Cherishing racial harmony and multi-culturalism

Page 10

Students from Westwood Primary School celebrating Racial Harmony Day on July 22, 2019 with their friends and teachers.

Hubungan kaum: Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, telah mengupas tentang masyarakat berbilang kaum dan budaya di sini. Petir mendapatkan pandangan dua Anggota Parlimen muda, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (AP bagi Chua Chu Kang GRC) dan Cik Nadia Ahmad Samdin (AP Ang Mo Kio GRC) mengenai isu tersebut

hormat Bincang secara

1

Apakah lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi keharmonian kaum di Singapura?

Encik Zhulkarnain: Arwah ibu saya pernah saksikan perarakan Kenangan Maulud bersama arwah datuk saya pada awal 1960-an apabila tercetusnya satu rusuhan kaum di Singapura. Beliau dan datuk saya menaiki bas yang turut dinaiki beberapa penumpang lain yang berbilang kaum – ada orang Cina, Melayu dan orang Singh juga. Semasa dalam perjalanan pulang, bas mereka terhenti akibat rusuhan itu. 10

SEP 2021

Pada masa itu semua dalam bas rasa bimbang akan keselamatan mereka kerana rusuhan yang tercetus itu. Namun ada satu saja yang mereka fikirkan – tidak kira Melayu atau Cina atau orang India, semua mereka mahu pulang ke rumah dengan selamat. Ibu saya berpesan, insiden tersebut jadi pengajaran buat kita semua. Walaupun kita berbeza kaum dan agama, kita semua dalam sebuah bas yang sama, menuju ke destinasi yang sama. Cik Nadia: Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat lebih ramai belia melibatkan diri dengan perbincangan


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.