Department of Printing Technology - Activities 2017 - 2018

Page 5

ENGINEER ENTREPRENEUR PROGRAMME (EEP)

ARTIKEL DAN SUMBER FOTO OLEH : MOHAMAD AMRI BIN SALIYA SUMBER ARTIKEL : TEMUBUAL BERSAMA KOORDINATOR PROGRAM

P

ada 29 dan 30 September 2018, Jabatan Teknologi Percetakan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTM Puncak Alam telah mengadakan program Engineer Entrepreneur Program (EEP). Program ini adalah kerjasama dengan Pusat Keusahawanan, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan pihak UMP untuk memberikan pendedahan asas percetakan dan pembungkusan kepada para peserta bagi memenuhi keperluan Engineer Entrepreneur Program (EEP), MyPACE, UMP. Pihak Jabatan menyambut baik kerjasama ini dan telah memberikan komitmen bagi menjayakan program ini. Peluang ini telah digunakan sebaik mungkin bagi memantapkan program Teknologi Percetakan dan menjadi pemangkin kepada program keusahawanan dikalangan pelajar. Program tersebut dilaksanakan secara berperingkat mengikut modul yang telah disediakan. Melalui program ini para peserta berpeluang melalui sendiri proses praktikal penghasilan sesuatu produk dan mempelajari aspek rekabentuk grafik bagi pembungkusan produk. Selain itu, peserta juga didedahkan tentang kemahiran asas dalam mengendalikan peralatan dan perisian dalam penghasilan sesuatu produk pembungkusan.

Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada Pemangku Pengarah Pusat Keusahawanan UMP, Y.H. Datin Hajah Mazita Mokhtar. Beliau berharap para pelajarnya mempelajari ilmu yang berkaitan dengan asas proses percetakan berkaitan penghasilan produk pembungkusan bagi memberi manfaat kepada Persatuan Keusahawanan UMP kelak. Seterusnya majlis diteruskan dengan Modul Asas Proses Percetakan Pembungkusan yang disampaikan oleh Encik Jumaddi Shafia, salah seorang pensyarah di Jabatan Teknologi Percetakan. Beliau menerangkan berkenaan tentang penggunaan aplikasi seperti Aplikasi Adobe Ilustrator (Ai) dan Aplikasi Adobe Photoshop (Ps) bagi tujuan rekaan pembungkusan. Para pelajar didedahkan dengan penggunaan aplikasi tersebut mengikut kreativiti sendiri. Hari kedua modul bermula dengan sesi penerangan Modul Proses Percetakan. Keistimewaan modul ini, ialah peserta berpeluang mendapatkan pengalaman pengoperasian mesin percetakan offset lithografi di bengkel percetakan. Disamping itu, para peserta didedahkan deng aan pelbagai proses percetakan seperti Offset Lithografi, Flexografi, Gravure, screen printing dan percetakan digital. Peserta telah diberi penerangan berkaitan turutan kerja dan kepentingannya dalam

percetakan. Mereka berpeluang melihat sendiri bagaimana pengoperasian mesin Heidelberg GTO52-1C, Heidelberg GTO 522C, RYOBI 2C dan FujiXerox V80 sewaktu modul tersebut. Menurut salah seorang peserta program, Muhamad Haziq “Program ini amat penting dan memberi manfaat kepada kami untuk menghasilkan pembungkusan untuk produk kami, kami teruja menlihat bagaimana mesin percetakan berfungsi”Menerusi temubual bersama Pengarah Program EEP yang juga Koordinator Program Percetakan, Dr. Noor Azly bin Mohamed Ali berkata bahawa program ini telah mencapai matlamatnya. Dan beliau berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen dari para staf dan peserta program. Beliau berharap program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan. Dengan adanya program ini pihak Jabatan Teknologi Percetakan dapat berkongsi ilmu berkaitan percetakan sekaligus dapat membantu pihak Persatuan Keusahawanan UMP tentang asas percetakan. Program ini sangat penting dan memberi impak yang besar khususnya dalam pembungkusan dan pemasaran produk bagi melariskan produk usahawan pelajar.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.