INFOKUS UMT September 2022

Page 1

Bil. 80 www.umt.edu.my SEPTEMBER 2022 Sultan Terengganu Rasmi UMT Diving School Kelulutologi Raih Anugerah Berganda Bidong Merdeka Dive 2022 Saksi catatan The Malaysian Book of Records

Terkini di pasaran

MAZLAN ABD GHAFAR ISBN: 978-967-2793-36-6 Tahun: 2022 RM28.00

Sidang Redaksi

Penaung

YBhg. Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar

Kandungan

Sultan Terengganu Rasmi UMT Diving School

Kelulutologi Raih Anugerah Berganda

Bidong Merdeka Dive 2022 Saksi catatan The Malaysia Book of Records

INOS Buka Peluang Masyarakat Hayati Dunia Bawah Laut

Bukit Buchu Warisan Geologi Unggul yang Perlu Dipelihara

UMT Tegar Bersama Komuniti Pupuk Kesedaran Hargai Lautan

AKUATROP Laksana Konservasi Organisma Marin di Pulau Tioman

AKUATROP dan Persekutuan Pengakap Malaysia Tumpu Ternakan Akuakultur

Masyarakat Bali Ada Apa Pada Nama?

Teknologi AI Mudahkan Pengecaman Penyu

Penasihat

Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh

AKUATROP Laksana Pemindahan Ilmu Teknologi Biofloc dalam Industri Akuakultur

UMT & Lembaga Muzium Negeri Terengganu Meterai kerjasama penyelidikan Manuskrip Al-Quran Emas Terengganu

FPSM Laksana Kursus Asas Pengendalian Dron dalam Pertanian

AKUATROP Jejak Hidupan Akuatik di Pergunungan Lojing

Pensijilan Profesional HACCP dan Eksekutif Halal Bantu Kebolehpasaran Graduan Sains Makanan

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Pereka Grafik

Mohd Fadli Abdullah

Pembaca Pruf

Nurul Aina Najihah Ab Wahid

Jurufoto

Kru Media Kreatif

UMT Tuan Rumah Penarafan Penilaian SETARA 2020 Zon Timur

AKUATROP Sebar Ilmu Akuakultur di Sekolah dan Pusat Komuniti

Kumpulan RIG BioSES Kuasai Teknik Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi Microbes Care Day Dedah Peranan Mikroorganisma

DISCOVER UMT 2022 Tarik Minat Belajar di UMT

Program Eksplorasi Jawi Pupuk Kecintaan Warisan Alam Melayu E-ADUAN Mudahkan Pengurusan Aduan Kolej Kediaman

Lawatan Penanda Aras Makmal Tingkatkan Pendedahan Keselamatan

FPM Suntik Semangat Pelajar Pasca Pandemik

Perakuan Kecekapan Profesional GMDSS-GOC Tingkat Kebolehpasaran Graduan FPM

Modul Pengajaran dalam Talian Perkasa Para Guru

Program Mobiliti Antarabangsa Prakarsa Pembangunan Holistik Pelajar

Alumni Kelab

Kolej

tekad bantu Jejak Alumni UMT

Alu Kehadiran Pelajar baharu

Hak Cipta Terpelihara © 2022. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.

DEMI
Kediaman
Diploma dan Asasi STEM Renungan 4 8 10 12 16 20 24 26 28 32 34 36 38 40 44 46 48 50 51 52 54 56 57 58 60 62 64 66 68 69

Sultan Terengganu Rasmi UMT Diving School

4 FOKUS
oleh: Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman
Pusat
Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan

S

atu lagi sejarah tercipta buat UMT dengan wujudnya pusat selam skuba UMT Diving School. Perasmian pusat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, AlWathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 8 Ogos 2022 di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong.

Menurut Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, pusat ini berperanan dalam menyediakan perkhidmatan operasi bagi semua aktiviti selam skuba di UMT merangkumi perkhidmatan penyelam profesional, aktiviti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran, kemudahan sewaan peralatan serta arkeologi bawah air.

“UMT Diving School turut memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan fasiliti yang berkaitan dengan selam skuba bagi kerja-kerja penyelidikan dasar laut, serta pembelajaran dan pengajaran untuk kegunaan pelajar dan penyelidik UMT sama ada di peringkat nasional mahupun global,” ujarnya lagi.

Selain itu juga, bagi menyokong dasar inklusif orang kurang upaya (OKU) Kementerian Pengajian Tinggi, UMT

5Infokus September 2022
1
6 FOKUS

dengan kerjasama agensi Diveheart Malaysia turut melibatkan penyertaan pelajar OKU dalam menjayakan program special ability diver.

Sempena Majlis perasmian UMT Diving School, Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut berkenan melakukan selaman skuba di beberapa lokasi selaman. Turut hadir ke majlis, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja selaku Duta Konservasi Alam Sekitar UMT dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azhar Abbas.

Untuk rekod, UMT adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai pusat selam skuba yang kini beroperasi di kampus utama dan di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong. Pada

November 2021 yang lalu, stesen ini telah dipilih oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sebagai lokasi

The 1st ASEAN Underwater Mini Landmark dan penganjuran ASEAN Seminar on Preservation Protection of The Underwater Cultural Heritage yang ternyata menjadi penanda aras kepentingan fungsi stesen ini dalam penyelidikan marin selain memperkasakan pelancongan pendidikan di negeri Terengganu.

Sementara itu, penemuan secara tidak sengaja sebuah kapal karam yang dikenali “the bidong shipwreck” di perairan Pulau Bidong telah membuka satu lembaran baharu kepada kajian penerokaan bidang arkeologi dan konservasi bawah air.

7Infokus September 2022
1. Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Terengganu disambut oleh Naib Canselor UMT 2. KDYMM Tuanku Sultan dan YAM Tengku Puteri Utama Raja sedang melakukan surface interval bagi persediaan selaman di lokasi berikutnya.
2

Kelulutologi RaihBergandaAnugerah

Buku Kelulutologi: Merungkai Misteri Kelulut, Alam dan Kehidupan Manusia hasil karya Profesor Dr. Shamsul Bahri Abd Razak telah merangkul Anugerah Buku Negara 2022 bagi kategori Buku Umum Terbaik (Alam Semulajadi

& Penyelidikan). Majlis penganugerahan tersebut diadakan pada 23 Ogos 2022 sempena Ekspo Buku Malaysia dan Persidangan Buku Antarabangsa 2022 di Universiti Putra Malaysia.

8 FOKUS8
oleh: Rozita Alias@Abdul Latiff Mohd Afifullah Ahmad Pejabat Komunikasi Korporat | Penerbit UMT

Lebih manis, buku ini turut meraih Anugerah Buku Ilmiah Terbaik (Sains Tulen) dalam Majlis Anugerah Tahunan UMT 2021 bagi kategori Anugerah Julangan Bakat pada 12 September 2022.

Buku Kelulutologi merupakan nukilan hasil pengalaman penulis menyelidik bidang kelulut selama 10 tahun. Buku ini mengupas sifat, kepelbagaian dan ciri kelulut, peranan dan hubungan kelulut di dalam melestarikan kehidupan manusia serta alam sekitar serta pengalaman pengembaraan penulis di dalam merungkai misteri kelulut Indo-Malaya di negaranegara Nusantara.

Kelulutologi juga mengandungi foto-foto makro kelulut yang cantik dan berwarna-warni. Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan bukan sahaja ahli akademik malah orang awam terutama pengusaha dan peminat kelulut. Buku ini juga telah diulang cetak sebanyak tiga kali.

Menurut Prof. Dr. Shamsul Bahri pengiktirafan buku Kelulutologi melalui dua anugerah yang diperolehi merupakan hadiah istimewa kepada semua pemain industri kelulut yang selama ini banyak memberi inspirasi.

Ujarnya lagi anugerah ini menjadi pendorong untuknya terus aktif meneroka “dunia kelulut”.

9Infokus September 2022 9

Bidong Merdeka Dive 2022 Saksi catatan The Malaysia Book of Records

oleh:

Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Rafidah Hanipah @ Razali Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan

Bidong Merdeka Dive kembali untuk tahun 2022 setelah dua tahun menyepi. Pasca COVID-19, Bidong Merdeka Dive 2022 telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar dan turut diadakan bersempena sambutan Terengganu Dive Month 2022 selain meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan.

Bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan ke-65, Keluarga Malaysia Teguh Bersama, UMT dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah merangka pelbagai acara menarik bagi mempromosikan Pulau Bidong, Pulau Perhentian dan Pulau Tenggol sebagai pulau pelancongan di negeri Terengganu. Pelancaran Terengganu Dive Month 2022 disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Fadli Yusof Zakaria. Sambutan yang diadakan di Stesen Penyelidikan Alami

Marin UMT Pulau Bidong ini mengangkat tema “Dive for Freedom” sebagai simbolik apresiasi kemerdekaan diri dan alam sekitar.

Kemuncak sambutan adalah program ‘Terengganu Inggu Back to Nature’ yang memperoleh pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records di mana sebanyak 1270 ekor ikan Inggu dilepaskan secara serentak di Perairan Pulau Bidong.

“Projek ini adalah hasil kerjasama Pusat Penetasan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Liew Hon Jung. Manakala Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) di bawah seliaan Prof. Madya Dr Hasrizal Shaari menyumbang kepakaran dalam aktiviti persampelan dan penyelam skuba yang berpengalaman dengan persekitaran di perairan Pulau Bidong,” ujar Profesor Dato Dr.Mazlan.

FOKUS
Lapangan

UMT turut berperanan dalam mendidik masyarakat untuk menghargai populasi spesies ikan Inggu dan mengawal aktiviti pencerobohan di kawasan stesen tersebut. Melalui usaha pembangunan projek seumpama ini dijangka mampu mencipta impak mengimbangi hidupan lautan melalui inisiatif pemuliharaan ekosistem bawah air, alam sekitar dan khazanah dasar laut.

Di samping itu, UMT menyemai kesedaran menjaga kelestarian sejagat demi kepentingan generasi akan datang dan menyokong pembangunan citra pelancongan pulau di Terengganu khususnya di Pulau Bidong yang penuh dengan warisan sejarah, keunikan alam semulajadi dan arkeologi bawah air.

11Infokus September 2022

INOS Buka Peluang Masyarakat Hayati Dunia Bawah Laut

Membawakan tema “Dunia di Bawah Laut: Cerita dari Laut China Selatan” UMT menambah seri World Oceans Week (WOW) dengan memberi peluang kepada komuniti serta pelajar-pelajar sekolah untuk sama-sama menerokai keindahan dan rahsia lautan dengan penganjuran RRC@INOS Open Day 2022 oleh Pusat Rujukan & Repositori (RRC) Laut China Selatan, INOS.

Menurut Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Mazlan Abd Ghaffar, sambutan WOW peringkat UMT diteruskan melalui Pusat Rujukan & Repositori (RRC) Laut China Selatan, INOS dengan penganjuran RRC@INOS Open Day 2022. Hari Terbuka RRC telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Mazlan Abd Ghaffar pada 12 Jun 2022.

12 FOKUS
oleh: Rozita Alias @ Abdul Latiff Pejabat Komunikasi Korporat
1

“RRC diwujudkan untuk melengkapkan proses ingin tahu, penemuan dan pembelajaran tentang persekitaran marin melalui pengurusan spesimen dan pemindahan ilmu yang diperolehi dari spesimen yang dikaji oleh para penyelidik. Dari segi sejarah, RRC ditubuhkan sebagai Muzium Biodiversiti pada tahun 2004”, kata Naib Canselor dalam ucapan perasmian.

Tambahnya, “sebagai sebuah universiti yang mempunyai bidang tujahan dalam sains marin dan sumber akuatik, penyelidikan, pembentukan pengetahuan baru, pemindahan serta perkongsian ilmu di UMT sememangnya berkait rapat dengan persekitaran dan ekosistem akuatik”.

“Para pensyarah, penyelidik dan pelajar UMT akan berinteraksi rapat dengan organisma serta persekitaran bagi memahami proses ekologi, pengaruhnya

kepada manusia dan kesan aktiviti manusia kepada alam. Ini memerlukan sebahagian spesimen sama ada haiwan, tumbuhan, tanah atau sedimen dibawa balik dan disimpan sebagai rujukan dan kajian pada masa hadapan”.

“Di sinilah RRC memainkan peranan penting dalam menguruskan spesimenspesimen ini kekal dalam keadaan yang terbaik supaya kajian dan rujukan oleh penyelidik dapat dilakukan secara berterusan”.

Ujarnya lagi sebahagian besar spesiesspesies yang berasal dari kawasan Malaysia disimpan di beberapa pusat repositori luar negara seperti di Eropah, Amerika dan negara jiran. Dengan kata lain, banyak maklumat kekayaan semula jadi Malaysia berada di negara asing.

13Infokus September 2022
1. Naib Canselor mencuba prototaip yang dipamerkan usai majlis perasmian RRC@INOS
Open Day 2022

Rentetan itu, RRC sebenarnya memainkan khidmat negara yang sangat penting sebagai ‘perpustakaan’ yang menyimpan bukti fizikal kepelbagaian alam semula jadi Malaysia. Telah banyak penerbitan saintifik menggunakan spesimen yang disimpan di RRC.

RRC berusaha mewujudkan pentas pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif untuk pelajar, belia dan golongan dewasa. Semua ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan pengetahuan mengenai peranan dan fungsi RRC kepada masyarakat dan negara, serta potensi besar RRC untuk menjadi sebuah Pusat Repositori dan Rujukan alam semula jadi marin yang terkenal di dunia.

Sementara itu, Pengarah INOS, Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir, berkata RRC

mempunyai koleksi spesimen alam semula jadi dan sehingga kini RRC mengurus dan menyimpan hampir 50 ribu spesimen terdiri daripada spesimen zoologi (haiwan), botani (tumbuhan), geologi (sedimen dan fosil) dan juga genomik (untuk kajian genetik).

Lebih membanggakan, terdapat 70 spesimen yang dikelaskan sebagai ‘type’ spesimen iaitu spesimen yang digunakan untuk menamakan spesies baru dalam sains. Kesemua spesimen ini mempunyai nilai keseluruhan hampir RM7.5 juta.

Ujarnya lagi, pengurusan spesimen dan data di RRC juga adalah mengikut amalan antarabangsa berdasarkan kepada format National Park Service, Amerika Syarikat yang diguna pakai oleh banyak muzium alam semula jadi di pelbagai negara. RRC juga telah menaik taraf pangkalan data dan

14 FOKUS

kini menggunakan perisian Proficio yang mana turut diguna pakai oleh Smitsonian Institution, Amerika Syarikat.

Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Sustainable Ocean Alliance (SOA) dan UNIQLO. SOA merupakan satu komuniti global bagi golongan belia, usahawan, pakar dan penyelidik, yang mana semuanya bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh lautan.

UMT turut teruja apabila UNIQLO yang merupakan jenama pakaian dari Jepun sudi melibatkan diri dengan masyarakat terutama di Terengganu untuk lebih cakna kepada kelestarian alam sekitar marin. Selain dari tajaan bagi program RRC@INOS Open Day, UNIQLO turut menyumbangkan mesin Plastic Upcyling bagi kitar semula plastik. UMT bersedia untuk bekerjasama dengan UNIQLO dalam pelbagai aspek seperti mengurangkan jejak karbon dalam industri pakaian dan fesyen.

15Infokus September 2022

Bukit Buchu

Warisan Geologi Unggul Yang Perlu Dipelihara

Bukit Buchu adalah sebuah bukit terasing yang terletak di Mukim Batu Rakit, Daerah Kuala Nerus, Terengganu. Tapak warisan geologi ini merupakan dedahan permukaan batuan yang sangat kaya dengan kepelbagaian jenis fosil hidupan marin kuno. Secara amnya, singkapan batuan di bahagian Bukit Buchu terdapat di beberapa tempat sahaja dan kebanyakannya hampir musnah disebabkan oleh aktiviti manusia dan proses tabii seperti luluh hawa dan hakisan.

Unit batuan yang tersingkap di bahagian Bukit Buchu ini terdiri daripada batu pasir, batu pasir bertuf dan batu

lumpur. Oleh kerana sebahagian unit batuan ini mengalami proses metamorfisma iaitu proses yang disebabkan oleh tekanan dan suhu yang tinggi, mineral batuan ini telah berubah struktur kepada sifat mineral yang lebih padat dan pengaturan mineral yang selari membentuk jalur foliasi. Batuan yang mengalami proses metamorfisma ini dikategorikan sebagai batuan metamorfisma gred rendah dan dikenali sebagai meta-arenit dan sabak.

Singkapan batuan yang tersingkap di Bukit Buchu mencapai ketebalan keseluruhan kira-kira 60 meter secara mensisi. Keadaan lapisan-lapisan batuan

oleh: Dr. Muhd Nur Ismail Abdul Rahman Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
FOKUS

jelas kelihatan dengan perbezaan warna batuan yang lebih ketara. Batu pasir menunjukkan warna yang lebih cerah manakala batu lumpur memberi warna yang gelap. Apa yang menariknya terdapat struktur-struktur lapisan silang palung menjelaskan yang dulunya batuan ini adalah hasil pengendapan di kawasan pesisir atas laut cetek.

Warisan Geologi

Bukit Buchu adalah warisan geologi unggul bernilai saintifik tinggi disebabkan oleh kewujudan berbagai jenis fosil hidupan

marin kuno antaranya brakiopoda, bryozoa, karang, trilobit dan krinoid yang berusia sekitar 350 juta tahun. Teradapat juga fosil-fosil tumbuhan darat yang terawet bersama terutamanya pakis. Kepelbagaian spesies fosil ini telah ditemui oleh para pengkaji terdahulu ketika menjalankan kajian geologi di kawasan ini. Fosil-fosil ini sangat melimpah di suatu lapisan batuan tertentu khususnya di bahagian lapisan batu lumpur.

Kepelbagaian spesies fosil ini menjadikan Bukit Buchu termasuk dalam salah satu kategori warisan geologi yang bernilai sangat tinggi di Malaysia. Kajian

1. runtuhan batuan di tebing bukit

Kesuluruhan gambar krinoid (crinoid)

Batang fosil krinoid (Crinoid stem)

2.
3.
1 32

terhadap fosil ini mampu mendedahkan perbagai aspek mengenai sekitaran lampau termasuklah perubahan iklim lampau, perubahan aras air laut lampau dan sekitaran pengendapan lampau. Pada masa ini Bukit Buchu menjadi tapak pengajaran dan pembelajaran bagi kursus geologi beberapa universiti tempatan.

Ancaman

Sebahagian daripada bukit di sekitar kawasan Bukit Buchu telah diteroka untuk tujuan pembangunan dan juga bagi mendapatkan sumber tanah dan batu bagi tujuan pembangunan prasarana sekitarnya. Walaupun kawasan Bukit Buchu telah diwartakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 19 Disember 2019, namun kesan daripada aktiviti manusia ini sedikit sebanyak menganggu kawasan lot tanah yang diwartakan itu. Kawasan ini terdiri daripada batuan yang lemah yang berkemungkinan besar

menjadi faktor kecenderungan untuk sesuatu singkapan itu cepat runtuh. Batuan yang lemah ini bermaksud batuan yang mempunyai retakan akibat terdedah daripada agen-agen hakisan seperti air.

Saranan kelestarian dan pemantauan Melihat kepada kemerosotan singkapan saban tahun yang diakibatkan oleh tindakan proses tabii dan aktiviti manusia, beberapa cadangan langkah perlu diambil untuk mengekalkan kelestarian warisan geologi yang terdapat di Bukit Buchu ini.

Cadangan pertama, memagari kawasan di sekeliling singkapan yang kaya dengan fosil untuk orang awam dapat membezakan lot tanah-tanah yang diwartakan sebagai tapak warisan geologi dan bukan diwartakan sebagai tapak warisan geologi.

Cadangan kedua, membina struktur peneduh di singkapan batuan yang kaya

18 FOKUS
4 5

6

dengan fosil dengan atap yang sesuai untuk mengelakkan daripada hujan.

Cadangan ketiga, menjalankan aktiviti penstabilan cerun dan langkah mitigasi yang sesuai untuk mengelakkannya daripada runtuh.

Cadangan keempat, langkah terkehadapan diperlukan seperti melakukan kaedah pemeliharaan exsitu dengan membina galeri di tapak tersebut bagi mempamerkan fosil-fosil yang terdapat di Bukit Buchu. Galeri awam tersebut boleh diuruskan oleh masyarakat setempat dan mampu meningkatkan sumber ekonomi masyarakat. Langkah sedemikian mampu menjamin kelestarian sumber warisan geologi dan pada masa yang sama menjadi asas pendidikan dan kesedaran awam serta membantu mempromosi sumber warisan geologi di Malaysia.

Dan cadangan kelima, Membina prasarana asas seperti papan maklumat menjelaskan warisan geologinya, kawasan

letak kereta, pondok rehat serta tandas awam bagi memudahkan pengunjung untuk melawat tapak tersebut.

Rancangan pembangunan jangka masa panjang dengan melakukan sesuatu yang mampu menjana ekonomi masyarakat setempat boleh dibincangkan dengan pelbagai pihak dari pelbagai sudut agar kawasan ini dapat diselenggarakan dengan baik dan akhirnya menjadi salah satu sumber pendapatan kepada masyarakat setempat. Mudah-mudahan dengan saranan tersebut kita mampu menjaga sumber warisan bernilai tinggi ini lantas menjadi pencetus kesedaran untuk sama-sama menjaga sumber warisan di tempat lain di Malaysia.

Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr. Che Aziz Ali atas semakan penulisan artikel dan pihak media kreatif UMT, Dr. Afiq Durani dan En. Hung Yung Tang atas perkongsian fotofoto fosil.

4. Fosil trilobite dan brakiopoda.

5. Kepelbagaian limpahan fosil laut (trilobite, krinoid, brakiopoda)

6. Fosil tumbuhan

19Infokus September 2022

UMT BersamaTegarKomuniti Pupuk Kesedaran Hargai Lautan

Sambutan World Oceans Week 2022 (WOW2022) merupakan acara tahunan UMT sejak tahun 2013 sempena World Oceans Day (WOD) yang merupakan aktiviti kesedaran mengenai kepentingan laut peringkat global. Ia disambut seluruh dunia pada 8 Jun setiap tahun. Program WOW sinonim dengan UMT yang memfokuskan bidang marin adalah simbol manifestasi tanda sokongan UMT terhadap usaha kempen WOD UNESCO. UMT menggalas semangat WOD dengan menyampaikan mesej kesedaran global ke peringkat lokal dan komuniti setempat berkaitan kepentingan menjaga kebersihan sumber laut.

Bertemakan “Revitalization: Collective Action for the Ocean”, WOW 2022 dilaksanakan dengan pengisian

pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran dan peluang kepada masyarakat untuk bersama UMT melindungi alam sekitar dan menyemai semangat memulihara dan melindungi biodiversiti marin. Melalui aktiviti yang dilaksanakan juga, UMT turut menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga, memelihara

20 FOKUS

dan menghargai sumber laut dalam kehidupan seharian.

Usaha-usaha ini secara langsung mempromosikan bidang nic UMT iaitu ilmu kelautan dan sumber akuatik serta meletakkan UMT sebagai universiti peneraju dalam bidang kelautan. WOW 2022 juga merupakan salah satu usaha

tanggungjawab sosial UMT (USR) untuk sama-sama meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar marin dalam kalangan komuniti setempat dalam menjaga kepentingan sumber lautan.

Pelancaran sambutan WOW2022@ UMT diadakan menerusi kolaborasi bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim

21Infokus September 2022

Malaysia (APMM) sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim pada 6 Jun 2022 bertempat di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Seramai 3,000 orang peserta telah menjayakan program ini yang terdiri daripada para pelajar, agensi dan komuniti untuk bersama-sama menghayati kepentingan laut.

Kolaborasi antara UMT, APMM, MBKT dilihat sebagai satu peluang kerjasama yang baik dalam usaha menyebarluaskan program WOW. Sambutan WOW 2022 selama hampir dua minggu juga turut menyaksikan pelbagai aktiviti dilaksanakan di kampus UMT, Pantai Batu Buruk dan Setiu. Antaranya ialah

22
FOKUS

pameran, pertandingan Membina istana pasir, kejohanan Beach Soccer WOW, pertandingan mewarna, Beach Clean Up dan Explorace.

Pertandingan Membina Istana Pasir telah disertai oleh 23 kumpulan mengikut kategori awam, IPTA dan sekolah. Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Yoto dan menerima wang tunai RM300 berserta hamper. Pertandingan mewarna telah disertai 100 orang kanak-kanak melibatkan tiga kategori iaitu Kategori A (4 hingga 6 tahun), Kategori B (7 hingga 9 tahun) dan Kategori C (10 hingga 12 tahun). Acara WOW Beach Soccer telah disertai oleh beberapa agensi antaranya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, RELA, Agensi Penguatkuasaan Maritim, UMT dan Syarikat Air Terengganu. Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Majlis Bandaraya

Kuala Terengganu, diikuti oleh Syarikat Air Terengganu dan APMM & RELA. Bagi acara Beach Clean Up pula, sampah seberat 126.2 kg telah berjaya dikutip oleh para pelajar dan komuniti. 84.6kg sampah yang berjaya dikutip ini adalah bahan plastik.

Menutup tirai bulan sambutan WOW 2022, telah diadakan “International Talk on Maritime” dengan tema “Training, Visibility and Recognition: Opportunities and Rewards for Women in Maritime”. Program bual bicara secara dalam talian yang dihoskan oleh Fakulti Pengurusan Maritim ini diadakan dengar kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, dan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar.

23Infokus September 2022

AKUATROP

Laksana Konservasi Organisma Marin di Pulau Tioman

Satu majlis ringkas Pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara UMT dan Raden Endurance Empire telah berlangsung di Pulau Tioman, Pahang pada 7 April 2022. Melalui LOI ini, Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (HICOE), Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) akan menjalankan aktiviti Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) dengan pemindahan ilmu mengenai pengurusan ikan inggu dan udang terumbu karang untuk amalan terbaik dalam memulihara hidupan marin di alam semula jadi.

Selain itu, AKUATROP juga berhasrat untuk mewujudkan bakat dalam bidang akuakultur dalam kalangan masyarakat Pulau Tioman. Menurut Pengarah Urusan Raden Endurance Empire, En. Muhammad Nur Al Haziq Norzin, pihak beliau juga bersetuju untuk menempatkan pelajar latihan industri dari UMT di tempat mereka secara berkala.

Selain itu, sikap penduduk kampung yang mengutamakan kebersihan dan penjagaan persekitaran menjadikan Pulau Tioman berada dalam keadaan yang amat bersih walaupun mempunyai kepadatan penduduk hampir mencapai 5000 orang. Kesedaran untuk menjaga alam sekitar ini wajar dipuji dan dicontohi.

Usaha untuk menjaga kehidupan marin dan alam sekitar juga dapat dilihat dengan penduduk secara sukarela melaksanakan aktiviti kitar semula serta memasang lampu malap pada waktu

24 FOKUS
Oleh: Suhairi Mazelan, Prof. Madya Dr. Liew Hon Jung Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan
1

malam bagi premis di tepi pantai untuk tidak mengganggu penyu bersarang. Ini menjadikan Kampung Juara sebagai lokasi yang sesuai untuk dijadikan hub kepada aktiviti konservasi dan edu pelancongan untuk kepelbagaian biodiversiti di Pulau Tioman.

1. Sesi Pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara UMT dan Raden Endurance Empire.

2. Aktiviti pemantauan kualiti sumber air semula jadi dilakukan dengan menggunakan YSI multiparameter menunjukkan kualiti sumber air adalah sangat baik dan bersih.

3. Pemandangan di sekitar Kampung Juara, Pulau Tioman yang bersih serta bebas daripada sampah domestik menunjukkan kesedaran yang tinggi penduduk tempatan betapa pentingnya menjaga alam sekitar melalui aktiviti kitar semula.

4. Antara spesis hidupan terumbu karang yang terpilih untuk dijalankan pembiakbakaan dan pelepasan semula di Kampung Juara, Pulau Tioman, Pahang; i. Ikan inggu/False clownfish (Amphiprion ocellaris) ii. Udang darah/Blood Red Fire Shrimp (Lysmata debelius) dan iii. Udang Pembersih Pasifik/Pacific cleaner shrimp (Lysmata amboinensis).

25Infokus September 2022
2 3 4

AKUATROP dan Persekutuan Pengakap Malaysia Tumpu Ternakan Akuakultur

Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (HICOE), Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) mempergiat sumbangan dalam bentuk perkhidmatan sosial yang dikenali sebagai Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) dengan memindahkan ilmu kepada masyarakat sekitar. Aktiviti khidmat sosial ini bukan hanya terhad kepada komuniti setempat malah kepada pelbagai agensi pertubuhan bukan kerajaan serta swasta.

Pada 2 April 2022, Majlis Pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara UMT dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Seminar INOS UMT. Usahasama ini akan memungkinkan perkongsian

pengetahuan dalam amalan akuakultur terbaik dalam membangunkan pengurusan akuakultur yang memberi tumpuan kepada penternakan udang galah dan ikan air tawar melalui beberapa siri latihan praktikal. LOI ini juga berhasrat untuk membangunkan bakat dan pengusaha dalam bidang akuakultur dalam kalangan ahli pengakap yang merupakan pesara, guru dan peniaga kecil-kecilan.

“Sumbangan ini datang dalam bentuk perkhidmatan sosial yang dikenali sebagai Tanggungjawab Sosial Universiti (USR). UMT melaksanakan USR untuk memindahkan pengetahuan kepada masyarakat sekitar.” Tambah Prof. Zamri, program pemindahan ilmu dijalankan dalam pelbagai bentuk sama ada secara

26 FOKUS
oleh: Prof. Madya Dr. Liew Hon Jung Dr. Sharifah Rahmah Syed Muhammad Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan |Fakulti Perikanan dan Sains Makanan
1

2

amali atau melalui platform digital. “Ini termasuk bengkel, kursus, perundingan, dan perkongsian hasil penyelidikan UMT,” katanya lagi.

Kerjasama antara AKUATROP dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan memberi tumpuan kepada penternakan spesies air tawar seperti ikan keli, tilapia atau udang galah. Projek itu akan dilaksanakan di Bukit Sawa, Marang yang kini merupakan lokasi penanaman rock melon serta pisang dan mempunyai kolam semula jadi yang sesuai untuk aktiviti akuakultur.

Projek ini dijangka akan dapat memanfaatkan ahli Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu yang berpendapatan rendah terutamanya golongan B40 untuk menjana pendapatan tambahan serta menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan akuakultur.

3

1. Majlis Pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara En Shahrul Azwan Mohamad @ Endut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu dengan Prof. Mhd. Ikhwanuddin Abdullah, Pengarah AKUATROP dan turut disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu serta Prof. Ts. Dr Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UMT.

2. Kolam semula jadi air tawar yang akan dibangunkan sebagai kolam ternakan spesies air tawar seperti ikan keli, tilapia atau udang galah di Bukit Sawa, Marang.

3. Prof. Madya Dr. Liew Hon Jung dibantu oleh Dr Sharifah Rahmah Syed Muhammad menjalankan pemeriksaan kualiti air di kolam air tawar semula jadi di Bukit Sawa, Marang.

27Infokus September 2022

Masyarakat Bali Ada Apa Pada Nama?

‘Gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama’ sangat sinonim dengan amalan di Bali yang memandang nama sebagai suci dan penting. Di Bali, dua perkara yang mempengaruhi nama seseorang iaitu warna dan susunan kelahiran. Warna merujuk kepada klasifikasi masyarakat atau dikenali juga dengan catur warna.

28 FOKUS
Oleh: Dr. Isma Rosila Ismail Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan

Di Kepulauan Bali, nama memainkan peranan penting kerana dengan namalah seseorang itu dapat dikenal pasti kasta, status dan kedudukan seseorang. Melalui nama, status sosial dapat dikenal pasti dan menjadikan komunikasi antara mereka mudah dan berkesan.

Nama mengikut susunan kelahiran biasanya digunakan oleh masyarakat

dari kumpulan kasta rendah yang dikenali sebagai Sudra. Mereka menggunakan susunan kelahiran dalam memberikan nama kepada anak-anak. Sistem ini masih digunakan di tiga wilayah di Bali iaitu Lembongan, Penida dan Ceningan serta di beberapa bahagian barat Lombok.

Sistem mengikut susunan kelahiran ini tidak membezakan antara anak lelaki

29Infokus September 2022
1. Sumber: https://cutt. ly/9C3OGj6 2. Sumber: https://cutt.ly/ ZC31WEN1 2

FOKUS

dan perempuan. Kebanyakan orang di Bali memiliki nama pertama yang sama. Kadangkala “I” (disebut seperti “e”) diletakkan di depan untuk menunjukkan lelaki, dan “Ni” untuk wanita.

Nama anak pertama mengikut susunan kelahiran ialah Wayan, Putu, atau Gede. Anak kedua diberi nama Dibuat, Kadek atau Nengah. Anak ketiga dinamakan Nyoman dan Komang manakala anak keempat

diberi nama Ketut. Anak kelima kembali dinamakan Wayan kadang kala kata Balik ditambah yang bermaksud “kembali, ulangi”.

Nama keluarga tidaklah selalu digunakan di Bali. Biasanya apabila masyarakat Bali memperkenalkan diri, mereka akan menggunakan nama mengikut susunan kelahiran seperti Wayan, Ketut, dan lain-lain.

30

Nama yang mengikut catur warna berdasarkan status pekerjaan dan fungsi mereka dalam masyarakat diamalkan dalam kalangan kasta tinggi yang dikenali sebagai Kasta Kesatria. Nama-nama seperti Ida Bagus, Dewa, Gusti, Anak Agung (lelaki), Anak Agung Istri (perempuan), dan Tjokorda memberikan satu tanda kepada orang lain mengenai kedudukan atau hierarki seseorang.

Nama-nama ini digunakan sehingga hari ini walapun sistem kasta tidak lagi digunakan dalam masyarakat Bali. Akan tetapi cara mereka berkomunikasi, bertindak dan memberikan maklum balas adalah berbeza-berbeza bergantung kepada nama si pendengar atau penerima maklumat tersebut.

Dalam Kasta Brahmana, nama menunjukkan asal usul seseorang individu sebagai contoh, Ida Bagus (untuk lelaki Brahman) dan Ida Ayu (untuk wanita Brahman). “Ida Bagus Oda” misalnya akan menjadi lelaki Brahman yang pertama lahir dari seorang ibu Brahman. Manakala nama seperti “Anak Agung Istri Made Rai” merupakan puteri kedua, keenam atau kesepuluh daripada seorang ibu yang berstatus rakyat biasa.

Klasifikasi catur warna juga boleh menunjukkan pekerjaan seseorang contohnya Brahmana biasanya seseorang yang sangat alim dan merupakan ketua agama yang secara lazimnya menggunakan gelaran Ida Bagus atau Ida Ayu. Manakala Ksatria merujuk kepada seseorang yang berjawatan sebagai panglima, kebiasaannya menggunakan gelaran I Dewa, I Gusti atau Anak Agung.

Wasya pula merujuk kepada ahli ekonomi atau ahli perniagaan. Nama mereka biasanya bermula dengan “I” untuk lelaki dan “Ni” untuk wanita. Akhir sekali Sudra merujuk kepada pekerjaan sebagai buruh, biasanya nama atau gelaran yang digunakan sama seperti Wasya.

Nama-nama ini juga membawa maksud yang tersendiri iaitu Gusti membawa makna pemimpin manakala Agung bermaksud hebat dan Tjokorda bermaksud kaki para dewa. Wayan pula bererti anak pertama, Made bermaksud anak kedua atau tengah manakala Nyoman bermaksud anak ketiga. Ketut pula membawa maksud anak keempat atau ‘pisang kecil’ yang berasal dari perkataan kuno “Kitut” iaitu sebiji pisang kecil di hujung sekali pada sesisir pisang.

Secara asasnya, struktur nama di Bali mempunyai tiga bahagian iaitu catur warna, susunan kelahiran dan nama sebenar atau nama tambahan yang membawa maksud yang baik-baik. Sebagai contoh, Ida Bagus Gede Wacika adalah nama daripada rangkaian catur warna Brahmana, susunan kelahiran anak pertama manakala nama sebenar adalah Wacika yang berasal daripada perkataan Sanskrit yang membawa maksud ucapan yang baik.

Ternyata nama-nama masyarakat Bali bukan sekadar nama dan kelahiran tetapi mempunyai banyak makna di sebalik nama tersebut. Selepas ini, jika anda berjumpa dengan rakan dari Bali, anda sudah tahu serba sedikit maklumat mengenai identiti mereka.

31Infokus September 2022

Teknologi AI Mudahkan Pengecaman Penyu

Pengecaman penyu dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) merupakan salah satu kejayaan penting yang boleh dicapai dalam penyelidikan sains marin. Teknologi ini digunakan untuk mengenal pasti dan menjejak haiwan individu dalam populasi sekali gus membantu pemuliharaan ekosistem marin. Para penyelidik sebelum ini menggunakan tag pengenalan dan GPS untuk menjejak penyu.

Penglibatan dan sokongan daripada pihak yang berautoriti amat penting bagi memelihara hidupan penyu. Justeru, Pertemuan awal kumpulan penyelidik daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) yang diketuai Profesor Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam bersama pegawai Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menghasilkan satu set data wajah penyu di sekitar Pulau Redang.

32 PENYELIDIKAN

Untuk itu, Pasukan penyelidik FTKKI turun ke lapangan bagi menjalankan proses pengumpulan data imej pada 29 dan 30 Jun 2022 di Pantai Mak Kepit, Pulau Redang. Projek penyelidikan ini turut dibantu oleh Encik Mohammad Fathullah Ruslan, pegawai FRIRA agar data dapat dikumpulkan dengan cara yang dibenarkan dan mengikut prosedur operasi standard.

Pantai ini menjadi pilihan kerana ia merupakan antara lokasi utama pendaratan penyu di Pulau Redang. Secara purata dari Mac hingga Oktober setiap tahun, sekitar 1,200 pendaratan penyu telah direkodkan terutamanya daripada spesies penyu agar. Keistimewaan di Pantai Mak Kepit ini, telur penyu tidak dipungut tetapi dibiarkan menetas sendiri dan anak penyu kembali semula ke laut secara semulajadi.

Menyedari kepupusan penyu di negeri ini, Ts. Dr. Wan Nural Jawahir Hj Wan Yussof yang mengetuai kajian ini berharap

teknologi AI akan menamatkan keperluan bagi pengecaman wajah penyu individu secara manual bagi memastikan penyu yang mendarat di pantai negeri ini sentiasa dijaga dan dikawal pergerakannya.

“Kini, dengan kecerdasan buatan berkembang lebih pantas lebih 10 tahun yang lalu, teknologi itu cukup berkuasa untuk membantu mengenal pasti setiap spesies penyu yang mendarat di pantai negeri ini,” katanya.

33Infokus September 2022

AKUATROP Laksana Pemindahan Ilmu TeknologiBiofloc dalam Industri Akuakultur

Penggunaan teknologi biofloc didalam ternakan akuakultur seperti udang, ketam, ikan dan lain-lain merupakan satu kaedah yang dibangunkan untuk mencegah penyakit bawaan air. Teknologi ini terus berkembang dan turut digunakan sebagai sistem untuk rawatan air buangan ternakan akuakultur bagi meningkatkan kawalan pencemaran terhadap alam sekitar, selain boleh dijadikan sebagai sumber makanan tambahan kepada ternakan.

Pada 8 dan 9 Mac 2022, seramai 12 orang staf daripada Jabatan Perikanan Malaysia yang terdiri daripada kumpulan pengurusan dan pelaksana telah mengikuti Bengkel Aplikasi Teknologi Biofloc dalam Industri Akuakultur. Bengkel ini adalah inisiatif oleh AKUATROP bersama Bahagian

Pembangunan Akuakultur serta Bahagian Pembangunan Latihan dan Kemajuan Kerjaya, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan dirasmikan oleh Pengarah AKUATROP, Profesor Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah.

Bengkel ini telah diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Kasan selaku Penyelaras Program Shellfish Green Technology. Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan, tunjuk ajar dan latihan khusus kepada staf DOF dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti industri akuakultur. Bengkel ini merangkumi aspek prinsip aplikasi biofloc, penghasilan biofloc, kaedah pelaksanaan, kaedah pemantauan dan analisa keberkesanan teknologi biofloc terhadap ternakan dan kawalan alam sekitar.

34
oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Kasan Amyra Suryatie Kamaruzzan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan
PENYELIDIKAN

Melalui bengkel ini, para peserta telah didedahkan dengan kaedah teori dan praktikal secara berkumpulan. Terdapat tiga sesi teori yang didedahkan kepada para peserta iaitu Teori 1 - Pengenalan dan Prinsip Teknologi Biofloc, Teori 2–Penghasilan Sistem Biofloc, Aplikasi Sistem Biofloc, Pemantauan Sistem Biofloc dan Kaedah Penilaian Efektif Sistem Biofloc dan Teori 3-Ciptaan UMT: Rapid biofloc sebagai teknologi hijau alternatif untuk industri akuakultur yang mampan. Bagi sesi praktikal, para peserta telah diajar kaedah penyediaaan inoculum Rapid BFTTM serta aplikasi teknologi tersebut untuk sistem ternakan yang sebenar. Simulasi aplikasi Rapid BFTTM telah dilaksanakan di Hatcheri AKUATROP.

Di akhir bengkel, peserta berpeluang membawa pulang produk Rapid BFTTM yang telah mereka hasilkan sendiri semasa sesi praktikal. Produk Rapid BFTTM telah diaplikasi di beberapa kolam ternakan udang dan ikan dengan harga jualan RM300 sebotol yang berisipadu 500 ml.

1. Sesi amali kaedah penyediaaan inoculum Rapid BFTTM di Kompleks Makmal AKUATROP.

2. Latihan praktikal dan simulasi aplikasi Rapid BFTTM dilaksanakan di Hatcheri AKUATROP.

35Infokus September 2022
1 2

UMT & Lembaga Muzium Negeri Terengganu Meterai kerjasama penyelidikan Manuskrip Al-Quran Emas Terengganu

Manuskrip al-Quran dari Terengganu yang berusia sekitar 100 hingga 200 tahun sememangnya diketahui adalah yang tercantik di Asia Tenggara kerana keindahan dan kemewahan ragam hiasnya serta kehalusan seni penghasilannya. Kajian sejarah penghasilan al-Quran menunjukkan, terdapat 11 kesultanan di Asia Tenggara menghasilkan naskhah suci itu termasuk Terengganu, Sumatera, Sumbawa dan Acheh yang digunakan untuk tujuan pengajian dan pertabalan sultan.

Kesultanan Terengganu telah menghasilkan al-Quran antara tahun 1800 hingga 1900 dan ini menggambarkan Kesultanan Terengganu sangat menjunjung

tinggi kitab suci al-Quran. Berdasarkan rekod, terdapat 27 manuskrip al-Quran Terengganu yang mana sebanyak lapan manuskrip disimpan di Muzium Negeri Terengganu, tujuh manuskrip disimpan di muzium-muzium lain di Malaysia, lapan lagi manuskrip berada di negara jiran iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand, manakala baki empat manuskrip kini dimiliki oleh orang perseorangan.

Namun manuskrip yang semakin dimamah usia itu sukar untuk ditatap dengan lebih dekat atau dibelek oleh masyarakat termasuk para pengkaji kerana dikhuatiri menjejaskan keadaan naskah suci tersebut.

36 SOROTAN PERISTIWA
Oleh: Faizah Ismail Pusat Islam Sultan Mahmud

Bertitik tolak daripada itu, UMT melalui

Pusat Islam Sultan Mahmud mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) sejak empat tahun lalu dalam usaha konservasi manuskrip al-Quran Terengganu.

Melalui kerjasama ini, UMT telah mendigitalkan enam manuskrip al-Quran Terengganu yang disimpan oleh Muzium Negeri Terengganu, menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) dan menempatkannya di dalam Galeri Digital Warisan Budaya UMT. Masyarakat luar termasuk para pengkaji boleh berkunjung ke galeri digital yang dibangunkan pada Disember 2020 itu untuk melihat setiap helaian manuskrip digital al-Quran tersebut dengan lebih dekat dan jelas, seolah-olah seperti melihat naskhah yang sebenar.

Selain itu, PISM UMT juga telah berjaya mencalonkan 4 koleksi manuskrip alQuran Terengganu dan telah diterima untuk diwartakan sebagai Objek Ketara Warisan Kebangsaan.

Bergerak ke hadapan, demi memastikan warisan suci ini dihargai diperingkat global, UMT, LMNT dan Jabatan Warisan Negara sedang berusaha untuk mencalonkannya dalam daftar Memory of the World-UNESCO.

Jaringan kerjasama antara UMT dan LMNT akan diperkukuh hasil memorandum persefahaman yang dimeterai. Dengan adanya kerjasama ini, diharap usaha konservasi manuskrip Al-Quran dapat diteruskan dengan lebih tersusun dan pada masa akan datang galeri digital di UMT ini dapat mengumpul dan mendigitalkan kesemua manuskrip al-Quran Terengganu yang kini berada di seluruh Asia Tenggara.

37Infokus September 2022

FPSM Laksana Kursus Asas Pengendalian Dron dalam Pertanian

Pengetahuan dalam bidang teknologi dan internet semakin menjadi keperluan dalam bidang pertanian. Ini seiring dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 2021-2030 untuk membangunkan bidang pertanian ke arah berteknologi tinggi bagi meningkatkan hasil dan kualiti produk pertanian dan menjamin sekuriti makanan negara.

Dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan dengan teknologi terkini, program Agroteknologi, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) telah mengambil pendekatan menganjurkan kursus Asas Pengendalian Dron dalam Pertanian untuk kakitangan program, pelajar siswazah dan pasukan drone FPSM.

Kursus pengendalian dron ini dijalankan pada 16 hingga 17 Ogos 2022 di Makmal Oseanografi Satelit dan Informatik

Marin, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) serta menggunakan khidmat kepakaran Pegawai Sains Kanan, En. Mohd Azam Mat Yaacob sebagai fasilitator.

Dalam bidang pertanian, penggunaan dron tidak terhad kepada aplikasi semburan meliputi semburan baja, racun serangga mahupun biji benih. Malah, dron juga digunakan dalam bidang pertanian sebagai alternatif kepada GPS dalam merekod imej yang mana data tersebut kemudiannya diproses untuk mengenal pasti taburan spesis tumbuhan, jenis serangan penyakit pada tanaman dan menentukan kematangan tanaman sebelum penuaian.

Di awal kursus, para peserta telah diperkenalkan kepada jenis-jenis dron dan kos pengendalian. Peserta turut didedahkan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui sebelum seseorang

38 SOROTAN PERISTIWA
oleh: Dr. Husni Hayati Mohd Rafdi Dr. Norhidayah Che Soh Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

menggunakan atau mengendalikan dron termasuk langkah-langkah keselamatan, urusan permit dan juga undang-undang berkaitan penerbangan dron.

Sebelum misi penerbangan dron dijalankan, para peserta kursus diajar bagaimana untuk melakukan perancangan laluan penerbangan dron menggunakan perisian Litchi. Penerbangan dron pada waktu pagi hari kedua kursus berjalan dengan lancar berikutan cuaca yang cerah dan kurang berangin. Peserta berpeluang menerbangkan dron dan menangkap dron dengan pengawasan dari fasilitator.

Selesai misi penerbangan dron, peserta dikehendaki memproses data atau imej yang diperolehi menggunakan perisian Agisoft Metashape.

Menerusi kursus ini, terbukti dron adalah satu alat yang sangat penting dan sangat membantu dalam memajukan bidang pertanian. Tetapi ia memerlukan latihan untuk dikendalikan dengan baik bagi memastikan ketepatan data dan mengelakkan sebarang risiko kecederaan. Pengendali dron juga haruslah beretika dan tidak boleh diterbangkan secara sewenang-wenangnya kerana terikat dengan Akta Penerbangan Awam 2016.

asas dalam pengendalian dron

penerbangan dron

belajar perancangan laluan penerbangan dron menggunakan perisian

39Infokus September 2022 1. Fasilitator
memberi ceramah tentang
pengetahuan
2. Latihan
3. Peserta
Litchi
1 2 3

AKUATROP

Jejak Hidupan Akuatik di Pergunungan Lojing

oleh:

Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Kasan Dr. Hidayah Manan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan

Sekumpulan penyelidik dari Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (HICOE), Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) telah menyertai Ekspedisi Saintifik di Pergunungan Lojing Negeri Kelantan pada 9 Mac 2022 sehingga 14 Mac 2022, anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Ekspedisi ini bertujuan bagi mengenal pasti sumber semulajadi, pengezonan laluan pendakian serta memelihara kepelbagaian biodiversiti di kawasan pergunungan tersebut sebagai produk ekopelancongan di negeri Kelantan. Ekspedisi ini melibatkan pendakian di

kawasan Pergunungan Yong Belar dan Pergunungan Yong Yap pada ketinggian melebihi 2000 kaki.

Penyelidik-penyelidik dari UMK, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah turut serta dalam ekspedisi ini bagi menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing. Seramai lima orang penyelidik AKUATROP telah berjaya menyertai ekspedisi saintifik ini yang diketuai oleh Prof Madya Ts. Dr. Nor Azman Kasan dan dibantu oleh Dr. Hidayah Manan di bawah tema penyelidikan hidupan akuatik.

40
1 PENYELIDIKAN

1. Penyelidik AKUATROP yang diketuai Dr. Hidayah Manan bersama Malim Gunung, En. Mimo sebelum memulakan pendakian ke Gunung Yong Yap.

2. Dr. Hidayah Manan sedang menjalankan kerja-kerja pengecaman dan pengukuran saiz dan berat ke atas sampel ikan yang telah berjaya ditangkap.

3. Selain mengambil sampel hidupan akuatik, aktiviti penentuan lokasi, penyempelan plankton, penyampelan bentos serta kualiti air juga dilakukan sepanjang ekspedisi ini dijalankan.

41Infokus September 2022
2 3
42 4 6 PENYELIDIKAN

Sepanjang lima hari ekspedisi tersebut, penyelidik AKUATROP telah menggunakan tiga kaedah persampelan untuk menangkap ikan iaitu kaedah bubu payung, jala dan sauk. Hasil dari persampelan dijalankan, mereka telah berjaya menangkap dan mengenal pasti beberapa spesies hidupan akuatik yang jarang ditemui termasuklah ikan Tengas Batu dan Tengas Daun, Ikan Loach serta spesies ketam air tawar. Penemuan ikan tengas merupakan penunjuk biologi bagi menentukan kualiti air yang bersih berdasarkan lokasi persekitaran habitat tersebut yang jernih, sejuk, berbatu serta jauh di dalam kawasan hutan.

Selain itu, tumbuhan akuatik seperti lumut dan “liverworts” turut berjaya ditemui di sepanjang trek pendakian. Penyelidik AKUATROP turut mengenal

pasti kepelbagaian plankton di kawasan air terjun dan sungai melalui kaedah saringan air menggunakan jaring plankton bersaiz 30µm. Kadar kelimpahan biodiversiti spesies plankton yang terdapat di kawasan pergunungan merupakan sumber makanan semulajadi untuk ikan-ikan kecil dan anakanak ketam. Ekspedisi ini juga telah berjaya menemukan spesies ketam air tawar di kawasan air terjun Pergunungan Yong Belar.

Penyelidikan lapangan seumpama ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kelestarian sumber biodiversiti di kawasan ini terpelihara dan kepelbagaian biodiversiti semula jadi dapat diketengahkan sebagai produk ekopelancongan pada masa hadapan.

4. Selain menggunakan jala, bubu payong dan sauk adalah antara kaedah yang digunakan untuk menangkap sampel ikan dan ketam sewaktu ekspedisi ini dijalankan.

5. Penyelidik UMT bersama para penyelidik UMK, UPM, UKM dan JPNK di samping bunga rafflesia yang berpotensi untuk dijadikan produk ekopelancongan di Gunung Yong Belar.

6. Semua sampel yang diperolehi daripada ekspedisi ini telah dibawa pulang ke Makmal Penyelidikan AKUATROP untuk dianalisis dengan lebih lanjut.

43Infokus September 2022
5

Pensijilan Profesional HACCP dan Eksekutif Halal Bantu Kebolehpasaran Graduan Sains Makanan

oleh: Dr. Faridah Yahya dan Dr. Yusnita Hamzah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

Dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, pihak Program Sains Makanan, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) telah mengambil inisiatif menganjurkan dua kursus pensijilan profesional iaitu kursus Pembangunan dan Implimentasi Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal ( HACCP) pada 6 hingga 8 Mac 2022 dan kursus Eksekutif Halal pada 26 Jun 2022 hingga 4 Julai 2022 bertempat di Bilik Seminar FPSM.

Kedua-dua kursus ini merupakan aktiviti Program Tambah Nilai Graduan Sains Makanan yang dianjurkan oleh FPSM

dengan kerjasama Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), UMT melalui Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan 2020. Walaupun hampir dua tahun program ini tertunda, ia tidak mematahkan semangat FPSM untuk merealisasikannya bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh graduan Sains Makanan.

Dengan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebanyak RM36,750.00 kursus ini amat penting untuk membuktikan kompetensi para garduan apabila bekerja di industri makanan pada masa depan. Setiap kursus profesional ini disertai oleh 15 orang

44
1 SOROTAN PERISTIWA

Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dan Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) yang belum mendapat pekerjaan atau yang telah bekerja tetapi tidak mengkhusus di dalam bidang Sains Makanan.

Kursus Pembangunan dan Implimentasi HACCP telah dikendalikan oleh penceramah jemputan Prof. Madya Dr. Maaruf Abd Ghani dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Peserta telah diberi penerangan dan perincian berkaitan pengenalan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan HACCP serta pelan pembangunan dan implementasi HACCP. Aktiviti kursus dijalankan secara interaktif dan peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil. Sesi pembentangan daripada setiap kumpulan telah dijalankan setiap kali selesai satusatu sub-topik bagi memastikan peserta dapat memahami dengan lebih jelas dan berbincang secara dua hala mengenai isuisu yang berkaitan.

Perkongsian pengalaman tenaga pengajar sendiri sebagai perunding dalam membangunkan sistem keselamatan

2. Perbincangan bersama penceramah. makanan di beberapa industri makanan negara telah membuka minda dan memberi suntikan motivasi kepada peserta untuk turut serta memberikan sumbangan serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Pada hari terakhir kursus, semua peserta telah menduduki satu sesi penilaian bertulis bagi membolehkan mereka mendapat sijil kelayakan HACCP.

Kursus Eksekutif Halal pula telah dikendalikan oleh pasukan tenaga pengajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) di bawah UCT Solutions Sdn Bhd. Semua tenaga pengajar ini mempunyai pengalaman yang luas dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus selama 9 hari ini telah mengupas dan membincangkan beberapa modul seperti rekod dan pentadbiran manual Halal, Jawatankuasa Halal Dalaman, program pentadbiran, jaminan kualiti Halal, pentadbiran proses pensijilan Halal dan pentadbiran audit Halal Dalaman. Peserta juga telah menjalani beberapa sesi penilaian, pembentangan, menyediakan tugasan dan menduduki ujian bertulis pada akhir kursus sebelum layak diberikan sijil kelayakan Eksekutif Halal.

1. Sesi pembentangan kumpulan Kursus HACCP.
2

UMT Tuan Rumah Penarafan Penilaian SETARA 2022 Zon Timur

SETARA adalah sistem penilaian untuk mengukur jaminan kualiti dan tahap Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia berdasarkan autonomi, kualiti dan prestasi institusi. SETARA bermula pada tahun 2007 dan telah dilaksanakan empat kali iaitu pada tahun 2007, 2009, 2011 dan 2013 di bawah penyelarasan MQA. Pada tahun 2017, SETARA diletakkan di bawah penyelarasan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan dijenamakan semula dengan memperkenal kriteria baharu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20152025 (Pendidikan Tinggi).

Fokus penarafan SETARA 2022 adalah kepada kecemerlangan institusi melalui tiga fungsi utama iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dan perkhidmatan. IPT dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu Mature, Emerging dan Kolej Universiti. Taraf Mature universiti diberi kepada universiti yang telah mencapai 15 tahun ke atas penubuhannya. Manakala taraf Emerging adalah universiti dengan penubuhan 14 tahun ke bawah.

Skor pemarkahan bagi penarafan ini adalah berdasarkan penarafan bintang. Penarafan IPT Malaysia untuk tahun 2022

adalah berdasarkan penghantaran data pada tahun 2019, 2020 dan 2021 dan sesi penilaian diadakan secara berpusat mengikut zon yang telah bermula pada 18 Julai 2022.

UMT telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai lokasi audit penilaian penarafan SETARA bagi zon timur yang bermula pada 1 hingga 4 Ogos 2022. Sepuluh buah Institut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kolej Universiti Widad, DRBHICOM University Of Automotive Malaysia, Kolej Universiti Bestari, Kolej Universiti TATI dan Kolej Universiti Yayasan Pahang telah berkunjung ke UMT untuk melalui proses penilaian penarafan SETARA mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT.

UMT telah dijadualkan melalui proses penilaian dan semakan dokumen SETARA pada 3 dan 4 Ogos 2022. Jawatankuasa Penarafan SETARA UMT diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim serta Pusat Ekosistem Digital (PED) selaku pusat yang diberi

46
Oleh: Nur Amirah Aminuddin Prof. Madya Ts. Dr. Noraida Haji Ali Pusat Ekosistem Digital Imbas kod QR untuk video imbauan penilaian SETARA 2022 Zon Timur
SOROTAN PERISTIWA

tanggungjawab dalam pengurusan data penarafan universiti.

Bagi memastikan UMT bersedia dengan penilaian SETARA ini, PED dengan sokongan TNCAA telah menganjurkan beberapa siri bengkel bersama penyelaras data yang dilantik bagi memastikan data yang dihantar adalah tepat dan berkualiti. Proses penilaian SETARA ke atas UMT telah berlaku selama satu hari setengah sepertimana yang dijadualkan.

Penyelaras data dan wakil PTJ telah ditemubual oleh tiga orang penilai SETARA yang diketuai oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Bin Abu Talib (UPM) serta dibantu oleh Profesor Dr Mohd Zuki Bin Salleh (UMP) dan Profesor Madya Chm. Dr Siti

Salhah Binti Othman (USIM). Kumpulan penyelaras data UMT dibantu oleh urusetia dan wakil PTj, bertungkus lumus memberi komitmen dalam membentang dan menyediakan data serta bukti yang diperlukan oleh barisan panel penilai SETARA.

47Infokus September 2022

AKUATROP Sebar Ilmu Akuakultur di Sekolah dan Pusat Komuniti

oleh:

Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Kasan Dr. Siti Jalilah Mohamad Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan

Bermula 17 Ogos 2022 hingga November 2022, para penyelidik dari Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) di bawah Geran Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS), tajaan Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) telah berkunjung ke tiga buah sekolah dan satu pusat komuniti di sekitar Kuala Nerus bagi melaksanakan Program pemindahan ilmu “Pembelajaran dan pembangunan sistem ternakan ikan air tawar berkualiti tinggi secara komersial”.

Program pembelajaran ini diketuai oleh Timbalan Pengarah AKUATROP, Prof. Madya. Ts. Dr. Nor Azman Kasan bagi memenuhi sasaran skop Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 14) iaitu kehidupan dalam air, serta selari dengan tujuan untuk memperbudayakan komuniti dengan Kluster Dasar Komuniti Negara ke-6 iaitu perniagaan dan sosial. Di samping itu, program ini turut menyasarkan teras strategik dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) ke-3 iaitu modal insan. Penerima manfaat bagi program ini adalah khusus kepada belia dan pelajar.

48
3 SOROTAN PERISTIWA

Program pembelajaran ini telah dihadiri seramai 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana (SEMJANA) Setiu, 50 orang pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu, 41 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal dan 15 orang belia dari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kg. Mengabang Telong, Kuala Nerus, Terengganu. Program ini dijalankan secara berasingan di setiap sekolah dan pusat komuniti.

Empat modul pembelajaran yang mengandungi 13 topik pengajaran telah dibangunkan untuk disampaikan kepada pelajar dan belia termasuklah iaitu Modul 1: Pengenalan dan Panduan kepada

Akuakultur, Modul 2: Asas Penyediaan Akuakultur, Modul 3: Teknik dan Pengurusan Akuakultur dan Modul 4: Isu dan Prospek Masa Depan Akuakultur.

Setakat ini, dua modul iaitu Modul 1 dan Modul 2 telah disampaikan kepada kesemua peserta yang terlibat, manakala dua modul lagi iaitu Modul 3 dan Modul 4 akan disampaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semasa tempoh pembelajaran, para pelajar dan belia telah menunjukkan minat yang amat tinggi terhadap bidang akuakultur. Pendedahan awal menerusi program-program AKUATROP bakal membuka peluang yang lebih luas untuk merealisasikan cita-cita menjadi usahawan tani pada suatu hari kelak.

1. Peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Setiu bersama penyelidik AKUATROP selepas penyampaian modul pembelajaran akuakultur.

2. Peserta dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu bersemangat dan fokus mendengar penyampaian ilmu akuakultur oleh penyelidik AKUATROP.

3. Peserta dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu bergambar kenang-kenangan bersama penyelidik .

4. Guru-guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal bersama penyelidik AKUATROP.

49Infokus September 2022
3 2 4

Kumpulan RIG BioSES Kuasai Teknik Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi

Kumpulan Penyelidikan Terfokus (RIG) Biological Security and Sustainability (BioSES) telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan ahli RIG menerusi Bengkel Penulisan Manuskrip Kajian Berimpak Tinggi yang telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan pada 29 hingga 31 Julai 2022. Kumpulan RIG ini telah mengundang dua orang penceramah yang memiliki penerbitan tertinggi di UMT iaitu Prof. Ts. Dr. Lam Su Shiung dan Prof. Dr. Meisam Tabatabaei yang juga merupakan Editor-in-Chief beberapa jurnal terkemuka antarabangsa.

Sepanjang program tersebut, para peserta telah diberi pendedahan berkenaan proses penerbitan jurnal antarabangsa serta panduan teknik penulisan yang berkesan dan beretika. Prof. Ts. Dr. Lam juga telah memberi panduan kaedah memilih jurnal penerbitan yang selari dengan fokus manuskrip dan berkongsi cara untuk memastikan manuskrip berjaya melepasi tapisan pada peringkat editor sebelum menghadapi proses pewasitan.

Kedua-dua penceramah juga telah meluangkan masa untuk meneliti draf manuskrip, berbincang secara terbuka dan membuat cadangan penambahbaikan manuskrip setiap peserta bagi memastikan ia selari dengan kriteria penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi. Para peserta juga tersentuh dengan motivasi yang dititipkan oleh Prof. Dr. Meisam iaitu penulisan makalah bukanlah sekadar untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) staf akademik semata-mata sebaliknya adalah tanggungjawab yang dipikul oleh setiap penyelidik untuk berkongsi ilmu yang ditemui untuk meningkatkan kualiti kehidupan, demi kepentingan dan kesejahteraan segenap lapisan masyarakat.

Bengkel Penulisan Manuskrip Kajian Berimpak Tinggi tersebut telah dihadiri seramai 12 orang ahli RIG BioSES dalam kalangan staf akademik program Sains Biologi dan dijangka dapat mencetuskan semangat penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, seterusnya menyumbang kepada pencapaian mata Malaysia Research Assessment (MyRA) UMT.

50
oleh: Dr. Suzana Misbah Prof. Madya Dr. Fatimah Hashim Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
SOROTAN PERISTIWA

Microbes Care Day Dedah Peranan Mikroorganisma

Para pelajar Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) daripada Kursus Mikrobiologi Lanjutan (BIS3143) telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti Microbes Care Day Asrama Darul Falah, Bukit Payung, Terengganu.

Program yang diadakan pada 18 Jun 2022 ini melibatkan 40 orang anak-anak yatim dan golongan asnaf di Asrama Darul Falah dan turut mendapat kerjasama daripada RIG BIOSES dan staf Makmal Mikrobiologi.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar di Asrama Darul Falah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bidang mikrobiologi khususnya penekanan terhadap peranan mikroorganisma di persekitaran dan kesihatan diri.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini melihat mikroorganisma di bawah mikroskop,

mempelajari mikroorganisma penyebab penyakit, sesi latihan dalam kumpulan serta kuiz.

Program ini telah berjaya mewujudkan semangat kerjasama dalam pasukan menerusi usaha berganding tenaga setiap pelajar Sains Biologi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Program ini secara tidak langsung telah mendedahkan para pelajar untuk mengorganisasikan program khidmat komuniti secara sistematik di samping menyebarluas ilmu yang dipelajari kepada masyarakat.

1. Pelajar mempelajari contoh-contoh mikrooganisma penyebab penyakit kepada manusia.

2. Pelajar berpeluang memakai “Lab Coat” dan mengenali alatan yang digunakan di dalam makmal mikrobiologi.

51Infokus September 2022
oleh: Ts. Dr. Fazilah Ariffin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
3 3

DISCOVER UMT 2022

Tarik Minat Belajar di UMT

Pusat Asasi STEM (PASTEM)

UMT dengan kerjasama Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) telah menganjurkan Program Discover UMT 2022 pada 10 Ogos 2022 di Dewan Sultan Mizan UMT. Program yang diadakan buat kali keempat ini telah dihadiri oleh lebih 1000 orang murid sekolah seluruh negeri Terengganu.

Discover UMT 2022 telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMT, YM Engku Naimah Engku Taib yang turut menyampaikan watikah sekolah angkat kepada 12 buah sekolah di negeri Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Kolej Tunku Kurshiah telah diwatikahkan sebagai sekolah angkat baharu PASTEM

bersama dengan sekolah-sekolah yang lain iaitu SMK Bukit Guntong, SMK Ibrahim Fikri, SMK Kompleks Tembesu, SMK Haji Abdul Rahman Limbong, SMK Bukit Tunggal, SMK Tengku Mahmud, SMK Tengku Zainal Abidin, SMKA Sheikh Abdul Malek, SMK Sultan Ismail, SK Tok Jembal dan SK Teluk Ketapang.

Dengan pewatikahan 12 buah sekolah ini menjadikan jumlah keseluruhan sekolah angkat STEM UMT sebanyak 66 buah sekolah. Pelbagai aktiviti juga telah dirancang bersama sekolah angkat seperti program mentor mentee STEM, inovasi, dan motivasi.

Di dalam Program Discover UMT 2022, antara daya penarik bagi program

52
oleh: Prof. Madya Dr. Laili Che Rose Farah Najihah Binti Razal
1 SOROTAN PERISTIWA

tahunan ini adalah pameran akademik oleh fakulti, pusat pengajian dan kumpulan penyelidikan seperti Kumpulan Penyelidikan Belangkas UMT (HCRG), Kumpulan Penyelidikan Lebah Kelulut UMT (SiG), dan Kumpulan Penyelidikan Kuda Laut UMT (CENSTRAC).

Di samping itu, pengunjung juga tidak melepaskan peluang bagi menyertai pelbagai aktiviti amali yang disediakan oleh pempamer. Aktiviti-aktiviti amali yang dijalankan adalah seperti membina menara cawan, mathsery island, main-matik dan lightics exploration, teka nama ikan, model rawatan air, 3D printer dan projek Augmented reality (AR).

Memeriahkan lagi Program Discover UMT 2022 ini, pihak urus setia telah mengadakan pameran projek-projek inovasi oleh murid-murid sekolah. Terdapat 10 projek inovasi yang telah terlibat pada tahun ini iaitu ROBOTIC, I-PROD, Green Shadow Puppet, Green Mee, Csierra, Cattapokka, E-fire starter, X-pan, Jet that Flying dan X-Tanders Bag.

Dalam program ini juga, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) Encik Wahi Nordin turut memberi penerangan kepada pengunjung tentang proses kemasukan ke universiti melalui permohonan UPU Online. Beliau telah menerangkan tentang peranan BKPA dalam pemprosesan kemasukan pelajar bagi program sijil, asasi, diploma, ijazah sarjana muda ke Universiti Awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Muridmurid juga diterangkan tentang konsep merit, pilihan populariti program dan statistik penawaran program bagi lepasan SPM.

Program Discover UMT 2022 terbukti berjaya hasil respons positif yang diterima daripada pempamer dan juga pengunjung. Program seumpama ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang kerana ia sedikit sebanyak memberi gambaran program-program yang ditawarkan dan seterusnya menarik minat mereka untuk menyambung pelajaran di UMT kelak.

1. Pengunjung memeriahkan suasana dengan mengambil bahagian dalam aktiviti hands on.

2. Penyerahan sijil pewatikahan kepada sekolah angkat baharu UMT yang disempurnakan oleh YM Engku Naimah Engku Taib.

3. Pameran projek-projek inovasi oleh sekolah

4. YM Engku Naimah Engku Taib sempat melawat reruai yang ada di Program Discover UMT 2022.

53Infokus September 2022
2 43

Program Eksplorasi Jawi Pupuk Kecintaan Warisan Alam Melayu

Tulisan jawi merupakan seni warisan alam Melayu dan amat sinonim dengan kehidupan dan identiti masyarakat Melayu sejak abad ke-14 lagi. Namun begitu, setelah penjajah

memperkenalkan tulisan rumi, tulisan jawi dilihat semakin terpinggir dan pengaruhnya makin berkurang dalam masyarakat Melayu.

54
1 SOROTAN PERISTIWA

2

Berdasarkan Perkara 9, Akta Bahasa Kebangsaan 1967, tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan. Namun, apa yang membimbangkan, generasi kini semakin tidak mengenali tulisan jawi dan menganggapnya sebagai suatu yang tidak penting.

Oleh yang demikian, atas inisiatif beberapa orang pensyarah dari Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan (JKK), Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, satu program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diberi nama Klinik Eksplorasi Jawi: Warisan Alam Melayu telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan, Batu Rakit pada 15 Ogos 2022. Program ini melibatkan seramai 60 orang murid dari sekolah tersebut dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak sekolah.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk mendedahkan kepentingan tulisan jawi kepada golongan muda terutamanya murid sekolah rendah. Di

samping itu, program sebegini juga dapat memupuk kecintaan generasi muda terhadap seni warisan alam Melayu serta mengaplikasi kemahiran membaca dan menulis jawi dalam kalangan murid.

Sepanjang program ini berlangsung, beberapa aktiviti berbentuk permainan telah dilaksanakan antaranya aktiviti individu untuk mengenal huruf Jawi dan juga kemahiran menulis Jawi. Selain itu, permainan dalam kumpulan iaitu “Pancing Huruf dan Bina Perkataan” paling mendapat sambutan daripada peserta. Melalui aktiviti yang dijalankan ini, minat dan kemahiran para peserta terhadap tulisan Jawi dapat dikenal pasti.

Majlis penutup dan penyerahan sijil telah dikelolakan oleh pihak sekolah dan disempurnakan oleh Guru Besar, Cikgu Nor Asyima’ Muhammad. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah JKK yang terlibat dalam program tersebut. Beliau juga berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan dan lebih banyak program seumpama ini dilaksanakan di sekolah tersebut.

55Infokus September 2022
1. Antara aktiviti yang dijalankan. 2. Pensyarah JKK yang terlibat bersama Guru Besar dan Guru.

E-ADUAN Mudahkan Pengurusan Aduan KediamanKolej

Secara rasmi bermula Julai 2022, Kolej Kediaman telah melancarkan sistem baharu yang diberi nama “e-Aduan Kolej Kediaman”. Sistem e-Aduan Kolej Kediaman ini adalah sistem yang dibangunkan kepada pelajar bagi tujuan membuat aduan kerosakan di Kolej Kediaman.

Tidak lengkap penyediaan sesebuah bilik penginapan tanpa kemudahan dan fasiliti sokongan. Menyedari akan hal ini, pengurusan Kolej Kediaman telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pengurusan aduan kerosakan dari penggunaan borang secara manual kepada mengisi borang secara atas talian.

Mudah dan Pantas!!! Itulah tujuan dan fokus utama pembinaan sistem e-Aduan Kolej Kediaman. Semua pelajar yang menginap di Kolej Kediaman boleh membuat aduan secara terus secara

dalam talian tanpa perlu bersemuka di Unit Teknikal untuk mengisi borang aduan secara manual.

Pelajar akan diberi pilihan untuk membuat aduan dalam lima kategori kerosakan iaitu kerosakan awam, kerosakan elektrik, kerosakan perabot, talian internet dan lain-lain aduan kerosakan. Pelajar juga diberi kemudahan untuk menghantar gambar kerosakan dan aduan bagi memudahkan pembaikian dan penyelenggaraan.

Kakitangan akan menerima aduan sejurus aduan kerosakan dibuat dan perlu mengambil tindakan dengan segera. Bagi memastikan kualiti pada proses penyelenggaraan serta memastikan aduan diselesaikan, pelajar perlu membuat pengesahan penyelenggaraan setelah proses pembaikian selesai dibuat.

56
oleh: Engku Nurul Aima Tengku Amri Kolej Kediaman
SOROTAN PERISTIWA

Lawatan Penanda Aras Makmal Tingkatkan Pendedahan Keselamatan

oleh:

Pihak pengurusan Makmal FTKKI melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Fakulti telah mengadakan lawatan penanda aras kali kedua pada 21 hingga 23 Julai 2022. Lawatan kali ini menekankan kepada aspek keselamatan dan kesihatan di Unit Makmal Sains Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan di Industri, Focus Applied Technology, Pulau Pinang.

Semasa sesi lawatan di UiTM Perlis, para peserta berpeluang untuk melihat bagaimana keseluruhan 60 makmal berfungsi dan diselia oleh 30 kakitangan makmal serta berjalan dengan lancar bagi kegunaan tiga fakulti berbeza. Di samping itu, dapat melihat dengan lebih dekat penggunaan alat intrumentasi teknologi tinggi seperti ICP-OES, HPLC, GCMS, FTIR, dan lain-lain.

Menurut Timbalan Rektor UiTM Perlis, Profesor Ts. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak, kakitangan unit makmal sains juga banyak terlibat dalam pengurusan sisa bahan kimia berjadual. Ini memerlukan kerja terancang serta rapi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Oleh itu, keselamatan dalam kalangan kakitangan makmal dapat

ditingkatkan dan pada masa sama kelas amali boleh berjalan sebaiknya.

Ketua Unit Makmal Sains UiTM Perlis, Ts. Dr. Khairul Hafezad Abdullah berpandangan hasil kunjungan FTKKI UMT dapat memberi impak positif dan membuka ruang penambahbaikan daripada segi Keselamatan dan Kesihatan di makmal. Lawatan ini tentu akan membantu keduadua pihak dalam pengurusan makmal yang terbaik.

Selain itu, lawatan ke sektor industri Focus Applied Technology juga telah memberi perspektif bagaimana keghairahan dalam bekerja akan menghasilkan kerja yang lebih bagus dan cemerlang. Menurut Dr. Horizon Gitano Briggs, Pengurus Focus Applied Technology, “You must have passionate to do your job rather than just come and do”. Aspek keselamatan juga tidak ditinggalkan walau mempunyai banyak produk yang perlu dihasilkan.

Lawatan penanda aras kali ini telah memberikan peserta aras baharu dalam aspek keselamatan dan juga organisasi. Paling penting, setiap peserta dapat membawa pulang contoh yang baik dan mampu diamalkan di FTKKI.

57Infokus September 2022
Delegasi FTKKI UMT bersama dengan Timbalan Rektor UiTM Arau, Profesor Ts. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak dan warga Bahagian Hal Ehwal Akademik serta Unit Makmal Sains UiTM Perlis.

FPM Suntik Semangat Pelajar Pasca Pandemik

Pepatah ada menyatakan, “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Justeru, bagi memberi pendedahan tentang kursus yang ditawarkan serta merapatkan ukhuwah antara para pelajar dan pensyarah, Fakulti Pengajian Maritim menerusi Program Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim telah mengadakan Kem Bina Semangat di Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong.

Program yang dijalankan pada 21 hingga 23 Julai 2022 ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang pelajar tahun satu dan dua serta para pensyarah Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim.

Mengharungi sesi pembelajaran secara dalam talian sejak penularan pandemik COVID-19 bukanlah mudah. Pelbagai

58
oleh: Dr. Mohd Azhafiz Abdullah Dr. Rudiah Md Hanafiah Fakulti Pengajian Maritim
SOROTAN PERISTIWA

cabaran telah dilalui oleh para pelajar dalam menghadapi sesi pembelajaran secara maya. Untuk itu, dalam kem ini semangat para pelajar kembali segar hasil bantuan Cik Najmiah Ali dan Cik Aishah Razali dari Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP).

Sepanjang 3 hari 2 malam berada di Pulau Bidong, kem ini padat dengan pelbagai pengisian program antaranya seperti latihan keyakinan dalam air, mentor mentee, rentas hutan, discovery scuba, cari harta karun dan malam kebudayaan.

Capaian talian telefon yang terhad telah menambah fokus para peserta yang tampak bersemangat dalam menjalani kesemua aktiviti yang telah dirancang. Jelas kelihatan kesepakatan dan interaksi yang berkesan telah mula mekar dalam kalangan mereka meskipun sebelum ini tidak pernah mengenali sesama sendiri.

Majlis Penutup Kem Bina Semangat 2022, telah dirasmikan oelh Ahli Lembaga Pengarah UMT, Encik Mohd Shahar Yope yang turut sama hadir ke malam kebudayaan.

59Infokus September 2022

Perakuan Kecekapan

Profesional GMDSS-GOC

Tingkat Kebolehpasaran Graduan FPM

Pada 1 hingga 12 Ogos 2022, Program Sarjana Muda Sains

Nautika dan Pengangkutan Maritim telah menganjurkan satu kursus perakuan kecekapan professional ‘General Operator Certificate - Global Maritime Distress & Safety System’ (GMDSS-GOC) bertempat di Makmal Electronic & Navigation Aids, bangunan makmal Sains Nautika, Fakulti Pengajian Maritim. Kursus yang dijalankan selama 12 hari ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim serta Alumni yang telah bergraduat dari program pengajian tersebut.

Kursus yang telah mendapat akreditasi dari Jabatan Laut Malaysia beserta kelulusan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini dijalankan bagi membekalkan pelajar-pelajar Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim dengan sijil-sijil profesional dan pada masa yang sama membantu para alumni untuk berkhidmat di atas kapal dagang sebagai Pegawai Navigasi serta bertanggungjawab terhadap peralatan Komunikasi.

Kursus ini juga telah diketuai oleh Dr. Captain Noor Apandi Osnin dan dibantu oleh pengajar jemputan, En. Azizudin Mohamad serta pemeriksa, Capt. Kenneth

60
1 SOROTAN PERISTIWA

Training. Pegawai Latihan Vokasional FPM, Puan Norhaslinda Yunus turut bertindak sebagai pembantu tenaga pengajar.

Para peserta kursus ini perlu melalui Latihan secara teori dan praktikal sepertimana yang telah ditetapkan di dalam ‘IMO Model Course 1.25’ serta perlu menjalani ujian lisan bagi melayakkan diberi sijil perakuan kecekapan ini. Para peserta perlu melengkapkan 44.5 jam latihan praktikal dan 58.2 jam teori secara keseluruhan.

Selain itu, kursus ini juga telah menggunakan sepenuhnya ‘GMDSSSimulator’ iaitu sistem simulator bagi Komunikasi Maritim dan sistem perhubungan di atas kapal dagang yang telah dimiliki UMT sejak 2008. Sistem simulator ini juga diaudit oleh Jabatan Laut Malaysia secara tahunan bagi memastikan peralatan simulasi serta perjalanan kursus GMDSS-GOC ini mengikut piawaian yang ditetapkan oleh International Maritim Organization (IMO).

Untuk rekod, sijil kecekapan ini merupakan sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi membolehkan

pemegang sijil mengendalikan peralatan komunikasi maritim bagi tujuan komunikasi secara rutin mahupun ketika berlakunya kecemasan. UMT juga merupakan satusatunya institusi latihan maritim yang diiktiraf pihak Jabatan Laut Malaysia dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengendalikan kursus ini kepada para pelajar UMT yang berkelayakan dan juga komuniti Maritim dan perkapalan sekitar wilayah timur.

61Infokus September 2022
1. Para peserta menduduki ujian bertulis ‘General Operator Certificate’ (GMDSS-GOC). 2. Peserta-peserta yang telah lulus kesemua ujian diberikan sijil perakuan kecekapan General Operator Certificate’ (GMDSSGOC). 3. Kursus dijalankan sepenuhnya di Makmal ‘Electronic & Navigation Aids’, bangunan makmal Sains Nautika. Khoo dari Sealastial Marine Seafarer
2 3

Modul Pengajaran dalam Talian Perkasa Para Guru

Rentetan kepada projek “Pemerkasaan Guru Sekolah Rendah dalam Pembangunan Modul Pengajaran Dalam Talian di Era Pandemik” yang telah dilaksanakan pada 19 Ogos sehingga 30 September 2021 yang lalu, satu majlis penutup telah diadakan pada 26 Julai 2022 di Raia Hotel & Convention Centre bagi meraikan para peserta yang telah memberikan komitmen yang padu sepanjang berlangsungnya projek tersebut. Majlis penutup ini dirasmikan oleh Pengarah PPIJI UMT, Dr. Zuha Rosufila Abu Hasan.

Projek yang mendapat pembiayaan dana Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Siti Nor

62
oleh: Prof. Madya Dr. Siti Nor Khadijah Addis Prof. Madya Dr. Faridah Mohamad Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
1 2 SOROTAN PERISTIWA

3

Khadijah Addis bersama lima pensyarah

UMT dari Fakulti Sains dan Sekitaran Marin dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik. Pelaksanaan projek ini adalah bertitik tolak dari pelan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 2021.

Seramai 44 orang guru telah terlibat dalam projek ini yang terdiri daripada empat buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gong Badak (SKGB), Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot (SKMT), Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot (SKOMT) dan Sekolah Kebangsaan Tok Jembal (SKTJ).

Projek pemindahan ilmu ini merangkumi empat modul iaitu Modul 1 –Rakaman Video Pembelajaran (Fasilitator: Dr. Hidayatul Aini Zakaria), Modul 2 – Gamifikasi dalam e-Pembelajaran (Fasilitator: Dr. Siti Nurtahirah Jaafar), Modul 3 – Live streaming dalam e-Pembelajaran (Fasilitator: Dr. Nurul Shahida Redzuan) dan Modul 4 –Penggunaan Pelantar e-Pembelajaran (Fasilitator: Dr. Wan Hafiza Wan Hassan).

Menerusi projek ini, para peserta telah berjaya menghasilkan 18 video pengajaran pelbagai mata pelajaran, 20 aktiviti gamifikasi atas talian dan luar

talian, 10 rakaman penggunaan aplikasi live streaming (Google Meet) dan juga penggunaan Google Classroom melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

4

Dalam majlis penutup, turut dinobatkan Peserta Terbaik Modul, penerima anugerah Peserta Terbaik Sekolah dan juga Peserta Paling Komited. Projek ini telah berjaya mencapai objektif utama iaitu pembangunan modul pemindahan ilmu bagi menyokong proses pembelajaran dalam dan luar talian. Selain itu, ia adalah salah satu inisiatif universiti dalam membantu mengasah kemahiran para guru terhadap penggunaan teknologi terkini dalam membangunkan modul pengajaran yang bersesuaian dan juga menggalakkan perkembangan kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru.

1. Para peserta bersama Pengarah PPIJI UMT Dr. Zuha Rosufila Abu Hasan dan urus setia semasa majlis penutup 26 Julai 2022 yang diadakan di Raia Hotel and Convention Centre Terengganu.

2. Ucapan Perasmian oleh Pengarah Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri UMT, Dr. Zuha Rosufila Abu Hasan.

3. Para peserta program KTAGS bersama urus setia semasa sesi perbincangan.

4. Anugerah Peserta Paling Komited yang dimenangi oleh Puan Zurina Mustapa dari Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.

63Infokus September 2022

Program Mobiliti Antarabangsa Prakarsa Pembangunan Holistik Pelajar

oleh: Alina A/P Pannirselvam, Muhamad Nasir Rahmatdin Fakulti Pengajian Maritim

Program Mobiliti Antarabangsa merupakan salah satu inisiatif pembelajaran kolaboratif dan koperatif yang komprehensif untuk membina pemikiran intelektual para mahasiswa dan mahasiswi universiti dalam membina hubungan antarabangsa antara institusi akademik luar negara dan penerokaan ilmu pengetahuan yang luas.

Program Mobility CommTech Camp Highlight 2022 anjuran Universiti Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya, Indonesia telah membuka peluang penyertaan kepada dua orang pelajar Fakulti Pengajian Maritim, Alina A/P Pannirselvam dan Sri Murugan A/L Saga Devan yang telah mengikuti program tersebut selama dua minggu bermula daripada 24 Julai sehingga 7 Ogos 2022. Secara asasnya, program ini berfokus kepada elemen akademik ‘User Design Experience’ dan sesi bukan akademik yang melibatkan penerapan gabungan seni dan kebudayaan Indonesia.

Dari sudut pandang akademik, kursus ‘User Design Experience’ merupakan pendedahan baharu kepada pelajar UMT kerana pembelajaran berkenaan ‘Design

64
SOROTAN PERISTIWA

Thinking’ and kajian ‘Ethnography’ masih lagi kurang diketahui umum dan merupakan salah satu cabang ilmu yang penting dan harus dipelajari oleh para ahli akademik daripada pelbagai bidang pengkhususan. Peserta program ini dapat mempelajari cara pemikiran kreatif yang amat penting bagi mencipta satu inovasi yang terbaik untuk pembangunan masa kini.

Mereka juga telah didedahkan kepada salah satu contoh inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Surabaya untuk meningkatkan ekonomi negara iaitu pembentukan dan pembangunaan Sentra Wisata Kuliner (SWK) atau lebih mudah dikenali sebagai Pusat Pelancongan Kuliner. Dalam pada itu, peserta program ini telah melawat Pusat Pelancongan Kuliner untuk mengenali secara lebih dekat dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari bagi mencipta sebuah inovasi yang dapat mengembalikan tujuan pembangunan pusat tersebut pasca COVID-19.

Di samping itu, pelajar juga terlibat dengan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran informal seperti pengenalan kepada seni, budaya dan keistimewaan Indonesia, aktiviti permainan tradisional, sesi pembelajaran Bahasa Indonesia, lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Surabaya, lawatan ke Gunung Bromo dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman yang luar biasa kepada para peserta tetapi dapat memberi peluang untuk lebih mengenali peserta daripada luar negara serta dapat membuka ruang kepada hubungan kolaborasi antara universiti-universiti antarabangsa.

65Infokus September 2022

Alumni Kelab DEMI tekad bantu Jejak Alumni

66 Pusat Alumni meneruskan lagi program pengesanan alumni melalui program Jejak Alumni Penubuhan Chapter Alumni Kelab Debat Mahasiswa Intelektual UMT (DEMI) yang terdiri daripada alumni dari tahun 2003 sehingga 2021. Program ini telah dilaksanakan pada 6 Ogos 2022 bertempat di Dorsett Hotel, Putrajaya. oleh: Norul Hanizan Hazin Pusat Alumni
UMT 1 SOROTAN PERISTIWA

Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar, Pensyarah Fakulti Perubatan UKM yang merupakan alumni Kelab DEMI telah bersetuju untuk menjadi pengasas Chapter Alumni Kelab Debat Mahasiswa Intelektual UMT (DEMI). Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 39 orang alumni UMT dan turut melibatkan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UMT (PAUMT). Lima orang alumni juga telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penajaan Chapter Alumni Kelab Debat Mahasiswa Intelektual UMT (DEMI).

Chapter Alumni DEMI UMT sedia untuk membantu bakal alumni dalam program pembangunan pelajar khususnya yang melibatkan konsep mentor-mentee. Pada masa yang sama juga akan membantu mengesan lebih ramai alumni UMT yang berada di luar sana.

Pusat Alumni dan Persatuan Alumni UMT sentiasa cakna dan prihatin dalam mendekati warga alumni agar hubungan sentiasa terjalin demi pembangunan dan

kemajuan universiti. Pusat Alumni dengan tangan terbuka mengalu-alukan semua alumni kembali menyumbang kepada alma mater tidak kira dari segi ilmu, wang ringgit mahupun fizikal.

1. Pengarah bersama Jawatankuasa Penajaan Chapter Alumni Kelab Debat Mahasiswa Intelektual UMT (DEMI).

2. Alumni DEMI bersama Pusat Alumni, Persatuan Alumni dan Penasihat kelab DEMI.

3. Ucapan oleh Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya. Dr Yusof Shuaib Ibrahim.

4. Ucapan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti (wakil Alumni) merangkap presiden Persatuan Alumni UMT, Encik Mohd Khairul Hakimi Mohd Nawi.

67Infokus September 2022
2 3 4

Kolej Kediaman Alu Kehadiran Pelajar baharu Diploma dan Asasi STEM

Bermula 1 Ogos 2022, Kolej kediaman telah menerima sejumlah 361 orang pelajar terdiri daripada 89 orang pelajar Diploma Perikanan dan 272 orang pelajar Asasi STEM bagi ambilan pertama bagi Sesi 2022/2023.

Kemasukan pelajar baharu pada sesi ini dilakukan secara pandu lalu di mana kenderaan keluarga pelajar perlu melalui dua kaunter utama iaitu Kaunter Pengambilan Kad Matrik dan seterusnya Kaunter Pengambilan Kunci Bilik.

Bagi menyambut kedatangan pelajar baharu, Kolej Kediaman giat melakukan persediaan seperti membuat pemasangan langsir baharu, pembersihan bilik secara keseluruhan dan juga membuat penyelenggaraan kerosakan di blok-blok penginapan.

Kolej Kediaman juga berpeluang untuk mengenali pelajar-pelajar baharu ini dengan lebih dekat dalam Slot Taklimat Bersama Kolej Kediaman pada hari pertama Minggu Jalinan Mesra berlangsung. Antara pengisian dalam taklimat ini adalah pengenalan peta premis Kolej Kediaman, peraturan-peraturan asas di Kolej Kediaman dan sesi pengenalan barisan kakitangan Kolej kediaman. Taklimat ini telah dibentangkan oleh Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Nik Aziz bin Nik Ali.

68
oleh: Engku Nurul Aima Tengku Amri Kolej Kediaman
SOROTAN PERISTIWA

RENUNGAN

Solusi Kehidupan dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna (Siri 9)

ALLAH YA MUHAYMIN Yang Maha Memelihara. Dia memelihara hidup manusia daripada bahaya dan bencana. Dia memelihara manusia daripada tergelincir dari jalan kebenaran dan daripada mengikut bisikan syaitan serta memelihara hamba-hamba yang beriman daripada azab api neraka.

Menghayati sifat AL-MUHAYMIN akan menjadikan seseorang cuba sedaya upaya memelihara kesejahteraan manusia lain agar manusia selamat dunia dan akhirat. Juga memelihara manusia lain daripada terpesong dari kebenaran dengan kerja-kerja dakwah.

Manusia harus memohon pemeliharaan daripada Allah SWT daripada bencana dunia dan akhirat, makhluk tidak mampu memelihara melainkan dengan pertolongan dan izin ALLAH YA MUHAYMIN. Manusia harus bergantung harap sepenuhnya hanya kepada ALLAH YA MUHAYMIN demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Allah Al-Muhaymin ialah Allah Yang Maha Menjaga, Memerintah, Menguasai dan Melindungi dan kita adalah hamba yang bergantung kepada-Nya.

Tidak ada manusia yang suka dirinya terhina tetapi banyak manusia lupa bahawa Allah SWT ialah Pemilik Kemuliaan. Allah SWT memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. Jika Allah SWT mengkehendaki kemuliaan pada diri seseorang, akan dikuatkan hatinya untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan keburukan serta akan ditutup keaiban.

Allah Al-Muhaymin adalah Allah Yang Maha Menjaga. Menjaga, dalam erti kata melindungi. Apabila kita membicarakan nama Allah Al-Muhaymin, kita akan membicarakan dari tiga sudut iaitu:

Allah Menjaga Manusia Daripada Kerosakan Allah menjaga manusia dari kerosakan yang dilakukan dari tangan manusia itu sendiri. Hal ini dijelaskan dalam ayat al-Quran yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

(Ar-Ruum, 30:41)

Infokus Jun 2022

RENUNGAN

Oleh demikian, akan ada pada setiap masa dan zaman manusia yang menyampaikan kebenaran. Kalau dahulu mereka terdiri daripada para Rasul dan para Nabi, dengan diwahyukan dengan kitab-kitab sebagai petunjuk sehinggalah kepada baginda Rasulullah SAW sebagai Rasul dan Nabi terakhir, maka tugas memberi peringatan ini masih berterusan dan disempurnakan oleh para pendakwah dan orang-orang yang cintakan Islam. Legasi orang-orang yang menyampaikan kebenaran ini tidak pernah putus. Dalam hadis, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut”.

(Hadis riwayat Muslim)

“Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.” (Asy-Syu’araa’, 26:208)

Renungi dalam diri kita pada hari ini, perkataan-perkataan yang beredar di sekeliling kita, peristiwa-peristiwa yang berlaku atau didatangkan orang-orang tertentu untuk mengingatkan kita secara tidak langsung. Maka lihatlah sesuatu kejadian itu pada hikmahnya untuk kita renungi agar kita tidak terus melakukan dosa dan maksiat.

Allah tidak akan menurunkan azab melainkan seseorang itu telah diberi peringatan. Perhatikanlah teguran itu tanpa mengambil kira siapa yang menegur itu. Sebab teguran itu bukan sengaja datang secara kebetulan tetapi Allah hadirkan sesuatu orang atau peristiwa sebagai tanda ingatan buat kita yang lupa lagi lalai. Dikhuatiri jika kita masih berdegil dan meneruskan dosa dan maksiat maka ditakuti azab Allah menimpa pada kita.

Sekiranya ada membuat perkara-perkara yang salah, periksa hati kita. Kalau ada rasa tidak tenang dan serba tidak kena, maka beristighfar dan mohon ampun kepada Allah. Oleh yang demikian, Allah Yang Maha Melindungi menyatakan bahawa orang-orang yang mengikut pertunjuk daripada-Nya, mereka tidak akan takut untuk dibinasakan oleh Allah SWT dan tidak pula bersedih hati dengan azab-Nya. Hal ini kerana hidup mereka telah mengikut petunjuk yang benar dan janji Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

(Al-Baqarah, 2:38)

Allah Melindungi Manusia Daripada Iblis dan Syaitan

Ketika Iblis diusir dari syurga oleh Allah, Iblis telah bersumpah di hadapan Allah SWT akan menyesatkan keturunan Adam AS. Allah telah merakamkan kisah ini di dalam dalam alQuran yang bermaksud:

“Iblis berkata: “ Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”

(Al-Hijr, 15:39)

Maka, kita dapat lihat kadang-kadang ada manusia tidak berasa bersalah atau berdosa apabila melakukan maksiat malahan berasa tindakannya itu betul. Hal ini menunjukkan bahawa syaitan telah memperelokkan maksiat di mata anak-anak Adam AS. Namun demikian, Allah membalasnya dalam ayat seterusnya yang bermaksud: “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

(Al-Hijr 15:42)

Allah Muhaymin akan menjaga kita selagi mana kita menurut apa yang Allah turunkan pada kita, tetapi jika seseorang itu meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka pada ketika itu, Allah tidak lagi melindungi kita.

Langkah awal syaitan menyesatkan manusia adalah dengan bisikan. Kita boleh membezakan antara bisikan syaitan dengan bisikan nafsu. Kata ulama, nafsu sifatnya merengek. Bisikan nafsu merengek dan kadang-kadang berlarutan seperti anak kecil yang hendakkan sesuatu barang permainan. Merengek selagi tidak mendapatnya tetapi bila ternampak sesuatu yang lain, hendakkan yang lain itu pula. Manakala bisikan syaitan adalah bersifat merancang, “buat macam ini, buat macam itu”.

Sekiranya bisikan-bisikan ini tidak berjaya menggoda manusia, maka syaitan akan cuba menjelma dan merasuk manusia atau melalui sihir agar manusia akan mencari bomoh dan diberi tangkal. Apabila manusia mula percaya pada tangkal tersebut yang memberi kesembuhan, maka rosaklah iman seseorang dan pada saat itu syaitan akan keluar kerana telah berjaya menyesatkan akidah manusia. Oleh yang demikian, sekiranya manusia terjebak dalam percaturan syaitan, maka berubatlah dengan perubatan Islam.

Allah Melindungi Manusia Daripada Azab Allah melindungi manusia dari azab-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Azab Allah SWT akan turun kepada orang yang ingkar kepada-Nya dalam pelbagai cara. Ada azab datang dalam bentuk bencana, ada yang datang dalam bentuk penyakit mahupun dalam bentuk kesusahan. Azab boleh datang dengan tiba-tiba kepada satu-satu kaum yang ingkar dan mungkar kepada Allah SWT. Orang yang taatkan-Nya, maka Allah SWT tidak akan menurunkan azab yang sedemikian kepadanya. Allah SWT mengatakan di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas”

Kesimpulan

Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah iaitu mati dalam keadaan baik yang bukan sahaja mati dalam keadaan rohaninya (iman) baik tapi jasad juga baik agar jenazah yang disaksikan oleh orang lain dalam keadaannya baik dan tidak mengaibkan. Hal ini kerana terdapat orang yang mati dalam keadaan baik tetapi jenazahnya mengaibkan. Oleh demikian, Allah SWT Muhaymin akan menyelamatkan orang yang benar-benar membulatkan pengabdiannya hanya kepada Allah SWT.

(Al-Anbiyaa’ 21:9)

RENUNGAN

Bicara hati

Allahumma Ya Muhaymin, Ya Muhaymin, Ya Muhaymin, sesungguhnya Engkau Maha Melindungi lagi Maha Memelihara, Engkau memeliharaku dari kepanasan matahari dengan mencipta awan, Engkau melindungiku di dunia ini dengan mengawal panas, hujan dan angin agar manfaatMu Ya Nafi’ dapat ku nikmati dan tidak memudaratkanku Ya Dharru.

Engkau Ya Muhyi menghidupkan alam dengan kehijauan pokok-pokok, agar kami semua dapat menghirup oksigen-Mu dan terlindung kami dari keracunan karbon dioksida. Engkau Ya Muhaymin Ya Waliy mengawal binatang-binatang buas dan berbisa agar tidak dapat memudaratkan kami.

Engkau Ya Muhaymin mengurniakan sistem perkumuhan dalam tubuh kami untuk memelihara dan melindungi tubuh badan kami agar setiap bahan buangan dapat dibersihkan dan tidak menjadi racun kepada tubuh kami. Engkau melindungi kami dari gangguan makhluk ghaib yang kami tak nampak. Engkau juga Ya Muhaymin memelihara kami dari melakukan kejahatan dan dosa dengan pancaran cahaya hidayah-Mu Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.

Ya Allah Ya Muhaymin, peliharalah kami dari siksaan-Mu Ya Muntaqim di dalam kubur nanti, pelihara kami dari lemas dengan peluh dan air mata di Mahsyar nanti, pelihara kami dari jatuh ketika meniti titian sirat dan pelihara kami dari dicampakkan ke dalam api Neraka-Mu Ya Muntaqim, sesungguhnya Engkau Ya Muhaymin Maha Memelihara lagi Maha Pengasih Penyayang Ya Rahman Ya Rahim.

Islam, Culture and History in the Malay World

Editors:

• Hafiz Zakariya

ISBN: 978-967-2793-32-8

2022

Pemandu Pelancong

Pengurusan Kendiri dan Usaha Niaga

Persekitaran

Penyunting:

• Muhammad Abi Sofian Abdul Halim

• Norhayati Ab Manaf

• Siti Salina Abdullah

• Zalailah Salleh

ISBN: 978-967-2793-16-8

2022

Modul Alam Semula Jadi untuk Ekopelancongan

Penyunting:

• Evan Quah Seng Huat

• Chong Ju Lian

• Jamilah Mohd Salim@Halim

• Bryan Raveen Nelson

ISBN: 978-967-2793-28-1

2022

Pemandu Pelancong

Pengurusan Sumber Ekonomi dan Ekopelancongan

Penyunting:

• Hazman Samsudin

• Khatijah Omar

• Nor Fatimah Che Sulaiman

• Elia Syarafina Abdul Shakur

ISBN: 978-967-2793-17-5

2022

Preventive Medicine of COVID-19

Traditional Local Knowledge in Indonesia and Malaysia

Editors:

• Yosie Andriani

• Mohd Tajuddin Abdullah

• Hermansyah Amir

ISBN: 978-967-2793-24-3

2022

Perancangan dan Pengurusan Kewangan Peniaga Kecil

• Roshaiza Tahar

ISBN: 978-967-2793-33-5

2022

73Infokus September 2022

Green Human Resource Management in Larga Manufacturing Firms in Malaysia

• Yusliza Mohd Yusoff

• Yong Jing Yi

• Wan Zulkifli Wan Kassim

• Nor Hazlina Ahmad

ISBN: 978-967-2793-23-6

Chemistry Laboratory Module for STEM Foundation

Wan Mohd Tarmizi Wan Mohd Yusof Mohamad Hussin Haji Zain Siti Zairyn Fakurol Rodzi Nurul Nadia Zainal Abidin

ISBN: 978-967-2793-42-7

2022

Penyakit dan Pengurusan Kesihatan Ikan Ternakan

Penyunting:

• Najihah Musa

• Nadirah Musa

ISBN: 978-967-2793-35-9

2022

Prosiding Madani 2021

Seminar Antarabangsa Masyarakat Madani Alaf 2021

Penyunting:

• Che Hasniza Che Noh

• Abdul Mutalib Embong

• Kasyfullah Abd Kadir

• Isma Rosila Ismail

Nurul Ain Chua Abdullah

• Abdul Hanis Embong

JUmadil Saputra

Zikri Muhammad

Nor Hazmin Sabri

• Wan Nurhafeza Wan Salam

eISBN: 978-967-2793-38-0

2022

2022