INFOKUS UMT Jun 2018

Page 1

JUN 2018 Bil. 63

www.umt.edu.my

Tahniah TUN DR. MAHATHIR Perdana Menteri Malaysia

DR. AHMAD SAMSURI Menteri Besar Terengganu

DR. MASZLEE

Menteri Pendidikan Malaysia


I N I N K A R TEASAR DI P RM39.00

Pengarang : Juanita Joseph Noraida Haji Ali Mustafa Man Tahun Terbit : 2018 Terbitan : Penerbit UMT Harga : RM39.00

RM101.00

Penyunting : Nor Aieni Haji Mokhtar Noorhaslinda Kulub Abd. Rashid Zaleha Mohamad Tahun Terbit : 2017 Terbitan : Penerbit UMT Harga : RM101.00


Sidang Redaksi

Kandungan

Penaung

6 8 10 12 14 16 18 20 21 22 23 24 25 26 28 29 30 32 34 36 38 39

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar

Ketua Pengarang

YH Dato’ Prof. Madya Dr. Noraien Mansor

Editor

Mohd Afifullah Ahmad

Pembaca Pruf

Nazarudin Othman Nurul Ain Mohd Noor

Pereka Grafik

Mohd Fadli Abdullah

Jurufoto

Krew Media Kreatif

Sekalung Tahniah YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad Sekalung Tahniah YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Sekalung Tahniah YB Dr. Maszlee Malik UMT Rangkul 3 Anugerah Buku Negara UMT Hos Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 Penerbit UMT Lakar Hatrik Hos Anugerah MAPIM-KPT Usaha AKUATROP Melestarikan Si Sepit Biru Ekspedisi Kelulut Kenyir 2.0 UMT Tuai 30 Pingat Emas Sempena MPI 2018 TAF-UMT-SALIHIN Peneraju WBL Graduan Perakaunan Kejayaan Berganda UMTMOOC UMT-MAIDAM Meterai MoA Wakaf Ilmu Penyelidik Mikologi Timba Ilmu Kulat UMT Anjur Career, Entrepreneurship & Skill Festival Jalinan UMT-NTOU Kian Erat Kolej Siswa Laksana Lawatan Ilmiah dan Bakti Siswa di Indonesia Pelajar Tropimundo Hayati Warisan Alam Tasik Kenyir Lawatan Industri PPSA Erat Hubungan bersama Industri Wataniah UMT Cedok Ilmu Orang Asli Karnival Sukan Staf UMT 2018 Kelab Ekuin UMT Penggerak Sukan Berkuda Renungan

Hak Cipta Terpelihara © 2018. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.


4

Secangkir Kata

Malaysia baharu menerpa dunia Dengan izin Yang Maha Esa Apa yang dicita Tercapai jua Demi agama, bangsa dan negara… Rasa gundah gulana Rasa hiba jiwa Rasa derita Berakhir jua… Namun… Ketika kita di puncak jaya Ketika kita punya kuasa Ingat pada rakyat jelata Ingat pada yang Esa Agar kita sentiasa sejahtera Diberkati-Nya sentiasa! (Noraien Mansor, 15 Mei 2018)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa, INFOKUS UMT edisi Jun 2018 kini menemui para pembaca sekali lagi dengan paparan menarik demi memartabatkan institusi pendidikan tinggi dan negara Malaysia yang tercinta. Sekalung tahniah kepada peneraju baharu negeri dan negara tercinta. Semoga Malaysia baharu terus maju meneroka kemajuan mendatang dengan penuh kewibawaan yang diizinkan Allah SWT. DATO’ PROFESOR MADYA DR. NORAIEN MANSOR


Infokus Jun 2018

5

Sekapur Sirih Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya Buletin INFOKUS Edisi Jun 2018 ini berjaya diterbitkan. Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang memberi sumbangan idea berkarya. Didoakan agar semua warga kampus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah s.w.t bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini. Besar harapan saya agar penerbitan Buletin INFOKUS ini dapat dimanfaatkan sebagai wadah untuk memperkembangkan bakat menulis dan berkarya dan mencetuskan inspirasi kepada warga UMT mencipta lebih banyak kecemerlangan. Saya amat menghargai usaha yang digerakkan oleh Penerbit UMT dalam meningkatkan kualiti dan citra INFOKUS dari tahun ke tahun. Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang merupakan bulan yang penuh dengan kesabaran dan ketekunan, saya menyarankan agar kita semua mengimarahkan serta membudayakan ekosistem berkarya dan menulis secara konsisten khususnya dalam kalangan warga akademik. Pada 24 dan 25 Mac 2018 yang lepas, UMT telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menganjurkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Terengganu. Karnival ini relevan dengan kehendak komuniti seiring dengan dasar KPT, pemindahan ilmu serta UMT Sohor supaya mendapat manfat untuk hasrat Jom Masuk UMT. Kehadiran pengunjung seramai 33,321 sangat mengujakan yang mana telah melebihi sasaran. Malah, turut direkodkan juga sekitar 10,000 pengunjung lain turut memeriahkan program sampingan yang turut diadakan seiring dengan KPTN. Terima kasih di atas sokongan dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menganjurkan program ini. Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari telah melakar satu sejarah yang besar apabila Malaysia telah berjaya melaksanakan salah satu fungsi demokrasi dengan memberikan hak kepada rakyat untuk memilih dan memberi mandat kepada kerajaan baharu. Perubahan

dalam pemerintahan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, warga UMT hendaklah sentiasa memahami prinsip ‘to serve the government of the day’ dan sebagai warga UMT yang bertanggungjawab, kita hendaklah sentiasa bersatu hati bersama-sama untuk kekal kukuh memberi khidmat yang terbaik kepada universiti. Di bawah pemerintahan kerajaan baharu, Kementerian Pendidikan komited melakukan transformasi sistem pendidikan negara dengan memberikan penekanan ekosistem berfokuskan nilai asas “sayang” untuk setiap tugas yang diberikan serta menerapkan elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan sains dan teknologi. Akhir sekali, terima kasih sekali lagi di atas sokongan semua warga UMT kepada pihak pengurusan Universiti. Selamat Menyambut Bulan Ramadan Tahun 1439 Hijrah dan Salam Aidilfitri kepada semua warga UMT. Maaf Zahir dan Batin.

Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh. PROFESOR DATO’ DR. NOR AIENI HAJI MOKHTAR


6

FOKUS

YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke-7


Infokus Jun 2018

7


8

FOKUS

YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu ke-15


Infokus Jun 2018

9


10

FOKUS

YB Dr. Maszlee Malik

Menteri Pendidikan Malaysia


Infokus Jun 2018

11


12

FOKUS

UMT Rangkul 3 Anugerah Buku Negara oleh: Dato’ Prof. Madya Dr. Noraien Mansor Penerbit UMT

U

MT berjaya merangkul 3 Anugerah Buku Negara dalam majlis gilang gemilang yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Majlis Anugerah Buku Negara dianjurkan setiap tahun oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) untuk mengiktiraf industri buku di Malaysia dan diadakan bersempena penganjuran tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala

Lumpur (PBAKL) 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 April hingga 6 Mei. PBAKL kali ini menyediakan kira-kira 800 reruai untuk 200 pempamer di PWTC dan Penerbit UMT turut serta mempromosi bukubuku terbitan terkini seperti Beautiful Terengganu, Ulik Mayang Warisan Terengganu, Transformasi Inovasi Sosial Komuniti Nelayan, 200 Quotes for you... for us..., Repositori

Kelulut Indo-Malaya Sekayu dan banyak lagi. Tiga buah buku terbitan Penerbit UMT telah diiktiraf dalam Kategori Buku Umum terbaik dalam bidang Sains Sosial, Pelancongan serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Buku berjudul “Transformasi Inovasi Sosial Komuniti Nelayan” hasil suntingan Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar bersama-sama Dr.


Infokus Jun 2018 telah merangkul Anugerah Buku Umum Terbaik Kategori Pelancongan. Kemenangan ini mempertahankan rekod peribadi beliau lima tahun berturut-turut bertanding dalam Anugerah Buku Negara. Majlis Anugerah Buku Negara telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dan dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan pentingnya penglibatan para cendekiawan dalam industri perbukuan negara dan membantu masyarakat mencintai bidang ilmu serta mempertingkatkan budaya membaca dalam menerobos benteng kecintaan terhadap keilmuan.

Noorhaslinda Kulub Abd Rashid dan Dr. Zaleha Mohamad telah merangkul Anugerah Buku Umum Terbaik Kategori Sains Sosial. Buku berjudul “Repositori Kelulut Indo-Malaya Sekayu” hasil penulisan Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak, pakar kelulut UMT bersama-sama Mokhtar Ishak telah merangkul

Anugerah Buku Umum Terbaik Kategori Penyelidikan dan Pembangunan. Manakala buku “Beautiful Terengganu” yang baru ini dilancarkan oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempena Ekspo Terengganu 2018 karya Dato’ Prof. Madya Dr. Noraien Mansor

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar amat terharu dengan usaha para ahli akademik UMT untuk memartabatkan bidang penerbitan di universiti dengan mengetengahkan bidang ilmu masing-masing dalam bentuk penulisan ilmiah. Wujudnya anugerah seumpama ini membolehkan hasil penulisan diketengahkan dan secara tidak langsung menggalakkan lagi pensyarah lain untuk terus berkarya bagi memindahkan ilmu kepada masyarakat. Pemenang anugerah membawa pulang trofi kemenangan berserta sijil dan hadir sama pada majlis penyampaian anugerah berkenaan ahli tertinggi YPBN, para penulis, penerbit dan para pelajar UMT serta pengunjung PBAKL 2018.

13


14

FOKUS

UMT Hos Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 oleh: Bahagian Komunikasi Media Pusat Komunikasi Korporat

1

U

MT telah dipilih sebagai hos Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) peringkat negeri Terengganu tahun 2018. KPTN 2018 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini merupakan platform bagi menyebarluaskan peluang melanjutkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti (KK), Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan pelbagai institusi lain.

Karnival yang berlangsung pada 24 dan 25 Mac 2018 ini dirasmikan pembukaannya oleh mantan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan telah berjaya menarik hampir 40,000 orang pengunjung. Dalam majlis perasmian, mantan Menteri Pendidikan Tinggi turut melancarkan buku “Transformasi Inovasi Sosial Komuniti Nelayan� yang menghimpunkan kajian penyelidikan ilmiah secara empirikal dari aspek pembangunan dan sosioekonomi komuniti nelayan seperti projek penternakan kuda laut dan belangkas di Tanah Bencah Setiu.


Infokus Jun 2018

Turut berlangsung dalam majlis perasmian ialah sesi penyerahan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BPKK) KPT, Bantuan Kewangan Pelajar UMT serta acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian (MoA) antara UMT bersama Ranaco Education and Training Institute, Lembaga Pelabuhan Kuantan dan TDM Plantation Sdn Bhd. Bersempena KPTN juga, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan antaranya Bicara Ikon oleh Angkasawan Malaysia yang pertama, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, pameran pendidikan, cabutan bertuah, taklimat biasiswa dan sebagainya. Pada hari yang sama juga, Dato’ Seri Idris Jusoh turut meluangkan masa melawat beberapa lokasi sekitar kampus UMT iaitu Galeri Penyelidikan INOS, sesi Program Ramah Mesra bersama pelajar Teaching Accounting Firm (TAF) UMT, perasmian Pejabat Malaysian Maritime Logistics and Transport Centre (MALTRAC) dan perasmian Mural dan Smart Learning Space IR 4.0 Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). 1.

Sesi Bicara Ikon bersama Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendapat sambutan hebat daripada para pengunjung.

15


16

FOKUS

Penerbit UMT Lakar Hatrik Hos Anugerah MAPIM-KPT oleh: Nazarudin Othman Penerbit UMT

A

nugerah MAPIM-KPT merupakan anugerah berprestij tertinggi peringkat kebangsaan bagi mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka dalam kalangan ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Majlis pengiktirafan yang menjangkau tahun ke11 penganjurannya ini telah berlangsung pada 29 April 2018 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Pada tahun ini, majlis anugerah ini sekali lagi dihoskan oleh Penerbit UMT buat kali ketiga berturut-turut selepas berjaya menganjurkannya pada tahun 2016 dan 2017.

Majlis yang bertemakan “Melayu Klasik� ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi. Sketsa tragis Si Tanggang yang menderhakai ibunya menggamatkan suasana menjadi gimik untuk pelancaran bukubuku terbaharu anggota MAPIM bagi tahun 2017/2018 sejurus perasmian. Secara keseluruhan, sebanyak sembilan kategori anugerah telah dipertandingkan,

iaitu Reka Bentuk Buku Terbaik, Buku Ilmiah Terbaik (Kemanusiaan dan Sains Sosial), Buku Ilmiah Terbaik (Sains Teknologi dan Perubatan), Makalah Jurnal Terbaik (Kemanusiaan dan Sains Sosial), Makalah Jurnal Terbaik (Sains Teknologi dan Perubatan), Buku Ilmiah Popular, Editor Naskhah Terbaik (Kemanusiaan dan Sains Sosial), Editor Naskhah Terbaik (Sains Teknologi dan Perubatan) dan Karya Suntingan Terbaik. UMT tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi tempat kedua dalam kategori Makalah Jurnal Terbaik (Sains Teknologi dan Perubatan) dengan makalah


Infokus Jun 2018

yang bertajuk Development of Mud Crab Crablet, the identification of Ciliates And The Bioefficacy of Leaf Extract of Rhizophora Apiculata as anti-Protozoal Agent. Makalah ini telah diterbitkan di dalam Journal of Sustainability Science and Management Volume 12 Number 2 2017. Selain itu, anugerah khas iaitu Anugerah Sanjungan Budi turut diberikan kepada mantanmantan Pengarah Penerbit yang telah menyumbang tenaga menjayakan penerbitan ilmiah sepanjang tempoh perkhidmatan.

1

2

3

Majlis Anugerah MAPIMKPT 2017 ini merupakan platform yang tepat bagi mempromosikan hasil penerbitan ilmiah anggota MAPIM ke peringkat kebangsaan di samping memberi pengiktirafan kepada semua pengarang yang menjayakan karya ilmiah sepanjang tahun 2017. Besarlah harapan untuk kita melihat penerbitan bahan ilmiah berkualiti tinggi yang berupaya memandaikan masyarakat dan bangsa. 1.

Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir melawat pameran bukubuku terbitan anggota MAPIM.

2.

Prof. Emeritus Dr. Faizah Shaharom menerima sijil penghargaan setelah memenangi tempat kedua dalam kategori Makalah Jurnal Terbaik (Sains Teknologi dan Perubatan).

3.

Kisah tragis Si Tanggang diekspresikan sebagai gimik pelancaran buku.

17


18

PENYELIDIKAN

Usaha AKUATROP Melestarikan Si Sepit Biru oleh: Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin Abdullah & Suhairi Mazelan Institut Akuakultur Tropika Foto : Mokhtar Ishak

U

dang galah (Macrobrachium rosenbergii) merupakan spesies krustasia bernilai tinggi yang menjadi pelengkap ekosistem boleh ditemui di sungai-sungai Terengganu. Walau bagaimanapun, tiada dokumen rasmi yang merekodkan status stok populasi si sepit biru ini di sungai-sungai utama di Terengganu. Namun, yang lebih membimbangkan ialah hasil soal selidik bersama penduduk setempat mendapati bahawa jumlah tangkapan spesies krustasia ini semakin berkurangan disebabkan aktiviti penangkapan yang tidak terkawal ekoran permintaan tinggi di pasaran. Dengan kepakaran yang dimiliki UMT menerusi Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP), masalah ini cuba diselesaikan dengan melaksanakan program ekspedisi pemuliharaan dan peningkatan populasi udang galah di beberapa sungai utama di Terengganu. Program ini dijalankan di bawah pembiayaan Geran Penyelidikan Dana Translasional UMT.

Untuk rekod, sehingga kini lebih daripada 2 juta anak benih udang galah telah dihasilkan di hatcheri penyelidikan AKUATROP sejak tahun 2014. Anak-anak benih udang galah yang dihasilkan ini telah digunakan untuk pelbagai aktiviti penyelidikan, pengajaran, kursus dan projek pembangunan komuniti. Di bawah Program Kelestarian Sumber, usaha kumpulan penyelidik AKUATROP yang diketuai oleh Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin ini bermula dengan pengumpulan data asas status stok populasi udang galah di sungai-sungai utama di Terengganu. Data asas perlu direkodkan sebelum sebarang usaha pemuliharaan dan peningkatan populasi udang galah dapat dilakukan. Fasa pertama iaitu pengumpulan data populasi udang ini dijalankan di tiga sungai utama di Terengganu iaitu Sungai Nyatoh, Sungai Paka dan Sungai Terengganu. Penyelidik AKUATROP telah berkampung selama lima hari di kawasan kajian untuk menjalankan aktiviti persampelan


Infokus Jun 2018

1

2

3

4

stok, kajian pemantauan kualiti air, pemeriksaan penyakit udang galah, kajian genetik, kajian pemakanan, kajian morfometrik dan kajian fekunditi induk udang galah. Fasa kedua program ini ialah aktiviti pelepasan anak benih udang galah yang dijalankan secara berperingkat bagi tujuan pemuliharaan dan kelestarian sumber udang galah di ketiga-tiga sungai tersebut. Untuk permulaan, sebanyak 111,000 ekor anak benih udang galah telah dilepaskan di Sungai Terengganu menerusi dua sesi pelepasan. AKUATROP mensasarkan untuk melepaskan sebanyak 200,000 anak benih udang galah di tiga sungai utama pada tahun ini. AKUATROP juga menjangkakan seandainya 10 % daripada benih yang dilepaskan di setiap sungai utama tersebut mampu untuk hidup hingga peringkat dewasa, ia bakal memberi pulangan ekonomi kepada penduduk setempat bernilai hampir RM 150,000 bagi setiap sungai yang dijalankan aktiviti pelepasan tersebut.

AKUATROP mengharapkan sokongan berterusan daripada warga UMT, Kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan dan masyarakat setempat bagi menjadikan udang galah sebagai Permata Biru di sungai-sungai Terengganu. Program ini bukan sahaja bermatlamat untuk mengekalkan kelestarian udang galah, bahkan mampu untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk sekitar melalui sumber tangkapan perikanan dan rekreasi. 1.

Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin Abdullah (lima dari kiri) bersama ahli-ahli ekspedisi.

2.

Sebahagian sampel udang galah yang dikumpul oleh kumpulan penyelidik AKUATROP semasa Ekspedisi Pemantauan Stok Semula Jadi Populasi Udang Galah di Sungai Nyatoh, Setiu.

3.

Antara kaedah tangkapan yang digunakan bagi mendapatkan sampel udang galah liar di sekitar sungai-sungai utama di Terengganu.

4.

Warga AKUATROP bersama komuniti Kg. Pasir Tebakang, Manir membuat pelepasan benih udang galah di Sungai Terengganu.

19


20

PENYELIDIKAN

Ekspedisi Kelulut Kenyir 2.0

oleh: Noor Zulaika Zulkifli, Nurafiqah Bidin, Mirza Syazwani Mohtar Nur Hafizatul Nazira Mohd Fadzli Kelulutpreneur UMT

T

asik Kenyir menjadi lokasi pemetaan Ekspedisi Kelulut UMT yang ke-14 bermula 10 hingga 12 Februari 2018. Ekspedisi kali ini melibatkan seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada peminat, pengusaha dan juga penyelidik dari seluruh tanah air. Diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak, ekspedisi kali ini turut disertai oleh mahasiswa Kelulutpreneur UMT. Pemetaan Kelulut yang mengambil masa empat hari tiga malam ini berlabuh di lokasi pertama ekspedisi iaitu di Taman Herba. Perjalanan untuk mengesan kelulut di kawasan Taman Herba ini berhasil apabila salah seorang peserta ekspedisi menemukan corong kelulut jenis Geniotrigona thoracica yang masih lagi aktif. Penemuan pertama ini menjadi pembakar semangat bagi semua peserta untuk mengesan dan menemukan lebih banyak spesies kelulut. Pemetaan kelulut diteruskan di lokasi kedua iaitu sekitar Air Terjun Saok.

Peserta ekspedisi meneliti penemuan corong koloni kelulut jenis Geniotrigona thoracica di Taman Herba.

Pada sebelah malam, para peserta ekspedisi mengisi masa dengan diskusi berkaitan pemburuan dan dokumentasi kelulut, isu-isu semasa industri kelulut selain perbincangan berkaitan persijilan autentik makanan. Kepenatan seakan tidak terasa biarpun suhu dingin 17°C menusuk hingga ke tulang. Pemetaan kelulut diteruskan lagi pada hari berikutnya iaitu di Gua Bewah dan kawasan sekitarnya. Untuk para peserta juga mengharungi laluan trekking ke Gua Taat sejauh enam kilometer yang mengambil masa tiga jam perjalanan. Kalau sudah namanya rezeki memang tidak pernah salah alamat, kelihatan kelulut aktif mencari makanan pada pokok cili dan betik membuktikan wujudnya kelulut di kawasan tersebut. Ekspedisi kali ini berjaya merekodkan 13 spesies kelulut kesemuanya di empat lokasi yang berbeza. Jelas terpancar kegembiraan dan kepuasan di setiap wajah para peserta dan mahasiswa Kelulutpreneur UMT setelah berjaya menamatkan ekspedisi kali ini.

Salah satu spesies kelulut yang ditemui di sekitar Gua Taat ialah Lepidotrigona latipes.

Kelulut jenis Tetragonula spp yang ditemui di sekitar Gua Bewah.


Infokus Jun 2018

UMT Tuai 30 Pingat Emas Sempena MPI 2018 oleh: Asniah Abdullah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC)

U

MT berjaya membawa pulang 30 pingat emas dan satu Anugerah Khas sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) 2018. MPI 2018 yang berlangsung pada 7 hingga 9 April 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu telah mempertanding dan mempamerkan kira-kira 312 produk penyelidikan dari UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), TATI University College (TATIUC), institusi pengajian tinggi serta sekolah menengah dan rendah sekitar Negeri Terengganu. Bertemakan “Memacu Revolusi Industri 4.0 Menerusi Penyelidikan dan Inovasi”, penganjuran MPI 2018 merupakan kolaborasi kali kedua antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), UniSZA dan TATIUC. Penganjuran selama tiga hari tersebut telah menyaksikan sebanyak 134 produk UMT dipertandingkan dan sebanyak 30 emas, 32 perak dan 44 gangsa berjaya dirangkul oleh UMT dalam MPI 2018 yang telah dirasmikan oleh YB A. Latiff Awang, mantan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi

dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu mewakili Menteri Besar Terengganu. Sementara itu, inovasi ciptaan kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Wan Nural Jawahir binti Hj Wan Yus, “AutoCountME: AutoCounting Mosquito Eggs” telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas bagi MPI 2018. Sebanyak sembilan kluster dipertandingkan dalam MPI 2018 iaitu Environment & Renewabale Energy, Agriculture & Aquaculture, Industrial Design, Building Engineering & Architecture, Disaster Management, Education, Community Development & Social Innovation, Health, Medical, Pharmaceutical, Food & Supplement, Digital Era, Data Analytics & Automation Revolution, Manufacturing Technologies, Food Processing & Mechanization serta Automobile, Aeroneutical & Maritime Technology. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar mengucapkan tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik UMT yang sentiasa menghasilkan produk yang inovatif serta berusaha mencungkil idea-idea baharu dalam meletakkan UMT sebagai gedung ilmu yang menjadi rujukan masyarakat.

21


22

FOKUS

TAF-UMT-SALIHIN Peneraju WBL Graduan Perakaunan oleh: Prof. Madya Dr. Hafiza Aishah Hashim & Dr. Norazlina Ilias Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim

P

elajar Sarjana Muda Perakaunan UMT kini berpeluang menimba pengalaman persekitaran kerja sebenar sekali gus mempersiapkan diri sebelum memasuki dunia pekerjaan melalui program 2u2i – Teaching Accountancy Firm (TAF), hasil kerjasama strategik antara UMT dan firma perakaunan SALIHIN Chartered Accountants. Bersempena dengan lawatan Menteri Pendidikan Tinggi ke Universiti Malaysia Terengganu, satu sesi Program Ramah Mesra bersama Dato’ Seri Idris Jusoh, mantan Menteri Pendidikan Tinggi telah diadakan bersama pelajar Teaching Accountancy Firm (TAF) pada 24 Mac 2018 yang lalu. UMT merupakan antara universiti terawal yang telah berjaya melaksanakan program 2u2i dengan penubuhan TAF. TAF merupakan revolusi dalam lanskap pengajian perakaunan di Malaysia dan inisiatif yang pertama seumpamanya di dunia. Penubuhan TAF adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan jaringan universitiindustri melalui program pengajian mod 2u2i. 2u2i adalah program pembelajaran berasaskan pekerjaan yang memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka melalui kerjasama akademik dan industri dengan pendekatan penyampaian secara “workbased learning” (WBL).

Sejak ditubuhkan lebih dua tahun lalu, program TAF telah berjaya memberikan pengalaman industri kepada 175 orang pelajar yang mengikuti salah satu atau lebih kursuskursus TAF. Melalui pemantauan berterusan daripada pihak industri, pelajar Sarjana Muda Perakaunan UMT akan lebih berdaya saing dan bersedia memasuki alam pekerjaan kerana sudah memperoleh pengalaman bekerja dalam industri sekali gus mampu mempamerkan prestasi diri kepada majikan. Sebelum ini, tempoh enam bulan latihan industri yang dilalui oleh pelajar Sarjana Muda Perakaunan UMT agak singkat menyebabkan pelajar tidak dapat menunjukkan kemahiran mereka sepenuhnya kepada majikan. Melalui pengalaman mengikuti pembelajaran WBL di TAF seawal tahun dua pengajian, pelajar dapat mempelajari dengan lebih mendalam selokbelok perkhidmatan perakaunan kepada klien TAF. Pada masa yang sama, WBL ini menjadi platform untuk pelajar melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran insaniah seperti komunikasi interpersonal, berfikiran kritis dan bijak menyelesaikan masalah.


Infokus Jun 2018

Kejayaan Berganda UMTMOOC oleh: Prof. Madya Dr. Noraida Haji Ali Pusat Perancangan, Pembangunan dan Kualiti Akademik

U

MTMOOC meraih kejayaan berganda dengan menggondol dua pingat emas selain turut merangkul dua anugerah Best Award dalam MOOC Competition sempena Persidangan Antarabangsa Literasi Media (MEDLIT) 2018 yang telah diadakan di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 5 dan 6 Mac 2018. Persidangan ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan bersama dengan enam buah Negara iaitu Thailand, Vietnam, Austria, Netherlands dan Jerman yang menganggotai geran penyelidikan dalam literasi media di bawah Geran Erasmus + Kesatuan Eropah. Dua anugerah yang dirangkul adalah The Best Innovation in Management of MOOC dan The Best Innovation e-Content in MOOC. UMTMOOC diwakili oleh Ketua e-Pembelajaran, Pusat Perancangan, Pembangunan dan Kualiti Akademik (PPPKA), Prof. Madya Dr. Noraida Haji

Ali dan Pegawai Pengurusan Maklumat, Puan Rabiatul Addawiyah Hanim Mohd Rosli. Persidangan MEDLIT yang julung kali diadakan ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen) Sarawak, Dato’ Talib Zulpilip manakala majlis penutup disempurnakan oleh mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr. Mary Yap Kain Ching. PPPKA mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan UMTMOOC dan semua Subject Matter Expert (SME) yang terlibat dalam pembangunan UMTMOOC sepanjang tahun 2015 hingga 2017. Terima kasih tidak terhingga juga kepada pihak pengurusan PPPKA dan pengurusan tertinggi UMT yang sentiasa memandang serius dan memberi sokongan padu terhadap pembangunan UMTMOOC ini seiring dengan perkembangan pendidikan tinggi 4.0.

23


24

FOKUS

UMT-MAIDAM Meterai MoA Wakaf Ilmu oleh: Dr. Nor Hazmin Sabri & Ustazah Rodiah Mustafa Pusat Islam Sultan Mahmud

U

MT telah mengorak langkah untuk meningkatkan lagi fungsi keilmuwan dengan menubuhkan dana Wakaf Ilmu UMT. Dana ini berfungsi sebagai instrumen baharu dalam menjana dana kewangan universiti menerusi konsep wakaf dalam Islam. Perkara ini walaupun masih baharu di Malaysia, namun sebenarnya banyak universiti terulung dunia menjadikan sistem wakaf sebagai sumber utama dalam pembangunan institusi pendidikan. Misi wakaf ilmu UMT adalah untuk meninjau dan memanfaatkan peluang terbaik dalam hasrat melipatgandakan hasil daripada dana dan aset wakaf menerusi medium yang efektif demi merealisasikan hasrat pewakaf untuk pengagihan manfaat wakaf kepada mauquf ‘alaihi secara berterusan. Untuk rekod, Lembaga Pengarah Universiti telah meluluskan penubuhan Tabung Wakaf Ilmu UMT dengan kerjasama MAIDAM dan bersetuju dengan penubuhan JK bersama UMT dan MAIDAM dalam mengurus Tabung Wakaf Ilmu UMT (TWIUMT) pada 29 Disember 2016 seterusnya mendapat perkenan DYMM Sultan Terengganu untuk pelaksanaan berkuat kuasa 7hb Mac 2017. Bertitik tolak daripada persepakatan antara UMT dan MAIDAM ini, memorandum perjanjian

(MoA) telah dimeterai pada 28 Mac 2018. Majlis menandatangani MoA yang sangat bermakna ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pesuruhjaya MAIDAM, Tuan Haji Wan Ismail Sahaimi Haji Wan Omar di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. UMT dan MAIDAM telah mencapai kata sepakat untuk berganding bahu bersamasama melaksanakan konsep dan sistem wakaf di UMT demi meningkatkan fungsi keilmuwan sekali gus menjana ekonomi. Pelbagai inisiatif bantuan telah dirangka hasil manfaat daripada dana ini seperti biasiswa wakaf, hadiah kecemerlangan wakaf, pemberian geran penyelidikan, pembelian aset dan peralatan makmal, pembelian peralatan pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan fasiliti bakal dinikmati oleh kumpulan sasar yang terhad kepada seluruh warga UMT sahaja. Jumlah terkumpul dalam tabung ini sehingga Mac 2018 adalah sebanyak RM 1,089,335.32.10. Beberapa projek penjanaan hasil wakaf telah dirangka dan akan dilaksanakan bagi melipatgandakan lagi manfaat wakaf yang diperoleh agar lebih ramai golongan sasaran yang dapat merasai manfaat wakaf ini.


Penyelidik Mikologi Timba Ilmu Kulat

C

Infokus Jun 2018

oleh: Dr. Andrew Anak Ngadin Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan

hicago Botanic Garden telah menganjurkan bengkel International Union for the Conservation of Nature’s Fungal Conservation. Bengkel kali pertama dan terbesar pernah dianjurkan ini disertai oleh Penyelidik Mikologi UMT, Dr. Andrew Anak Ngadin bertempat di Oak Spring Garden Foundation (OSGF), Virginia, Amerika Syarikat. Bengkel Pemuliharaan Kulat ini adalah langkah utama dalam melindungi kulat secara global dan data terkini Fungal Red List IUCN akan dikemas kini bagi menjadikannya salah satu rekod yang sangat penting bagi status pemuliharaan spesies di seluruh dunia. Proses perekodan ini melibatkan 12 saintis dari seluruh dunia memakan masa yang agak panjang dan akan dijalankan dalam beberapa siri. Bengkel Fungal Red List ini dijayakan oleh dua orang saintis yang tersohor dalam bidang pemuliharaan kulat iaitu Profesor Greg Muller dari Chicago Botanic Garden dan Profesor Anders Dahlberg dari Sweden. Menerusi penglibatan ini, kesedaran dalam pemuliharaan kulat telah banyak memberi idea untuk pengurusan ekologi yang terancam di mana satu perancangan untuk menjalankan kerjasama akan diwujudkan secara global. Ini termasuk permohonan geran antarabangsa bagi penganjuran program kesedaran dan pemuliharaan, penganjuran bengkel saintis mikologi dan perancangan polisi persekitaran untuk mengelakkan ancaman kulat secara global.

1

Sepanjang berada di OSGF, setiap wakil negara telah membuat penilaian dan perbincangan untuk melaksanakan Fungal Red List secara konsisten. Beberapa spesies telah didaftarkan dalam sistem data yang telah dibangunkan di bawah IUCN. Untuk mengalakkan lebih ramai saintis terlibat, Dr. Andrew telah merancang untuk melaksanakan bengkel di rantau Asia Tenggara pada tahun 2019 dengan kerjasama mentor iaitu Greg Muller dan Anders Dahlberg. Diharapkan ramai saintis khususnya dari Asia Tenggara akan terlibat untuk program pemuliharaan kulat dan penyelidik atau saintis dalam bidang pemuliharaan kulat di Malaysia diseru agar dapat menyertai program Fungal Red List bagi menghalang kepupusan spesies kulat.

2 1.

Penyelidik UMT turut menyertai perbincangan ini untuk mewujudkan kerjasama dengan beberapa negara dan agensi lain.

2.

Proses penilaian spesies kulat oleh beberapa saintis yang dijemput dari pelbagai negara untuk membantu membangunkan Fungal Red List secara global.

25


26

SOROTAN PERISTIWA

UMT Anjur Career, Entrepreneurship & Skills Festival oleh: Muhammad Hafiz Mohd Dee Pusat Keusahawanan dan Kerjaya

B

agi memacu Lonjakan 1, “Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang” dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015 – 2025, UMT telah menganjurkan Career Entrepreneurship and Skills Festival 2018 (CESF’18) yang diadakan selama empat hari bermula 12 April 2018. CESF’18 adalah program yang dianjurkan oleh kelab-kelab di bawah naungan Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) iaitu Kelab Usahaniaga, Kelab Enactus, Kelab MyAgrosis, ALK KOSISWA dan Career Path Club dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab INTEGRA dan Kelab HEVOTECH. Perasmian pembukaan CESF’18 telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali dan perasmian penutup oleh Ahli Lembaga Pengarah UMT, Dato’ Asmawi Nordin.

Penganjuran CESF’18 telah berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung dengan pengisian seperti temu duga terbuka (MyCareer@MOHE) dan pameran kerjaya daripada pihak industri, Industrial Talk, Forum Kerjaya, Career Idol, pertandingan Real Business Challenge, MyAgrosis Cup dan Battle of Buskers. Prof. Madya Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali dalam ucapannya berkata, penganjuran CESF’18 bertujuan untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan Universiti di samping menghubungkan universiti bersama industri. CESF’18 mendapat penajaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Coca-Cola Far East Limited (Malaysia) dan turut disokong oleh JobsMalaysia Centre, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Actyvate Malaysia dan al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.


Infokus Jun 2018

27

1

2

1.

Ahli Lembaga Pengarah UMT, Dato’ Asmawi Nordin merasmikan penutupan CESF’18.

2.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) melawat gerai pelajar UMT yang menawarkan produkproduk untuk pasaran komersial.


28

SOROTAN PERISTIWA

Jalinan UMT-NTOU Kian Erat oleh: Dr. Liew Hon Jung, Yusnita A Thalib Ros Suhaida Razali, Nur Shahieda Mohamad Institut Akuakultur Tropika

J

aringan antarabangsa antara UMT dan National Taiwan Ocean University (NTOU) semakin erat dengan undangan yang diterima UMT untuk menyertai International Ocean Camp 2018. Program tersebut yang dijalankan pada 3 hingga 10 Mac 2018 telah mendapat tajaan penuh daripada pihak NTOU dengan sokongan Kementerian Pendidikan Taiwan. UMT menghantar 12 orang peserta yang terdiri daripada 5 orang pelajar sarjana muda, 5 orang pelajar pasca siswazah, seorang pegawai sains dan seorang pensyarah pengiring. Menerusi kem ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai

industri akuakultur dan perikanan di Taiwan dan turut dibawa melawat fasiliti sekitar kampus NTOU. Kunjungan ke Yang Ming Ocean Culture & Art Museum, National Museum of Marine Science & Technology, Gong Liao Aquatic Center dan Lanyang Museum memberi paparan yang informatif berkaitan dengan teknologi maritim dan perkapalan, industri makanan laut, ekonomi perikanan serta pemeliharaan dan pemuliharaan hasil laut yang dijalankan di Taiwan. Hubungan strategik UMT-NTOU dilihat dapat mendukung hasrat dan matlamat UMT untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara universiti-universiti terbaik dunia.


Infokus Jun 2018

Kolej Siswa Laksana Lawatan Ilmiah dan Bakti Siswa di Indonesia oleh: Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Kolej Siswa

Pelajar bergambar berlatarbelakangkan Gunung Bromo yang merupakan salah sebuah gunung berapi yang aktif di Jawa Timur, Indonesia.

S

eramai 22 orang pelajar yang terdiri daripada Majlis Kolej Siswa (MKS) dan Majlis Pelajar Luar Kampus (MPLK), UMT telah berjaya mengadakan Lawatan Ilmiah dan Bakti Siswa ke Universitas Airlangga dan Sekolah Menengah Atas Negeri Enam (6), Surabaya, Indonesia pada 1 hingga 4 Mac 2018. Lawatan diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala selaras dengan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai oleh UMT dan Universitas Airlangga. Selain memenuhi hasrat untuk melahirkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat global, program pengantarabangsaan ini turut membuka perkongsian idea mengenai infrastruktur organisasi dan pengurusan kediaman. Kolej Siswa turut melaksanakan Bakti Siswa ke Sekolah Menengah Atas Negeri Enam (6), Surabaya dan bersama-sama pelajar di sana melakukan pelbagai aktiviti berkonsepkan peta

Pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri Enam bersama MKS dan MPLK Kolej Siswa melakukan aktiviti berkonsepkan peta minda dan sains.

minda, kreativiti dan sains. Ternyata kehadiran pelajar UMT telah memberi pelbagai impak yang positif kerana mereka saling bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai penambahbaikan pelbagai aspek topik pendidikan serta kemahiran. Timbalan Pengetua Kolej Siswa Luar Kampus, Dr. Nik Aziz Nik Ali berkata, usaha murni yang dilaksanakan oleh pelajar MKS dan MPLK telah berjaya mendapat pujian daripada pihak Sekolah Menengah Atas Negeri Enam (6) Surabaya apatah lagi delegasi UMT turut mengadakan program gotong-royong di sekitar sekolah tersebut. Pendakian ke Gunung Bromo yang mencabar fizikal dan minda pelajar MKS dan MPLK turut menjadi aktiviti sampingan di sana. Gunung berapi aktif dengan ketinggian 2.329 m di atas permukaan laut ini terletak dalam kawasan Taman Nasional Bromo yang menjanjikan pemandangan memukau buat para pengunjungnya.

29


30

SOROTAN PERISTIWA

Pelajar Tropimundo Hayati Warisan Alam

Tasik Kenyir

oleh: Prof. Emeritus Dr. Faizah Mohd Sharoum & Muhammad Hafiz Sulaiman Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur

P

elajar antarabangsa, Erasmus Mundus Tropimundo telah menjalani kerja lapangan di Tasik Kenyir sebagai memenuhi keperluan Kursus Elektif Ekologi Tasik dan Darat. Sesi pembelajaran ini dijalankan secara terus agar para pelajar dapat menghayati warisan dan kekayaan hutan hujan tropika yang menjadi nadi keindahan Tasik Kenyir. Berlangsung pada 9 hingga 11 Mac 2018, program ini disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang pelajar Tropimundo, staf, pembantu penyelidik dan renjer Jabatan PERHILITAN. Sesi kerja lapangan hari pertama bermula di Gua Bewah. Di sini, peserta dapat melihat secara lebih dekat interaksi antara haiwan dan serangga

seperti kelawar, lipas, cengkerik dan labah-labah yang menjadikan Gua Bewah sebagai habitat mereka dengan membentuk satu jaringan rantaian makanan dan ekosistem yang saling melengkapi. Seterusnya, para peserta dibawa merentasi denai Gua Bewah. Kepelbagaian jenis flora yang kelihatan di sepanjang denai menarik minat peserta seperti Pokok Kayu Manis (Cinnamomum verum) yang mengeluarkan bau harum menerusi kulit pokoknya. Para peserta juga berasa teruja dapat melihat sendiri Pokok Melunak (Pentace excelsa) yang terbesar dan tertinggi di Malaysia. Aktiviti pada sebelah malamnya pula diisi dengan tutorial pemasangan Perangkap Harp iaitu sejenis perangkap yang digunakan untuk menangkap kelawar serangga (Insectivorous bats).


Infokus Jun 2018

1

3

2

Kerja lapangan hari kedua bertumpu di Taman Herba. Pelbagai jenis tumbuhan herba tempatan yang digunakan dalam perubatan tradisional dibiakkan di taman ini. Para peserta turut diberi peluang untuk merasa air rebusan Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Kacip Fatimah (Labisia pumila) dan Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa). Selanjutnya, kerja lapangan diteruskan ke Air Terjun Saok bagi melihat kepelbagaian jenis flora yang terdapat di kawasan air terjun.

1.

Gua Bewah yang menjadi habitat haiwan dan serangga merupakan pelengkap kepada ekosistem alam.

2.

Para peserta teruja dapat melihat Pokok Melunak yang terbesar dan tertinggi di Malaysia.

3.

Para peserta meneliti flora yang ditemui.

Pada hari terakhir, para peserta berkunjung ke Stesen Penyelidikan Kenyir UMT di Sungai Lawit dan diberi penerangan berkenaan fungsi dan fasiliti yang bakal diwujudkan. Adalah diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diperluaskan kepada semua pelajar UMT sebagaimana Program Survival Laut agar para pelajar bukan sahaja menghargai warisan alam di lautan, tetapi juga di daratan.

31


32

SOROTAN PERISTIWA

Lawatan Industri PPSA Erat Hubungan bersama Industri oleh: Dr. Fazilah Ariffin Pusat Pengajian Sains Asas

P

usat Pengajian Sains Asas telah mengadakan lawatan industri pada 18 hingga 20 April 2018 ke Bioalpha East Cost Agro Sdn. Bhd. dan diikuti dengan lawatan ke Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, MARDI Serdang, Selangor dan Taman Agroteknologi MARDI, Tanah Rata Cameron Highlands, Pahang. Matlamat lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kelengkapan makmal dan teknologi yang terdapat di ketiga-tiga buah industri tersebut selain mengenal pasti penempatan ’Work Based Learning’ latihan industri kepada pelajar PPSA. Turut dibincangkan, kerjasama penyelidikan dan teknikal bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta peluang sangkutan industri untuk ahli akademik PPSA khususnya di Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Kunjungan pertama delegasi PPSA adalah ke Bioalpha East Cost Agro Sdn. Bhd. yang terletak di Kg. Pasir Raja, Dungun, Terengganu. Syarikat ini merupakan Ladang Herba Bersepadu yang memiliki ladang seluas 1000 ekar yang ditanam dengan pelbagai tumbuhan herba bagi tujuan farmaseutikal dan turut dieksport ke luar negara. Antara tumbuhan herba berkomersial tinggi yang

diusahakan adalah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Serai, Misai Kucing dan Lada Hitam. Lawatan kemudiannya diteruskan ke Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi di Serdang, Selangor. Pusat ini merupakan satu daripada sembilan fokus penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Delegasi telah dibawa untuk melihat makmal-makmal berkaitan Agri-Omik dan Bioinformatik, Biosensor dan Biodiagnostik, Teknologi dan Fermentasi dan Agri-Nanoteknologi. Destinasi terakhir lawatan ialah di Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands. Lokasinya di ketinggian 1, 400 meter dari paras laut dengan suhu nyaman antara 14 hingga 24°C, taman ni berkonsepkan agro-pelancongan yang menghimpunkan pelbagai koleksi buah, herba dan bunga beriklim empat musim. Delegasi PPSA diberi penerangan berkaitan teknik dan teknologi yang dibangunkan oleh MARDI melalui penyelidikannya untuk tanaman tanah tinggi. Delegasi turut berpeluang melawat Taman Inggeris, Laman Herba, Edible Garden,Taman Ros, Plot Strawberi, Plot Anggur, Plot Fertigasi dan Plot Sayur-sayuran.


Infokus Jun 2018

1

2

3

4

1.

Makmal tisu kultur di Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi menempatkan pelbagai tanaman herba seperti Sambung Nyawa, Temu Hitam dan Temu Lawak.

2.

Tanaman herba Misai Kucing yang ditanam di Ladang Herba Bersepadu.

3.

Edible garden (Taman dapur) seperti kobis yang ada di Taman Agroteknologi, MARDI.

4.

Sesi penerangan oleh Pegawai Eksekutif Bioalpha, Encik Ahmad Faiq berkaitan penanaman tanaman herba di ladang seluas 1000 ekar.

33


34

SISWA CEMERLANG

Wataniah UMT Cedok Ilmu Orang Asli oleh: Lt. M. Siti Noriam Yaakob Ajutan Pasukan Askar Wataniah UMT

I

lmu ikhtiar hidup amat penting kepada setiap anggota badan beruniform terutamanya askar wataniah seiring dengan ilmu peperangan di dalam hutan. Pasukan Askar Wataniah UMT (PAW UMT) seramai 70 orang yang diketuai oleh Timbalan Komandan, Mejar (K) Badruhisham Darus mendekati masyarakat orang asli bagi mempelajari ilmu hutan dan cara memasak di dalam hutan menggunakan alam semula jadi. Program ini dikelolakan di bawah Kursus Military Mind yang berlangsung pada 25 hingga 28 April 2018 di Kampung Merlong, Kuala Betis Gua Musang. Mejar (K) Badruhisham berkata, program ini dirancang bagi memberi peluang dan pendedahan kepada anggota PAW UMT mempelajari cara memasak nasi dan ayam hutan menggunakan buluh. Mereka juga diajar cara membuat tempat berteduh untuk berehat dan kaedah memburu binatang menggunakan sumpit. Kunjungan PAW UMT telah disambut baik oleh Tok Batin Ibrahim yang telah bersama-sama dengan pelajar seawal pagi sehingga selesai majlis penutup. Kemeriahan majlis penutup dapat dirasai oleh semua yang hadir dengan persembahan kebudayaan oleh masyarakat orang asli dan anggota pelajar UMT.

1

Dalam kursus ini, anggota pelajar telah mengikuti aktiviti mendaki Gunung Berembun di Cameron Highlands, Pahang. Kesemua anggota termasuk dua orang pegawai berjaya sampai ke puncak gunung pada jam 11.30 pagi setelah 2 jam 20 minit pendakian. Ilmu medan perang dan ilmu ikhtiar hidup juga diaplikasikan melalui beberapa penerangan oleh staf penunjuk arah pendakian berkenaan pokok dan tumbuhan yang boleh dimakan atau tidak.

2


Infokus Jun 2018

3

4

1.

Tok Batin Ibrahim mengajar caracara menyumpit.

2.

Anggota pelajar diajar membuat perhiasan wanita orang asli.

3.

Penerangan tentang tumbuhan yang boleh dimakan oleh penunjuk arah pendakian di Gunung Berembun.

4.

Memasak nasi menggunakan buluh.

35


36

SOROTAN PERISTIWA

Karnival Sukan Staf UMT 2018 oleh: Muhammad Aiman Aziz Pusat Sukan dan Rekreasi

1

S

ebagai usaha merapatkan ukhuwah dalam kalangan warga UMT dan membentuk warga yang sihat, Karnival Sukan Staf UMT telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan penyertaan semua Pusat Tanggungjawab (PTj) di UMT. Karnival kali ini mempertandingkan empat acara sukan iaitu Ping Pong Beregu, Bola Tampar Campuran, Futsal, Bola Jaring Lelaki dan Wanita serta satu acara khas bagi pengurusan UMT iaitu acara Boling Padang. Karnival Sukan Staf UMT 2018 yang bermula 6 hingga 8 April 2018 ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar.

Karnival sukan ini turut menjadi platform bagi menilai dan membuat pemilihan bakatbakat baharu dalam kalangan staf yang boleh diketengahkan ke kejohanan yang lebih besar. Pasukan Penolong Naib Canselor (PNC) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan menggondol dua pingat emas menerusi acara bola tampar campuran dan bola jaring lelaki. Pasukan HEPA terus mendominasi bola jaring wanita dengan mengekalkan kejuaraan yang diraih pada tahun lepas manakala pasukan PPPM dan Canselori gah menjuarai acara ping pong dan futsal. Kesemua pemenang telah diraikan dalam sesi penyampaian hadiah di Majlis Perhimpunan Warga UMT pada 25 April 2018.


Infokus Jun 2018

37

2

1.

Naib Canselor menyerahkan piala kepada Penolong Naib Canselor.

2.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) mempamerkan aksi dalam acara boling padang.


38

SOROTAN PERISTIWA

Kelab Ekuin UMT Penggerak Sukan Berkuda oleh: Mohamad Rafee Jusoh Pusat Sukan dan Rekreasi

Biarpun dianggap sebagai sukan untuk golongan elit, sukan berkuda kian mendapat tempat di hati rakyat Terengganu. Apatah lagi, sukan ini turut menjadi sukan kegemaran Sultan Terengganu sendiri. Bukan sekadar sukan, sukan berkuda mampu menjadi terapi kepada penyakit artritis, Sindrom Down, autisme, sakit tulang belakang dan membantu mencerahkan penglihatan mata melalui rangsangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda serta bermacam lagi.

Perkembangan sukan berkuda di Malaysia juga semakin meningkat dalam banyak disiplin antaranya dressage, show jumping dan endurance. Perkembangan ini rancak berlaku di Terengganu dengan tertubuhnya Terengganu International Endurance Park (TIEP) dan Terengganu Equestrian Resort (TER). Di UMT, Kelab Ekuin yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 menyemarakkan lagi pembangunan sukan berkuda dan rekreasi khususnya kepada pelajar-pelajar. Kelab Ekuin ini menyediakan nilai tambah dalam aspek perkembangan sahsiah serta memupuk nilai integrasi dalam kalangan pelajar UMT. Sehingga kini, Kelab Ekuin UMT terdiri daripada 70 orang ahli di bawah Penasihat Kelab, Haji Mohamad Rafee Jusoh yang juga Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi UMT. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan merangkumi pertandingan peringkat IPT, sukarelawan kejohanan peringkat negeri dan antarabangsa serta penganjuran kursus O Level bersama Majlis Ekuin Malaysia. Kelab Ekuin UMT juga diberi peluang oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk membuat pameran sempena Ekspo Terengganu 2018 pada 27 Februari hingga 7 Mac di Gong Badak, Kuala Nerus. Sempena ekspo tersebut, Kelab Ekuin UMT bersiaran bersama Selamat Pagi Malaysia, RTM pada 1 Mac 2018.


Infokus Jun 2018

FITNAH DAN ADU DOMBA VIRUS YANG MEMUDARKAN KEINDAHAN ISLAM oleh: Dr Firdaus Khairi Abdul Kadir Pusat Islam Sultan Mahmud

Istilah fitnah telah difahami dalam masyarakat Malaysia sebagai sikap jelek yang bermaksud menyebarkan keburukan seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, fitnah bermaksud tuduhan atau pengkhabaran yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang manakala adu domba atau mengacum pula bermaksud memperlagakan seseorang dengan pihak yang lain. Di dalam bahasa Arab, istilah yang paling hampir dengan fitnah dan adu domba ialah an-Namimah. Dalam menggambarkan kejelekan sikap ini, Ibn Masuud, iaitu salah seorang Sahabat Rasulullah SAW pernah berkata kepada rakan-rakannya: Tidakkah pernah aku memberitahu kepada kamu semua tentang sesuatu gigitan yang menyakitkan? Gigitan tersebut ialah al-Namimah (fitnah) yang dilakukan untuk memburuk-burukkan manusia. Dan sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seseorang yang benar itu akan dicatat tentang kebenarannya dan seseorang yang dusta itu akan dicatat tentang kedustaannya� Sahih Muslim Berkaitan dengan perkara ini juga, Allah turut berfirman dalam surah al-Qalam ayat 10 hingga 12 yang bermaksud: 10. Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya); 11. Golongan yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); 12. Golongan yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa Menerusi ayat-ayat tersebut, menjelaskan kepada kita bahawa Islam ialah agama keharmonian dan sebarang kata-kata nista yang tiada asas bukannya datang daripada prinsip Islam. Ini kerana, sikap tersebut akan memudarkan keindahan Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh alam sebagaimana penegasan Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

39


Reka bentuk dan Reka letak: PENERBIT UMT


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.