Page 1

AKTIVITI

JABATAN TEKNOLOGI PERCETAKAN

2018


INOVASI DALAM REKA BENTUK

PEMBUNGKUSAN MAKANAN REKA LETAK OLEH : AHMAD KHAIRUZZAMAN SUMBER FOTO : CIK MASTURA OMAR SUMBER ARTIKEL : CIK MASTURA OMAR

Rekaan sesuatu pembungkusan makanan adalah penting bagi sesuatu produk yang hendak dipasarkan. Ia mempunyai kuasa membeli dan memberi impak yang tinggi sebagai tarikan sebelum dipasarkan kepada pengguna akhir. Selain sebagai suatu pembungkusan, sesuatu rekabentuk itu perlulah unik, kreatif dan mempunyai daya tarikan untuk menyampaikan atau menghantar maklumat kepada pembeli. Didalam perkembangan innovasi rekebentuk pembungkusan pada zaman kini, penggunaan AR (Augmented Reality) iaitu gabungan maklumat digital dengan elemen persekitaraan pengguna masa kini telah digunakan selain penggunaan QR code (Quick Response Code) sebagai salah satu medium inisiatif perkongsian maklumat

Aspek seperti elemen dalam merekabentuk pembungkusan makanan efektif juga perlu dititikberatkan agar sesuatu rekabentuk itu dapat memelihara jangka hayat atau melindungi produk tersebut dan ia dapat berfungsi sebagat alat pemasaran atau informasi. Kepentingan dari segi aspek kemudahan, pengangkutan, meminimumkan penggunaan tempat atau ruang, keselamatan dan keperluan undang-undang juga perlu diambil kira.

Peserta bersama pingat emas yang dimenangi. 1. Innovation of Smart Packaging using the implementation of Augmented Reality Technology yang diketuai oleh saudari Puteri Syahira Bt. Kamarul Azri

Peserta yang mewakili Jabatan Teknologi Percetakan, FSSR, Puncak Alam

Pingat emas yang dimenangi.

4

Didalam pertandingan Invention, Innovation & Design Exposition 2018 (iidex 2018), yang telah diadakan pada 24hb-28hb September 2018, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor(DATC), Jabatan Teknologi Percetakan, FSSR, Puncak Alam, telah menghantar Tiga (3) hasil rekaan pelajar 06, semester Mac-Julai 2018. Hasil percetakan dan karya tersebut telah memenangi 3 (tiga) pingat Emas. Tajuk dan hasil rekaan yang memenangi pingat emas tersebut adalah:

2. An integrative approach of cake packaging product: Enhancing user safety and convenience oleh saudara Mohd Nur Azwan B. Mohd Nazeri 3. The implementation of informative design on house of Nasi Ayam’s secondary packaging oleh saudara Ahmad Zikri B. Basharuddin Sejajar dengan itu dengan adanya perkembangan teknologi terkini ia dapat memastikan produk tersebut releven untuk digunakan dan mempunyai nilai untuk dipasarkan mengikut gaya hidup pengguna pada masa kini disamping dapat memberangsangkan pasaran di Malaysia mahupun di luar negara.


2018

Asian Symposium On Printing Technology

ASPT 2018

T

he 2018 Asian Symposium On Printing Technology (ASPT 2018) merupakan Simposium dalam bidang Teknologi Percetakan. ASPT 2018 telah diadakan pada 26 & 27 Julai 2018 bertempat di Tokyo Big Sight Conference Tower. Tema ASPT2018 adalah Development of Current Printing Technology into Next-Generation Technology. Simposium ini dihadiri oleh ahli akademik, penyelidik, pemain industri dan para pelajar dari negara-negara Asia yang aktif dalam bidang yang berkaitan sebagai pembentang utama. Di samping itu, pembentangan secara lisan dan poster oleh para pembentang dari kalangan pelajar dan pihak industri. Dua orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Percetakan iaitu Encik Muhammad Yusuf Bin Masod dan Dr. Noor Azly Mohammed Ali telah terpilih untuk membentangkan kertas kerja mereka di ASPT2018. Kertas kerja mereka telah terpilih dan akan di terbitkan dalam Journal of Printing Science and Technology (JPST) untuk Edisi Khas November 2018. Peserta ASPT2018 mendapat peluang melawat International Graphic Arts Show 2018 (IGAS2018). IGAS 2018 adalah pameran teknologi percetakan

Pensyarah Teknologi Percetakan, UiTM

Tajuk kertas kerja yang dibentangkan

Dr. Noor Azly Mohammed Ali

The Digital Printing Technologies and survival of the commercial printers

Encik Muhammad Yusuf Bin Masod

Reinventing Printing Business towards Industry 4.0

terbesar di ASIA. Di samping itu, IGAS2018 merupakan platform perdagangan antarabangsa yang memfokuskan kepada media percetakan. Peserta berpeluang untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan teknologi percetakan, produk percetakan dan model perniagaan percetakan. Disamping itu, perserta dapat meluaskan rangkaian di kalangan ahli akademik, penyelidik, pemain industri dan para pelajar dari negara-negara Asia. Di samping itu, pihak penganjur telah mengatur lawatan “postconference tour program� ke Japan Printing Academy (JPA) dan Tokyo Metropolitan Vocational Skills. Tujuan lawatan ini adalah bagi meninjau operasi institusi pengajian bidang Teknologi Percetakan. Dalam lawatan tersebut, pelabagai pandangan dan idea-idea baru berkenaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan teknologi yang menyokong PdP diketengahkan

bagi memantapkan program akademik Teknologi Percetakan. Penglibatan Jabatan Teknologi Percetakan dalam ASPT2018 telah mengangkat nama FSSR dan UiTM di peringkat ASEAN dan bakal menyumbang kearah peningkatan MyraScore. Pihak jabatan mengucapkan setinggi pengahargaan dan terima kaseh diatas kelulusan yang telah diberikan oleh pihak Fakulti. Pihak Jabatan berharap lebih ramai lagi para pensyarah yang akan mengikuti program ini pada masa akan datang.

Antara peserta di ASPT2018

Bersama peserta di ASPT2018 di JPA

5


LATIHAN PROFESIONAL

TEKNOLOGI PERCETAKAN DI CHEMITZ, JERMAN Pada baru-baru ini telah pun berlansung Latihan profesional Teknologi Percetakan di Chemnitz Jerman pada tarikh 6 Jun hingga 4 Julai 2018.Latihan ini disertai oleh 11 negara antaranya Portugal, Kenya, Crotia, Brazil, Uganda, Greece dan Malaysia diwakili oleh Cik Intan Natasha Abdul Azim dari jabatan Teknologi Percetakan, Fakulti Seni Lukis dam Seni Reka UITM.

University of Jena, KAMA GmbH, Prinovis, TECHKon, Koenig & Bauer AG, Freire Presse syarikat percetakan surat khabar terbesar di Jerman, PERFEKTA dan lain-lain.Tujuan utama latihan ini adalah untuk menyalurkan pembelajaran tentang Pre-press, Press dan Post Press kepada para peserta. Dimana pengetahuan dan teknologi percetakan terkini

Lawatan ke Koieng & baucer AG

Latihan professional teknologi percetakan ini telah dianjurkan oleh PrintPromotion yang merupakan organisasi bebas tanpa proďŹ t yang menjalankan latihan professional dan konfrensi untuk tenaga pengajar dan mereka yang terlibat dengan industri teknologi percetakan. Latihan professional ini berlansung di Ausbildungszentrum PolygraďŹ e e. V (AZP) Cheminitz yang mana semua para peserta menjalani latihan teori dan praktikal secara intensif selama sebulan. Sengmentasi pembelajaran diselaraskan dengan latihan amali di bengkal percetakan AZP, pembelajaran teori dan juga lawatan ke industri percetakandan universiti di sekitar Jerman. Antara tempat lawatan yangkami semua kunjungi adalah University of Chemnitz,

dan berinovasi disalurkan kepada mereka secara teori dan praktikal. Dalam pada itu dengan latihan yang diberikan yang diberikan ia juga merupakan cara promosi syarikat-syarikat gergasi diJerman dalam mempromosikan teknologi dan jentera percetakan mereka kepadapeserta. Para peserta semua diberi peluang untuk mengendalikan mesin serta pendedahan pemahaman kepada teknologi terkini yang mereka gunakan.

Pembelajaran tentang teknologi warna dari TECKHON

Artikel Oleh: Mohamad Faizal Idham Bin Salim @ Sayati Sumber Artikel Dan Foto: Wawancara Bersama Cik Intan Natasha Abdul Aziz.

Latihan amali di AZP

Antara teknologi terkini yang didedahkan dalam latihan ini adalah tentang inovasi percetakan dalam bidang teknologi makanan. Yang mana pembungkusan makanan (food packging) diselaraskan dengan teknologi terkini yang menyalurkan maklumat dan bantuan dengan teknologi ini secara tidak langsung mewujudkan komunikasi dua hala dengan pembeli. Pembungkusan yang berinovasi dapat membantu mencegah pemalsuan dan menjadikan produk tersebut lebih tambah nilainya, ini memberi keuntungan kepada pengguna, pengeluar dan peruncit. Pada akhir Latihan Professional Teknologi Percetakan ini para peserta diberikan sijil penyertaan professional dalam bidang teknologi percetakan daripada PrintPromotion.

Penyerahan sijil kepada para peserta oleh Dr, Heering

7


ENGINEER ENTREPRENEUR PROGRAMME (EEP)

ARTIKEL DAN SUMBER FOTO OLEH : MOHAMAD AMRI BIN SALIYA SUMBER ARTIKEL : TEMUBUAL BERSAMA KOORDINATOR PROGRAM

P

ada 29 dan 30 September 2018, Jabatan Teknologi Percetakan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTM Puncak Alam telah mengadakan program Engineer Entrepreneur Program (EEP). Program ini adalah kerjasama dengan Pusat Keusahawanan, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan pihak UMP untuk memberikan pendedahan asas percetakan dan pembungkusan kepada para peserta bagi memenuhi keperluan Engineer Entrepreneur Program (EEP), MyPACE, UMP. Pihak Jabatan menyambut baik kerjasama ini dan telah memberikan komitmen bagi menjayakan program ini. Peluang ini telah digunakan sebaik mungkin bagi memantapkan program Teknologi Percetakan dan menjadi pemangkin kepada program keusahawanan dikalangan pelajar. Program tersebut dilaksanakan secara berperingkat mengikut modul yang telah disediakan. Melalui program ini para peserta berpeluang melalui sendiri proses praktikal penghasilan sesuatu produk dan mempelajari aspek rekabentuk grafik bagi pembungkusan produk. Selain itu, peserta juga didedahkan tentang kemahiran asas dalam mengendalikan peralatan dan perisian dalam penghasilan sesuatu produk pembungkusan.

Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada Pemangku Pengarah Pusat Keusahawanan UMP, Y.H. Datin Hajah Mazita Mokhtar. Beliau berharap para pelajarnya mempelajari ilmu yang berkaitan dengan asas proses percetakan berkaitan penghasilan produk pembungkusan bagi memberi manfaat kepada Persatuan Keusahawanan UMP kelak. Seterusnya majlis diteruskan dengan Modul Asas Proses Percetakan Pembungkusan yang disampaikan oleh Encik Jumaddi Shafia, salah seorang pensyarah di Jabatan Teknologi Percetakan. Beliau menerangkan berkenaan tentang penggunaan aplikasi seperti Aplikasi Adobe Ilustrator (Ai) dan Aplikasi Adobe Photoshop (Ps) bagi tujuan rekaan pembungkusan. Para pelajar didedahkan dengan penggunaan aplikasi tersebut mengikut kreativiti sendiri. Hari kedua modul bermula dengan sesi penerangan Modul Proses Percetakan. Keistimewaan modul ini, ialah peserta berpeluang mendapatkan pengalaman pengoperasian mesin percetakan offset lithografi di bengkel percetakan. Disamping itu, para peserta didedahkan deng aan pelbagai proses percetakan seperti Offset Lithografi, Flexografi, Gravure, screen printing dan percetakan digital. Peserta telah diberi penerangan berkaitan turutan kerja dan kepentingannya dalam

percetakan. Mereka berpeluang melihat sendiri bagaimana pengoperasian mesin Heidelberg GTO52-1C, Heidelberg GTO 522C, RYOBI 2C dan FujiXerox V80 sewaktu modul tersebut. Menurut salah seorang peserta program, Muhamad Haziq “Program ini amat penting dan memberi manfaat kepada kami untuk menghasilkan pembungkusan untuk produk kami, kami teruja menlihat bagaimana mesin percetakan berfungsi”Menerusi temubual bersama Pengarah Program EEP yang juga Koordinator Program Percetakan, Dr. Noor Azly bin Mohamed Ali berkata bahawa program ini telah mencapai matlamatnya. Dan beliau berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen dari para staf dan peserta program. Beliau berharap program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan. Dengan adanya program ini pihak Jabatan Teknologi Percetakan dapat berkongsi ilmu berkaitan percetakan sekaligus dapat membantu pihak Persatuan Keusahawanan UMP tentang asas percetakan. Program ini sangat penting dan memberi impak yang besar khususnya dalam pembungkusan dan pemasaran produk bagi melariskan produk usahawan pelajar.


PRINTING TECHNOLOGY

DIPLOMA SHOW MAC 2018 - JULAI 2018

ARTIKEL OLEH : UMAIRAH SHAHIRAH BINTI NASARUDIN SUMBER FOTO : UMAIRAH SHAHIRAH BINTI NASARUDIN

P

ada 27 Jun 2018 yang lalu, pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Percetakan Sesi Mac-Julai 2018 telah mengadakan Pameran Diploma bertemakan Decahedron. Pameran ini berlangsung di Galeri Gesturz 2 di UiTM Puncak Alam. Seramai 10 orang pelajar dari generasi Printech ke-38 terlibat dalam menjayakan pameran ini. Decahedron merujuk kepada a solid ďŹ gure with ten plane faces, setiap permukaan itu mewakili sepuluh orang pelajar Diploma semester akhir. Cik Intan Natasha serta Puan Hajah NaďŹ sah Ismail adalah penyelia bagi projek ini dibantu bersama Encik Jamil Iswan.

cawan, memopad, vaucar, sampul duit raya, poster, penanda buku, beg kertas dan kalendar. Dalam menghasilkan produk ini, para pelajar mengaplikasikan seluruh ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang pengajian di peringkat diploma. Oset Lithography dan percetakan digital adalah proses percetakan utama yang terlibat.

Pameran ini telah telah dibuka kepada umum dan mendapat sambutan yang meriah dari pelbagai pihak. Pelajar dapat berinteraksi dengan para pelawat seterusnya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar. Penganjuran program Keistimewaan pameran ini adalah, ia seperti ini akan diteruskan dimasa akan datang mempamerkan hasil karya yang dihasilkan kerana ianya memberi impak positif kepada sendiri oleh pelajar. Antara produk percetakan pelajar, pihak jabatan, fakulti dan UiTM. yang dihasilkan oleh pelajar seperti booklet,

13


a kt i v i t i a k a d e m i k

IMPAK

PERCETAKAN DIGITAL ARTIKEL OLEH : NOR ARISSA SUMBER FOTO : KELAB PRINTECH

Pada tarikh 2 Mei 2018 Para pelajar Sarjana Muda Teknologi Percetakan tahun ke 5 telah menganjurkan ceramah perusahaan berkaitan dengan bidang yang dipelajari, teknologi percetakan.Tetamu jemputan pada hari tersebut adalah Encik K.C Ooi Perunding digital dari syarikat Dottodot dan Encik Wan dari Darn Lukis. Sesi pada kali ini adalah bertujuan untuk `memberikan pendedahan yang lebih jelas tentang percetakan digital untuk pasaran komersial dimana pelajar akan mengetahui lebih lanjut serba sedikit tentang percetakan digital yang memiliki aspek yang lebih meluas. PERKEMBANGAN DUNIA DIGITAL Percetakan digital semakin boleh berkembang maju kerana permintaan manusia yang bertambah disebabkan sikap dan tabiat manusia yang sering bertukar fikiran tentang kehendak masingmasing.Tiada sempadan dalam penyebaran maklumat dan teknologi merupakan kunci utama dalam mendominasi industri ini. PERCETAKAN TELAH BERUBAH Evolusi,kelajuan dan make ready telah meningkat dalam bahagian output kerana kekerapan permintaan yang sangat tinggi.Terdapat pelbagai jenis percetakan secara digital ini seperti: - Cut sheet dry toner (powder) - Cut sheet (Yang pertama keluar dengan terma offset ) Sejenis teknologi hybrid. - Digital cut ( knives,plasma, water jet ) MASA DEPAN PERCETAKAN Para pengusaha dan pencetak yang terlibat dalam bidang ini seharusnya memikirkan apa yang akan berlaku dalam jangka masa yang pendek dan jangka masa yang panjang kerana tiada batasan dalam kemungkinan dalam bidang ini disebabkan dunia yang semakin maju, masa tidak menunggu kita untuk mengorak langkah meningkatkan mutu perindustrian.

18

GAMBARAN KESELURUHAN ‘Digital can do wonders’ apakah yang anda fahami dengan ayat tersebut? Percetakan digital boleh menghasilkan percetakan yang pelbagai permintaan daripada pelanggan, dari sekecil-kecil poster sehinggalah Billboard. Di akhir sesi, di antara soalan yang dikemukakan adalah tentang Quality Control dan penglibatan industri percetakan fabrik. Encik Ooi mengatakan ‘Siapa lagi akan lakukan kalau bukan anda’ dan Encik Wan dengan ‘Bidang percetakan memiliki rangkaian yang luas jadi rebutlah peluang yang ada’.


a kt i v i t i a k a d e m i k

INDUSTRIAL HANDLE TALK

ARTIKEL OLEH : NURUL IKHWANA SUMBER FOTO : KELAB PRINTECH

Pada 25 APRIL 2018 pelajar semester 05 telah mengadakan talk ataupun sesebuah acara majlis yang membincangkan tentang peranan pusat percetakan FSSR di Shah Alam.Selain itu tajuk yang ke dua yang dibincangkan ialah mengenai kejayaan seorang usahawan yang Berjaya membuka syarikat percetakan atas usahanya yang tersendiri.Majlis dimulakan dengan aktiviti pendaftaran para pelajar. Setelah selesai para pelajar boleh masuk ke dewan Gesture untuk mendengar talk yang akan dibincangkan. Majlis tersebut dihadiri oleh Pensyarah ,pelajar Diploma dan juga pelajar Sarjana Muda Teknologi Percetakan. Dengan adanya majlis ini pelajar Teknologi Percetakan dapat menimba ilmu serta meluaskan lagi pengetahuan mereka tentang Teknologi percetakan ini. Majlis dimulakan dengan talk yang pertama ,disampaikan oleh Encik Saluddin .Tajuk yang dibincangkan ialah mengenai pusat percetakan FSSR di Shah Alam.Encik Saluddin menceritakan tentang latar belakang,visi serta misi pusat percetakan yang ada di FSSR,Shah Alam.Seterusnya,talk yang kedua diceritakan oleh Encik Zukhairi Hamdan seorang managing director di syarikatnya sendiri iaitu Green Arts Media Sdn Bhd.Beliau juga merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan,Uitm Shah Alam.Pengalaman beliau di dalam bidang Percetakan sangat banyak,oleh sebab itu beliau dapat membuka perniagaannya sendiri hasil daripada pengalaman bekerja di syarikat lain dan juga ilmu yang beliau ada.Syarikat yang dibina adalah sebuah syarikat perkongsian yang ditubuhkan pada 3 Februari 2007.Permulaan perniagaan, mereka hanya mempunyai 3 orang pekerja tetapi kini sudah mencecah seramai 20 orang.

Di akhir majlis ,penyampaian hadiah diberikan kepada Encik Saluddin dan Encik Zukhairi. Dengan adanya majlis ini pelajar Teknologi Percetakan dapat menimba ilmu serta meluaskan lagi pengetahuan mereka tentang Teknologi percetakan ini.Para pelajar juga dapat menjadikan kejayaan yang ditunjukkan oleh usahawan yang Berjaya seperti Encik Zukhairi sebagai suatu impian di masa akan datang.

19


a kt i v i t i a k a d e m i k

PRINTING

DIPLOMA SHOW SEPT 2017 - JAN 2018

ARTIKEL OLEH : MAZNI MUNAWAR SUMBER FOTO : MAZNI MUNAWAR

Pada 11 januari 2018, pelajar tahun akhir diploma telah mengadakan diploma show di dewan Gesturz UiTM Puncak Alam, Seramai 48 orang pelajar daripada generasi Printech ke-37 terlibat dalam menjayakan pameran ini. Tema sempena diploma show tersebut diberi nama Imprexis mengikut kriteria yang bersesuaian.Pensyarah yang bertanggungjawab dalam membantu pelajar bagi persiapan diploma show ini adalah En Noor Ehsan B. Sulaiman dan Dr. Siti Farhana. Tetamu jemputan VIP yang hadir pada hari itu adalah Dr. Oskar Hasdinor Hassan, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi. Beliau telah memberikan ucapan perasmian serta melancarkan majlis pada hari tersebut. Seramai 88 orang pelajar termasuk guru pengiring dari SMK Subang Bestari telah dijemput untuk menghadiri pameran ini. Acara pembukaan juga turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Kompang 5 Beradik dimana salah seorang ahlinya juga merupakan pelajar tahun akhir diploma yang terlibat dengan pameran ini. Produk percetakan yang dihasilkan oleh pelajar telah dipamerkan semasa hari tersebut. Antaranya ialah majalah, poster, hasil cetakan saring dan item-item tambahan yang lain. Setiap hasil kerja ini dicetak dengan menggunakan kaedah yang berlainan misalnya seperti cetakan offset Lithography, cetakan digital dan cetak saring. Program ini mendapat sambutan yang meriah dari semua pihak dan ianya memberikan kejayaan yang baik kepada semua pelajar. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dan menilai tahap kemampuan pelajar dalam mengendalikan kerja-kerja tugasan akhir ini. Diharap program seperti ini dapat memberi manfaat kepada para tetamu dan pelajar serta dapat menarik minat orang ramai tentang ilmu percetakan

34


a kt i v i t i a k a d e m i k

PRINTING

DEGREE SHOW “HEXACHROME” SEPT 2017 - JAN 2018 ARTIKEL OLEH : HJH ZULIYANTI HANIZAN AINUL AZYAN SUMBER FOTO : HJH ZULIYANTI HANIZAN AINUL AZYAN

Pada Januari 2018, pelajar sarjana muda semester 6 telah mengadakan Degree Show yang bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. Degree Show yang dinamakan “Hexachrome” telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub. Mereka yang terlibat dalam program ini adalah penyelia projek iaitu pensyarah, pelajar degree semester akhir, syarikat percetakan yang dipilih sebagai pelanggan, serta Pusat Percetakan UiTM Shah Alam dan Puncak Alam. Tujuan Degree Show dijalankan adalah untuk mendedahkan hasil kerja pelajar Teknologi Percetakan, kepada industri percetakan dan juga orang ramai. Ia juga adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dimana pelajar perlu membuat penerangan mengenai proses penghasilan produk percetakan yang dihasilkan kepada pengunjung dan memberi pendedahan kepada pelajar apabila berdepan dengan masyarakat umum. Secara tidak langsung, ia menjadi platform kerjasama antara industri percetakan dan Jabatan Teknologi Percetakan, UiTM dari segi kepakaran, penyelidikan dan teknologi terkini. Projek akhir pelajar dijalankan sepanjang satu tahun dimana di semester 5 pelajar akan memilih syarikat sebagai pelanggan untuk “livejob” dan kemudiannya mereka perlu menghasilkan rekabentuk grafik produk serta mock-up. Proses ini banyak melibatkan persetujuan dari pelanggan untuk

rekabentuk grafik. Pelajar juga perlu membuat penyelidikan dari segi produk percetakan, rekabentuk grafik, bahan mentah, proses percetakan serta kos. Antara pengunjung yang hadir ke pamera tersebut adalah Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM), pelajar Politeknik Muadzam Shah, SMK Subang Bestari, pelanggan projek akhir, wakil dari syarikat percetakan, keluarga pelajar, pelajar dan alumni Printech UiTM, pensyarah dan pelajar dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam & Puncak Alam, serta masyarakat umum. Kami juga berterima kasih kepada 24 syarikat “live-job” kami antaranya dari Petrosains, Purradise Cat Cafe, Aussie Bakers, Thea Botanicals dan yang lain-lain lagi kerana bersetuju bekerjasama sebagai pelanggan untuk projek pelajar akhir kami. Banyak yang telah dipelajari oleh pelajar kami dan semoga kerjasama dengan industri ini akan berterusan.

35


BERITA DARI SEBERANG

Saat ini industri grafika di Indonesia tengah menghadapi tantangan berat. Hal itu terjadi seiring adanya kecenderungan meminimalkan penggunaan kertas (paperless). Agar industri ini tetap bisa eksis diperlukan Sumber Daya Manusia (SDM) yang mumpuni dalam penguasaan teknologi. Hal tersebut terungkap dalam Focus Group Discussion (FGD) yang diselenggarakan Suara Merdeka di Menara Suara Merdeka, Jl Pandanaran Semarang, Kamis (2/10). Kegiatan yang mengangkat tema “Peranan Industri Kreatif pada Pembangunan Daerah-Industri Gra ka sebagai Unggulan” ini menghadirkan narasumber dari sejumlah lembaga pendidikan dalam dan luar negeri, pemerintah, Kamar Dagang dan Industri (Kadin) dan pihak terkait dari berbagai sektor. Direktur Politeknik Negeri Media Kreatif Jakarta, Sarmada mengemukakan lembaga pendidikan berbasis industri kreatif, khususnya gra ka dinilai mempunyai peran penting dalam perkembangan industri dan dunia usaha. Sebab, lembaga pendidikan bidang gra ka ini memiliki peranan penting dalam menyiapkan SDM di sektor tersebut. Oleh sebab itu, pembentukan konsorsium merupakan cara tepat untuk menyiapkan SDM yang berkompeten. ”Dengan demikian, potensi dan peluang termasuk kendala-kendala yang dihadapi, dapat diinventarisasi,” jelas Sarmada. Menurutnya latar belakang SDM dari bidang gra ka sekarang ini dibutuhkan industri. Namun, saat ini industri gra ka juga mengalami kendala khususnya dalam hal jumlah pengajar yang memiliki kompetensi. Di sisi lain, minat masyarakat khususnya anak muda terus meningkat. “Dilihat dari lembaga pendidikan sangat berperan dalam rangka menyiapkan SDM. Untuk sekarang jumlah SDM memang masih mencukupi, tetapi ke depan sangat rentan, sehingga hal ini akan menjadi pekerjaan rumah baru para pelaku industri gra ka,” kata Sarmada. Begitu pula dari sisi

38

INDUSTRI GRAFIKA

HADAPI TANTANGAN BERAT ARTIKEL OLEH : MUHAMMAD YUSOF B. MASOD SUMBER FOTO : INTERNET SUMBER ARTIKEL : wwwsuaramerdeka.com *ARTIKEL DIBENARKAN DITERBITKAN SEMULA*

peluang, menurutnya, lulusan SMK maupun perguruan tinggi di bidang ini memiliki potensi besar dan siap bersaing dalam memasuki dunia industri. Hanya saja, dia mengakui, kendala yang dihadapi sekarang lebih kepada keterbatasan peralatan. “Kalau peluangnya saya kira sangat besar. Kendalanya adalah peralatan, karena kami belum diberi anggaran dari pemerintah untuk belanja alat,” katanya. Solusi jangka pendek yang ditempuh bagi lembaga pendidikan, salah satunya kerja sama dengan sektor industri. Mahasiswa akan ditempatkan di industri-industri untuk mengkuti magang. Khusus di Jateng, dia melihat potensi di wilayah ini begitu besar. Sayangnya jumlah perguruan tinggi yang ada di Semarang belum sebanyak di Jakarta, khususnya yang berbasis industri kreatif. “Solusinya bisa kerja sama dengan industri untuk mesin yang tidak ada di kampus. Lembaga pendidikan tidak mungkin mengejar perkembangan industri, paling tidak, ada penguatan di bidan g itu dengan kerja sama,” terangnya. Dikatakan, industri kreatif

masih belum tersebar ke semua kalangan. Maka dibutuhkan kerja sama antara akademisi, pemerintah, pelaku bisnis dan komunitas agar bersinergi dan bisa memberikan banyak kontribusi. Landasan Undang-Undang Terkait menjadikan Pusat Unggulan Iptek (PUI), Kepala Pusat Penelitian dan Pengabdian Masyarakat, Politeknik Negeri Media Kreatif Jakarta, M Nur Wahidin menyatakan, tidak mudah. Setidaknya ada 10 program studi yang harus ada. “Saya berharap ada penelitian yang relevan dan dipublikasikan di jurnal akreditasi nasional maupun internasional. Selain itu ada kerja sama antara mitra dalam negeri dan luar negeri,” kata Nur. Menanggapi itu, Kepala Jurusan Teknik Gra ka Penerbitan, Politeknik Negeri Jakarta, Wiwi Prastiwinarti mengatakan, ada landasan dan undang-undang yang mengatur untuk membuat PUI. Selain itu, diperlukan skema yang matang, SDM, rancangan bisnis, termasuk kejelasan organisasi yang akan dibentuk. (74)


KUNJUNGAN RASMI DI HEIDELBERG,

GERMANY & GALLUS, SWITZERLAND PADA 24 NOV - 2 DEC 2018


SEMINAR INTERNATIONAL

“ POTENSI INDUSTRI KREATIF

DALAM PENINGKATAN DAYA SAING PERDAGANGAN GLOBAL DI ERA INDUSTRI 4.0 ”

Sebagai penceramah di Seminar International “Potensi Industri Kreatif Dalam Peningkatan Daya Saing Perdagangan Global Di Era Industri 4.0” di Fakultas Sains dan Teknologi UNISNU, Jepara, Indonesia.


AKTIVITI

JABATAN TEKNOLOGI PERCETAKAN

2017


PRINTING

DIPLOMA SHOW DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada 13hb April 2017 telah berlangsungnya satu majlis pameran Diploma Show bagi pelajar semester akhir pelajar diploma dari Jabatan Teknologi Percetakan di GESTURZ 2 (Lakeside Gallery), Kompleks Alam Bina dan Seni Reka, UiTM Puncak Alam. Majlis tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dengan kehadiran tetamu kehormat. Majlis pembukaan dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar dan nyanyian lagu Wawasan Setia Warga UiTM oleh semua pelajar juga tetamu yang hadir. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Dr Arba’iyah Binti Abd Aziz , Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan membawa para tetamu kehormat dan tetamu jemputan untuk melihat hasil karya para pelajar Diploma Teknologi Percetakan generasi ke-36. Antara jemputan khas ialah Guru Besar Sekolah Menengah Bukit Jalil, Selangor, pelajar sekolah seramai 80 pelajar dan 4 orang guru. Diantara produk yang dibuat pelajar ialah seperti majalah, poster, risalah, bunting dan sebagainya. Semua produk yang dihasilkan dari pelbagai jenis cetakan seperti digital printing, offset lithography dan juga silk screen dan yang melibatkan proses seperti pra-cetak, cetak dan pasca-cetak. Seramai 26 orang pelajar semester akhir Diploma Teknologi Percetakan yang diberi nama INFUSION terlibat dalam program ini. Program ini berakhir pada pukul 5 petang. Dari keseluruhan program ini, amat memberi kesan yang positif kepada pelajar dan para tetamu yang hadir. Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan dapat menilai tahap kemampuan seseorang pelajar mengendali tugasan akhir dan berharap agar dapat dimanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk masa hadapan.

Murid sekolah jemputan bersama pelajar Diploma semester 5

Murid sekolah jemputan bersama guru mereka


MALAYSIA

PRINT AWARDS

2017

Malaysia Print Awards adalah satu anugerah berprestij yang dikelolakan oleh The Selangor &Federal Territory Chinese Printing Presses’ Association (SFTCPPA) sejak tahun 2010. Anugerah ini diadakan dua tahun sekali. Sejak anugerah ini diwujudkan, pensyarah dari Jabatan Teknologi Percetakan UiTM telah dijemput untuk menyumbang kemahiran mereka sebagai panel juri bagi kategori industri. Pensyarah dari jabatan ini yang telah dijemput sebagai panel juri profesional ialah Encik Noor Azly Mohammed Ali (2010), Encik Mahadzir Mohamad (2012), Encik Noor Azly Mohammed Ali (2014), dan Hajah Zuliyanti Hanizan Ainul Azyan (2017). Antara panel juri profesional lain yang dijemput pada tahun ini adalah dari Malaysia, Hong Kong dan Thailand.


Malaysia Print Awards ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori untuk pelajar dan juga industri. Hasil kerja yangdinilai adalah dari aspek teknikal dan kreatif yang dibahagi kepada beberapa sub-kategori seperti reka bentuk dan hasil kualiti cetakan. Antara aspek yang dinilai bagi kategori pelajar bukan sahaja dari segi reka bentuk tetapi juga R&D (Research and Development) produk yang dihasilkan. Beratus karya telah dihantar bagi pelbagai kategori dari industri percetakan dan pembungkusan dan juga institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta bagi merebut anugerah percetakan berprestij ini. Pada tahun ini, pelajar Jabatan Teknologi Percetakan dibawah seliaan Hajah Zuliyanti Hanizan Ainul Azyan dan Encik Noor Azly Mohamed Ali telah menghantar beberapa hasil karya bagi kategori pelajar. Hasil karya daripada dua orang pelajar semester akhir iaitu Nur Nisha Amanda Mohd Safari (Zoo Taiping & Night Safari) dan Wan Mohd Wira Kasturi Wan Din (Panahan Adiwira) telah berjaya memenangi dua anugerah dibawah kategori Student Design/Packaging for Consumer Products or Services bagi Print Media & Graphic Communications. Penyampaian anugerah telah diadakan pada 15 Julai 2017 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur dan disampaikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri.

Nur Nisha Amanda Mohd Safari (Zoo Taiping & Night Safari)

Hajah Zuliyanti Hanizan Ainul Azyan dari Jabatan Teknologi Percetakan UiTM juga telah menerima sijil penghargaan sebagai panel juri (kategori industri) Malaysia Print Awards 2017 daripada YB Datuk Wira Abu Seman Yusop. Tahniah diucapkan kepada pensyarah dan pemenang anugerah Malaysia Print Awards 2017 dari Jabatan Teknologi Percetakan UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam. Pengiktirafan diperingkat Malaysia ini menunjukkan bahawa potensi pelajar Jabatan Teknologi Percetakan kini sebaris dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain di negara ini. Semoga kemenangan ini memberi semangat kepada pelajar lain untuk menyertai pertandingan ini pada tahun 2019 kelak.

Wan Mohd Wira Kasturi Wan Din (Panahan Adiwira)


Universitas Stikubank (Unisbank) Semarang menerima tiga mahasiswa dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia. Ketiga-tiga mahasiswa tersebut disambut oleh pejabat Rektorat Unisbank Semarang di ruang Rektor Kampus Unisbank Mugas (Isnin, 17 Julai 2017) . Mereka adalah Farid Bin Ahmad, Syed Mohd Akif Bin Sayed, dan Mohamad Hakimy Izzuan dari Jabatan Teknologi Percetakan. Rektor Unisbank Semarang, Dr. Hasan Abdul Rozak, SH.CN.MM. Sebelum ini, Amir Hamyah Bin Muhamed, Izzudin Bin Sunar dan Muhammad Ikhwan Bin Zari, semua mahasiswa berasal dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia juga berkunjung ke Unisbank Semarang selama 3 bulan. Sehingga kini, seramai enam orang mahasiswa Malaysia yang telah menjalani latihan industri di Unisbank Semarang melalui program Student Exchange. “Tahap pertama kita akan kenalkan budaya bangsa sehingga cepat beradaptasi dan sosial dengan kampus dan Lembaga Mitra, jelasnya hingga 31 Oktober 2017, ketiga-tiga mahasiswa dari Malaysia akan difasilitasi magang di Industri Mitra Unisbank Semarang dan belajar teori tentang pembelajaran teknik industri di kampus Unisbank”, jelasnya. Tambah Hasan, Unisbank Semarang dan Malaysia sudah terjalin kerjasama yang sangat baik, kerana 2015 empat mahasiswa dari Fakultas Pariwisata Universitas Stikubank (Unisbank) Semarang juga mengikuti International Internship Program (IIP) di E-City Hotel Subang Jaya, Selangor Malaysia. Mereka adalah Arif Febry, Malinda Nurhida, Arina Farakh Hana, dan Bhisma Adi, yang semuanya merupakan mahasiswa semester tiga Fakulti Pariwisata (FPAR) . “Para mahasiswa berada di Malaysia selama enam bulan,” ujarnya.

PELAJAR

INTERNSHIP MERENTAS SEMPADAN “Tahap pertama kita akan kenalkan budaya bangsa sehingga cepat beradaptasi dan sosial dengan kampus dan Lembaga Mitra, jelasnya hingga 31 Oktober 2017, ketiga-tiga mahasiswa dari Malaysia akan difasilitasi magang di Industri Mitra Unisbank Semarang dan belajar teori tentang pembelajaran teknik industri di kampus Unisbank”


KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN INDUSTRI KE

KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF Syarikat percetakan terbesar di Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf telah menerima kunjungan lawatan industri dari syarikat percetakan akhbar terbesar Indonesia iaitu Suara Merdeka Network dan Universitas Stikubang(Unisbank) pada 15 November 2017 yang lalu. Atas ruang masa yang ada, lawatan ini dirangka rentetan dari kunjungan rasmi delegasi tersebut ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) denganFakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM. Pada sesi lawatan ini, kesemua delegasi diberi taklimat dan dibawa melihat senario dan suasana tempat percetakan.Tujuan lawatan ini juga adalah untuk membuka ruang kerjasama antara kedua-dua syarikat percetakan dan penerbitan tersebut dalam bidang ilmu dan kemahiran industri. Kehadiran delegasi ini telah disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Dato (Dr.) Hussamuddin Hj. Yaacob serta pengurusan kanan syarikat. Suara Merdeka Network diwakili oleh CEO syarikat tersebut iaitu saudara Kukrit Suryo Wicaksono manakala dari Universitas Stikubang (Unisbank) diwakili oleh Dr. Hasan Abdul Rozak Bin Sofwan.


FSSR MENANDATANGANI BERSAMA MOU UNIVERSITI LUAR

UNTUK TINGKATKAN KERJASAMA STRATEGIK DUA HALA

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UiTM,Universitas Stikubang (Unisbank) & Suara Merdeka Network, Indonesia

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universitas Stikubang (Unisbank) & Suara Merdeka Network, Indonesia pada 16 November 2017 di Canseleri UiTM, Shah Alam. Majlis MOU ini berjaya mengeratkan lagi hubungan strategik dua hala antara dua buah universiti dari negara Asia Tenggara yang mementingkan kepentingan strategik bersama dalam pembangunan akademik dan penghasilan graduan profesional dan berkebolehpasaran yang tinggi Antara fokus utama MOU ini adalah program mobiliti dan pertukaran pelajar serta staf antara kedua-dua buah universiti. Seterusnya sebagai satu platform bagi kedua-dua pihak bekerjasama dalam mengendalikan seminar dan bengkel yang memberikan manfaat bersama di samping kerjasama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Usaha kerjasama ini sebenarnya telah lama terjalin melalui program latihan industri dimana seramai enam (6) orang pelajar dari Jabatan Teknologi Percetakan telah terlibat menjalankan latihan industri di Suara Merdeka dan Percetakan Sejati di Semarang. Selain itu, MOU ini turut menyentuh berhubung pertukaran bahan-bahan rujukan saintifik bagi kegunaan para akademik di kedua-dua buah universiti. Perkara ini dapat dikaitkan melalui program lawatan dan pertukaran ilmu telah dijalankan diantara pensyarah di Jabatan Teknologi Percetakan dengan pihak Universiti Unisbank. Majlis MOU ini telah dihadiri oleh barisan pegawai kanan bagi keduadua buah universiti yang mana UiTM diketuai oleh Naib Canselor di samping Penolong Naib Canselor (Research & Innovation), Dekan Fakulti, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Koordinator Program Teknologi Percetakan serta pensyarah.


PENGLIBATAN

PENSYARAH DALAM PENULISAN ILMIAH Dalam konteks penyelidikan, para pensyarah Jabatan Teknologi Percetakan turut terlibat dalam menghasilkan penyelidikan. Hasil penyelidikan telah berjaya dibentangkan dan diterbitkan dalam proceeding dan jurnal berindek seperti SCOPUS, IEEE, TOJET dan lain-lain. Tujuan penglibatan pensyarah dalam menghasilkan penulisan adalah untuk memberikan impak kepada UiTM ke arah membudayakan penyelidikan, disamping meningkatkan kedudukan universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

MUHAMMAD YUSUF MASOD

1. Masod, M. Y., Mohamad,(2015). Enhancing the Appearance of Printed Products Using Special Effects. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 547556). Springer Singapore. 2. Masod, M. Y. (2015). An Overview of the Book Printing and Publishing Industry in Malaysia. In International Colloquium of Art and Design Education Research (i-CADER 2014) (pp. 551-557). Springer, Singapore. 3. Masod, M. Y. (2015). The Implications of E-Book on PrintBook Industry: Will Printers Survive?. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 187-192). Springer, Singapore. 4. Masod, M. Y(2015). Practicing Environmental Protection in Printing Industry. 52(6), 497-499. 5. Masod, M. Y.(2015). Microscopic Image and Text Examination of Conventional and Digital Printouts. In International Colloquium of Art and Design Education Research (i-CADER 2014) (pp. 35-45). Springer Singapore. 6. Masod, M. Y.(2015). Enhancing the Appearance of Printed Products Using Special Effects. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 547-556). Springer Singapore.

7. Masod, M. Y.(2015). An Overview of the Digital Inkjet Printing for Fine Art Painting Reproduction. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 363-371). Springer Singapore. 8. Masod, M. Y.015). Basic Production Control in Magazine Production at Ultimate Print: A Case Study. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 481487). Springer, Singapore. 9. Masod, M. Y.2015). The Survey into the Implementation of Certified Digital Proofing. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 357-362). Springer, Singapore. 10. Masod, M. Y.(2015). A Survey of Offset Lithography Print Defects. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 489-497). Springer, Singapore. Engineering and Industrial Applications (ISBEIA), 2012 IEEE Symposium on (pp. 771-775). IEEE.

1. Rosnan, S. M015). The Implications of E-Book on PrintBook Industry: Will Printers Survive?. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH

2014) (pp. 187-192). Springer, Singapore. 2. Rosnan, S. M(2015). An Overview of the Book Printing and Publishing Industry in Malaysia. In International Colloquium of Art and Design Education Research (i-CADER 2014) (pp. 551-557). Springer, Singapore.

MAHADZIR MOHAMAD

1. Mohamad, M., Masod, M. Y., & Ahmad, R. (2015). Basic Production Control in Magazine Production at Ultimate Print: A Case Study. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 481-487). Springer, Singapore. 2. Mohamad, M., Masod, M. Y., Ahmad, R., Azim, I. N. A., & Ebenezer, J. S. (2015). The Survey into the Implementation of Certified Digital Proofing. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 357-362). Springer, Singapore.


INTAN NATASHA BT AZIM

1.Azim, I. N. A. (2016). A Study of Medication Label Among Elderly Person. Advanced Science Letters, 22(5-6), 1320-1322. 2.Azim, I. N. A. (2015). The Survey into the Implementation of Certified Digital Proofing. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 357-362). Springer, Singapore.

DR. MOHD KHAIRUL AZAHARI ABDUL RANI

2. Rani, M. K. A. A.(2008). Kajian kefahaman konsep seni islam di kalangan pelajar FSSR/S. Salahudin Hj. Suyurno, Aini Faezah Hj. Ramlan, Mohd Khairul Azahari Abdul Rani, Maziah Ab. Rashid. 3. Rani, M. K. A. A. (2007). A survey on the effectiveness of’mengkuang weaving’Cd-Rom for visual art education subject. 4. Rani, M. K. A. A.(2015). A study of comprehension in islamic visual communication concept among graphic design students in Universiti Teknologi MARA. e-Bangi, 10(2).

JUMADDI SHAFIA

1. Shafia, J. (2012, September). Identifying key digital prepress competence requirements for printing technology workforce. In Business, Engineering and Industrial Applications (ISBEIA), 2012 IEEE Symposium on (pp. 771-775). IEEE.

NOOR AZLY MOHAMMED ALI

1.Ali, N. A. M. (2015). Revisited Diffusion Theory: A Conceptual Framework for International Printing Standard Adoption in Malaysia. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 383392). Springer, Singapore. 2.Ali, N. A. M.(2015). Malaysian printing challenges in commercial printing. Turkish Online Journal of Educational Technology, 2015, 370-377.

ASSOC. PROF. HJ HAMIDIN HJ ABDULLAH

1.Ali, N. A. M. (2015). Revisited Diffusion Theory: A Conceptual Framework for International Printing Standard Adoption in Malaysia. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 383392). Springer, Singapore. 2.Ali, N. A. M.(2015). Malaysian printing challenges in commercial printing. Turkish Online Journal of Educational Technology, 2015, 370-377.

DR. SITI FARHANA ZAKARIA

1. Zakaria, S. F.016). A Study of Medication Label Among Elderly Person. Advanced Science Letters, 22(5-6), 1320-1322. 2. Zakaria, S. F.015). An Overview of the Book Printing and Publishing Industry in Malaysia. In International Colloquium of Art and Design Education Research (i-CADER 2014) (pp. 551-557). Springer, Singapore. 3. Zakaria, S. F.(2015). The Implications of E-Book on PrintBook Industry: Will Printers Survive?. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 187-192). Springer, Singapore. 4. Zakaria, S. F. (2015). Photodegradation of Materials: An Overview. In Proceedings of the International Symposium on Research of Arts, Design and Humanities (ISRADH 2014) (pp. 171178). Springer, Singapore. 5. Zakaria, S. F.,(2010). Using chemiluminescence to study the photodegradation of materials. In Materials Science Forum (Vol. 654, pp. 2414-2417). Trans Tech Publications.

ZULIYANTI HANIZAN AINUL AZYAN

1. Ainul Azyan, Z. H., Pulakanam, V. & Pons, D. (2017). Success factors and barriers to implementing lean in the printing industry: A case study and theoretical framework. Journal of Manufacturing Technology Management, 28(4), 458-484. 2. Azyan, Z. H. A. (2009). Improving digital camera’s raw data workflow in digital publishing applications (magazine)

Profile for Printech UiTM

Department of Printing Technology - Activities 2017 - 2018  

Department of Printing Technology - Activities 2017 - 2018  

Advertisement