Laporan Kelab Sukan (KSKK)

Page 1

LAPORAN BIRO PENERBITAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JEMPOL TAHUN 2011

BULAN APRIL 1. Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol akan telah diadakan pada : Tarikh : 27hb April 2011 (Rabu) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Persidangan Sri Rompin

2. Pemenang Mencipta Logo Kelab Sukan & Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Jempol

Pejabat Daerah & Tanah Jempol, 27 April 2011 (Rabu) - Bersempena Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Jempol , majlis telah mengumumkan pemenang pertandingan mencipta Logo Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Jempol telah dimenangi oleh Puan Nor Azrina Bt Mohd Amir dari Unit Pendaftaran. Beliau telah memenangi wang tunai berjumlah RM 300.00 sumbangan Kelab Sukan & Kebajikan PDTJL beserta sijil penyertaan.

BULAN MEI 3. Jempol JUARA Kejohanan Futsal Piala Pegawai Daerah Kuala Pilah

21 Mei 2011 (Sabtu) - Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol telah menjuarai Kejohanan Futsal Piala Pegawai Daerah Kuala Pilah yang telah diadakan di Sport Planet Senawang, Seremban. Barisan pemain terdiri daripada En. Mohd Fitri Bin Abdul sebagai Pengurus Pasukan, En. Zulfadli Ikhwan, En. Ahmad Fitri, En. Ahmad Firdaus, En. Mohd Syahrizal, En. Mohamad Khazlee, En. Mohd Aznur, En. Mohd Azley dan En. Zawawe. Daerah Jempol telah diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan Daerah Gemas, Rembau, Seremban, Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), PAID Kuala Pilah.

Disediakan oleh Noora bt Mohamad Yasin Biro Penerbitan KSKK PDJL


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.