APRIL
MEI JUN
BIL : 45 SUKU KEDUA 2015
PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2013 (033137)
Majlis Perasmian DHAR Frozen Foods & Pastry Sdn. Bhd. Perasmian Bangunan Maahad Tahfiz Al Quran SEDHAR, Senawang Dan Majlis Khatam Al Quran Majlis Perasmian Projek Pengeluaran Pasir Yang Pertama Oleh Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. Rahman Brothers Auto Carnival Lawatan Suzuki Motor Corporation (Japan) NASKAH Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga mengetahui pelbagai Menawarkan pelbagai pakej menarik untukrbtt.rahmanbrother.com.my Umrah dan juga pelancongan dalambagi dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
1
PERCUMA |
Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga rbtt.rahmanbrother.com.my bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
KANDUNGAN •
Majlis Iftar Bersama DHAR
•
Personaliti Pilihan
•
Majlis Perasmian DHAR Frozen Foods & Pastry Sdn. Bhd.
•
“Renungan Buat Kita Yang Semakin Tua”
•
Perasmian Bangunan Maahad Tahfiz Al Quran SEDHAR, Senawang Dan Majlis Khatam Al Quran
•
•
Rahman Brothers Automotive
•
Pesta Durian RBBC
•
Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Pengeluaran Pasir Di Antara Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. Dan Phenta Mining Sdn. Bhd.
•
Majlis Perasmian Projek Pengeluaran Pasir Yang Pertama Oleh Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd.
•
Acara Sukan Tahunan SRII Al Imtar
•
Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan & Zakat
Mesyuarat Agung Ke-8 & Mesyuarat Lembaga Pengarah Ke-18 Yayasan SEDHAR
•
Majlis Pot Luck Sempena Hari Pekerja
•
IKLAN : Wisma Rahman Brothers
•
Ulang Tahun Kelahiran : April, Mei, Jun
•
Pelajar-Pelajar SRII Al Imtar & Tadika Islam Al Imtar Melawat Zoo Negara & Petrosains
•
Rahman Brothers Auto Carnival
•
Lawatan Suzuki Motor Corporation (Japan)
•
Majlis Penyerahan Kunci Kepada RBM & RBA
•
RB Bikes Di 1st Islamic Bike Fest 2015
•
Kejohanan Teakwando Putrajaya Poomsae
•
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim
•
Majlis Doa Selamat Pertama Di Wisma Rahman Brothers
•
IKLAN : Sekolah Rendah Integrasi Islam Al Imtar
EDITOR
DARIMEJA
2015
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di dalam Buletin Rahman Brothers edisi ke 45. Di samping memuatkan berbagai berita dan peristiwa yang berlaku di dalam bulan April, Mei dan Jun 2015 ini, kita juga akan menyambut tibanya bulan Ramadan dan Syawal. Ramadan adalah bulan mulia yang dipermulaannya adalah Rahmah, di pertengahannya Maghfirah dan di penghujungnya adalah pembebasan daripada Api Neraka. Semoga Ramadan dan Syawal kali ini akan lebih bermakna buat kita semua. ‘Selamat menyambut Ramadan’ dan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ daripada saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa dan crew Buletin Rahman Brothers. Maaf, zahir dan batin.
MUKAHADAPAN
BULETIN Dengan segala usaha dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim, maka projek membangunkan bangunan Wisma Rahman Brothers yang bertapak di Seksyen 22, Shah Alam, akhirnya selesai dengan jayanya. Menempatkan pejabat operasi Rahman Brothers Motor, Rahman Brothers Automotive, Rahman Brothers Bikes, Rahman Brothers Auto Garage dan Kumpulan Rahman Brothers di bawah 1 bumbung. Pengelola projek iaitu En. Wan Muhammad Zulhusni b. Wan Yahya bagi pihak Rahman Brothers Construction dengan berbesar hati menyerahkan kunci bangungan kepada Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim sempena majlis penyerahan kunci sambil disaksikan oleh semua warga kerja Rahman Brothers. Ikuti berita sepenuhnya di ms.24.
KREWBULETIN
Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • penulis Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri, Mohd Shukri Md. Yatim, Ros Abdul Hamid, Manisah Majid, Norhabibah Abd Rahim, Koleksi DHAR, Sumber Berita, Sumber Laman Sesawang • Urusetia Muhammad Hazli Manaf, Mazzita Mohamed, Zulkefli Mohd Korib, Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Intan Dianna Sazali • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • EDARAN Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri +603-5614 2252 (DL) • Pencetak REKA CETAK SDN. BHD. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat, 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No. 6, Persiaran jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN. • Telefon +603 5614 2222 • Faksimili +603 5614 2233 • Laman Web www.rahmanbrothers.com.my • E-mel buletin@rahmanbrothers.com.my •
BULETIN RAHMAN BROTHERS
SUKU KEDUA EDISI
KE-45
Bulan April, Mei, Jun
DARI MEJA
PENGERUSI EKSEKUTIF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Segala puji-pujian bagi ALLAH SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, dapatlah saya memberikan sepatah dua kata-kata nasihat kepada semua warga KRB yang dikasihi sekelian. “Ahlan Wasahlan ya Ramadan”... Alhamdulillah, kini bulan yang selalu kita rindui telah datang lagi. Bersyukurlah kepada Allah SWT yang dengan izinnya telah memberikan kita peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ini. Ganjaran pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan ini tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Di dalam bulan Ramadan juga terdapat Malam Lailatul Qadar yang mana fadilatnya lebih baik daripada 1000 bulan. Perbanyakkanlah bersedekah dan saya juga menyeru kepada seluruh warga kerja sekelian agar mengambil peluang ini dengan melakukan amal ibadat yang mampu dilaksanakan. Ramadan juga adalah bulan yang mengajar kita tentang kesabaran. Di saat kita menahan lapar dan dahaga, ada kalanya kesabaran kita menjadi nipis dengan kerenah dan masalah yang kita tempuhi. Tanganilah ujian ini dengan sebaik yang mungkin dan semoga kita semua beroleh pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Insya Allah. Oleh kerana buletin yang seterusnya adalah pada bulan September nanti, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada seluruh warga kerja Kumpulan Rahman Brothers. Maaf, zahir dan batin daripada saya. Semoga berjumpa lagi, Insya Allah.
Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM
MAJLIS IFTAR BERSAMA DHAR Oleh : Zamri Dato’ Basri
B
ertuah sungguh bagi warga kerja KRB yang berkesempatan untuk berbuka puasa bersama Pengerusi Eksekutif yang dikasihi, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim pada hari Jumaat, 19 Jun 2015 bersamaan dengan 2 Ramadan 1436 Hijrah. Majlis yang diadakan di perkarangan Wisma Rahman Brothers ini telah dihadiri oleh 80 orang tetamu termasuklah rakan-rakan Dato’ Hj. Abd. Rahman dan juga warga kerja KRB sendiri. Ustaz Mohd. Hariz bin Abdullah, iaitu seorang imam di Masjid Puncak Alam yang merupakan kenalan Dato’ Hj. Abd. Rahman telah sudi hadir untuk bersama-sama berbuka puasa dan mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
4
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
DHAR Frozen Foods & Pastry | Puncak Alam KUALA SELANGOR
Majlis Perasmian
DHAR Frozen Foods & Pastry Sdn. Bhd.
Oleh : Zamri Dato’ Basri
H
ajat Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim untuk menceburi perniagaan makanan sejukbeku terlaksana apabila premis perniagaan syarikat ini dirasmikan pada hari Jumaat, 10 April 2015 di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Buat masa ini, syarikat yang diusahakan bersama Puan Khadijah binti Abdullah ini menumpukan kepada pengeluaran karipap untuk 5 perisa iaitu Daging, Ayam, Udang Special, Ketam dan juga Sardin. Majlis yang turut dihadiri oleh ramai sahabat, VVIP dan keluarga Dato’ Hj. Abd. Rahman ini turut mendapat liputan pihak media terutamanya daripada stesyen TV AlHijrah. Bersempena dengan majlis perasmian ini, di samping pelbagai juadah makanan disajikan untuk santapan para tetamu jemputan dan juga orang ramai yang mengunjungi premis ini, karipap pelbagai perisa keluaran syarikat ini turut dihidangkan untuk dinikmati bersama. Dengan perancangan perniagaan yang teliti dan tersusun, Dato’ Hj. Abd. Rahman menjangkakan potensi untuk syarikat ini berkembang maju di masa hadapan adalah sangat cerah. Insya Allah. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
5
Majlis Perasmian DHAR Frozen Foods & Pastry Sdn. Bhd.
6
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Majlis Perasmian DHAR Frozen Foods & Pastry Sdn. Bhd.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
7
YAYASAN SEDHAR | Taman Desa Orkid SENAWANG
PERASMIAN BANGUNAN
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN SEDHAR, SENAWANG DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN Oleh : Mohd. Shukri bin Md. Yatim
P
elajar Tahfiz Al Quran Yayasan SEDHAR, Senawang berpindah ke bangunan baharu Maahad Tahfiz Al Quran SEDHAR, Senawang mula beroperasi pada 30 Ogos 2009 dengan hanya 4 orang pelajar dipimpin oleh Ustaz Mohd Ali bin Abd. Kadir Al Hafiz. Kini jumlah pelajar bertambah kepada 48 orang. Beberapa unit rumah kediaman milik Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. di Taman Desa Orkid, Senawang yang sebelum ini dijadikan sebagai asrama dan kelas pengajian tidak lagi dapat menampung pertambahan pelajar. Memandangkan bilangan pelajar bertambah dari tahun ke tahun, Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman bin Hj. Ibrahim selaku Pengerusi Yayasan Sedhar dan Penaung Maahad Tahfiz mencadangkan pembinaan sebuah bangunan ▲ Y.Bhg. Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz menandatangai asrama dan kelas pengajian di atas tanah milik Rahman Brothers plak nama bangunan baru Maahad Tahfiz Al-Quran SEDHAR. Perumahan Sdn Bhd. Projek pembinaan ini dibantu oleh syarikat Rahman Brothers Construction Sdn. Bhd. di mana sebahagian besar kos pembinaan dibiayai oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman sendiri melalui Yayasan SEDHAR dan syarikat Rahman Brothers Perumahan termasuk sumbangan dari pihak korporat dan individu. Sempena siapnya bangunan dan perpindahan pelajar ke bangunan baharu, pihak Pengurusan Maahad Tahfiz dengan kerjasama syarikat RB Perumahan Sdn Bhd dan Yayasan Sedhar telah mengadakan Majlis Perasmian Bangunan pada 13 Jun 2015 bersamaan 26 Syaaban 1436H. Majlis diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al Quran di mana 10 orang Huffaz dari Maahad Tahfiz Al Quran SEDHAR yang tamat hafazan 30 Juz memperdengarkan bacaan Khatam Al Quran. Perasmian Bangunan Maahad Tahfiz Al Quran SEDHAR dan Majlis Khatam Al Quran serta penyampaian ijazah dan hadiah kepada para Huffaz ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz, Timbalan YDP Persatuan Ulama Malaysia, Mantan Ketua Pengarah JAKIM. Turut hadir ialah Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers dan isteri Y.Bhg. Datin Hjh Sepiah Hassan; YB Tuan Haji Mohd Ghazali bin Abd Wahid, ADUN Paroi, Y.Bhg. Datuk Hj Arshad Abd Samad, Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan; Sheikh Maulana Mansoor Ismail Al Hafiz, Mudir Miftahul ▲ Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim ditemani para tetamu kehormat Ulum Seri Petaling, Tuan Haji Md Khir bin Hj Ibrahim dan Encik Mohd bersama-sama dalam sesi memotong riben sebagai simbolik majlis perasmian. Nazrin Mohamad Fozi, Ahli Lembaga Pengarah syarikat Rahman Brothers Perumahan Sdn Bhd. Majlis dimulakan dengan bacaan qasidah oleh para Huffaz dan ucapan aluan oleh Mudir Maahad Tahfiz, Ustaz Mohd Ali Ab Kadir dan disusuli dengan ucapan Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim dan ucapan Perasmian oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd Aziz. Sebelum sesi penyampaian ijazah dan hadiah kepada para Huffaz, para tetamu berkesempatan mendengar Tazkirah Ambang Ramadan yang disampaikan oleh Sheikh Maulana Mansoor Ismail Al Hafiz. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 400 orang tetamu dari institusi pendidikan, Pengerusi, Nazir, AJK masjid dan surau, para asatizah dan pelajar-pelajar Tahfiz serta penduduk setempat.
8
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
YAYASAN SEDHAR | Taman Desa Orkid SENAWANG
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
9
RAHMAN BROTHERS AUTOMOTIVE | Seksyen 22 SHAH ALAM
Rahman Brothers Automotive Oleh : Zamri Dato’ Basri
P
ada hari lsnin, 01 Jun 2015, Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd. telah memulakan operasi perniagaan mereka di Wisma Rahman Brothers, Seksyen 22, Shah Alam. Bahagian Jualan dan Servis bagi syarikat pengedar kenderaan Suzuki ini kini telah beroperasi di dalam satu bangunan yang serba canggih yang akan memberikan lebih banyak lagi manfaat kepada semua pelanggan mereka. Saya telah berkesempatan menemubual 2 orang pelanggan di pusat servis ini yang datang untuk menyelenggarakan kenderaan mereka. Kedua-dua mereka adalah pemilik kereta Suzuki Swift. Diajukan soalan tentang keselesaan, mereka sangat berpuashati dengan persekitaran bangunan, kemudahan yang disediakan dan juga layanan mesra yang diberikan oleh kakitangan di samping khidmat nasihat yang banyak membantu meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang kenderaan Suzuki yang mereka miliki. Semoga Rahman Brothers Automotive akan terus maju dan menjadi pengedar kenderaan Suzuki yang tersohor. Insya Allah.
▲ Cik Nur Saliana binti Mat Safian. Berusia 31 tahun, beliau adalah seorang Penolong Pengurus Perkhidmatan Pelanggan di sebuah syarikat pengedar kenderaan. Membeli kereta Suzuki Swift kira-kira sebulan yang lalu dan merupakan pengalaman kali pertama beliau di pusat servis ini.
RAHMAN BROTHERS BIKES | Seksyen 22 SHAH ALAM
Pesta Durian RBBC Oleh : Zamri Dato’ Basri
R
ahman Brothers Bikers Club @ RBBC telah mengadakan majlis ini pada hari Ahad, 28 Jun 2015. Bermula pada jam 9.00 malam, perkarangan Wisma Rahman Brothers telah dipenuhi dengan sejumlah ahli RBBC dan juga warga kerja KRB berserta keluarga. Para penggemar durian yang dianggarkan seramai 50 orang ini telah mengambil peluang sepenuhnya untuk menjamu selera mereka. Terima kasih diucapkan kepada Puan Erni Erdawaty binti Dato’ Hj. Abd. Rahman dan juga pihak RBBC yang telah sudi mengadakan majlis ini.
10
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
▲ Encik Alif Afiq bin Mohd. Kamal. Seorang ahli perniagaan berusia 22 tahun. Beliau tinggal di Shah Alam dan telah 5 tahun menjadi pelanggan setia di Pusat Servis Rahman Brothers Automotive.
RAHMAN BROTHERS PERUMAHAN | Seremban NEGERI SEMBILAN
Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Pengeluaran Pasir Di Antara Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. Dan Phenta Mining Sdn. Bhd. Oleh : Ros Abdul Hamid
P
Tempat : Klana Resort, Seremban
Tarikh : 14 April 2015 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1436H
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
erjanjian Projek Pengeluaran Pasir ditandatangani oleh YBhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Ibrahim dan Tn. Hj. Md. Khir Bin Hj. Ibrahim selaku Ahli Lembaga Pengarah Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. dan En. Neo You Lai dan En. Neo Sin Hwa selaku Ahli Lembaga Pengarah Phenta Mining Sdn. Bhd. Perjanjian ditandatangani setelah mendapat kelulusan Permit Mencabut, Mengalih dan Mengangkut Bahan Batuan ( Pasir Daratan ) dari Pentadbir Tanah Seremban, Pejabat Daerah & Tanah Seremban pada 10 Februari 2015. Ybhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Ibrahim selaku Pengerusi Eksekutif dan merangkap Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Rahman Brothers Perumahan merakam jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan telah memberi kepercayaan kepada Rahman Brothers Perumahan membolehkan permit pengeluaran pasir dikeluarkan. Pihak Phenta Mining Sdn. Bhd. bertanggungjawab bagi kerja-kerja penggalian sehinggalah kepada penjualan pasir di atas tanah seluas 63.64 ekar, sebahagian Tanah Temiang yang dimiliki oleh Rahman Brothers Perumahan yang berkeluasan 267.67 ekar. Dengan perjanjian ini, Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. akan mendapat hasil yang berterusan selama lebih kurang 3 tahun dan dengan memperbaharui perjanjian. Hasil daripada pendapatan ini, akan dapat memperkembangkan lagi perniagaan Rahman Brothers Perumahan di masa hadapan dan juga akan memperbaiki sistem pendanaan projek-projek syarikat dalam Kumpulan Rahman Brothers di masa akan datang.
▲ Perjanjian ditandatangani dari pihak Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. oleh (kanan) Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim dan (kiri) Tn. Hj. Md. Khir Bin Hj. Ibrahim
▲ Perjanjian ditandatangani dari pihak Phenta Mining Sdn. Bhd. oleh (kanan) En. Neo Sin Hwa dan (kiri) En. Neo You Lai
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
11
RAHMAN BROTHERS PERUMAHAN | Seremban NEGERI SEMBILAN
Majlis Perasmian
Projek Pengeluaran Pasir yang pertama oleh Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd.
M
Oleh : Ros Abdul Hamid
ajlis Perasmian Projek Tempat : Tarikh : Masa : Pengeluaran Pasir Yang Tapak Projek 5 mei 2015 bersamaan 10.00 pagi 12.30 tengahari pertama oleh Rahman Pengeluaran Pasir 16 Rejab 1436H Brothers Perumahan Sdn. Bhd. dirasmikan oleh YBhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Ibrahim selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. merangkap Pengarah Urusan Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. Majlis Perasmian diadakan bagi mensyukuri di atas usaha dan kejayaan dan berdoa mengharapkan perjalanan Projek Pengeluaran Pasir berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah ke atas segala urusan. Dengan harapan projek ini dapat memberi keuntungan yang besar kepada Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. yang dipimpin oleh En. Mohd Nazrin B. Mohamad Fozi selaku Ahli Lembaga Pengarah Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. merangkap Pengurus Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. Satu tugasan baharu dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh En. Mohd Nazrin sebagai peneraju Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. dan kakitangan bawahannya dengan termeterinya Perjanjian Projek Pasir tersebut. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh YBhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Ibrahim dan pihak atasan Kumpulan Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. bagi menentukan halatuju dan kejayaan Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. Hasil dari Projek Pengeluaran Pasir ini, Rahman Brothers Perumahan akan mendapat hasil yang berterusan dan juga sebagai satu suntikan dana bagi kelancaran perjalanan cadangan perlaksanaan projek masa akan datang dan memperkembangkan lagi perniagaan Rahman Brothers Perumahan Sdn. Bhd. Ia juga akan memperbaiki system pendanaan projek-projek syarikat dalaman Kumpulan Rahman Brothers di masa akan datang.
12
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
RAHMAN BROTHERS PERUMAHAN | Seremban NEGERI SEMBILAN
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
13
WARGA KERJA KRB | Buletin RAHMAN BROTHERS
PERSONALITI PILIHAN Oleh : Zamri Dato’ Basri
MOHD ANWAR MOHD TAIB
Beliau merupakan seorang pemain bolasepak yang pernah mewakili pasukan Negeri Sembilan di peringkat umur bawah 18 tahun ke Piala COKE. Anak kelahiran Seremban ini merupakan seorang Penolong Pengurus di bahagian servis, Rahman Brothers Automotive yang menjadi pengedar kenderaan Suzuki. Encik Mohd. Anwar telah mula berkhidmat sebagai Service Advisor pada 01 Ogos 2008, iaitu kira-kira hampir 7 tahun yang lalu. Kini bermain bolasepak dan futsal hanyalah sebagai hobi apabila ada kelapangan. Ayah kepada seorang cahayamata lelaki berusia 2 tahun ini sukakan warna biru dan Masak Lemak Cili Api adalah juadah yang sangat digemarinya.
AINI HAYATI BINTI MAHAMOD
Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini merupakan seorang yang selalu ceria dan tidak lekang dengan senyuman. Puan Aini telah lebih 9 tahun bekerja dengan KRB yang beliau sertai semenjak 26 Mac 2006. Beliau adalah di antara orang lama di KRB dan mempunyai pengalaman yang luas berkhidmat dengan berbagai ketua jabatan. Ibu kepada seorang cahayamata ini suka bersukan dan menyertai aktiviti luar. Sukakan Nasi Lemak dan warna kuning adalah warna kegemarannya.
SUDUT DAKWAH DHAR | Buletin RAHMAN BROTHERS
“ RENUNGAN BUAT KITA YANG SEMAKIN TUA ” Sumber : LAMAN SESAWANG | Ilham : DHAR
1. Sisa hidυp semakin pendek. Yang boleh kita makan, makanlah. Yang boleh kita pakai, pakailah. Yang ingin kita beli, belilah. Kalau masih mampu memberi, berilah. Kalau masih mampu berbahagi, berbahagilah. Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengaturkan rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hidυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada. 2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah dan selalu mengucapkan syukur kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil ‘pergi’. 3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI! 4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang. Membandingkan ke bawah, kita merasa lebih. Bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya. 5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan. Semua itu hanyalah sementara, hanya
14
|
pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela dan mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada... dan yang terpenting ialah melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hidυρ ini. 6. Kasih ibu bapa kepada anak-anak tidak ada batasnya! Kasihnya ibu membawa ke syurga dan dan kasihnya bapa sepanjang masa. Kasih anak-anak terhadap ibu bapa jelas ada batasnya. Sedarlah tatkala anak sakit, hati ibu bapa terhiris. Tapi tatkala ibu bapa sakit, anak-anak cuma menengok dan bertanya-tanya ala kadar... Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlak ! Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak-anak seBIJAKSANA mungkin. 7. Rumah ibu bapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibu bapanya. Ibu bapa selalu memberikan anak-anak tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa.
SELAMAT MENITI HARI TUA
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
YAYASAN SEDHAR | Seksyen 22 SHAH ALAM
S
Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan & Zakat Oleh : Mohd. Shukri bin Md. Yatim
yukur Alhamdulillah, kita bersua sekali lagi dengan Ramadan bagi tahun 1436H. Anugerah Allah untuk hambaNYA melipat gandakan ibadah terbuka luas untuk semua hamba tidak mengira pangkat, darjat, miskin mahupun kaya. Masing-masing berebut-rebut untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui ibadah Tadarus Al Quran, Solat Tarawih dan sebagainya. Manakala hubungan sesama manusia tidak pernah diabaikan antara mereka yang berada dengan yang kurang bernasib baik dengan cara menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Pada 10 Jun 2015 bersamaan 23 Syaaban 1436 Hijrah, sekali lagi Yayasan SEDHAR dan syarikat Kumpulan Rahman Brothers ▲ Ustaz Mohd. Fairuz menerima sumbangan daripada Y.Bhg Dato’ Hj Abd Rahman berkumpul dan beramah mesra sambil ditemani Tn Hj Khairuddin dan En Mohd Hair. bersama para Nazir, Imam, AJK Masjid & Surau, para Mudir Maahad Tahfiz dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Zakat. Program yang merupakan amalan setiap tahun Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim melalui Yayasan SEDHAR pada kali ini diadakan seminggu sebelum tibanya Ramadan. Sempena dengan perpindahan pejabat baru syarikat, majlis pada kali ini telah diadakan di Wisma Rahman Brothers, Shah Alam. Lebih 15 buah masjid dan 18 buah surau serta 6 buah Maahad Tahfiz dipilih untuk menerima sumbangan dan zakat. Pihak pengurusan Yayasan SEDHAR turut menyalurkan sumbangan dan zakat kepada 23 orang pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Quran Darul Hadis TTDI yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Fairuz. Turut dijemput menerima sumbangan dan dan zakat ialah para asnaf sekitar Lembah Klang dan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Ikhwanku Hembusan Harmoni bersama Encik Adam selaku Pengurus Pusat Jagaan. ▲ Y.Bhg Datin Hjh Aminah memberi sumbangan kepada anak-anak tahfiz.
▲ Y.Bhg Datin Hjh Sepiah juga berkesempatan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.
Turut hadir memeriahkan majlis, Y.Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Timbalan YDP Persatuan Ulama Malaysia, Mantan Ketua Pengarah JAKIM. Sumbangan dan pemberian zakat disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim selaku Pengerusi Yayasan Sedhar. Turut menyampaikan sumbangan adalah Y.Bhg. Datin Hajah Aminah binti Abdul Rahim dan Y.Bhg. Datin Hajah Sepiah binti Hassan selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR. Para tetamu turut disajikan dengan Tazkirah Ambang Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Johari Abd. Wahab. Di kesempatan pertemuan ini, Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim turut memaklumkan keberangkatan beliau ke Tanah Suci pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadan 1436 Hijrah.
▲ Alunan ayat suci Al Quran oleh ▲ Antara tetamu kehormat dan para ▲ Ucapan serta tazkirah serba ringkas dari Y.Bhg adik Ahmad Nasaa’i bin Abu Yamin memberkati majlis. penerima sumbangan yang hadir Dato’ Hj Abd Rahman sebelum majlis bermula Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my |
15
Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan & Zakat
16
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan & Zakat
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
17
18
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
19
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL IMTAR | sekitar KUALA LUMPUR
PELAJAR-PELAJAR SRII AL IMTAR & TADIKA ISLAM AL IMTAR MELAWAT ZOO NEGARA & PETROSAINS
2
Oleh : Manisah Majid
3 April 2015 - Satu program lawatan telah diadakan melibatkan 30 pelajar cilik dari Tadika Islam Al Imtar dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Imtar. Lokasi pilihan kali ini ialah Zoo Negara dan Petrosains, KLCC. Lawatan ini turut disertai oleh 9 para asatizah AL IMTAR. Senyuman riang terpapar di wajah para pelajar yang agak teruja dapat menghabiskan masa bersama guru dan rakan-rakan. Destinasi pertama ialah Zoo Negara, para pelajar dibawa menaiki tiga trem berasingan ke dalam kawasan zoo dan bermulalah pengembaraan mereka. “Wah!”, ”Wau!” Anakanak kecil ini bersuara teruja setiap kali trem melepasi kandang-kandang pelbagai haiwan liar yang jarang dilihat. Sekali sekala guru pengiring berinteraksi dengan pelajar, menguji pengetahuan mereka tentang haiwan. Ada zirafah, tapir, pelbagai burung di Bird Aviary, pelbagai sepesis rusa, singa dan harimau bengal putih. Trem yang membawa kami melepasi Tasik Tunku Abdul Rahman, kelihatan burung-burung Botak Upeh dan Flamingo dibiarkan bebas di sana-sini. Semasa melalui Mammal Kingdom, pelbagai jenis haiwan mamalia yang menarik dapat dilihat. Trem berhenti di Savannah Walk, segerombolan demi segerombolan haiwan masuk ke sekitar Kandang Savannah seperti kuda belang, zirafah, burung kasawari dan kambingkambing bertanduk panjang dan runcing. Pemandangannya tidak ubah seperti haiwanhaiwan Afrika yang sedang bermigrasi ke satu kawasan.
▲ Bergambar kenangan diperkarangan pintu masuk Zoo Negara
Seterusnya para pelajar dibawa ke Giant Panda Conservation Centre. Dua ekor panda yang pada mulanya tidur, kini terjaga kerana spesis ini agak sensitif dengan bunyi-bunyian. Para pelajar berpeluang melihat telatah panda dari atas jambatan yang dibina merentasi kandang panda ini. Usai melawat panda, pelajar dibawa menikmati Animal Show seperti burung kakak tua yang bijak, anjing laut yang aktif dan lain-lain lagi. Berjalan kaki keluar ke pintu utama sempat juga menjeling ke Tunku Abdul Rahman Aquarium sambil melihat Humboldt Penguin dan pelbagai jenis ikan. Sebaik tiba di KLCC kanak-kanak dibawa terus ke KFC untuk makan tengahari dan solat di surau berdekatan. Para pelajar diberi peluang ke Petronas Street Smart kerana tempoh menunggu giliran masuk ke Petrosains agak lama. Petronas Street Smart merupakan satu pameran interaktif yang mempromosikan kepentingan keselamatan di jalan raya. Para pelajar berpeluang menggunakan simulasi sistem jalanraya dan situasi trafik yang dibina untuk memberi para pelajar pendedahan tentang keselamatan di jalan raya dengan cara yang lebih menarik. Akhirnya sampailah giliran para pelajar Al Imtar masuk ke ruang pameran Petrosains. Bermula dengan menaiki Dark Ride iaitu bebola gergasi yang memuatkan 6 penumpang pada satu-satu masa membawa pelawat
20
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
â–˛ Petrosains yang beroperasi di dalam Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur berkeluasan 7,000 kaki persegi yang menawarkan pelbagai aktiviti merarik untuk semua pengunjungnya.
melalui jalan gelap ke stesen yang menempatkan ruang pameran. Pelbagai pengalaman menyeronokkan dapat dirasai para pelajar, di antaranya ialah mencuba tempat tidur yang digunakan oleh para angkasawan di angkasa lepas, belajar tentang gempa bumi, fosil, petroleum serta menyaksikan dinosour menyanyi di Geotime Diodrama. Para pelajar turut berpeluang merasai pengalaman geologis dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi di Exploration. Mereka juga dapat berseronok dan mewarna ke atas dinosour pilihan masing-masing di Sparkz. Oil platform pula merupakan pameran yang menempatkan replika pelantar minyak sebenar dan pelajar dapat merasai menaiki replika kereta F1 di Speed. Pelajar bertuah pula, dapat turut serta dan memenangi hadiah dalam Persembahan Sains Dino Egg Show yang mengupas tentang rahsia keistimewaan dan keajaiban telur yang tidak diketahui ramai.
Pelbagai aktiviti dan pengalaman dapat dirasakan para pelajar sambil menambah pengetahuan dan meluaskan minda. Ada juga ruang pameran yang tidak berkesempatan dilawati akibat kekangan masa walau bagaimanapun, rata-rata pelajar terhibur sehingga tertidur keletihan di dalam perjalanan balik ke SRI AL IMTAR. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
21
PELAJAR-PELAJAR SRII AL IMTAR & TADIKA ISLAM AL IMTAR MELAWAT ZOO NEGARA & PETROSAINS
22
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
PELAJAR-PELAJAR SRII AL IMTAR & TADIKA ISLAM AL IMTAR MELAWAT ZOO NEGARA & PETROSAINS
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
23
WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM
Majlis Penyerahan Kunci Kepada RBM & RBA Oleh : Zamri Dato’ Basri
M
ajlis ringkas ini telah diadakan pada hari Rabu, 1hb. April 2015. En. Wan Muhammad Zulhusni bin Wan Yahya bagi pihak Rahman Brothers Construction telah menyerahkan kunci secara simboliknya kepada pihak Rahman Brothers Motor dan Rahman Brothers Automotive sebagai menandakan bahawa bangunan Wisma Rahman Brothers telah sedia untuk diduduki. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan sebahagian warga kerja KRB juga turut hadir di majlis ini.
24
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
SRII AL IMTAR | Presint 11 PUTRAJAYA
KEJOHANAN TEAKWANDO PUTRAJAYA POOMSAE
B
Oleh : NORHABIBAH aBD RAHIM
erlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya, Kejohanan Tahunan Teakwando Putrajaya Poomsae berakhir dengan jayanya bagi kontinjen Kelab Teakwando SRII Al Imtar yang dibimbing oleh Sir Khairul (tengah) dari Smart Martial Art (WTF). Peserta SRII AL Imtar telah berjaya membawa pulang 1perak dan 1 gangsa. Diharap kelab Teakwando SRII Al Imtar dapat memupuk semangat kesukanan dan daya saing yang sihat antara pelajar agar mereka dapat memperoleh kejayaan di bidang akademik dan sukan. Semoga semua ahli kelab dapat berusaha lagi tunggu masamasa akan datang,
▲ Tahniah buat adik Mirza Insyirah (kiri) dan juga adik Nur Adreanna (kanan) atas kejayan mereka, Keratan ahkbar Utusan Malaysia. Artikel Sukan Tahunan SRII Al Imtar 2015. ►
WARGA KERJA | Seksyen 22 SHAH ALAM
MAJLIS DOA SELAMAT PERTAMA DI
WISMA RAHMAN BROTHERS Oleh : SUMBER BERITA
▲ Ustaz Khairul Anuar memberikan tazkirah selepas bacaan Yasin. ▲ Solat berjemaah dan solat sunat yang diimamkan oleh Ustaz Salim Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
25
SRII AL IMTAR | Kampung Pandan KUALA LUMPUR
ACARA SUKAN TAHUNAN SRII AL IMTAR
2
Oleh : Manisah Majid
3 Mei 2015, Kompleks Sukan Kg Pandan, Acara Sukan Tahunan SRII Al Imtar dan Tadika Al Imtar berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah di atas kerjasama berkumpulan warga Al Imtar dan Yayasan Sedhar yang turut membanting tulang bagi menjayakan program tersebut. Cuaca yang sangat baik pada hari itu memudahkan kelancaran sukan Al Imtar yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd. Rahman Bin Haji Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR, merangkap Pengerusi Sekolah SRII AL IMTAR pada tepat jam 8.45 pagi.
fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran. Sabda Rasulullah SAW “AJARLAH ANAK-ANAK KALIAN MEMANAH, BERKUDA DAN BERENANG”. Beliau menyarankan agar sunnah Nabi Muhammad SWT tersebut diamalkan di Al Imtar secara berperingkat. Dato’ Haji Abd. Rahman juga turut memanjatkan kesyukuran diatas kejayaan pendaftaran semula sekolah oleh pihak JAIS. Bermula 14 Mei 2015 SRI Al Imtar akan dikenali Sekolah Rendah Islam Intergrasi (SRII AL IMTAR) dan manakala tadika pula dikenali Tadika Islam Al Imtar.
Dalam ucapan perasmiannya, Ybhg Dato’ Haji Abd. Rahman menyatakan bahawa sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia terutamanya kepada para pelajar dengan memberi latihan yang bersepadu merangkumi minda,
Sukan Tahunan kali ini berjalan dengan baik dan meriah walaupun tanpa tahfiz undangan dari Tahfiz Naungan Yayasan Sedhar pada tahun ini. Majlis diserikan lagi dengan persembahan taekawando & pelajar tadika telah mendapat
26
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
SRII AL IMTAR | Kampung Pandan KUALA LUMPUR
menarik perhatian ibu bapa . Kemeriahan acara sukan pada kali ini diselangi dengan acara cabutan bertuah. Antara acara tadika pada kali ini adalah seperti kandar air hikmah, isi telur dalam sarang dan kepitan keramat. Bagi acara tahap 1 pula adalah seperti larian 50 Meter dan 100 Meter,larian ikatan kasih ikat kaki, carian misteri putih berhabuk dan bagi tahap 2 pula larian 100 Meter dan 4 x 100 Meter, isi air dalam botol senduk sakti, sanad sohih dan kepitan keramat bola. Di samping itu, futsal 6 sebelah juga turut dipertandingkan antara rumah-rumah dan johan futsal adalah rumah biru. Kemenangan pada tahun ini berpihak kepada rumah biru. Tahuan ini acara ibu bapa yang dipertandingkan adalah seperti penjuru muafakat, masukkan benang dan tarik tali. Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan kepada ibu bapa adalah sangat menarik dan membuat mereka untuk terus menunggu disitu sehingga acara sukan berakhir. Antara hadiah yang ditawarkan pada tahun ini adalah televisyen, basikal, pakej pelancongan ke Langkawi yang ditaja oleh DHAR dan banyak lagi. Tahniah diucapkan kepada pelajar dan ibu bapa yang telah memenangi hadiah dan kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya pelajar dan ibu bapa. Akhir kata tahniah dan syabas dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa sukan 2015 dan guru - guru yang bertungkus - lumus menjayakan dan memastikan program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tidak lupa juga kepada pihak akhbar Utusan Malaysia yang sudi membuat liputan dan semoga kejayaan yang diperoleh akan menjadi kenangan manis buat kita semua. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
27
ACARA SUKAN TAHUNAN SRII AL IMTAR
28
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
ACARA SUKAN TAHUNAN SRII AL IMTAR
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
29
YAYASAN SEDHAR | Seksyen 22 SHAH ALAM
mesyuarat agung ke-8 & Mesyuarat lembaga pengarah ke-18 yayasan sedhar Oleh : SUMBER BERITA
▲ Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim bersama-sama warga kerja penggerak Yayasan SEDHAR.
WARGA KERJA | Taman Shamelin CHERAS
Majlis Pot Luck Sempena Hari Pekerja Oleh : Zamri Dato’ Basri
M
ajlis ini telah diadakan pada pagi hari Jumaat, 08hb. Mei, 2015. Ianya merupakan majlis yang terakhir diadakan di ibu pejabat KRB, Taman Shamelin Perkasa kerana ibu pejabat KRB yang baharu di Seksyen 22, Shah Alam telah pun hampir sedia untuk diduduki. Cukup meriah dengan makan dan minum, acara permainan yang melucukan juga akan menjadi kenangan abadi kepada semua warga kerja yang telah menghadiri majlis ini. Semoga majlis seperti ini akan terus diadakan pada masa hadapan agar silaturrahim yang telah sedia terjalin akan berkembang mekar. Insya Allah.
30
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
UL
N K U E H L A A T H G IRA N A M E • I • J UN L I R P A - 9 Apr -
- 23 Apr -
ADNIN B. BAHARUDIN
AMIRAH BT AZMATULLAH KHAN
MECHANIC
ADMIN EXECUTIVE
- 19 Apr -
- 27 Apr -
ANG GUAN CHUAN
- 21 Apr -
LUQMAN KAMARUL BAHRIN
SALES EXECUTIVE
N
MASLINA BTE KASSIM
TOUR ASSISTANT
CUSTOMER SERVICE RELATION
- 23 Apr -
- 29 Apr -
MOHD EZRIL BIN NORWIN
MOHD ANWAR B. MOHD TAIB
SALES EXECUTIVE
- 1 Apr -
MOHAMAD RADZI BIN MOHAMED TECHNICIAN
ASSISTANT MANAGER - 1 Apr -
- 10 Apr -
MOHD SHUKRI MD YATIM
- 28 mei -
MUHAMAD HAZLI B MANAF HR & ADMIN MANAGER
MANAGER
ABDUL AZIZ BIN MANAP
- 16 mei -
AHMAD HISHAM B HJ NOR SALES EXECUTIVE
DESPATCH
- 17 mei -
- 30 mei -
AZIZ B LAMBAK
ABDUL MAJID B ZAKARIA SECURITY GUARD
SECURITY GUARD
- 12 mei -
- 9 mei -
- 17 mei -
MOHAMAD ZAMHARIL B. MANSOR
ASRUL NIZAM BIN ALID PERSONAL DRIVER
BADLISHAH BIN CHE ROSE SALES COORDINATOR
SALES EXECUTIVE
- 9 mei -
JZULHILMI B MD DERUS
- 16 mei -
SALES EXECUTIVE
MOHD FAIRUZ B DHAR MANAGER
- 8 mei -
MOHD KHAIDIR B MOHD MUSA DRIVER CUM RUNNER
- 27 mei -
- 12 mei -
MUHAMMAD ZAMIR B AHMAD NAWAWI
NAZARI B ZULKIFLI - 14 mei -
SALES EXECUTIVE
ACCOUNT EXECUTIVE
MARZUKI BIN ISMAIL
- 15 mei -
VP FINANCE
SITI FARHANA BT BASHER
- 3 mei -
MUHAMMAD HAIRULLAH B. OMAR
ADMIN & OPERATION EXECUTIVE
- 26 mei -
NORHARISHAH BT AHMAD
SALES EXECUTIVE
- 15 mei -
ROSLI B ESA
ADMIN CLERK
- 16 mei -
- 28 mei -
NURSHUHADA JOHARI
TAN CHEE HAU SALES EXECUTIV
CLERK
- 18 Jun -
MANISAH BT MAJID
- 19 Jun -
ACCOUNT CLERK
AINI HAYATI BT MAHAMOD
DRIVER
- 11 Jun -
MOHD FAIZ B MOHAMAD FOZI MECHANIC
PROPERTY CLERK
- 30 Jun -
- 3 Jun -
NUR IFFAH BT ABDUL RAHMAN
NORAIZAH BINTI SALAHAN
CLERK
- 10 Jun -
SITI AZURA BT ABU ZARIN
GENERAL CLERK PERSONAL ASSISTANT Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
31
RAHMAN BROTHERS MOTOR | Seksyen 22 SHAH ALAM
RAHMAN BROTHERS AUTO CARNIVAL Oleh : Zamri Dato’ Basri
B
uat pertama kalinya di Wisma Rahman Brothers acara ini diadakan selama 3 hari bermula pada hari Jumaat, 12 Jun sehingga hari Ahad, 14 Jun 2015. Di samping sebagai satu usaha untuk meningkatkan jualan, acara ini juga bertujuan untuk memberikan satu impak dari segi pengiklanan kepada orang ramai bahawa Rahman Brothers Motor, Rahman Brothers Automotive dan Rahman Brothers Bikes kini sudah mula beroperasi di Persiaran Jubli Perak, Seksysen 22, Shah Alam.
Ketibaaan konvoi motosikal berkuasa tinggi diketuai oleh Y.Bhg Pn. Erni Erdawaty ke perkarangan tapak karnival. ►
◄ Pelbagai jenis motorsikal berkuasa tinggi menjadi tarikan utama.
32
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. ▲ Para peserta konvoi tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan bersama Y.Bhg Pn. Erni Erdawaty
▲ Pertunjukkan aksi lagak ngeri oleh En. Tun Shahir.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
33
RAHMAN BROTHERS AUTOMOTIVE | Seksyen 22 SHAH ALAM
LAWATAN SUZUKI MOTOR CORPORATION (JAPAN) Oleh : SUMBER BERITA
▲ Y.Bhg. Dato’ Hj Abdul Rahman Hj Ibrahim bersama-sama kakitangan Rahman Brothers Automotive bergambar kenangan bersama Mr. Hiroyuki Tonami di perkarangan Wisma Rahman Brothers sempena lawatan kerja beliau.
RAHMAN BROTHERS BIKES | Kepala Batas PULAU PINANG
RB BIKES DI 1st Islamic Bike Fest 2015 Oleh : SUMBER BERITA
34
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Sumber Tambahan : Rakaman Persendirian Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN Datin Aminah, Datin Sepiah dan Datin Norzila menziarahi Puan Faizah bt. Saed di hospital, ibu kepada En. Mahathir staf DHAR Frozen Foods & Pastry SB
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman di Tanah Temiang, lokasi projek pengambilan pasir. (Gambar kecil) Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bersama En. Nizam.
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar bersama warga kerja Kumpulan Rahman Brothers Johor semasa Majlis Iftar di Sofitel Palm Resort Johor Bahru pada 27 Jun 2015.
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Ustaz Mohd. Hariz bin Abdullah dan En. Zulkefli bin Mohd. Korib di pejabat DHAR FROZEN FOODS & PASTRY SDN. BHD. Puncak Alam
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar bersama VVIP yang hadir semasa Majlis Iftar Lembaga Zakat Selangor di SACC, Shah Alam pada 25 Jun 2015
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama para jemaah yang hadir untuk menunaikan solat di salah sebuah masjid disini. Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman berada di Shanghai, China pada 19 April 2015 dalam lawatan perniagaan.
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bersama menerima kunjungan Dato’ Tun Hisan bin Dato’ Tun Hamzah.
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj Ibrahim ditemani pegawai-pegawai tertinggi Kumpulan Rahman Brothers bergambar kenangan bersama Mr. Kishida (Japan Supplier) (kanan)
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
35
SRII AL IMTAR SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL IMTAR Al IMTAR adalah singkatan daripada Institusi Muraja’ah Tahfiz Ar-Rahman. Ditubuhkan pada tanggal 5 Disember 2002. Al Imtar telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 19 November 2009. Al Imtar bermula dengan pengajian tahfiz Al Quran dan kemudian telah menambah beberapa pengajiannya seperti Taska, Tadika, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Tahfiz Al Quran berasrama. Al Imtar kini mempunyai seramai 200 orang pelajar dan kini sedang menaik taraf untuk mengembangkan lagi sektor perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.
36
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.