadi jalan setapak yang dapat dilalui orang. BILA... kita tidak dapat menjadi matahari... cukuplah menjadi lampu yang dapat menerangi sekitar kita.

ALLAH TAK PERNAH LUPA,

BILA... kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang. Maka cukup dengan berdo’a untuk kebaikan orang tersebut.

Menghubungkan silaturrahim merupakan di antara perkara ataupun amalan yang boleh meningkatkan rezeki.

Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah)

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

7


WARGA KERJA | Dewan Perdana FELDA DATUK KERAMAT

MALAM SAHOCA 2015

Bersempena Sambutan Ulang Tahun ke 90 Yang Amat Berbahagia, Tun Dr. Mahathir Mohamad Oleh : Zamri Dato’ Basri

S

eorang negarawan ulung yang sungguh banyak berjasa kepada agama, negara dan bangsa. Itulah Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 yang amat kita kasihi. Sultan Abdul Hamid Old Collegians Association ataupun singkatannya SAHOCA bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah meraikan ulang tahun kelahiran beliau di dalam majlis MALAM SAHOCA 2015 pada hari Jumaat, 11 September 2015 bertempat di Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah bekas pelajar Sultan Abdul Hamid College di Alor Setar, Kedah yang dahulunya dikenali sebagai Government English School di zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj juga merupakan bekas pelajar di kolej ini. Ketibaan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah telah disambut dengan meriah oleh AJK SAHOCA dan juga Pengerusi Eksekutif KRB, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim. Dato’ Hj. Abd. Rahman, seorang ex Collegian yang merupakan sahabat karib kepada Tun Dr. Mahathir dan beliau banyak menyumbang bakti di dalam pembangunan dan aktiviti SAHOCA. Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah dijemput untuk menyampaikan beberapa buah lagu di majlis ini. Beliau juga telah turut menyampaikan sebuah lagu yang ditujukan untuk Tun Dr. Mahathir yang berjodol ‘LELAKI’. Para hadirin di majlis ini sungguh bertuah kerana Tun Dr. Mahathir juga telah sudi menyampaikan sebuah lagu yang berjodol ‘My Way’. Lagu ini pernah dipopularkan oleh Frank Sinatra di masa yang lalu. Keluarga terdekat Tun Dr. Mahathir telah hadir bagi memberikan satu kejutan kepada beliau semasa majlis memotong kek harijadi diadakan. Buku ‘Mata-Mata Kini Permata’ dan ‘Thinking Possibilities, Seizing Opportunities’ yang diterbitkan khas untuk menceritakan pengalaman hidup dan kerjaya Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim juga telah mendapat sambutan jualan yang menggalakkan di majlis ini. Begitulah gemilangnya ‘Malam SAHOCA 2015’ yang akan menjadi kenangan kepada semua para hadirin dan sama-samalah kita berdoa semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kita kasihi dipanjangkan umur dan sihat di dalam pemeliharaan ALLAH SWT.

8

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


MALAM SAHOCA 2015

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

9


MALAM SAHOCA 2015

10

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


MALAM SAHOCA 2015

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

11


12

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


LUAR NEGARA | Phnom Penh KEMBOJA

Kembara Kemboja Bersama DHAR

Jurukamera : Khairul Aman bin Hj. Khairuddin

Oleh : Khairul Aman bin Hj. Khairuddin

25 September 2015. Hari Jumaat, jam 9.30 pagi, saya dan Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim telah berangkat dengan pesawat Malaysia Airlines ke Kemboja. Kami telah selamat mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Phnom Penh pada jam 10.35 pagi. Di sekitar jam 11.00 pagi kami berangkat ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Selesai makan, kami terus ke Masjid Al Serkal yang berhampiran Tasik Boeung Kak untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Selesai solat kami dibawa ke Hotel Phnom Penh yang terletak di sebelah masjid tersebut untuk mendaftar masuk dan berehat. Pada jam 5.30 petang kami dijemput ke sekolah CMIA (Cambodian Muslim Intellectual Alliance). Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sana. Kami singgah untuk solat Maghrib di sebuah masjid berhampiran. Setelah selesai solat Maghrib, kami pun meneruskan perjalanan ke sekolah berkenaan. Sebaik tiba di sana, kami telah disambut oleh Ustaz Hj. Mohd. Farid Hosen yang merupakan pengerusi sekolah tersebut. Kami dibawa melawat kawasan sekolah tersebut dan melihat persediaan yang dilakukan untuk perasmian pembukaan pada keesokan harinya. Turut hadir bersama adalah NGO dari Malaysia. Pihak Jakim, PKPU dan lain-lain lagi. Kami telah dijemput untuk makan malam bersama Ustaz Hj. Mohd. Farid Hosen dan NGO dari Malaysia. Setelah selesai makan malam, kami dijemput pula dalam majlis taklimat berkaitan sekolah tersebut, perjalanan dan perasmian untuk keesokan harinya. Juga diadakan majlis penyampaian cenderamata kepada pihak NGO dari Malaysia di atas sumbangan menjayakan majlis dan bangunan baru yang telah siap dibina dan akan mula beroperasi nanti. Setelah selesai taklimat dan penyampaian cenderahati dari presiden CMIA, kami pun pulang ke hotel sekitar 11.30 malam untuk beristirehat. 26 September 2015. Hari Sabtu. Setelah selesai bersarapan pagi sekitar jam 8.30, kami terus ke sekolah CMIA untuk perasmian dan penyampaian anugerah MOHA SINNA kepada individu-individu dari Malaysia yang terpilih. Majlis tersebut berakhir sekitar jam 1.30 petang, kami pulang ke hotel dan beristirehat. Selepas solat Maghrib, kami dijemput untuk makan malam di restoran atas kapal bersama pihak PKPU dan juga NGO yang lain. Peluang ini kami gunakan untuk beramah-mesra bersama mereka. Majlis ini selesai di sekitar jam 11.30 malam dan kami pulang ke hotel. 27 September 2015. Hari Ahad. Kami selesai bersarapan pagi di sekitar jam 8.00 pagi. Kami dijemput ke bengkel seminar guru-guru sekolah yang diadakan oleh Prof. Dato’ Wira Dr. Hj. Jamil bin Hj. Osman. Setelah menghadirinya selama lebih kurang 30 minit, kami terus berangkat ke Kampung Cham untuk melihat sekolah yang dibina oleh Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai. Selesai kami melawat sekolah tersebut, kami pun pulang ke Phnom Penh Hotel. 28 September 2015. Hari Isnin. Hari ini adalah hari terakhir kami di Kemboja. Di sekitar jam 9.00 pagi, kami telah mendaftar keluar dari Phnom Penh Hotel dan telah dijemput ke pejabat Warisan Travel. Setelah selesai segala urusan, kami telah berangkat pulang ke Malaysia pada jam 6.30 petang. Pengalaman selama 4 hari di Kemboja ini akan saya kenang menjadi memori yang memberikan satu pendedahan yang amat berharga di dalam mengharungi kehidupan ini. Insya Allah.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

13


Kembara Kemboja Bersama DHAR

14

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Kembara Kemboja Bersama DHAR

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

15


RUANGAN KHAS | Warga Kerja RAHMAN BROTHERS

WARGA KERJA BERTAULADAN Oleh : Zamri Dato’ Basri

Puan Hajah Norhashimah Md. Hashim

‘Hajah Shima’ juga merupakan warga kerja KRB yang telah lama berkhidmat, iaitu semenjak 23 tahun yang lalu. Pemegang Ijazah Jurusan Ekonomi daripada Universiti Malaya ini bermula sebagai seorang Pembantu Peribadi kepada DHAR di Syarikat Rahman Brothers Motor Sdn. Bhd. pada tahun 1992 sehinggalah beliau kini berjawatan Pengarah bagi Rahman Brothers Travel & Tours Sdn. Bhd. dan juga Pengarah Eksekutif bagi pejabat DHAR. ‘Orang lama’ di KRB ini begitu mudah didekati dan selalu memberikan tunjuk ajar yang berguna kepada warga kerja yang memerlukan bantuan beliau. Ujar Puan Hajah Shima, “DHAR merupakan seorang yang bersemangat, agresif, cekal dan mempunyai keperibadian yang tinggi. Saya bangga mempunyai majikan seperti beliau. Walaupun beliau seorang yang telah berjaya namun beliau boleh bergaul dengan warga kerja tidak mengira usia dan pangkat. Beliau juga begitu perihatin tentang kebajikan warga kerjanya. Di sini ingin saya maklumkan, beliau seorang yang lain daripada yang lain. Falsafah beliau seperti ‘Make it Happen’, ‘Nothing is Impossible’ akan saya ingat sepanjang hayat saya. Di waktu mula saya bekerja, saya tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Namun di atas tunjuk ajar dan cara didikan beliau, saya dapat menimba ilmu dan pengalaman yang luas. Secara ikhlasnya, sepanjang berada di dalam Kumpulan Rahman Brothers, syukur Alhamdulillah saya dapat mempelajari selok belok perniagaan dan impian saya untuk berjaya seperti beliau merupakan cita-cita saya. Insya Allah”.

Encik Siow Ah Liu

Semua warga kerja KRB kenal siapakah beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mr. Siow’. Dilahirkan di Tampin, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Penasihat Kewangan KRB ini telah mula berkhidmat sejak tahun 1985. Sebelum berkhidmat dengan KRB, Mr. Siow bekerja di Pineapple Cannery (M) Sdn. Bhd. di bahagian akaun. Kini 30 tahun telah berlalu, Mr. Siow masih lagi gigih menabur bakti walaupun beliau sudah di usia emas. Sebagai di antara warga kerja yang paling senior di KRB, tentunya telah banyak pengalaman pahit dan manis yang dikongsi bersama DHAR selama ini. Apabila ditanya tentang pengalaman berkhidmat dengan DHAR sebagai bosnya, Mr. Siow menggambarkan DHAR sebagai seorang bos yang sentiasa gigih berusaha, sangat baik hati dan amat mengambil berat tentang kebajikan warga kerjanya.

16

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


RAHMAN BROTHERS AUTOMOTIVE | IKBN Chembong PEDAS

B

PROGRAM GERBANG KERJAYA Oleh : MUHAMMAD AISAMUDDIN ZAINUDDIN

ertempat di IKBN Chembong, Rembau, Negeri Sembilan berlangsung satu Majlis Menandatangai Memorendum Persefahaman (MoU) di antara IKBN Chembong dan Industri yang berlangsung di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong pada 26 Ogos yang lalu. Program ini bertujuan mewujudkan platform terbaik bagi para pelajar menentukan hala tuju dalam aspek pemilihan kerjaya masing-masing, bukan sahaja memberi pendedahan awal mengenai tentang peluang kerjaya, malah membuka ruang kepada pihak industri untuk memilih calon yang layak dalam bidang kepakaran yang diperlukan. Rahman Brothers Automotive tidak ketinggalan dalam memberi kerjasama untuk program ini bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memartabatkan institusi kemahiran tempatan sekali gus memenuhi pasaran kerja industri negara. Antara pengisian majlis ini adalah ceramah motivasi bertajuk “Coretan Pengalaman di IKBN Chembong� yang telah disampaikan bekas pelajar dan juga merupakan warga kerja Rahman Brothers Automotive iaitu saudara Mohd Anwar Mohd Taib, Service Manager untuk Rahman Brothers Automotive dan Rahman Brothers Auto Garage. Pelbagai nostalgia, pengalaman dan tips telah disampaikan dalam ceramah beliau. Dengan adanya program ini, ia dapat membantu dalam menghasilkan pekerja mahir yang lebih bermutu sekaligus memberi dapat menaik taraf perkhidmatan dan pengalaman untuk kedua-dua belah pihak samada secara langsung atau tidak. Semoga program ini akan diperkembangkan dan diteruskan dari semasa ke semasa demi faedah semua pihak.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

17


WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

PERHIMPUNAN BERSAMA PENGERUSI EKSEKUTIF Oleh : Zamri Dato’ Basri

Hari Rabu, 9 September 2015 pada jam 10.00 pagi. Perhimpunan yang berlangsung di Bilik Pameran Suzuki ini telah dihadiri oleh semua warga kerja KRB yang bertugas di Wisma Rahman Brothers. Pengerusi Eksekutif KRB, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim telah menyampaikan pesanan dan amanat beliau kepada sekelian warga kerja agar terus fokus kepada tugasan masing-masing serta memberikan komitmen yang tinggi supaya prestasi baik yang dinikmati oleh syarikat selama ini dapat dikekalkan.

18

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


WARGA KERJA | Masjid Tengku Ampuan Jemaah BUKIT JELUTONG

RAHMAN BROTHERS MENAJA MAJLIS IFTAR DAN SIARAN LANGSUNG PROGRAM ‘TANYALAH USTAZ’ TV9

S

Oleh : Mohd. Shukri bin Md. Yatim

empena bulan Ramadhan 1436H, Syarikat Rahman Brothers mengambil peluang bersama-sama mengimarahkan aktiviti anjuran Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Pada 10 Julai 2015 bersamaan 23 Ramadan 1436H, pihak syarikat telah menaja Majlis Berbuka Puasa, Qiyamullail dan Program ‘Tanyalah Ustaz’ yang disiarkan secara langsung melalui TV9. Majlis bermula dengan Iftar dan Qiyamulllail yang dipimpin oleh Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah. Di sebelah paginya, bersiaran secara langsung Program ‘Tanyalah Ustaz’ bersama Ustaz Hariyanto Rizal Rokman dengan dihadiri oleh Warga Kerja Rahman Brothers yang memenuhi ruang dewan kuliah bersama ahli kariah Masjid Tengku Ampuan Jemaah. Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers dan barisan pengurusan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan dan ahli jawatankuasa masjid di atas kerjasama dan peluang yang diberikan kepada syarikat Rahman Brothers untuk bersama-sama menjayakan program dan aktiviti anjuran Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

R

Rakaman Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Di TV1 Oleh : Zamri Dato’ Basri

akaman ini telah disiarkan pada Hari Raya Kedua di TV1. Kesempatan yang diberikan oleh pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) ini telah membuka ruang bagi warga kerja Kumpulan Rahman Brothers untuk memberikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menonton di siaran televisyen RTM. Ianya juga menjadi satu langkah yang berkesan untuk memperkenalkan lagi KRB di peringkat yang lebih luas. Insya Allah.

WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

DHAR BERSAMA RAHMAN BROTHER AUTOMOTIVE &

rAHMAN BROTHERS AUTO GARAGE

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

19


20

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


WARGA KERJA | Bukit Jelutong SHAH ALAM

Majlis Perkahwinan Mohamad Radzi dan Saiyidah Jurukamera : Mohd. Shukri bin Md. Yatim

▲ Rakan, sahabat serta saudara mara pengantin lelaki dan perempuan yang hadir memeriahkan lagi majlis perkahwinan pasangan ini.

Oleh : Zamri Dato’ Basri

Selamat Pengantin Baharu Majlis ini telah berlangsung di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Sabtu, 25 Julai 2015. Upacara Akad Nikah telah diadakan pada hari yang sama di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Mohamad Radzi kini bertugas di bahagian servis, Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd., pengedar kereta Suzuki. Semoga dilimpahkan barakah dan rahmat kepada pasangan ini, Mohamad Radzi bin Hj. Mohamed dan Saiyidah Nafisah binti Hassan. Jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia di dalam ketaatan terhadapmu Ya Allah. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan barakah perkahwinan ini. Amin ya robbal a’lamin.

21

▲ Ahli keluarga Mohamad Radzi bin Hj. Mohamed. ▲ Ahli keluarga Saiyidah Nafisah binti|Hassan. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my


WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM

POTLUCK AIDILFITRI RAHMAN BROTHERS Oleh : Zamri Dato’ Basri

Jumaat, 31 Julai 2015 bersamaan 15 Syawal 1436 Hijrah. Di dalam suasana Syawal, majlis ini merapatkan lagi silaturrahim sekelian warga kerja di Wisma Rahman Brothers. Berbagai juadah yang terhidang telah dinikmati bersama di dalam suasana yang meriah.

22

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Sumber Tambahan : Rakaman Persendirian Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar bersama warga kerja Rahman Brothers Perumahan dan Rahman Brothers Agriculture pada 4 Ogos 2015 di pejabat operasi di Seremban, Negeri Sembilan

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman berkesempatan bergambar bersama Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di KLIA.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bersama Datin Hajah Aminah ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas warga kerja Rahman Brothers Motor Negeri Sembilan iaitu Pn. Zuraidah bt. Abdul Latiff dan pasangannya En. Nasri b. Zainal Abidin yang berlangsung di Dewan Masjid Kariah, Paroi Jaya, Negeri Sembilan pada 29 Ogos 2015 yang lalu.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Tan Sri Abdul Rahman Mamat ketika lawatan beliau ke pejabat Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman sambil ditemani oleh barisan pegawai tertinggi Rahman Brothers.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar bersama staf pengurusan Tabung Haji sempena majlis keberangkatan jemaah haji bagi tahun 1436H di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman telah menyumbang sarapan pagi bagi jemaah hari pada hari tersebut.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Ali dan pegawai PPZ sempena lawatan kerja beliau ke Pejabat Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman di Shah Alam.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman ditemani En. Siow dan En. Hashimi bergambar bersama En. Muhammad Sulhi b. Hasbullah (2 dari kiri) dan tetamu dari Al Manaar Muslim Culture Heritage Centre London, Dr. Abdul Karim Khalil (2 dari kanan) dari.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj Ibrahim bersama Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Majlis Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

23


24

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

Profile for Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd

BULETIN RAHMAN BROTHERS JUL-AUG-SEP 2015  

BULETIN RAHMAN BROTHERS JUL-AUG-SEP 2015

BULETIN RAHMAN BROTHERS JUL-AUG-SEP 2015  

BULETIN RAHMAN BROTHERS JUL-AUG-SEP 2015

Advertisement

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded