BULETIN RAHMAN BROTHERS JUL-AUG-SEP 2014

Page 1

JULAI

OGOS SEPTEMBER

BIL : 42 SUKU KETIGA 2014

PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2013 (033137)

Majlis Iftar Yayasan SEDHAR dan SRI AL IMTAR Meriah. Ceramah Nuzul Al Quran dan Pelancaran Tabung GAZA Lawatan Peribadi Dato’ Haji Tun Hisan Ke Kumpulan Rahman Brothers Hujan Rahmat Membasahi Sukan SRI AL IMTAR 2014 DHAR Bersama Yayasan SEDHAR Berkunjung Ke Wilayah Timur Dan Bersama Memeriahkan Perhimpunan Kesyukuran IMTIAZ, Terengganu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Rahman Brothers 2014 NASKAH Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga mengetahui pelbagai Menawarkan pelbagai pakej menarik untukrbtt.rahmanbrother.com.my Umrah dan juga pelancongan dalambagi dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

1

PERCUMA |


Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga rbtt.rahmanbrother.com.my bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

KANDUNGAN •

Majlis Iftar Yayasan SEDHAR dan SRI AL IMTAR Meriah. Ceramah Nuzul Al Quran dan Pelancaran Tabung GAZA

Lawatan Peribadi Dato’ Haji Tun Hisan Ke Kumpulan Rahman Brothers

Hujan Rahmat Membasahi Sukan SRI AL IMTAR 2014

Kompilasi Gambar Sukan SRI AL IMTAR 2014

Aktiviti-Aktiviti Yayasan SEDHAR

Berbuka Puasa Bersama Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim

Lawatan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim ke Utara

Gambar-Gambar Kenangan Warga Kerja

Tazkirah Ringkas

DHAR Bersama Yayasan SEDHAR Berkunjung Ke Wilayah Timur Dan Bersama Memeriahkan Perhimpunan Kesyukuran IMTIAZ, Terengganu

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Rahman Brothers 2014

Kompilasi Gambar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Rahman Brothers 2014

2014 •

Potluck Raya

Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd.

Majlis Berbuka Puasa KRB 2014

Ulang Tahun Kelahiran Bulan Julai, Ogos Dan September

Personaliti Pilihan

Gambar-Gambar Kenangan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim

Iklan : Rahman Brother Travel & Tours

Iklan : Rahman Brothers Bikes

JULAI • OGOS • SEPTEMBER

Dari meja EDITOR....................

muka hadapan buletin

OGO S SEPT EMB ER

BIL : 42 SUK U KET IGA 2014

NO. KDN - PPPP 14155/03/2010 (0236 14155/03/2013 (03

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Menambah ilmu melalui pembacaan adalah satu perkara berfaedah dan amatlah digalakkan. Di zaman ‘millennium’ yang serba canggih kini, segala maklumat boleh kita perolehi dengan mudah melalui media elektronik seperti televisyen, radio, internet dan juga media cetak yang berbentuk fizikal seperti buku, majalah, suratkhabar dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang relevan dengan keadaan semasa boleh menjadikan kita tersisih daripada arus kehidupan yang pantas bergerak di dalam dunia hari ini yang sungguh mencabar. Manfaatkanlah segala gajet yang kita miliki dengan sebaik mungkin untuk mengakses segala maklumat daripada media massa yang diperlukan untuk menjadikan kita seorang insan yang berilmu pengetahuan. Insya Allah. Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman b. Hj. Ibrahim kelihatan sungguh bergaya menaiki motor berkuasa tinggi (Yamaha Stratoliner) yang kini menjadi salah satu cabang perniagaan di Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. di bawah kendalian Rahman Brothers Motor Sdn. Bhd. Gambar ini diambil ketika berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Rahman Brothers pada bulan Ogos lepas sekaligus mempromosikan Rahman Brothers Bikes yang telah membuka satu ruang pameran khas. Dengan ini diharap Rahman Brothers Bikes dapat menaikkan lagi nama Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

BULETIN

KREW

JUL AI

Majlis Iftar SRI AL IMTAR Yayasan SEDHAR dan iah. Ceramah Nuzul Al QurMer Tabung GAZA an dan Pelancaran Lawatan Per Tun Hisan Ke ibadi Dato’ Haji Brothers Kumpulan Rahman Hujan Rahmat SRI AL IMTAR 201Membasahi Sukan 4 DHAR Bersam Berkunjung a Yayasan SEDHAR Wilayah Tim Dan Bersam Ke Memeriahkanur Perhimpunana Kes yukuran IMTIAZ Terengganu , Majlis Rumah Kumpulan RahTerbuka Aidilfitri man Brothers 2014

Layari laman sesaw ang rahm anbr Menaw arkanother .com pelbag .mymenar ai pakej dan juga untukrbtt.r ahma Umrah nbrother.com.m dan juga aktiviti danikberita y bagi menarik mengpelancongan dalam meng dan luar etahui pelbagai enai Kumpulan negara NASKAH Rahman Brothe rbtt.rahm rs Sdn. Bhd. anbrothers.com.my

PERCUM|A1

Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • penulis Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri, Mohd. Shukri Md. Yatim, Norhabibah Abd Rahim, Hj Khairuddin Hj Mohd Khir, Khairizzary Hj. Mohamed • Urusetia Muhammad Hazli Manaf, Mazzita Mohamed, Zulkefli Mohd Korib, Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Intan Dianna Sazali • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • EDARAN Luqman Kamarul Bahrin (ext. 216) • Pencetak Palm Print Corporation Sdn. Bhd. 23, Jalan Lengkongan Brunei, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No.8 Jalan 4/91A, Tmn Shamelin Perkasa, Batu 3½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. • Tel +603 9281 6244 • Faks +603 9281 6276 • | rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. 2 Web Laman www.rahmanbrothers.com.my • E-mail buletin@rahmanbrothers.com.my •


634) 33137)

BULETIN RAHMAN BROTHERS

SUKU KEtiga EDISI

KE-42

Bulan Julai, Ogos, September

Dari meja

PENGERUSI EKSEKUTIF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Dengan izin Allah SWT maka dapatlah kita bertemu lagi di kali ini untuk saya memberikan sepatah-dua kata-kata nasihat kepada seluruh warga kerja Kumpulan Rahman Brothers yang saya kasihi sekelian. Di kesempatan ini, inginlah saya berpesan supaya kita semua sentiasa memberikan perhatian kepada lima perkara yang menjadi teras di dalam melayari kehidupan kita di dunia ini. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa kita hendaklah merebut lima perkara ini sebelum datangnya lima perkara yang berikutnya. Perkara yang pertama adalah kesihatan kita. Pergunakanlah dengan sebaik-baiknya sewaktu kita masih sihat sebelum tibanya waktu kita sakit. Perkara yang kedua adalah usia kita. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh di dalam setiap perkara sewaktu kita masih muda sebelum tibanya waktu kita menjadi tua. Perkara yang ketiga adalah kewangan dan harta benda. Hendaklah kita sentiasa beringat, berzakat dan selalulah bersedekah kepada yang memerlukan di masa kita masih berkemampuan sebelum tibanya waktu kita sudah tidak punya apa-apa. Yang keempat adalah masa ataupun kesempatan. Manfaatkanlah waktu dengan sebaik yang mungkin di kala kita masih mempunyai ruang yang cukup sebelum tibanya waktu kita menjadi sibuk. Yang kelima dan terakhir sekali, hidup sebelum mati. Apa saja perlakuan kita di dunia ini, isikanlah dengan perkara yang bermanfaat selagi kita masih bernyawa. Semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah daripada Allah SWT. Amin ya robbal a’lamin. Rebutlah 5 Perkara Sebelum Tibanya 5 Perkara Sihat sebelum sakit Muda sebelum tua Kaya sebelum miskin Lapang sebelum sempit Hidup sebelum mati

Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K

(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

3


YAYASAN SEDHAR

Taman Nirwana AMPANG

MAJLIS IFTAR YAYASAN SEDHAR DAN SRI AL IMTAR MERIAH

Ceramah Nuzul Al Quran dan Pelancaran Tabung GAZA Oleh : Mohd. Shukri bin Md. Yatim

▲ YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim berkesempatan melawat bangunan baru Sri Al Imtar sambil ditemani oleh En Zulkefli Mohd Korib, Al Fadhil Syed Nor Hisyam Tuan Padang, Tuan Hj. Roslan dan warga kerja Sri Al Imtar.

▲ YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim melancarkan Tabung Kutipan Sumbangan GAZA

4

|

▲ YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim bersama-sama YBhg. Datin Hjh Aminah dan YBhg. Datin Sepiah Hassan memotong kek ulangtahun perkahwinan mereka.

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


YAYASAN SEDHAR

Taman Nirwana AMPANG

S

yukur Alhamdulillah, kita berpeluang bersua sekali lagi dengan Ramadan bagi tahun 1435H. Anugerah dan peluang untuk melipat gandakan ibadah terbuka luas untuk semua orang tak kira pangkat, darjat, miskin mahupun kaya. Masing-masing berebut-rebut untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai hablu minallah melalui ibadah Tadarrus, Solat Tarawih dan sebagainya. Manakala hubungan sesama manusia tidak pernah diabaikan melalui penganjuran Majlis Iftar yang menjadi aktiviti penghubung sesama manusia di sepanjang bulan Ramadan. Ramadan kali ini turut menyaksikan gabungan Yayasan Sedhar dan Sri Al Imtar bersama-sama menganjurkan Majlis Iftar dan Ceramah Nuzul Al Quran yang diadakan pada 15 Julai 2014 bersamaan 17 Ramadan 1435H iaitu tarikh Nuzul Al Quran. Masjid Al Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang menjadi pilihan lokasi majlis dengan menampilkan penceramah selebriti iaitu Ustaz Syed Nor Hisyam Tuan Padang dan Ustaz Mohd. Ammar (Imam Muda) selaku Pengacara Majlis.

Penglibatan Sekolah Islam Sri Al Imtar milik penuh Yayasan Sedhar telah berjaya mengumpul para ibu bapa dan pelajar dalam majlis tersebut. Kehadiran Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bersama isteri serta keluarga menambahkan kemeriahan majlis. Aturcara majlis dimulakan dengan Ceramah Nuzul Al Quran yang disampaikan oleh Ustaz Syed Nor Hisyam Tuan Padang. Sejurus selepas sesi ceramah, Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj. Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sedhar merangkap Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers melancarkan Tabung Kutipan Sumbangan GAZA dengan disaksikan oleh sukarelawan dari Global Peace Mission Malaysia (GPMM). Para tetamu yang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar Al Imtar, rakan dan kenalan Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman serta jemputan dari Jabatan Kerajaan, PDRM, rakan-rakan korporat dan penduduk setempat turut memeriahkan majlis. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak media khususnya kehadiran TV AL HIJRAH yang sudi membuat liputan sepanjang program berlangsung. Selepas berbuka puasa, tetamu dan hadirin menunaikan solat maghrib berjemaah dan seterusnya menikmati jamuan. Pihak penganjur berkesempatan meraikan Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman dan isteri Y.Bhg. Datin Hajah Aminah Abd. Rahim dan Y.Bhg. Datin Hajah Sepiah Hassan dengan memotong kek ulangtahun perkahwinan masing-masing yang ke 40 dan 30. Seluruh warga kerja KRB & Yayasan Sedhar mendoakan Allah terus menganugerahkan kebahagiaan dan dilimpahi MAWADDAH WA RAHMAH kekal hingga ke akhir hayat.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

5


Taman Shamelin CHERAS

Lawatan Peribadi Dato’ Haji Tun Hisan Ke KRB

Oleh : Zamri Dato’ Basri

Dato’ Hj. Tun Hisan bin Dato’ Hj. Tun Hamzah adalah mantan Ketua Polis Selangor. Kenalan rapat kepada Dato’ Hj. Abd. Rahman ini telah singgah di ibupejabat KRB untuk lawatan peribadi beliau pada hari Rabu, 16 Julai 2014. Ketibaan beliau pada jam 11.00 pagi telah disambut dengan penuh mesra oleh warga kerja yang telah bersedia menanti. Kesempatan ini telah diabadikan di dalam memori fotografi beramai-ramai di lobi ibupejabat KRB.

6

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

UMUM


SRI AL IMTAR

Kampung Pandan KUALA LUMPUR

HUJAN RAHMAT MEMBASAHI

SUKAN SRI AL IMTAR 2014

Oleh : Norhabibah Abd Rahim

K

ompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, 16 Ogos 2014. Titisan Hujan rahmat mengiringi kemeriahan perjalanan acara Sukan Tahunan SRI Al Imtar 2014. Cuaca lembab dan basah tidak menghalang kemeriahan acara sukan yang dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Haji Abd. Rahman Bin Haji Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR merangkap Pengerusi Sekolah SRI AL IMTAR. Ketibaan Ybhg DHAR diiringi Datin Norzila tepat jam 9.00 pagi disambut Encik Mohd. Shukri Bin Md. Yatim, Pengurus Yayasan Sedhar, Ahli Jawatankuasa Sukan 2014 dan guru-guru Sri Al Imtar. Dalam ucapan perasmiannya, Ybhg DHAR menyatakan bahawa program sukan seperti ini dapat menjamin tubuh badan yang sihat untuk perkembangan minda pelajar. DHAR memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan Program Sukan SRI AL IMTAR 2014 walaupun dalam suasana basah dan hujan. DHAR Keratan artikel dari laman sesawang juga turut memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan perpindahan SRI Al Imtar dari Utusan Online Taman Cempaka ke premis baru di Taman Putra Sulaiman. Program sukan SRI AL IMTAR tahun 2014 ini menampilkan kelainan dengan penyertaan pelajar-pelajar tahfiz naungan Yayasan Sedhar dari Maahad Tahfiz Ar Rahmaniah, Bukit Beruntung, Hulu Selangor dan Pelajar Tahfiz Sedhar, Seremban Negeri Sembilan. Para pelajar Tahfiz Naungan Yayasan Sedhar telah bertanding dalam beberapa acara seperti larian 100 meter, 4 x 100 meter dan futsal. Piala Pusingan Futsal telah dimenangi Maahad Tahfiz Ar Rahmaniah, Bukit Beruntung manakala larian 100 meter telah dimenangi pelajar Tahfiz SRI AL IMTAR. Program yang diacarakan oleh Ustaz Haji Khairul Anuar ini diselang-selikan dengan peringatan dan tazkirah. Antaranya, doa yang dibacakan ketika hujan yang berbunyi :-

“Ya Allah, turunkan hujan yang bermanfaat” Doa itulah yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ucapkan ketika melihat hujan turun. Hal ini berdasarkan hadis dari Ummul Mukminin, Aisyah radhiyallahu ‘anha, Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad dan An Nasai. Kemeriahan Sukan SRI Al Imtar 2014 diselang-selikan dengan susunan acara sukan peringkat tadika seperti tarik bola menggunakan gelung rotan, lari dan memecah belon dan memasukkan guli ke dalam plastik ais. Bagi pelajar tahap 1, acara boling kelapa, isi air dalam botol, lompat katak dan larian 50 meter. Bagi pelajar tahap 2, larian kembar siam, baling belon, larian 50 meter, larian 100 meter dan 4 x 100 meter. Bagi acara ibu bapa, acara tarik tali, musang berjanggut, ikatan kasih dan cabutan bertuah. Bagi cabutan bertuah, hadiah yang ditawarkan pada tahun ini amat menarik. Antara hadiah utama adalah pakej-pakej perlancongan dalam negara termasuk tiket penginapan ke Legoland, Langkawi dan Port Dickson. Tahniah diucapkan kepada pelajar dan ibubapa yang berjaya memenangi hadiah. Syabas dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Sukan 2014 dan guru-guru kerana berusaha gigih bagi memastikan program ini berjalan lancar. Terima kasih juga kepada TV Al Hijrah dan Utusan Malaysia yang sudi memberikan liputan. Semoga Al Imtar terus maju dalam sukan dan semoga pelajar, guru-guru dan ibubapa sentiasa sihat. Insya Allah.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

7


8

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

9


YAYASAN SEDHAR

Serata Tempat DALAM & LUAR NEGARA

Aktiviti-Aktiviti Yayasan SEDHAR

Oleh : Hj. Khairuddin Hj Mohd Khir

Majlis Berbuka Puasa di Masjid Datin Hajah Sepiah Hj. Hassan di Ramain, Mindanao, Filipina.

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari Khamis, 28 Ogos 2014.

Majlis Sumbangan Zakat di Kampung Jerlun, Air Hitam, Kedah dan di Lorong Nyior Setali, Alor Setar, Kedah sempena bulan Ramadan. Alor Setar KEDAH

BERBUKA PUASA BERSAMA DHAR

RB MOTOR KEDAH

Oleh : Khairizzaty HJ MohAMAd

Kakitangan Rahman Brothers Motor Kedah mengambil kesempatan bergambar bersama-sama Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman dan Datin Hjh Norzila Hj Mohammad selepas selesai majlis berbuka puasa bersama Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman di TH Hotel, Alor Setar Kedah.

10

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


SRI AL IMTAR

Kampung Pandan KUALA LUMPUR

Lawatan Dato’ Hj. Abd. Rahman ke Utara

Oleh : Zamri Dato’ Basri

Pada bulan September baru-baru ini, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim telah melakukan lawatan rutin beliau ke utara tanahair bagi melihat dan menganalisa perkembangan perniagaan KRB di kawasan utara di samping terus menjalin hubungan silaturrahim di dalam keluarga besar beliau. Encik Munauwir bin Hj. Mohd. Khir selaku Pengurus Yayasan SEDHAR Wilayah Utara telah mengiringi Dato’ Hj. Abd. Rahman di sepanjang lawatan beliau ke beberapa projek yang sedang dalam proses untuk disiapkan. Di antara projekprojek yang sedang dalam perlaksanaan adalah projek pembesaran Masjid Abu Bakar As- Siddiq di Bakar Arang, Sungai Petani dan juga projek dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah di daerah Pendang. Dato’ Hj. Abd. Rahman juga telah berkesempatan menziarahi adinda beliau iaitu Tuan Hj. Mohamed yang pada ketika itu sedang menerima rawatan perubatan di Kedah Medical Centre, Alor Setar.

Gambar-Gambar Kenangan

Aktiviti-aktiviti Warga Kerja KRB

Warga Kerja KRB bergambar kenangan bersama Ustazah Hjh Asiah bt. Bahrom selepas selesai Tilawah Al-Quran sempena bulan Ramadhan

Warga Kerja Yayasan SEDHAR bersama wakil Global Peace Mission, Malaysia bagi menyerahkan hasil kutipan Tabung GAZA KRB.

TERJEMAHAN AL QURAN

“ Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ” (Surah 18: Ayat 46) Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

11


YAYASAN SEDHAR

Besut TERENGGANU

DHAR BERSAMA YAYASAN SEDHAR BERKUJUNG KE WILAYAH TIMUR

DAN BERSAMA MEMERIAHKAN PERHIMPUNAN KESYUKURAN IMTIAZ, TERENGGANU Oleh : Mohd. Shukri bin Md. Yatim

▲ Sebahagian jemaah yang membanjiri Kompleks IMTIAZ bagi menghadiri solat Maghrib dan Isyak berjemaah sempena Program Perhimpunan Kesyukuran IMTIAZ 2014

Y

ayasan SEDHAR amat bertuah kerana tersenarai sebagai jemputan menghadiri Program Perhimpunan Kesyukuran IMTIAZ yang diadakan pada 12 September 2014 di Kompleks IMTIAZ, Besut. Peluang dan kesempatan ini disambut dengan rasa teruja untuk hadir dan menimba ilmu sebanyak mungkin serta pengalaman jejak-jejak kejayaan IMTIAZ ( Sekolah Menengah IMTIAZ ) hasil cetusan idea dan buah fikiran YB Dato’ Seri Idris Jusoh ( kini Menteri Pendidikan II ) lebih kurang 15 tahun yang lalu.

Rombongan turut berkesempatan menziarahi keluarga Almarhum Tuan Hj. Jaafar di Felda Neram 1, Chukai yang baru kembali ke Rahmatullah. Almarhum Tuan Hj. Jaafar merupakan abang kepada Cikgu Halim, suami Puan Azizah (Puan Azizah adalah adinda kepada Y.Bhg. Datin Hajah Aminah). Rombongan sempat menunaikan Solat Jama’ Taqdim bersama keluarga pihak Almarhum. Selesai solat jama’, Doa dan Tahlil Arwah dipimpin oleh Ust Hj. Khairul Anuar Hj. Khairuddin. Rombongan telah diraikan dengan jamuan makan tengahari.

Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj. Ibrahim diiringi pegawai Yayasan Sedhar Encik Mohd. Shukri Md. Yatim, Encik Zulkefli Mohd. Korib dan Ustaz Hj. Khairul Anuar Hj. Khairuddin memilih perjalanan darat merentas Banjaran Titiwangsa. Rombongan bergerak meninggalkan Ibu Kota seawal pagi dengan dipandu oleh Saudara Md Daini Nordin. Lanchang menjadi destinasi persinggahan pertama di mana rombongan yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman berkesempatan menziarahi keluarga Pak Tuan Syed Sheh Syed Hussin. Kehadiran kami disambut dengan layanan mesra. Walaupun keadaan kesihatan Pak Tuan Syed agak kurang baik tapi ternyata keakraban beliau dengan Y.Bhg. Dato’ dapat dilihat melalui perbualan dan gelak ketawa seperti seorang abang dan adik yang lama tidak bersua muka. Kesempatan pertemuan ini, Y.Bhg. Dato’ dan Pak Tuan Syed sempat berbincang hal ehwal urusan tanah pusaka milik keluarga Pak Tuan Syed di Mekah dan beliau mengalu-alukan bantuan Y.Bhg. Dato’ untuk membantu menyelesaikan urusan tuntutan pampasan tanah pusaka yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh pihak Kerajaan Arab Saudi untuk projek pembesaran Masjidil Haram.

Rombongan terus menuju ke Besut. Destinasi perhentian pilihan adalah Masjid Kg. Penarik, Setiu. Rombongan berhenti menunaikan solat Jama’ Taqdim Maghrib dan Isya’. Selesai menunaikan tanggungjawab fardu, rombongan terus menuju destinasi akhir iaitu Besut. Sebelum chek-in penginapan, rombongan sempat bertemu keluarga Puan Azizah ( Adinda Y.Bhg. Datin Hajah Aminah ) dan suami, Cikgu Halim bersama ibu sambil menikmati makan malam dan bertaaruf antara satu sama lain. Rombongan turut berkunjung ke kediaman keluarga Puan Azizah Abd Rahim dan Cikgu Halim.

12

|

Pada keesokan paginya, 12 September 2014, Encik Mohd Shukri dan Encik Zulkefli sempat menghadiri Forum Merealisasikan Besut Bumi Ulul Albab di mana panelnya terdiri daripada Prof. Madya Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd (Pensyarah Universiti Malaysia Pahang), Ustaz Hj. Wan Ahmad Zakry Wan Qamaruddin ( Pengetua Pertama IMTIAZ Besut ) dan Tuan Hj. Yusoff Kassim (Aktivis Masyarakat). Banyak pengalaman IMTIAZ dan perkongsian ilmu diperolehi sepanjang sesi forum yang dirasmikan oleh Y.Bhg. To’ Puan Seri Hajah Che Kamariah bt Zakaria, isteri kepada YB Dato’ Seri Idris Jusoh.

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


YAYASAN SEDHAR

Besut TERENGGANU

▲ YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman dan rombongan bersama Tuan Syed Sheh Syed Hussin

▲ YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman dan rombongan bersama Tuan Hj. Jaafar sekeluarga

▲ Jemputan yang hadir pada Forum Merealisasikan Besut Bumi Ulul Albab

▲ YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Dr. Hj. Zulkifly bin Muda (3 dari kiri) ditemani para jemaah

Di sebelah malamnya bermulalah atucara kemuncak dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah yang dihadiri ribuan anak tempatan dan jemputan luar di perkarangan Kompleks Sekolah Menengah IMTIAZ Besut yang dipimpin oleh Sahibul Samahah Mufti Terengganu, Dr. Hj. Zulkifly bin Muda. Turut hadir tetamu kehormat YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II dan Y.A.Bhg. Tan Sri Yusof Nor serta barisan EXCO dan wakil rakyat Terengganu. Jemaah sempat membaca Yasin dan tahlil serta menunaikan Solat Hajat. Selesai menunaikan solat Isya’ berjemaah, majlis aturcara pentas dimulakan dengan ucapan daripada tetamu Kehormat. Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj. Ibrahim berkesempatan beramah mesra dan berbual dengan YB Dato’ Seri Idris Jusoh dan Y.A.Bhg. Tan Sri Yusof Nor. Insya Allah pihak Yayasan Sedhar dan Sri Al Imtar akan membuat kunjungan dan lawatan rasmi ke IMTIAZ Besut untuk menimba pengalaman dalam mengurus dan melaksanakan Modul Sekolah dan Pendidikan Ulul Albab yang dipelopori oleh IMTIAZ hasil cetusan idea dan sokongan YB Dato’ Seri Idris Jusoh. Sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur, rombongan sempat bertemu dan beramah mesra dengan sahabat dan kenalan Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman antaranya Mantan ADUN Batu Rakit, Exco Agama Terengganu, Tuan Khazan Che Mat dan Tuan Hj. Sulaiman. Destinasi terakhir dalam perjalanan balik ke KL, rombongan diwakili Encik Mohd. Shukri dan Ustaz Hj. Khairul Anuar sekali lagi singgah di kediaman Pak Tuan Syed Sheh Syed Husin bagi menyampaikan hasrat dan penghargaan Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman. Pihak Pengurusan Yayasan Sedhar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman yang sudi memberi peluang kepada barisan Pengurusan Yayasan SEDHAR bersama dalam rombongan ini dan perkongsian pengalaman yang amat berharga. Terengganu… IMTIAZ… tunggu kami akan datang lagi. Insya Allah.

▲ YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama YB Dato’ Seri Idris Jusoh (2 dari kiri)

▲ YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Tuan Khazan Che Mat dan Tuan Hj. Sulaiman (3 dari kiri)

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

13


Tapak Pameran Rahman Brothers Motor KELANA JAYA

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Rahman Brothers 2014

Oleh : Zamri Dato’ Basri

Buah Pauh Di Tengah Bendang

Jadi Dagangan Di Tengah Hutan

Saudara-Saudari Jauh Datang Bertandang

Kami Di Rahman Brothers Alu-Alukan

B

egitulah bunyinya pantun daripada Yang Berbahagia, Dato’ Haji Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers semasa memberikan ucapan alu-aluan beliau kepada para tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Rahman Brothers ini. Seawal jam 11.30 pagi lagi majlis ini telah mula dikunjungi oleh para tetamu jemputan. Cuaca yang cerah pada hari Ahad, 24 Ogos 2014 bagaikan merestui majlis silaturrahim yang gilang gemilang ini. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Khairul Anuar bin Hj. Khairuddin. Tapak Pameran Rahman Brothers Motor di Kelana Jaya telah dihias indah bagi meraikan para tetamu yang dianggarkan berjumlah 2000 orang ini. Koleksi lagu- lagu Hari Raya yang dikumandangkan juga telah menghidupkan lagi suasana ceria majlis ini dan diselang- seli dengan persembahan Qasidah, Ghazal dan Gambus serta celoteh pengacara majlis iaitu Puan Nirmalis dan Encik Razali @ Boy. Gerai-gerai makanan yang menyediakan pelbagai jenis juadah membuatkan para tetamu begitu teruja untuk menikmatinya. Kambing Panggang, Ayam Golek, Satay, Laksa Johor, Kuew Teow Goreng, Lemang, Nasi Himpit, Karipap, Cendol adalah di antara beraneka juadah yang disediakan. Begitu juga dengan berbagai jenis kuih-muih serta minuman panas dan sejuk. Liputan dan rakaman daripada stesyen televisyen AlHijrah dan beberapa akhbar utama tempatan juga telah memberikan impak yang positif terutamanya kepada produk perniagaan yang baru diterokai oleh Kumpulan Rahman Brothers iaitu penjualan motorsikal berkuasa tinggi terpakai yang diimpot daripada luar negara. Duta dari negara Palestine iaitu Dr. Anwar H. Al Agha adalah di antara tetamu VVIP yang hadir. Beliau turut diiringi oleh delegasi daripada kedutaannya. Dato’ Hj. Abd. Rahman juga telah sudi menyampaikan sumbangan kewangan sebagai bantuan kepada rakyat Palestine pada majlis ini dan Dr. Anwar begitu terharu dan berterima kasih kepada Kumpulan Rahman Brothers dan negara Malaysia keseluruhannya yang terus komited di dalam membantu untuk meringankan segala penderitaan yang dialami oleh mereka selama ini. Saudara-mara Dato’ Hj. Abd. Rahman dan warga kerja Kumpulan Rahman Brothers yang dilahirkan di dalam bulan Ogos juga turut diraikan pada majlis ini dan mereka telah diberikan hadiah harijadi yang sungguh istimewa daripada Dato’ Hj. Abd. Rahman. Sungguh bertuah bagi semua penerima hadiah harijadi di majlis ini kerana Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah sudi membacakan doa selamat kepada mereka semua. Majlis yang telah berlangsung dengan jayanya ini juga diharapkan akan membawa Kumpulan Rahman Brothers melangkah lebih maju di masa-masa hadapan dan hujan renyai yang turun di penghujung majlis ini membawa seribu rahmat kepada kita semua. Amin.

14

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


UMUM

Tapak Pameran Rahman Brothers Motor KELANA JAYA

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

15


16

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

17


18

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

19


20

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

21


WARGA KERJA

Taman Shamelin CHERAS

POTLUCK RAYA

Oleh : Zamri Dato’ Basri

M

ajlis yang telah diadakan pada hari Isnin, 11 Ogos 2014 di ibu pejabat KRB ini telah berlangsung di dalam suasana yang sungguh harmoni dan penuh dengan keceriaan bagaikan sebuah keluarga bahagia. Berbagai juadah telah disediakan oleh warga kerja untuk jamuan makan tengahari ini. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan hari ulangtahun kelahiran bagi warga kerja ibu pejabat KRB yang dilahirkan pada bulan Mei, Jun dan bulan Julai. Dua buah kek harijadi yang ditempah khas telah menjadi penyeri majlis. Puan Erni Erdawaty telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah untuk warga kerja yang berpakaian paling menarik di majlis ini. Puan Aisharuby telah memenanginya untuk kategori wanita sementara bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh Encik Badlishah.

RB AUTOMOTIVE

Seksyen 22 SHAH ALAM

RAHMAN BROTHERS AUTOMOTIVE SDN. BHD.

Oleh : Zamri Dato’ Basri

▲ Kakitangan Rahman Brothers Automotive

22

|

D

ahulunya dikenali dengan nama Sitrawani Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah wakil pengedar bagi kereta-kereta keluaran Suzuki. Bilik pameran yang baharu dijangka dapat disiapkan di sekitar penghujung tahun ini dan Rahman Brothers Automotive (RBA) akan turut berpindah ke lokasi ini yang terletak di seksyen 22, Shah Alam. Bangunan baharu yang serba canggih ini akan dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pengerusi Eksekutif KRB, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim begitu prihatin tentang perkembangan terkini RBA dan sering melakukan lawatan ke pusat servisnya dan juga ke bilik pameran yang sedia ada untuk memastikan operasinya berjalan lancar seperti biasa. Dibarisi oleh warga kerja yang terlatih dan berdedikasi tinggi, adalah menjadi harapan pihak pengurusan KRB agar Rahman Brothers Automotive akan terus berkembang maju dan menjadi salah satu wakil pengedar kereta-kereta Suzuki yang berjaya. Insya Allah.

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


WARGA KERJA

Kuala Lumpur Golf & Country Club BUKIT KIARA

Majlis Berbuka Puasa KRB 2014

Oleh : Zamri Dato’ Basri

A

hlan Wa Sahlan Ya Ramadan... Majlis ini telah diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara pada hari Jumaat, 04 Julai 2014 bersamaan dengan 06 Ramadan 1435 Hijrah. Jamuan Buffet Ramadan untuk warga kerja di ibu pejabat KRB pada kali ini berubah lokasi untuk menikmati suasana yang berbeza iaitu di sebuah kelab golf yang begitu eksklusif. Setelah selesai bersolat Asar di surau yang disediakan, persekitaran kolam renang menjadi tumpuan warga kerja untuk mengambil tempat masing-masing bagi menunggu waktu untuk berbuka puasa. Kesudian Datin Hajah Aminah sekeluarga untuk berbuka puasa bersama-sama dengan warga kerja juga telah menyerikan lagi majlis ini. Makanan dan kuih-muih yang disediakan sungguh sedap, menyelerakan serta berbagai pilihan. Pada kesempatan ini juga telah diadakan majlis harijadi untuk Puan Aisharuby dan juga anak kedua Puan Erni Erdawaty iaitu Chinta Alessandra Yaz setelah selesai semua warga kerja berbuka puasa dan bersolat Maghrib. Ucapan terima kasih daripada semua warga kerja di ibu pejabat kepada pihak pengurusan KRB yang telah bermurah hati memberikan peluang untuk berbuka puasa di dalam suasana dan persekitaran yang sungguh istimewa.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

23


24

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


WARGA KERJA

Buletin RAHMAN BROTHERS

Personaliti Pilihan

Oleh : Zamri Dato’ Basri

Rabiatul Adawiyah bt. Dato’ Hj. Abd. Rahman

Mazzita bt. Hj. Mohamed Azura bt. Ahamad Puan Mazzita pula banyak memberikan nasihat dan panduan di bidang kewangan memandangkan beliau mempunyai pengetahuan yang luas di bidang tersebut. Ibu kepada tiga orang cahayamata ini begitu tertarik dengan warna biru.

Puan Azura pada lazimnya adalah individu yang akan memberikan idea dan konsep yang sesuai bagi setiap majlis. Ini termasuklah dari segi pemilihan warna, rekabentuk dan bahan yang akan digunakan. Ibu kepada tiga orang cahayamata ini memilih warna pink sebagai warna kegemarannya. Trio ini juga amat meminati bidang fesyen.

Abd. Hamid b. Saad

Razali b. Abd. Razak

Encik Abd. Hamid adalah salah seorang pengurus yang berkhidmat di RBM Kelana Jaya. Beliau telah lama menyumbang bakti melebihi sebelas tahun bersama RBM semenjak tahun 2003. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas di bidang jualbeli kenderaan. Seorang yang tegas dan agak pendiam, ayah kepada empat orang anak ini gemar membaca buku-buku ilmiah bagi mengisi masa lapang dan memilih warna putih sebagai warna kegemarannya.

Encik Razali @ Boy pula adalah seorang eksekutif jualan yang memiliki keupayaan yang pelbagai dan personaliti ini adalah seorang yang periang. Mula berkhidmat semenjak tahun 2009. Beliau mampu menjadi pengacara majlis ataupun ‘Master Of Ceremony’ yang serba lengkap di mana beliau berkebolehan menyanyi, berlawak dan kadangkadang juga membuat aksi silapmata. Ayah kepada lima orang cahayamata ini mempunyai hobi yang agak menarik iaitu menunggang motorsikal berkuasa tinggi dan warna putih menjadi keutamaannya.

Mohd. Khairi b. Hj. Mohamed

Puan Rabiatul Adawiyah @ Aisharuby, Puan Mazzita dan Puan Azura ada trio yang selalu bergabung tenaga dan idea bagi menjayakan sesuatu majlis anjuran ibupejabat KRB. Pasukan ‘People Behind The Scene’ ini diketuai oleh Puan Aisharuby, ibu kepada empat orang cahayamata yang begitu teruja dengan warna pink yang terang. Beliau adalah individu penting yang akan bertanggungjawab secara keseluruhan bagi setiap majlis.

Encik Mohd. Khairi atau lebih mesra dipanggil ‘Ayie’ adalah seorang yang peramah. Beliau mula berkhidmat semenjak tahun 2005. Mahir di dalam selok-belok pendaftaran kenderaan dan insuran. Minat bersukan terutamanya bolasepak dan ayah kepada tiga orang cahayamata ini menjadikan warna merah sebagai warna kegemarannya.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

25


YBHG. DATO’ HJ ABD RAHMAN HJ IBRAHIM

26

Sumber : Rakaman Persendirian Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim

Gambar-Gambar Kenangan

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Y.Bhg Dato’ Seri Ayub bin Yaakob sempena lawatan beliau ke Rahman Brothers Automotive, Shah Alam.

Dari kiri : En. Munauwir Hj. Mohd. Khir, Tuan Hj. Abdul Talib bin Hj. Yaacob (Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Naim, Kuala Ketil), Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj Ibrahim dan Ustaz Dr. Roslan Mohamed.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman bergambar bersama-sama tetamu kehormat yang menghadiri Jamuan Amal Dewan Centennial KSAH-SAHOCA 2014 di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman berbual santai dengan Tan Sri Muhammad Bin Mohd. Taib, Mantan Menteri Besar Selangor di satu majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman bersama Datin Norzila bergambar kenangan bersama rombongan kerja di Hangzhou International Airport semasa lawatan ke China baru-baru ini.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman menyerahkan cek kepada Ustaz Farid Hussien untuk projek Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman di Kemboja

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman sedang ditemu bual oleh rombongan daripada Aftaas berkenaan MITI.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman bergambar kenangan bersama warga kerja RBTT dan bakal wakil RBTT di negeri Melaka, Tuan Hj. Bahktiar Affandi.

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

27


RAHMAN BROTHERS MOTOR SDN BHD

No. 1, Plot B, Jalan SS6/3A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, SELANGOR DARUL EHSAN. Kelana Jaya : +603 7451 6069 Kuala Lumpur : +603 9281 6244 / 1076 | Fax : +603 9287 2650 Website : www.rahmanbrothers.com.my | Email : bikes@rahmanbrothers.com.my

RAHMAN BROTHERS BIKES ERA PERNIAGAAN MOTORSIKAL MELETUS

Dengan berkembangnya pasaran motosikal berkuasa tinggi di samping polisi kerajaan membuka laluan AP pengimportan kepada pengusaha yang layak, motosikal-motosikal berkuasa tinggi pelbagai jenis dan jenama dapat dimiliki oleh pengemar motosikal. Bank-bank seperti Ar-Rajhi, RHB, CIMB, MBSB, BSNC dan lain-lain telah membantu perkembangan pesat industri motosikal tersebut sehingga mampu menawarkan 90% margin pembiayaan untuk pelanggan yang layak. Motosikal yang kami tawarkan adalah berkualiti tinggi dan telah menjalani 2 proses PDI (Pre Delivery Inspection) iaitu semasa di Amerika Syarikat dan setelah sampai di tanah air kita. Ianya diimport dari Selatan Amerika Syarikat yang keadaan persekitaran dan cuaca yang hampir sama dengan negara kita. Oleh itu, jaminan kami motosikal yang dibawa masuk dalam keadaan terbaik dan jumlah batuan yang rendah “See to believe”. Di samping itu, semua motosikal ini adalah diberi jaminan selama 1 tahun (tertakluk pada syarat-syarat). Kami akan beroperasi sepenuhnya di Bilik Pameran Baru di Seksyen 22, Shah alam di penghujung tahun 2014. * Aksesori sebenar mungkin berbeza daripada gambar. Sila merujuk kepada penasihat jualan anda. * Spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

28

|

Ducati Streetfighter 2011

Suzuki GSX1300R Hayabusa 2012

Suzuki GSXR750 2012

Harley Davidson XL883N Iron Sportster 2011

Ducati 848 Evo 2011

Ducati 848 Evo Corse 2012

Honda VT1300CX Fury 2010

Yamaha R1 2013

Kawasaki ZG1400A ABS Concours KTRC 2010

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.