5
Saya rasa saya tidak boleh teruskan
Hidup saya tidak terurus
Saya menjadi beban kepada orang lain
Saya harap saya seorang yang lebih baik
Boleh dikatakan hampir semua orang mengalami kemurungan mempunyai corak pemikiran yang sama. Inilah ayat-ayat yang berulang-kali saya dengar di klinik – lirik-lirik kemurungan. Walaupun disampaikan dalam ayat-ayat yang berbeza – tetapi kandungannya tetap sama. Ini membuktikan bahawa kemurungan adalah satu penyakit yang boleh diramal corak pemikiran, perasaan dan tingkahlaku pesakit. Orang yang murung juga sering mengadu dan terganggu dengan gejala fizikal termasuk:
Sakit kepala dan pening
Loya dan mulut kering
Perut tidak selesa
Sembelit atau cirit-birit
Sakit otot
Degupan jantung yang laju
Kesesakan di bahagian dada
Menggeletar atau bergoncang
Tapak tangan berpeluh
Kebas atau semut-semut
Resah dan sentiasa mahu bergerak, dan sebagainya
Ini juga dikenali sebagai 'tekanan' gejala fizikal yang selalunya (tetapi tidak semestinya) berlaku dan berkait dengan kemurungan. Perkataan 'tekanan' adalah merupakan istilah umum yang merujuk kepada ketegangan mental dan / atau fizikal. Apabila tekanan itu berlebihan, yang disebabkan apa sahaja faktor (penyebab tekanan), ia boleh membawa kepada kemurungan, iaitu penyakit