BULETIN RAHMAN BROTHERS APR-MAY-JUN 2014

Page 1

APRIL

MEI JUN

BIL : 41 SUKU KEDUA 2014

PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2013 (033137)

Majlis Sumbangan & Pemberian Zakat Sempena Sambutan Ramadan Al Mubarak 1435 Hijrah / 2014 Amalan-Amalan Yang Tidak Produktif Dalam Pengurusan Organisasi Sambutan Majlis Hari Guru SRI Al Imtar “Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi� Majlis Kesyukuran Dan Perasmian Projek Tanaman Kelapa Sawit Di Tanah Temiang, Negeri Sembilan Program Ramah Mesra & Suai Kenal Yayasan SEDHAR di Utara

NASKAH Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga mengetahui pelbagai Menawarkan pelbagai pakej menarik untukrbtt.rahmanbrother.com.my Umrah dan juga pelancongan dalambagi dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

1

PERCUMA |


Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga rbtt.rahmanbrother.com.my bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

KANDUNGAN

2014

Majlis Sumbangan & Pemberian Zakat Sempena Sambutan Ramadan Al Mubarak 1435 Hijrah / 2014

Sambutan Majlis Hari Guru SRI Al Imtar “Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”

Langkawi Sekali Nak Lagi...

Kompilasi Gambar Langkawi Sekali Nak Lagi...

Kompilasi Gambar Sambutan Majlis Hari Guru SRI Al Imtar

Lawatan 4 Hari 3 Malam Ke Ho Chi Minh

Majlis Kesyukuran Dan Perasmian Projek Tanaman Kelapa Sawit Di Tanah Temiang, Negeri Sembilan

RBTT Bersama Yayasan Selangor Lawatan Pelajar Cemerlang ke Langkawi

4 Hari 3 Malam Percutian Ke Bandung Pada 15-18 Mei 2014

Amalan-Amalan Yang Tidak Produktif Dalam Pengurusan Organisasi

Kompilasi Gambar Majlis Kesyukuran Dan Perasmian Projek Tanaman Kelapa Sawit Di Tanah Temiang, Negeri Sembilan

Rahman Brothers Di TV Al Hijrah

Mesyuarat Generasi Kedua & ketiga Rahman Brothers

SPI SEDHAR Menjadi Tuan Rumah Ihtifal Peringkat Daerah Bukit Mertajam

Program Ramah Mesra & Suai Kenal Yayasan SEDHAR di Utara

Kompilasi Gambar Program Ramah Mesra & Suai Kenal Yayasan SEDHAR di Utara

Hari Lahir Bulan April, Mei, Jun

Khutbah Rasulullah SAW Ketika Menyambut Bulan Ramadan

Gambar-Gambar Kenangan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim

Personaliti Pilihan

Jamuan Harijadi

APRIL • MEI • JUN

Dari meja EDITOR....................

muka hadapan buletin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kehidupan kita saban hari mencari kesenangan dan kesejahteraan. Dengan ilmu pengetahuan kita berusaha mengejar segala impian di dunia ini dan dengan ilmu pengetahuan jugalah kita mencari kejayaan di akhirat. Segalanya biarlah seimbang. Bulan Ramadan yang bakal tiba nanti adalah merupakan bulan ibadah yang juga akan membawa kejayaan kita di dunia dan akhirat. Bersama-samalah kita mempersiapkan diri dengan penuh keimanan dan ketaqwaan bagi menyambutnya. Seluruh krew Buletin Rahman Brothers mengucapkan ‘Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak’ kepada anda sekelian. Semoga kita semua beroleh keberkatannya. Insya Allah. Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman b. Hj. Ibrahim terkenal dengan perwatakannya yang mesra dan ramah tidak kira di kalangan warga kerja Kumpulan Rahman Brothers mahupun rakan dan juga sesiapa sahaja yang disapanya. Beliau juga gemar bergambar dan ianya merupakan hobi yang paling beliau gemari. Berlatar belakangkan pejabat beliau di Ibu pejabat Kumpulan Rahman Brothers; kali ini akan menghiasi muka hadapan Buletin bagi rangkuman aktiviti Kumpulan Rahman Brothers sepanjang bulan April, Mei dan Jun.

KREW

BULETIN

Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri bin Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • penulis Ahmad Zamri bin Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri, Rosita Guob, Norhabibah Abd Rahim, Dato’ Hj. Ikram Jamaluddin, Nurazima Azira Abdul Aziz, Mohd. Shukri Md. Yatim • Urusetia Muhammad Hazli Manaf, Mazzita Mohamed, Zulkefli Mohd Korib, Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Intan Dianna Sazali • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • EDARAN Luqman Kamarul Bahrin (ext. 216) • Pencetak Palm Print Corporation Sdn. Bhd. 23, Jalan Lengkongan Brunei, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No.8 Jalan 4/91A, Tmn Shamelin Perkasa, Batu 3½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. • Tel +603 9281 6244 • Faks +603 9281 6276 • | rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. 2 Web Laman www.rahmanbrothers.com.my • E-mail buletin@rahmanbrothers.com.my •


BULETIN RAHMAN BROTHERS

SUKU KEdua EDISI

KE-41

Bulan April, Mei, Jun

Dari meja

PENGERUSI EKSEKUTIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan izin Allah SWT, dapatlah saya memberikan sepatah dua kata untuk Buletin Rahman Brothers pada edisi kali ini. Kepada semua warga kerja KRB dan juga ahli-ahli Generasi Kedua sekelian, masa bergerak pantas meninggalkan kita. Nama KRB yang didaftarkan pada 13 April 1994 kini sudah pun berusia 20 tahun. Bermula dengan pendaftaran Syarikat Rahman Brothers Motor Sdn. Bhd. pada tahun 1980, 34 tahun telah pun berlalu. Suatu masa nanti kesinambungan syarikat kita ini akan diwarisi oleh golongan pelapis yang bakal mencorakkan masa hadapan KRB, Insya Allah. Saya ingin mengingatkan bahawa tidak ada jalan pintas untuk kita mencapai kejayaan. Daripada pengalaman saya bertahun-tahun membina empayar perniagaan sepertimana yang ujud di masa ini, kita mestilah kuat berusaha dan sentiasa fokus kepada bidang yang diceburi. Sama-samalah kita mendoakan agar KRB terus berjaya dan menjadi satu asas yang bernilai untuk kita bernaung. Sempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, bersedialah kita untuk meningkatkan amal ibadah bagi merebut ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

3


YAYASAN SEDHAR

Taman Maluri CHERAS

MAJLIS SUMBANGAN & PEMBERIAN ZAKAT SEMPENA SAMBUTAN RAMADAN AL MUBARAK 1435 HIJRAH / 2014

◄ Al Fadhil Ustaz Haslin Baharim menyampaikan ceramah berkenaan Ramadhan dengan gayanya yang tersendiri

R

Oleh : Zamri Dato’ Basri

amadan tiba lagi. Sepertimana lazimnya, Yayasan SEDHAR pada tahun ini meneruskan usaha untuk memberikan sumbangan dan zakat sempena sambutan Ramadan Al Mubarak kepada pihakpihak yang terpilih. Maka pada hari Selasa, 17 Jun 2014 bersamaan 19 Syaaban 1435 Hijrah, berlangsunglah majlis ini di Dewan Seri Perkasa, Masjid Al-Imam Ash-Shafie di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus sempat bergambar bersama kakitangan Kumpulan Rahman Brothers

Pengacara Majlis, Ustaz Mohd. Shukri memulakan majlis pada jam 10.15 pagi setelah dewan mula penuh dengan lebih 150 tetamu undangan. Doa pembuka majlis telah disampaikan oleh Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus yang juga menjadi tetamu istimewa di majlis ini. Bacaan ayat-ayat suci Al Quran surah Ar Rahman daripada ayat 1 sehingga ayat 20 telah diperdengarkan oleh adik Izzat Hakimi Mat Taha daripada Tahfiz Sri Al Imtar sebaik sahaja selesai doa pembuka majlis disampaikan. Tazkirah untuk majlis ini telah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharim diikuti dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim selaku Pengerusi Yayasan SEDHAR yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers. Pelajar-pelajar Tahfiz Sri Al Imtar seramai 12 orang juga tidak ketinggalan menyampaikan persembahan Nasyid bagi menyerikan lagi majlis ini. Acara kemuncak iaitu penyampaian Sumbangan dan Zakat kepada masjid-masjid dan surau-surau yang terpilih telah diadakan sebaik sahaja selesai persembahan Nasyid. Sebanyak 12 buah masjid, 18 buah surau, 6 buah Madrasah Tahfiz telah terpilih untuk menerima sumbangan pada kali ini. Golongan miskin dan fisabilillah juga telah menerima zakat. Jamuan makan tengahari telah menjadi acara penutup bagi majlis ini. Semoga majlis seperti ini akan membawa barakah dan berterusan pada tahun-tahun yang mendatang. Insya Allah.

4

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

Adik Izzat Hakimi Mat Taha kusyuk mengalunkan bacaan Al Quran pada majlis tersebut


YAYASAN SEDHAR

Taman Maluri CHERAS

▲ Dari kiri : En Mohd Hair Hamzah, En Zulkefli Mohd Korib, YBhg. Dato’ Hj Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, YBhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim dan Tuan Hj. Kamly dalam upacara menyerahan sumbangan Ramadhan.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

5


Pulau Langkawi KEDAH

Langkawi sekali nak lagi...

S

Oleh : Rosita Guob

eringkali Sang pujangga menggambarkan ‘Langkawi bukan untuk dikunjungi sekali tetapi berkali-kali’. RBTT berbesar hati mengelola rombongan bertarikh 06 - 09 Jun 2014, kali ini disertai oleh seramai 130 orang warga kerja Rahman Brothers Motor, Kelana Jaya dan keluarga. Penulisan dalam ruangan kali ini memperihalkan plot sebuah percutian keluarga dalam koloni. Ternyata pilihan menaiki keretapi dari KL Sentral ke Arau memberikan pengalaman baru kepada kebanyakkan peserta. Perjalanan mengambil masa 12 jam dalam gerabak berkatil memberikan ruang untuk peserta mendapat rehat yang cukup sebelum tiba di destinasi. Walaupun segelintir peserta tidak mendapat tempat tidur kerana gerabak yang terhad, tempat duduk sahaja masih selesa untuk merehatkan badan. Bertolak pukul 9.30 malam dan tiba di stesen Arau lebih kurang 08.30 pagi pada hari seterusnya, kami menaiki bas ke jeti Kuala Perlis. Peserta sempat berhenti bersarapan di Masjid Al Hussain dan tepat 10.45 pagi semua sudah berada atas feri yang secara rasminya menjadi pengangkutan ketiga dalam rombongan ini. 1 jam 15 minit masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Langkawi dan keseronokkan semakin bertambah bila menjejak kaki di pelantar Jeti Kuah. Berbanding dengan rombongan sebelumnya, keadaan cuaca sangat cerah dan rasminya kami tiba dalam pukul 12.00 tengahari. Cuti sekolah membuatkan Langkawi menjadi sebuah pulau yang teramat sesak tetapi kami masih sempat meredah terik mentari mengambil kesempatan untuk merakam gambar di Dataran Lang iaitu tempat wajib untuk sesi fotografi. Kami menjamu selera tengahari di Restoran Wan Thai dengan menu hidang, yang senang, santai dan yang penting sedap. Sambil-sambil itu mendengar juga taklimat dari ketua penganjur program. Mendengar taklimat sudah, makan pun sudah, tepat seperti di dalam aturcara perjalanan, kami pun bergerak ke lokasi lawatan yang pertama iaitu Underwater World. Ianya tempat lawatan wajib yang mana tiketnya juga berfungsi sebagai kod diskaun jikalau membeli-belah di kedai bebas cukainya (mungkin ramai yang tidak tahu). Di dalam akuarium yang besar itu, kami boleh melihat spesis penguin Afrika, penguin Rockhopper berkening panjang warna kuning serta Marmoset iaitu antara spesis monyet paling kecil di dunia. Pelbagai jenis spesis air yang luar biasa juga boleh dilihat. Pukul 4.00 petang semua bergerak untuk mendaftar masuk ke hotel Meritus Pelangi Resort & Spa. Dapatlah kami merehatkan diri sementara menantikan aktiviti yang seterusnya. Petang itu semua bergembira di tepi pantai bermain tarik tali dan mandi-manda air laut. Keindahan di Pantai Chenang menyerlah cerah tidak digugat langsung oleh litupan sang awan. Makan malam diadakan di Restoran Chu Chu Bamboo ditemani kelembutan angin laut sepoi-sepoi bahasa. Sesudah makan malam, tenaga sudah terjana semula, semua berkumpul

6

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

RBM


RBM di ‘leisure center’ pusat riadah dalam hotel untuk menyaksikan perlawanan peringkat akhir ping pong anjuran pihak rombongan sendiri. Selain bertindak sebagai penyokong, tidak kurang juga yang bermain permainan lain seperti dart, scrable, dam, chess, carrom dan congkak yang sudah ada tersedia. Seawal pukul 8.30 pagi semua berkumpul untuk aktiviti hari ketiga iaitu lawatan penuh keliling pulau. Kami bermula dengan aktiviti Mangrove Tour sebagai aktiviti yang pertama. Menaiki Bot menyusuri Kilim Geoforest, kami disegarkan dengan pemandangan hijau hutan paya bakau dan bukit-bukit batu kapur yang megah memisahkan kawasan Kilim daripada kawasan laut lepas. Dalam pakej selama 2 jam ini, menariknya peserta boleh menyaksikan ikan sumpit di ladang ternakan ikan, menaiki bot di dalam gua buaya, menyaksikan formasi pulau-pulau yang menyerupai kasut, hidung Red Indian, Baby face, perempuan mengandung, penyu dan lain-lain. Memerhati helang menyambar makanan di atas air menjadi pengisian yang bermakna dalam diri setiap peserta. Seterusnya perjalanan menghala ke Gua Kelawar, sinonim dengan namanya, bumbung gua ini dipenuhi dengan kelawar yang bergayutan. Di penghujung gua peserta dapat menyaksikan kewujudan ceracak batu stalagtite dan stalagmite. Rombongan kemudian diteruskan ke Galeria Perdana yang menjadi tempat penyimpanan lebih 9,000 hadiah dan cenderamata yang diterima oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan isterinya Tun Siti Hasmah Binti Mohd Ali. Menurut catatan, hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpinpemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri adalah milik bersama dan perlu dikongsi bersama rakyat. Walau bagaimanapun hanya 2,000 hadiah boleh dipamerkan dalam satu-satu masa. Jadi pihak galeri akan menukargantikan koleksi hadiah tersebut dari masa ke semasa. Bufet makan tengahari di Restorant Siti Fatimah menyajikan pelbagai masakan asli masyarakat utara Malaysia. Menu yang paling mengujakan ramai peserta ialah Kerabu Bronok ‘eksotik sampai menjilat jari’. Selesai menjamu selera, 1 daripada 3 buah bas rombongan telah berpatah balik ke Hotel. Seloroh kami segelintir peserta sudah tidak sabar hendak mandi laut. Maklumlah pantai Chenang seperti melambai-lambai di mata. Kebanyakan yang meneruskan perjalanan memendam di hati tidak mahu pulang selagi belum mendapat barang-barang yang dihajati pada aktiviti yang seterusnya iaitu membeli- belah. Mula-mula pemandu pelancong membawa untuk singgah di Pasaraya Billion untuk membeli coklat. Siap dengan pelekat diskaun khas, ruangan menjual coklat pelbagai jenama itu penuh diasak oleh peserta rombongan. Setelah itu kami beransur pula ke Kompleks Haji Ismail Group (HIG). Selain pinggan mangkuk, peralatan dapur, barang yang paling banyak diborong dari kompleks ini ialah bagasi istimewa beroda 360 darjah dengan harga bawah RM 100.00 sehinggakan penuh ruangan letak barang bas. Dalam perjalanan balik, kami sempat lagi singgah di kedai gamat untuk menyaksikan cara pembuatannya dan membeli sedikit produk-produk gamat buat ingatan khas dari Langkawi. Akhirnya kami tiba di hotel lebih kurang jam 4.30 petang. Segala keletihan hilang apabila melihat kolam renang dan air laut seolah menyeru kami untuk bermandi-manda. Petangnya kami mandi laut dan bermain ombak, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk bermain sukan air banana boat. Setelah penat bermain di pantai, kami beralih pula ke kawasan kolam mandi resort dan bersuka ria sehingga bos memanggil balik bersiap untuk majlis kemuncak iaitu majlis makan malam BBQ di Restoran C-BA. Kami merasa teruja dengan susun atur ekslusif makan malam di kawasan terbuka pantai Chenang beserta menu yang mengiurkan semua yang sedang lapar setelah penat bermain air di sebelah siangnya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Anuar. Sambil menjamu selera, pengerusi majlis membuat pengisian dengan ucapan dan aktiviti cabutan bertuah. Juara-juara pertandingan ping pong juga dinobatkan dalam majlis ini. Uniknya pada malam tersebut, pertandingan ‘Queen of the night’ telah dianjurkan di luar pengetahuan peserta. Jurugambar jemputan tidak kurang bertuahnya malam itu kerana mendapat hadiah utama sesuai dengan kerjayanya sebuah kamera Canon 1100D. Masing-masing gembira mendapat hadiah. Keesokkan harinya setelah siap bersarapan, segelintir peserta sempat bermain bola tampar di pantai sebelum meninggalkan seribu kenangan manis di Langkawi untuk pulang mengikut jadual penerbangan masing-masing. Dengan itu lengkaplah empat hari perjalanan kami menggunakan empat jenis pengangkutan (Keretapi, bas, feri dan kapal terbang) di Langkawi kendatipun belum ada noktahnya keinginan untuk menjelajahi lagi tarikan pulau lagenda ini. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

7


8

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

9


RBTT

Ho Chi Minh VIETNAM, Langkawi KEDAH.

LAWATAN 4 HARI 3 MALAM KE HO CHI MINH

Oleh : Nurazima Azira binti Abdul Aziz

A

lhamdulillah, pada 14 jun 2014 pihak Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd (RBTT) telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan satu lawatan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 4 Hari 3 Malam dengan seramai 18 orang peserta. Lawatan ini disertai oleh pelbagai latar belakang peserta seperti ahli perniagaan, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan suri rumah. Lawatan ini telah diwakilkan oleh Cik Nurazima Azira Binti Abdul Aziz selaku ketua rombongan. Lawatan ini bermula pada 14 jun 2014 sehingga 17 jun 2014. Para peserta telah berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11 pagi untuk mendaftar masuk. Setelah selesai urusan di kaunter, para peserta dibenarkan untuk bersarapan dan melakukan aktiviti bebas sementara menunggu masa untuk berlepas. Pada pukul 1 petang, para peserta berkumpul semula untuk bersama-sama masuk ke dalam Balai Berlepas. Setelah selesai urusan di Balai Berlepas, para peserta mengambil masa untuk solat dan berkumpul semula sehingga tiba masa untuk berlepas. Pada pukul 2.45 petang kami berlepas. Kami selamat tiba di Bandaraya Ho Chi Minh pada pukul 3.40 pada waktu tempatan di sana. Ketibaan kami disambut mesra oleh wakil kami di Ho Chi Minh iaitu En Jason Kan yang juga pemandu pelancong kami di sepanjang lawatan kami di sana. Kami dibawa ke hotel untuk berehat dan solat. Hotel kami adalah Lan Lan Hotel 2 yang merupakan hotel bertaraf 3 bintang dan terletak berhampiran dengan pusat membelibelah. Pada pukul 7.30 malam, kami berkumpul di lobi hotel untuk bertolak ke Restoran Kampung Pandan untuk menikmati makan malam. Setelah selesai makan malam, para peserta dibawa ke pasar malam Benh Tanh untuk membeli-belah dan aktiviti bebas sehingga malam. Setelah bersarapan pagi, para peserta berkumpul di lobi hotel untuk meneruskan perjalanan dan aktiviti. Pada hari kedua ini, para peserta dibawa ke Kampung Cu Chi bagi menyaksikan sendiri kawasan terowong Cu Chi yang merupakan kawasan peperangan tentera Mekong Vietnam bagi mempertahankan negaranya dari jajahan pihak luar. Di sini para peserta diberi penerangan yang lengkap berkenaan kawasan dan sejarah pembinaan terowong ini. Para peserta juga diberi kesempatan untuk mencuba melakukan tembakan dengan menggunakan sejata api M16 berpeluru hidup. Setelah itu, para peserta di bawa untuk menikmati makan tengahari dan singgah di masjid bagi menunaikan solat. Setelah selesai, lawatan diteruskan lagi ke Pejabat Pos Lama dan Muzium Perang. Lawatan diteruskan lagi ke Pasar Borong Binh Tay (China Town) untuk membeli-belah. Di Pasar Borong Binh Tay, para peserta dapat membeli kain, beg, kopi dan banyak lagi barangan dengan harga yang murah. Setelah selesai membelibelah, para peserta dibawa ke restoran bagi menikmati makan malam dan dibenarkan melakukan aktiviti bebas selepas itu.

RBTT BERSAMA YAYASAN SELANGOR - LAWATAN PELAJAR CEMERLANG KE LANGKAWI

R

Oleh : Mohd. Shukri Md. Yatim ahman Brothers Travel & Tours diberi kepercayaan oleh Yayasan Selangor menguruskan Program Lawatan Gemilang Pelajar tajaan Yayasan Selangor ke Langkawi bertarikh pada 1-4 Jun dan 8-11 Jun 2014. Program ini melibatkan 2 kumpulan pelajar cemerlang PMR tahun 2013 (8A Ke atas), seramai 148 orang termasuk Guru Pengiring. Rombongan Yayasan Selangor diketuai oleh Encik Zaini bin Sulaiman, Pengurus Pendidikan Yayasan Selangor. Manakala pihak RBTT dikendalikan oleh Encik Nazarudin, Cik Rosita dan Cik Nurazima Azira. Pihak RBTT mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Yayasan Selangor di atas pemilihan RBTT sebagai pengendali pakej lawatan tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa pogram berjalan, harap dapat di maafkan.

Pada hari ketiga ini, para peserta dibawa melawat ke Sungai Mekong. Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa dalam 2 jam dari hotel. Ketibaan kami di Sungai Mekong disambut baik oleh pembantu bot iaitu En. Lee. Kami dibawa menaiki bot besar untuk menuju ke Pulau Unicorn. Setibanya kami di pulau tersebut, kami dibawa menikmati teh dicampur madu bagi menghilangkan dahaga dan juga menambahkan tenaga. Kami juga melawat tempat perusahaan makanan berasaskan kelapa. Setelah itu, kami dibawa menaiki sampan panjang melalui denai-denai di Sungai Mekong dan melawat dusun buah-buahan sambil menikmati buah-buahan yang merupakan hasil tanaman dari penduduk tempatan. Di samping itu, kami juga turut dipersembahkan dengan muzik tradisional Don Ca Tu Tai Nam Bo bagi memeriahkan suasana. Pada sebelah petang setelah selesai menikmati buah-buahan, kami menuju ke bot dan pulang semula ke Bandaraya Ho Chi Minh dan acara bebas sehingga makan malam. Pada hari terakhir, para peserta diberi masa untuk melakukan aktiviti bebas sehingga pukul 12 tengah hari sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Syukur kepada Allah, lawatan ini telah selesai dengan jayanya. Semua peserta memberi maklum balas yang baik dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Insya Allah, para peserta bercadang untuk melawat ke destinasi lain dengan menggunakan perkhidmatan RBTT. RBTT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para peserta kerana memberikan kepercayaan kepada RBTT mengendalikan lawatan tersebut.

10

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


RBTT

Bandung INDONESIA

4 HARI 3 MALAM PERCUTIAN KE BANDUNG PADA 15-18 Mei 2014

P

Oleh : Nurazima Azira binti Abdul Aziz

ada 15 haribulan Mei yang lalu, pihak Rahman Brothers Travel & Tours Sdn. Bhd. telah mengendalikan satu pakej percutian ke Bandung, Indonesia selama 4 hari. Lawatan ini disertai seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Kumpulan PANMART. Pada jam 4 pagi kesemua peserta telah berkumpul di KLIA 2 dan lawatan ini diiringi oleh wakil dari pihak Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd (RBTT) iaitu Cik Nurazima Azira binti Abdul Aziz. Rombongan ini menaiki penerbangan Air Asia dan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam perjalanan. Setibanya di Bandung dan selesai urusan imigresen, rombongan kami disambut oleh Pak Yanto selaku pemandu pelancong bagi rombongan ini. Lawatan diteruskan dengan melawat dan bersiar-siar sekitar Bandar Bandung. Antara lawatan dan aktiviti membeli-belah dilakukan di sepanjang lawatan ini adalah The Heritage, Cascade, Terminal Tas, The Stamps, Pasar Baru, Toko Tiga, Factory Outlet, Rumah Mode dan Cihampelas. Selain itu, lawatan ke Tangkubahan Perahu yang merupakan lawatan utama sekiranya ke Bandung. Tangkubahan Perahu ini merupakan satu lagenda dan tempat bersejarah di Bandung dan para peserta dapat menikmati pemandangan gunung berapi dan kawah-kawah gunung berapi. Di samping itu, para peserta juga dapat melawat ke kolam air panas di Sariater Hotspring, Di sepanjang perjalanan ke Sariater Hotspring, para peserta dapat melihat pemandangan yang indah seperti ladang strawberry dan

ladang teh di sepanjang jalan. Di Sariater Hotspring, suasana yang nyaman, pemandangan yang cantik dan setiap kolam air yang disediakan terjaga rapi. Di sepanjang lawatan ini juga, para peserta dapat menikmati makanan tradisional di Bandung seperti Nasi Padang, Makanan Sunda dan Makanan China Indonesia. Para peserta menginap di V Hotel. V Hotel merupakan salah satu hotel yang bertaraf 3 bintang di Bandung. Hotel ini dilengkapi pelbagai kemudahan dan para pekerjanya juga begitu ramah. Pakej yang telah disediakan oleh pihak RBTT adalah lawatan ke tempat tarikan, makan dan minum, pemandu pelancong, pengangkutan dan juga penginapan. Terima kasih kepada warga kerja Kumpulan PANMART kerana banyak memberi kerjasama dan saling memberi maklum balas di sepanjang lawatan ini.

Heritage Factory Outlet, Bandung

Terminal Tas, Bandung

Pasar Baru, Bandung

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

11


SUDUT ILMU

Buletin RAHMAN BROTHERS

AMALAN-AMALAN YANG TIDAK PRODUKTIF DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

Oleh : Dato’ Hj. Ikram bin Jamaluddin

ASPEK GAYA PENGURUSAN • Tidak menwujudkan wawasan dan objektif organisasi yang tepat dan jelas. • Objektif organisasi tidak dikemaskini selaras dengan perubahan dalam alam persekitaran. • Wawasan dan objektif organisasi tidak disebarkan dan diterangkan kepada semua kakitangan.

• Tidak berupaya berkomunikasi secara berkesan yang menyebabkan pegawai bawahan salah faham tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan atau maklumat-maklumat yang hendak disebarkan. ASPEK TENAGA MANUSIA • Sentiasa datang lewat.

• Tidak menetapkan matlamat prestasi jabatan/bahagian/unit dan individu.

• Tidak menjalankan kerja dengan baik dan sempurna pada pertama kalinya.

• Tidak mewakilkan kuasa kerana kurang kepercayaan kepada anggota organisasi.

• Menjalankan urusan peribadi semasa waktu pejabat seperti pergi ke bank, hantar anak ke sekolah, bayar bil utiliti dan sebagainya.

• Mewakilkan kuasa dan akauntabiliti. Ini bermakna pihak pengurusan mengamalkan prinsip lepas tangan.

• Tidak berada di tempat yang ditugaskan.

• Mewakilkan kuasa tetapi sering menganggu (interfere) ke atas tugas-tugas yang telah diwakilkan.

• Tidak mengemaskinikan senarai tugas.

• Mewakilkan kerja tanpa memberi kuasa yang mencukupi. • Tidak memberi arahan yang jelas.

• Berlengah-lengah di dalam menjalankan kerja. • Memerlukan maklumat terperinci sebelum membuat keputusan sehingga melambatkan proses membuat keputusan.

• Memberi arahan-arahan yang bercanggah.

• Membuat keputusan dengan maklumat yang tidak lengkap sehingga menyebabkan keputusan yang dibuat itu tidak tepat dan bijak.

• Memberi arahan yang sentiasa berubah-ubah.

• Tidak menepati temujanji yang dibuat.

• Tidak mengagihkan tugas-tugas kepada anggota organisasi dengan adil dan saksama.

• Tidak menyenaraikan kerja mengikut keutamaan.

• Memberi tugas yang sama kepada lebih daripada seorang. • Tidak memberi maklumbalas tentang prestasi kerja kepada anggota organisasi. • Terlalu terikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang. • Tidak mempunyai keutamaan tentang tugas-tugas yang hendak dijalankan. • Tidak memberi bimbingan dan nasihat apabila diperlukan (not available for advice). • Terlalu banyak perkara yang dianggap segera.

• Tidak mempunyai deskripsi tugas yang mengakibatkan kekeliruan terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. • Sering melayan pelawat yang tidak ada temujanji. • Tidak bersedia melengkapkan diri mengenai perkara yang akan dibincangkan sebelum menghadiri mesyuarat. • Bersikap negatif terhadap sebarang usaha-usaha pembaharuan dan pembaikan dan selesa dengan amalan lapuk. • Sombong dan merasa diri sendiri cukup pandai sehingga tidak mahu mendengar nasihat orang lain.

• Tidak mempunyai jadual temujanji yang kemas.

• Tidak memberi maklumat yang releven dan secukupnya kepada pegawaipegawai bawahan untuk membolehkan mereka memahami tugas-tugas yang diberikan.

• Melayan semua permintaan kerana khuatir tidak menjadi popular.

• Tidak hadir bertugas tanpa sebab-sebab yang munasabah.

• Tidak memberi perhatian terhadap keperluan latihan tenaga manusia.

• Percakapan telefon terlalu lama.

• Tidak dapat mengawal tekanan-tekanan (stress) yang mengakibatkan ketidakupayaan menjalankan tugas-tugas dengan sempurna.

• Tidak menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan pada masa yang ditetapkan.

• Mengadakan terlalu banyak mesyuarat atau perbincangan untuk membuat keputusan.

• Kurang menumpukan perhatian kepada arahan ataupun perbincangan.

• Tidak memberi pengiktirafan dan penghargaan di mana berkaitan.

• Mesyuarat-mesyuarat tidak mengikut agenda. Perbincangan perkaraperkara terkeluar daripada agenda tidak menyumbang kepada pencapaian objektif mesyuarat. • Mengakhiri mesyuarat dengan tidak ada sebarang keputusan yang konkrit. • Menjemput pegawai-pegawai lain yang tidak dapat memberi maklumat berkaitan dengan perkara-perkara perbincangan. • Menunggu ahli-ahli penting sebelum mesyuarat dimulakan. Ahli-ahli lain terpaksa menghabiskan masa untuk menunggu mesyuarat bermula.

• Tidak menjaga kesihatan diri sehingga menganggu pelaksanaan tugas dengan sempurna. • Tidak menyiapkan kerja yang diberikan. • Menjalankan tugas-tugas yang disukai walaupun tidak penting dan mustahak. • Menjalankan tugas tanpa mengetahui sama ada aktiviti-aktiviti itu menyumbang kepada pencapaian organisasi. • Menghasilkan rekacipta yang tidak praktikal.

• Memanggil mesyuarat secara tiba-tiba. Amalan ini menyebabkan ahli-ahli tidak sempat bersedia untuk bermesyuarat.

• Menyediakan laporan yang tidak digunakan atau dibaca oleh orang lain.

• Membatalkan mesyuarat pada saat-saat terakhir. Amalan ini menyebabkan sebilangan ahli-ahli membuang masa menghadiri mesyuarat yang telah dibatalkan itu oleh sebab tidak sempat diberitahu tentang pembatalan mesyuarat.

• Penggunaan terlalu banyak memo dalam urusan rasmi.

• Mesyuarat dihentikan buat sementara waktu untuk membenarkan Pengerusi mesyuarat menjalankan tugas lain. • Mengadakan mesyuarat di mana wakil-wakil jabatan tidak boleh membuat keputusan yang sewajarnya. • Sentiasa tuduh-menuduh tanpa mencari punca masalah sebenar. • Menggunakan pegawai-pegawai kanan untuk kerja-kerja rutin. • Tidak mengendahkan pandangan orang lain. • Tidak memberikan panduan yang cukup dan jelas kepada kakitangan. • Tidak tahu menggunakan secara optima kelebihan setiap tenaga pekerja.

12

|

• Menemui pegawai-pegawai lain tanpa membuat temujanji terlebih dahulu. • Menjalankan tugas berdasarkan arahan yang kurang jelas. • Tidak berkongsi maklumat yang boleh membantu pegawai lain menjalankan tugasnya. • Menjalankan sendiri tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh kakitangan bawahan seperti membuat salinan fotostat dan menghantar surat. • Melayan jurujual ataupun penjaja di pejabat. • Tidak memberi maklumbalas kepada Ketua Jabatan tentang kemajuan pencapaian tugas. • Enggan memberikan pendapat semasa berbincang dengan pegawai atasan. • Mempunyai sikap negatif terhadap tugas yang diberikan seperti menganggap susah sebelum mencuba.

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


SUDUT ILMU

Buletin RAHMAN BROTHERS - Jenis format yang digunakan tidak diselaraskan dengan keperluan komputer jika proses dilakukan melalui perkhidmatan komputer.

ASPEK SISTEM DAN PROSEDUR • Tidak menyediakan research design sebelum menjalankan kajian mengakibatkan kajian dijalankan secara tidak teratur.

• Pemegang stok berlebihan yang mengakibatkan: - Peruntukan kewangan tidak digunakan untuk kegunaan lain.

• Menjalankan tugas dengan tidak berpandukan kepada senarai semakan.

- Kerosakan stok.

• Tidak mengemaskinikan sistem dan prosedur kerja dari masa ke semasa.

- Stok yang disimpan menjadi usang (obsolete).

• Menjalankan pemeriksaan yang tidak perlu.

- Tiada standard bagi bahan-bahan yang dipesan.

• Tidak mengadakan satu panduan rasmi yang seragam untuk dijadikan rujukan oleh semua pegawai dan kakitangan yang bertugas.

- Bahan-bahan yang dibekalkan tidak mengikut standard yang ditetapkan. Contohnya, pen yang tidak mengeluarkan dakwat, marker pen yang cepat kehabisan dakwat, pensil yang mudah patah dan menghasilkan tulisan yang tidak terang.

• Tiada sistem pengklasan yang standard untuk urusan pendaftaran, penyimpanan, pengesanan semula, pelupusan fail dan rekod. • Tidak mengikut sistem dan prosedur kerja yang sedia ada. • Tiada kawalan dalam pergerakan rekod dan fail. ASPEK STRUKTUR ORGANISASI

- Membuat pesanan stok dengan tidak mengikut jadual sehingga menyebabkan ketiadaan stok apabila diperlukan. - Pembaziran bahan-bahan akibat kerja-kerja ulangan atau pembaikan semula.

• Menetapkan objektif-objektif Unit atau Bahagian yang tidak selaras dengan matlamat organisasi.

ASPEK KELENGKAPAN MODAL

• Span of control adalah terlalu luas menyebabkan pegawai penyelia tidak dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada fungsi penyeliaan, pengawasan dan pengawalan.

• Ketiadaan jadual penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance)

• Penyelenggaraan kelengkapan tidak mengikut jadual. • Kelengkapan tidak digunakan secara optimum.

• Differentiation of work kurang memuaskan mengakibatkan pertindihan fungsi.

• Pengendalian kelengkapan oleh kakitangan yang tidak dibenarkan mengendalikannya.

• Struktur organisasi yang tidak dikemaskinikan sesuai dengan perubahan dalam persekitaran.

• Penyalahgunaan kenderaan pengangkutan.

• Mekanisme penyatuan (integration) yang tidak sesuai menyebabkan pertelagahan tindakan (conflict of action).

• Kakitangan tidak terlatih dalam pengendalian kenderaan pengangkutan dan jentera-jentera berat. USAHA-USAHA MENGIKIS AMALAN TIDAK PRODUKTIF

PERSEKITARAN KERJA • Susunatur pejabat yang tidak kemas akan menjejaskan keberkesanan pergerakan fail, maklumat dan komunikasi di antara bahagian dan juga di antara kakitangan. • Susunatur pejabat yang kurang memuaskan yang menggunakan terlalu banyak ruang pejabat. Ini mengakibatkan penambahan kos operasi. • Fail-fail dan laporan-laporan lama serta perabot-perabot yang rosak dibiarkan bertaburan di pejabat. • Keadaan tempat kerja yang tidak selesa (seperti kotor, panas, terlalu sejuk, bising dan gelap) yang akan menjejaskan kesihatan. • Alat-alat untuk keselamatan pekerja tidak dibekalkan atau alat-alat yang dibekalkan tidak boleh digunakan. Sebagai contoh: alat pemadam api, sistem amaran kebakaran dan water sprinkler. • Kelengkapan yang tidak sesuai untuk tugas-tugas menaip dan lain-lain lagi. ASPEK TEKNOLOGI • Peralatan kerja dan kemudahan yang tidak lengkap. • Mengendalikan sistem maklumat pengurusan secara manual. • Menjalankan kerja-kerja bercorak pemprosesan dan rutin secara manual sedangkan kerja-kerja tersebut boleh dimekanisasikan. • Menggunakan alat kelengkapan yang usang dan sering rosak yang melambatkan kerja atau menghasilkan output yang tidak berkualiti (contoh: salinan fotostat yang pudar), dan lain-lain. • Penggunaan mesin-mesin pejabat yang kurang sesuai dengan beban kerja dan jenis kerja yang dikendalikan.

- Untuk mencapai tahap produktiviti dan kualiti yang tinggi, pihak pengurusan boleh mengikis amalan-amalan tidak produktif di dalam organisasinya dengan melaksanakan beberapa usaha secara teratur, sistematik dan berterusan. Di antara usaha-usaha tersebut, pihak pengurusan perlu: - Menggerakkan Pasukan-pasukan Petugas Produktiviti dan Kualiti. Pasukanpasukan Kerja dan Kumpulan-kumpulan Meningkat Mutu Kerja untuk mengenalpasti dan seterusnya mencadangkan penyelesaian-penyelesaian bagi mengelakkan amalan-amalan tidak produktif. - Mengkaji semula semua sistem, prosedur kerja dan keperluan pejabat supaya memastikan bahawa ianya adalah sesuai dengan kehendakkehendak pelanggan serta keperluan-keperluan semasa. - Memperketatkan sistem pengawalan terhadap kakitangan supaya mereka sentiasa menepati standard-standard kualiti yang telah ditetapkan dan seterusnya mempertingkatkan lagi prestasi mereka. - Memberi latihan serta bimbingan kepada kakitangan dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan lagi tahap kemahiran dan kecekapan di dalam menjalankan tugas-tugas mereka. - Menggalakkan kakitangan meningkatkan tahap disiplin diri sendiri. Di samping itu, pihak pengurusan perlulah tegas untuk mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap kakitangan yang sentiasa melibatkan diri di dalam amalan-amalan tidak produktif. - Seterusnya memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada kakitangan yang sentiasa menunjukkan sikap positif dan tahap produktiviti yang tinggi. Tindakan ini bukan sahaja dapat menambahkan lagi motivasi kakitangan berkenaan, malahan ia dapat juga mendorong kakitangan yang lain untuk mencontohi kakitangan yang diberikan pengiktirafan.

• Sistem perisian komputer yang ketinggalan zaman. • Tidak menggunakan mesin-mesin pejabat secara optimum. • Mesin-mesin yang tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti skrin komputer tanpa pelindung. Kegunaan mesin-mesin sedemikian secara berterusan akan menjejaskan kesihatan. • Menggunakan kelengkapan yang mahal untuk menghasilkan draf. Contohnya: mesin laser yang menggunakan dakwat yang mahal digunakan untuk mengeluarkan draf laporan yang bukannya laporan muktamad. • Rekabentuk borang yang kurang memuaskan disebabkan: - Ruang mengisi maklumat kecil dan tidak mencukupi. - Penggunaan bahasa dan istilah yang sukar difahami. - Keperluan mengisi borang dalam salinan yang banyak. - Maklumat-maklumat yang tidak perlu dan tiada kaitan langsung.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

13


Taman Cempaka AMPANG

SRI AL IMTAR

SAMBUTAN MAJLIS HARI GURU SRI AL IMTAR “GURU PENCETUS KREATIVI, PENJANA INOVASI�

S

Oleh : NORHABIBAH ABD RAHIM

ambutan Hari Guru diadakan setiap 16 Mei tiap-tiap tahun bagi menghargai jasa baik dan pengorbanan guru-guru di dalam mendidik pelajar dan murid-murid serta menjadi pendukung dan penggerak kepada pembangunan pendidikan negara agar setiap murid-murid dan anak-anak di Malaysia dapat memacu masa depan negara ke arah yang lebih baik. Pada 16 Mei 2014 yang lalu SRI AL IMTAR telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru. Majlis tersebut diadakan di dewan SRI AL IMTAR dengan meriah sekali. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi. Bagi memberkati majlis tersebut SRI AL IMTAR menjemput Ustaz Mohibulla untuk membaca doa, bagi kesejahteraan warga SRI AL IMTAR dan para pelajar. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Pengurus dan Guru Besar SRI AL IMTAR iaitu Ustaz Shukri dan Ustaz Syamsul Nizam. Majlis tidak berseri jikalau tidak adanya bacaan ikrar dan juga nyanyian dari guru-guru itu yang membuatkan mereka berasa bangga menjadi tenaga pengajar. Bagi meneruskan lagi majlis yang serba ringkas itu terselit sedikit hiburan, kegembiraan dan keceriaan dengan persembahan daripada pelajar tadika. Tidak lupa juga persembahan yang ditonjolkan dari pelajar tahun 1 sehingga pelajar tahfiz dengan pelbagai persembahan menarik untuk guru-guru. Ada yang berlakon, berqasidah, mendeklamasikan sajak dan syair. Mereka bukan saja mempersembahkan lakonan bahkan memberi sedikit pengajaran dan iktibar buat pelajar lain. Semua yang ada turut terhibur dengan apa yang dipersembahkan. Semuanya ceria dan tersenyum lebar. Sebelum majlis berakhir, Ustaz Syamsul meminta semua guru-guru tampil ke hadapan untuk sesi bergambar di antara guru-guru dan pelajar dan tidak lupa juga acara terakhir ialah sesi memotong kek Hari Guru, semoga ianya menjadi kenangan manis kepada mereka nanti.

14

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

15


RB AGRICULTURE

Temiang SEREMBAN

MAJLIS KESYUKURAN DAN PERASMIAN PROJEK TANAMAN KELAPA SAWIT DI TANAH TEMIANG, NEGERI SEMBILAN

▲ YBhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim menyempurnakan upacara pecah tanah bagi projek penanaman sawit di tanah Temiang dibawah selenggaraan Rahman Brothers Agriculture Sdn. Bhd.

▲ YBhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim berbesar hati dengan pencapaian yang telah dilaksanakan oleh warga kerjanya sekaligus menaikkan lagi martabat Kumpulan Rahman Brothers di arena perniagaan.

16

|

▲ Seperti yang direncanakan, YBhg Datin Hjh Aminah Abd Rahim juga tidak melepaskan peluang untuk merasmikan anak pokok sawit yang telah disediakan.

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


RB AGRICULTURE

Temiang SEREMBAN

▼ Pemandangan tapak perasmian dan juga merupakan sebahagian dari 263 ekar tanah milik Kumpulan Rahman Brothers

M

Oleh : Zamri Dato’ Basri

ajlis ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 30 Mei 2014 dan telah dihadiri oleh lebih 100 tetamu jemputan. Mereka berkumpul di ‘Shoplot Taman Desa Temiang’ menunggu giliran menaiki kenderaan pacuan 4 roda seawal jam 8.00 pagi untuk masuk ke kawasan projek. Laluan berbukit untuk masuk ke kawasan ini memberikan satu pengalaman yang penuh cabaran. Bunyi unggas rimba pula begitu mendamaikan perasaan di pagi yang sungguh hening. Setelah ketibaan Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim dan semua tetamu jemputan, majlis telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan kata-kata aluan oleh Ustaz Mohd. Shukri selaku Pengacara Majlis. Diikuti dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Mohd. Ali bin Abd. Kadir dan ucapan oleh Encik Mohd. Fairuz bin Dato’ Hj. Abd. Rahman selaku pengarah Rahman Brothers Agriculture Sdn. Bhd. Pada jam 9.30 pagi, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim telah menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan projek ini. Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Tuan Hj. Nor Azamir bin Hj. Alias telah membacakan doa selamat. Sebaik saja selesai dengan jamuan makan, mantan Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz telah membacakan doa penutup majlis. Upacara menanam anak-anak pokok Kelapa Sawit oleh Dato’ Hj. Abd. Rahman dan isteri-isteri beliau telah menyerikan lagi majlis ini yang telah berakhir pada kira-kira jam 11.00 pagi. Projek di atas tanah seluas 263 ekar ini dijangka akan membuahkan hasilnya di dalam masa 3 ke 4 tahun lagi. Tanah seluas 20 ekar untuk peringkat pertama telahpun diperuntukkan bagi menempatkan 1200 anak-anak pokok Kelapa Sawit. Anak benih daripada baka yang terbaik telah dipilih dengan rapi bagi mendapatkan hasil yang maksimum. Semoga dengan perasmian projek ini akan menambahkan lagi penglibatan Kumpulan Rahman Brothers di dalam pelbagai bidang perniagaan. Insya Allah.

▲ YBhg Datin Hjh Sepiah Hassan juga berkesempatan dalam menjayakan program ini. Yang menarik, YBhg Datin dengan bangganya menggunakan kudrat untuk mengangkat sendiri anak pokok sawit tersebut. (dengan bantuan En Suhairunizam)

▲ YBhg Datin Hjh Norzila Hj Mohammad juga tidak melepaskan peluang untuk menabur baja dan memasukkan anak pokok sawit ke tempat yang telah disediakan.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

17


18

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

19


UMUM

Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah KUALA LUMPUR

RAHMAN BROTHERS DI TV ALHIJRAH

U

Oleh : Zamri Dato’ Basri

Bergambar kenangan bersama En. Zainal Rashid Ahmad

(Pengurus Besar Al Hijrah Media Corporation) ► staz Mohd. Shukri dan Ustaz Khairul Anuar telah ditemubual pada hari Rabu, 18 Jun 2014 di TV ALHIJRAH untuk rancangan ‘Assalamualaikum’ dan telah ke udara secara langsung pada jam 10 pagi. Topik berkenaan Majlis Penyampaian Sumbangan & Pemberian Zakat Sempena Sambutan Ramadhan 2014 oleh Yayasan SEDHAR pada hari Selasa, 17 Jun 2014 telah diutarakan oleh host rancangan ini iaitu Ustaz Shahrul Faizi dan Ustaz Ahmad Fadzli. Penyampaian sumbangan seperti ini seharusnyalah menjadi satu tanggungjawab sesama umat lslam bagi membantu saudara seagama di dalam menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Slot selama lebih kurang 15 minit di dalam ▲ Slot ‘Assalamualaikum’ sedang berlangsung rancangan ‘Assalamualaikum’ kepada Yayasan SEDHAR ini sesungguhnya amatlah bermakna. Ruang dan bantuan yang telah dihulurkan oleh Pengurus Besar Majalah & Dokumentari bagi TV ALHIJRAH, Encik Zainal Rashid bin Ahmad telah dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin.

▲ Pemandangan dari sudut yang berbeza bagaimana penyiaran dihasilkan.

Hotel De Palma AMPANG |

WARGA KERJA

Mesyuarat Generasi Kedua & ketiga Rahman Brothers

Oleh : Zamri Dato’ Basri

Mesyuarat ini telah diadakan sebanyak dua sesi. Sei pertama telah berlangsung pada hari rabu, 23hb April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu pejabat Kumpulan Rahman Brothers. Sesi kedua pula telah berlangsung pada hari Khamis, 19hb Jun 2014 di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Hotel De Palma, Ampang.

▲ Juga menghadirkan diri; Pn. Erni Erdawaty DHAR, En. Fahmi DHAR, En. Zulhusni, Pn. Khairunisa Mohamed, Tn. Hj. Khairuddin Khair, Hj. Khairul Anuar Hj. Khairuddin, En. Khairul Aman Hj. Khairuddin.

20

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


YAYASAN SEDHAR

Bukit Mertajam PULAU PINANG

SPI SEDHAR MENJADI TUAN RUMAH IHTFAL PERINGKAT DAERAH BUKIT MERTAJAM

P

Oleh : Mohd. Shukri Md. Yatim

ada 22 Jun 2014, berlangsungnya Program Bakat Mesra Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Agama Rakyat peringkat Daerah Bukit Mertajam. SPI SEDHAR diberi perhormatan menjadi tuan rumah kepada 27 buah Sekolah Agama Rakyat Sekolah Rendah Islam Daerah Bukit Mertajam. Program anjuran bersama Pejabat Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Daerah Bukit Mertajam) telah dimulakan sejak April 2014 melibatkan pertandingan Nasyid, Qasidah, Syarahan, Bercerita, Tilawah Al Quran dan Hafazan. Pertandingan Peringkat Akhir Ihtifal diadakan pada 22 Jun 2014 melibatkan acara Qasidah, Nasyid dan Tilawah. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim, Penaung SPI SEDHAR merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sedhar dan Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers. Di dalam ucapan Perasmian Penutup, Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan syabas kepada SPI SEDHAR yang dipilih menjadi tuan rumah peringkat akhir ihtifal. Beliau turut mengambil kesempatan menyalurkan sumbangan kepada pihak penganjur Ihtifal. Pengurusan Yayasan Sedhar melalui Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman selaku Pengerusi turut menyampaikan sumbangan sempena sambutan Ramadan 1435H kepada Pengurusan Masjid Saidina Abu Bakar Sungai Petani, Surau Al Huda, SPI SEDHAR, Masjid Derga Alor Setar dan Maahad Tahfiz Al Naim Kuala Ketil. Turut hadir memeriahkan program ialah barisan Pengurusan Yayasan Sedhar dan KRB, Encik Mohd Shukri Md Yatim, Ustaz Hj Khairul Anuar dan Encik Muhammad Aisamuddin Zainudin.

▲ Antara peserta Nasyid dan Tilawah

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

21


YAYASAN SEDHAR

Bukit Mertajam PULAU PINANG

PROGRAM RAMAH MESRA & SUAI KENAL YAYASAN SEDHAR DI UTARA

◄ Bangunan yang bakal menjadi Pejabat Yayasan Sedhar/KRB di Wilayah Utara

K

Oleh : Mohd. Shukri Md. Yatim

Peluang berada di Utara, tidak lengkap jika rombongan tidak bertemu ahli keluarga DHAR. Seawal pagi 23 Jun 2014, program ziarah dimulakan dengan berkunjung dan bertemu keluarga Pn Hjh Normah iaitu balu kepada Almarhum Hj Murad Hj Ibrahim dan Pn Hjh Maryam Hj Ibrahim di Alor Setar. Kemudian rombongan Yayasan Sedhar bergerak ke kediaman Puan Hjh Azizah iaitu ibu DHAR dan terus ke Kediaman Tuan Hj Mohamad Hj Ibrahim. Kesempatan diambil beramah mesra dan suai kenal bersama ahli keluarga. Sambil berbual dan suai kenal, Pengurusan Yayasan Sedhar sempat berbincang cadangan mengadakan aktiviti kelas pengajian yang akan diselaraskan oleh Encik Munauwir, Pengurus Yayasan Sedhar Wilayah Utara. Ia mendapat sambutan dan sokongan daripada ahli keluarga DHAR di Utara.

esempatan berada di Pulau Pinang dan Kedah bagi menghadiri Program Ihtifal SPI SEDHAR, Pengurusan Yayasan Sedhar diketuai Encik Mohd Shukri Md Yatim bersama Ustaz Hj Khairul Anuar dan Encik Muhammad Aisamuddin melengkapkan jadual aktiviti di Utara dengan mengadakan lawatan ke bangunan baru milik MARA di Bukit Mertajam yang dicadangkan dijadikan Pejabat Yayasan Sedhar/ KRB di Wilayah Utara.

Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, rombongan Yayasan Sedhar sempat melawat Pejabat RBM Cawangan Alor Setar. Rombongan disambut barisan warga kerja RBM diketuai Encik Mohd Azim, Pengurus RBM Alor Setar. Tidak terkecuali destinasi Rumah A turut menjadi lokasi lawatan. Pertemuan singkat bersama Ustaz Mohamad di Rumah A membuka peluang Yayasan Sedhar untuk mencadangkan penubuhan Tahfiz secara sepenuh masa.

Kesempatan berada di Pulau Pinang, Yayasan Sedhar mengambil peluang melawat Maahad Tahfiz Al Quran Al Naim di Kuala Ketil. Maahad Tahfiz ini adalah milik Tuan Hj Abd Talib bin Yaacob, mantan Ketua Polis Pulau Pinang iaitu sahabat dan ‘boss’ kepada Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman. Sebelum bertolak ke Alor Setar, rombongan mengambil kesempatan melawat Maahad Asy-Syatirie, Yan iaitu sebuah Pondok Pengajian Kitab Agama secara tradisional yang dipimpin oleh Tuan Guru Zulkifli Muhammad Suhaimi Syatiri. Rombongan Yayasan berkesempatan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama pelajar-pelajar

Dalam perjalanan balik, rombongan tidak melepaskan peluang melawat Projek Pembinaan Masjid Saidina Abu Bakar, Bakar Arang, Sungai Petani sebagai destinasi terakhir lawatan Yayasan Sedhar ke Utara. Kerja-kerja pembinaan masjid berada di peringkat akhir dan dijangka siap September 2014. Pengurusan Yayasan Sedhar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Munauwir Hj Mohd Khir, Pengurus di Wilayah Utara dan Cik Nur Iffah yang menyelaras program lawatan tersebut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan buat Ustaz Jaafar bin Samah, Pengetua SPI SEDHAR dan warga guru dan kakitangan SPI SEDHAR. ▼ Rahman Brothers Motor cawangan Alor Setar, Kedah

▲ Bangunan Maahad Tahfiz Al Quran Al Naim di Kuala Ketil. Dimiliki oleh Tuan Hj Abd Talib bin Yaacob

▼ Bangunan Maahad AsySyatirie, Yan yang dipimpin oleh Tuan Guru Zulkifli Muhammad Suhaimi Syatiri

Maahad Asy-Syatirie. Sebelum meninggalkan Maahad Tahfiz Al Naim dan Maahad Asy-Syatirie, Encik Mohd Shukri mewakili pihak Yayasan Sedhar menyampaikan sumbangan berupa Air Zam-Zam kepada Tn Hj Abdul Talib dan Tuan Guru Zulkifli sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sambutan dan keraian yang diberikan kepada rombongan Yayasan.

22

|

▲ Perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Bakar Arang, Sungai Petani

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


YAYASAN SEDHAR

Bukit Mertajam PULAU PINANG

SPI SEDHAR Bukit Mertajam. Bersama Pengetua SPI SEDHAR Ustaz Jaafar bin Samah (4 dari kiri) dan kakitangan.

Maahad Tahfiz Al Quran Al Naim Kuala Ketil. Bersama Tuan Hj Abd Talib bin Yaacob (2 dari kiri), mantan Ketua Polis Pulau Pinang.

Maahad Asy-Syatirie Yan. Bersama Tuan Guru Zulkifli Muhammad Suhaimi Syatiri (3 dari kiri)

bersama AHLI KELUARGA DATO’ HJ ABD RAHMAN (Dari kiri) Pn Maimunah, Hjh Azizah (Ibu Tiri), Pn Hjh Normah, Pn Hjh Mariam

Kediaman Tuan Hj Mohamad Hj Ibrahim & pn. junaidah Bersama isteri kepada Tuan Hj. Mohamad; Pn. Hjh Junaidah Saad (3 dari kiri)

Pejabat Rahman Brothers Motor Cawangan Alor Setar. Bersama Encik Mohd Azim, Pengurus RBM Alor Setar

Maahad Tahfiz Al Quran Al Naim Encik Mohd Shukri Md Yatim (Kiri) disamping anak-anak pengajian tahfiz yang sedang tekun menghafaz Al-Quran dengan cara tersendiri.

Ustaz Hj Khairul Anuar bersama Encik Mohd Shukri di hadapan kediaman Tuan Hj Abd Talib bin Yaacob di Maahad Tahfiz Al Quran Al Naim telah berjaya menjalankan misi Yayasan SEDHAR di wilayah Utara. “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

23


24

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


SUDUT ILMU

Buletin RAHMAN BROTHERS

KHUTBAH RASULULLAH SAW KETIKA MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Oleh : Zamri Dato’ Basri

D

i ketibaan bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia ini, bersamasamalah kita menghayati khutbah yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW ketika menyambut bulan Ramadan. Khutbah Rasulullah ini padat dan sangat menyentuh hati. Semoga kita beroleh manfaat daripada khutbah ini dan menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa keinsafan. Seterusnya dengan penuh pengharapan agar beroleh ganjaran pahala daripada Allah SWT. Insya Allah. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban dosamu, maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu. Ketahuilah! Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb Al-’Alamin. Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orangorang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberikan ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian”. Rasulullah meneruskan : “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air”.

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam Wahai manusia! Sesiapa yang membaguskan paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati menjadi tetamu Allah dan sirat pada hari ketika dimuliakan-Nya. Di bulan kaki-kaki tergelincir. Barang ini nafas-nafasmu menjadi siapa yang meringankan tasbih, tidurmu adalah pekerjaan orang-orang ibadah, amal-amalmu Barang siapa mendekatkan diri yang dimiliki tangan diterima dan doa-doamu kepada Allah dengan suatu pekerjaan kanannya (pegawai atau diijabah. kebajikan di dalamnya, samalah dia pembantu) di bulan ini, akan meringankan Bermohonlah kepada Allah dengan orang yang menunaikan Allah pemeriksaan-Nya di hari Rabbmu dengan niat yang suatu fardhu di dalam bulan yang Kiamat. Barang siapa tulus dan hati yang suci menahan kejelekannya lain. Ramadan itu adalah bulan agar Allah membimbingmu bulan ini, Allah akan sabar, sedangkan sabar itu adalah di untuk melakukan syiyam menahan murka-Nya dan membaca kitab-Nya. pahalanya syurga. Ramadan itu pada hari ia berjumpa Celakalah orang yang adalah bulan memberi pertolongan dengan-Nya. Barang siapa tidak mendapat ampunan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memuliakan anak yatim Allah di bulan yang agung di bulan ini, Allah akan ini. Kenanglah dengan memberikan rezeki kepada mukmin memuliakannya pada hari rasa lapar dan hausmu, di dalamnya. ia berjumpa dengan-Nya. kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan muda, sambunglah tali persaudaraanmu, jaga kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. halal kamu memandangnya dan pendengaranmu Barang siapa melakukan solat sunat di bulan ini, dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya. Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa melakukan solat fardhu Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada solat fardhu di bulan yang lain. Barang siapa Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tanganmemperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini, tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana Allah akan memberatkan timbangannya pada hari itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza ketika timbangan meringan. Barang siapa pada wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulanmenyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka bulan yang lain. memanggil-Nya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

*Sumber dan rujukan - Laman Sesawang

Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mohonlah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mohonlah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu. (Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?”. Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”). Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’. Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain. Ramadan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya. Barang siapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang. Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa”. Maka bersabdalah Rasulullah SAW, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.” “Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barang siapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.” “Oleh kerana itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.” “Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka. Barang siapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.” (HR. Ibnu Huzaimah)

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

25


YBHG. DATO’ HJ ABD RAHMAN HJ IBRAHIM

Gambar-Gambar Kenangan

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman segak bergaya bersama kereta kesayanganya di hadapan kediaman beliau di Bukit Jelutong

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar bersama barisan pengarahpengarah Syarikat Kumpulan Rahman Brothers semasa berlangsungnya mesyuarat penyusunan semula syarikat KRB & RBM di bilik mesyuarat Kelab Darul Ehsan, Ampang

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama saudara lelaki dan perempuan beliau. Dari kiri berdiri: EN ZAHARIN HJ IBRAHIM, TN HJ MD KHIR HJ IBRAHIM, TN HJ MOHAMED HJ IBRAHIM Dari kiri duduk: PN MAIMUNAH HJ IBRAHIM, PN HJH CHE MARIAM HJ IBRAHIM, Y.BHG. DATO’ HJ ABD RAHMAN HJ IBRAHIM, PN HJH ASIAH HJ IBRAHIM, PN HJH NORMAH HJ IBRAHIM

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar bersama Datuk Iskandar di pejabat Kedutaan Malaysia di Beijing sempena lawatan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman ke negara itu

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman dan Y.Bhg Datin Hjh Sepiah bergambar bersama Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Tuan Johari Supardi di Pejabat Imigresen Kelana Jaya

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman sempat bergambar bersama Mantan Ketua Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman memberi kata-kata motivasi dan semangat | rahmanbrothers.com.my Ketahui beliau pelbagai dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.Kumpulan Rahman Brothers selepas selesai sesi 26 Negara, Hakim Tun Zaki bin Tun Azmi ketika lawatan keaktiviti Ibu pejabat kepada warga kerja Kumpulan Rahman Brothers bagi beramah mesra bersama generasi kedua fototgrafi bagi perasmian pemakaian uniform rasmi yang baru untuk semua dan ketiga ahli keluarga Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman warga kerja Kumpulan Rahman Brothers pada hari Khamis, 3 April 2014


WARGA KERJA . UMUM

Buletin RAHMAN BROTHERS

Personaliti Pilihan

Oleh : Zamri Dato’ Basri

MOHD AMIRUDDIN BIN OSMAN

Beliau adalah pengurus yang bertanggungjawab melaksanakan projek terbaru KRB untuk membawa masuk dari luar negara motorsikal berkuasa tinggi dan menjualnya untuk RBM. Mempunyai pengalaman luas di bidang permotoran bermula sebagai pegawai dan seterusnya dilantik sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat kewangan di awalan karier pekerjaannya sekitar tahun 1988 hingga 1993. Beliau pernah menjadi penolong pengurus dan pengurus di syarikat pengedaran kereta Proton dan Naza dari tahun 1995 sehingga 2006. Menjadi pengurus pembangunan perniagaan di sebuah syarikat konsesi Kementerian Kesihatan Malaysia di samping menjadi orang tengah francais servis dealer untuk kenderaan Iveco dari Italy. Graduan diploma di dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara tahun 1988 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pada tahun 2000. Mempunyai empat cahayamata, anak bongsu daripada lima adik beradik ini adalah seorang yang peramah dan sangat minat bersukan dengan warna merah menjadi warna kegemaran. Pernah mewakili Kuala Lumpur di dalam pertandingan bolasepak bawah 21 tahun Piala Razak dan Piala Presiden di tahun 1984 sehingga 1988. Memegang sijil kejurulatihan golf (Golf Teaching Pro) dari Akademi Golf Australia yang berpusat di Monterez Golf and Country Club.

NURAZIMA AZIRA BINTI ABDUL AZIZ

Nurazima Azira adalah seorang eksekutif di Rahman Brothers Travel & Tours Sdn. Bhd., ibupejabat Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. Lebih mesra dengan panggilan ‘Zima’, anak pertama daripada lapan adik beradik ini berasal daripada Gelang Patah, Johor Darul Takzim. Banyak pengalaman berharga telah beliau lalui selama berkhidmat hampir tiga tahun di RBTT. Graduan ijazah di dalam bidang Pengurusan Pelancungan daripada Universiti Utara Malaysia ini meminati warna biru dan pink. Di kelapangan waktu, beliau gemar bersukan dan beriadah.

Jamuan Harijadi

Oleh : Zamri Dato’ Basri

W

arga kerja di ibupejabat KRB yang dilahirkan pada bulan April dan Mei telah diraikan di dalam satu jamuan makan tengahari yang telah diadakan pada hari Khamis, 10 April 2014. Sepertimana biasa, kek harijadi yang istimewa menjadi juadah utama di samping pizza, spaghetti, chicken wing dan lain-lain lagi. Semoga warga kerja yang menyambut harijadi mereka pada bulan April dan Mei ini akan beroleh kesejahteraan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my

|

27


28

|

rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.