INFOKUS Mac 2020

Page 1

MAC 2020 Bil. 70

www.umt.edu.my

Amanat 2020 Transisi Baharu Kecemerlangan Tasik Berombak Potensi Santuari Ikan Air Tawar Alumni UMT Dekati Masyarakat Orang Asli


TERKINI DI PASARAN RM53.00 Managing Indigenous Knowledge for Sustainable Mud Crab Aquaculture Production A Manual for Broodstock Propagation Authors: Mhd Ikhwanuddin Noorbaiduri Shaibani Azmie Ghazali Syahnon Mohammad ISBN: 978-967-2320-56-2 Year: 2019

RM31.00

Anak Melayu di Bumi Kanggaru Meneroka Makna di Sebalik Perbezaan Budaya Pengarang: Mohd Fadzil Akhir ISBN: 978-967-2320-39-5 Tahun: 2019


Sidang Redaksi Penaung

YBhg. Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar

Penasihat

YH Prof. Dato’ Dr. Noraien Mansor

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Pereka Grafik

Mohd Fadli Abdullah

Pembaca Pruf Azeeha Ibrahim

Jurufoto

Kandungan 4 6 8 14 18 20 24 26 28 32 34 36 38 40 42 44 46 48 49

Sekalung Tahniah

YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin Sekalung Tahniah YB Dato' Dr. Noraini Ahmad Amanat Tahun 2020 Transisi Memburu Kecemerlangan Tasik Berombak Potensi Santuari Pembiakan Ikan Air Tawar AKUATROP Teroka Pasaran Ikan Susu Jalinan Kerjasama UMT-Industri Perkasa Kajian Strawberi Tanah Rendah Pelajar Terajui Pilihan Raya Kampus Alumni UMT Dekati Masyarakat Orang Asli Royal Belum

MPRI 2019 Rai Rakan Strategik Industri BiO-D TROPIKA Terima Profesor Pelawat Pakar Imunologi FTKKI Timba Ilmu Biogas daripada Concord Group Kembara Ilmu Jogjakarta Kursus Pensijilan Halal & GMP Tingkat Kebolehpasaran Graduan Gua Bewah Sumber Penyelidikan Organik Sambutan Hari Tanah Sedunia Pelajar FPSM jadi Duta Kecil FSSM Sapu Bersih Kejuaraan LICS 2019 FPSM Medan Latihan Industri CVASU Pelayar UMT berentap di RLIR 2020 Renungan

Krew Media Kreatif

Hak Cipta Terpelihara Š 2020. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.


4

YAB TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN Perdana Menteri Malaysia ke-8


Infokus Mac 2020

5


6

YB DATO' DR. NORAINI BINTI AHMAD Menteri Pengajian Tinggi


Infokus Mac 2020

7


8

FOKUS

Amanat Tahun 2020 Transisi Memburu Kecemerlangan oleh:

L

Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT

embaran 2020 dibuka dengan lontaran mesej yang jelas bagi meneroka fasa baharu kecemerlangan dan mengekalkan pencapaian yang ditempa UMT sebelum ini. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Prof Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam amanatnya berkata “Kejayaan adalah

destinasi. Bila kita telah berjaya, destinasi baharu harus diusahakan. Malah kita kena pastikan kejayaan di depan sana jauh lebih bernilai. Jika berhadapan dengan rintangan, ingatlah ia adalah proses kematangan.� Dalam program Perhimpunan Warga dan Amanat Tahun 2020 yang berlangsung pada 23 Januari 2020 itu, Noor Azuan turut menekankan


Infokus Mac 2020

Amanat Tahun 2020 Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Bermula dari 25 November 2019 yang lepas, saya telah diberi tanggungjawab dan amanah oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Fungsi Naib Canselor. 
 Dalam tempoh ini dan selaras dengan kepercayaan, saya berusaha untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan ini dengan komitmen dan usaha terbaik. InsyaAllah. Saya mohon sahabat semua dapat membantu dan memberi sokongan bersama. 
 Di atas kesempatan ini, izinkan saya berkongsi pandangan ikhlas dan hasrat saya dalam membawa Universiti yang kita cintai ini ke fasa baharu yang lebih baik. Kita sedia maklum bahawa warga UMT ini memainkan peranan yang amat penting. Pembangunan UMT bergantung kepada kita semua iaitu bukan sahaja pada Pengurusan UMT akan tetapi, juga kepada semua warga UMT.

pembudayaan integriti bagi mengekang amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan warga universiti. Program tersebut turut diserikan dengan penyampaian sijil peluasan skop pensijilan ISO ISO/IEC 27001:2013 dan MS ISO 9001:2015 daripada SIRIM QAS International kepada UMT .

Sahabat-sahabat yang dihormati dan dikasihi sekalian, Perkara utama yang perlu kita laksanakan adalah BEKERJA LEBIH KERAS, MENJADI LEBIH MESRA DAN MENGHASILKAN YANG TERBAIK. Dalam lingkungan kehidupan manusia secara berkelompok khasnya, sukar disangkal bahawa usaha memimpin – mengurus – mentadbir adalah usaha berterusan dan bersifat dinamik.

9


10

FOKUS

Sejajar dengan perkembangan tamadun, usaha memimpin – mengurus – mentadbir, wujud dorongan yang kuat untuk mengkaji dan meneliti keperluan proses ini.

Fayol, seorang pengkaji industri abad ke 20 iaitu merancang (plan), menyusun atur (organize), menyelaras (coordinate) dan mengawal (control) tidak lagi relaven.

Perincingan perihal pengurusan ini kemudian dimartabatkan sebagai sebuah disiplin pengajian yang mandiri. Hasilnya terzahirlah pelbagai teori, kaedah dan sistem pentadbiran yang setiap satunya berpotensi menjadi aliran pemikiran yang memiliki kecenderungan yang berbeza.

John P. Kotter dalam makalah bertajuk “What Leaders Really Do” misalnya melihat pengurusan sebagai “usaha mengendalikan kerumitan” (coping with complexity). Stephen R. Covey pula dalam bestsellernya, “The Seven Habits of Highly Effective People” bersetuju bahawa kepimpinan adalah tindakan melakukan perkara- perkara yang betul (doing the right things), sedangkan pengurusan adalah tindakan melaksanakan perkara-perkara yang betul (doing the things right).

Susulan daripada proses pencerapan dan penaakulan terhadap kegiatan mentadbir, terdapat kecenderungan memilih pengurusan yang luwes dan lebih peka pada perubahan semasa atau lebih tegar dan birokratik. Malah ada yang berpendapat bahawa pengurusan dan kepimpinan saling melengkap namun berada di muka syiling emas yang berbeza berasaskan tindakan. Malah fungsi teras kegiatan mengurus yang diperkenakan Henri

Saya bawakan pemikiran ini untuk kita sama kembali berfikir bagaimana kita mengurus sebagai seorang pemimpin. Adakah kita telah melakukan perkara yang betul dalam melaksanakan perkara yang betul? Di sinilah perlukan kerjasama


Infokus Mac 2020 Pengurusan berhikmah ini bukan sahaja kepada semua warga staff UMT, tetapi lebih lagi kepada pemegang taruh kita iaitu pelajar yang mendambakan perkhidmatan terbaik. Usaha untuk beri dan hasilkan impak yang terbaik pada setiap tindakan. Usaha untuk beri keyakinan dan solusi terbaik pada setiap permasalahan. Usaha untuk beri faedah dan manfaat terbaik pada setiap pendekatan. Usaha untuk beri yang terbaik kerana kita adalah yang terbaik.

Sahabat warga UMT yang saya sayangi dan hormati, Antara saranan utama saya pada 2020 adalah kita perlukan AHLI AKADEMIK UNTUK BERKERJA DI INDUSTRI DAN MENGUNDANG PENYELIDIK ATAU PENGAMAL DARI INDUSTRI UNTUK MENGAJAR. Sedia maklum, tugas mendidik adalah tugas yang diperakui kepentingannya. Survival sebuah ketamadunan bergantung nafas kepada pendidik. Pendidikan adalah penentu.

sederap kaki antara pengurusan UMT dengan staf akademik dan sokongan. Kita harus ketepikan perasaan peribadi demi pembangunan UMT khasnya dan negara amnya. 
 Maya Angelou, penulis, pemuisi dan pejuang hak asasi yang terkenal berpesan, manusia akan lupa apa yang kita katakan. Manusia juga akan lupa apa yang kita lakukan. Tetapi manusia tidak akan lupa bagaimana kita membuat mereka rasa. Untuk itu saranan saya agar kita semua sebagai pemimpin melaksanakan pengurusan yang lebih berhikmah. Pengurusan yang sedar pada tanggungjawab dan menjulang tinggi integriti. Pengurusan yang peka pada perubahan dan bersedia untuk berubah. Pengurusan yang tidak berat sebelah dan sentiasa seimbang. Pengurusan yang kekar dengan matlamat dan berusaha sehabis baik mencapainya.

Dengan fokus kesinambungan memperkasakan pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada Pelan Strategik UMT 20182023 dan inisiatif quick win Akademik 4.0, kita telah menjadi saksi hidup kepada siri kejayaan yang terhidang. Keberkesanan program kecemerlangan Akademik Pelan Strategik dan Akademik 4.0 telah mengukuhkan reputasi UMT dan persepsi awam terhadap kreadibiliti UMT sebagai institusi Pendidikan Tinggi melalui peningkatan kedudukan dalam QS World University Rankings - Asia dengan peningkatan 48 anak tangga serta mendapat penarafan Lima (5) bintang dalam eksesais MYRA baru-baru ini. Peningkatan yang sangat ketara bilangan penyelidikan yang diterbitkan di dalam Jurnal yang berstatus ISI dan Scopus. Terbaharu Prof. Madya Dr. Lam Su Shiung telah mencatat sejarah UMT apabila berjaya menerbitkan di dalam Jurnal yang diketahui terhebat di dunia iaitu SCIENCE yang berImpact Factor: 41.063. Tahniah kepada

11


12

FOKUS Prof Madya Dr Lam Su Shiung. Kejayaan ini wajar kita angkat sebagai satu lagi tanda aras kepada penerbitan UMT. Kita perlukan lagi penerbitanpenerbitan yang sebegini. InsyaAlah. Kita akui tentang kejayaan namun kita sangat tidak wajar terlalu obses dengan kejayaan tersebut. Kejayaan adalah destinasi. Bila kita telah berjaya, destinasi baharu harus diusahakan. Malah kita kena pastikan kejayaan di depan sana jauh lebih bernilai. Jika berhadapan dengan rintangan, ingatlah ia adalah proses kematangan.

Sahabat-sahabat yang dihormati dan dikasihi sekalian, Dalam masa yang sama, UMT perlu dilihat bukan sahaja sebagai penjana idea akan tetapi sebagai SUMBER ILMU PENGETAHUAN YANG BERMANFAAT KEPADA MASYARAKAT. Ilmu bagai permata. Permata tidak boleh perolehi di gunung paling tinggi. Permata hanya boleh diperolehi di jurang paling dalam. Itulah ilmu dan itulah cerminannya kepada kita warga pendidik. Punya ilmu bukan untuk berada di tempat tinggi - disanjung dan dipuja. Tapi kita perlu berada di jurang paling dalam untuk beri kesedaran kepada kita sendiri betapa kecilnya kita di sisi tuhan.

Jangan bekerja atas kepentingan diri. Bekerjalah untuk universiti dan negara ini. Inilah ibadah kita dan ibadah inilah antara yang akan dipersoalkan di hari pembalasan kelak. Kalau kita hendak melihat UMT kita berjaya berada di tingkat lebih tinggi, pentadbiran UMT mesti daripada pentadbir yang bebas daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa. Kita mesti ikhlas, memegang kepada segala amalan yang baik dan tidak terlibat dengan amalan rasuah. Ini prasyarat utama. Elakkan rasuah dan salah guna kuasa. Jika tidak, usaha selama ini akan berakhir begitu sahaja. Kita sememangnya mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat. Kita telah laksanakan pelbagai penyelidikan namun persoalannya, ke mana akhirnya penyelidikan itu? Penyelidikan yang memakan kos yang tinggi ini adakah telah memberi impak kembali pada masyarakat? Kita perlu tanya pada diri kita sendiri. Penyelidikan tidak boleh berakhir di dalam makmal atau semasa persidangan atau seminar tertentu sahaja. Penyelidikan tidak boleh berakhir dengan penerbitan artikel di dalam Jurnal, mahupun tesis. Penyelidikan tidak boleh berakhir di sesi viva-voce. Sesuatu penyelidikan harus terus hidup. Ia bagaikan air. Mengalir dari mata air


Infokus Mac 2020 paling suci, melewati sungai, menjengah muara, ketemu laut kemudian disejat menjadi awan dan kembali turun menjadi hujan. Hujan yang menjadi rahmat kepada semua. Itulah harapan UMT. Segala penyelidikan yang berakar umbi di sini harus diterjemah dan diberi semula kepada masyarakat. Harus menjadi manfaat kepada semua. Ini tugas besar dan wajar. Kita laksanakan penyelidikan ini dengan dana rakyat dan ia harus kembali kepada masyarakat. Ini adalah fokus utama kita di tahun 2020. Kita harus berkerja kuat. Keluar daripada zon selesa itu. Kita sendiri perlu terus belajar. Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad merangkap Pemangku Menteri Pendidikan menyeru berulang kali tentang Pendidikan adalah kerja sepanjang hayat. Untuk mencapai negara maju, rakyat harus terdidik sepenuhnya. Kita tidak mahu lagi dipandang rendah kerana tidak membantu dunia akademik negara. Untuk 2020, Kita merancang bukan sekadar membantu. Kita mahu beri lebih dari itu. “We are not follower. We are trendsetter�

Sahabat-sahabat yang dihormati dan dikasihi sekalian Hari ini genap 802 hari, bermula 13 November 2017, saya bertugas penuh di UMT. Jujur daripada ikhlas di dalam hati, saya gembira dengan semua pembaharuan dan pendekatan. Namun kita semua perlu sedar bahawa tahun 2020 adalah satu tahun yang berbeza. Ini adalah tahun yang memerlukan komitmen bersama. Yang komited akan sama kehadapan. Yang sentiasa memberi alasan akan tertinggal. Tanyalah diri apa yang sepatutnya dibuat. Kita hanya perlukan staf akademik dan sokongan yang sentiasa komited dalam membantu membangunkan UMT khasnya dan Negara amnya.

Ini adalah fasa perubahan paling nyata. Berubahlah dengan kadar segera. Masa tidak akan menunggu lagi. Ini zaman baharu. Untuk itu, bagi memastikan kita menggunakan kekuatan dalaman kita yang ada, ingin saya kongsikan di sini, LNPT pada tahun 2020, adalah hanya akan menekankan kepada aspek Research, Teaching dan Service SAHAJA. No time to waste, make haste!

Sahabat-sahabat yang dihormati dan dikasihi sekalian, Program Perhimpunan Warga & Amanat tahun 2020 ini diharap dapat memberi kefahaman kepada semua tentang langkah besar yang sedang UMT laksanakan. Saranan saya kekal iaitu semua wajar berubah. Masa depan ada di depan kita semua. Jika lewat, maka kita akan tertinggal. Di perhimpunan ini juga izinkan saya melafazkan doa agar kita semua disatukan dalam matlamat yang baik. Kita semua dipermudahkan urusan. Jika ada antara kita di himpunan hari ini dalam kesempitan wang, moga Allah limpahkanlah rezeki. Jika ada hati yang gelisah, moga Allah berikanlah ketenangan. Jika ada yang sakit, Allah beri kesembuhan. Saya berharap agar pada tahun 2020 yang penuh bermakna bagi kita ini akan menjadi tahun permulaan sebagai langkah yang tetap akan membawa kejayaan seterusnya kepada UMT. Akhir kata, berusahalah yang terbaik untuk UMT. Di akhir usaha, kita serahkan kembali kepada tuhan yang maha mengetahui. Pada Allah kita berserah. Wallahuallam. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Prof. Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman 23 Januari 2020

13


14

FOKUS

Tasik Berombak

Potensi Santuari Pembiakan Ikan Air Tawar oleh: Mhd. Ikhwanuddin Abdullah Suhairi Mazelan Ahmad Shuhaimi Deraman Muhamad Razali Salam AKUATROP

1

K

eunikan biodiversiti Setiu Wetland telah mendorong Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) melaksanakan lawatan kerja ke Tasik Berombak. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kawasan di sekitar Tasik Berombak bagi mengenal pasti kepelbagaian flora dan fauna di ekosistem tasik tersebut supaya penilaian awal terhadap potensi Tasik Berombak sebagai santuari pembiakan sumber perikanan

air tawar di Terengganu dapat diusulkan. Tinjauan pada 21 Januari 2020 ini diketuai oleh Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin Abdullah dengan disertai oleh Prof. Emeritus Dr. Faizah Shaharom serta staf dan pelajar siswazah AKUATROP. Aktiviti pemantauan dilakukan dengan menelusuri alur di antara pulau-pulau terapung yang terdiri daripada rimbunan pokok-pokok helophyte atau semi akuatik yang hidup subur


Infokus Mac 2020

15

2

3

dengan terapung di permukaan tasik. Selain itu, tinjauan melalui udara menggunakan drone oleh En. Mokhtar Ishak juga dilakukan bagi mendapatkan imej topografi kawasan sekitar Tasik Berombak. Melalui pemerhatian yang dibuat, hampir 80% permukaan Tasik berombak telah dilitupi dengan kepadatan vegetasi sekunder semi akuatik seperti pokok bakong, pokok batang mancis, pokok paya terapung, pokok pulai, pokok kuat, pokok susut anak, pokok sawa bubu dan pokok simpul. Dikatakan pokok-pokok

hutan sekunder mula berkembang dengan pesat selepas berlakunya kebakaran hutan balak di sekitar tasik pada tahun 1998. Tanah gambut yang subur ini mendorong pertumbuhan tumbuhan renek ini yang lama-kelamaan membentuk gugusan kepulauan terapung hutan sekunder. Hasil temu bual bersama penduduk kampung, Tasik Berombak juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies haiwan liar seperti buaya, tuntung, harimau akar, kucing hutan, biawak, babi hutan, burung enggang dan burung belibis. Ia juga pernah terkenal sebagai lubuk

1.

Lakaran bentuk Tasik Berombak yang suatu ketika dahulu pernah menjadi laluan penghubung bagi penduduk di antara Kuala Setiu dan Kampung Bintang.

2.

Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin Abdullah mengetuai aktiviti pemantauan kepelbagaian biodiversiti di Tasik Berombak.

3.

Pemandangan daripada udara menggunakan drone menunjukkan kawasan sekitar tasik berombak yang dipenuhi dengan pokok-pokok semi akuatik.


16

FOKUS

untuk nelayan tempatan menangkap ikan kelisa. Selain kelisa, Tasik ini menjadi destinasi buat kaki pancing yang ingin menguji kemahiran “casting� bertarung dengan ikan “sportfish� yang bersaiz besar seperti toman, tapah, belida, bujuk, haruan serta kemahiran memancing udang galah.

Oleh kerana permukaan tasik yang padat dengan tumbuhan semi akuatik menyukarkan laluan bot dan sampan, akses masuk ke syurga ikan air tawar ini menjadi rumit ditambah dengan sebahagian kawasan pesisir tasik telah dipajakkan kepada perusahaan perladangan persendirian sekali gus menjadikan kewujudan Tasik Berombak seakan dilupakan.


Infokus Mac 2020 4

5

Namun jika diurus dengan baik, Tasik Berombak berpotensi sebagai kawasan tarikan pelancongan sesuai dengan statusnya sebagai satu-satunya kawasan tasik air tawar semula jadi terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

4.

Menelusuri alur di celah-celah rimbunan pokok-pokok bakong (Hanguana malayana) yang tumbuh subur di permukaan Tasik Berombak.

5.

Kehadiran pokok periuk kera dan pokok orkid liar menambah keunikan gugusan pulau-pulau terapung.

17


18

FOKUS

AKUATROP Teroka Pasaran Ikan Susu

I

kan susu atau nama saintifiknya “Chanos chanos� adalah spesies euryhaline yang boleh ditemui di sepanjang perairan Indo-Pasifik yang boleh diternak sama ada di air tawar, air payau atau air masin dengan suhu air melebihi 20oC. Walaupun ikan ini mempunyai banyak tulang, ia adalah makanan laut yang penting di Asia Tenggara dan beberapa Kepulauan Pasifik oleh kerana isinya yang lemak dan lembut serta kaya dengan protein dan Omega-3. Isi ikan susu yang telah dibuang tulang (deboned) sangat popular di pasaraya di Filipina, Indonesia dan Taiwan.

1

Untuk meneroka peluang komersial ini, Program Pelancaran dan Promosi Ikan Susu Malaysia telah dilancarkan oleh Syarikat Usaha Fadzilat (M) Sdn. Bhd. bersama AKUATROP di ladang ternakan yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Majlis yang berlangsung pada 9 Januari 2020 ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Usaha sama antara Usaha Fadzilat (M) Sdn. Bhd dan AKUATROP diharap dapat merealisasikan hasrat Usaha Fadzilat untuk menjadi peneraju kepada “Ladang dengan nilai pemakanan premium� yang satu-satunya menjalankan perladangan ikan susu di Malaysia dengan skala yang besar. Usaha sama ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mempromosikan ikan ini sebagai sumber nutrien premium yang mampu dimiliki kepada semua rakyat Malaysia sejajar dengan Dasar Kecukupan Makanan Kebangsaan. Dalam tempoh 5 tahun kolaborasi bermula November 2017, AKUATROP melalui penyelidiknya Dr. Liew Hon Jung akan membantu pihak Usaha Fadzilat dalam meningkatkan

2 teknologi penternakan dan pembangunan produk ikan susu. Kolaborasi ini merangkumi aktiviti pemindahan ilmu untuk meningkatkan penternakan melalui induk yang berkualiti, penghasilan protokol pembiakan, asuhan larva dan pengeluaran produk bermutu tinggi. Selain itu juga, inisiatif pembangunan modal insan turut diusahakan dengan menyediakan peluang latihan perladangan akuakultur untuk pelajar UMT dan kakitangan Usaha Fadzilat serta inovasi produk berasaskan ikan susu.


Infokus Mac 2020

3

4

5

6

1.

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub menyampaikan ucapan perasmian bagi Program Pelancaran dan Promosi Ikan Susu Malaysia.

2.

Demonstrasi proses membuang tulang (debone) oleh para pekerja Syarikat Usaha Fadzilat (M) Sdn. Bhd.

3.

Dr. Liew Hon Jung sedang memeriksa kualiti produk Ikan Susu yang telah dibuang tulang.

4.

Ikan Susu (Chanos chanos) yang telah siap dibuang tulang akan dibersihkan sebelum dibungkus untuk dijual.

5.

Sebahagian daripada 31 buah kolam yang diusahakan oleh Syarikat Usaha Fadzilat Sdn. Bhd. untuk penternakan Ikan Susu secara komersial berskala besar.

6.

Aktiviti penangkapan Ikan Susu.

19


20

FOKUS

Jalinan Kerjasama UMT-Industri Perkasa Kajian Strawberi Tanah Rendah oleh: Dr Wan Zaliha Wan Sembok Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

K

erjasama Universiti dan Industri dilihat mampu merangsang kebolehpasaran para graduan, memperbaiki struktur kurikulum berdasarkan keperluan industri dan juga merancakkan kajian penyelidikan. Selain itu, ia juga memberi kesan positif kepada industri itu sendiri dalam meningkatkan keuntungan perniagaan.


Infokus Mac 2020

Ekstrak Rumpai Laut

Arang hitam yang digunakan.

Selain daripada suhu dan kelembapan yang sesuai, strawberi tanah rendah memerlukan teknik pembajaan dan media yang efektif bagi memperoleh hasil yang tinggi. Pendebungaan oleh lebah kelulut juga memainkan peranan yang sangat signifikan bagi mendapatkan bentuk buah yang cantik dan berkilat. Pendebungaan lebah kelulut ke atas strawberi tanah rendah ini adalah hasil idea rakan penyelidik, Prof Madya Dr Wahizatul Afzan Azmi.

En. Nor Ehsan sedang membakar sisa pertanian untuk dijadikan arang hitam.

Sejajar dengan itu, sekumpulan pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan yang diketuai oleh Dr Wan Zaliha Wan Sembok dan juga 20 orang pelajar bidang pertanian (Sains Tanaman dan Teknologi Lepas Tuai), telah menjalankan kajian berkaitan tanaman strawberi tanah rendah dan juga program pemindahan ilmu ‘Biochar dan Rumpai Laut Serta Kelulut: Inovasi Baja Bio Efektif dan Agen Pendebungaan Bagi Tanaman Strawberi di Big Bee Honey Sdn Bhd. Program pemindahan ilmu ini dibiayai oleh dana Asimilasi Pengetahuan dan Teknologi (KTAG2019) bermula November 2019 dan akan berakhir pada 28 Februari 2020.

Manakala, untuk media pula, campuran sabut kelapa dan arang hitam diaplikasikan bagi meningkatkan hasil buah. Campuran ini adalah hasil pembakaran sisa pertanian melalui teknik pyrolysis dan digabungjalinkan dengan semburan baja foliar iaitu ekstrak rumpai laut yang telah dikaji mempunyai kandungan hormon tumbuhan dan mineral nutrien yang tinggi. Hal ini membolehkan strawberi tanah rendah hidup subur di Big Bee Honey Sdn Bhd, industri yang baharu berjinak dengan tanaman sekali gus merealisasikan impian pengurusnya,En. Nor Ehsan Abd Rahman ke arah perniagaan berkonsepkan Agro-Pelancongan. Beliau telah berkecimpung dalam industri Lebah dan Kelulut sejak 16 tahun yang lepas dan sangat dikenali serta berpengalaman luas dalam

21


22

FOKUS bidang Lebah dan Kelulut. Beliau turut memiliki Galeri Madu Lebah dan Kelulut yang terkenal di Jambu Bongkok, Marang, Terengganu. Penambahan arang hitam kepada media yang diguna pakai ini dilihat mampu meningkatkan kualiti media melalui peningkatan struktur dan keupayaan memegang air serta mineral nutrien melalui liang-liang sisa bahan pertanian yang dibakar tadi. Ia juga mampu mengurangkan keasidan dan kehilangan air melalui kaedah larut lesap. Salah seorang pelajar yang terlibat, Nor Fazira Mohd Nadzuar menyatakan penggunaan arang hitam dan ekstrak rumpai laut ini boleh

Para pelajar sedang menyiapkan sistem pengairan untuk tanaman strawberi tanah rendah.

dijadikan sumber pendapatan sampingan kepada para pelajar yang bakal bergraduat. Bagi Nurul Syazana Mohd Ariff pula, berpendapat program pemindahan ilmu di industri membuka peluang yang lebih luas untuk menjalani Latihan Industri serta mendapatkan peluang pekerjaan. Hubungan kerjasama erat antara UMT-Industri ini mampu membuka lebih peluang kebolehpasaran dan meningkatkan keilmuwan kepada para pelajar dan juga penyelidik. Selain itu, idea yang kreatif dan inovatif juga boleh digarap semasa berada bersama industri yang mana boleh menjurus kepada peningkatan penyelidikan yang bertaraf global.

Para pelajar turut membantu membakar sisa pertanian untuk dijadikan biochar.

Para pelajar sedang menyediakan media tanaman.


Infokus Mac 2020

Selepas dua bulan.

En Nor Ehsan gembira menunjukkan hasil awal yang diperolehi.

23


24

FOKUS

Pelajar Terajui

Pilihan Raya Kampus oleh: Shafie Umardi@Kamarol Bahrin Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

B

agi menyahut usaha Kementerian Pendidikan Malaysia, UMT telah mengambil inisiatif menyokong usaha kerajaan dalam memberi impak kepada kewibawaan dan kesarjanaan graduan yang dihasilkan, serta sumbangan kepada ilmu dan masyarakat. Pilihan Raya Kampus UMT tahun 2019/2020 melabuhkan tirai setelah gerakan kerja telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar.

Berbanding pilihan raya kampus terdahulu, Pilihan Raya Kampus UMT pada tahun 2019/2020 telah diuruskan sepenuhnya oleh mahasiswa Jawatankuasa Petugas Pelajar demi mendokong cita Autonomi Mahasiswa. Analisis secara ringkas untuk Pilihan Raya Kampus UMT 2019/2020, jumlah pengundi yang layak mengundi adalah seramai 9611 orang mahasiswa merangkumi pelajar Asasi STEM, Sarjana Muda dan Pascasiswazah.


Infokus Mac 2020

Jumlah keluar mengundi mencatat peratusan sebanyak 60.3 peratus, meningkat sebanyak 26.31 peratus berbanding 34 peratus sahaja pada PRK UMT 2018. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Petugas Pelajar PRK UMT, Omar Tuah berkata, faktor calon turut memainkan peranan dalam peningkatan peratusan mengundi selain manifesto yang holistik dan memberi impak serta manfaat kepada pelajar. Peningkatan tahap kefahaman pelajar dalam tanggungjawab yang sebenar ketika musim Pilihan Raya Kampus turut menjadi faktor pengundian.

Profesor Madya Dr. Hafiz Zakariya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Turut hadir meninjau sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

25


26

FOKUS

Alumni UMT

Dekati Masyarakat Orang Asli Royal Belum oleh: Zolarman Muhamad Pusat Alumni

P

ersatuan Alumni UMT mengorak langkah memartabatkan program kesukarelawanan universiti - alumni bersama komuniti dengan mendekati masyarakat orang Asli suku kaum Jahai di Royal Belum, Perak. Program yang diadakan pada 16 hingga 18 Januari 2020 ini dianjurkan oleh Pusat Alumni UMT dengan kerjasama strategik Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) serta Persatuan Alumni UMT (PAUMT) selain

turut melibatkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) dan Bahagian Keselamatan. Program yang diketuai oleh Pengarah Pusat Alumni, Prof. Dato’ Dr. Saharuddin Abd Hamidnini adalah hasil cetusan idea beliau dan disertai oleh 20 orang peserta yang majoriti daripada mereka adalah merupakan alumni UMT.


Infokus Mac 2020

Suku Kaum Jahai ada yang beragama Islam dan ada juga yang masih mengamalkan amalan kepercayaan nomad mereka turun temurun. Anakanak mereka bersekolah di SK Sungai Tiang dan mereka menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk pergerakan kerana lokasi penempatan mereka terletak jauh di Kawasan Tasik Banding. Antara aktiviti utama sepanjang program ini adalah taklimat motivasi, pemeriksaan kesihatan

dan sumbangan barangan keperluan harian yang melibatkan seramai 106 orang daripada 30 buah keluarga. Melalui program ini, Alumni UMT dapat menyelami kehidupan masyarakat orang Asli seterusnya melahirkan masyarakat yang bitara yang tidak hanya mengungguli kecemerlangan akademik semata-mata malah cemerlang dalam khidmat masyarakat dan kesukarelawanan.

27


28

FOKUS

MPRI 2019

Rai Rakan Strategik Industri Oleh: Muhd Nurazuar Mohammad Razmi Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Lani Dr. Zuha Rosufila Abu Hasan Noorhayati Mohamed Nasir Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri


Infokus Mac 2020 1

29

pada 24 November 2019 amat bermakna kerana turut diselitkan dengan pelancaran Program Work Based Learning (WBL) bersama Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. dan Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar. Pengiktirafan UMT sebagai peneraju bidang maritim negara terserlah menerusi pemberian dana program INDUSTRY4WRD oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bernilai RM400,000 untuk program 4.0 Industry Revolution Competence Center for Maritime Industry. Competence center ini akan dilengkapkan dengan kemudahan latihan dan penyelidikan berasaskan virtual reality system. Sistem ini akan menyokong latihan asas dan struktur dalam industri maritim. Antara rakan industri yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah MSET Engineering Corporation Sdn Bhd, Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT), Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kolej Universiti TATI (TATIUC), Hakita Engineering Sdn Bhd dan Korea Marine Equipment Research Institute (KOMERI).

“

Melonjak Wibawa UMT bersama Industri� menjadi tema Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT 2019 (MPRI 2019) yang mencerminkan iltizam UMT dalam meningkatkan kerjasama bersama industri secara berimpak. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran hampir 300 orang tetamu memenuhi TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu yang terdiri daripada rakan industri dan komuniti, agensi kerajaan, NGO, pemimpin setempat dan ahli akademik universiti awam serta swasta, menepati konsep quadruple helix. MPRI kali ini yang berlangsung

Selain itu, kerjasama strategik UMT dengan Technology Depository Agency Berhad (TDA) di bawah Kementerian Kewangan, Malaysia membolehkan UMT menerima program kolaborasi industri (ICP) bersama Integrated Marine Works Sdn Bhd (IMW) yang bernilai RM300,000. Program ini akan melatih para graduan UMT dalam kemahiran pengorekan (dredging) di perairan Malaysia. Menerusi kerjasama ini, dijangkakan seramai 100-150 graduan UMT akan dilatih menjadi profesional dalam sektor marin dan maritim. Ahli akademik UMT juga akan berpeluang terlibat dalam projek perundingan dan penyelidikan berimpak tinggi. Dalam pada itu, UMT juga menerima RM90,000 untuk pelaksanaan iMakers@ UMT. Program ini bertujuan untuk melatih dan memperkasa pelajar dalam menghasilkan idea kreatif menerusi platform teknologi IR4.0 dalam memberi penyelesaian terhadap isu semasa berkaitan komuniti dan industri. Program ini melibatkan kerjasama tiga rakan industri, IOT

1.

Naib Canselor menyempurnakan gimik perasmian Majlis Penghargaan Rakan Industri 2019 (MPRI 2019).


30

FOKUS

SATA Sdn. Bhd, SAS Institute Sdn. Bhd, dan Cybersecurity Malaysia. Bagi memperkasa hubungan universitiindustri, UMT telah melantik 16 orang tokoh di Malaysia dalam pelbagai bidang sebagai Malim Industri bagi membantu melonjakkan citra UMT di peringkat nasional dan global. Watikah perlantikan kepada Malim Industri ini telah disampaikan dalam MPRI 2019 ini. Turut diraikan adalah 3 orang CEO lantikan Menteri Pendidikan Malaysia di bawah AIxCHANGE: CEO@Faculty Programme 1.0 iaitu Laksamana Pertama (Bersara) Dato’ IR. Hj. Ahmad Murad Omar dari OMAHAMS CORP. Sdn. Bhd, Encik Mohamad Idham Nawawi dari CELCOM Axiata

Berhad, dan Encik Wan Nadhri Wan Fauzi dari Blue Archipelago Berhad. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah AIxCHANGE yang melibatkan penyertaan tokoh-tokoh terkemuka dari syarikat swasta dan syarikat multinasional yang menyumbang perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada warga universiti. Keprihatinan UMT juga terserlah dalam memberi penyelesaian terhadap isuisu komuniti dan industri melalui projek pemindahan ilmu di bawah geran Knowledge and Technology Assimilation Grants Scheme (KTAGS). Bermula tahun 2018 sehingga kini, sebanyak RM500,000.00 peruntukan kewangan telah disediakan yang melibatkan 51 projek


Infokus Mac 2020

31

2

3

pemindahan ilmu telah memberi manfaat kepada pelbagai komuniti termasuklah komuniti orang Asli, orang kurang upaya, nelayan, usahawan PKS, banduan, ibu tunggal dan komuniti sekitar UMT, agensi luar dari Negeri Terengganu khususnya, dan luar Terengganu, amnya. Program pemindahan ilmu yang dijalankan ini telah banyak membantu dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang lebih mampan, meningkatkan sosioekonomi masyarakat dan membantu komuniti dalam pembangunan lestari. Ini membuktikan sokongan padu UMT dalam aspirasi University for Society (U4S). Melalui MPRI 2019 sebanyak 5 pertukaran dokumen MOA menerusi dana KTAG telah disempurnakan.

UMT juga prihatin dalam membantu SME dengan mewujudkan geran padanan UMT yang melibatkan 17 projek penyelidikan. Matlamat utama geran padanan industri ini diwujudkan adalah untuk menyelesaikan masalah menerusi penyelidikan dan perundingan. Platform ini secara tidak langsung mengiktiraf kepakaran ahli akademik UMT serta memberi pendedahan situasi sebenar di industri kepada ahli akademik. Ini dapat memberikan penyelesaian permasalahan sebenar komuniti dan industri berteraskan “Kasih Sayang, Kegembiraan dan Saling Menghormati�. MPRI 2019 turut sama menobatkan sebilangan projek jaringan komuniti dan industri berimpak tinggi menerusi Anugerah Keterlibatan Komuniti dan Anugerah Keterlibatan Industri. Projek-projek yang terpilih ini telah memberi impak kepada masyarakat melalui peningkatan ilmu, aspirasi, kemahiran dan sikap (KASA change). Kemenangan ini dapat membakar semangat ahli akademik, industri dan komuniti menghayati falsafah Sustainable Development Goals (SDG 2010-2030).

2.

Antara tetamu dari industri dan pegawai kanan UMT yang hadir memeriahkan MPRI 2019.

3.

Penyerahan mock-cheque dari Integrated Marine Work Sdn Bhd kepada UMT untuk Program Kolaborasi Industri (ICP).


32

PENYELIDIKAN

BiO-D TROPIKA Terima Profesor Pelawat Pakar Imunologi oleh: Prof. Madya Dr. Evan S.H. Quah Dr. Norhayati Ab Manaf Muhammad Syahrunizan Abdul Rashid Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

1

I

nstitut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (BIO-D TROPIKA), UMT telah menerima lawatan Profesor Pelawat, Profesor Datuk Dr. Ghazally Ismail pada 16 November hingga 5 Disember 2019. Beliau merupakan penyelidik dalam bidang mikrobiologi dan imunologi. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Danum Valley telah menjadikan lembah tersebut terkenal selain turut bertanggungjawab dalam penubuhan rizab hutan Rafflesia di Crocker Range, Sabah.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam penubuhan Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Sabah (UKMS) di mana beliau berkhidmat sebagai dekan selama 9 tahun. Semasa beliau di UMT, beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama para penyelidik dan staf BIO-D TROPIKA bagi menambah baik hala tuju dan masa depan institut. Beliau teruja membantu BIO-D TROPIKA dengan mengadakan kerjasama di peringkat


Infokus Mac 2020

33

2

3

4

antarabangsa dan turut mengharap kerjasama yang erat oleh komuniti setempat menerusi ekopelancongan. Seterusnya, beliau juga memberikan taklimat kepada penyelidik dan para pelajar yang bertajuk “Biodiversity: The knowns and unknowns, not knowing what you don’t know in time” pada 1 Disember 2019. Beliau juga telah mengadakan sesi perbincangan bersama pelajar tahun akhir dan pelajar pascasiswazah pada 4 Disember 2019 bagi berkongsi pengalaman dan idea dalam menjalankan penyelidikan. Selain daripada mesyuarat dan taklimat, Prof. Ghazally turut melawat ke INOS dan AKUATROP bagi mendapatkan maklumat penyelidikan yang dijalankan di kedua-dua institut tersebut. Beliau juga turut berkesempatan melawat Stesen Penyelidikan UMT iaitu Stesen Penyelidikan Alami Tanah Bencah Setiu dan juga menghadiri bengkel

5 latihan yang dijalankan di Setiu iaitu “Gender Concept, Analysis and Tool in Sustainable Coastal and Marine Resources”. Beliau juga turut melawat projek madu kelulut di bawah geran KTAG yang dijalankan di perkampungan orang Asli Sungai Sayap, Besut selain lawatan ke trail ‘Community based Ecotorism’ di Lata Kolam Air Deru Ecopark. Latar belakang beliau dalam imunologi juga telah menimbulkan minat beliau untuk melaksanakan satu lagi penyelidikan mengenai ‘hygiene hypothesis’ dan jangkitan cacing dalam komuniti orang Asli. Tempoh tiga minggu bersama beliau telah memberikan satu pengalaman dan perkongsian maklumat yang sangat berharga bagi penyelidikan dan hala tuju institut ini. Pada masa akan datang, beliau akan melawat Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong dan penempatan orang Asli lain di Terengganu selain bakal mengadakan dua lagi sesi syarahan.

1.

Lawatan Ke AKUATROP Hatchery.

2.

Lawatan ke galeri INOS.

3.

Lawatan ke Boardwalk Setiu.

4.

Lawatan ke perkampungan orang Asli Sungai Sayap, Besut.

5.

Lawatan ke Lata Kolam Air Deru Ecopark.


34

SOROTAN PERISTIWA

FTKKI Timba Ilmu Biogas daripada Concord Group oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit Prof. Madya Dr. Asmadi Ali @Mahmud Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah @ Abd Rahman Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

1

S

ebagai menyahut transformasi pendidikan melalui pendekatan Revolusi Industri (IR 4.0), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) telah berkolaborasi bersama Syarikat Concord Group bagi menganjurkan Bengkel Tenaga Keterbaharuan Teknologi Biogas pada 13 hingga 15 Disember 2019. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen FTKKI dan sumbangan komuniti daripada Concord Group bagi memperkasakan elemen industri di dalam pengajaran.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan tenaga boleh diperbaharui di dalam industri kelapa sawit dan nilai komersial dalam proses penghasilan tenaga daripada sumber biogas serta peluang penerokaan dalam bidang ini. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini turut dijayakan oleh Asia Pacific Biogas Alliance (APBA) dan TDM Sdn Bhd serta dihadiri lebih daripada 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar), pelajar siswazah dan pensyarah.


Infokus Mac 2020

2

Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Concord Group, Dato’ Khairuddin Tan Sri Mohd Hussin. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapan supaya bengkel ini dapat dijadikan aktiviti tahunan dan mengalu-alukan lebih banyak lagi aktiviti seterusnya antara UMT-industri. Beliau turut menyarankan agar lebih ramai graduan mencari peluang kerjaya dalam bidang biogas yang sedang berkembang pesat di Malaysia dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Concord Group, Tan Sri Dato Seri Mohd Hussin Abdul Hamid dan Pengarah Eksekutif TDM Plantation Sdn Bhd, Encik Jailani Che Kar. Menerusi bengkel ini juga, pengetahuan dan pendedahan secara praktikal mengenai

35

3

penjanaan biogas daripada industri kelapa sawit diberikan secara intensif selama dua hari. Antara modul yang disampaikan ialah pembangunan tenaga keterbaharuan di Malaysia, proses biologi di loji biogas, sistem penangkapan biogas, penggunaan biogas, operasi dan penyelenggaraan serta langkahlangkah keselamatan loji biogas. Sesi lawatan ilmiah ke Loji Biogas Keratong 2 di Keratong, Pahang menjadi penutup penganjuran bengkel. Menerusi sesi lawatan, peserta telah mendapat pendedahan dan pengalaman operasi sebenar loji biogas yang dikendalikan oleh Concord Group sebagai mana teori yang telah dikongsi semasa bengkel.

1.

Lawatan ilmiah ke Loji Biogas Keratong 2, Pahang.

2.

Ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah Eksekutif Concord Group, Dato’ Khairuddin Tan Sri Mohd Hussin.

3.

Sebahagian daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) yang menyertai bengkel.


36

SOROTAN PERISTIWA

Kembara Ilmu Jogjakarta oleh: Dr. Mohd Azrul Lokman Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

1

S

eramai empat orang pelajar Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai) dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan telah terpilih untuk menyertai ‘The 4th Summer Course Program’ di Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia. Salah seorang pelajar, Farah Munifah binti Mohamed telah menerima biasiswa penuh daripada pihak UGM, manakala tiga orang pelajar lagi iaitu Nur Adnin Maisarah Tahir, Nurain Nabilah Zulkipli dan Nursyamimi Haziqah Achong@Asmat menggunakan peruntukan Tabung Mobiliti Pelajar UMT. Program ‘summer course’ selama 10 hari ini mengumpulkan pelajar dalam bidang pertanian

dari universiti serata Asia Tenggara termasuk dari Korea Selatan, China dan Jepun. Program ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pertanian dan makanan selain berpeluang mempelajari budaya tempatan. Pensyarah UMT, Dr. Mohd Azrul Lokman juga turut dijemput sebagai penceramah untuk topik “Jaminan Makanan di Malaysia”. Selain sesi kuliah, peserta juga dikehendaki melaksanakan tugasan berkumpulan dan membuat persembahan kebudayaan pada acara makan malam. Tugasan seumpama ini membantu kemahiran komunikasi antara peserta yang berlainan bahasa, agama dan budaya.


Infokus Mac 2020 2

37

3

4

5

Peserta turut berpeluang mengikuti aktiviti luar yang dianjurkan antaranya lawatan ke ladang pertanian komuniti di sekitar Gunung Merbabu, Magelang, serta lawatan ke Candi Borobudur. Selain itu, peserta turut dibawa meninjau

pembuatan produk ternakan, kopi, sabun dan produk kraf tangan di sekitar perkampungan penduduk tempatan di daerah Jogjakarta serta melihat sendiri kerja-kerja pemasaran yang dipraktikkan oleh komuniti tempatan.

1.

Praktikal bersama komuniti petani di Jogjakarta.

2.

Kenangan di Gunung Merbabu.

3.

Lawatan ke Makmal Lepas Tuai Produk Ternakan UGM.

4.

Komuniti penternak lebah.

5.

Berbaju kurung semasa mempersembahkan kebudayaan Malaysia.


38

SOROTAN PERISTIWA

Kursus Pensijilan Halal & GMP Tingkat Kebolehpasaran Graduan oleh: Dr. Vigneswari Sevakumaran Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

1

D

alam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, seramai 19 orang graduan terpilih daripada program Sarjana Muda Sains Biologi telah menyertai kursus pensijilan. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai regulasi pemprosesan, kelengkapan, praktis dan teknologi yang terdapat di industri pada masa kini. Kursus Pensijilan Halal Eksekutif telah dijalankan pada 6 hingga 12 November 2019 dengan dikelolakan oleh wakil JAKIM dari Universiti Malaysia Pahang. Manakala, Kursus Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP)

telah diadakan pada 13 hingga 15 November 2019 pula dikendalikan oleh penceramah bertauliah dari agensi NexusTac. Kursus Pensijilan Halal Eksekutif ini bertumpu pada regulasi asas, praktis, dan pengurusan dalam pensijilan halal yang dapat membantu pembangunan industri makanan di peringkat anatarabangsa. Kursus GMP pula merangkumi regulasi asas, sains, reka bentuk, praktis, operasi dan pengurusan GMP untuk industri makanan dan farmaseutikal di Malaysia dan antarabangsa. Di akhir program ini, graduan perlu menduduki ujian sebelum layak diberikan Sijil Halal Eksekutif dari JAKIM serta sijil GMP dari NesxusTac.


Infokus Mac 2020

2

3

4

Program pensijilan ini dijalankan hasil daripada dana yang diperoleh daripada Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan

39

universiti awam. Untuk rekod, analisis kajian selidik keberhasilan program menunjukkan sebanyak 88.9% peserta telah berjaya mendapat penempatan kerja di pelbagai industri tempatan.

1.

Peserta didedahkan kepada senario serta regulasi yang terlibat di sektor industri yang memohon sijil Halal yang dibincangkan dalam kumpulan.

2.

Pembentangan peserta bagi tugasan yang diberikan semasa Kursus Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP).

3.

Pendedahan pelajar kepada senario di industri yang mempratikkan ‘Good Manufacturing Practice’.

4.

Penceramah bertauliah Miss Nicole dari NexusTac menngendalikan kursus pensijilan ‘Good Manufacturing Practice (GMP) selama dua hari.


40

PENYELIDIKAN

Gua Bewah Sumber Penyelidikan Organik

oleh : Azida Abdullah & Ts. Dr. Shahrul Ismail Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

F

akulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) telah menerima empat orang pelajar dari Erasmus University Rotterdam dan Delf University of Technology, Netherlands yang menjalani Student Internship Programme di FTKKI bermula pada 6 November 2019 hingga 29 Januari 2020. Pelajar-pelajar ini adalah di bawah seliaan Ts. Dr. Shahrul Ismail dari program Teknologi Alam Sekitar. Melengkapi program sangkutan di UMT ini, pada 10 dan 11 Disember 2019, para pelajar telah dibawa untuk aktiviti Ekspedisi Penyelidikan Ilmiah Tahun Akhir (PITA) ke Gua Bewah, yang terletak di gugusan kepulauan Tasik Kenyir. Gua Bewah yang juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar menjadi destinasi ekspedisi bagi mendapatkan sampel yang akan digunakan untuk membuat baja organik. Salah seorang pelajar


Infokus Mac 2020

telah mengambil sampel tahi kelawar (bat guano) untuk menghasilkan organik forliar. Ekspedisi ini juga telah mencorakkan input-input terbaharu dan mempertingkatkan proses pertukaran ilmu dan teknologi, seterusnya meluarskan jaringan usaha sama UMT dalam skop yang lebih global. “Ternyata ekspedisi ini telah memberi pengalaman yang berguna dalam penyelidikan pelajar, di samping menjadi aktiviti riadah yang dapat meningkatkan fokus dan kecerdasan peserta. Secara tidak langsung, melalui ekspedisi ini juga dapat memperkenalkan keunikan khazanah dan keindahan Tasik Kenyir khususnya dan Negeri Terengganu amnya. Selain itu, ekspedisi ini dapat memberi kesedaran berkaitan kepentingan memelihara khazanah semula jadi. Demi kelestarian alam, penyelidik UMT akan terus meneroka manfaat alam semula jadi ini� ujar Ts. Dr. Shahrul Ismail.

41


42

SOROTAN PERISTIWA

Sambutan Hari Tanah Sedunia Pelajar FPSM jadi Duta Kecil oleh: Dr. Wan Zaliha Wan Sembok Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

1

K

esatuan Antarabangsa Sains Tanah telah mengisytiharkan Hari Tanah Sedunia pada 5 Disember setiap tahun. Sambutan di Malaysia pada kali ini diadakan di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia dengan kempen ‘Hentikan Hakisan Tanah, Selamatkan Generasi Akan Datang’ (Stop soil erosion, Save our future). Bagi memeriahkan sambutan, seramai 26 orang pelajar Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai) dan Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) dari Fakulti

Perikanan dan Sains Makanan telah mengikuti seminar berkaitan hakisan tanah di Malaysia. Para pelajar ini juga bertindak sebagai Duta Kecil UMT dengan penyertaan dalam pameran dengan menampilkan hasil produk program pemindahan ilmu iaitu UMT-Pela Biochar, UMT-Pela Biowalit dan MagiChar. Produk UMTPela Biochar terdiri daripada pelbagai sumber sisa pertanian seperti tempurung kelapa sawit, tempurung kelapa dan hampas tebu. Manakala produk UMT-Pela Biowalit pula adalah gabungan arang tahi burung walit yang


Infokus Mac 2020

2

1.

Bersama Pengurus Big Bee Honey Sdn. Bhd.

2.

Dr. Paramanathan – saintis sains tanah.

3.

Tekun mendengar penerangan daripada Prof Dr. Rosenani Abu Bakar, saintis Sains Tanah Malaysia.

3

dicampur dengan kulat tanah berguna iaitu arbuskular mikoriza. Kandungan nutrien yang tinggi dalam sisa buangan burung walit mampu bersaing dengan lain-lain produk biobaja selain berfungsi mengitar semula bahan atau sisa pertanian.

Selain itu, turut ditampilkan tanaman Strawberi di Big Bee Honey Sdn Bhd. Mereka juga membawa bersama Pengurus dan staf Big Bee Honey Sdn Bhd untuk melebarkan sayap perniagaan dalam bidang pertanian khasnya penghasilan produk Biochar.

43


44

SOROTAN PERISTIWA

FSSM

Sapu Bersih Kejuaraan LICS 2019 oleh: Dr. Hazlina Ahamad Zakeri & Dr. Nor Omaima Harun Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

1

S

ejajar dengan perubahan era pendidikan masa kini ke arah Pendidikan Tinggi 4.0, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) telah menganjurkan “Learning Innovation Challenge for Students (LICS) 2019� bertempat di ruang legar, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, pada 23 Disember 2019. Program yang julung kali diadakan di UMT ini diadakan serentak dengan penganjuran Pertandingan Amalan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (AIPP) 2019 yang melibatkan ahli akademik UMT. Program ini telah mendapat sokongan daripada JK Inovasi Pengajaran dan

Pembelajaran UMT di bawah Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI). Penganjuran LICS 2019 telah membuka peluang kepada pelajar untuk mempamerkan inovasi pembelajaran mereka sendiri, selain berkongsi amalan terbaik dalam pembelajaran bersama rakan. Inovasi ini membantu pihak fakulti untuk menambah baik kaedah pengajaran yang diguna pakai ketika ini serta melengkapkan pelajar dengan kemahiran kreatif, inovatif, berfikiran kritis dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan. Selain itu, LICS juga bertujuan mencari bakat dalam kalangan pelajar sebagai


Infokus Mac 2020

2

45

3

4

wakil UMT dalam pertandingan seumpamanya di peringkat nasional. LICS 2019 telah menerima 24 penyertaan daripada 49 orang pelajar Sarjana Muda dan Sarjana dari semua fakulti dan pusat pendidikan yang berentap dalam tiga kategori iaitu Pembelajaran Bersemuka, Pembelajaran Teradun dan Alat Bantu Belajar. Terdahulu, satu sesi Taklimat dan Bengkel “Learning Innovation 101” telah diadakan pada 14 Disember 2019 bagi mempersiapkan pelajar menyertai cabaran ini. Dalam Bengkel “Learning Innovation 101”, pelajar dilatih cara penyampaian lisan dan poster yang berkesan serta mengenal pasti data inovasi yang mempunyai impak.

5

FSSM telah menyapu bersih kemenangan dalam semua kategori yang menyaksikan inovasi “Flexible Learning Environment” yang diwakili oleh Ain Qarina Muzaman dan Komathy K. Santhil Nathan memenangi tempat pertama dalam kategori Pembelajaran Bersemuka. Bagi kategori Pembelajaran Teradun, Syarifah Nur Anisa Syed Alwi, Noor Atika Abdullah dan Nur Syairah Mohamad muncul juara dengan inovasi “PotKet”. Inovasi “Be Aware of Non-Quality Lens Learning and Campaign” yang dianggotai oleh Nurul Aqila Rusli dan Kartthnee Balakrishnan pula unggul dalam kategori Alat Bantu Belajar.

1.

Nurul Aqila Rusli (kiri) dan Kartthnee Balakrishnan (kanan) menunjukkan hasil projek inovasi pembelajaran “Be Aware of Non-Quality Lens” Learning and Campaign yang telah memenangi tempat pertama kategori Alat Bantu Belajar.

2.

Ain Qarina Muzaman (kanan) dan Komathy K. Santhil Nathan (kiri) bersama hasil projek inovasi pembelajaran “Flexible Learning Environment” yang telah memenangi tempat pertama kategori pembelajaran bersemuka.

3.

Pemenang bagi kategori Pembelajaran Bersemuka dari FSSM “Flexible Learning Environment” bersama mentor, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Wan Mohd Zain

4.

Pemenang bagi kategori Pembelajaran Teradun dari FSSM, Syarifah Nur Anisa Syed Alwi, Noor Atika Abdullah dan Nur Syairah Mohamad dengan inovasi bertajuk “PotKet” bersama Mentor, Dr. Nurul Aliaa Idris

5.

Pemenang kategori Alat bantu Belajar dari FSSM “Be Aware of Non-Quality Lens” Learning and Campaign


46

SOROTAN PERISTIWA

FPSM Medan Latihan Industri CVASU oleh: Muhammad Haniff Mohd Yusoff Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

S

eramai 42 orang pelajar daripada Chittagong Veterinary and Animal Sciences University (CVASU), Bangladesh telah menjalani Latihan Industri di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) bermula daripada 16 Oktober 2019 sehingga 13 November 2019. Program ini merupakan Program Mobiliti (Inbound) pelajar luar negara ke UMT dan kumpulan pelajar ini merupakan kohort keempat daripada Fakulti Perikanan CVASU yang menjalani program Mobiliti Berkredit Kursus

Latihan Industri (FIS4972). Program tahunan ini adalah salah satu aktiviti di bawah Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara UMT dan CVASU yang telah dimeterai pada 2016. Sepanjang tempoh latihan industri ini, pelajar CVASU telah menjalankan aktiviti-aktiviti mereka di makmal dan hatcheri FPSM) dan Institut Akuakultur Tropika dan Pengurusan Perikanan (AKUATROP). Skop latihan yang diberikan merangkumi aspek Kesihatan Organisma Akuatik, Nutrisi & Pemakanan Ikan serta Teknologi


Infokus Mac 2020

Hatcheri. Para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti ternakan udang galah dan ketam bakau, pemeriksaan penyakit dan patogen yang menyerang ternakan akuakultur serta kaedah penghasilan dan analisis komposisi makanan ikan. Selain itu, para pelajar juga telah mengikuti bengkel asas ternakan ikan hiasan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk mengenali jenis-jenis spesis ikan hiasan,

kaedah ternakan dan pengurusan ternakan di dalam akuarium. Program mobiliti pelajar ini juga telah menjadi platform pelajar CVASU untuk mengenali keunikan negeri ini melalui siri lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Kuala Terengganu selain menjadi medan bagi pelajar FPSM dan CVASU untuk mengenali budaya kedua-dua buah negara.

47


48

SOROTAN PERISTIWA

Pelayar UMT

berentap di RLIR 2020 oleh : Pusat Latihan Pelayaran

P

usat Latihan Pelayaran (PLP),UMT telah menyertai 18th Belt & Road Royal Langkawi International Regatta (RLIR 2020) pada 6 hingga 11 Januari 2020 di Pulau Langkawi, Kedah. Penganjuran kejohanan ini menjadi penganjuran pertama peringkat antarabangsa bagi kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020). RLIR 2020 adalah penyertaan ketiga bagi UMT dan pada edisi kali ini, 10 pelajar UMT turut dibawa untuk menimba pengalaman beraksi dalam kejohanan bertaraf antarabangsa. Meskipun dianggap amatur dalam sukan ini, UMT telah berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori Sports Boat menerusi aksi yang ditampilkan oleh Izhar Mohd Mustaat, Ku Anas Ku Zamil, Mohd Saifullah Mohd Esa, Tuan Ahmad Shami Tuan Zainuddin, Muhammad Nabihan Nor Wandi dan Muhammad Amirul Aziq Muhd Asril.

Manakala dua wakil UMT, Nur Ayuni Md Amin dan Ahmad Ali Ahmad Hishamuddin yang diserap masuk mewakili Pasukan Kapal Layar Dash telah meraih tempat pertama dalam kategori White Sail. Persediaan UMT menghadapi RLIR2020 telah bermula beberapa bulan sebelum kejohanan dan turut dibantu oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu. Biarpun berdepan sedikit kesukaran kerana mereka masih dalam proses pembelajaran tetapi kejohanan ini menjadi platform terbaik untuk memberi pendedahan dalam dunia pelayaran. RLIR 2020 mempertandingkan tujuh kelas perlumbaan iaitu Racing, IRC1, IRC2, Club Cruising, Sports Boat, Multihull dan Whitesail dengan penyertaan daripada 30 pasukan tempatan dan antarabangsa.


Infokus Mac 2020

RENUNGAN Pencegahan Penularan Wabak Penyakit Berjangkit Antara ajaran Nabi SAW apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit adalah pencegahan. Adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari tempat-tempat awam termasuk masjid agar orang yang sihat tidak dijangkiti. Sabda Rasulullah SAW: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Nabi SAW juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak. “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Nabi SAW juga pernah didatangi oleh sekumpulan orang dari Bani Thaqif untuk berbai’ah, dan salah seorang daripada mereka menghidapi sejenis penyakit yang berjangkit. Nabi SAW mengutus kepadanya dan tidak bersentuhan dengan dia, seraya berkata: “Sesungguhnya kami telah menerima ba’iah kamu, maka pulanglah.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

49


50

SOROTAN PERISTIWA

National Scientific Cruise Expedition 2016-2017

Gelagat Organisasi

ISBN: 978-967-2320-31-9

Pengarang: Nik Hazimah Nik Mat Wan Norhayati Mohamed Monizaihasra Mohamed Nur Amalina Mohamad Zaki

Year: 2019

ISBN: 978-967-2320-49-4

Editor: Mohd Fadzil Mohd Akhir

Tahun: 2019

Transformasi Inovasi Sosial Komuniti Pesisir Pantai Pengarang: Nur Azura Sanusi Siti Nazilah Mat Ali Nor Hayati Sa’at ISBN: 978-967-2417-25-5

Pembangunan Bakat Digital Pengarang: Aziz Deraman Abdul Razak Hamdan ISBN: 978-967-2238-55-83-6 Tahun: 2019

Tahun: 2019

Mari Belajar Hiragana Edisi Kedua

Pemuliharaan dan Pembangunan Tasik Kenyir, Politik dan Polisi Alam Sekitar (CD)

Pengarang: Roswati Abdul Rashid Rohani Hamzah Md Rosli Ismail

Penyunting: Roslina Ismail Nurulaisyah Rosli

ISBN: 978-967-2417-13-2

eISBN: 978-967-2320-29-6

Tahun: 2019

Tahun: 2019


Infokus Mac 2020

51

Advanced Statistical Analysis in Maritime Studies Using SPSS (CD)

Governan dan Isu-isu Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar (CD)

Authors: Kasypi Mokhtar Wan Muhamad Amir W Ahmad Suzanna Razali Chan Norlida Abdul Hamid

Penyunting: Noreha Hashim Latifah Abdul Ghani Rahaya Md. Jamin

eISBN: 978-967-2320-42-5 Year: 2019

Fused Preferences Relations for Assessing Quality of Life of a Community (CD) Authors: Mohd Lazim Abdulllah Fatin Mimi Anira Alias eISBN: 978-967-2320-53-1

eISBN: 978-967-2320-52-4 Tahun: 2019

Let’s Learn Kanji (CD) Authors: Rohani Hamzah Roswati Abdul Rashid Md Rosli Ismail eISBN: 978-967-2320-26-5 Year: 2019

Year: 2019

Maritime and Logistics Case Studies (CD) Authors: Noorul Shaiful Fitri Abdul Rahman Rudiah Md Hanafiah Noor Apandi Osnin eISBN: 978-967-2320-55-5 Year: 2019

Let’s Learn Katakana (CD) Authors: Roswati Abdul Rashid Rohani Hamzah Kazuki Iseno eISBN: 978-967-2320-57-9 Year: 2019


52


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.