INFOKUS UMT September 2021

Page 1

SEPTEMBER 2021

Bil. 76

www.umt.edu.my

Menelusuri Kesohoran UMT 20 Tahun Enrolmen Baharu Bertambah, Bukti Program Asasi STEM Diyakini Bakti Kapten RV Discovery Kemudi Terokaan Penyelidikan dan Latihan


Terkini di pasaran RM87.00 Strengthening Government - University - Industry and Community Collaboration Editors: • Riswadi Azmi • Wan Farah Wani Wan Fakhruddin ISBN: 978-967-2939-58-0 eISBN: 978-967-939-63-4 Tahun: 2021

RM70.00

Pengangkutan Air Negeri Terengganu Pengarang: Mohd Yusof Abdullah ISBN: 978-967-2939-65-8 Tahun: 2021


Sidang Redaksi Penaung

YBhg. Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar

Penasihat

Cik Rabil Sitta Abdul Rahman

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Kandungan 4 6 8 10 12 14 16 18 20 24 26 28 29

Tahniah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia ke-9

Tahniah Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar Naib Canselor UMT Menelusuri Kesohoran UMT 20 Tahun UMT Menang Anugerah PERSAMA 2021 UMT Universiti Awam Pertama Miliki Pusat Latihan SLDN Enrolmen Baharu Bertambah, Bukti Program Asasi STEM Diyakini FPM Tingkat Kesedaran Keselamatan Selam Skuba Alumni UMT Santuni Pengayuh Beca Pasar Payang Bakti Kapten RV Discovery Kemudi Terokaan Penyelidikan dan Latihan UMT dan UiTM Tuan Rumah Bersama Anjur Virtual AIMS Student Forum Graduan Program Teknologi Lepastuai Usahakan Tanaman Durian Guna Biochar IPCOETI 2021 Himpun 106 Penyelidik Masa Hadapan

Renungan

Pereka Grafik

Mohd Fadli Abdullah

Jurufoto

Kru Media Kreatif

Hak Cipta Terpelihara © 2021. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.


4

FOKUS

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai

Perdana Menteri Malaysia ke-9 ikhlas daripada Seluruh warga UMT


Infokus September 2021

5


6

FOKUS

Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar atas pelantikan sebagai

Naib Canselor UMT ikhlas daripada Seluruh warga UMT


Infokus September 2021

7


8

FOKUS

MENELUSURI KESOHORAN UMT 20 TAHUN oleh: Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan


Infokus September 2021

D

alam usia yang telah menjangkau 20 tahun, Universiti Malaysia Terengganu telah melebarkan sayapnya sejajar dengan ilmu kelautan dan sains marin yang menjadi bidang tujahan universiti. Pengembaraan ilmu ini bermula dengan Kolej Universiti Terengganu (KUT) kemudian ditukarkan kepada Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan akhirnya dinamakan UMT. Bersempena sambutan ulang tahun penubuhan UMT yang ke-20 dengan tema ‘Menelusuri Kesohoran UMT 20 Tahun’, pelbagai program menarik telah dirancang secara dalam talian untuk menyemarakkan majlis tersebut. Sambutan yang diadakan selama sebulan ini bermula pada 1 Julai 2021 merupakan anjuran Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas UMT (PERENTAS) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar dan Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) UMT. Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, antara pengisian program adalah forum Minda Naib Canselor yang menghimpunkan ahli panel kumpulan profesional akademik tertinggi yang telah terlibat secara langsung bermula dari penubuhan KUSTEM sehinggalah Naib Canselor keempat UMT. “Diskusi menarik termasuklah mengenai falsafah, misi dan visi serta perkongsian pengalaman mereka bersama staf, pelajar dan alumni UMT yang dikasihi dalam usaha

memperkasakan UMT sehingga kejayaan yang dicapai hari ini, khususnya dalam bidang tujahan yang berteraskan ilmu kelautan dan sumber akuatik sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Strategik UMT 2018 -2022”, ujar Prof. Dr. Mazlan lagi. Sementara itu, Presiden PERENTAS, Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab yang juga penganjur program berkata, majlis sambutan secara dalam talian kali ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan Pusat Ekosistem Digital (PED). “Majlis bacaan yasin, tahlil dan selawat dimulakan dengan ucapan aluan perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor UMT diikuti ucapan pembukaan oleh Pendaftar UMT, Zukiferee Ibrahim. Seterusnya forum bertajuk Minda Pendaftar yang menghimpunkan barisan panel mantan Pendaftar UMT turut diadakan bagi membincangkan pelbagai topik termasuklah pembangunan hala tuju, sumber manusia dalam mendokong hasrat kerajaan menuju sistem pendidikan yang lebih cemerlang di masa akan datang”, tambah Wan Mohd Wazir lagi. Majlis secara dalam talian turut dihadiri oleh tokoh akademik termasuklah Profesor Emeritus Dato’ Dr Mohamad Mahyuddin Mohd Dahan, Profesor Emeritus Dato’ Dr Sulaiman Md Yassin, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan lain-lain barisan panel yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

9


10

FOKUS

UMT MENANG ANUGERAH PERSAMA 2021 oleh: Azeeha Ibrahim Penerbit UMT


Infokus September 2021

P

enyertaan kali pertama UMT dalam Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) nyata tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya memenangi Hadiah Sanjungan bagi kategori Karya Asli untuk tahun 2021, menerusi buku Statistik Pentaabiran dan Analisis Data. Buku tersebut telah dihasilkan oleh Profesor Dr. Mohd Lazim Abdullah, pensyarah di Fakulti Teknologi

Profesor Dr. Mohd Lazim Abdullah sememangnya tidak asing lagi dalam dunia penerbitan buku matematik yang diterbitkan oleh Penerbit UMT. Secara umumnya naskhah ini dihasilkan untuk kegunaan para penyelidik dan pelajar untuk mendalami dengan lebih mendalam ilmu analisis data menggunakan pentaabiran statistik.

Kejuruteraan Kelautan dan Informatik dan Dr. Aslina Nasir, pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu.

Darus menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun ke-51 persatuan ini ditubuhkan. Ia bermatlamat supaya sains dan matematik sentiasa berkembang dalam masyarakat serta meletakkan ilmu ahli sains dan matematik di negera ini dalam kedudukan yang paling unggul.

Anugerah PERSAMA 2020 & 2021 ini telah berlangsung pada 29 Julai 2021 yang dihoskan oleh Pusat Sains Matematik, Universiti Malaysia Pahang melalui platform Microsoft Teams dan Facebook Live. Anugerah tersebut diadakan bersempena dengan penganjuran Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-28 pada 28 dan 29 Julai 2021 yang bertemakan ‘Sains Matematik Wahana Pencetus Inovasi Sejagat’. Oleh kerana penganjuran Anugerah PERSAMA bagi tahun 2020 tidak dapat dilaksanakan ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia, majlis anugerah untuk tahun ini telah digabungkan bagi penyertaan tahun 2020 dan 2021 yang mempertaruhkan tujuh kategori iaitu Karya Asli, Buku Karya Terjemahan, Makalah Ilmiah, Tesis Doktor Falsafah, Tesis Sarjana, Rencana Popular dan Reka Cipta.

Presiden PERSAMA, Profesor Dr. Maslina

“Walaupun dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19 yang menyebabkan banyak bengkel dan seminar ditangguhkan, komuniti matematik dan sains antarabangsa semakin giat mengadakan pelbagai persidangan melalui dalam talian” ujar beliau. Dengan adanya anugerah seperti ini, akan lebih banyak naskhah-naskhah matematik dan sains dapat diterbitkan oleh pakar-pakar dalam bidang sains dan matematik khususnya di UMT. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran bahawa, walaupun UMT terkenal dengan Marin, sains dan matematik juga boleh terkedepan dalam wadah penyebaran ilmu melalui penerbitan naskhah-naskhah yang bermutu.

11


12

FOKUS

UMT Universiti Awam Pertama Miliki Pusat Latihan SLDN oleh:

Dr. Izyan Munirah Mohd Zaideen Fakulti Pengajian Maritim

1

P

entauliahan Pusat Pengangkutan dan Logistik Maritim (MaLTrac), UMT sebagai pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) pada awal April lalu ternyata telah membuka peluang kerjaya kepada belia yang ingin menceburi bidang maritim. Lebih membanggakan, pentauliahan ini juga meletakkan UMT sebagai universiti awam yang pertama mempunyai pusat latihan SLDN di Malaysia. MaLTraC merupakan satu entiti yang diwujudkan oleh Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama pihak The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) sejak tahun 2017. MaLTraC yang diterajui oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Rosni Othman sebagai Pengarah, adalah merupakan pusat penyimpanan data logistik dan pengangkutan Kebangsaan. Sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan dan pendidikan dalam bidang logistik dan pengangkutan, MaLTraC menggalas tanggungjawab membantu pihak berkepentingan untuk meningkatkan profesionalisme modal insan dan pengukuhan teknologi Pada awal Julai yang lepas, MaLTrac telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memulakan pelaksanaan program apprenticeship SLDN yang pertama. Program ini merupakan

kerjasama MaLTrac dengan syarikat bertauliah SLDN iaitu Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd. Program julung ini melibatkan 25 orang perantis dan modul yang dilaksanakan ialah Berth Operation Planning yang disampaikan oleh Pengajar bertauliah SLDN iaitu Dr. Jagan Jeevan. Umumnya, SLDN merupakan program di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang dikelola oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Secara asasnya, SLDN diwujudkan seiring dengan aspirasi Kementerian Sumber Manusia yang menyasarkan peningkatan latihan pekerjaan tempatan melalui program upskilling dan reskilling kepada lebih satu juta pekerja tempatan sekali gus dapat meningkatkan tenaga mahir dalam sektor pekerjaan di Malaysia. Teras SLDN adalah berasaskan struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan dan pelaksanaannya melalui pemerkasaan tenaga kerja tempatan mengikut keperluan industri. Hal ini kerana pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh pihak pusat latihan bersama-sama dengan industri di mana 70% latihan amali di industri dan 30% latihan teori di pusat latihan. Sasaran pelaksanaan SLDN yang berorientasi latihan dalam industri adalah tertumpu kepada pelajar lepasan sekolah dan pekerja sedia ada yang ingin meningkatkan kemahiran.


Infokus September 2021

2 SLDN yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 bakal meningkatkan pengeluaran tenaga mahir yang memenuhi kehendak industri utama pada masa kini dan akan datang. Sehingga Julai 2020, terdapat 1473 Program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang ditawarkan oleh pihak JPK. NOSS merupakan dokumen yang menggariskan kompetensi yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai kompetensi tersebut. Program SLDN ini juga dilihat mampu memanfaatkan industri maritim melalui penawaran NOSS dalam sektor pelabuhan dan perkapalan seperti Keselamatan Pelabuhan, Operasi Pelabuhan, Operasi Sistem Informasi Trafik Kapal, Perkhidmatan Sokongan Penghantaran Kargo, Penyelenggaraan Pelabuhan, Penyelenggaraan Kapal dan Pelabuhan di Bawah Air dan Pembinaan dan Penyelenggaraan Kapal. SLDN juga mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kerana perantis akan dilatih mengikut keperluan dalam industri maritim. Selain itu, perantis SLDN juga diberi penerapan penggunaan teknologi terkini semasa proses pembelajaran bagi memastikan matlamat negara ke arah Revolusi Industri 4.0 dipenuhi.

Dalam belanjawan 2021 yang diumumkan mantan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM60 juta melalui SLDN Plus untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan belia dalam mengikuti program berteraskan Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET). Inisiatif berupa bantuan kewangan ini bertujuan untuk melatih seramai 10,000 perantis menjelang Disember 2021. Ini ternyata memberi perkhabaran gembira kepada semua pihak terutamanya para belia yang memilih TVET sebagai kerjaya masa depan. Kemahiran yang disediakan melalui program SLDN yang diterajui oleh MaLTraC diyakini dapat melengkapkan belia untuk pasaran kerja seterusnya melahirkan modal insan yang holistik bagi pembangunan dan kemajuan negara. Insentif SLDN Plus juga jelas menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia dalam usaha menarik minat belia untuk menyertai SLDN sejajar dengan usaha melahirkan tenaga mahir tempatan untuk memenuhi permintaan industri. Ini secara langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui penglibatan tenaga kerja tempatan dan sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing.

13

1.

Lawatan Penentusahan Pentauliahan​ oleh pihak JPK

2.

Surat kelulusan pentauliahan Pusat Latihan SLDN


14

SOROTAN PERISTIWA

Enrolmen Baharu Bertambah, Bukti Program Asasi STEM Diyakini oleh:

Prof. Madya Dr Laili Che Rose Pusat Asasi STEM

1

M

asuk tahun keempat penawaran Program Asasi STEM di UMT, Pusat Asasi STEM (PASTEM) sekali lagi mencatatkan sejarah tersendiri apabila peningkatan ambilan pelajar terus meningkat dan hampir memenuhi unjuran pelajar yang ditetapkan oleh UMT. Dalam suasana norma baharu, ternyata ia tidak menghalang untuk 276 orang pelajar bersetuju menerima tawaran sebagai pelajar Program Asasi STEM Kohort keempat dan ini menunjukkan pertambahan berbanding tahun sebelumnya seramai 220 orang pelajar. Pertambahan bilangan pelajar ini menunjukkan bahawa program asasi STEM mula dikenali dalam kalangan murid sekolah, hasil daripada pelbagai program promosi yang dijalankan di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Dengan pertambahan bilangan pelajar ini, adalah diharapkan dapat melonjakkan

bilangan pelajar cemerlang masuk ke peringkat pra siswazah di dalam bidang STEM di UMT selepas mereka selesai di peringkat asasi. Untuk rekod, Program Asasi STEM yang dijalankan selama satu tahun ini memberi peluang kepada pelajar lepasan Asasi memilih untuk melanjutkan pengajian ke program-program bidang Sains ,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) tanpa perlu melalui pemilihan UPU online. Suasana norma baharu ini juga menuntut sesi pendaftaran pelajar diadakan secara dalam talian. Perancangan rapi telah dibuat oleh pihak UMT umumnya dan PASTEM khususnya untuk memastikan kesemua pelajar yang menerima tawaran program Asasi STEM dapat melakukan pendaftaran dengan jaya dan seterusnya dapat mengikuti Minggu Jalinan Mesra (MJM) yang diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2021. MJM berjaya dijalankan secara dalam talian sepenuhnya manakala Majlis Bacaan Ikrar


Infokus September 2021

15

2

dijalankan pada 5 Ogos secara hibrid. Majlis ini disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar dengan kehadiran bersama Dekan Fakulti Perikanan Sains Makanan dan Pengarah Pusat Asasi STEM, manakala pelajar baharu hadir secara dalam talian. Naib Canselor dalam ucapannya berkata, “Pihak UMT juga memandang serius berkenaan khidmat sokongan kepada pelajar bagi menghadapi pembelajaran dalam era norma baharu ini. Oleh yang demikian, kami di UMT telah melancarkan inisiatif sokongan akademik seperti khidmat e-kaunseling, sistem mentor mentee dan lain-lain dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik di UMT ini”. “Saudara saudari juga perlu lebih terbuka dan cepat menyesuaikan diri dengan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdP Online) termasuk kuliah, tutorial, tugasan,

pembentangan dan peperiksaan akhir diadakan secara dalam talian sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini. PdP yang memerlukan aktiviti bersemuka ditangguhkan dan digantikan dengan tugasan lain yang bersesuaian”, ujar beliau lagi. PASTEM juga adalah satu-satunya pusat asasi di Malaysia yang memberi laluan dan menawarkan program Asasi STEM kepada pelajar daripada aliran bukan sains tulen ketika di peringkat SPM. Tawaran ini dibuat semenjak ambilan pertama lagi dan pelajar yang di dalam kategori ini telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang di peringkat Asasi STEM, sebaris dengan pelajar daripada aliran sains tulen. Mereka kini melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di dalam program sains dan Teknologi di UMT. Ini secara tidak langsung telah membantu kerajaan Malaysia untuk meramaikan lagi graduan di bidang STEM.

1.

Naib Canselor UMT bersama dengan wakil pelajar baharu Program Asasi STEM sesi 2020/2021, saudara Wan Hafiz, yang menjadi wakil pelajar baharu dalam sesi bacaan ikrar secara maya.

2.

Pengarah Asasi STEM UMT, Prof. Madya Dr. Laili Che Rose bersama pelajar baharu Program Asasi STEM Sesi 2020/2021 yang mendaftar secara dalam talian.


16

SOROTAN PERISTIWA

FPM Tingkat Kesedaran

Keselamatan Selam Skuba oleh:

Kapten Dr. Noor Apandi Osnin, Dr. Razak Zakariya, Dr Nurul Haqimin Mohd Salleh, Shahriman Abdul Hamid dan Muhammad Irsyad Hasbullah

Fakulti Pengajian Maritim

B

eberapa pensyarah dan pegawai dari UMT telah tampil menjayakan sebuah program keselamatan skuba bersama komuniti nelayan daerah Setiu, Terengganu melalui Knowledge Transfer Assimiliation Grant Scheme (KTAGS). Program yang diadakan pada 3 April 2021 di Pulau Bidong ini melibatkan sebilangan penduduk dari Kampung Mangkuk, Penarik dan Pengkalan Gelap yang bekerja sebagai nelayan kecil sepenuh masa. Di sebalik kerja hakiki tersebut, kesemua peserta ini juga turut membuat kerja sampingan sebagai tekong bot yang memberi perkhidmatan kepada pemancing dan penggemar rekreasi air sebagai pendapatan sampingan mereka. Namun begitu, rata-rata peserta ini kurang pendedahan dan pengetahuan dalam aspek keselamatan ketika mengendali sewaan bot untuk

aktiviti rekreasi khususnya selam skuba sama ada secara teori atau praktikal. Hasil tinjauan juga mendapati hanya beberapa peserta saja yang tahu sedikit informasi dan pengetahuan berkaitan aktiviti ini malah hanya seorang peserta sahaja yang memiliki lesen skuba. Keadaan ini pastinya menjurus pada risiko yang tinggi malahan memungkinkan kemalangan dan kehilangan jiwa. Program selama satu hari ini memberi penekanan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kepatuhan setiap nelayan yang terlibat dalam menjalankan perkhidmatan sewaan bot khususnya untuk penyelam skuba. Ini termasuk beberapa cadangan servis dan alatan keselamatan yang perlu ditambah mahupun diselenggara secara berkala. Peserta juga diberi pengetahuan berkenaan asas, teori dan teknik selaman skuba serta kelengkapan asas bagi bot rekreasi.


Infokus September 2021

Menerusi program ini, sebanyak 60% kefahaman peserta telah dapat ditingkatkan melalui kajian soal selidik yang dijalankan. Majoriti peserta sangat gembira dengan ilmu baharu yang telah mereka peroleh baik dari segi teori dan juga praktikal. Mereka juga bersetuju untuk menambah baik dan mempertingkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa bagi memberi perkhidmatan lebih baik pada masa hadapan.

Malah, para peserta turut mencadangkan agar program seumpama ini diteruskan dan diperbanyakkan demi kelestarian pembangunan komuniti tempatan. Tidak hanya tertumpu kepada komuniti nelayan, tetapi mungkin juga kepada komuniti tempatan lain yang memerlukan ilmu bagi memberi nilai kepada kehidupan mereka.

17


18

SOROTAN PERISTIWA

Alumni UMT Santuni

Pengayuh Beca Pasar Payang oleh:

Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan

Penyerahan sumbangan “bakul rezeki” oleh Haji Zakaria


Infokus September 2021

D

alam situasi getir ekoran penularan pandemik COVID-19, terdapat segelintir masyarakat yang terkesan akibat tidak dapat menjalankan aktiviti sosioekonomi demi kelangsungan hidup. Ada yang sukar untuk mencari rezeki, terjejas pendapatan akibat tiada pekerjaan dan tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan seperti sedia kala. Demi membantu meringankan beban golongan B40 yang terkesan, Haji Zakaria Ibrahim, mantan Pendaftar UMT yang juga pemilik rumah penginapan Lakse Inn di Mengabang Telipot bersama-sama sahabat pesara dan alumni UMT telah mengambil inisiatif untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini. Pada 4 Julai 2020, bertempat di perkarangan Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu,

seramai 20 orang pengayuh beca telah menerima pakej “bakul rezeki” bernilai RM100 setiap satu berupa makanan kering, minyak masak, beras dan lain-lain keperluan harian. Zakaria yang ditemu bual sebaik sahaja selesai Program Minda Pendaftar anjuran Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas UMT (PERENTAS), UMT sempena Majlis Ulang Tahun ke-20 UMT yang diadakan secara dalam talian memberitahu, inisiatif ini merupakan cetusan idea bersama bekas pelajar Ijazah Pengurusan, Universiti Putra Malaysia Terengganu (UPMT) sesi 1999-2000. “Golongan pengayuh beca yang majoritinya adalah warga emas mungkin tercicir daripada menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Walaupun sumbangan yang diberikan adalah tidak seberapa, tetapi kami sedaya upaya cuba membantu bagi memastikan dapur mereka setiap hari berasap”. ujar Haji Zakaria lagi.

19


20

SOROTAN PERISTIWA

Bakti Kapten RV Discovery Kemudi Terokaan Penyelidikan dan Latihan oleh:

Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman

Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan


S

Infokus September 2021

eorang kapten dan kapalnya adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan ibarat lautan dan pantai. Begitulah pentingnya peranan seorang kapten dalam mengemudi sebuah kapal termasuklah kapal penyelidikan seperti RV Discovery. RV Discovery merupakan sebuah vesel penyelidikan yang menjadi kebanggaan warga UMT khususnya bagi mereka yang terlibat dalam program berasaskan sains marin, penyelidikan berasaskan sains nautika dan teknologi maritim. Pembinaan RV Discovery adalah hasil cetusan idea mantan rektor pertama Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) yang kini dikenali sebagai UMT, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mahyuddin Mohd Dahan yang telah memberi ilham untuk membeli sebuah vesel latihan dan penyelidikan untuk kegunaan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Bersempena sambutan ulang tahun penubuhan UMT yang ke-20 dengan tema ‘Menelusuri Kesohoran UMT 20 Tahun’, RV Discovery merupakan vesel penyelidikan UMT yang pertama dilengkapi dengan peralatan saintifik yang canggih dan berupaya melaksanakan aktiviti penyelidikan laut dalam yang boleh mencecah 2000 meter kedalaman dasar laut. Keupayaan kemudahan peralatan penyelidikan marin ini menjadi pilihan penyelidik dari dalam dan luar agensi, juga menjadi kebanggaan warga UMT khususnya pelajar yang terlibat dalam penyelidikan pesisir dan laut dalam. Menurut Amiruddin Sulong, Pembantu Pegawai Laut yang juga merupakan kapten RV Discovery, antara tanggungjawab utama yang perlu diselaraskan adalah menguruskan pendaftaran dan keselamatan pelayaran, latihan teknikal maritim dan hal ehwal pelaut serta pelabuhan. Ketika ditemu bual, beliau berkata, seorang kapten turut berperanan dalam membantu menyelaras projek pembangunan, membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen antarabangsa serta perundangan kelautan.

21


22

SOROTAN PERISTIWA

Amiruddin sedang memberikan taklimat kepada pelajar sebelum memulakan penyelidikan bersama RV Discovery


Infokus September 2021 Beliau turut berkongsi pengalaman dalam mengemudi pelayaran bersama kapal dagang Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC), penunjuk ajar di Maritime Skills Sdn. Bhd. dan lain-lain lagi. Kemahiran ilmu tersebut telah memberi peluang kepada Amiruddin untuk terus berkhidmat dan menabur bakti kepada UMT. Sehingga kini, RV Discovery telah menelusuri samudera dengan jayanya di bawah kendalian beberapa kapten yang berpengalaman seperti Kapten Asmawi Mohamad, Muhd Nazri Muhammad dan Ahmad Faniza Abd Ghani. Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, vesel penyelidikan dan latihan yang berkapasiti dengan kelajuan 12 knots ini dapat memuatkan sehingga 23 orang anak kapal dalam satu-satu masa

tersebut digunakan untuk sistem pengajaran & pembelajaran di UMT yang melibatkan pelajar dalam jurusan Sains Nautika serta Pengangkutan Maritim. Beliau turut menyatakan bahawa peranan kapten bagi sebuah vesel penyelidikan seperti RV Discovery adalah memastikan aktiviti penyampelan saintifik dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan selamat. Antara pencapaian RV Discovery adalah melaksanakan aktiviti penyelidikan dalaman UMT serta luaran yang melibatkan organisasi penyelidikan marin seperti Jabatan Mineral serta Galian, universiti awam, Petronas dan juga dari luar negara seperti Pusat Kajian Marin China, Jabatan Warisan Negara Belanda dan juga sewaan untuk projek tertentu yang dilaksanakan setiap tahun. Istimewanya, RV Discovery juga pernah terlibat dalam program Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) di Langkawi dan telah melaksanakan pelayaran saintifik yang merangkumi perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka serta melibatkan penyelidikan yang berimpak tinggi oleh penyelidik dari dalam dan luar UMT. Semoga RV Discovery terus megah membelah samudera demi membantu para penyelidik menghasilkan penyelidikan maritim berimpak tinggi di mata dunia.

23


24

SOROTAN PERISTIWA

UMT dan UiTM Tuan Rumah Bersama

Anjur Virtual AIMS Student Forum oleh: Dr. Isma Rosila Ismail, Kanakesswaran Munuchamy & Amalina Zulkifli Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan & Pusat Antarabangsa

P

rogram Virtual AIMS Forum (VAF) yang bermula pada tahun 2020 diteruskan penganjuran untuk tahun ini dengan usaha sama antara UMT dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). VAF2021menjadi platform buat para pelajar membincangkan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada SDG dan juga berkongsi idea dalam membantu memperkasakan SDG di dalam komuniti khususnya dalam keadaan penularan pandemik pada masa kini. VAF2021 kali ini yang bertemakan SDG and I- Impact, Inclusion and Innovation telah berlangsung pada 18 Mei hingga 25 Jun 2021. Program ini dibuka dengan ucapan dari Pengarah Pejabat Hal-Ehwal Antarabangsa, UiTM Global, Dr Hajah Zainab Haji Mohd Noor. VAF2021 telah berjaya mengumpulkan para peserta yang terdiri daripada ahli AIMS Malaysia dari 10 buah universiti awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Pahang termasuklah Universiti Malaysia

Terengganu yang menghantar empat orang peserta ke forum ini. Perjalanan VAF2021 bermula pada setiap hari Sabtu di mana para peserta akan bertemu secara dalam talian untuk mengikuti syarahan dari pensyarah daripada beberapa buah universiti yang juga merupakan ahli AIMS Malaysia. UMT telah menampilkan Prof. Madya Dr. Hairil Mohd dan Ts. Dr. Hajah Noor Zaitun Yahaya untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan bidang kepakaran masingmasing dalam konteks SDG. Pada setiap sesi yang dijalankan, pelajarpelajar digalakkan untuk mengutarakan pendapat masing-masing di samping menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Mereka dikehendaki menyediakan dua minit video TikTok berkaitan dengan SDG yang dipilih dan akan dinilai oleh panel juri. Dalam majlis penutup yang diadakan pada 25 Jun 2021, pelajar UMT, Kanakesswaran Munuchamy dinobatkan sebagai peserta yang aktif serta komited dan telah terpilih untuk menyertai VAF2021 bagi peringkat antarabangsa atau peringkat Asia.


Infokus September 2021

25


26

SOROTAN PERISTIWA

Graduan Program Teknologi Lepas Tuai Usahakan Tanaman Durian Guna Biochar oleh:

Ts. Dr. Wan Zaliha Wan Sembok Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

Mohammad Huzzir membakar tinja kambing untuk dijadikan arang bio.


B

uah durian menjadi igauan kepada penggemarnya dan ada yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi. Aroma dan rasanya yang enak membuatkan penggemarnya tidak keruan. Begitu juga dengan semangat seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepastuai), Mohammad Huzzir Abdul Halim yang mengusahakan ladang durian seluas 2.25 ekar di Kampung Petaling, Kuala Terengganu. Pelbagai varieti durian ditanam di ladang ini seperti Musang King (197) sebanyak 161 pokok serta Duri Hitam (D200), Tangkai Panjang (D158), Monthong (D159), Pamani dan Krakow masingmasing sebanyak 32 pokok. Meskipun hanya memiliki pengalaman cetek dalam penanaman durian, namun ia tidak menghalang pemuda berusia 26 tahun ini untuk terus mengusahakan memikirkan pulangan tinggi yang bakal dinikmati nanti. Untuk itu, beliau berusaha mendapatkan lebih ilmu dan khidmat nasihat tentang penanaman durian daripada pegawai pertanian dan juga mereka yang berpengalaman luas tentang durian. Menariknya, dalam mengusahakan tanaman durian ini, beliau

Infokus September 2021 menggunakan ilmu yang pernah dipelajarinya semasa bersama-sama penyelidik UMT, Ts. Dr. Wan Zaliha Wan Sembok dalam memindahkan ilmu tentang arang bio atau arang hitam yang lebih dikenali sebagai biochar kepada petani. Pada tahun 2018, Mohammad Huzzir bersama 17 orang pelajar lain telah mengikuti aktiviti kemasyarakatan dan keusahawanan di Fertigasi Mega Kg. Pela, Ajil, Terengganu. Kursus Pembuatan Baja Biowalit dan Biochar yang diikuti telah mencetuskan idea untuk mengguna pakai bahan pembaik tanah tersebut untuk meningkatkan kesuburan tanaman durian beliau. Beliau sangat proaktif dan berusaha menghasilkan sendiri biochar daripada sisa tinja kambing. Ilmu yang diperolehi semasa program pemindahan ilmu telah membuktikan bahawa hasil penyelidikan tidak seharusnya hanya disimpan pada kertas artikel berimpak tinggi namun ia perlu direalisasi dan dikongsi kepada umum. Untuk itu, para penyelidik dan graduan yang masih belum bekerja haruslah bergerak seiring meneroka potensi bidang agroteknologi dan keusahawan demi meningkatkan pendapatan terutama di era pendemik yang tidak menentu ini.

27


28

SOROTAN PERISTIWA

IPCOETI 2021

Himpun 106 Penyelidik Masa Hadapan oleh: Azida Abdullah Prof. Madya Ts. Dr. Salisa Abdul Rahman Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

P

ersidangan Antarabangsa Pengajian Siswazah, The 1st International Postgraduate Conference On Ocean Engineering Technology And Informatics 2021 (IPCOETI 2021) buat julung kali telah diadakan pada 21 dan 22 Jun 2021. IPCOETI 2021 merupakan inisiatif Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI), UMT untuk membudayakan perkongsian hasil penyelidikan melalui pembentangan lisan dan penerbitan dalam kalangan pelajar yang sedang mengikuti pengajian siswazah dalam bidang kejuruteraan kelautan dan informatik. Seiring dengan usaha FTKKI untuk mengetengahkan perkongsian hasil penyelidikan kepada komuniti secara global, persidangan ini menerima 106 penyertaan yang terdiri daripada pelajar siswazah dan ahli akademik muda dari dalam dan luar negara antaranya dari Uzbekistan, Indonesia dan Palestin. Bertemakan Shaping the future thinker, IPCOETI 2021 menjadi platform perhimpunan bagi pelajar siswazah dari universiti awam (UA) dan universiti swasta meliputi pelajar tempatan dan pelajar luar negara untuk membina rangkaian ilmuwan melalui pembentangan kajian, perbincangan dan sumbang saran. Persidangan ini juga memberi ruang kepada penyelidik, pelajar dan pensyarah untuk berkongsi hasil dapatan penyelidikan mereka di peringkat antarabangsa selain pertukaran pengalaman dan kepakaran untuk penambahbaikan dan penerokaan ilmu baharu.

Bidang penyelidikan yang difokuskan dalam persidangan ini antaranya adalah Coastal and Ocean Engineering, Maritime and Naval Technology, Underwater Technology, Automatic Control of Marine System, Modelling and optimization, Emerging Energy Technologies, Material and manufacturing technologies, Big Data and IoT, Software Engineering, Artificial Intelligence, Statistic and Mathematic dan Renewable Energy. Sementara itu, Sembilan orang pengucaptama telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja untuk hari pertama dan kedua IPCOETI 2021 iaitu, Dr. Syaiful Bakhri (Unpam, Indonesia), Prof. Madya Dr. Suntoyo (ITS, Indonesia), Prof. Dato’ Ts. Dr. Aziz Deraman (UMT, Malaysia), Prof. Dr. Eng. Petrica Vizureanu (TUIASI, Romania), Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman (UniSZA, Malaysia), Prof. Dr. Aloev Rakhmatillo (NUUz, Uzbekistan), Dr. Zarina Yahya (UniMAP, Malaysia), Assoc. Prof. Dr. Hamdan Daniyal (UMP, Malaysia) dan Tuan Zamzam Tuah Ahmad Ramly (Enviro Excel Tech (EET) Sdn. Bhd, Malaysia). Penganjuran IPCOETI 2021 turut mendapat kerjasama daripada Gheorghe Asachi Technical University of lasi, Romania, National University of Uzbekistan (NUUz), Universitas Pamulang, Sepuluh Nopember Institute of Technology (ITS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).


Infokus September 2021

RENUNGAN Solusi Kehidupan dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna Al-Malik (Siri 5) oleh: Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

“Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan dengan-Nya” (Al-Hasy-r 59:23) “Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku” (Taha 20:114) Allah SWT Ya Malik Yang Maha Memiliki. Dia memiliki seluruh isi langit dan bumi secara mutlak. Dan Dia memiliki diri kita, tubuh badan kita, anak-anak kita, suami dan isteri kita. Dia boleh memberi dan Dia boleh mengambil apa-apa sahaja daripada manusia pada bila-bila masa. Tiada sesiapa pun yang mampu menghalang sekiranya Allah SWT Ya Malik ingin memberi atau mengambil. Setiap pemberian ialah amanah dan pinjaman yang akan ditanyai semuanya di akhirat kelak. Menghayati sifat al-Malik membuatkan seseorang sedar dirinya fakir, tidak memiliki suatu apa-apa pun. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan setiap amanah yang diberikan Allah SWT dan menjaga semua anugerah-Nya yang dipinjamkan sebaik mungkin. Penghayatan kepada sifat al-Malik juga membolehkan manusia menggenggam dunia dan bertindak memastikan dunia tunduk kepada al-Malik. Dengan itu setiap kerjanya, tugasannya dan perlakuannya menjurus kepada menjadi alat al-Malik, mentadbir manusia ke jalan Allah SWT. Menghasilkan modulmodul, produk-produk, silibus-silibus, sekolah-sekolah, pusat-pusat latihan yang ditadbir oleh alat-alat al-Malik. Dunia akan menjadi aman apabila semuanya mampu tunduk kepada al-Malik. Tidak ada seorang pun yang dapat mendakwa diri sebagai penguasa tertinggi. Tugas pemerintah adalah untuk mewujudkan rasa aman, damai, sejahtera dan bahagia kepada saudara-saudaranya. Perbincangan mengenai Allah SWT boleh dilihat dari tiga perkara iaitu Allah SWT menguasai dengan sepenuhnya, apa yang ada adalah semua milik-Nya dan berasa betapa hebatnya Allah SWT dan kerdilnya kita sebagai manusia.

29


30

RENUNGAN Allah menguasai dengan sepenuhnya Penguasaan Allah SWT tidak bergantung pada mana-mana pihak, bersifat mutlak, kekal dan berdiri dengan sendiri. Sehebat mana raja di dunia ini masih bergantung dengan orang lain. Tidak dikatakan raja jika tiada rakyat. Pakaian yang cantik dipakai oleh raja memerlukan seorang tukang jahit yang hebat. Maknanya kehebatan manusia tetap bergantung pada orang lain. Jika kita tidak bergantung pada orang lain, mustahil manusia akan dapat hidup sampai sekarang kerana jika ingin makan pun kita perlu bergantung kepada petani, nelayan dan ibu-bapa kita. “Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaanNya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!” (Al-Mu’minuun, 23:88) Sekiranya Allah SWT ingin sesuatu terjadi, Allah SWT hanya berkata “jadi maka jadilah” dan tiada sesiapa boleh menghalangnya.

Apa yang ada adalah semua milik-Nya Allah SWT adalah pemilik dan menguasai segala sesuatu. Apa-apa yang ada pada manusia adalah kepunyaan Allah SWT. Manusia hanya diberi hak penjagaan sahaja. Oleh demikian, manusia memperoleh sesuatu atas dasar hak yang diberikan oleh Allah SWT. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (Al-Mulk, 67:1) Maka, apabila kita sedar bahawa kita adalah diberi hak penjagaan sudah pasti kita akan berusaha untuk mentadbir dan memelihara selaras dengan apa-apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak akan buat kerosakan dan pembaziran di dunia ini kerana pasti akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Berasa betapa hebatnya Allah dan kerdilnya kita sebagai manusia Kadang kala manusia itu sering terlupa bahawa Allah SWT mentadbir alam ini dan menentukan takdir manusia. Segala makhluk di dunia ini membesarkan dan bertasbih memuji Allah. Firman-Nya yang bermaksud: “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagi-Nyalah kuasa pemerintahan, dan bagi-Nyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (At-Taghaabun 64:1) Oleh demikian, kita mohonlah agar diberi takdir-takdir yang baik selaras dengan kekuasaan dan kasih sayang-Nya. Allah SWT al-Malik ini menjadi tumpuan semua makhluk untuk meminta segala hajat, tempat bergantung dan semuanya di bawah kekuasaan-Nya. Oleh yang demikian, kenali nama Allah SWT alMalik dapat menyuntik perasaan kehambaan dan menumpahkan taat setia hanya kepada-Nya. Akhirnya, dengan kemurahan Allah SWT orang yang berbuat kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Allah SWT tidak akan sia-siakan amalan orang-orang yang membuat kebaikan.


Strategi Komunikasi Silang Budaya: Interaksi Pemandu Pelancong Malaysia dan Jepun Bayan the Parrotfish Roswati Abdul Rashid Roslina Mamat ISBN: 978-967-2939-57-3 Tahun: 2021

B-Russ the Cleaning Fish Nur Asma Azza Jauhar ISBN: 978-967-2939-62-7

Tengku Fara Kamilia Azza Jauhar ISBN: 978-967-2939-67-2 Tahun: 2021

Writing Research Proposals in Education Second Edition Samsiah Abdul Hamid ISBN: 978-967-2939-64-1 Tahun: 2021

Tahun: 2021

Pengetahuan Qiraat Mutawatirah dalam Kalangan Ilmuwan Islam Terengganu Mohd A’tarahim Mohd Razali Riswadi Azmi Azizul Hassan Mohd Faiz Hakimi Mat Idris Sedek Ariffin Muhamad Fadlly Ismail eISBN: 978-967-2939-66-5 Tahun: 2021

Malaysian Seaport System First Edition Jagan Jeevan eISBN: 978-967-2939-68-9 Tahun: 2021


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.